kepada kawan-kawan yang bertanya...terima kasih..di sini ana berikan sedikit pencerahan..sekafar berkongsi ilmu dengan antum je..sekiranya ada sesiapa yang mahu tambah, silakan..jazakumullah khairal jaza'...emailkan pada ana mudah-mudahan ana boleh masukkan dalam blog ana ni.. :)
Hadith Berkaitan Lailatul Qadr :
Bila ?
"...Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan..."
(Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya – hadis no: 2017 (Kitab Solat Tarawih, Bab mencari Lailatul Qadar……))
"...Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir..."
(Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 1165 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Lailatul Qadar……))
Apa nak dibuat ?
1)Qiamullail :
Rujuk Sahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……))
2) A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya:
“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku...."
Tanda-tanda :
1) Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.(Sahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……))
2) Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.(Rujuk Sahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.)
Semoga antum berusaha mendapatkan malam yg penuh istimewa ini..
wassalam..
Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
...~maaf atas kesibukan yg tak dapat dielakkan...bukan sibuk tapi menyibuk..~