22

di jalan ini aku bernikah...




siri menjawab beberapa email rakan-rakan saya yang sampai bertalu-talu..


THE PATH...

For a short period, a lot of things have changed in my life...I used to draw an image in my mind about my life and the upcoming years...I know I was knowing the aims and desires, but never been this specific!..I used to think about having that great future, that can withdraw my attention, initiate my capabilities, fits my education, and most importantly help me building my life....All these things were in my mind, of course, since I used to think a lot about my future... but starting to take the first few steps is a completely different thing...I used to hear that those initial steps are hard enough to let this person who does not have the will to quit... but never think it would be this hard! Of course this does not mean I'll quit... What a lose it would!

KAHWIN DAN IJAZAH...

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ و مَعهاَ ذُوْ مَحْرَمٍ

“Sekali-kali tidak boleh seorang lelaki berkhalwat(berduaan) dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya....
(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 1341)

Seringkali pertanyaan ini diajukan kepada saya ketika bersua muka dengan ikhwah di UIA mahupun di Mesir. Walaupun perkara ini seolah-olah hanya gurauan, namun pernah juga terfikir di hati ini ada benarnya gurauan mereka. Tua?..tak ada la tua sangat pun. Pernah juga terdetik di hati untuk memiliki dan dimiliki suatu ketika nanti. Bila?..buat masa ini masih lagi belum menerima sesiapa. Bukan tegas atas prinsip, akan tetapi, menghormati diri yang masih belum sempurna dan banyak lagi kecacatan yang tidak tertampung.

Ijazah, tiada siapa yang dapat menafikan betapa pentingnya ijazah bagi setiap individu. Kejayaan seseorang individu Muslim harus dibuktikan melalui segulung ijazah kerana ianya menjadi satu manifestasi kepada kecemerlangan Islam yang gilang gemilang.
Dengan ini, saya berjanji akan tekun berusaha menelaah studi saya dan di samping meningkatkan ilmu agama saya. Satu tekad!


ANTARA DUA : DAKWAH ATAU DIA

Kepada sahabat yang bertanya berkali-kali dan mencadangkan juga berkali-kali untuk saya mencari calon sehingga saya pening-pening lalat....

Saya katakan di sini, saya tidak mahu terlibat dalam alam fantasi ini setelah saya pernah merasainya dulu walaupun sebentar sahaja, suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, sewaktu menjalani kejahilan diri ini dahulu, apapun saya masih lagi suci daripada ber"dating" dan bertemu mata di mana-mana, apatah lagi menghabiskan masa makan bersama, keluar bersama dan melanggari syariat yang ditetapkan seperti mana orang lain. Ketetapan Allah, itulah yang terbaik. Dakwah dan risalah yang menjadi batasan dan pemisah yang menyedarkan. Lantas mencegah diriku daripada alam fantasi ini. Lantaran itu, saya memohon pada Allah agar melenyapkan segala "kemanisan" yang hanya bersifat sementara dengan menggantikan "kemanisan" yang bersifat hakiki yakni dakwah. Alhamdulillah, tiada ungkapan yang dapat dicoretkan atas hidayah yang dianugerahi-NYA dan ternyata doa itu telah termakbul. Selamat tinggal sementara dan selamat bertemu wahai hakiki. Telah saya catatkan suasana dan kondisi di Mesir yang telah banyak merubah hidup saya. Ternyata manusia boleh berubah, bukan tidak boleh. Tiada alasan untuk melakukan perubahan terhadap diri.

nah...betapa besarnya bebanan dakwah sekiranya kita fahami dengan mendalam. Tiada masa untuk berakhi-ukhti dalam erti kata cinta dakwah. Cinta "tahajjud" dan cinta "tazkirah" yang pada akhirnya akan menenggelamkan diri masing-masing di sebalik tahajjud dan tazkirah itu. Ya..memang ramai dan ternyata dakwah lah yang menjadi mangsa mereka. Bermula dengan pesanan ringkas tahajjud, kemudian tazkirah dan kemudian berakhir dengan hilangnya sifat keperibadian dai.

Saya pernah terbaca artikel tulisan Ust. Maszlee tentang "cinta anta-anti", dan "oh mama..aku mahu kawin.." yang mana artikelnya telah berjaya mengupas senario yang sebenarnya terjadi di IPT-IPT yang rata-ratanya adalah pembawa bendera dakwah. Apabila membacanya, teringat zaman hingusan menjebakkan diri di alam fantasi itu. Namun, hidayah Allah tidak siapa yang menduga. Di jalan ini aku bernikah. Bernikah dengan dakwah dan risalah. Cinta, nantila dulu.

Saya kerap mengadakan perbincangan dengan ummi saya yang sangat terbuka dan sangat
memahami jiwa remaja. Banyak saranan dan nasihat yang saya rasa saya patut saya kongsikan di sini. Ummi suka membuat perbandingan dan analogy yang munasabah kepada saya. Antaranya ialah membawakan contoh kisah Saidina Umar dalam mencari menantunya yang akhirnya dengan peristiwa kejujuran seorang wanita dan susu jualannya, lahirlah seorang mujaddid agung iaitu Khalifah Umar Ibn. Abdul Aziz. Begitu juga kisah Rumaisha' atau lebih dikenali dengan Ummu Sulaim. Islam telah menjadi mahar perkahwinannya dengan suaminya, Abu Thalhal. Dan, adakalanya juga ummi memukau saya dengan kisah cinta along dan akak ipar saya dan juga kakak saya yang baru sahaja berkahwin. Kisah cinta yang hebat. Semuanya gara-gara baitul Muslim. Hebat..mengapa tidaknya..Along dan Kak Aida tanpa mengenali antara satu sama lain telah bersetuju untuk berkahwin dan hasilnya, cinta yang berputik selepas perkahwinan mereka kian subur dan mekar hari demi hari. Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana dan apa yang berlaku antara mereka. Cukuplah saya katakan, mereka sangat bahagia dan sangat mudah dan suka bergurau antara satu sama lain serta sangat mesra. Macam budak-budak pun ada kadang-kadang. Tapi, itulah realitinya. Itu hanyalah sekecil-kecil gambaran cinta mereka yang dibina atas dasar Iman dan percaya pada ketetapan Allah.

Saya suka membahaskan persoalan jodoh dan cinta remaja kepada ummi. Apa yang menutupi saya untuk memboloskan diri ke alam fantasi tersebut adalah hanya dengan kata-kata ummi
yang saya pegang kukuh. Ianya menjadi benteng buat saya sehingga sekarang. Tiada istilah cinta/bergewe sebelum berkahwin. Mungkin ianya boleh diperbahaskan lagi. Namun, saya tetap menerimanya sebagai secara zahir perkataannya dan mengganggap ia adalah satu benteng yang boleh menghindarkan diri daripada termasuk di kalangan ahli-ahli fantasia yang kian dirasuk. Bukankah Bani Israel dihancurkan pada awalnya kerana fitnah wanita? Hal ini dinukilkan oleh Al-Imam Muslim rh dalam sahihnya dari jalan Abu Said Al-Khudri di bawah tajuk "Ramai ahli syurga di kalangan Fuqara'/Fakir dan ramainya ahli neraka di kalangan wanita.."

: الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار :

أكثر أهل الجنة الفقراء وأكثر أهل النار النساء وبيان


Rasulullah SAW bersabda :


إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“....
Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, kemudian Allah memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil daripada kaum wanita...
(Hadis Riwayat Muslim)


لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ. كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوْهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُوْنَ

“...Telah terlaknat orang-orang kafir dari kalangan Bani Israel melalui lisan Nabi Daud dan Nabi ‘Isa bin Maryam. Hal itu kerana mereka membuat maksiat dan melampaui batas. Adalah mereka saling tidak melarang daripada kemungkaran yang mereka lakukan. Sangatlah hina(jelek) apa yang mereka telah lakukan....
(Al-Ma`idah: 79-78)

Jadi, mengapa harus menjebakkan diri ke alam fantasi tersebut sekaligus membariskan diri sama rata dengan nasib Bani Israel yang terlaknat. Memposisikan diri kita di alam tersebut bermakna kita menempah tiket dan nasib yang sama seperti yang dilalui Bani Israel yang digambarkan dalam hadith Baginda dan firman Allah tersebut. Gambaran yang dahsyat ini sesuai untuk kita ambil istifadah/manfaat daripadanya. Sejujurnya, saya tidak mengetahui apakah wujud dalil atau kaedah fiqh yang membolehkan bercinta sebelum berkahwin. Jika ada, saya izinkan sahabat-sahabat menambahkannya. Cinta di sini bermaksud, mengasihi dan menyayangi seseorang kemudian melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan syariat termasuklah berdua-duaan tanpa ditemani mahramnya. Mari kita lihat hadith ini :


