12

Ketika Malumu Hilang...





Nasihat Buat Wanita Muslimah...

p/s : warkah ini ditulis sebagai nasihatku buat para Muslimah yang kian pupus...anggaplah kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata dan kesalahan memilih perkataan sebagai tidak penting dalam warkah ini...aku menulis kerana bimbang terhadap kebebasan yang kian melampau..juga kerana prihatin akan nasib dan masa depan pejuang-pejuang ummah ini...


Malu merupakan sifat fitrah manusia baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang memiliki sifat malu ini, maka sangat beruntunglah mereka kerana sifat malu inilah yang menjadi benteng kekuatan dalam diri mereka untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ingatlah ketika bagaimana wanita menjadi fitnah kepada Bani Israel kerana hilangnya sifat malu ini. Hilangnya keperibadian dan sifat malu ini memungkin wanita hilang maruahnya, mudah terjebak dengan kemaksiatan dan sangat lembut untuk menerima sebarang tipu daya lelaki. Melihat kepada bercambahnya pelbagai kemudahan internet dan e-tools dalam alam maya ini menyebabkan hati ku berasa sungguh tidak tenang. Wanita kala ini dengan mudah memaparkan mesej-mesej ringkas yang begitu pelik di laman-laman seperti Friendster, Multiply dan lain-lain yang seolah-olah tiada malu walau sedikit pun di hati mereka. Gurauan berlebih-lebihan sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka. Apakah ini merupakan umat akhir zaman yang dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadith Baginda SAW?

Dari Abi Said Al-Khudri ra berkata :
Dari Rasulullah SAW


إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“....Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, kemudian Allah memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil daripada kaum wanita...
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Ramai Ahli Neraka di Kalangan Wanita, no. 4925)

Sekiranya mereka sedari bahawa diri mereka tidak terlepas dari ancaman api neraka yang dijanjikan Allah, nescaya mereka akan memelihara diri mereka dan akan menjaga sifat malu mereka. Bagi wanita yang mempunyai pekerti yang mulia, mereka akan mengganggap malu itu adalah sebahagian daripadanya sendiri. Ketahuilah wahai Muslimah yang daku kasihi sekalian, peliharalah sifat malu mu itu. Sekiranya anda mahu memelihara iman kalian, tetapkanlah malu itu dalam dirimu. Hilangnya malu mu itu, maka hilanglah juga sebahagian daripada cabang-cabang iman. Kalaulah cabang ini tidak dipelihara, maka, iman yang tersisa ini makin lama makin rapuh. Maka, apakah lagi yang tersisa untuk kita bekalkan di akhirat sana nanti?


‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة :

عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الإيمان ‏ ‏بضع ‏ ‏وسبعون ‏ ‏شعبة ‏ ‏والحياء ‏ ‏شعبة ‏ ‏من الإيمان

Dari Abu Hurairah ra :
Baginda SAW bersabda: "....Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman..."

(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu dan Malu Sebahagian dari Iman, no. 50)

Ketahuilah wahai Muslimah, malu itu juga tidak datang melainkan untuk membawa kebaikan buat dirimu, memelihara maruahmu dan menjaga hatimu daripada terhijab oleh rahmat Allah. Malumu akan membuatkan dirimu sedar bahawa kamu sentiasa di bawah pemantauan Allah SWT. Wahai Muslimah, janganlah kamu semua menjual segala kenikmatan akhirat yang dijanjikan Allah dengan sifat malumu menjadi taruhan. Janganlah sesekali menghilangkan sifat ini dari dirimu. Hiasilah malu itu dengan iman dan takwa kepada Allah serta berkejarlah untuk mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT. Muslimah yang ideal dan sesuai untuk dijadikan isteri adalah Muslimah yang tahu apa itu malu dan berjuang untuk mendapatkannya. Mereka akan berjuang dan mempertahankan sifat malunya daripada dirobohkan oleh apa sahaja yang mendatang. Kalaulah ianya ternoda, maka, lumpuhlah segala keperibadian seorang wanita Muslimah.


عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أنه قال ‏ ‏ ‏الحياء لا يأتي إلا بخير

Bahawasanya Baginda SAW berkata : "..Malu itu tidak datang melainkan membawa kepada kebaikan..."
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu, no. 53)

Kekaburan demi kekaburan melata dan semakin menjadi-jadi. Segenap sudut tubuh wanita Muslimah kini menjadi bahan eksploitasi majalah, buku-buku hatta iklan-iklan di kaca televisyen masa kini. Aku tidak tahu mengapa para wanita Muslimah ini tidak pula rasa malu untuk berkeadaan sedemikian. Wanita Muslimah yang dulunya di zaman Baginda sangat terjaga akhlak dan malunya kini jauh berbeza dengan apa yang dipaparkan kepada kita masa kini. Beginilah caranya syaitan menebar pesona dunia terhadap wanita-wanita Muslimah kita. Apakah masih tersisa wanita Muslimah yang jiwanya, hatinya, imannya tercebis sekelumit daripada akhlak dan iman para wanita di sekeliling Rasulullah SAW? Ketahuilah wahai wanita Muslimah, apa yang sangat membimbangkan para lelaki soleh adalah hilangnya malumu dari dirimu yang menyebabkan mereka sangat ragu-ragu untuk menjadikan dirimu sebagai isteri. Wanita yang solehah dan punyai rasa malu lah yang akan menjadi pilihan para lelaki soleh. Wanita Muslimah kini terlacur dengan pesona dunia sehinggakan mereka lupa bahawa mereka mungkin sebahagian daripada penduduk neraka yang dijanjikan Nabi SAW yang mana majoritinya adalah wanita. Bahkan mereka lupa untuk berusaha menjauhi api neraka. Wahai Muslimah yang dikasihi, tiadalah sesuatu yang lebih berharga melainkan malu mu terhadap Allah untuk melakukan maksiat. Wahai wanita Muslimah, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang terbaik bagi diri kita sedangkan kita tidak pula mengkoreksi diri kita.

Para wanita Muslimah kini mungkin tidak menyedari bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi diri mereka dan memujuk mereka agar meninggalkan sifat malu. Apabila sifat ini tertanggal, maka hilanglah segala sifat fitrah wanita yang sepatutnya ada. Di kala para wanita Palestin melaung-laungkan suara mereka dengan keras menantikan janji Allah kepada mereka, wanita Muslimah kita pula berlembut-lembutan apabila berbicara dengan lelaki atau teman pacarannnya. Apalah lagi yang tersisa untuk kita bawa diri ini di hadapan Allah nanti. Lihat sahaja betapa teruknya wanita Muslimah kita masa kini. Maruah, malu semuanya dibakulsampahkan. Mengapa harga dirimu dibuat seperti lelongan ayam pencen yang harganya begitu murah untuk dibeli? Mengapa maruah mu dibiarkan diperkosa oleh keduniaan? Apakah tidak boleh engkau mempertahankannya untuk beberapa ketika sahaja di dunia demi kebahagiaan di hari akhiratmu? Inilah wabak yang paling mengerikan dan sangat menjelekkan. Ketahuilah bahawa ancaman Allah amat dekat bagi mereka yang selalu bersikap sedemikian.

Allah taala berfirman :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلامَعْرُوفًا
"...Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."
(Al Ahzab: 32)

" وَمَعْنَى هَذَا أَنَّهَا تُخَاطِب الْأَجَانِب بِكَلَامٍ لَيْسَ فِيهِ تَرْخِيم أَيْ لَا تُخَاطِب الْمَرْأَة الْأَجَانِب كَمَا تُخَاطِب زَوْجهَا

Al Imam Ibnu Katheer ketika memberikan komentar dalam tafsirnya: “..dan makna dari ayat ini, dia berbicara dengan lelaki-lelaki yang bukan mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni tidak seperti suaranya ketika berbicara dengan suaminya....”
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).


Secebis Harapan Lelaki Soleh Buat Wanita Solehah..


Nantikanku di Batas Waktu
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com

Di kedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu


bersambung..insyaAllah...


Read more