14

camar yang luka...




inikah yang kita mahu ulangi?..tatapilah kaabah yang dikelilingi masjid 4 mazhab ini...menangislah atas sikap keras kita....


camar yang luka kakinya...










ku tujukan buat semua kekasihku di jalan dakwah...

الا أن من قبلكم من اهل الكتاب افترقوا على ثنتين و سبعين ملة وان هذه الملة ستفترق
على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون فى النار وواحد فى الجنة وهى الجماعة

Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan umat Islam ini kana berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan dalam neraka serta Cuma satu sahaja dalam syurga iaitu Al-Jamaah.....”

(Hadith Hasan riwayat Abu Daud no. 4597 dan Ahmad, Darimi, Hakim serta Tibrani)



saudaraku.....

jangan buat diri ini menangis lagi di kala ummah terhimpit..
janganlah matikan suasana indah ini di kala masih ramai yang teraba-raba dahagakan tarbiah..
jangan kelamkan ia dengan fahaman-fahaman sempit hasil "ijtihad" sendiri...
ijtihad seorang manusia yang tidak layak pun berijtihad...


jangan saudaraku...jangan...
bahagiakanlah mereka yang masih belum merasai tarbiah ini..dakwah ini..
jangan buat ummah terus menangis kerana sikap kita..
hapuskanlah krisis-krisis hati kita....
raikanlah mereka...
mereka yang sanggup berhabis wang dan tenaga demi ummah ini..


saudaraku..
jauhilah sengketa...raikanlah mereka yang berjuang di atas jalan-NYA..
tidakkan ku sesali seumur hidupku atas dakwah ini...
namun, akan terpalit luka berdarah yang tidak akan sembuh
sekiranya ummah ini masih bertelagah
fahamilah...kita semua adalah ikhwan fillah...!
ku mohon ampunan-MU yang Allah atas luahan hati ini...ya Allah..ku tidak mampu menyambung tulisan ku ini lagi..


saya di tengah-tengah dikepit antara para tabib dan ustaz yang hebat-hebat..terasa kecil diri yang dah memang kecil ni...

dr. nik mohd abduh b nik mhd nor
mesir..
Read more