0

Fiqh Ijtihad Dr. Yusuf Qardhawi




Bismillah...

sila klik untuk membaca makalah berkenaan di :
Read more
0

masih ada lagi kah harapan?

sumber : dari blog abg aufa..

http://lasersmksn.blogspot.com/2007/12/secerah-harapan.html


Nik Mohd Aufa Ibn Nik Mhd Nor

Sarjana Muda Syariah UM
kini bertugas di Sek. Men. Seri Nibong yang sebelumnya seorang pensyarah di Kolej Jaiputra. Berpindah kerana kepenatan dan kesibukan masa yang menyukarkan beliau untuk menumpukan diri dalam program tarbiah. Telah berkahwin dengan seorang doktor bernama Dr. Aida.

wassalam...
Read more
29

Ukhuwwah Atas Dasar Iman

In The Name Of Allah, The Most Gracious and the Most Merciful


semoga Allah merahmati perjuangan beliau dan menyembuhkannya secepat mungkin...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh...


..ada seseorang telah menelefon saya dari luar negara beberapa hari lalu dan menyampaikan berita yang sangat mengujakan saya...pada mulanya, saya cuba mendapatkan kepastian sebelum menulis di sini...hari ini, saya ketemu kepastiannya...satu kiriman email sampai pada saya...saya cuba menelefon beberapa rakan-rakan lain di Malaysia bagi memastikan kesahihan berita ini..
sebenarnya saya sudah lama tahu akan perkara ini..tidak usahlah kawan-kawanku terkejut bila hubungan para ulamak ini sangat rapat..lihatlah, perbezaan pendapat yang mungkin ada antara para ulamak ini tidak memutuskan hubungan dan kasih sayang mereka yang terbina atas dasar iman dan takwa...perkara ini sememangnya sudah lama pun berlaku...para ulamak salafussoleh, mereka tidak seperti keadaan kita sekarang..lihatlah mereka para ilmuan ini menjaga hubungan akidah, ukhuwwah sesama mereka...namun, masih ada manusia-manusia yang berasa besar diri dan dengan mudah mengkritik sesiapa sahaja yang tidak sekapal dengannya..dan melihat kepada apa yang berlaku, diharapkan anda/pembaca dan saya sendiri agar mengerti dan pandai menghargai ukhuwwah...apatah lagi kita ini hanyalah penuntut ilmu yang tidak pun faqih dalam bidang-bidang mereka ini...


ditujukan khas kepada : semua pencinta dakwah Rasulullah SAW...
.................................................

مفتي السعودية يهاتف القرضاوي والعُودة بالدوحة للاطمئنان على صحته
Mufti Arab Saudi dan Dr. Salman Audah Menghubungi Dr. Yusuf Qardhawi Di Doha Berkenaan Dengan Kesihatan Beliau :

موقع القرضاوي/ 9-12-2007
Laman Al-Qardhawi - 9/12/2007

أجرى سماحة الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ -المفتي العام للمملكة العربية السعودية- أمس السبت 8/12/2007 اتصالا هاتفيا بفضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي -رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين- للاطمئنان على صحته، وقد تبادل الشيخان الدعوات إلى الله أن يديم عليهما من فضله، وأن يعلي من شأن الأمة الإسلامية جمعاء.


Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Al-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi, pada hari Sabtu, 8/12/2007 lepas telah menghubungi Dr. Yusuf al-Qardhawi hafizhahullah, Pengerusi Persekutuan Ulama' Muslimin Antarabangsa untuk memastikan kesihatan beliau. Kedua-dua syeikh tesebut telah bertukar-tukar doa-doa kepada Allah agar memelihara mereka berdua dengan keutamaannya dan kepada semua Umat Islam.


الشيخ سلمان بن فهد العودة وفي السياق ذاته، قام فضيلة الشيخ الدكتور سلمان بن فهد العودة -المشرف العام على مؤسسة الإسلام اليوم- بزيارة سريعة إلى الدوحة الأربعاء الماضي الموافق 5/12/2007 للاطمئنان فيها على صحة الدكتور القرضاوي. وبحسب ما أورده الشيخ أكرم كساب لموقع القرضاوي.نت فقد طالب الدكتور العودة فضيلته بالرفق بنفسه، والتقليل من السفرات الطويلة حفاظا على صحته، على الأقل خلال الفترة المقبلة.


Dr Salman Bin Fahd Al-Audah, Supervisor/Penasihat Am Muasasah Islamiyah, telah melakukan kunjungan ringkas ke Doha pada hari Rabu lepas bersamaan 5/12/2007 bagi (melihat) kesihatan Dr Yusuf al-Qaradhawi. Dr. Salman Audah telah meminta Dr. Yusuf Qardhawi menjaga dirinya dan mengurangkan musafir/trip-trip yang panjang (jauh) demi memelihara kesihatan.
p/s : apakah maksud yg sesuai untuk بالرفق بنفسه ?

