Ukhuwwah Atas Dasar Iman

In The Name Of Allah, The Most Gracious and the Most Merciful


semoga Allah merahmati perjuangan beliau dan menyembuhkannya secepat mungkin...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh...


..ada seseorang telah menelefon saya dari luar negara beberapa hari lalu dan menyampaikan berita yang sangat mengujakan saya...pada mulanya, saya cuba mendapatkan kepastian sebelum menulis di sini...hari ini, saya ketemu kepastiannya...satu kiriman email sampai pada saya...saya cuba menelefon beberapa rakan-rakan lain di Malaysia bagi memastikan kesahihan berita ini..
sebenarnya saya sudah lama tahu akan perkara ini..tidak usahlah kawan-kawanku terkejut bila hubungan para ulamak ini sangat rapat..lihatlah, perbezaan pendapat yang mungkin ada antara para ulamak ini tidak memutuskan hubungan dan kasih sayang mereka yang terbina atas dasar iman dan takwa...perkara ini sememangnya sudah lama pun berlaku...para ulamak salafussoleh, mereka tidak seperti keadaan kita sekarang..lihatlah mereka para ilmuan ini menjaga hubungan akidah, ukhuwwah sesama mereka...namun, masih ada manusia-manusia yang berasa besar diri dan dengan mudah mengkritik sesiapa sahaja yang tidak sekapal dengannya..dan melihat kepada apa yang berlaku, diharapkan anda/pembaca dan saya sendiri agar mengerti dan pandai menghargai ukhuwwah...apatah lagi kita ini hanyalah penuntut ilmu yang tidak pun faqih dalam bidang-bidang mereka ini...


ditujukan khas kepada : semua pencinta dakwah Rasulullah SAW...
.................................................

مفتي السعودية يهاتف القرضاوي والعُودة بالدوحة للاطمئنان على صحته
Mufti Arab Saudi dan Dr. Salman Audah Menghubungi Dr. Yusuf Qardhawi Di Doha Berkenaan Dengan Kesihatan Beliau :

موقع القرضاوي/ 9-12-2007
Laman Al-Qardhawi - 9/12/2007

أجرى سماحة الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ -المفتي العام للمملكة العربية السعودية- أمس السبت 8/12/2007 اتصالا هاتفيا بفضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي -رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين- للاطمئنان على صحته، وقد تبادل الشيخان الدعوات إلى الله أن يديم عليهما من فضله، وأن يعلي من شأن الأمة الإسلامية جمعاء.


Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Al-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi, pada hari Sabtu, 8/12/2007 lepas telah menghubungi Dr. Yusuf al-Qardhawi hafizhahullah, Pengerusi Persekutuan Ulama' Muslimin Antarabangsa untuk memastikan kesihatan beliau. Kedua-dua syeikh tesebut telah bertukar-tukar doa-doa kepada Allah agar memelihara mereka berdua dengan keutamaannya dan kepada semua Umat Islam.


الشيخ سلمان بن فهد العودة وفي السياق ذاته، قام فضيلة الشيخ الدكتور سلمان بن فهد العودة -المشرف العام على مؤسسة الإسلام اليوم- بزيارة سريعة إلى الدوحة الأربعاء الماضي الموافق 5/12/2007 للاطمئنان فيها على صحة الدكتور القرضاوي. وبحسب ما أورده الشيخ أكرم كساب لموقع القرضاوي.نت فقد طالب الدكتور العودة فضيلته بالرفق بنفسه، والتقليل من السفرات الطويلة حفاظا على صحته، على الأقل خلال الفترة المقبلة.


Dr Salman Bin Fahd Al-Audah, Supervisor/Penasihat Am Muasasah Islamiyah, telah melakukan kunjungan ringkas ke Doha pada hari Rabu lepas bersamaan 5/12/2007 bagi (melihat) kesihatan Dr Yusuf al-Qaradhawi. Dr. Salman Audah telah meminta Dr. Yusuf Qardhawi menjaga dirinya dan mengurangkan musafir/trip-trip yang panjang (jauh) demi memelihara kesihatan.
p/s : apakah maksud yg sesuai untuk بالرفق بنفسه ?

وكان القرضاوي قد تعرض خلال الشهر الماضي لوعكة صحية أُدخل على إثرها أحد المستشفيات بالعاصمة القطرية "الدوحة" لعدة أيام، ثم غادره ليقضي فترة نقاهة بالمنزل، بناء على توصية الأطباء.
Dr Yusuf al-Qaradhawi pada bulan lepas telah dimasukkan ke salah sebuah hospital Bandar Qatar, Doha selama beberapa hari, dan kini, Dr. Yusuf Qardhawi telah berehat di rumah atas nasihat para doktor.

