22

di jalan ini aku bernikah...




siri menjawab beberapa email rakan-rakan saya yang sampai bertalu-talu..


THE PATH...

For a short period, a lot of things have changed in my life...I used to draw an image in my mind about my life and the upcoming years...I know I was knowing the aims and desires, but never been this specific!..I used to think about having that great future, that can withdraw my attention, initiate my capabilities, fits my education, and most importantly help me building my life....All these things were in my mind, of course, since I used to think a lot about my future... but starting to take the first few steps is a completely different thing...I used to hear that those initial steps are hard enough to let this person who does not have the will to quit... but never think it would be this hard! Of course this does not mean I'll quit... What a lose it would!

KAHWIN DAN IJAZAH...

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ و مَعهاَ ذُوْ مَحْرَمٍ

“Sekali-kali tidak boleh seorang lelaki berkhalwat(berduaan) dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya....
(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 1341)

Seringkali pertanyaan ini diajukan kepada saya ketika bersua muka dengan ikhwah di UIA mahupun di Mesir. Walaupun perkara ini seolah-olah hanya gurauan, namun pernah juga terfikir di hati ini ada benarnya gurauan mereka. Tua?..tak ada la tua sangat pun. Pernah juga terdetik di hati untuk memiliki dan dimiliki suatu ketika nanti. Bila?..buat masa ini masih lagi belum menerima sesiapa. Bukan tegas atas prinsip, akan tetapi, menghormati diri yang masih belum sempurna dan banyak lagi kecacatan yang tidak tertampung.

Ijazah, tiada siapa yang dapat menafikan betapa pentingnya ijazah bagi setiap individu. Kejayaan seseorang individu Muslim harus dibuktikan melalui segulung ijazah kerana ianya menjadi satu manifestasi kepada kecemerlangan Islam yang gilang gemilang.
Dengan ini, saya berjanji akan tekun berusaha menelaah studi saya dan di samping meningkatkan ilmu agama saya. Satu tekad!


ANTARA DUA : DAKWAH ATAU DIA

Kepada sahabat yang bertanya berkali-kali dan mencadangkan juga berkali-kali untuk saya mencari calon sehingga saya pening-pening lalat....

Saya katakan di sini, saya tidak mahu terlibat dalam alam fantasi ini setelah saya pernah merasainya dulu walaupun sebentar sahaja, suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, sewaktu menjalani kejahilan diri ini dahulu, apapun saya masih lagi suci daripada ber"dating" dan bertemu mata di mana-mana, apatah lagi menghabiskan masa makan bersama, keluar bersama dan melanggari syariat yang ditetapkan seperti mana orang lain. Ketetapan Allah, itulah yang terbaik. Dakwah dan risalah yang menjadi batasan dan pemisah yang menyedarkan. Lantas mencegah diriku daripada alam fantasi ini. Lantaran itu, saya memohon pada Allah agar melenyapkan segala "kemanisan" yang hanya bersifat sementara dengan menggantikan "kemanisan" yang bersifat hakiki yakni dakwah. Alhamdulillah, tiada ungkapan yang dapat dicoretkan atas hidayah yang dianugerahi-NYA dan ternyata doa itu telah termakbul. Selamat tinggal sementara dan selamat bertemu wahai hakiki. Telah saya catatkan suasana dan kondisi di Mesir yang telah banyak merubah hidup saya. Ternyata manusia boleh berubah, bukan tidak boleh. Tiada alasan untuk melakukan perubahan terhadap diri.

nah...betapa besarnya bebanan dakwah sekiranya kita fahami dengan mendalam. Tiada masa untuk berakhi-ukhti dalam erti kata cinta dakwah. Cinta "tahajjud" dan cinta "tazkirah" yang pada akhirnya akan menenggelamkan diri masing-masing di sebalik tahajjud dan tazkirah itu. Ya..memang ramai dan ternyata dakwah lah yang menjadi mangsa mereka. Bermula dengan pesanan ringkas tahajjud, kemudian tazkirah dan kemudian berakhir dengan hilangnya sifat keperibadian dai.

