mungkin rindukan suasana tarbiah malaysia yang tidak banyak sekatan berbanding di mesir..semalam ditahan polis mesir atas alasan keselamatan..menghabiskan masa di tepi ladang gandum yang dipenuhi najis-najis himar..wahai pakcik-pakcik polis, saya bukan pengganas..saya nak bersiar-siar je..eh ye ke?!!
rindukan malam-malam minggu yang dihadiri oleh ikhwah dari pelbagai latar belakang jemaah dan NGO bersama semata-mata ingin taqarrub pada-NYA..rindukan susah payah dan tawa mereka...rindukan surau ansar...
juga merindui sahabat-sahabat sepengajian hadith dan semanhaj dengan ku..yang memperjuangkan dakwah salafus soleh...
rindukan semua yang pernah ku rasai...
wassalam...
~..ku menyintai kalian kerana agama..sekiranya kamu meninggalkan agamamu...sentaklah juga cintaku dalam diri mu...~