من جهة أخرى، يعكف فضيلة الدكتور القرضاوي خلال فترة إقامته بالمنزل على مراجعة المسودات النهائية لكتابه "فقه الجهاد" الذي يعتبر موسوعة فقهية تناقش قضية الجهاد من كافة جوانبها؛ حيث من المنتظر أن يخرج للمكتبة الإسلامية قريبا

Dikatakan pula Dr. Yusuf Qardhawi semasa keberadaannya di rumah, beliau melakukan semakan draft terakhir bukunya yang bertajuk "Fiqhul al-Jihad" / Feqh Jihad di mana ianya membincangkan beberapa isu jihad yang dilihat daripada pelbagai sudut (aspek), dan ianya dijangka akan berada di kedai-kedai (maktabah-maktabah) Islam dalam masa terdekat....



Terjemahan : Dibuat secara ringkas sahaja dan cepat. Maaf sekiranya terdapat kesalahan terjemahan saya.



Berikut adalah berita tentang maklumat di atas :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5608&version=1&template_id=116&parent_id=114



Berikut adalah berita Dr.Yusuf Qardhawi sakit :


.......................................................................

konklusinya...

..kepada sahabat-sahabatku yang gemar mengkritik dan menjarah Dr. Yusuf Qardhawi, lihatlah kembali kepada peribadi anda dan letakkan status/taraf diri dan ilmu kita berbanding beliau. Dan tidak lupa juga, buat sahabat-sahabat saya, perhatikanlah sikap dan peribadi Mufti Arab Saudi ini, walaupun mereka berdua berkemungkinan berbeza dari segi fatwa dan pendapat mereka, mereka masih tetap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jadilah thullabul ilmiy yang reti memahami bahasa "adab" dalam membincangkan sesuatu hal..


Dan, kepada para pengkritik Mufti-Mufti Makkah juga, saya terpanggil untuk membandingkan diri anda dengan mereka semua. Apakah sudah cukup ilmu kita berbanding para Mufti ini? Hormatilah mereka dan pandangan mereka. Kesalahan-kesalahan yang mungkin terjadi di dalam fatwa-fatwa para syeikh ini (Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Salman Audah, Syeikh-syeikh Makkah dan lain-lain) janganlah dijadikan batu ukur untuk kita menamatkan serta menghapuskan setiap kebaikan dan kemuliaan yang terbekas pada diri mereka. Semoga Allah mengampuni kesilapan mereka SEKIRANYA ada dan merahmati mereka semua dan memberikan rahmat kepada mereka atas usaha, ijtihad dan fatwa-fatwa mereka.
..kepada sahabat-sahabatku yang juga suka mencari-cari kesalahan orang lain, mengertilah bahawa setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada melakukan beberapa kesilapan samada dalam pertuturannya, penulisannya dan juga dalam perbahasannya.

jom tengok apa pandangan Fadhilatus Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah taala terhadap Dr. Yusuf Qardhawi :

Saya diminta (Dr. Yusuf Qardhawi) untuk meneliti riwayat hadith serta menjelaskan kesahihan dan kedhaifan hadith yang terdapat dalam bukunya “Halal wal Haram”. Hal itu menunjukkan dia memiliki akhlak yang mulia dan peribadi yang baik. Saya mengetahui itu semua secara langsung. Setiap kali bertemu saya dalam satu kesempatan, dia akan selalu menanyakan kepada saya tentang hadith atau masalah fiqh. Dia melakukan itu agar dia mengetahui pendapat saya mengenai masalah itu dan dia dapat mengambil manfaat dari pendapat saya tersebut. Itu semua menunjukkan kerendahan hatinya yang sangat tinggi serta kesopanan dan adab yang tiada tara. Semoga Allah SWT mendatangkan manfaat dengan keberadaannya...
(Syeikh Muhd. Nasiruddin Al-Albani, “Ghayatul Maram fi Takhrijil Hadits Halal wal Haram”, muka surat. 14 )


Saya secara peribadinya menghormati mereka semua dan menyayangi mereka semua. Semoga ilmu dan fatwa-fatwa para syeikh ini dengan izin Allah terkesan di dalam jiwa saya, dan juga ANDA..


Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Fakulti Medic Mesir

"..menangislah atas sikap keras kita.."






29 comments:

zaini_jb said...

Salam...


Semoga Allah SWT merahmati para mufti Makkah ,Sheikh Dr Yusuf Qardhawi,para mufti di negara-negara Islam,dan para ulama' di serata dunia...

Moga usaha-usaha setiap para ulama' di pandang dan dimuliakan oleh Allah SWT...

