Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful...
"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya…"
(Al Kahfi : 103-104).
Harini muncul seorang pejuang yang seolah-olah menampakkan dirinya sebagai pejuang sejati PAS tetapi tidak bersikap seperti orang PAS..datang secara tiba-tiba menyerang blog saya tanpa usul periksa dan saya di sini tidak menghalalkan sebarang provokasi atau sebarang bentuk politik semasa dimasukkan ke dalam blog saya..saya hanya ingin jadikan perbincangan ilmu hadith, sains dan Palestin sahaja ke dalam blog ini kerana saya bukanlah pemerhati politik, bukan juga ahli dalam politik Malaysia. Setakat menyokong dan membantu perjuangan, memang tidak pernah saya lekakan atau abaikan.
“Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan dia berkewajiban menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang dia ketahui bagi mereka dan melarang mereka dari kejelekan yang dia ketahui bagi mereka.”
(HR. Muslim bab Al Imarah juz 12 nombor 10/4753 dari Amr bin Ash, Nasa’i bab Bai’ah 25/4202 dari Abdurrahman bin Abdi Rabbil Ka’bah, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam As-Sahihah 3/3907 dan 1/241, Ibnu Majah dalam Al Fitan jilid 2 no. 9/3956, Ahmad 2/161 dari Amr bin Ash radliyallahu 'anhu)
Sepengetahun pendek saya, orang-orang dan para pejuang PAS selalunya bersikap menghormati dan sangat-sangat berhati-hati dalam menuturkan sebarang perkataan. Begitu juga dengan ayah saya yang berjuang di dalam JIM dan PAS. Beliau pernah bersama-sama berusrah selama beberapa tahun bersama Ust. Nik Rozi, Ust. Zulkifli Mamat dan orang-orang besar PAS..semasa beliau di Shah Alam dan ketika itu saya masih lagi kecil. Buku-buku harakah Islam tersusun indah di rak-rak buku ayah saya dan ibu saya. Buku-buku ini adalah hasil pemberian tokoh-tokoh PAS yang hatinya suci ini. Sepanjang ayah saya bekerja untuk Islam baik di dalam PAS mahupun JIM, tidak pernah terpacul dari mulutnya kata-kata kesat, cemuhan mahupun kritik-mengkritik sekiranya ada perkara yang beliau tidak sukakannya dalam perjuangan. Peribadinya inilah yang kami sekeluarga contohi. Begitu juga ummi saya, tidak pernah beliau mengutuk mana-mana jemaah selain jemaah JIM-nya. Apatah lagi beliau pernah dihalau ketika berdakwah dan terpaksa menebalkan muka ketika berdakwah kepada orang-orang UMNO di kampung mahupun bandar. Namun tidak pernah terhambur kata-kata nista terhadap para mad'unya yang tidak mahu mendengar dan mengikuti dakwahnya. Sikap mereka berdualah yang telah mendidik saya untuk tidak menghina atau memperkatakan tentang keburukan yang mungkin ada pada mana-mana individu atau perjuangan sesebuah jemaah di Malaysia. Dan saya anggap kelemahan-kelemahan ini sebenarnya kecil dan tidak ada kesan pun terhadap perjuangan PAS, JIM, ABIM, ACCIN dan lain-lain.
Wahai saudaraku yang dikasihi,
Diingatkan di sini kepada penyerang-penyerang saya, adakah anda kecewa kerana perkataan "PAS" tidak dimasukkan ke dalam link saya? Anda begitu marah dan seolah-olah tiada perjuangan PAS di hati saya..inilah sikap taksub yang paling kuat melata di kalangan "pengekor" PAS..Mari kita lihat perjuangan Ust. Nasaruddin Tantawi, Ust. Nasaruddin Mat Isa, Ust. Zulkifli Mamat, Ust. Wan Ismail, Ust. Nik Amar, dan ramai lagi pejuang PAS, mereka tidak taksub dan tidak bersikap jelek terhadap mereka yang berjuang di dalam jemaah lain. Ramai antara anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah-sekolah JIM dan ISMA. Antaranya anak kepada Hussam Musa, anak kepada Ust. Nik Amar yang juga rakan baik saya, anak kepada ramai lagi tokoh-tokoh PAS yang murni dan suci jiwa mereka. Bukan kepada golongan yang taksub dan berdarah muda tapi tidak terpimpin. Anak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga adalah seorang pejuang kepada PAS dan JIM/ISMA.
Bersikaplah dan jadilah seperti bapa-bapa dan ayah-ayah PAS kita, dan jangan jadi "pengekor" sejati yang hanya tahu menyalahkan, menyerang dan membuat tuduhan membuta tuli sahaja..Saya, adalah pejuang dan pengikut PAS yang sejati. Ribuan ringgit duit kami habiskan untuk perjuangan PAS. Anda bagaimana? Kalau duit setakat digunakan untuk membeli laptop atau ke cyber cafe dengan tujuan menjarah orang, ingatlah, duit itu akan menjadi sebahagian daripada bahan api neraka. Hidup dalam tarbiah tiada gunanya kalau tidak diaplikasikan.
