saya bukan ahli fiqh...apalagi mujtahid..

bismillah...

ada orang bertanya kepada saya...kenapa tak tulis artikel tentang permasalahan fiqh dan seumpamanya supaya orang lain boleh jadikan rujukan..

jawapan :

menjadi rujukan?....terus terang saya katakan di sini, saya tidak suka orang mengambil sebarang perkongsian ilmu di blog saya ini sebagai rujukan, namun, jadikanlah ia sebagai bahan utk afilisasi pemikiran...kalau ianya diperbincangkan, kemudian telah ditanya kepada yang lebih pakar di luar sana, baru boleh dijadikan rujukan..kiranya benar, ambil..tidak benar..tegur..itu sahaja..tapi bila memberi teguran..biarlah dengan ilmiah dan adab kesusilaan..

seperkara yang perlu saya ingatkan pada semua...saya bukan ahli fiqh dan juga bukan mujtahid untuk mengeluarkan sesuatu hukum..dan, saya hanya akan sampaikan sesuatu sekadar apa yang saya pelajari, talaqqi dan setakat pembacaan saya sahaja..saya tidak mahu syok sendiri berfatwa tanpa ilmu...tetapi, saya boleh cadangkan beberapa laman web untuk jadikan bahan bacaan dan beberapa buku yang boleh dijadikan rujukan..begitulah manhaj salafussoleh pun..mereka tidak mudah mengeluarkan sesuatu hukum atas sesuatu perkara...namun, ilmu yang ada walaupun sedikit, kita perlu sampaikan..namun, adalah lebih selamat sekiranya kita berguru..begitu juga dalam mempelajari hadith..kita tak dapat memahami sesuatu hadith itu tanpa bantuan para ulamak hadith...sesetengah individu hanya memahami zahir hadith dan nas sahaja hanya melalui pembacaannya sahaja...ada juga yang menafsirkan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi mengikut "pandangan" sendiri..macam cerita 7 orang buta yang hendak mengenali seekor gajah...salah seorang memegang kaki dan mengatakan gajah ni seperti pokok..seorang memegang belalai dan berkata gajah seperti ular yang besar..seorang lagi memegang telinga dan mengatakan gajah ini seperti kipas..pelbagai tafsiran dikeluarkan...yang lebih ganas dan tragis, ada yang memahami dan menafsirkan hadith mengikut selera nafsu masing-masing...

mari lihat contoh kepentingan ilmu dan mempelajarinya...lihat sahaja kepada syeikh syuib al-arnouth dan syeikh nasiruddin al-albani..Syeikh Nasiruddin Al-Albani menerima ijazah pengiktirafan dalam bidang hadith oleh pakar hadith dunia iaitu Syeikh Muhammad Raghib at-Tabbagh and Syeikh Bahjatul-Baitar (diperakui mempunyai susur galur/ jalur perawi yang bersambungan dengan Al-Imam Ahmad B. Hanbal)..hal ini boleh dilihat di dalam kitab arab yang berjudul Hayatul Al-Albani oleh Syeikh Muhammad Asy-Syaibaniy..ijazah ini hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan pakar dalam sciences of hadith..nanti, janganla ada yang mengatakan saya fanatik albani pula..saya sangat suka method kajian hadith beliau...mereka sangat tekun mempelajari ilmu dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa..sekiranya ada kesilapan, mereka pantas membetulkannya dan mengakui kesilapannya...kita bagaimana?

saya menghormati dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memuatkan blog mereka dengan permasalahan fiqh, tauhid dan lain-lain...sekurang-kurangnya kita boleh ambil manfaat daripada mereka...saya suka dengan perkembangan ini...walaupun ramai golongan yang agak "konservatif" menentangnya..antara blog menarik ialah blog dr. asri, dr. maszlee (soon), ust. hasrizal, ust. adlan, ust. kamen, rakan saya abu usamah dan lain-lain..saya kira, mereka pun tak wajibkan sesiapa yang membaca tulisan mereka supaya menerima bulat-bulat atau ambil 100%..bahkan saya rasa, mereka suka sekiranya apa yang mereka hamparkan kepada kita dijadikan bahan perbincangan dan orang ramai dapat berfikir..bukan terikut-ikut...fenomena yang berlaku sekarang ni, fenomena "ikut-ikut"..bimbang lama-lama jadi semput..

wassalam

dr.nik abduh
maliziya

2 comments:

Anonymous said...

humble itu bgus,tp,jgn smpai tak berkongsi ilmu pula ye.boleh tak tulis tentang al-quran dan sains?

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

jazakallah..bimbang terjun ke alam yang bukannya alam saya..