Saya pernah terbaca artikel tulisan Ust. Maszlee tentang "cinta anta-anti", dan "oh mama..aku mahu kawin.." yang mana artikelnya telah berjaya mengupas senario yang sebenarnya terjadi di IPT-IPT yang rata-ratanya adalah pembawa bendera dakwah. Apabila membacanya, teringat zaman hingusan menjebakkan diri di alam fantasi itu. Namun, hidayah Allah tidak siapa yang menduga. Di jalan ini aku bernikah. Bernikah dengan dakwah dan risalah. Cinta, nantila dulu.

Saya kerap mengadakan perbincangan dengan ummi saya yang sangat terbuka dan sangat
memahami jiwa remaja. Banyak saranan dan nasihat yang saya rasa saya patut saya kongsikan di sini. Ummi suka membuat perbandingan dan analogy yang munasabah kepada saya. Antaranya ialah membawakan contoh kisah Saidina Umar dalam mencari menantunya yang akhirnya dengan peristiwa kejujuran seorang wanita dan susu jualannya, lahirlah seorang mujaddid agung iaitu Khalifah Umar Ibn. Abdul Aziz. Begitu juga kisah Rumaisha' atau lebih dikenali dengan Ummu Sulaim. Islam telah menjadi mahar perkahwinannya dengan suaminya, Abu Thalhal. Dan, adakalanya juga ummi memukau saya dengan kisah cinta along dan akak ipar saya dan juga kakak saya yang baru sahaja berkahwin. Kisah cinta yang hebat. Semuanya gara-gara baitul Muslim. Hebat..mengapa tidaknya..Along dan Kak Aida tanpa mengenali antara satu sama lain telah bersetuju untuk berkahwin dan hasilnya, cinta yang berputik selepas perkahwinan mereka kian subur dan mekar hari demi hari. Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana dan apa yang berlaku antara mereka. Cukuplah saya katakan, mereka sangat bahagia dan sangat mudah dan suka bergurau antara satu sama lain serta sangat mesra. Macam budak-budak pun ada kadang-kadang. Tapi, itulah realitinya. Itu hanyalah sekecil-kecil gambaran cinta mereka yang dibina atas dasar Iman dan percaya pada ketetapan Allah.

Saya suka membahaskan persoalan jodoh dan cinta remaja kepada ummi. Apa yang menutupi saya untuk memboloskan diri ke alam fantasi tersebut adalah hanya dengan kata-kata ummi
yang saya pegang kukuh. Ianya menjadi benteng buat saya sehingga sekarang. Tiada istilah cinta/bergewe sebelum berkahwin. Mungkin ianya boleh diperbahaskan lagi. Namun, saya tetap menerimanya sebagai secara zahir perkataannya dan mengganggap ia adalah satu benteng yang boleh menghindarkan diri daripada termasuk di kalangan ahli-ahli fantasia yang kian dirasuk. Bukankah Bani Israel dihancurkan pada awalnya kerana fitnah wanita? Hal ini dinukilkan oleh Al-Imam Muslim rh dalam sahihnya dari jalan Abu Said Al-Khudri di bawah tajuk "Ramai ahli syurga di kalangan Fuqara'/Fakir dan ramainya ahli neraka di kalangan wanita.."

: الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار :

أكثر أهل الجنة الفقراء وأكثر أهل النار النساء وبيان


Rasulullah SAW bersabda :


إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“....
Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, kemudian Allah memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil daripada kaum wanita...
(Hadis Riwayat Muslim)


لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ. كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوْهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُوْنَ

“...Telah terlaknat orang-orang kafir dari kalangan Bani Israel melalui lisan Nabi Daud dan Nabi ‘Isa bin Maryam. Hal itu kerana mereka membuat maksiat dan melampaui batas. Adalah mereka saling tidak melarang daripada kemungkaran yang mereka lakukan. Sangatlah hina(jelek) apa yang mereka telah lakukan....
(Al-Ma`idah: 79-78)

Jadi, mengapa harus menjebakkan diri ke alam fantasi tersebut sekaligus membariskan diri sama rata dengan nasib Bani Israel yang terlaknat. Memposisikan diri kita di alam tersebut bermakna kita menempah tiket dan nasib yang sama seperti yang dilalui Bani Israel yang digambarkan dalam hadith Baginda dan firman Allah tersebut. Gambaran yang dahsyat ini sesuai untuk kita ambil istifadah/manfaat daripadanya. Sejujurnya, saya tidak mengetahui apakah wujud dalil atau kaedah fiqh yang membolehkan bercinta sebelum berkahwin. Jika ada, saya izinkan sahabat-sahabat menambahkannya. Cinta di sini bermaksud, mengasihi dan menyayangi seseorang kemudian melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan syariat termasuklah berdua-duaan tanpa ditemani mahramnya. Mari kita lihat hadith ini :