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَخْلُوَنَّ بِامْرَأَةٍ لَيْسَ مَعَهَا ذُوْ مَحْرَمٍ مِنْهَا فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa disertai mahramnya, kerana yang ketiga antara keduanya adalah syaitan....”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

‏حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وزهير بن حرب ‏ ‏كلاهما ‏ ‏عن ‏ ‏سفيان ‏ ‏قال ‏ ‏أبو كر
‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عمرو بن دينار ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معبد ‏ ‏قال سمعت

ابن عباس ‏ ‏يقولا :‏

‏سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يخطب يقول ‏ ‏لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو ‏ ‏محرم ‏ ‏ولا تسافر المرأة إلا مع ذي ‏ ‏محرم ‏ ‏فقام رجل فقال يا رسول الله إن امرأتي خرجت حاجة وإني اكتتبت في غزوة كذا وكذا قال انطلق فحج مع امرأتك


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"...Jangan sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya dan janganlah seorang wanita musafir melainkan bersama mahramnya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah! Isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadat Haji sedangkan aku wajib mengikuti beberapa peperangan. Baginda bersabda: Berangkatlah kamu untuk mengerjakan Haji bersama isterimu.."
(Sahih Muslim, Bab Haji dalam ( سفر المرأة مع محرم إلى حج وغيره ) no.2391)

Ini adalah syarah Imam Nawawi rh tentang hadith di atas :

صحيح مسلم بشرح النووي


‏قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم ) ‏
‏هذا استثناء منقطع ; لأنه متى كان معها محرم لم تبق خلوة , فتقدير الحديث : لا يقعدن رجل مع امرأة إلا ومعها محرم . وقوله صلى الله عليه وسلم : ( ومعها ذو محرم ) يحتمل أن يريد محرما لها , ويحتمل أن يريد محرما لها أو له , وهذا الاحتمال الثاني هو الجاري على قواعد الفقهاء , فإنه لا فرق بين أن يكون معها محرم لها كابنها وأخيها وأمها وأختها , أو يكون محرما له كأخته وبنته وعمته وخالته , فيجوز القعود معها في هذه الأحوال , ثم إن الحديث مخصوص أيضا بالزوج , فإنه لو كان معها زوجها كان كالمحرم وأولى بالجواز , وأما إذا خلا الأجنبي بالأجنبية من غير ثالث معهما فهو حرام باتفاق العلماء , وكذا لو كان معهما من لا يستحى منه لصغره كابن سنتين وثلاث ونحو ذلك , فإن وجوده كالعدم , وكذا لو اجتمع رجال بامرأة أجنبية فهو حرام , بخلاف ما لو اجتمع رجل بنسوة أجانب , فإن الصحيح جوازه , وقد أوضحت المسألة في شرح المهذب في باب صفة الأئمة في أوائل كتاب الحج , والمختار أن الخلوة بالأمرد الأجنبي الحسن كالمرأة , فتحرم الخلوة به , حيث حرمت بالمرأة , إلا إذا كان في جمع من الرجال المصونين , قال أصحابنا : ولا فرق 3 في تحريم الخلوة حيث حرمناها بين الخلوة في صلاة أو غيرها , ويستثنى من هذا كله مواضع الضرورة , بأن يجد امرأة أجنبية منقطعة في الطريق أو نحو ذلك , فيباح له استصحابها , بل يلزمه ذلك إذا خاف عليها لو تركها , وهذا لا اختلاف فيه , ويدل عليه حديث عائشة في قصة الإفك . والله أعلم .

..................................................................

حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ليث ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن رمح ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏الليث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد بن أبي حبيب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عقبة بن عامر :


‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إياكم والدخول على النساء فقال رجل من ‏ ‏الأنصار ‏ ‏يا رسول الله أفرأيت ‏
‏الحمو ‏ ‏قال الحمو الموت‏

Hadis Uqbah bin Amir r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: "....Hindarkanlah diri kamu dari masuk menemui wanita iaitu wanita yang bukan mahramnya. Seorang sahabat Ansar bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kalau ipar? Rasulullah s.a.w bersabda: Ipar itu ialah mati (lebih merisaukan)..."
(Sahih Muslim, Bab Haram Khalwat - تحريم الخلوة بالأجنبية والدخول عليها - no 4037)


Ramai orang yang cuba mencari alasan untuk bercinta dengan cuba memusing-musingkan dan mencari-cari hadith yang membenarkan perlakuan mereka. Pernah saya terbaca salah satu buku yang menceritakan tentang perihal cinta dan antara hadith yang dikaitkan adalah hadith di bawah. Maka, dengan mengambil hadith ini, ada yang berpendapat boleh sedangkan tidak pula dilihat kepada keseluruhan hadith ini. Jangan pula kita salah fahami hadith yang telah disebut oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam An-Nasa'i daripada Mughirah bin Su'bah r.a berkata ;

"....Aku telah meminang seorang wanita", lalu Rasulullah bertanya kepadaku :"...Apakah kamu telah melihatnya ? "Aku berkata :"Belum..!", maka beliau bersabda : "Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhimya akan lebih menambahkan keserasian dan kasih sayang antara kalian berdua..."

Hadith di atas menggambarkan bolehnya kita melihat wanita yang ingin dikahwini supaya timbul rasa kasih dan cinta antara sesama pasangan. Namun, ia tidak bermakna kita boleh bercinta sesuka hati terhadap wanita yang tidak pun kita pinang dan hanya sekadar menghamburkan janji-janji manis sahaja dan kita juga tidak tahu wanita yang kita cintai itu adalah wanita yang benar-benar hendak kita kahwini atau tidak. Lihat sahaja apa yang telah berlaku, ramai antara kita yang bercinta kemudiannya "bercerai". Kemudian bercinta dengan yang lain dan kemudiannya "bercerai" lagi. Apakah ini menepati sunnah Baginda? Sekali-kali tidak!! Wajarkah perkataan "tiada jodoh..nak buat camne.." dijadikan dalil untuk membenarkan semua ini? Antara lain, dibolehkan kita bertaaruf dengan wanita yang bakal menjadi isteri kita dan bukan wanita mainan kita atau mainan cinta nafsu kita. Hal ini disebutkan oleh sekian para ulama yang mana membolehkan kita berbicara secara langsung sebagai maslahah dan berkehendak kepada suatu hajat sekadar untuk perbincangan. Mari kita teliti fatwa Syeikh Utsaimin rh dalam masalah ini :

“Dibolehkan berbicara dengan bakal calon isteri yang dilamar dan wajib dibatasi dengan syarat tidak membangkitkan syahwat atau tanpa disertai dengan menikmati perbualan tersebut. Jika hal itu terjadi maka hukumnya haram, kerana setiap orang wajib menghindari dan menjauhi dari fitnah....”
(Asy-Syarhul Mumti’-tak sempat buat semakan utk perkara ini dan ini diambil daripada salah satu artikel di salah sebuah blog sahabat yang dipercayai)

Namun ramai yang datang dan mengatakan kepada saya, "cinta" itu adalah subjektif dan terlalu luas untuk diperbincangkan. Cinta boleh wujud antara anak dan ibu, bapa, cinta pada keluarga, sahabat, dan paling utama adalah cinta terhadap Rabbul Jalil dan Rasulullah serta sunnah-sunnahnya. Sahabat, cinta itu lumrah dan mana-mana manusia mahu menyintai dan dicintai. Namun persoalannya, cinta bagaimanakah yang menepati cita rasa dan kehendak Al-Quran serta sunnah Baginda SAW? Apakah nilaian dari kaca mata kita sekiranya kita ternampak dua jasad makan semeja yang lelakinya berkopiah dan perempuannya bertudung labuh sedangkan mereka kita ketahui belum bernikah pun? Ada yang mengatakan kepada saya, "..biarlah..kubur masing-masing dan syurga neraka masing-masing.." Berdesing juga telinga saya mendengarnya. Mungkin dia belum rasa panasnya terkena api dunia. Apatah lagi dijamah dan dijilat dengan api neraka. Nauzubillah. Cinta yang pada dasarnya adalah suci tetapi dikeruhkan oleh individu-individu sebegini. Saya tidak bercakap kepada mereka yang tidak faham agama, tetapi, saya bercakap kepada mereka yang sudah mempunyai basic tentang agama dan hukum namun tidak pula menjengah ke fasa beramal. Meletakkan sebelah kaki pun tidak pernah.