Terguris hati ni...di kala ada yang sanggup memandang rendah kepada para ulama'...menuntut ilmu untuk menguji orang lain...menuntut ilmu kerana nak tunjuk siapa lebih hebat...masalah ini selalu berlaku di universiti ana...sedih hati ana dibuatnya...

Ingatlah setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan akan di tanya oleh Allah SWT...segaralah bertaubat jika terbuat kesilapan dan dosa...

Memang tidak dinafikan setiap hamba Allah SWT selain Rasulullah pasti pernah melakukan kesilapan...tapi adakah kerana 'nila setitik rosak susu sebelangga'... kita terus menolak berbuih-buih jasa yang mereka lakukan untuk Islam...

Ingatlah sahabat-sahabat ku...sesungguhnya Islam belum menang lagi...jangan jadikan jemaah itu sebagai agama tapi cuma sebagai batu loncatan untuk meraih kejayaan untuk Islam...

Allah tujuan kami...
Rasulullah contoh kami...
Quran dan Sunnah pedoman hidup kami...
Jihad di jalan Allah cita-cita kami...
Mati di jalan Allah...Cita-cita kami yang tertinggi...

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

jazakallah akhil mahbub..

doakan kesihatan dr. yusuf qardhawi beransur-ansur baik..

semoga Allah merahmati Dr. Yusuf Qardhawi hafizhahullah..

Anonymous said...

allahua'lam.

tapi PEMAKI qaradawi bukanlah dari kalangan ANAK MURID mufti sa'udi.

berbeza pendapat mungkin ya.tapi Allahua'lam.saya tidak pernah mendengar kata-kata makian daripada anak murid mufti sa'udi kepada qaradawi.

saya sempat bertemu anak murid kepada syeikh utsaimin; syeikh ibn muqbil beberapa bulan lepas.dan tidak saya dengar beliau memaki qaradawi mahupun selainnya.

rasul dahri bukan anak murid mufti saudi; (jika anda memaksudkan-nya).kerana kenyataan anda begitu kontroversi.seolah-olah cuba 'memukul' peribadi murid-murid mufti saudi.jika anda mahu mengkritik sekadar pengekor mufti saudi.usah gunakan term "murid mufti makkah".

semoga syeikh yusuf al-qaradawi sembuh dengan segera dan dirahmati Allah sentiasa.

Allahua'lam.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

saya sayang semuanya..termasuk ust rasul dahari, juga para pengekor dr.rabi' madkhali..

Anonymous said...

mngkin akh abduh xbmksd bgitu..yg dimksdkn ialah anak murid yg tk bertauliah,yg dtg tumpang2 kt sna.

ana jgk ada terima emel drpd rakan yg dr yaman,indon yg pnah bljr di makkah dulu.mereka dgn mudah berfatwa dr.yusuf sesat krn ahli ikhwanul muslimin sebabnya apbila mufti ibn baz time ditnya ikhwnl mslmn ni termasuk ke dlm 72 glgn yg masuk nrka..syeikh jwb : ya!

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..

mencelah..ana rasa mcm tu jgk la.mungkin akhi abduh kita tak maksudkan mcm abu fadhl maksudkan sebab rata-rata anak murid para mufti ini juga menghormati yusuf qaradawi dan ada juga yang keras terhadap beberapa fatwa yusuf qaradawi.semua tak pernah kutuk qaradawi?mustahil sebab ada yang jelas dan terang-terang begitu.

sebetulnya,makian dan cacian selalunya datang dari yaman.anak-anak murid dr rabi' madkhali "kot".Ust Rasul Dahari pula dari mana abu fadhl?

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

saya tidak maksudkan semua..ada sebilangan kecil dan sangat2 kecil pun yang mengkritik..jadi,saya nasihatkan mereka.

dan para mufti ini tak pernah pun(jika tak tersilap)mengkritik al-qardhawi walaupun berbeza pandangan..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

maaf atas kekurangan dan salah guna terminology dalam menulis..ya.benar,saya maksudkan pengekor..dan mungkin sebilangan kecil kwn-kwn sy dr indon dn yaman?(org arab)

Anonymous said...

uih..byknya komen..

apapun,sama-sama jaga ukhuwwah..sygilah mereka smua..abu fadhl,ade je ank2 murid mrk yg kutuk qrdhawi..anak2 murid yg tk ikut perangai para mufti ini.mufti2 nih pun tk pnh kutuk qardhawi bahkn ramai yg memuji beliau.

