"….Manusia itu bagaikan unta, di antara seratus ekor unta itu
engkau belum tentu menemui seekor yang boleh dijadikan tunggangan…"
(Muttafaqun 'Alaih, dari Ibn Umar)
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada ana untuk mencoret sedikit perkongsian walaupun masa yang tersisa ini agak terhad, di samping menghabiskan cuti 'summer' ini dengan pelbagai program yang agak menarik. Setahun menjalani pengajian di negara orang dan mengikuti fasa-fasa tarbiah, banyak yang telah ana pelajari dan kongsi. Berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman, di sini ana menulis wakalah buat para dai khususnya mereka yang bergelar "ikhwah" dalam jalan dakwah ini. Warkah ini terukir hasil olahan pengalaman ana sepanjang berada dalam suasana dakwah di sekeliling ana.
Terlebih dahulu, biarlah ana mengucapkan tahniah buat para remaja dakwah masa kini yang mempunyai semangat jihad dan dakwah yang begitu tinggi. Semangat juang inilah yang setiap dai harus benamkan dalam hati-hati sanubari mereka. Syabas juga ana lontarkan buat mereka yang bertungkus-lumus membawa panji-panji Islam, dalam rangka memartabatkan Islam sebagai agama Allah sekaligus meneruskan usaha-usaha Baginda SAW.
"Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai deen, maka tidaklah ia diterima…"
(Al-Imraan)
Namun, sekiranya semangat-semangat ini tidak dipandu dengan sunnah dan Al-Quran, maka akan tercicirlah para dai dari landasan yang telah Baginda SAW gariskan. Pada kesempatan ini, suka ana nyatakan di sini, keberkesanan dakwah dan hala tujunya juga tarbiah mendidik manusia sebenarnya, dibayangi oleh sikap para dai. Baik buruk tingkah lakunya, pergaulannya, pegangannya, dan pelbagai lagi akan mewarnai corak dan patern dakwah yang dibawa. Sikap setiap dai haruslah disulami dengan petunjuk sunnah dan Al-Quran agar dakwah ini sampai dan terkesan pada hati-hati setiap manusia.
Wakalah ini bakal mengoreksi krisis-krisis sikap yang melanda segelintir dai kini di mana sikap-sikap ini yang akan menjadi penghalang kepada dakwah itu sendiri dan sekiranya ia tidak dibendung, ini akan menyebabkan dakwah itu lesu lantas karam di tengah lautan masalah ummah. Krisis sikap yang bertakhta di hati segelintir para dai di jalan dakwah ini haruslah diperbaiki dan dirawat dengan segera. Sekiranya tidak dirawat, seruan yang indah ini bertukar kelam dan suram dan hanya akan memakan diri para dai tersebut sekaligus merosakkan dakwah dan seruan mereka.
Antara krisis-krisis sikap yang harus para dai jauhi adalah :
TIDAK MENGAMBIL BERAT PERSOALAN AKIDAH ATAU TAUHID :
Di sini, saya tidak menyeru untuk memberat-beratkan atau melebih-lebihkan perbincangan tauhid, namun, bagi seorang dai, sekurang-sekurangnya mereka wajib mendalami dan memahami ilmu tauhid ini. Dr. Yusuf Qardhawi pernah menyebut ketika dia membahaskan masalah tauhid, beliau dengan tegas mengatakan kita tidak punyai masa untuk membincangkan sangat masalah tauhid secara mendalam, namun, sebagai dai, kita wajib mengetahuinya sebagai bekalan dakwah kita nanti tidak kira kepada muslim atau non-muslim. Sila lihat perbincangan seterusnya di bawah.
Seorang dai sepatutnya mengambil pendekatan yang paling idealistic iaitu mencontohi sikap dan tindakan baginda Rasulullah SAW. Dakwah Baginda SAW yang dimulai dengan memperkenalkan tauhid serta membersihkan akidah-akidah sesat anutan masyarakat Jahiliyyah arab ketika itu haruslah menjadi pedoman setiap para dai. Apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini sangatlah idealistic dan dengan dakwah selama 13 tahun inilah, Rasulullah SAW berjaya melahirkan ratusan sahabat yang mantap imannya biarpun diuji dengan pelbagai halangan dan seksaan. Sekiranya seorang yang bergelar dai tidak mencontohi sikap Rasulullah SAW ini, maka, dakwah yang diseru hanya akan sia-sia. Sikap tidak mengutamakan dakwah tauhid kepada masyarakat wajib dihindari dan ditinggalkan oleh para dai khususnya mereka yang mengelari diri mereka sebagai 'ikhwah' fil Islam. Sikap ini jelas terpancar apabila mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan perbincangan harakiyyah dan tidak mendalami perkara-perkara tauhid. Segelintir dai kini merasakan cukuplah dengan mengetahui Allah itu wujud. Tidak punyai masa untuk mengetahui tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' Wa As-Sifat. Mereka juga lupa suatu masa nanti, dakwah mereka bukan terbatas kepada golongan Muslim sahaja, namun, ia lebih luas. Pelbagai masyarakat dengan pelbagai fahaman dan pemikiran.
Budaya hedonism kini juga memungkinkan anda tewas di tangan-tangan syaitan. Tugas menyesatkan akidah ummah adalah tugas utama syaitan dan tugas ini akan berjalan dengan mudah sekiranya kita para dai, tidak mengambil endah peri pentingnya mendalami tauhid ini.
Tugas menyedarkan manusia akan tauhid kepada Allah adalah perkara yang harus diambil berat. Kita juga para dai sepatutnya mewajibkan diri untuk memahami apa itu tauhid dan akidah kita. Kita wajib mendalami ilmu tauhid dan menjadikan ia sebagai teras kepada dakwah kita. Namun, sikap para dai kebelakangan ini yang tidak mengambil berat tentang tauhid ini menyebabkan rapuhnya gagasan dakwah mereka. Mereka lebih suka berlepas tangan dan mengatakan sesiapa yang terlalu banyak membincangkan persoalan tauhid sebagai mereka yang tidak memahami prioriti ummah.dan suka kepada perkara remeh-temeh. Berkata Syeikh Abu 'Utsman As-Sobuni (499H) rahimahullah :
"….Ciri-ciri ahlul bid'ah adalah sangat jelas dan yang paling jelas adalah sikap mereka yang secara terang-terang memusuhi dan menghina Ahlus Sunnah dan Ahli 'Athar serta menuduh mereka dengan tuduhan yang buruk seperti Hasyawiyyah (orang yang mementingkan perkara-perkara remeh), Al-Jahalah (orang yang jahil), dan Al-Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk)…"
(Ismail Ibn Abd. Rahman Ibn Ahmad, Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith, oleh Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyyah Wahhabiyyah, cetakan : Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, 2003, Hal : 25)
Dan paling menyedihkan lagi apabila perbincangan berkenaan "harakiyyah" dianggap adalah lebih aula bagi mereka berbanding perkara-perkara tauhid. Ini jelas terbukti apabila sesetengah mereka ditanya tentang masalah tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa As-Sifat, mereka dengan jelas tidak mengetahuinya bahkan ada yang mengatakannya sesat dan tidak penting.