MENCARI JODOH

Apabila berbicara tentang hal ini, suka saya katakan pada member-member dan kawan-kawan di luar sana, saya sangat suka sekiranya bait muslim menjadi pilihan. Namun, saya tidak menolak pepatah yang berbunyi "perigi mencari timba" kerana hal ini telah pun berlaku di zaman Rasulullah SAW. Jadi, mengapa wanita zaman sekarang agak-agak malu untuk mendapatkan lelaki soleh? Maksud saya, mereka sendiri malu bertanya kepada lelaki-lelaki soleh idamannya untuk dijadikan suami. Apakah hilang maruahnya sekiranya dia yang memulakan dulu? Tidak menjadi kesalahan pun sekiranya terjadi demikian. Cuma, selalunya, hal ini akan dijadikan bahan jajaan atau cerita kepada orang lain. Sikap ini yang harus diperbetulkan. Menjadi bahan jajaan pada hemat saya inilah yang menakutkan kaum wanita. Dan bimbang dikatakan gatal/gedik/merenyam.
Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Teringat saya pada satu kisah sahabat saya yang sangat hebat. Kini mereka telah dikurniakan beberapa orang anak. Bagaimana mereka bertemu, kerana keberanian isterinya yang saya sangat kenali dan kagumi. Pada mulanya sahabat saya bertanya kepada saya haruskah dia menerima lamaran tersebut kerana yang memulakan adalah wanita. Saya jawab dengan mudah : "..saya belum jumpa wanita solehah seberani dia.." . Saya amat mengenali kesolehahan wanita tersebut yang juga rakan saya. Kesimpulannya, apapun, saya tidak menolak takdir sekiranya perkara ini berlaku ke atas diri saya dan saya rasa, ikhwah pun sama seperti saya. Kisah wanita yang berani menampilkan diri telah ditulis di dalam kitab Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Muslim. Kisah ini diriwayatkan dari jalan Sahl Ibn Saad dan ramai lagi perawi Hadis sebagaimana berikut.

Telah datangnya seorang wanita kepada Rasulullah SAW, kemudian dia datang menyerahkan diri beliau kepada baginda untuk diperisterikan. Kemudian, telah datang seorang sahabat Rasulullah SAW meminta daripada Baginda SAW untuk mengahwinkan beliau dengan wanita tadi..Kemudian, Rasulullah menginzinkan sahabat tadi untuk dinikahkan kepada wanita tadi..kemudian Rasulullah menikahkan mereka..
(Sahih Al-Bukhari, ms 454, bab Kelebihan Al-Quran -
‏فضائل القرآن‏ -

dan Sahih Muslim, Bab Nikah -
‏النكاح - 4/143 )

p/s : ..nah..saya boldkan sumber ceritanya di atas dalam sahih bukhari supaya ianya dijadikan bahan bacaan dan rujukan wanita solehah..artikel ke-3 bab perempuan diambil dari salah seorang rakan saya dengan sedikit pengubahsuaian oleh saya.

fiqh of love :
http://drabduh.blogspot.com/2007/11/fiqh-of-love.html
bait muslim : http://drabduh.blogspot.com/2007/11/dengarkanlah.html
perempuan..itulah : http://drabduh.blogspot.com/2007/07/assalamualaikum.html

Bagaimana Nabi Musa a.s berkahwin? Mari kita lihat firman Allah:

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya. (27)

قَالَ ذَلِكَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ أَيَّمَا الْأَجَلَيْنِ قَضَيْتُ فَلَا عُدْوَانَ عَلَيَّ وَاللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ



Musa menjawab: Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu. (28)

Ketika mensyarahkan ayat ini, Dr. Wahbah Zuhaily ada membawa contoh-contoh kisah wanita yang memulakan pinangan dan risikan. Dan di antara kisah-kisah yang masyhur adalah Saidina Umar menawarkan anaknya Hafsah kepada Abu Bakr dan Utsman r.anhuma.


bersambung lagi...


Read more
3

termenung sendirian..~

pasal pe ntah tangan ni duk gatal2 nak tekan perkataan "delete account" tuk fs...
Read more
2

Cinta Seorang Sahabat..


In The Name Of Allah..The Most Gracious and The Most Merciful.




cerita ini adalah cerpen nukilan seorang sahabat saya yang sedang belajar di uia..dengan izinnya saya akan copy pastekan di sini untuk bacaan kalian...bagi saya, cerita ini amat-amat bermakna walaupun ianya tiada kaitan antara hidup dan mati dalam hidup saya...perjalanan cerita ini sungguh menarik..lagu di atas ditujukan kepada watak-watak di dalam cerpen ini..

CINTA SEORANG SAHABAT...

Oleh : masri

Asri menutup mashaf al-qurannya. Sudah lima tahun dia berada di Yarmouk, Jordan, Kenangan-kenangan .lama terus bermain di kotak fikirannya.


********************


“ W.B.T” satu suara menangkap di telinga Humairah. Humairah menoleh ke belakang. Kelihatan seorang pelajar lelaki. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Wajahnya sedikit cengkung. Kelihatan bulu-bulu nipis yang baru tumbuh di dagunya “, tak dengar ke saya beri salam.” “Waalaikumussalam,” jawab Humairah sambil hatinya merungut-rungut di atas kehadiran budak lelaki yang tidak dikenali itu. “Saya pelajar baru di sekolah ni. Boleh awak tolong tunjukkan kelas 5 Agama Sains?” “Awak jalan terus dan belok kiri,” jawab Humairah acuh tak acuh dengan pertanyaan budak lelaki tersebut. “Boleh tak awak bawa saje saya ke kelas tersebut. Saya masih baru. Tak biasa dengan keadaan sekolah ni.” “Isy, bayak songehlah budak ni,” dengus Humairah. “Kalau awak keberatan takpelah. Biar saya pergi cari kelas tu sendiri.”
Humairah terus berlalu pergi meninggalkan budak lelaki tu sendirian. Budak lelaki tersebut hanya memandang sahaja Humairah meninggalkan dia sendirian. Budak lelaki it uterus bergerak mencari kelasnya. Satu persatu kelas dilaluinya. Hatinya beransur lega setelah melihat satu kelas yang tertulis di pintunya 5 Agama Sains. Dia terus melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Dia memeberikan salam dan memperkenalkan dirinya. “Saya Mohd Asri bin Muhammad. Sebelum ini saya bersekolah di sebuah sekolah Tahfiz di Kedah,” Asri memperkenalkan dirinya di hadapan kelas. Kelihatan beberapa pelajar mengangguk-angguk mendengar keterangan Asri tersebut. Kelihatan juga beberapa orang pelajar perempuan yang tersenyum-senyum melihat Asri yang kemalu-maluan ketika memperkenalkan dirinya di hadapan semua pelajar. Asri terus mengambil tempat duduknya. Dia duduk berseorangan. Dia melihat ke belakang. Dia terkejut apabila melihat pelajar perempuan yang ditegurnya ketika baru tiba di sekolah itu duduk di belakangnya. Dia melemparkan senyum kepada pelajar tersebut tetapi senyumannya di balas dengan wajah yang masam mencuka. Kedengaran bunyi loceng yang menandakan sudah masuk waktu rehat. Asri menghampiri Humairah. “Boleh saya tahu nama awak?” “Buat apa,” jawab Humairah dengan kasar. “Aik takkan itupun salah kot. Kalau tak nak bagitahu takpelah.” “Humairah,” jawab Humairah pendek sambil terus berlalu meninggalkan Asri sendirian. Beberapa orang pelajar lelaki menghampiri Asri sambil menghulurkan salam persahabatan. Melalui mereka Asri mula mengenal siapakah Humairah yang sebenarnya.


********************


Humairah bukanlah nama yang asing lagi di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin. Dia seorang pelajar yang pintar. Tetapi malangnya dia berasal dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya adalah seorang pemandu lori. Ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Humairah mempunyai dua orang abang. Yang sulung sudah bekerja di Kuala Lumpur dan tidak pernah menjengukkan mukanya di kampong untuk bertanya khabar tentang keluarganya. Abangnya yang kedua adalah seorang penganggur. Abangnya yang kedua ini memang sudah terkenal di seluruh kampung sebagai seorang kacang hantu. Dia sering menimbulkan masalah di kampungnya. Malah jika berlaku kes-kes kecurian, mengintai anak dara dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul di kampong itu, semua orang tahu itu adalah angkara abang Humairah tersebut. Namun demikian tiada seorangpun yang melaporkan aktiviti-aktiviti negative yang berlaku kerana penduduk kampong berasa kasihan dengan keluarga Humairah yang hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lebih memburukkan keadaan ialah sikap buruk ayah Humairah sendiri. Gajinya sebagai seorang pemandu lori bukanlah tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Tetapi sikapnya yang suka menelan ‘air kencing syaitan’ sering sahaja menyebabkan keluarga Humairah terpaksa mengikat perut. Setiap malam, ayah Humairah akan pulang dalam keadaan mabuk. Di kala itu, seperti biasa ibunya itulah yang menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya. Ibu Humairah di layan seperti seorang binatang. Dimaki, di terajang sesuka hati. Fungsinya hanyalah melayani nafsu rakus bapa Humairah. Humairah adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka. Takdir yang telah menentukan untuk dia lahir di dalam keluarga tersebut. Dia umpama bunga di taman yang tercemar. Dia umpama bidadari syurga di neraka dunia. Bagi Humairah keluarganya adalah seumpama neraka baginya. Saban hari, saban waktu dia melihat perlakuan ayahnya yang menjelikkan mata. Dia melihat dengan dua matanya pabila ibunya dimaki dan diterajang oleh ayahnya.