Anonymous said...

benar!tak semestinya anak murid bermaksud perlu kepada tauliah.ana senirik pn jadi anak murid kepada Dr. Yusuf Qaradhawi dan mufti-mutfi mekah ini kerana ilmu dan fatwanya yang ana cedok.menjadi anak murid tak semestinya duduk dalam kelas,atau berlaga lutut.dunia sekarang sudah berubah.petik jari,fatwa dan e-book ada di mana-mana.namun,perlu carik yang benar-benar ditashihkan la.

Anonymous said...

anak murid tidak semestinya mewakili gurunya..ada juga anak murid bertauliah dan tak bertauliah kepada dr yusuf qardhawi mengkritik keras ketokohan ulama' arab saudi.tapi dr yusuf qardhawi tidak begitu pun bahkan dr yusuf qardhawi banyak merujuk kepada ulamak mekkah.

macamlah juga anak-anak murid yg bertauliah dan tak bertauliah kepada para ulamak mekkah.mereka juga terkadang keras terhadap yusuf qardhawi.

yang penting,kita semua yang jahil ini tak perlu nak kritik-kritik/caci/merendah-rendahkan para ulamak ini.kita semua ni taraf muhaddis pun tidak.ahlul fiqh pun tidak.ustaz pun tidak.kalau setakat lepasan universiti tu universiti ni,jangan rasa diri sudah lebih berbanding para ulamak ini.ramai je graduan lepasan negara jurusan agama balik-balik jadi tekong buat bida'ah.ada juga yang jadi tekong kepada kesesatan.ramai.balik-balik duk sesatkan ibnu taimiyyah dan muhammad ibnu wahhab.yang ni kot yang mereka belajar 4 tahun di negara orang.

yang penting,doakan mereka para ulamak sentiasa sejahtera.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

bismillah..

memang benar kata abu fadhl tu..ana tersalah tulis

asal : kebanyakan anak murid

baru : penumpang ilmu

kalau ana tulis "kebanyakan",ana rasa ana tersilap..dan "anak murid" tu pun terlalu general..ana sendiri tidak patut menulis demikian..semoga Allah memaafi diri ana setelah tersalah guna term sebelum ni..

ana ingatkan di sini utk tidak menimbulkan kekeliruan..ana merujuk tulisan ini kepada para pengkritik peribadi dr yusuf qardhawi dan para pengkritik ulamak makkah yang selalu mengambil fatwa-fatwa mereka tapi tak pula mencontohi sikap para ulamak2 ini...mereka cuma berbeza pendapat dalam fatwa mereka,yang kita sendiri pun tidak alim dan faqih dalam bidang itu..perbezaannya kecil je pun..

Ariff Arifin said...
This comment has been removed by the author.
Ariff Arifin said...

assalamu3alaikum.

sekadar penegasan.

jika terminologi 'anak murid' digunakan oleh KITA yang hanya mencedok ilmu dari jauh.maka itu tidak valid dalam hal ini.kerana kenyataannya mungkin sedikit mengelirukan pembaca.

Allahua'lam.

saudara thufail ad-dausi mengatakan ada anak murid mufti sa'udi yang mengutuk secara terangan.maka saya katakan; "jika ada,berikan nama."

kerana kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.bimbang terjadi fitnah.apatah lagi kenyataan seperti 'anak murid mufti makkah' adalah terlalu umum.mungkin sahaja terkesan kepada seluruh murid mufti sa'udi.

ustaz rasul dahri-pada pengetahuan saya-bukan anak murid mana-mana mufti sa'udi secara talaqqi.Allahua'lam.dan dia juga bukan murid kepada syeikh rabi' al-madkhali.ini kenyataan URD sendiri, bahawa syeikh rabi' cumalah senior beliau di universiti.cuba rujuk video kuliah beliau.

Allahua'lam.

dan ana bukanlah ingin menyerang drabduh.beliau ana kenali.malah rakan yang rapat.pernah berjiran bilik di matrikulasi.mungkin akhi nik masih ingat akan ana.Allahua'lam.

kenyataan ana cuma sebagai peringatan.takut-takut terbuat fitnah.kerana dalam manhaj.perlu untuk kita punya sikap berhati-hati.

Allahua'lam.

