20

baitul muslim..satu keperluan?







bersediakah anda?
ana setuju..antum..?

p/s : ana sebenarnya tak suka menulis blog macam buat diari..tapi harini lain sket..tetiba mai mood nak tulis blog macam diari..

gambar di atas adalah hiasan semata-mata..percubaan belajar menggunakan adobephotoshop yg paling baru..kenapa la ana ni tak reti nak buat ek?jangan komen gambar di atas...small part daripada banner yg dibuat khas utk kak sue dan abg abdullah...gantung banner tu akak..jgn tak gantung...


kembali kepada topik :


أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ

Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isetri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya....
(HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syeikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’us Sahih 3/57)

semalam ramai bertanya kenapa ana menulis tajuk ni..harini ana jawabkan..

pertama - sebab abang ana dan akak ipar ana kahwin melalui bait muslim..alhamdulillah, setakat ni, perkahwinan mereka tiada masalah dan membuatkan kitorang adik beradik cemburu habis..em, bercinta selepas kahwin, memang menyeronokkan..diorang la yang cakap..ana - no komen..makan sepinggan dan minum segelas...sape pun tak jeles..! umi abah pun boleh jadi jeles camni..

kedua - sebab akak ana nak kahwin dah..so, jadi contoh pada adik beradik lain..tiada dating-dating, tiada sunting-sunting..tiada jeling-jeling...nak kahwin, cakap kat umi abah..senang..gitu..dapat greenlight..jalan la..

utk masri pula, sahabat baik ana di uia, betul apa yang akhi katakan..ana bersetuju...

dan bagi pihak "humaira" pula, ana juga bersetuju...

cuma..kuncinya di sini...pilih lah wanita yang kita kenali kesolehahan dia..samada melalui sahabat..gurunya...atau keluarganya..insyaAllah dia adalah "masa depan" kita yang bakal membantu kita atas urusan akhirat kelak..

Rasulullah SAW bersabda :

لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَاناً ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِيْنُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الآخِرَةِ

....Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat....
(HR. Ibnu Majah no. 1856, disahihkan Asy-Syeikh Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Ibnu Majah no. 1505)

kita lihat contoh mudah..ketika Rasulullah SAW meminang Hafsah, beliau meminta melalui Umar Al-Khattab r.a..hadisnya berbunyi begini..ana tidak sempat semak di dalam kitab-kitab hadis lain..

berkata Umar Al-Khattab r.a :"..nabi SAW meminang
Hafsah kepadaku, lalu aku nikahkan beliau..."
(Sahih Al-Bukhari,ms 95 ,no.4728)

cuma, tidak semestinya melalui baitul muslim sahaja yang berkat..dengan cara lain pun, insyaAllah berkat juga dengan syarat, mengikut lunas-lunas Islam..tapi ana.MEMILIH UNTUK menggunakan jalan Baitul Muslim(belum cuba dan tak pernah cuba pun) untuk lebih memudahkan urusan...

DAN, yang paling bagus adalah wanita yang berani menampilkan diri untuk mendapatkan suami yang soleh..mari kita lihat satu kisah dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Muslim..kisah ini diriwayatkan dari jalan Sahl Ibn Saad dan ramai lagi perawi Hadis di mana telah datangnya seorang wanita kepada Rasulullah SAW, kemudian dia datang menyerahkan diri beliau kepada baginda untuk diperisterikan. Kemudian, telah datang seorang sahabat Rasulullah SAW meminta daripada Baginda SAW untuk mengahwinkan beliau dengan wanita tadi..Kemudian, Rasulullah menginzinkan sahabat tadi untuk dinikahkan kepada wanita tadi..kemudian Rasulullah menikahkan mereka..
(Sahih Al-Bukhari, ms 454, bab Kelebihan Al-Qur:an dan Sahih Muslim, Bab Nikah - 4/143)

lihat..beraninya wanita ini..so..kita semua di tahap mana ye?hehe...jangan pula kita "menggatal"..itu memang dilarang syarak..menggatal dalam erti kata mengorat sana sini..

teringat ana kisah Bagaimana Saidina Umar mahu mencarikan jodoh buat anaknya 'asim..kalau siapa nak tahu ceritanya, sila la buka buku sirah..ana tak pasti samada ِImam Al-Bukhari ada menyebut kisah ini atau tidak..tak sempat pula nak check...nanti bila diceritakan kat sini, makin ramai yang nak kahwin cepat...hehehe...sebabnya, wanita yang dicadangkan Umar r.a adalah seorang yang sangat.........
jeng-jeng...

salah satu kata-kata masyhur wanita itu adalah :

"..ان كان امير المؤمنين لا يرى فرب امير المؤمنين يرى.."

"sekiranya amirul mukminin tidak nampak, maka Rabb kepada Amirul Mukminin nampak.."

kata-kata umar ibn Al-Khattab setelah mendengar kata-kata perempuan tadi, beliau berjumpa dengan 'asim dan berkata :

" .. اذهب الى بيت فلان وتزوج بهذه البنت...اني ارجو الله ان يخرج من صلبها ا "

"wahai 'aasim..pergi ke rumah si fulan dan kahwinilah ana perempuan ini..aku mengharapkan Allah mengeluarkan daripada sulbi perempuan ini seorang yang bakal memimpin orang-orang Arab dan orang-orang 'Ajam.."

daripada hasil perkahwinan mereka ini, maka lahirlah seorang wanita bernama Laila..dan daripada Laila lahirlah Khalifah ke-5 hasil perkongsian hidupnya dengan seorang gabenor yang bernama Abdul Aziz. Dan dari perkahwinan ini, maka lahirlah dari keturunan ini seorang mujaddid bernama Umar Abdul Aziz...hebat..!!


أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنَسَائِهِمْ

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.....
(HR. Ahmad 2/527, At-Tirmidzi no. 1172. Dihasankan oleh Asy-Syeikh Muqbil rahimahullahu dalam As-Sahihul Musnad, 2/336-337)

kesimpulannya..baitul muslim pun baik...cari sendiri pun baik..tapi,kena ikut cara Islam..ana prefer Baitul Muslim..tak payah susah-susah nak cari..tapi, jangan disempitkan pula fungsi baitul muslim itu sendiri..dan jangan dijadikan jalan bait muslim sahaja yang betul dan jalan lain salah..jangan sesekali..ok kawan-kawan?..harini ana menulis dalam keadaan sedikit santai..maaf sekiranya ada yang tidak suka...


p/s : to masri - bila kita dapat jumpa lagi ye? rindu nak jumpa enta..thanks atas ilmu-ilmu sebelum ini..

wassalam..

dr. nik mohd abduh b nik mhd nor..
mesir...
10.01 pm (tapi ni dah kira ngantuk sebab subuh 4.40am)
Read more