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَخْلُوَنَّ بِامْرَأَةٍ لَيْسَ مَعَهَا ذُوْ مَحْرَمٍ مِنْهَا فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa disertai mahramnya, kerana yang ketiga antara keduanya adalah syaitan....”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

‏حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وزهير بن حرب ‏ ‏كلاهما ‏ ‏عن ‏ ‏سفيان ‏ ‏قال ‏ ‏أبو كر
‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عمرو بن دينار ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معبد ‏ ‏قال سمعت

ابن عباس ‏ ‏يقولا :‏

‏سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يخطب يقول ‏ ‏لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو ‏ ‏محرم ‏ ‏ولا تسافر المرأة إلا مع ذي ‏ ‏محرم ‏ ‏فقام رجل فقال يا رسول الله إن امرأتي خرجت حاجة وإني اكتتبت في غزوة كذا وكذا قال انطلق فحج مع امرأتك


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"...Jangan sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya dan janganlah seorang wanita musafir melainkan bersama mahramnya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah! Isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadat Haji sedangkan aku wajib mengikuti beberapa peperangan. Baginda bersabda: Berangkatlah kamu untuk mengerjakan Haji bersama isterimu.."
(Sahih Muslim, Bab Haji dalam ( سفر المرأة مع محرم إلى حج وغيره ) no.2391)

Ini adalah syarah Imam Nawawi rh tentang hadith di atas :

صحيح مسلم بشرح النووي


‏قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم ) ‏
‏هذا استثناء منقطع ; لأنه متى كان معها محرم لم تبق خلوة , فتقدير الحديث : لا يقعدن رجل مع امرأة إلا ومعها محرم . وقوله صلى الله عليه وسلم : ( ومعها ذو محرم ) يحتمل أن يريد محرما لها , ويحتمل أن يريد محرما لها أو له , وهذا الاحتمال الثاني هو الجاري على قواعد الفقهاء , فإنه لا فرق بين أن يكون معها محرم لها كابنها وأخيها وأمها وأختها , أو يكون محرما له كأخته وبنته وعمته وخالته , فيجوز القعود معها في هذه الأحوال , ثم إن الحديث مخصوص أيضا بالزوج , فإنه لو كان معها زوجها كان كالمحرم وأولى بالجواز , وأما إذا خلا الأجنبي بالأجنبية من غير ثالث معهما فهو حرام باتفاق العلماء , وكذا لو كان معهما من لا يستحى منه لصغره كابن سنتين وثلاث ونحو ذلك , فإن وجوده كالعدم , وكذا لو اجتمع رجال بامرأة أجنبية فهو حرام , بخلاف ما لو اجتمع رجل بنسوة أجانب , فإن الصحيح جوازه , وقد أوضحت المسألة في شرح المهذب في باب صفة الأئمة في أوائل كتاب الحج , والمختار أن الخلوة بالأمرد الأجنبي الحسن كالمرأة , فتحرم الخلوة به , حيث حرمت بالمرأة , إلا إذا كان في جمع من الرجال المصونين , قال أصحابنا : ولا فرق 3 في تحريم الخلوة حيث حرمناها بين الخلوة في صلاة أو غيرها , ويستثنى من هذا كله مواضع الضرورة , بأن يجد امرأة أجنبية منقطعة في الطريق أو نحو ذلك , فيباح له استصحابها , بل يلزمه ذلك إذا خاف عليها لو تركها , وهذا لا اختلاف فيه , ويدل عليه حديث عائشة في قصة الإفك . والله أعلم .

..................................................................

حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ليث ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن رمح ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏الليث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد بن أبي حبيب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عقبة بن عامر :


‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إياكم والدخول على النساء فقال رجل من ‏ ‏الأنصار ‏ ‏يا رسول الله أفرأيت ‏
‏الحمو ‏ ‏قال الحمو الموت‏

Hadis Uqbah bin Amir r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: "....Hindarkanlah diri kamu dari masuk menemui wanita iaitu wanita yang bukan mahramnya. Seorang sahabat Ansar bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kalau ipar? Rasulullah s.a.w bersabda: Ipar itu ialah mati (lebih merisaukan)..."
(Sahih Muslim, Bab Haram Khalwat - تحريم الخلوة بالأجنبية والدخول عليها - no 4037)


Ramai orang yang cuba mencari alasan untuk bercinta dengan cuba memusing-musingkan dan mencari-cari hadith yang membenarkan perlakuan mereka. Pernah saya terbaca salah satu buku yang menceritakan tentang perihal cinta dan antara hadith yang dikaitkan adalah hadith di bawah. Maka, dengan mengambil hadith ini, ada yang berpendapat boleh sedangkan tidak pula dilihat kepada keseluruhan hadith ini. Jangan pula kita salah fahami hadith yang telah disebut oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam An-Nasa'i daripada Mughirah bin Su'bah r.a berkata ;

"....Aku telah meminang seorang wanita", lalu Rasulullah bertanya kepadaku :"...Apakah kamu telah melihatnya ? "Aku berkata :"Belum..!", maka beliau bersabda : "Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhimya akan lebih menambahkan keserasian dan kasih sayang antara kalian berdua..."

Hadith di atas menggambarkan bolehnya kita melihat wanita yang ingin dikahwini supaya timbul rasa kasih dan cinta antara sesama pasangan. Namun, ia tidak bermakna kita boleh bercinta sesuka hati terhadap wanita yang tidak pun kita pinang dan hanya sekadar menghamburkan janji-janji manis sahaja dan kita juga tidak tahu wanita yang kita cintai itu adalah wanita yang benar-benar hendak kita kahwini atau tidak. Lihat sahaja apa yang telah berlaku, ramai antara kita yang bercinta kemudiannya "bercerai". Kemudian bercinta dengan yang lain dan kemudiannya "bercerai" lagi. Apakah ini menepati sunnah Baginda? Sekali-kali tidak!! Wajarkah perkataan "tiada jodoh..nak buat camne.." dijadikan dalil untuk membenarkan semua ini? Antara lain, dibolehkan kita bertaaruf dengan wanita yang bakal menjadi isteri kita dan bukan wanita mainan kita atau mainan cinta nafsu kita. Hal ini disebutkan oleh sekian para ulama yang mana membolehkan kita berbicara secara langsung sebagai maslahah dan berkehendak kepada suatu hajat sekadar untuk perbincangan. Mari kita teliti fatwa Syeikh Utsaimin rh dalam masalah ini :

“Dibolehkan berbicara dengan bakal calon isteri yang dilamar dan wajib dibatasi dengan syarat tidak membangkitkan syahwat atau tanpa disertai dengan menikmati perbualan tersebut. Jika hal itu terjadi maka hukumnya haram, kerana setiap orang wajib menghindari dan menjauhi dari fitnah....”
(Asy-Syarhul Mumti’-tak sempat buat semakan utk perkara ini dan ini diambil daripada salah satu artikel di salah sebuah blog sahabat yang dipercayai)

Namun ramai yang datang dan mengatakan kepada saya, "cinta" itu adalah subjektif dan terlalu luas untuk diperbincangkan. Cinta boleh wujud antara anak dan ibu, bapa, cinta pada keluarga, sahabat, dan paling utama adalah cinta terhadap Rabbul Jalil dan Rasulullah serta sunnah-sunnahnya. Sahabat, cinta itu lumrah dan mana-mana manusia mahu menyintai dan dicintai. Namun persoalannya, cinta bagaimanakah yang menepati cita rasa dan kehendak Al-Quran serta sunnah Baginda SAW? Apakah nilaian dari kaca mata kita sekiranya kita ternampak dua jasad makan semeja yang lelakinya berkopiah dan perempuannya bertudung labuh sedangkan mereka kita ketahui belum bernikah pun? Ada yang mengatakan kepada saya, "..biarlah..kubur masing-masing dan syurga neraka masing-masing.." Berdesing juga telinga saya mendengarnya. Mungkin dia belum rasa panasnya terkena api dunia. Apatah lagi dijamah dan dijilat dengan api neraka. Nauzubillah. Cinta yang pada dasarnya adalah suci tetapi dikeruhkan oleh individu-individu sebegini. Saya tidak bercakap kepada mereka yang tidak faham agama, tetapi, saya bercakap kepada mereka yang sudah mempunyai basic tentang agama dan hukum namun tidak pula menjengah ke fasa beramal. Meletakkan sebelah kaki pun tidak pernah.