ABU FADHL

Anonymous said...

assalamualaikum..

arif ariffin,ape yg anda faham drpd maksud talaqqi?dan apa maksudnya anak murid?secara globalnya manusia menerima anak murid sebagai mereka yang belajar dengan seorang guru,informal atau tidak.cumanya,bertauliah atau tidak,itu je persoalannya.akhi kita si abduh pun merendah diri memohon maaf disebabkan tersalah guna terminologi dalam penulisan beliau.bukan senang seorang penulis hendak memohon maaf sebegitu.

abu fadhl berjumpa dengan anak-anak murid para mufti mekah baru-baru ini?berikan kami masa,waktu,nama dan siapa yang anda temui supaya ana boleh mengesahkannya kerana kami punyai ramai sahabat di sana.baik arab,indonesia,yaman,syria dan lain-lain.

cuba saudara fahami,hanya dengan masuk ke kuliah hadith ustaz-ustaz malaysia sudah dikira bertalaqqi?saya mengenali beberapa rakan salafi di malaysia yang suka bercakap tentag hukum itu dan ini sedangkan mereka tidak pun memahami apa itu maqasid syariah,ilmu usul fiqh,dan lain-lain kaedah dalam istidlal,istinbat hukum dan lain-lain.

bab ust rasul dahri,ana tak nampak dari segi pembacaan ana akhi abduh menulis tentang ust rasul dahari,dia tidak pulak cakap ust rasul dahari tu anak murid syeikh rabie' madkhali.cuba quote mana-mana perkataan beliau?

dan apa pula abu fadhl faham tentang manhaj salaf?manhaj itu sendiri apa maksudnya?apakah yang dimaksudkan dengan berhati-hati dalam manhaj?kalau faham,apa pula penerimaan saudara terhadap manhaj salaf haraki yang setengah orang panggil sururi,bagaimana pula dengan labelan "madkhali" oleh dr.maza dan apa pula kata saudara tentang kitab ihya' turats?macam mana pula dengan pandangan saudara tentang salafi al-yamani?

konklusinya,bagi ana,anak murid adalah general,boleh jadi secara talaqqi ataupun tidak.muhammad al-ghazali berkata,"..dulu aku adalah ustaz kepada yusuf al-qaradawi dan sekarang pula dia adalah guruku.."

cuba elaborate kata-kata ni

Anonymous said...

abu fadhl,

sape yg ckp "wajib" talaqqiy baru ler dikire anak murid?mohon pncerahn ada tk kitab atau ftwa dr para mufti mekah ni atau para aimmah hadith nk jadi ank murid wajib talaqqi dn klau dpt ilmu dgn mrk tnpa talaqqie tk dkira ank murid..syeikh abd.aziz bin abdullah de ckp ke?kalau de la,sbutkan ftwa dia.jutaan manusia yang belajar dari kuliah syikh uthaymeen di masjidil haram tk dikira talaqqi sbb kejap2 dtg,kejap2 tk dtg,tk dpt sijil tauliah drpd beliau.habis tu nk pnggil apa pada jutaan manusia yg pergi ke kuliah beliau?"pengekor"?

cuba lihat buku ibnu manzhur,lisanul arab.apa mksud anak murid.sy jugak org salaf,tapi sgt berhati-hati dlm stiap tndkn dn kata-kata.bukan tau satu dua hadith kmudian bersyarah.cuba lihat juga perbncngn para ulamak hadith tntng hdith wajib menntut ilmu.

fas'alu ahlazzikri in kuntum la ta'lamun..

Anonymous said...

huhu..

jgn bertekak di sni sbb ana rs akh abduh for sure tk ska org yg berdebat2..akh abduh dh pn mnta maaf ats kslpn tknikalnya.knalilah orgnya.beliau sgt mudah mnrima kritikan dn mdh mbetulkn kslhnnya.mdh jgk mmaafkn org.kita?orang sunnah begini yang kita mahu.mudah membetulkan kslpn,mcm albani yg mmbtulkn kslpnnya jika ada yg tslp.sifat mulia spt ini harus dirai,yakni sifat mulia shaikhuna albani dan drabduh kita.bkn mcm kita yg suka mngakkan hujjah kmdian buat tk tau jer.

almukhlis..
ittiba'us sunnah

Anonymous said...

ABU FADHL,

berikn ana emel anda spya ana boleh berdiskusi..wassalam

jordan..

Ariff Arifin said...

allahua3lam.

saya tidak pernah mengatakan bahawa 'orang yang bertalaqqi sahaja dipanggil anak murid' dalam statement saya di atas.

cuma saya katakan bahawa "
jika terminologi 'anak murid' digunakan oleh KITA yang hanya mencedok ilmu dari jauh.maka itu tidak valid dalam hal (artikel) ini.kerana kenyataannya mungkin sedikit mengelirukan pembaca.
"

dan

"ustaz rasul dahri-pada pengetahuan saya-bukan anak murid mana-mana mufti sa'udi secara talaqqi."

Allahua3lam.

dan saya tidak mengaitkan bahawa "anak murid syeikh sau'di adalah mereka yang bertalaqqi dengan mereka.yang bertemu berlaga lutut dengan mereka."

sila scan kenyataan saya secara keseluruhan.

jangan salah faham dengan saya.kerana saya tidak hadir ke sini untuk bergaduh.

saya dan rakan-rakan sempat bertemu syeikh thoriq; pegawai hai'ah Amr bil Ma’ruf wannahy Anil Munkar, Riyadh di daurah di kajang beberapa bulan lepas.beliau pernah belajar dengan syeikh utsaimin selama 5 tahun.