Dalam hal lain pula, apabila ditanyakan teori-teori tarbiah berkaitan dengan akidah hasil nukilan para tokoh haraki mereka, mereka dengan pantas menjawab dengan begitu yakin. Bukanlah tidak bagus mengetahui teori-teori dakwah ini, akan tetapi, kita hendaklah menjadikan kitab-kitab akidah karangan tokoh-tokoh Islam muktabar sebagai rujukan utama dan awal yakni sekitar tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan
Pembahagian tauhid :
1. Tauhid Rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah.
3. Tauhid Asma' wa Sifat.
1)Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mengurus kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut.
2)Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt Dialah yang berhak disembah dengan haq, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut Tiada yang dapat menyerupainya dalam segala hal.
3)Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Lalu menetapkan itu semua untuk Allah swt tanpa 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (meniadakan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (menyerupakan), sesuai dengan firman Allah swt :-
"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. " (Al-Ikhlas: 1-4).
Kemunculan methode pembelajaran akidah sifat 20 ini telah dimulakan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau pada awalnya dikatakan telah menetapkan tujuh ada 7 sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, tangan Allah, kursi Allah, wajah Allah dan lain-lain.
Tahap pertama, ketika rnemeluk mazhab Mu'tazilah selama empat puluh tahun. di bawah asuhan ayah tirinya yang merupakan seorang tokoh Mu'tazilah bernama Abu Ali Al-Juba'i. Kemudlan beliau keluar, dan secara tegas menyatakan bahwa madzhab Mu'tazilah adalah sesat. Beliau sangat keras melakukan bantahan terhadap Mu'tazilah.
Ketika mengikuti pemahaman Abu Muhammad Abdullah bin Sa'id bin Kullab, sebuah pemahaman yang bukan merupakan Mu'tazilah murni, tetapi juga bukan Sunnah murni. Di tangan Abul Hasan Al-Asy'ari inilah, mazhab Kullabiyah berkembang, sehingga kemudian
lebih dikenali dengan aliran Asy'ariyah. Ketika memeluk mazhab Ahlu Sunnah wal Jama'ah yakni setelah beliau meninggalkan mazhab Asy'ariyah atau Kullabiyah. Beliau mengikuti mazhab Imam Ahmad bin Hambal dan mazhab para imam sebelumnya. Hal itu telah dinyatakan oleh Imam Abu Al Hasan sendiri dalam kitabnya yang beliau tulis pada akhir-akhir perjalanan hidupnya, iaitu kitab Al-Ibanah 'an Usul Ad Diyaniah.
Kesimpulannya, Abu Al Hasan Al Asy'ari pada akhir hayatnya mengikuti mazhab Ahlus-sunnah wal Hadits dengan menetapkan sifat-sifat Allah, yang telah Allah tetapkan sendiri bagi diriNya dalam Al Qur'an, atau telah ditetapkan oleh Rasulullah dalam hadith-hadithnya: tanpa
tahrif, tanpa ta'thil, tanpa rakyif dan tanpa tamtsil.
(Al-Qawaid Al Mutsla Fi Sifatillah wa Asma'ihi Al-Husna, Karya Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin, Pentahqiq : Asyraf bin Abdul Maqshud bin Abdul Rahim, Maktabah As Sunnah, Bab Khatimah)
Kemudiannya kaedah mempelajari akidah ini telah diperluaskan oleh Syeikh Abul Mansur Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat dan ianya telah tetap. Di dalamnya termasuklah penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat. Imam Abul Hasan Al-Asy'ari tidak menetapkan pun sifat ini kepada 20 seperti yang yang disalah fahami orang-orang zaman ini. Ana tidak mencela mempelajari sifat 20 ini, namun, dalam mendalami ilmu ini, perlu diperhatikan siapakah mereka yang mengajarkannya. Dan apa yang membimbangkan, kaedah memahami akidah ini telah diselewengkan oleh sesetengah mereka yang mendakwa tahu dan pakar tentang sifat 20 ini dan terkadang ilmu yang telah sampai kepada kita berbelit dan memeningkan dan yang menyedihkan, ianya pula bukannya berkaitan pun ilmu sifat 20 itu sendiri, bahkan, ilmu yang ditokok tambah oleh golongan-golongan yang mengaku berakidahkan akidah imam Asy'ari. Al-Imam Asya'ari tidak bersalah dalam hal ini. Beliau adalah ulamak sunnah sejati. Namun, ada segelintir yang kotor telah memakai namanya agar nampak baik pencemaran mereka. Pernah sewaktu ana muda dahulu, kami diajarkan tafsir-tafsir mimpi nama-nama Allah dan sifat-sifat 20. Sekiranya sifat Allah begini, untuk mendapatkan kebaikan, buatlah begini-begini. Dan hal ini amatlah menyedihkan. Tidak sama sekali tertulis di mana-mana kitab hadith pun tentang kelebihan-kelebihan pelik yang diajarkan di dalam silibus usrah sesetengah kumpulan. Bukan semua. Ini mungkin salah si naqibnya, bukan penggubal silibusnya. Sekali lagi ana TIDAK MENCELA mereka yang mempelajari ilmu ini, namun, perlu kita sedar, adalah lebih terpandu sekiranya kita memilih untuk memahami akidah dengan menggunakan kaedah yang dipelopori oleh Imam Ibnu Taimiyyah (Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat) adalah lebih mudah dan lebih disenangi. Hujjatul Islam , al-Imam al-Ghazali rh yang mengemukakan teori Sifat 20 ini sendiri ( selepas menggabungkan sifat-sifat menurut pandangan al-Imam Abul Hassan al-‘Asya’ari rh dengan sifat-sifat dikemukakan pula oleh al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh ) dan tidak beriltizam atau berpegang terus kepada methode ini sahaja.
