termenung sendirian..~

pasal pe ntah tangan ni duk gatal2 nak tekan perkataan "delete account" tuk fs...

3 comments:

zaini_jb said...

Salam

Ana pun ada acc fs

Sejak di matric nak tutup acc fs

Tapi kawan ana kata jgn tutup

Sebab susah nak 'contact' kwn2 di sekolah lama...huhu

Skrg ni ada acc fs pun mcm tak ada

Sebab malas nak bukak

Sebab banyak benda mengarut

Tapi apa2 pun fs masih relevan utk kita gunakan menebarkan dakwah Islam...

Buat acc baru

Pakai nama lain

Promote kat org bukan Islam

Pandai-pandai lah berkwn dengan org bukan Islam

Pandai-pandailah menyelit utk menyebarkan dakwah Islam

Bukan Islam biasanya sukakan artikel-artikel dlm b. inggeris

Ada 'class' kononya

Apa-apa pun

"Keep Moving Foward"

asrar said...

salam ziarah....
saya disini bknlah hendak berhujah panjang lebar..hanya sekadar ingin berkongsi pendapat krn kebetulan ada terbaca tentg fs nie..

Sebelum saya bermula, saya suka menjelaskan di sini bhwa
Sesungguhnya kita boleh menjadikan friendster sebagai ini tapak penyebaran
ISLAM bertujuan menonjolkan ISLAM itu dalam kehidupan. Kita ingin menarik masyarakat
agar terpikat dengan kehidupan ISLAM. Biarlah matalamat utama kita agar masyarakat
mengenal ALLAH dan kembali kepadaNya.

1.-Nick Name-

Perkara pertama sekali yang perlu diberi perhatian adalah nama
samaran. Nama samaran yang kita gunakan hendaklah berunsurkan
ISLAMIK. Namun ada beberapa ukurannya agar masyarakat senang dan
tertarik. Pertama, nama islamik yang menunjukkan kesyumulan ISLAM.
Antaranya ialah nama kita sendiri. Ataupun nick name yang memberi
makna yang baik. Jangan pula kita letak nama-nama yang ekstrimis
seperti 'taliban' dan beberapa nama lain. nama merupakan ekspresi
utama pandangan masyarakat terhadap peribadi kita.

2.-Background-

Marilah kita bersama berusaha menghias friendster kita dengan
background yang berunsurkan seni abstrak ataupun ISLAMIK. Jika
memilih unsur abstrak, boleh sahaja kita letakkan gambar-bambar
grafik 3D yang boleh membuatkan masyarakat berfikir apabila
melihhatnya. Manakala background yang berunsurkan ISLAMIK pula
bolehlah kita lakukan dengan mengambil gambar masjid-masjid dan
pemandangan alam yang indah. Gambar sendiri bersama alam dan
pemandangan yang cantik turut boleh dijadikan sebagai backgorund
yang baik.
Elakkan memilih background berasakan anime, manga, movie, filem dan
yang sama waktu dengannya. di situ menjadi kayu pengukur kematangan kita
sebenarnya. Jika diperhatikan, masyarakat akan lebih tertarik dengan
peribadi yang matang untuk bertanyakan hal-hal yang serius.

3.-Photo-

sebaiknya letaklah gambar yang islamik..yang menggambarkan susaana hidup islam..
Sebaiknya kita mengurangkan meletakkan gambar-gambar yang tidak
berfaedah dan tidak membawa makna. Janganlah pula kita meletakkan
gambar-gambar pemimpin parti dan sebagainya. Sesungguhnya kita mahu,
tindakan kita meletakkan gambar itupun mempu membawa masyarakat
mengenali ISLAM.