Allahua'lam.

juga syeikh abdul aziz al-jufairy; pengajar di universiti qoseem.takhassus dalam aqidah; dari ummul qura'.

Wallahua'lam.

saya ulangi,bahawa saya tidak hadhir untuk berdebat,berjidal dalam sebagainya.

saya menjawab perihal ust rasul dahri sekadar untuk memberi respon kepada soalan saudara thufail, "Ust Rasul Dahari pula dari mana abu fadhl?"

Allahua3lam.

saya tidak berminat untuk memberikan komentar mengenai salafi haraki,mahupun salafi yamani.

bagi saya,kita perlu ambil sikap berlemah lembut dalam hal ini.ambil istifadhoh selagi mana ada ruang.kerana sikap menghukum tidak begitu bagus.

satu pihak mengatakan satu pihak lagi sebagai sesat.dan satu pihak melabelkan satu pihak lagi sebagai terlalu rigid.

Allahua3lam.

saya banyak mengambil ilmu daripada ustaz ismail omar (yang mana beliau sendiri digelar sebagai sururi oleh sesetengah 'pihak') dan ustaz-ustaz dari kiblah.

dan saya juga berkenalan dengan syeikh aiman al-daqqaq (yang mana banyak memberikan impak positif kepada diri saya secara peribadi) dan bersahabat anak-anak murid beliau.

dan saya bukanlah orang yang menyokong syeikh rabi' mahupun URD.Allahua3lam.namun,jika ada ruang pada ilmu mereka yang saya boleh manfaatkan.maka saya ambil.

dan saya sendiri orang yang tidak bersetuju dengan mereka yang 'membukukan satu kitab yang mengritik mahupun meyesatkan saudara sesama islam.'

Allahua3lam.

pinta maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap tutur bicara.

dan terima kasih kepada thufail kerana membuka minda dengan kenyataan, "..dulu aku adalah ustaz kepada yusuf al-qaradawi dan sekarang pula dia adalah guruku.."

Jazakumullahu Khairan Jazak.

Anonymous said...

Talaqqi memang perlu,tetapi tak bermakna hanya orang-orang yang bertalaqqi sahaja dikira "anak murid"/talibul ilm.




Imam Muhammad dan Abu Yusuf sendiripun berbeza pendapat dengan gurunya, Imam Abu Hanifah. Imam as-Syafi’I walaupun berjaya menghafal al-Muwatta’ Imam Malik, tetapi beliau juga berbeza pendapat dengan gurunya, Imam Malik. Imam Nawawi, ar-Ramli, ar-Rifaa’i juga berbeza pendapat dengan pendapat gurunya Imam as-Syafi’e. Termasuk juga Imam Ibn Qayyim juga adakalanya berbeza pendapat dengan gurunya Imam Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Mereka juga bertalaqqi,tetapi,berbeza beberapa pendapat.Mungkin abu fadhl tak mengenali mendalam para pelajar di mekah dan madeenah.dan "anak murid" di mekah madinah tu tidak hanya beberapa orang.ribuan.dan mereka semuanya ada berbeza pendapat dengan para gurunya juga.ana kira itu maksud penulis.

lagipun,sudah penulis betulkan kesalahannya menggunakan term.tapi bagi ana,anak murid itu sendiri boleh digunakan di situ.penulis sudah pun menukarkan anak murid kepada penumpang ilmu..maknanya,orang yang menumpang keilmuan para mufti ini tetapi tidak bersikap seperti para mufti yang mulia ini.fahimta?

apakah term yang boleh kita gunakan oleh seseorag yang menuntut ilmu?

anak murid? - abu fadhl marah

penuntut ilmu? - nanti ada yang kata penuntut ilmu = talibul ilm = anak murid.

pengekor? - ana tidak ketemu dalam kamus melayu sebelum ini.yang ada pengikut,pengekor dalam bahasa indon kalau tak silap.

muqallid? - org yang bertaklid pada seseorang dan pendapatnya.kalaulah anak murid itu sama dengan muqallid,nescaya para anak murid ini tidak akan mengkritik dr yusuf qaradawi kerana mereka mengikut dan bertaklid pada mufti mereka yang mana mufti mereka tidak mencela,tidak mengkritik peribadi,yang ada pun perbezaan pandangan mereka.

jadi,terma mana yang mahu digunakan?