Saban malam dia melihat ayahnya pulang dalam keadaan terhuyung-hayang. Ketika itu kedengaranlah kata-kata yang tidakpatut dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri aka seorang perempuan yang sepatutnya di layan sebagai seorang insan yang mulia dilayan seperti binatang. Asri terus menutup mashaf Al-Quran yang di bacanya. Dia baru sahaja selesai membaca Surah Luqman. Dia meneliti tafsir yang masih terletak di tangannya. Ketika membaca tafsir Surah Luqman secara tiba-tiba dia teringatkan Humairah. Apakah yang sedang di buat gadis itu di kala malam hari seperti sekarang. Asri membayangkan bagaimana perasaan Humairah apabila melihat ayahnya pulang ke rumah dalam keadaan sudah di kawal oleh ‘air kencing syaitan’. Dia juga membayangkan bagaimana ibu Humairah di terajang oleh lelaki yang tak layak digelar suami. Asri menutup tafsirnya. Dia hampir-hampir menitiskan air matanya pabila membayangkan tentang kehidupan Humairah. Baru kini dia faham kenapa gadis itu tidak pernah tersenyum. Perasaan marahnya terhadap Humairah dia atas kekurang ajarannya bertukar kepada simpati. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana kedaan dirinya jika dia berada di tempat Humairah. Apakah dia akan seperti sekarang? Atau dia juga akan hanyut seperti remaja-remaja lain yang dahagakan kasih saying daripada ibu bapa. Asri bingkas bangun dari sejadahnya. Dia melipat sejadahnya dan bergerak ke dapur untuk menikmati minum petang yang sudah di sediakan oleh ibunya. Selepas habis menikmati makanan yang di sediakan ibunya, Asri terus pergi ke belakang rumahnya dan mencapai basikalnya. Dia ingin berjalan-jalan di kampong yang baru sahaja seminggu dia menjadi penghuni di situ. Asri terus mengayuh basikalnya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling kampungnya itu.Asri terus menayuh basikalnya menuju ke kawasan air terjun di kampungnya. Sudah banyak kali dia mendengar tentang air terjun yang indah itu dari kawan-kawannya. Apabila sudah menghampiri kawasan air terjun itu, bunyi air menghempas di batu semakin jelas. Asri terus turun dari basikalnya.

Tiba-tiba dia terlihat sekujur tubuh sedang duduk di bawah pokok berhampiran dengan kawasan jeram tersebut. Dari kelibat tubuh itu Asri tahu dia seorang gadis. Asri terus pergi nsane gadis tersebut kerana dia menyangka gadis tersebut mungkin memerlukan pertolongan, jika tidak masakan ada seorang gadis sanggup duduk di kawasan yang sunyi seumpama itu seorang diri. Asri semakin menghampiri gadis tersebut. Dia pun melemparkan ucapan salam kepada gadis tersebut. “.” “Waalaikumussalam,” jawab gadis itu sambil memalingkan wajahnya ke arah Asri. Asri terkejut apabila mendapati bahawa gadis tersebut adalah Humairah. Begitu jua Humairah, dia juga terkejut kerana tidak sangka dengan kehadiran Asri di situ. Sebenarnya Humairah bukanlah berseorangan di situ. Tidak jauh dari situ kelihatan dua orangkanak-kanak sedang bermain-main dengan air di jeram tersebut. Humairah hanya menemani mereka ke situ. Asri terus membuka kata. “Apa khabar?” Humairah tidak menjawab sebaliknya terus memalingkan wajahnya ke arah yang lain. Humairah terus memandang kanak-kanak tersebutbermain tanpa mempedulikan soalan Asri tadi. Asri terus menanti jawapan dari Humairah. Dia cuba bertanya lagi. “Boleh tak kita jadi kawan?” Kali ini Humairah mengalihkan pandangannya kea rah Asri tetapi seprti tadi dia hanya membisu seribu bahasa. Tiada jawapan diberikan. Melihatkan keadaan Humairah yang tidak senang dengan kehadirannya Asri terus membuka langkah untuk pergi dari situ.



Tetapi suara yang dinantikan-nantikannya mematikan langkah Asri. “Kenapa awak nak berkawan dengan saya sedangkan orang lain menjauhkan diri dari saya?” “Kenapa, salahkah saya mahu menjadi kawan awak?” soal Asri pula. Humairah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu menjawab soalan Asri tadi. Sebenarnya dia bukan tidak suka berkawan dengan Asri. Cuma dia merasakan dirinya terasing. Dia tidak pernah dipinggirkan oleh kawan-kawannya tetapi sikapnya itulah yang membuatkan dia sering terasing. Humairah bukanlah seorang yang peramah, apa lagi mahu berkawan dengan ramai orang. Tapi itu semua bukanlah kehendaknya. Ada satu rahsia yang menyebabkan dia tidak mahu bercampur dengan rakan-rakannya. Rahsia yang tidak diketahui sesiapa. Sesuatu yang dia sorokkan dan tidak pernah diberitahu kepada sesiapapun. Humairah seperti mahu menitiskan matanya apabila mengenangkan malam hitam itu.


********************


Ketika itu ibu Humairah tiada di rumah. Ayahnya pulang dalam keadaan mabuk. Seperti biasa dia akan mencari isterinya untuk memuaskan nafsunya. Ayahnya memandang nsane bilik Humairah. Tiba-tiba sahaja nafsunya terasa bergolak. Dia terus menolak pintu bilik Humairah. Dia melihat anak gadisnya sedang lena tidur di atas katil. Dia terus menerpa kearah Humairah. Ketika itu nafsunya tidak dapat dikawal lagi. Puas Humairah merayu supaya dilepaskan. Tetapi bila nafsu sudah bertakhta semuanya tidak dihiraukan lagi. Tangisan Humairah tidak dihiraukan oleh ayahnya. Apa yang ayahnya tahu nafsunya mesti dipuasakan. Berkecailah mahkota kegadisan di tangan seorang insane yang sepatutnya menjadi pelindung. Malam itu menjadi malam jahanam untuk Humairah. Kesuciannya di ragut oleh seorang insan yang bergelar bapa. Inilah yang menyebabkan Humairah berubah. Dia tidak mahu lagi bercampur dengan kawan-kawannya kerana pada pandangannya dia sudah kotor. Bagi Humairah dirinya adalah makhluk yang kotor. Tiada siapa yang tahu kisah hitamnya itu. Tiada siapa yang mahu menjadi pendengar kepada kisah hitamnya.


********************


“Awak tak jawab soalan saya lagi Humairah, atau mungkin awak tak sudi berkawan dengan saya.” “Bukan begitu Asri. Saya tak kata saya tidak mahu menjadi kawan awak. Tetapi ada sesuatu yang mesti awak tahu. Perkara ini sudah saya sorokkan sekian lama. Entah kenapa saya begitu memperacayai awak. Saya harap awak tidak terkejut dengan apa yang hendak saya ceritakan. Dan selepas mendengarnya mungkin awak tidak mahu berkawan dengan saya lagi,”kata Humairah. “Beritahu saja apa yang ingin awak ceritakan.” Humairah menceritakan satu persatu kisah hidupnya hinggalah kepada hitam yang tercatat di dalam diari hidupnya. Wajah Asri berubah bila mendengar tentang sejarah hitamnya yang diceritakan sendiri oleh Humairah. “Sekarang terpulag kepada awak sama ada hendak berkawan dengan saya. Cuma satu yang saya harapkan. Saya mahu awak simpan kisah ini. Anggap sahaja yang awak tidak tahu apa-apa. Asri terus membisu. Dia memandang ke wajah Humairah. Satu perasaan simpati timbul di wajahnya. “Humairah, maafkan saya. Saya tak sangka begitu sekali kisah hidup awak.” “Akhirnya saya menemui jua insan yang mahu mendengar luahan hati saya. Sebelum ini saya tidak percayakan sesiapa. Saya melihat seolah-olah seluruh manusia di sekeliling saya memandang hina kepada saya. Seolah-olah semua manusia mencaci-caci saya di atas apa yang berlaku. “Awak tak berdosa Humairah. Saya tak tahu apa yang patut saya buat. Cuma saya mohon satu, saya harap awak dapat terima saya sebagai sahabat awak. Saya tak kisah tentang sejarah hidup awak.” Humairah menundukkan mukanya. Air matanya hampir menitis. “Saya rasa lebih baik jika saya pulang sekarang. Lagipun, hari dah lewat ni. .” “Waalaikumussalam,” jawab Humairah lembut.