Firman ALLAH SWT : ".. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani…"
Dr. Wahbah al-Zuhaili juga tokoh kontemperer ada menyebut: wala tajassasu bermaksud jangan kami mencari-cari kesalahan dan keburukan kaum Muslimin. Jangan kamu singkap apa yang mereka
( Al-Zuhaili, Al-Tafsir al-Munir, 255, 263/26, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991)
Saya tidak marah ketika menulis ini, tetapi saya bimbang sikap taksub ini semakin berleluasa. Jadi, saya ingatkan sekali lagi, saya TIDAK MENGHALALKAN sebarang bentuk provokasi, fitnah, tohmahan, celaan, serangan, politik kotor dimasukkan ke dalam blog saya samada dalam komen mahupun dalam cbox saya. Ketahuilah betapa susahnya orang lain membantu perjuangan kita, tetapi kita tidak menghargai mereka. Buangkanlah karat-karat jahiliyyah dalam diri kita yang masih tersisa.
Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "..Beberapa penyakit yang sering menjangkiti umat kita ialah suka bertindak berlebih-lebihan dan di luar hukum. Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan”
(al-Baqarah : 143 )
Penyakit ini telah menulari pergerakan Islam, sehingga sikap berlebih-lebihan memuji diri sendiri, berlebih-lebihan dalam mengecam lawan-lawannya dan berlebih-lebihan dalam berbagai kegiatan lainnya.Para pemerhati melihat pergerakan Islam moden dewasa ini sangat berlebih-lebihan menilai besar kekuatannya, berlebih-lebihan menilai kelemahan lawannya, terlalu meremehkan berbagai rintangan yang dihadapi dalam perjalananan, terlalu tinggi memuji diri, terlalu rendah menilai lawan, berlebih-lebihan kalau sedang cinta dan begitu pula kalau sedang benci...."
(Di Mana Punca Kelemahan Umat Masa Kini, topik : Terburu-Buru, Al-Qaradhawi)
Dan ada di kalangan rakan saya pula tidak dapat menerima kewujudan jemaah-jemaah lain dalam Malaysia. Mari kita celikkan hati kita yang sudah keras ini dengan membaca buku-buku ini. Ini adalah buku-buku para ulamak Salafi dan pencinta sunnah yang ilmu mereka tinggi-tinggi jika nak dibandingkan dengan kita yang baru setahun jagung dalam perjuangan Islam :
Dr. Al-Qardhawi
Al-Sahwah Al-lslamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-Masyru' Wa Tafarruq Al-Mazmum (buku ni wajib dibaca oleh semua dai'e tidak kira antum jemaah apapun)
Dr. Al-Qardhawi
Di Mana Punca Kelemahan Umat Masa Kini
Dr. Al-Qardhawi
Fiqhud Daulah
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Majmu'ah Ar-Rasaail
Syeikh Mut'ab Bin Suryan Al-Ashimi
Perbezaan antara Salaf dan Salafi
Dr. Al-Qardhawi
Aulawiyyatul Harakatil Islamiyyah fil Marhalatil Qaadimah
Dr Ibrahim bin 'Amir ar-Ruhaily
Mauqif Ahlus Sunnah wal Jamaah min Ahlil Bida'wal Ahwaa'
Syeikh Muhsin Al-Abbad
Rifqan Ahlus Sunnah Bi Ahlis Sunnah
semoga para pejuang agama Allah tidak lagi mengeringkan hati kita setelah membaca karangan-karangan dan nasihat-nasihat daripada para tokoh-tokoh Islam di atas.
Lagu di atas saya pinjam daripada imeem.com..lagu asal "you raise me up by Groban" yang banyak mengingatkan saya kepada perjuangan ayah dan mak saya yang bermati-matian ketika pilihan raya 1998 sehinggakan ummi saya terjatuh dan luka berdarah!! Darah yang mengalir ini akan menjadi bukti di akhirat kelak yang mana para pejuang Jemaah lain juga membantu para pejuang PAS. Dan kerana berjuang dalam PAS lah nama mak saya tersenarai dalam senarai mereka yang hampir-hampir diletakkan sebaris dengan nama-nama mereka yang di tahan di ISA dan namanya telah diblacklistkan pun di Kementerian Pendidikan. Tak percaya? Cekla di Kementerian Pendidikan. Dan ini adalah pesanan ummi saya sambil menanagis di hadapan saya dengan tangisan yang berderu-deru derainya...pada waktu tu jugalah kepala saya diletakkan di atas riba ummi saya dan pada waktu tu jugalah titsan airmatanya jatuh terkena pipi saya :
jangan mengalah dan
teruskan perjuangan
yang dibawa PAS...!!"
Malunya ummi saya dihalau dan diherdik macam binatang oleh orang-orang UMNO semasa berdakwah bersama PAS, ditendang dinding oleh orang-orang UMNO semasa sedang berceramah di masjid, dilabel dengan pelbagai kata-kata nista, darah yang tertumpah ke bumi Kelantan ketika berjuang bersama PAS dan airmata serta wang tenaga dan kerahan sepenuh hidupnya tidak mampu dibayar oleh sesiapapun yang menggelarkan diri mereka dai'e dan hanyalah Allah jua yang dapat membalas harga semua ini..saya ulangi sekali lagi..TIADA SIAPA YANG MAMPU MEMBAYAR DARAH YANG MENGALIR DARI TUBUH UMMI SAYA dan maruahnya apabila dihalau macam anjing kerana perjuangan ini..!!.....baik penyerang saya, mahupun sesiapa sahaja..Cukuplah tangisan orang lain untuk menyedarkan kita betapa orang lain juga bekerja untuk Islam, bukan diri kita sahaja..!
Dan buat along, abduh minta maaf kerana malam ni abduh terpaksa menangis untuk ummah yang masih lagi kabur dan tidak mengerti..thanks atas perjuangan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS dan JIM/ISMA..
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku kiranya kami tidak berjuang di jalan-MU..Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kaumku kerana mereka ini tidak mengetahui..amin..
Dr. Abduh