Ariff Arifin said...
This comment has been removed by the author.
Ariff Arifin said...

cadangan pembacaan: rifqon ahlus sunnah bi ahlus sunnah oleh syeikh muhsin al-'abbad.

Allahua3lam.

e-mail:ariff.arifin@yahoo.com

ana alukan diskusi.namun bukan jidal.

kerana ana datang bukan untuk berdebat.lebih-lebih lagi nik adalah sahabat ana.dan ana tidak pernah mengutuk beliau.cuma sekadar memberikan komentar.dan statement ana bukanlah untuk menyerang akh nik.


Allahua3lam.

Anonymous said...

abu fadhl,tidak bermakna kita mengenali dan berjumpa mereka kita sudah berilmu.anta mengaku tak anta anak murid mereka setelah berjumpa mereka?pada anta,siapakah mereka?anta anggap tak mereka guru-guru anta?kalau anggap mereka guru-guru dan para ulamak anta,maka setiap guru ada anak muridnya dan anak murid ada gurunya.

ana juga berjumpa dengan syeikh abdul karim zaidan(yaman),syeikh ihsan muhammad aayish al-uthaiby(jordan),syeikh aiman al-dakkak(syria),dr.syeikh sulaiman abdullah(ummul qura) sewaktu mengerjakan umrah..ana mengganggap ana anak murid mereka kerana ana mengambil fatwa-fatwa mereka untuk diamalkan walaupun mereka tidak mengenali ana.adakah ana pengekor atau pengikut?tidak boleh kah ana melabelkan diri ana sebagai anak murid/talibul ilm/pelajar?

Ariff Arifin said...

pertama sekali.ana tidak menganggap diri ana sebagai berilmu.kerana hanya dapat mencedok sebahagian kecil sahaja ilmu daripada mereka.

Allahua3lam.

jika begini halnya.ana rasa sangat sedih.kerana ana tidak pernah memaksudkan demikian.ana-secara specific dam legal-bukanlah anak murid mereka2 yang ana sebutkan.

cuma ana katakan,ana dapat ambil sebahagian kecil ilmu mereka untuk ana amalkan kepada diri ana sendiri sahaja.

ana paling takut berlaku perkara seperti yang berlaku sekarang ini.ana tidak pernah bermaksud untuk berjidal/bergaduh/berdebat dengan sahabat sekalian HANYA kerana term 'anak murid' tersebut.wallahi.

ana cuma memberikan komentar berdasarkan pandangan ana.jika demikan halnya dan ana orang yang silap.ana tarik balik kenyataan ana mengenai term anak murid.juga statement ana.

ana sudah jelaskan kepada akh nik mengenai hal sebenar.

Allahua3lam.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

subhanallah..janganlah begini wahai sahabat-sahabatku..

maafkanlah ku kerana telah tersilap dalam penulisanku..tidaklah ku bermaksud "anak murid" yang belajar secara tauliah,ijazah,talaqqi,berlutut di hadapan para imam ini..mereka yang ku kenali dari kalangan arab dan bangsa lain serta melayu yang belajar di sana,menuntut ilmu secara talaqqi dan tauliah SEMEMANGNYA TAK PERNAH KU temui mereka menjarah al-qardhawi,mahupun para imam lain.mereka yang ana kenali di kalangan pelajar yang bertauliah,ada sijil,ada talaqqi adalah "suci" dalam aspek mengkritik peribadi,mencela,dan menjarah orang.mereka tidak pernah mengkritik para peribadi imam sepanjang ana kenal mereka.ana juga ada kenalan melayu di sana.abg abdul rahman.beliau tidak pernah pun mengkritik sesiapa bahkan para anak murid ini sangatlah lembut berbicara dan mulia peribadi mereka.



yang ana maksudkan adalah para pencedok ilmu yang mengiktiraf para imam ini tetapi tidak pula bersikap indah seperti imam ini yang kuat mencela dan yang suka mengambil sekerat dan meninggalkan sekerat..bab-bab menghujat/jarah mereka tidak mengambil methodology dan kaedah para mufti ini.


abu fadhl adalah rakan ana di uia yang ana tak sempat bersama daurah-daurah mereka,dan kalian juga ana tidak kenali sebahagiannya.abu fadhl amat ana sayangi kerana ana tahu perjalanan hidupnya di uia dulu.beliau sangat bagus dan berhati-hati serta antara ilmuan.kalian juga ana sayang dan hargai.tidak perlulah didebatkan perkara ini lagi kerana ana sendiri akan mendeletenya.