********************


Sudah tiga hari Humairah tidak hadir ke sekolah. Dari apa yang Asri tahu, Humairah telah dimasukkan ke hospital pada malam selepas mereka berbua-bual di kawasan air terjun tersebut. Asri sudah dapat menjangka apa yang berlaku. Selepas pulang dari sekolah dia terus bergegas ke hospital.Setibanya di hospital, Humairah masih berada di dalam bilik pembedahan. Lima belas minit kemudian seorang wanita bertudung litup keluar dari bilik pembedahan. Dari pakaiannya Asri tahu dia adalah seorang doktor. Asri hanya mengangguk-angguk perlahan mendengar kata-kata doktor tersebut. Asri menoleh ke dalam bilik tersebut. Dia melihat Humairah masih terbaring. Humairah lekihatan terlalu letih. Namun di dalam keletihan itu dia masih mampu melemparkan senyuman kea rah Asri. Di sebelahnya kelihatan seorang bayi. Setelah meminta kebenaran doktor tersebut, asri terus masuk ke dalam bilik itu. Dia menghampiri Humairah. Selepas itu dia pergi pula ke arah bayi tersebut.Asri mengangkat bayi itu perlahan-lahan. Dia mendekat bibirnya ke telinga kanan bayi tersebut. Kalimah-kalimah suci didengarkan di telinga bayi tersebut. Humairah hanya memerhati sahaja. Asri bergerak kea rah Humairah. “Siapa nama anak awak ni?” soal Asri. “Muaz. Muaz bin Abdullah,” jawab Humairah pendek.


********************


Humairah memandang ke arah Asri. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Asri bertolak ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran. Humairah tidak mahu berlengah lagi. Segala isi hatinya mesti dicurahkan sebelum semuanya terlewat. “Terpulang pada awak sama ada mahu menerima saya atau tidak.” “Siapa kata saya tidak mahu menerima awak. Hati saya sudah saya serahkan kepada awak Humairah.” “Awak sanggup menjadi bapa kepada Muaz. Awak sanggup mempunyai anak yang berbinkan Abdullah.” “Awak tak percayakan saya Humairah? Jika saya snggup menerima awak, kenapa saya perlu menolak untuk menjadi ayah kepada Muaz.” Humairah terharu mendengar kata-kata Muaz. Seminnngu kemudian mereka pun disatukan di dalam majlis yang sederhana .


*******************


Asri tersedar daripada lamunannya. Dia segera memeriksa barang-barangnya. Sebentar lagi teksi yang akan menghantarnya ke lapangan terbang akan tiba. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air. Wajah Humairah dan Muaz mula terbayang di mata Asri.


sumber :


akhi masri - econs,uia.
http://the-authenthic.blogspot.com/
muslim87@yahoo.com



Read more
5

maulid dan EIDUL ADHA..

bismillah...

sungguh bermakna tahun ni sebab hari lahir jatuh pada hari raya eidul adha..semoga ke"tua"an diri ini mematangkan lagi ana dalam mengharungi liku-liku hidup yang mendatang..jazakumullah kepada kawan-kawan semua yang telah banyak membantu..

wassalam..
Read more
0

No Need to Be Afraid of Us




Since the arrest of Khairat el Shater, second deputy chairman of the Muslim Brotherhood (MB), we felt it is necessary to republish his article written to the Guardian over a year ago and received a worldwide attention because it eloquently clarified an essential aspect of the MB
moderate ideology. El Shater is an influential figure within the MB, charismatic leader and staunch proponent of dialogue who is also known for his moderate views and openness. The voice of moderation el Shater represents is now facing an unknown destiny in a military tribunal which lacks the basic guarantees of a fair trial.In this article, el Shater clarifies the MB’s stance vis-à-vis democracy, pluralism, among other issues. It is for these views that he is now being imprisoned because he managed to get his message across.

The tyrannical Egyptian regime unjustly portrays the MB- largest opposition- as a radical organization that does not believe in
civil liberties, human rights and democracy and would undermine the rights of non Muslims if it came to power.

The MB is portrayed by the regime as such so as to give the confrontation between the regime and the MB an ideological façade an presented as a confrontation between moderate democrats and radical Islamists, which is completley untrue.

In fact, the "confrontation" between the regime and the MB is merely between tyrannical rulers and democracy activists, between authoritarianism and freedom, and between corruption and reform.Ikhwanweb is republishing this article, still upholding the principles and beliefs is presents, and sending a clear message to sincere democracy activists all over the globe: reformers in Egypt are being imprisoned one after another. The largest opposition group in Egypt is facing extreme injustice, and the Western regimes are supporting the regime, despite the strategic drawbacks of this support on everyone. Democracy activists should realize that if they intend to move and some point to support human rights in Egypt, it should be now. In fact, the pending question of democracy needs an immediate answer.


Ikhwanweb, Cairo, Egypt


.............................................


No Need to Be Afraid of Us


by : Khairat el Shatir


The violence that has erupted across Egypt in recent days is the result of government panic at the success of the Muslim Brotherhood - even in the rigged polls that pass for elections in the Arab world"s most populous country. As the second round of voting opened on Sunday in Egypt"s tightly restricted parliamentary contest, around 500 of our members were arrested at dawn and machete-wielding thugs attacked our supporters at polling stations. But the provocations of a corrupt, oppressive government - backed by the most powerful countries in the world - will not intimidate either our organisation, which has survived for 77 years, or the Egyptian people, who have increasingly come to trust us. Despite the popularity of the Muslim Brotherhood - or rather because of it - the organisation continues to be banned in Egypt. Nevertheless, by standing as independents whose affiliation is widely known, 17 of our members managed to be elected as the largest opposition group in the last parliament.


Given the pressure for change, we mobilised to win more seats in the hope that these new elections would be more honest and free. We are committed to democracy and to respect fair election results, whatever the outcome. But we have contested only 120 of the 444 parliamentary seats, knowing that standing for more might provoke the regime into fixing the results. The first round of parliamentary elections, in which the Muslim Brotherhood won more than 65% of seats it contested despite large-scale rigging and intimidation, confirm that our movement is seen by the public as a viable political alternative. But in spite of the confidence the Egyptian people have in us, we are not seeking more than a small piece of the parliamentary cake. This decision is dictated by political realities, both locally and internationally: in other words, the possible reaction of a repressive government backed to the hilt by the US and other western governments.


What we want to do instead is trigger a renaissance in Egypt, rooted in the religious values upon which Egyptian culture and society is built; for we believe these values can effectively deal with the obstacles that have hindered reform and development. At present, political life in Egypt is plagued by apathy; only a few parties with puny followings are officially allowed to join the political process. The priority is therefore to revitalise political life so that citizens can join a real debate about the solutions to Egypt"s chronic problems and the sort of future we want for our country. We believe that the domination of political life by a single political party or group, whether the ruling party, the Muslim Brotherhood or any other, is not desirable: the only result of such a monopoly is the alienation of the majority of the people.


Our aim in seeking to win a limited number of seats in parliament is to create an effective parliamentary bloc that, in conjunction with others, can energise an inclusive debate about the priorities of reform and development. Not a single political, religious, social or cultural group should be excluded from Egypt"s political life. The objective must be to end the monopoly of government by a single party and boost popular engagement in political activity.
Second, we would hope to contribute to achieving significant political and constitutional reforms: in particular, to remove restrictions imposed by the regime on political activity and give the parliament a much bigger say than it has now. Without real powers to question the executive, parliament will remain a mere facade.


Third, we would hope to contribute to greatly needed social, cultural and economic reforms. Such reforms can take place only once the grip of the state executive is regulated by an independent legislature and independent judiciary. The success of the Muslim Brotherhood should not frighten anybody: we respect the rights of all religious and political groups. So much damage has been inflicted on the country over the past century because of despotism and corruption that it would be impossible to embark on wider political reform and economic development without first repairing the damage to our basic institutions. Free and fair democratic elections are the first step along the path of reform toward a better future for Egypt and the entire region. We simply have no choice today but to reform.



Read more
0



inilah keadaan seekor kambing yang ditarik oleh 2 orang arab Jordan yang menanti untuk disembelih..biri-biri ke kambing ek?..apa sajalah..
.............................................................
mari kita mendengar sikit : KELEBIHAN 10 ZULHIJJAH
oleh : Dr. Abdul Basit

..............................................................


mari kita membaca sikit : HIBURAN DAN GURAU SENDA MENURUT ISLAM


jom dapatkan satu buku yang menarik untuk kita semua baca...jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya...


wassalam...

Read more
0

sekejap saja....~

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "......Sesungguhnya Allah berkata: Barangsiapa yang memusuhi para waliku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perperangan terhadapnya...."

(Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, hadith no. 6502)










Syeikh Abd. Aziz Ibn Bazz rahimahullah










Syeikh Hasan Al-Banna rahimahullah









syeikh mustafa masyhur rahimahullah









Al-Allamah Muhaddith Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah


..............................................


mereka semua telah meninggalkan kita...menuntut ilmu dengan mereka pun kita tidak sempat..jangan lepaskan peluang berjumpa para masyayeikh ini di syurga insyaAllah...maksudnya?....marilah kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah..memperjuangkan kebenaran walaupun pahit dan beramal dengan setiap ilmu yang kita perolehi...ketokohan mereka diakui dunia..mereka melalui fatrah-fatrah pahit, duka akibat dakwah ini dan bagi mereka dakwah itu manis kerana mereka dimuliakan Allah....insyaAllah..


.............................................


CINTA DALAM HATI


Mungkin ini memang jalan takdirku....
Mengagumi tanpa dicintai....
Tak mengapa bagiku....Asal kau pun bahagia....
Dalam hidupmu...

Dalam hidupmu....


Telah lama ku pendam perasaan itu....
Menunggu hatimu menyambut diriku....
Tak mengapa bagiku...
Mencintaimu pun adalah ....
Bahagia untukku..
Bahagia untukku...

Ku ingin kau tau..
Diriku di sini menanti dirimu..
Meski ku tunggu hingga hujung waktu ku..
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk SELAMANYA....


Dan izinkan aku memeluk dirimu...
Kali ini saja..

Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya..
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..
Ku ingin kau tau..
Diriku disini menanti dirimu..


Meski ku tunggu hingga hujung waktu ku..
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya..
Dan izinkan aku memeluk dirimu...

Kali ini saja...
Tuk ucapkan slamat tinggal untuk selamanya..
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja....


p/s : sekejap sahaja...dapat bersua pun aku sudah gembira...


wassalam...

dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Tahun 2
Fakulti Medic je..
bukan syariah..

Read more
0

Fiqh Ijtihad Dr. Yusuf Qardhawi




Bismillah...

sila klik untuk membaca makalah berkenaan di :
Read more
0

masih ada lagi kah harapan?

sumber : dari blog abg aufa..

http://lasersmksn.blogspot.com/2007/12/secerah-harapan.html


Nik Mohd Aufa Ibn Nik Mhd Nor

Sarjana Muda Syariah UM
kini bertugas di Sek. Men. Seri Nibong yang sebelumnya seorang pensyarah di Kolej Jaiputra. Berpindah kerana kepenatan dan kesibukan masa yang menyukarkan beliau untuk menumpukan diri dalam program tarbiah. Telah berkahwin dengan seorang doktor bernama Dr. Aida.

wassalam...
Read more
29

Ukhuwwah Atas Dasar Iman

In The Name Of Allah, The Most Gracious and the Most Merciful


semoga Allah merahmati perjuangan beliau dan menyembuhkannya secepat mungkin...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh...


..ada seseorang telah menelefon saya dari luar negara beberapa hari lalu dan menyampaikan berita yang sangat mengujakan saya...pada mulanya, saya cuba mendapatkan kepastian sebelum menulis di sini...hari ini, saya ketemu kepastiannya...satu kiriman email sampai pada saya...saya cuba menelefon beberapa rakan-rakan lain di Malaysia bagi memastikan kesahihan berita ini..
sebenarnya saya sudah lama tahu akan perkara ini..tidak usahlah kawan-kawanku terkejut bila hubungan para ulamak ini sangat rapat..lihatlah, perbezaan pendapat yang mungkin ada antara para ulamak ini tidak memutuskan hubungan dan kasih sayang mereka yang terbina atas dasar iman dan takwa...perkara ini sememangnya sudah lama pun berlaku...para ulamak salafussoleh, mereka tidak seperti keadaan kita sekarang..lihatlah mereka para ilmuan ini menjaga hubungan akidah, ukhuwwah sesama mereka...namun, masih ada manusia-manusia yang berasa besar diri dan dengan mudah mengkritik sesiapa sahaja yang tidak sekapal dengannya..dan melihat kepada apa yang berlaku, diharapkan anda/pembaca dan saya sendiri agar mengerti dan pandai menghargai ukhuwwah...apatah lagi kita ini hanyalah penuntut ilmu yang tidak pun faqih dalam bidang-bidang mereka ini...


ditujukan khas kepada : semua pencinta dakwah Rasulullah SAW...
.................................................

مفتي السعودية يهاتف القرضاوي والعُودة بالدوحة للاطمئنان على صحته
Mufti Arab Saudi dan Dr. Salman Audah Menghubungi Dr. Yusuf Qardhawi Di Doha Berkenaan Dengan Kesihatan Beliau :

موقع القرضاوي/ 9-12-2007
Laman Al-Qardhawi - 9/12/2007

أجرى سماحة الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ -المفتي العام للمملكة العربية السعودية- أمس السبت 8/12/2007 اتصالا هاتفيا بفضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي -رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين- للاطمئنان على صحته، وقد تبادل الشيخان الدعوات إلى الله أن يديم عليهما من فضله، وأن يعلي من شأن الأمة الإسلامية جمعاء.


Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Al-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi, pada hari Sabtu, 8/12/2007 lepas telah menghubungi Dr. Yusuf al-Qardhawi hafizhahullah, Pengerusi Persekutuan Ulama' Muslimin Antarabangsa untuk memastikan kesihatan beliau. Kedua-dua syeikh tesebut telah bertukar-tukar doa-doa kepada Allah agar memelihara mereka berdua dengan keutamaannya dan kepada semua Umat Islam.


الشيخ سلمان بن فهد العودة وفي السياق ذاته، قام فضيلة الشيخ الدكتور سلمان بن فهد العودة -المشرف العام على مؤسسة الإسلام اليوم- بزيارة سريعة إلى الدوحة الأربعاء الماضي الموافق 5/12/2007 للاطمئنان فيها على صحة الدكتور القرضاوي. وبحسب ما أورده الشيخ أكرم كساب لموقع القرضاوي.نت فقد طالب الدكتور العودة فضيلته بالرفق بنفسه، والتقليل من السفرات الطويلة حفاظا على صحته، على الأقل خلال الفترة المقبلة.


Dr Salman Bin Fahd Al-Audah, Supervisor/Penasihat Am Muasasah Islamiyah, telah melakukan kunjungan ringkas ke Doha pada hari Rabu lepas bersamaan 5/12/2007 bagi (melihat) kesihatan Dr Yusuf al-Qaradhawi. Dr. Salman Audah telah meminta Dr. Yusuf Qardhawi menjaga dirinya dan mengurangkan musafir/trip-trip yang panjang (jauh) demi memelihara kesihatan.
p/s : apakah maksud yg sesuai untuk بالرفق بنفسه ?

وكان القرضاوي قد تعرض خلال الشهر الماضي لوعكة صحية أُدخل على إثرها أحد المستشفيات بالعاصمة القطرية "الدوحة" لعدة أيام، ثم غادره ليقضي فترة نقاهة بالمنزل، بناء على توصية الأطباء.
Dr Yusuf al-Qaradhawi pada bulan lepas telah dimasukkan ke salah sebuah hospital Bandar Qatar, Doha selama beberapa hari, dan kini, Dr. Yusuf Qardhawi telah berehat di rumah atas nasihat para doktor.

من جهة أخرى، يعكف فضيلة الدكتور القرضاوي خلال فترة إقامته بالمنزل على مراجعة المسودات النهائية لكتابه "فقه الجهاد" الذي يعتبر موسوعة فقهية تناقش قضية الجهاد من كافة جوانبها؛ حيث من المنتظر أن يخرج للمكتبة الإسلامية قريبا

Dikatakan pula Dr. Yusuf Qardhawi semasa keberadaannya di rumah, beliau melakukan semakan draft terakhir bukunya yang bertajuk "Fiqhul al-Jihad" / Feqh Jihad di mana ianya membincangkan beberapa isu jihad yang dilihat daripada pelbagai sudut (aspek), dan ianya dijangka akan berada di kedai-kedai (maktabah-maktabah) Islam dalam masa terdekat....



Terjemahan : Dibuat secara ringkas sahaja dan cepat. Maaf sekiranya terdapat kesalahan terjemahan saya.



Berikut adalah berita tentang maklumat di atas :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5608&version=1&template_id=116&parent_id=114



Berikut adalah berita Dr.Yusuf Qardhawi sakit :


.......................................................................

konklusinya...

..kepada sahabat-sahabatku yang gemar mengkritik dan menjarah Dr. Yusuf Qardhawi, lihatlah kembali kepada peribadi anda dan letakkan status/taraf diri dan ilmu kita berbanding beliau. Dan tidak lupa juga, buat sahabat-sahabat saya, perhatikanlah sikap dan peribadi Mufti Arab Saudi ini, walaupun mereka berdua berkemungkinan berbeza dari segi fatwa dan pendapat mereka, mereka masih tetap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jadilah thullabul ilmiy yang reti memahami bahasa "adab" dalam membincangkan sesuatu hal..