Perbahasan ini telahpun dinukilkan oleh Al-Imam Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya' Ulumuddin di bawab tajuk "AQIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH . Beliau sendiri tidaklah membahaskan permasalahan Tauhid tersebut secara teori Sifat 20 .
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- “….walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah…”
Bagi al-Qaradhawi, tidak dipertikaikan, bahawa ulama'-ulama' yang melakukan takwil merupakan mereka yang tidak diragukan keikhlasan dan nasihat mereka, kerana Allah dan Rasulnya.,Mereka beriman dengan sifat Allah yang Maha Sempurna dan Suci dari segala kekurangan. Mereka beriman dengan Nabi-Nabi, Hari Akhirat dan al-Quran sebagai firman Allah yang tidak ada kebatilan. Oleh itu, berdasarkan ilmu, jtihad dan pemahaman mereka terdapat bidang aqidah, maka tidak pelik mereka berbeza pandangan tentang hal itu.
Syiekh Faizal al-Maulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah kita ketika ditanya mengenai pandang al-Qardhawi terhadap Asya’irah, beliau mengatakan :
"Bagi Ustaz kami, al-Syeikh al-Qardhawi dia sebagaimana yang kami tahu berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri diatas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana dia mensifatkan dirinya, tanpa Takwil dan Ta'thil. Dia tidak menginkari Aqidah Asyaerah, bahkan aqidahnya masih dianggap sahih diterima Allah, Insya-Allah. Akan tetapi aqidah salaf bagi beliau adalah lebih benar…”
Mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW pesan kepada kita semua :
“ Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah….”
Mari kita lihat komentar para ulamak Mazhab dalam mempelajari ilmu sifat 20 dengan pelbagai gaya kelebihan yang tiada dalam nas dan yang secara salahnya difahami oleh golongan-golongan agama kini dan juga pandangan mereka terhadap Ahlul Kalam yang seringkali dijadikan rujukan sesetengah kita. Ana hanya memetik daripada Imam Syafie dan Maliki dan beberapa imam lain sahaja kerana kebanyakannya para dai di Malaysia, mereka mengatakan diri mereka bermazhab fiqh Maliki dan Syafie namun dari segi akidah mereka tidak pula selari dengan tokoh-tokoh Mazhab ini :
1)Berkata Al-Imam As-Syafie tentang Ahlul Kalam. Berkata Imam Syafie, ..Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya..."
(riwayat Imam Al-Baihaqi dalam Manaqib Syafie ms. 462 Jilid
2)Kata Dr.
(Al-Qaradawi, Thaqafah al-Daiyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991)
3)Berkata Imam Malik (meninggal 179 H) rahimahullah : "..jagalah diri kamu daripada perkara-perkara bid'ah. Ditanyakan kepada Imam Malik : Wahai Abu Abdillah (gelaran Imam Malik) apakah perkara bid'ah itu? Beliau menjawab : Ahli Bid'ah ialah orang yang bercakap secara mendalam mengenai nama-namanya,sifat-sifat-NYA,qudrat-NYA. Mereka tidak bersikap diam terhadap apa yang telah diam mengenainya oleh para sahabat dan pengikut-pengikut mereka dengan baik..."
(Siyar A'lamin Nubala' 8/48-133, Tahzib at Tahzib)
4)Berkata Imam Mas'ud Al-Baghawi : "..dan telah sepakat di kalangan ulamak salaf dari Ahlussunnah wal Jamaah dalam melarang berbahas dan berbalahan mengenai sifat-sifat Allah (Sifat 20 yang terhad) dan mencegah daripada memasuki ke dalam perbicaraan ilmu kalamdan mempelajarinya.."
(Siyar A'lam Nubala' 19/439 Thobaqat As-Syafieyyah 7/75-80
dan Imam Al-Baghawi syarhussunnah 1/216)
5)Berkata Imam Nawawi (meninggal 679H) : "..sesungguhnya imam kita As-Syafie adalah bersangatan dari segi mengHARAMkan usaha menyibukkan diri dengan mempelajari ilmu kalam. Beliau cukup banyak bercakap hal mengharamkan ilmu kalam ini. Beliau memberatkan dendaan ke atas orang yang mempelajarinya serta mengganggap sangat KEJI perbuatan itu dan BESAR DOSA padanya. Antaranya ialah : "..bahawasanya seorang hamba itu mati bertemu Allah dengan segala dosanya yang selain dari syirik adalah LEBIH BAIK daripada dia mati bertemu Allah dalam keadaan dia berpegang walaupun SEDIKIT daripada ajaran ilmu KALAM..." Memang banyak perkataan-perkataan Imam Syafie yang mengharamkan ilmu-ilmu kalam seumpama yang tersebut itu.."
(Imam Nawawi - Al-Majmu' 1/48)
6)Berkata Imam Syafie lagi : "..hukuman aku ke atas ahli kalam ialah bahawa dipukul mereka dengan pelepah tamar dan dimuatkan mereka ke atas unta dan diarakkan mereka di tengah-tengah orang ramai serta dikatakan : Inilah balasan orang yang meninggalkan Al-Kitab dan As-Sunnah serta mengambil ilmu kalam sebagai cara perbahasan tauhid di sisi mutakallimin.."
(Hilyah Al-Auliya' 9/116, Syarhussunnah 1/218)
7)Imam Malik kata lagi : "..tidak harus menerima saksi ahlul bid'ah dan al-ahwak(ahli-ahli hawa).."
berkata imam Khuwiz Mindad (ulamak maliki - murid al-abhari kurun 4) : "...ahli hawa di sisi imam malik dan sekelian sahabat kami ialah AHLUL KALAM, kerana tiap-tiap ahli kalam ialah sebahagian dari ahli hawa dan ahli bid'ah samada kumpulan Asya'irah atau bukan Asya'irah.."
(Ad-Dibaj Al-Mazhab 2/229)
8) "Aku berkata: Dan sesungguhnya para imam r.h telah menyebutkan di dalam tulisan-tulisan mereka ketika menolak golongan-golongan yang menafikan beberapa sifat (Allah) dari kalangan al-Jahmiyah, Muktazilah, Asya'irah dllnya dengan beberapa perkataan sahabat dan tabi'in. Yang demikian itu, al-Hafiz al-Zahabi telah meriwayatkan di dalam kitab al-Uluw dan selainnya dengan sanad yang sahih dari Ummu Salmah isteri Nabi s.a.w., bahawasanya dia (Ummu Salmah) berkata mengenai firman Allah Taala: "Allah yang Maha Pemurah (al-Rahman) bersemayam di atas Arasy", katanya: "Bersemayam itu adalah maklum, kaifiyat adalah tidak tergambar oleh fikiran, berikrar dengannya adalah keimanan dan mengingkarinya adalah kufur...."