وكان القرضاوي قد تعرض خلال الشهر الماضي لوعكة صحية أُدخل على إثرها أحد المستشفيات بالعاصمة القطرية "الدوحة" لعدة أيام، ثم غادره ليقضي فترة نقاهة بالمنزل، بناء على توصية الأطباء.
Dr Yusuf al-Qaradhawi pada bulan lepas telah dimasukkan ke salah sebuah hospital Bandar Qatar, Doha selama beberapa hari, dan kini, Dr. Yusuf Qardhawi telah berehat di rumah atas nasihat para doktor.

من جهة أخرى، يعكف فضيلة الدكتور القرضاوي خلال فترة إقامته بالمنزل على مراجعة المسودات النهائية لكتابه "فقه الجهاد" الذي يعتبر موسوعة فقهية تناقش قضية الجهاد من كافة جوانبها؛ حيث من المنتظر أن يخرج للمكتبة الإسلامية قريبا

Dikatakan pula Dr. Yusuf Qardhawi semasa keberadaannya di rumah, beliau melakukan semakan draft terakhir bukunya yang bertajuk "Fiqhul al-Jihad" / Feqh Jihad di mana ianya membincangkan beberapa isu jihad yang dilihat daripada pelbagai sudut (aspek), dan ianya dijangka akan berada di kedai-kedai (maktabah-maktabah) Islam dalam masa terdekat....



Terjemahan : Dibuat secara ringkas sahaja dan cepat. Maaf sekiranya terdapat kesalahan terjemahan saya.



Berikut adalah berita tentang maklumat di atas :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5608&version=1&template_id=116&parent_id=114



Berikut adalah berita Dr.Yusuf Qardhawi sakit :


.......................................................................

konklusinya...

..kepada sahabat-sahabatku yang gemar mengkritik dan menjarah Dr. Yusuf Qardhawi, lihatlah kembali kepada peribadi anda dan letakkan status/taraf diri dan ilmu kita berbanding beliau. Dan tidak lupa juga, buat sahabat-sahabat saya, perhatikanlah sikap dan peribadi Mufti Arab Saudi ini, walaupun mereka berdua berkemungkinan berbeza dari segi fatwa dan pendapat mereka, mereka masih tetap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jadilah thullabul ilmiy yang reti memahami bahasa "adab" dalam membincangkan sesuatu hal..


Dan, kepada para pengkritik Mufti-Mufti Makkah juga, saya terpanggil untuk membandingkan diri anda dengan mereka semua. Apakah sudah cukup ilmu kita berbanding para Mufti ini? Hormatilah mereka dan pandangan mereka. Kesalahan-kesalahan yang mungkin terjadi di dalam fatwa-fatwa para syeikh ini (Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Salman Audah, Syeikh-syeikh Makkah dan lain-lain) janganlah dijadikan batu ukur untuk kita menamatkan serta menghapuskan setiap kebaikan dan kemuliaan yang terbekas pada diri mereka. Semoga Allah mengampuni kesilapan mereka SEKIRANYA ada dan merahmati mereka semua dan memberikan rahmat kepada mereka atas usaha, ijtihad dan fatwa-fatwa mereka.
..kepada sahabat-sahabatku yang juga suka mencari-cari kesalahan orang lain, mengertilah bahawa setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada melakukan beberapa kesilapan samada dalam pertuturannya, penulisannya dan juga dalam perbahasannya.

jom tengok apa pandangan Fadhilatus Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah taala terhadap Dr. Yusuf Qardhawi :

Saya diminta (Dr. Yusuf Qardhawi) untuk meneliti riwayat hadith serta menjelaskan kesahihan dan kedhaifan hadith yang terdapat dalam bukunya “Halal wal Haram”. Hal itu menunjukkan dia memiliki akhlak yang mulia dan peribadi yang baik. Saya mengetahui itu semua secara langsung. Setiap kali bertemu saya dalam satu kesempatan, dia akan selalu menanyakan kepada saya tentang hadith atau masalah fiqh. Dia melakukan itu agar dia mengetahui pendapat saya mengenai masalah itu dan dia dapat mengambil manfaat dari pendapat saya tersebut. Itu semua menunjukkan kerendahan hatinya yang sangat tinggi serta kesopanan dan adab yang tiada tara. Semoga Allah SWT mendatangkan manfaat dengan keberadaannya...
(Syeikh Muhd. Nasiruddin Al-Albani, “Ghayatul Maram fi Takhrijil Hadits Halal wal Haram”, muka surat. 14 )


Saya secara peribadinya menghormati mereka semua dan menyayangi mereka semua. Semoga ilmu dan fatwa-fatwa para syeikh ini dengan izin Allah terkesan di dalam jiwa saya, dan juga ANDA..


Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Fakulti Medic Mesir

"..menangislah atas sikap keras kita.."






Read more