Dan, kepada para pengkritik Mufti-Mufti Makkah juga, saya terpanggil untuk membandingkan diri anda dengan mereka semua. Apakah sudah cukup ilmu kita berbanding para Mufti ini? Hormatilah mereka dan pandangan mereka. Kesalahan-kesalahan yang mungkin terjadi di dalam fatwa-fatwa para syeikh ini (Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Salman Audah, Syeikh-syeikh Makkah dan lain-lain) janganlah dijadikan batu ukur untuk kita menamatkan serta menghapuskan setiap kebaikan dan kemuliaan yang terbekas pada diri mereka. Semoga Allah mengampuni kesilapan mereka SEKIRANYA ada dan merahmati mereka semua dan memberikan rahmat kepada mereka atas usaha, ijtihad dan fatwa-fatwa mereka.
..kepada sahabat-sahabatku yang juga suka mencari-cari kesalahan orang lain, mengertilah bahawa setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada melakukan beberapa kesilapan samada dalam pertuturannya, penulisannya dan juga dalam perbahasannya.

jom tengok apa pandangan Fadhilatus Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah taala terhadap Dr. Yusuf Qardhawi :

Saya diminta (Dr. Yusuf Qardhawi) untuk meneliti riwayat hadith serta menjelaskan kesahihan dan kedhaifan hadith yang terdapat dalam bukunya “Halal wal Haram”. Hal itu menunjukkan dia memiliki akhlak yang mulia dan peribadi yang baik. Saya mengetahui itu semua secara langsung. Setiap kali bertemu saya dalam satu kesempatan, dia akan selalu menanyakan kepada saya tentang hadith atau masalah fiqh. Dia melakukan itu agar dia mengetahui pendapat saya mengenai masalah itu dan dia dapat mengambil manfaat dari pendapat saya tersebut. Itu semua menunjukkan kerendahan hatinya yang sangat tinggi serta kesopanan dan adab yang tiada tara. Semoga Allah SWT mendatangkan manfaat dengan keberadaannya...
(Syeikh Muhd. Nasiruddin Al-Albani, “Ghayatul Maram fi Takhrijil Hadits Halal wal Haram”, muka surat. 14 )


Saya secara peribadinya menghormati mereka semua dan menyayangi mereka semua. Semoga ilmu dan fatwa-fatwa para syeikh ini dengan izin Allah terkesan di dalam jiwa saya, dan juga ANDA..


Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Fakulti Medic Mesir

"..menangislah atas sikap keras kita.."






Read more
2

saya bukan ahli fiqh...apalagi mujtahid..

bismillah...

ada orang bertanya kepada saya...kenapa tak tulis artikel tentang permasalahan fiqh dan seumpamanya supaya orang lain boleh jadikan rujukan..

jawapan :

menjadi rujukan?....terus terang saya katakan di sini, saya tidak suka orang mengambil sebarang perkongsian ilmu di blog saya ini sebagai rujukan, namun, jadikanlah ia sebagai bahan utk afilisasi pemikiran...kalau ianya diperbincangkan, kemudian telah ditanya kepada yang lebih pakar di luar sana, baru boleh dijadikan rujukan..kiranya benar, ambil..tidak benar..tegur..itu sahaja..tapi bila memberi teguran..biarlah dengan ilmiah dan adab kesusilaan..

seperkara yang perlu saya ingatkan pada semua...saya bukan ahli fiqh dan juga bukan mujtahid untuk mengeluarkan sesuatu hukum..dan, saya hanya akan sampaikan sesuatu sekadar apa yang saya pelajari, talaqqi dan setakat pembacaan saya sahaja..saya tidak mahu syok sendiri berfatwa tanpa ilmu...tetapi, saya boleh cadangkan beberapa laman web untuk jadikan bahan bacaan dan beberapa buku yang boleh dijadikan rujukan..begitulah manhaj salafussoleh pun..mereka tidak mudah mengeluarkan sesuatu hukum atas sesuatu perkara...namun, ilmu yang ada walaupun sedikit, kita perlu sampaikan..namun, adalah lebih selamat sekiranya kita berguru..begitu juga dalam mempelajari hadith..kita tak dapat memahami sesuatu hadith itu tanpa bantuan para ulamak hadith...sesetengah individu hanya memahami zahir hadith dan nas sahaja hanya melalui pembacaannya sahaja...ada juga yang menafsirkan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi mengikut "pandangan" sendiri..macam cerita 7 orang buta yang hendak mengenali seekor gajah...salah seorang memegang kaki dan mengatakan gajah ni seperti pokok..seorang memegang belalai dan berkata gajah seperti ular yang besar..seorang lagi memegang telinga dan mengatakan gajah ini seperti kipas..pelbagai tafsiran dikeluarkan...yang lebih ganas dan tragis, ada yang memahami dan menafsirkan hadith mengikut selera nafsu masing-masing...

mari lihat contoh kepentingan ilmu dan mempelajarinya...lihat sahaja kepada syeikh syuib al-arnouth dan syeikh nasiruddin al-albani..Syeikh Nasiruddin Al-Albani menerima ijazah pengiktirafan dalam bidang hadith oleh pakar hadith dunia iaitu Syeikh Muhammad Raghib at-Tabbagh and Syeikh Bahjatul-Baitar (diperakui mempunyai susur galur/ jalur perawi yang bersambungan dengan Al-Imam Ahmad B. Hanbal)..hal ini boleh dilihat di dalam kitab arab yang berjudul Hayatul Al-Albani oleh Syeikh Muhammad Asy-Syaibaniy..ijazah ini hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan pakar dalam sciences of hadith..nanti, janganla ada yang mengatakan saya fanatik albani pula..saya sangat suka method kajian hadith beliau...mereka sangat tekun mempelajari ilmu dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa..sekiranya ada kesilapan, mereka pantas membetulkannya dan mengakui kesilapannya...kita bagaimana?

saya menghormati dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memuatkan blog mereka dengan permasalahan fiqh, tauhid dan lain-lain...sekurang-kurangnya kita boleh ambil manfaat daripada mereka...saya suka dengan perkembangan ini...walaupun ramai golongan yang agak "konservatif" menentangnya..antara blog menarik ialah blog dr. asri, dr. maszlee (soon), ust. hasrizal, ust. adlan, ust. kamen, rakan saya abu usamah dan lain-lain..saya kira, mereka pun tak wajibkan sesiapa yang membaca tulisan mereka supaya menerima bulat-bulat atau ambil 100%..bahkan saya rasa, mereka suka sekiranya apa yang mereka hamparkan kepada kita dijadikan bahan perbincangan dan orang ramai dapat berfikir..bukan terikut-ikut...fenomena yang berlaku sekarang ni, fenomena "ikut-ikut"..bimbang lama-lama jadi semput..

wassalam

dr.nik abduh
maliziya
Read more
2

selamat hari lahir buat adikku...













budak kecik si solihah tengah bergambar..haha..ops..!


adik ah dan kawannya di airport mesir..pulang ke jordan semula...


winter...

masjid...nak jadi penulis hebat..



selamat hari lahir...adik ah.. rasanya kitorg belum terlambat kan?..9 disember 1987..maknanya awak dah 20..wah2..tuanya..urm..

.....................................................

ku dan mu dibawah bermaksud Allah..

SEGALANYA MILIK-MU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaan-Mu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkau lah yang mengiringkan hampa
Namun pada-Mu jua diagungkan
Berbagai keresahan dan tangisan


Ku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhelah
Ada dingin saat menyeru nama-Mu
Ke arah segala ronta rasa
Badai dan maya dakapan-Mu

Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh
Tuhan

.....................................................

dari : angah dan abduh....

Read more
5

ayat-ayat cinta....

trailer untuk filem ayat-ayat cinta sebuah karya habiburrahman...

ana tidak membaca keseluruhan buku-bukunya..kerana lebih kepada kisah percintaan...tak minat sebenarnya..


tapi, ada sahabat-sahabat yang menyarankan ana untuk membacanya..berkenaan kisah mengatur cinta yang betul mengikut acuan islam kata mereka...bila tgk trailer nih, baru terbuka hati ana untuk membaca buku tersebut sepenuhnya..dulu, time "muda-muda" dulu, suka sangatla baca dan tonton filem yang cinta-oriented..tapi, bila dah makin tua nih, rasa macam malas dan takde mood..rasa macam takde faedah langsung cerita-cerita macam tu..betul tak along dan kak ida?..nih, mereka ni yang banyak sedarkan diri ini...thanks buat along dan kak ida.. ;) juga sedikit kredit diberikan kepada kak sue dan abdullah..


perlukan sedikit masa..ada sesiapa yang memiliki e-book ayat-ayat cinta?..hantarkan linknya kepada ana..atau hantarkan ke email ana..


ir_nick2012@hotmail.com / soul_of_ikhwan@yahoo.com







wassalam

dr.abduh
Read more
0
mari kita sama-sama baca....

http://drmaza.com/?p=165
Read more
0

huh..?!

bismillah...

pulang ke mesir 28 disember ini..

wassalam
Read more
4

antara sabar dan keluh...