(Lihat: Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Aali Syeikh, hal. 463, Maktabah Darus Salam- Riyadh)
Mereka lebih banyak membincangkan teori-teori dakwah rekaan tangan-tangan sendiri melebihi apa yang digariskan oleh Rasululullah SAW dan ternyata tidak pernah pun Rasulullah SAW gunakan sepanjang dakwah Baginda di Makkah dan di Madinah. Namun, apa yang sudah jelas dihamparkan Rasulullah SAW tidak pula diambil dan diteladani. Kita juga tidak mengambil kira bagaimanakah akidah yang dianuti oleh para imam mazhab dan para imam muktabar yang lain. Kita lebih senang berpuas hati dengan terma-terma atau istilah yang diolah oleh pemikiran-pemikiran kita sendiri. Kita juga tidak punyai masa untuk mengkaji secara ilmiah akidah para salafussoleh yang mana mereka inilah yang diberikan pujian dan jaminan oleh Rasulullah SAW sendiri.
“ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien)… “
(Hadith sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5)
Mereka lebih senang dengan istilah-istilah tauhid karangan dan nukilan tokoh-tokoh haraki mereka berbanding merujuk kepada kitab-kitab tauhid yang muktabar seperti Akidah Tahawiyah ( Imam Tahawi rha) ataupun Akidah Wasatiah (Syeikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyyah rha). Adakah sikap ini wajar ada pada seorang dai yang kononnya mendakwa diri mereka dan jemaah mereka adalah jemaah yang betul?
Apa yang lebih menyedihkan kita, apabila, ada segelintir yang mengelarkan diri mereka sebagai 'ikhwah' yang dengan bangganya menyatakan akidahnya sudah cukup mantap, namun, masih lagi percaya kepada perkara-perkara tahyulan, tangkal, makrifat-makrifat, martabat 7, badi, sial dan juga perkara-perkara khurafat yang sepatutnya kita semua hindari. Perkara-perkara ini dengan jelasnya telah diterangkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 di mana semua pendukung Ikhwanul Muslimin dan juga semua Muslim wajib meninggalkan perkara-perkara sesat yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Sekiranya kita adalah 'ikhwah' dan menasabkan diri pula kepada Ikhwanul Muslimin, maka sepatutnya, tidak terjadi perkara-perkara sebegini.
TERLALU MEMBERATKAN PERBINCANGAN HARAKIYYAH, MELEBIH-LEBIHKAN TUMPUAN TERHADAP BUKU-BUKU HARAKI SAHAJA BERBANDING KITAB-KITAB PARA ULAMA TERDAHULU:
Hal ini telah ana perbincangkan dengan kebanyakan rakan sedakwah ana. Sepanjang keberadaan ana di luar Negara dan dalam Negara sendiri, dapat dilihat, kebanyakan dai atau naqib terlalu memberat-beratkan mad'unya dengan perbincangan dari buku-buku haraki daripada membincangkan permasalahan yang jelas lagi terang dalam Islam. Mereka apabila ditanya tentang perkara-perkara yang menyentuh ibadah, mereka akan menjawab ini "khilaf" dan mereka akan terus meninggalkan perbincangan itu. Inilah yang terjadi di mana-mana pun. Apabila ditanya di mana "khilafnya", mereka tidak pula tahu untuk menjawabnya. Adakah sikap ini harus ada pada dai? Fenomena ini haruslah ditangani sekiranya kita semua ingin merealisasikan tujuan dakwah kita dan ingin melihat dakwah ini terus mekar beroperasi dan berjalan. Perkara ini jelas akan memusnahkan dakwah itu sendiri kerana apabila seseorang individu yang bergelar dai mempunyai ilmu yang kurang tidak kiralah dari segi harakinya, fiqhnya, hadithnya dan lain-lain, mereka akan tumbang di tangan musuh-musuh Islam dengan sekelip mata sahaja. Adalah tidak cukup untuk kita menghabiskan masa kita menelaah hanya buku-buku haraki sahaja sedangkan kita sendiri tidak cukup memahami apa itu Islam dan permasalah-permasalah di dalamnya seperti fiqhnya, akidahnya, dan keaslian seerah Nabawinya dan seumpama dengan itu. Fenomena memberat-beratkan bahan bacaan harakiyyah yang terlalu banyak membincangkan persoalan gerakan sesuatu jemaah, kenegaraan dan ianya menjadikan mereka lantas lupa apakah mereka punyai masa untuk memperbetulkan diri mereka dari segi ibadahnya betul atau tidak, akidahnya sahih atau tersasar, seerah Nabi adakah yang kita imani sekarang benar-benar diimani oleh para salafussoleh terdahulu atau hanya kita sekadar tertipu dengan kisah-kisah Israeliyyat dan nukilan syiah yang merosakkan seerah Rasulullah SAW kemudian lantas kita mempersembahkan kepada para mad'u kita tanpa kita sedari kita telah melakukan jenayah terhadap seerah Nabi SAW dan tanpa kajian yang lebih mendalam. Mungkin bagi para dai perkara ini kecil, namun, sedarilah, seerah dan sejarah lah yang mencorakkan masa depan ummah. Kesahihan seerah perlu dikaji, ditelaah dan difahami agar jalan dakwah yang kita bawa adalah benar dan tepat mengikut kehendak dan methodology dakwah Baginda Rasulullah SAW. Ana melihat fenomena yang tidak sihat terkadang berlaku di kalangan pejuang dakwah di mana mereka dengan tegar menceritakan kisah-kisah Israeliyyat kepada para mad'u mereka. Dan lebih memburukkan lagi apabila mereka tidak mengetahui kisah yang dipersembahkan kepada mad'u untuk dihadam merupakan agenda-agenda Syiah yang sudah lama berdendam dengan para salafussoleh.