ana sendiri sekarang sedang memahami dan bertalaqqi dan menghadiri daurah di sini bersama para arabian(misri) yang mereka ini ada sesetengahnya mengaku anak murid kepada mufti2 makkah sebelum ini dan mereka ada juga yang bertalaqqi pun,cuma ada yang tak masuk dengan qardhawi dan ada yang memuji.daurah di mana, masa, tempat ana tidak boleh nyatakan di sini kerana sudah 2kali ana dipanggil polis.mereka bimbang ana terlibat dengan jamaah ikhwanul muslimin di sana sebab mereka nampak ana bersama para orang arab di daurah tersebut.


beginilah,ana delete posting ini dan masukkan sebahagian tentang berita...sebab ianya menimbulkan kekeliruan pada mata pembaca....


ana maksudkan lain dan pembaca maksudkan lain.jadi,ana akan cuba perbetulkannya agar apa yang ana maksudkan sama dengan apa yang pembaca maksudkan..jazakumullah..


sekali lagi ana tegaskan,para anak murid mufti2 ini tidak bersalah dan mereka TIDAK PERNAH pun mengkritik dr yusuf qardhawi setakat pengenalan ana dengan mereka di mesir,dan di dalam laman-laman..yang ada,kawan-kawan indon di mesir yang gemar menghujat dr yusuf qardhawi yang bukannya anak murid para mufti ini dan yang mencedok-cedok ilmu daripada mufti2 ini..sungguh tidak adil ana rasa...


dan sebagai penegasan, ana sayangkan semuanya, dr.al-qardhawi,dr.salman audah,dr.syeikh rabi',dr.maza,ust.rasul dahari,dan yang lain-lain.


namun,ana tidak sesekali akan mengikuti mereka yang suka menjarah PERIBADI orang,kemudian mengganggapnya sebagai nasihat..lihat sahajalah karya-karya "gila" seperti Al-Qardhawi fil Mizan, Kedok Al-qardhawi, Al-Qardhawi pembebek dai sesat dan lain-lain..inilah kerja gila yang pernah ana temui..setakat mana ilmu mereka pun ana tak tahu jika nak dibandingkan dengan dr. yusuf al-qardhawi yang mahir dengan ilmu rijal dan lain-lain..jangan katakan ana fanatik al-qardhawi dan fanatik al-albaniy pula..mereka adalah daripada aimmah salafi..


mari maaf bermaafan sesama kita..ana memohon maaf sekiranya tersilap dan tersalah..


wassalam.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

satu lagi..sekiranya pujian diberikan kepada syeikh salaf Al-Qardhawi oleh ulamak salaf juga, maka apakah kita pula yang hanya mencedok ilmu mereka mahu bersikap keras dan kasar?

Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr hafizahullah dalam kitab beliau:

"…Hendaklah dia menyibukan dirinya dengan mencari ilmu yang bermanfaat dari pada dia sibuk melakukan celaan dan tahziran, dan giat serta bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu tersebut supaya ia mendapat faedah dan memberikan faedah, mendapat manfaat dan bermanfaat, maka di antara pintu kebaikan bagi seorang manusia adalah bahwa dia sibuk dengan ilmu, belajar, mengajar, berdakwah dan menulis, apabila dia mampu melakukan hal yang demikian maka hendaknya dia menjadi golongan yang membangun, dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela para ulama dan para penuntut ilmu dari Ahlus Sunnah serta menutup jalan yang menghubungkan untuk mengambil faedah dari mereka sehingga ia menjadi golongan penghancur, orang yang sibuk dengan celaan seperti ini, tentu ia tidak akan meninggalkan sesudahnya ilmu yang dapat memberi manfa’at, serta manusia tidak akan merasa kehilangan atas kepergiannya sebagai seorang ulama yang memberi mereka manfa’at, justeru dengan kepergiannya mereka merasa selamat dari kejahatannya.."

(Rifqan Ahlas Sunnah Bi Ahlis Sunnah)


Ucapan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata : “…Bahawa seseorang yang mencela seorang yang lain dan merendahkannya serta menyampaikan aibnya agar manusia menjauhi orang tersebut, entah disebabkan adanya permusuhan antara keduanya sehingga ia senang menyakitinya atau kerana takut disaingi dalam hal harta atau kepemimpinan atau kerana sebab-sebab tercela lainnya. Maka,tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencapai maksudnya, kecuali dengan menampakkan celaan terhadap orang tadi dengan alasan agama…Barangsiapa yang ditimpa dengan perihal seperti ini, maka bertakwalah kepada Allah, memohon pertolongan kepadanya dan bersabarlah, kerana kesudahan yang baik itu bagi orang yang bertaqwa…”


wassalam

zaini_jb said...

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya (QS. 22:8)

Moga-moga kita tidak termasuk di dalam golongan ini

Wallahu'alam