4.-Testimonial dan Message-

Biasakan diri kita untuk menghantar hadiah kepada 'friends' kita
dalam jangka masa tertentu. Contoh sebulan sekali atau dua bulan
sekali. Hantarkan kepada semua 'friends' kita tanpa prejudis. Ini
adalah tindakan Sheikh 'Abbas As-Sisy yang pada zamannya suka
mengutip alamat orang dan menghantarkan kepada mereka surat tanpa
mengira atau mengenali siapa mereka. Biasakan diri dengan amalan
ini. hadiah boleh berupa flash, nasyid, video yang bercirikan
ISLAMIK. Sambil memberi hadiah, selitkan sedikit tazkirah ringkas
yang hanya memakan beberapa huruf melalui sepotong ayat. Selitkan
juga doa agar tertonjol rasa kasih sayang kita kepada mereka dan
tanda kita mengingati mereka.
Dalam ruangan messages pula, saya lihat ramai yang aktif dalam
memberikan tazkirah melalui mesej berantai(Forward: FW). hakikatnya
cara ini tidak berapa baik kerana apada amnya mesej berantai sering
mengambil sumber yang tidak munasabah dan kurang sohih. Seeloknya
kita mengkaji sedikit buku yang ringan dan mengambil beberapa potong
ayat sahaja untuk diletakkan di dalam mesej. Selitkan pertanyaan
khabar dan nyatakan beberapa perkara yang menonjolkan persaudaraan
ISLAMIYYAH kita.
Biasakan diri dengan amalan ini. Untuk yang telah bekerja, mungkin
sebulan sekali adalah masa yang ideal, untuk yang bersekolah,
bolehlah melaksanakannya dengan kadar sekali pada setiap kali cuti
sekolah.

5.-Tulisan-

Ruangan profile juga sepatutnya kita gunakan untuk mencatitkan
pengalaman kita yang berharga untuk dikongsi. Tunjukkan minat kita
yang mendalam yang ISLAMIK. Seterusnya nyatakan tempat sekolah,
status dan keadaan diri kita yang sebenar. Da'ie perlu bersikap
jujur. Jika kalian rasa berat menonjolkan identiti yang sebenar,
maka biarkan sahaja ruangan seperti sekolah status kosng. Jangan
sesekali berbohong walau dengan tulisan.
selitkan juga beberapa tazkirah pendek. moga-moga ada yang
membacanya.

6.-Lain-lain-

Ada kalangan individu yang amat aktif, dia akan berusaha
mempercantikkan lagi profilenya dengan pelbagai hiasan seperti Slide
Picture, Glitter Text, MP3 Flash Player dan pelbagai lagi. jangan
biarkan semua itu sia-sia tanpa makna. Jadikan semuanya berteraskan
ISLAM. Letakkan nasyid-nasyid yang baik, gambar-gambar yang
menonjolkan kehidupan mu'min dan text yang berunsurkan ISLAMIK.

7-Istiiqamah-

Akhir sekali, kita mestilah istiqamah. natijahnya adalah lambat atau
cepat tetap di tangan ALLAH. Jika kita sabar menjadikan friendster
sebagai salah satu medan amal kita, makaALLAH pastiinya akan
membantu kita. Mereka akan bertanyakan kita itu dan ini, mereka akan
menunjukkan minat untuk mencari ILLAHI, akhirnya mereka akan
bertanya kepada kita di mana mereka boleh mencari program untuk
memahami hakikat kehidupan ini. Tidak rugi kita mencuba wahai
saudara-saudariku.

Baiklah,
Hakikatnya, kalau kita rasa keberatan untuk melaksanakan perkara
ini, sekurang-kurangnya saya minta kita bermuhasabah sebentar. Kita
yakin bahawa setiap amal kita adalah ibadah, maka mengapa kita
hendak menghabiskan masa kita di alam maya ini tanpa mendapat
pahala? Marilah kita menonjolkan ISLAM di mana-mana. Baik di dunia
realiti mahupun di alam maya.

semoga ALLAH melimpahkan ttaufik dan hidayahnya kepada kita. Semoga
ALLAH mengasihi kita.

perkongsian dari seorg rakan..moga bermanfaat..

Anonymous said...

"untuk membuat satu keputusan, tanyalah pada hati yang paling dalam...walaupun semua orang di sekelilingmu menyatakan sebaliknya atau menyokongmu...yakinlah pada firasat hati yang benar..."