Berkata Syeikh Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, "…apabila kita mengkaji as-Seerah dari Al-Quran, maka, kita juga merujuk kitab-kitab tafsir yang menceritakan asbab an-Nuzul dengan sanad sahih (silsilah para perawi) yag bersambung seperti Tafsir At-Tabari serta mengkaji sanad tersebut…"
(Fi Usul Tarikh Al-'Arab Al-Islami, cetakan :
Daurah-daurah atau mukhayyam yang banyak disumbatkan dengan perbincangan haraki hanya menyebabkan para mad'u hanya tahu membincangkan persoalan itu sahaja. Apabila mereka bertanya pula kepada naqibnya tentang perkara fiqhiyyah, dengan mudah naqib-naqib mereka menjawab: "…itu masalah khilaf!…tidak perlu membincangkannya.." dan lain-lain untuk mengelakkan perbincangan sedemikian kerana sebenarnya mereka sendiri tidak tahu disebabkan terlalu sibuk menelaah buku haraki sahaja.
Kebanyakan mereka ini tahu dan HAFAL 10 sifat Muslim yang digariskan As-Syahid Imam Al-Banna namun tidak pula beramal dengan sifat-sifat Muslim tersebut. Antara Muwasofat yang disebut Al-Imam Al-Banna adalah : Sejahtera 'akidah, sahih 'ibadah, akhlak yang mapan, mujahid terhadap nafsunya, bermanfaat kepada orang lain, mampu berdikari, tersusun urusannya, menepati waktu dan lain-lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Seawal-awal ibadah seorang hamba yang akan dihisab pada hari pengadilan adalah solat. Jika baik solatnya, segala ibadah akan baik pula. Jika buruk solatnya, segala ibadah akan buruk pula...”
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani)
Kerana terlalu menumpukan perhatian terhadap perbincangan haraki, kita tidak punyai masa membincangkan permasalah fiqh, atau memerhatikan ibadah harian kita samada benar mengikut Sunnah Rasulullah SAW atau tidak. Kita hanya sekadar berpuas hati dengan "menunaikan" solat 5 kali sehari tanpa kita ketahui bagaimana cara sebenar Rasululullah SAW lakukan.
"..solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat…"
(Sahih – dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari hadis Malik Bin Hawarith r.a, Talkish al-Habir Fi-Takhrij Ahadith Ar-Raf'ii Al-Kabiir , no : 284 (Kitab As-Solat, Bab Azan)
Kita juga tidak punyai masa untuk mengkaji tentang hadis-hadis atau menghafal satu dua hadith Rasulullah SAW kerana bagi kita membaca buku harakiyyah adalah lebih penting. Yang lebih menyedihkan lagi apabila ada segelintir kita yang tidak benar-benar mendalami ilmu hadith lantas mereka memperkatakan tentang sesuatu hadith tanpa mengetahui ianya sahih atau dhaif, atau lebih berat lagi di tahap maudhu'. Kita dengan bangganya kadang-kadang membacakan hadith-hadith maudhu' kemudiannya menyandarkan kepara Rasulullah SAW dengan sengaja. Ana katakan di sini "dengan sengaja" kerana kita sememangnya sengaja melebih-lebihkan kitab-kitab haraki penuh dan sarat dengan
Ingatlah betapa beratnya kita menyandarkan sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan Rasulullah SAW.
"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya…"
(Al Kahfi : 103-104).
Rasulullah SAW juga bersabda : "..sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka - hadis ini adalah mutawatir (sila lihat Ibnu As-Salah, 'Ulumul Hadith, ms 239, cetakan : Darul Fikr Al-Muassasah,
"..Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku, maka dia masuk neraka.."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani (meninggal 825 H) sewaktu mengulas hadith ini berkata :
"..ianya merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi SAW dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda SAW. Maksudnya ; jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku) (rujukan : Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Fathul Bari, jilid 1, ms 270, cetakan : Darul Fikr,
Sikap tidak mementingkan kesahihan sesuatu hadith dan dengan mudah menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi SAW adalah jenayah yang paling besar. Antara perkara yang sangat jelas berlaku apabila ada segelintir dai yang menganjurkan program Malam Nisfu Syaaban dan mengajak pula para mad'unya melakukan ibadah-ibadah rekaannya dan setengahnya mewajibkan mad'unya dengan alasan untuk mentarbiah hati. Dibimbangi kita meniru
"…tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada malam Nisfu Syaaban dan menghidupkannya, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri ; orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas Maghrib di masjid. Mereka membacakan surah Yasin dan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membacakan doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu doa yang panjang yang menyanggahi nusus (Al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentangan maknanya, perhimpunan (malam nisfu syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bida'ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikuti salaf, segala keburukan itu ialah bida'ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bida'ah dan setiap yang bida'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka…"
(Dr. Yusuf Al-Qardhawi, jilid 1, ms 382-383, cetakan : Dar Ulin Nuha,
"Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.."
(Hadith ini palsu dan batil – Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Manar Al-Munif fi Al-Shalih wa Ad-Dhaif, ms. 95, cetakan : Maktab Al-Matbu'at Al-Islamiyyah, Halab, Syria)
p/s : Hadis ini direka oleh Ibnu Jahdam (meninggal 414H) merupakan guru sufi di Mekkah dan dikatakan mereka-reka hadith solat Sunat Raghaib.
(Al-Imam Az-Zahabi, Miza Al-I'tidal fi Naqd Ar-Rijal 5, ms.173, cetakan : Darul Kutub Al-'Ilmiyyah,
Inilah yang akan terjadi hasil dakwah yang tidak diteliti terlebih dahulu sumber hadith yang ingin disampaikan kepada anak-anak buah atau mad'u. Yang amat kita bimbangi adalah, berlakunya rangkaian dai yang mengimani hadith-hadith maudhu' yang dipercayai disampaikan oleh naqib atau naqibahnya dan berterusan penyebaran hadith-hadith maudhu'. Sikap sambil lewa ini telah dikritik oleh seorang tokoh hadith Al-Azhar iaitu Syeikh Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah di mana beliau telah berkata :
"..masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat mahupun dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah redha orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebihan, pelik, ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang daripada berceramah, memberi nasihat dan member tazkirah…"
(Dr. Abu Syahbah, Al-Wasit Fil 'Ulum wa Al-Mustalah Al-Hadith, ms 322, cetakan : Darul Fikr Al-'Arabi, Kaherah)
Adakah kita ingin melihat "Islam Palsu" gah dan kita berbangga dengannya seolah-olah sudah berjayalah dakwah kita, dan sudah berjayalah juga kita mentarbiah para mad'u kita sedangkan apa yang kita bawakan tersangatlah bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Ini merupakan antara hadith-hadith maudhu' popular dan yang tidak tsabit dari Rasulullah SAW yang sering meniti di bibir segelintir naqib usrah yang kononnya menggalakkan mereka untuk mentarbiah diri :
1. "…bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya .."
(Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Ad-Dha'ifah no. 8: tidak sah dari Nabi SAW)
2. "..barangsiapa yang tidur selepas asar maka akan terganggulah akalnya. Maka, janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.."
(Ibnu Al-Jauzi, Al-Maudhu'aat, As-Sayuthi, Al-La'ali Al-Masnu'ah dan Imam Az-Zahabi, Tartib Al-Maudhu'aat)
3. "…ikhtilaf di kalangan ummahku adalah rahmat…"
(Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Ad-Dha'ifah no. 11: tiada asalnya, Al-Asrar Marfu'ah no. 506, Tatrih As-Syari'ah no. 2/402)
Syeikh Nasiruddin Al-Albani -rahimahullah- berkata, "Hadits ini tak ada asalnya. Para ahli hadits telah mengerahkan tenaga untuk mendapatkan sanadnya, namun tak mampu". Dari segi makna, hadith juga batil.
Abu Muhammad Ibnu Hazm -rahimahullah- berkata, "...Ini merupakan ucapan yang paling batil, kerana andaikan ikhtilaf (perselisihan) itu rahmat, maka kesepakatan adalah kemurkaan. Kerana, di sana tak ada sesuatu, kecuali kesepakatan, dan perselihan tak ada, kecuali rahmat atau kemurkaan".
Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : “Adapun hadith yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat” adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.”
(Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61 dan 5/64).
Al Qashimy mengomentari (sanad dan matan) hadith ini : “Sebahagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadith ini tidak dikenal kesahihan sanadnya. At Tibrani dan Al Baihaqi meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhal dengan sanad yang lemah dari Ibnu ‘Abbas secara marfu’.
(Mahasinut Ta’wil 4/928 )
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata : “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadith juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran).”
(Tafsir Ibnu Katsir 1/367).
p/s : hadith ini sangat popular meniti di bibir pada dai...
Dan banyak lagi hadith-hadith yang seringkali dijadikan rujukan dan pedoman para naqib. Nasihat ana buat diri ana dan sahabat lain, jauhilah hadith-hadith ini dan buatlah kajian sedikit sebanyak sebelum menyampaikannya kepada para mad'u atau anak-anak buat usrah. Niat sudah murni, namun, jalannya wajib diperbaiki.
MENAFSIRKAN SESUATU NAS (AL-QURAN DAN HADITH) MENGIKUT KEHENDAK MASING-MASING DAN AKAL MASING-MASING :
Hal ini amatlah dibimbangi kerana ianya kian menular di kalangan mereka yang bergelar "naqib" atau "naqibah" yang mengendalikan usrah. (Ana juga pernah seperti ini sewaktu menuntut di UIA dahulu. Semoga Allah mengampuni diri ana). Kita semua bimbang kerana ianya adalah perkara yang sangat berat dan tidak boleh diambil enteng. Setiap dai seharusnya memiliki sikap mengkaji, meneliti, memahami dan memperhalusi setiap tafsiran-tafsiran yang dibuat terhadap nas-nas Hadith dan Quran. Sewajarnya, para naqib atau naqibah membuat kajian terlebih dahulu dengan merujuk tafsir yang sedia ada seperti Tafsir Ibnu Kathir oleh Syeikh Al-Imam Ibnu Kathir dan Tafsir Al-Qurtubi dan Tafsir At-Tabari sebelum menyampaikan tafsir sesuatu ayat Al-Quran itu. Ini kerana dibimbangi kita tersalah tafsir dan menyebabkan larinya maksud sebenar nas-nas Al-Quran mahupun Hadith tersebut. Sepatutnya para naqib yang mengedalikan usrah atau liqa' mementingkan sumber dan penelitian fakta sebelum menyampaikannya kepada para mad'unya atau anak-anak buahnya. Sikap Al-Imam Ibnu Kathir haruslah dicontohi oleh setiap dai apabila beliau mengambil riwayat-riwayat sahih sebelum memuatkannya di dalam tafsirnya. Antara buku yang menjadi rujukan beliau sebelum sesuatu tafsir itu dimuatkan adalah buku karangan Syeikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyyah iaitu Muqaddimah fi Usul At-Tafsir. Lihatlah betapa teliti Al-Imam Ibnu Kathir dalam mempersembahkan tafsirnya sedangkan kita yang tidak mempunyai ilmu ini malas dan berat tangan untuk merujuk kitab-kitab yang sudahpun sedia ada. Membazirkah masa kita merujuk kitab-kitab tafsir Al-Azim di atas? Kita dengan mudah membuka ayat sekian-sekian, dan menafsirkannya sendiri berbekalkan sedikit sebanyak ilmu Bahasa Arab yang kita ada. Sikap ini tidak wajar ada pada setiap dai lebih-lebih mereka yang memimpin usrah mahupun liqa'. Menghidupkan budaya "Research " perlu ada pada setiap dai yang bergelar naqib. Kurangnya methodology of research inilah yang akan membuatkan kita semua menyimpang dari dakwah Nabi SAW yang sebenar. Sikap suka menggunakan akal sendiri dalam menilai ayat Al-Quran dikritik oleh ramai tokoh dan para imam muktabar.
Hal ini ditegur berkali-kali oleh Allah dalam firman-NYA : "Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).."
(Al An’am : 116)
Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah SAW bersabda, :“…Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.”
(Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).
Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata : “Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akal). Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah, mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya, akhirnya mereka bercakap dengan ra`yu mereka, maka dengan itu mereka tersesat dan lagi menyesatkan (orang lain)”
(Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni ra dalam Sunan dan Al-Lalikai r.a dalam Syarhu Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah).