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

p/s : saya harap tulisan saya kali ini bermanfaat buat semua rakan-rakan yang sedang resah gelisah..ku tujukan khas buat mereka yang hilang semangat bila dihentam dan dicerca ketika berdakwah..juga buat mereka yang selalu ditimpa musibah...dan untuk mereka yang seringkali dihantui pelbagai masalah..study..stress..kerja dan sebagainya...


LUMRAH KEHIDUPAN...

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ...... ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ.. أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

".......And surely We shall try you with something of fear and hunger, and loss of wealth and lives and crops; but give glad tidings to the steadfast, Who say, when a misfortune striketh them: Lo! we are Allah's and lo! unto Him we are returning. Such are they on whom are blessings from their Lord, and mercy. Such are the rightly guided....."

“.....Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk...”
(Al-Baqarah: 155-157)


Selagi mana roda kehidupan terus berputar dan berpusing, selagi itulah seseorang itu tidak akan pernah lelah daripada menuai ujian dan cabaran hidup. Setiap musibah yang menimpa sebenarnya tanpa disedari akan mematangkan diri kita ; diri seorang mukmin. Kerapkali manusia menyalahkan diri dan juga takdir apabila ditimpa sesuatu musibah atau kecelakaan. Manusia tidak dapat lari daripada musibah dan ujian daripada Allah. Kalau sudah namanya ujian, tentu tidak manis dan enak didengari dan sebaliknya keseronokan dan nikmat itu yang sentiasa dikejari walaupun kita sebenarnya tidak berhak untuk memilikinya.


Berkata Al-Imam Al-Qurthubi:
Musibah adalah segala apa yang mengganggu seorang mukmin dan yang menimpanya.
(Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, 2/175)


Manusia juga seringkali lupa bahawa setiap ujian yang mendatang merupakan proses yang Allah jadikan kepada kita untuk lebih matang dalam mengatur hal hidup. Tidak ada seorang manusia pun yang mampu menepis segala ujian yang datang ; yang telah diatur siap oleh Allah SWT.

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

"....Or think ye that ye will enter paradise while yet there hath not come unto you the like of (that which came to) those who passed away before you? Affliction and adversity befell them, they were shaken as with earthquake, till the messenger (of Allah) and those who believed along with him said: When cometh Allah's help? Now surely Allah's help is nigh...."


Apakah kamu semua mengira bahawa kalian akan masuk ke dalam surga, padahal belum datang kepada kalian(ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah?....Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.....”
(Al Baqarah : 214)


YAKINLAH JANJINYA....

Manusia, memang sifatnya suka mengeluh, kecewa dan cepat putus asa. Manusia mudah lupa akan asal-usulnya. Lupa akan tuhannya. Lupa akan segala nikmat yang telah diberikan kepadanya. Lupa segala-galanya hanya kerana ujian yang sedikit yang mana jika hendak dibandingkan dengan cubaan yang tertimpa ke atas Baginda SAW, ujian tersebut tampak sangat kecil. Ketahuilah kalian, iman dan takwa sahajalah senjata utama yang mampu membatasi amarahnya dan mengawal nafus agar ianya berakhir dengan baik. Hati yang kosong tanpa iman akan membuahkan peribadi yang tidak sihat. Tanpa balutan inilah, manusia mula mencela dan menyalahkan takdir atas apa yang menimpa diri mereka.


Wahai saudaraku...

Janganlah bersedih atas kecelakaan dan musibah yang menimpa. Yakinilah kemarau yang panjang akan berakhir jua dengan hujan, begitulah juga dengan ujian yang bertubi-tubi datang melanda. Janganlah kita meletakkan diri kita sebaris dengan Bani Israel yang mudah lupa akan nikmat yang Allah berikan tatkala ada musibah yang menimpa diri mereka.


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan(ujian) kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar....”

(Al-Baqarah: 155)

Al-Imam At-Thabari rahimahullah ketika memberikan komentar terhadap ayat di atas, beliau mengatakn :

وَهَذَا إخْبَار مِنْ اللَّه تَعَالَى ذِكْره أَتْبَاع رَسُوله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مُبْتَلِيهمْ وَمُمْتَحِنهمْ بِشَدَائِد مِنْ الْأُمُور لِيَعْلَم مَنْ يَتَّبِع الرَّسُول مِمَّنْ يَنْقَلِب عَلَى عَقِبَيْهِ , كَمَا ابْتَلَاهُمْ فَامْتَحَنَهُمْ بِتَحْوِيلِ الْقِبْلَة مِنْ بَيْت الْمَقْدِس إلَى الْكَعْبَة , وَكَمَا امْتَحَنَ أَصْفِيَاءَهُ قَبْلهمْ

“...Ini merupakan berita daripada Allah kepada para pengikut Rasul-Nya, bahawa DIA akan menguji mereka dengan perkara-perkara yang berat, supaya diketahui orang yang mengikuti Rasul dan juga orang yang berpaling(daripada dakwahnya)....hingga akhir ayat..”
(Jami’ul Bayan, 2/41)


Ibnul Qayyim rahimahullah ada menyebutkan dalam kitab Madarijus Salikin : “...Sabar adalah menahan jiwa dari keluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh serta menahan anggota badan dari berbuat tasywisy (tidak lurus). Sabar ada tiga bentuk : Sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar daripada maksiat, dan sabar dari ujian Allah...."


Alangkah beruntungnya sekiranya seorang mukmin itu ketika berhadapan dengan ketentuan-ketentuan yang berlaku padanya, dia mensyukurinya. Dan jika ujian itu datang berupa kesulitan, kesusahan, kemiskinan, kelaparan, musibah dan sebagainya, maka dia bersabar dengannya tanpa ada keluh kesah.

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَا تَنَـٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡ‌ۖ وَٱصۡبِرُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

"....And obey Allah and His messenger, and dispute not one with another lest ye falter and your strength depart from you; but be steadfast! Lo! Allah is with the steadfast. ..."

"....Dan sabarlah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.....”
(Al Anfal : 46)


Marilah kita bertanya kepada diri, apakah manfaatnya saat kita mengeluh dan terus menghilangkan pergantungan kita pada-NYA? Renung-renungkanlah kisah yang menimpa Ummu Salamah ini..yakinilah setiap ujian yang datang akan disusuli pula kenikmatan yang kita sedar ataupun tidak. Yang diperolehi terus ataupun yang tertunda.


Diriwayatkan di dalam hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi begini :
"...Ummu Salamah berkata: “...Tatkala Abu Salamah meninggal, aku mengucapkan istirja’ dan mengatakan: ‘Ya Allah, berilah daku pahala bagi musibah yang menimpa daku dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya..." Kemudian aku berfikir kiranya siapakah orang yang lebih baik bagiku daripada Abu Salamah? Maka ketika selesai masa ‘iddahku, Rasulullah SAW datang meminta izin untuk masuk (rumahku) di mana waktu itu aku sedang menyamak kulit. Lalu Rasulullah SAW pun melamarku.Tatkala Nabi SAW sudah selesai daripada pembicaraannya, aku pun berkata: ‘....Wahai Rasulullah, sebenarnya saya berkehendak untuk dilamar tapi saya seorang wanita yang sangat cemburu. Saya bimbang, anda akan melihat daripada saya sesuatu yang nantinya Allah akan mengazab saya kerananya. Saya juga orang yang sudah berumur dan banyak anak.." Nabi SAW pun bersabda: "...Adapun apa yang engkau sebutkan tentang sifat cemburu, niscaya Allah akan menghilangkannya....Dan apa yang engkau sebutkan tentang umur maka aku juga sama (sudah berumur). Dan yang engkau sebutkan tentang banyaknya anak, maka anakmu adalah tanggunganku..." Aku berkata: "...Aku menyerahkan diriku kepada Rasulullah..." Lalu beliau menikahiku.Ummu Salamah berkata setelah itu: “....Allah telah menggantikan untukku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW....”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Seorang mukim itu dia akan melihat dengan mata hatinya bahawa perit jerih dan pahitnya kehidupan dunia itu adalah suatu hal yang manis di akhirat dan manisnya dunia merupakan perkara yang pahit di negeri akhirat nanti. Mereka akan meyakini bahawa setiap yang Allah jadikan itu ada hikmah disebaliknya. Dalam kesusahan itu ada bahagianya dan dalam tenang itu kemungkinan ada sengsaranya.....

"....Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu syurga beserta segala sesuatu yang boleh mendekatkan kepadanya dari perkataan dan perbuatan, dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka beserta segala sesuatu yang boleh mendekatkan kepadanya dari perkataan dan perbuatan......"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad; disahihkan oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani dlm As-Sahihah no.1542)


wassalam...

dr.nik mohd abduh b nik mhd nor
seri nibong - pulau pinang..


"..menangislah kerana sikap keras kita.."

Read more