MENCARI JODOH

Apabila berbicara tentang hal ini, suka saya katakan pada member-member dan kawan-kawan di luar sana, saya sangat suka sekiranya bait muslim menjadi pilihan. Namun, saya tidak menolak pepatah yang berbunyi "perigi mencari timba" kerana hal ini telah pun berlaku di zaman Rasulullah SAW. Jadi, mengapa wanita zaman sekarang agak-agak malu untuk mendapatkan lelaki soleh? Maksud saya, mereka sendiri malu bertanya kepada lelaki-lelaki soleh idamannya untuk dijadikan suami. Apakah hilang maruahnya sekiranya dia yang memulakan dulu? Tidak menjadi kesalahan pun sekiranya terjadi demikian. Cuma, selalunya, hal ini akan dijadikan bahan jajaan atau cerita kepada orang lain. Sikap ini yang harus diperbetulkan. Menjadi bahan jajaan pada hemat saya inilah yang menakutkan kaum wanita. Dan bimbang dikatakan gatal/gedik/merenyam.
Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Teringat saya pada satu kisah sahabat saya yang sangat hebat. Kini mereka telah dikurniakan beberapa orang anak. Bagaimana mereka bertemu, kerana keberanian isterinya yang saya sangat kenali dan kagumi. Pada mulanya sahabat saya bertanya kepada saya haruskah dia menerima lamaran tersebut kerana yang memulakan adalah wanita. Saya jawab dengan mudah : "..saya belum jumpa wanita solehah seberani dia.." . Saya amat mengenali kesolehahan wanita tersebut yang juga rakan saya. Kesimpulannya, apapun, saya tidak menolak takdir sekiranya perkara ini berlaku ke atas diri saya dan saya rasa, ikhwah pun sama seperti saya. Kisah wanita yang berani menampilkan diri telah ditulis di dalam kitab Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Muslim. Kisah ini diriwayatkan dari jalan Sahl Ibn Saad dan ramai lagi perawi Hadis sebagaimana berikut.

Telah datangnya seorang wanita kepada Rasulullah SAW, kemudian dia datang menyerahkan diri beliau kepada baginda untuk diperisterikan. Kemudian, telah datang seorang sahabat Rasulullah SAW meminta daripada Baginda SAW untuk mengahwinkan beliau dengan wanita tadi..Kemudian, Rasulullah menginzinkan sahabat tadi untuk dinikahkan kepada wanita tadi..kemudian Rasulullah menikahkan mereka..
(Sahih Al-Bukhari, ms 454, bab Kelebihan Al-Quran -
‏فضائل القرآن‏ -

dan Sahih Muslim, Bab Nikah -
‏النكاح - 4/143 )

p/s : ..nah..saya boldkan sumber ceritanya di atas dalam sahih bukhari supaya ianya dijadikan bahan bacaan dan rujukan wanita solehah..artikel ke-3 bab perempuan diambil dari salah seorang rakan saya dengan sedikit pengubahsuaian oleh saya.

fiqh of love :
http://drabduh.blogspot.com/2007/11/fiqh-of-love.html
bait muslim : http://drabduh.blogspot.com/2007/11/dengarkanlah.html
perempuan..itulah : http://drabduh.blogspot.com/2007/07/assalamualaikum.html

Bagaimana Nabi Musa a.s berkahwin? Mari kita lihat firman Allah:

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya. (27)

قَالَ ذَلِكَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ أَيَّمَا الْأَجَلَيْنِ قَضَيْتُ فَلَا عُدْوَانَ عَلَيَّ وَاللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ



Musa menjawab: Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu. (28)

Ketika mensyarahkan ayat ini, Dr. Wahbah Zuhaily ada membawa contoh-contoh kisah wanita yang memulakan pinangan dan risikan. Dan di antara kisah-kisah yang masyhur adalah Saidina Umar menawarkan anaknya Hafsah kepada Abu Bakr dan Utsman r.anhuma.


bersambung lagi...


Read more