TERLALU MERUJUK KEPADA "TAFSIR" FI ZHILAL AL-QURAN :
Syed Qutb tidak bersalah dalam hal ini. Yang bersalah adalah kita yang hanya berpegang pada kitabnya sahaja semata-mata dia adalah seorang ahli Ikhwanul Muslimin. Kitab As-Syahid Syed Qutb ini merupakan kitab agung yang menjadi rujukan para dai masa kini lebih-lebih lagi mereka yang mengendalikan usrah atau liqa'. Tidak dinafikan, Syed Qutb merupakan tokoh Ikhwanul Muslimin yang sangat hebat dan boleh dikatakan jasa beliau sangatlah besar buat Islam. Kitabnya fi zhilal sememangnya menjadi rujukan ummat Islam. Syed Qutb yang mati di tali gantung sebagai syuhada' amatlah sukar dicari di zaman ini. Dan beliau merupakan tokoh agung yang amat ana cintai. Pelbagai tajuk buku karangan beliau telah ana beli dan terdapat pelbagai ilmu yang telah ana perolehi daripada kitab-kitabnya. Namun, sikap segelintir dai kini yang tidak mahu langsung merujuk kepada kitab tafsir Al-Azim tafsir Ibn Kathir yang diiktiraf oleh para ulama salaf dan adalah sumber tafsir yang paling agung dulu dan kini. Tidak salah kita menggunakan kitab Fi Zhilal dalam perbincangan usrah atau liqa', namun harus diperhati di sini, bahawa Syed Qutb tidak pun pernah memanggilnya sebagai "tafsir". Kitabnya ini juga ditulis sewaktu beliau di dalam penjara dan kita fahami bahawa dalam keadaan sumber yang kurang dan bahan rujukan yang terlalu terhad, memungkinkan beliau melakukan kesilapan-kesilapan kecil dalam kitabnya. Kesilapan-kesilapan ini telah pun diperbetulkan oleh Dr.Yusuf Al-Qardhawi. Apakah kita tahu akan hal tersebut? Syed Qutb tidak pernah mengarahkan para Ikhwanul Muslimin untuk mengikuti/mereferensi kitabnya secara total, namun, apa yang menyedihkan, kita ketika membentangkan tafsir Al-Quran, kita hanya memetik tafsiran ayat-ayat Al-Quran dari kitab Fi Zhilal sahaja dan tidak pula mengambil walaupun sedikit daripada rujukan kitab tafsir Ibnu Kathir atau kitab-kitab tafsir lain. Sifirnya mudah, hanya kerana beliau adalah anggota Ikhwanul Muslimin yang ana juga berada di dalamnya. Sikap ini tidak harus dibiarkan membaluti diri kita kerana, kita tidak tahu di mana silapnya tafsiran Syed Qutb yang mana beliau hanya sempat membuat revisi terhadap kitabnya hingga juzuk 14 sahaja. Sekiranya kita tidak membaca kitab karangan Dr.Yusuf Qardhawi yang telah membetulkannya, maka, dibimbangi kita telah memetik kesalahan-kesalahan dalam fi Zhilal walaupun ianya kecil. Namun, perlu kita semua fahami, Syed Qutb yang kita semua sayangi dan juga menjadi tokoh kesayangan ana tidak lah maksum sebagaimana Baginda SAW. Semoga Syed Qutb mendapat tempat yang paling tinggi bersama para syuhada' kelak di syurga dan sama-sama kita doakan kita menuruti jalannnya juga. Bagi ana, kitab Fi Zhilalil Quran adalah sebuah tafsir agung yang harus diperhebatkan perbincangan di dalamnya oleh Syed Qutb dan diketengahkan kepada masyarakat.
MELAYANI IKHWAH JEMAAH LAIN DENGAN LAYANAN KELAS KEDUA/ MENGAMALKAN SIKAP DOUBLE STANDARD / MEMILIH BULU :
Hal ini seolah-olah sudah sebati dalam jiwa segelintir dai masa kini. Di Malaysia, terlalu banyak jemaah yang mengklaimkan jemaah mereka sebagai jemaah Islam, yang sebenar-benarnya mengikuti jalan Rasululullah SAW, yang hampir dengan sunnah, dan ada juga yang mengatakan jemaah "kita" adalah benar dan yang lain salah, jemaah "kita" sahaja yang cukup tarbiah dan jemaah lain tidak, jemaah "kita" yang punyai keaslian(asolah Ad-Dakwah) dan yang lain tidak, dan seterusnya. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan ahli-ahli jemaah yang memberikan wala' dan intima'nya kepada jemaahnya sahaja. Memberikan wala' kepada kepimpinan Islam adalah wajib, namun harus diingat kepada siapa kita memberikan wala' kita.
"..wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (pemimpin yang berkuasa) dari kalangan kamu…"
(An-Nisa' : 45)
Namun sikap kita yang terlalu taksub kepada jemaah kita menyebabkan kita tidak merasakan ahli jemaah selain jemaah kita sebagai "ikhwah/ikhwan" Muslimin juga. Hal ini seringkali menghantui para dai kini dan ianya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Contoh yang saya berikan ini sangatlah sinonim dengan sikap mereka kini iaitu, para dai kini tidak merasakan usaha kolektif jemaah lain sebagai usaha "ikhwah". Terkadang, apabila berada di mana-mana atau di majlis-majlis, mereka akan mengutamakan dan mengangkat ahli jemaah "kita" berbanding ahli jemaah lain dan melayan mereka dengan layanan kelas kedua. Krisis hati seperti merasakan jalan yang kita tempuhi adalah lebih benar, lebih tepat, dan kita menganggap jalan yang ditempuhi oleh jemaah lain dan ikhwah lain silap, tersasar dan tidak benar sehinggakan tidah merasakan usaha dakwah jemaah lain adalah 'islamic' pada pandangannya adalah krisis yang sangat parah. Apakah kita Nabi untuk menjadikan ilmu cetek kita sebagai kayu ukur untuk menentukan jemaah mana kurang jemaah mana lebih?
Kita sebagai dai sepatutnya bersikap lebih terbuka, meraikan pendapat orang lain, mengutamakan orang lain sekiranya dia layak dalam sesuatu hal dan kita sepatutnya tidak merasakan "ikhwah" jemaah lain sebagai orang asing atau bukan "ikhwah" kita. Sebagai dai, kita wajib merasakan sesiapa sahaja yang berada di jalan dakwah yang benar, walaupun berlainan jemaah sebagai "ikhwah" kita melainkan jemaahnya sememangnya secara terang-terangan sesat seperti ayah Pin dan Nabi palsu si Kahar. Kita memahami bahawa di dalam tarbiah, terdapat arahab-arahan yang perlu kita patuhi dan ikuti. Terdapat peringkat-peringkat dan marhalah yang perlu diikuti. Namun, kita juga tidak harus memilih bulu dalam mengikuti fasa-fasa tarbiah atau pengajian ilmu sekiranya dijemput jemaah lain. Tidak wujud di zaman Nabi SAW sahabat memilih-milih majlis ilmu untuk dihadiri. Sedangkan mereka pula berebut-rebut untuk ke majlis ilmu Rasulullah SAW untuk meriwayatkan hadith dan contoh ini boleh dilihat apabila Abu Hurairah r.a yang sempat bersama Rasulullah SAW selama 4 tahun sahaja bersungguh-sungguh mendapatkan hadith daripada sahabat-sahabat Nabi SAW. Tidak pula pernah berlaku di zaman sahabat Nabi SAW dan khulafa' Rashidin mereka memaksa-maksa orang yang baru memeluk Islam untuk pergi ke majlisnya dan dilarang menghadiri majlis orang lain. Pernah berlaku di kalangan rakan-rakan dakwah di mana mereka tidak mahu pergi ke majlis anjuran jemaah sekian-sekian kerana bukan anjuran jemaahnya walaupun mendapat jemputan dan majlis tersebut penuh dan sarat dengan suasana ilmu. Inilah "kebodohan" yang tidak harus kita pakai dan warisi sepanjang kita berjuang di jalan dakwah ini. Sikap memilih "ikhwah", program anjuran jemaah sendiri sahaja dan merasakan ikhwah jemaah lain bukan ikhwah kita hanya akan menyebabkan lebih banyak berlakunya perselisihan dalam usaha membentuk masyarakat Muslim. Sikap "ikhwah kita" dan "bukan ikhwah" haruslah dibuang dari diri setiap dai. Tirulah gaya dan method para sahabat seperti Ibnu Umar dan juga Ibnu Abbas. Mereka saling menasihati dan memberikan galakan untuk berjumpa dengan sahabat lain selain merujuk kepada diri mereka sahaja.
Firman Allah SWT : "..sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara…maka damaikanlah antara saudara-saudara kamu…"
Firman Allah SWT : "..sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah orang-orang yang bertaqwa.."
Sekiranya seorang dai itu mengimani ayat di atas dan diteliti dengan lebih mendalam, tidak terjadi sikap double standard dalam melayani ahli-ahli jemaah-jemaah Islam. Malah, yang berhak menentukan siapa yang paling mulia, yang berhak dilayan lebih hanyalah Allah jua.
“Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan dia berkewajiban menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang dia ketahui bagi mereka dan melarang mereka dari kejelekan yang dia ketahui bagi mereka.” (HR. Muslim bab Al Imarah juz 12 nombor 10/4753 dari Amr bin Ash, Nasa’i bab Bai’ah 25/4202 dari Abdurrahman bin Abdi Rabbil Ka’bah, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam As-Sahihah 3/3907 dan 1/241, Ibnu Majah dalam Al Fitan jilid 2 no. 9/3956, Ahmad 2/161 dari Amr bin Ash radliyallahu 'anhu)
Tidak kira siapa yang melaksanakan amar makruf, nahi mungkar, walaupun pelbagai latar belakang jemaah, selagi mereka benar dan mengikut sunnah Rasululullah SAW, maka, mereka adalah "ikhwah" dan janganlah kita melayani mereka dengan layanan kelas kedua berbanding ikhwah yang menyertai atau menganggotai jemaah kita. Sedarilah, jemaah kita hanyalah wadah atau platform atau pemudah cara untuk kita bergerak dalam dakwah. Janganlah kita mati kerana "jemaah" kita. Matilah dalam Islam dan ukhuwwah sesama dai haruslah diraikan.
MENGUTAMAKAN KUANTITI BERBANDING KUALITI :
Hal ini seringkali terjadi di kalangan para dai khususnya di Malaysia.
Al-Ustaz Fathi Yakan (tokoh kontemperer salafi) yang merupakan tokoh Ikhwanul Muslimin berkata : "…pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.
Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu
(Ihzaruu AIDS Al-Haraki Bahaya Aids Haraki Dalam Harakah Islamiah : Suatu Peringatan Dari Ustaz Fathi Yakan, per. 2 Mengenal Virus Merbahaya, Muktamar Agung PAS 1997 ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )
Semangat juang yang tinggi ingin melihat manusia keseluruhannya beriman kepada Allah amatlah dialu-alukan. Namun, apakah kita lupa akan firman Allah SWT yang berbunyi :
"..betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…"
(Al-Baqarah : 249)
BEREBUT MAD' U ATAU ANAK BUAH YANG SUDAH PUN MENDAPAT TARBIAH DARIPADA JEMAAH ISLAM LAIN.
"Eh,hari ni kita berjaya tarik budak tu join jemaah kita! Dia dah tinggalkan jemaah dia dah..!" , "..ana risau kalau-kalau dia masuk jemaah selain kita..takut salah tarbiah.."...Inilah kata-kata yang sering bermain dan terngiang-ngiang di telinga ana sepanjang berada di jalan dakwah ini. Pelbagai ragam manusia. Masalah ini seringkali dilihat berlegar di kampus-kampus pengajian terutamanya di
MENYALAH TAFSIRKAN MAKSUD HADITH DEMI KEPENTINGAN JEMAAH SENDIRI :
Hadith merupakan sumber kedua dalam menentukan sesuatu hokum di dalam Islam. Memanipulasi hadith mengikut hawa nafsu dan demi kepentingan jemaah sendiri adalah jenayah yang sangat besar dalam Islam. Kaedah mengambil sesuatu hadith kemudiannya menjadikannya alasan demi kepentingan jemaahnya adalah menyerupai kaedah orang-orang Yahudi yang menjadikan kitab Talmut sebagai panduan mereka dalam menentukan sesuatu hal.
Ini antara hadith-hadith yang seringkali diberikan maksud yang salah oleh segelintir pendokong jemaah sendiri :
1. “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah”
(Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).
2. “Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (dari Huzaifah al-yamani ra hadith - Sahih riwayat Bukhari dan Muslim) diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut : “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”
(hadith sahih riwayat Muslim)
Kebiasaannya, kesemua hadith di atas telah disalah gunakan oleh sebahagian mereka yang taassub terhadap jemaah "anutan" mereka. Mereka dilihat seringkali menggunakan hadith-hadith ini ketika, memberikan wala' kepada jemaahnya dan menjadikan hadith di atas sebagai sasaran kepada mereka yang keluar daripada jemaah mereka untuk mengikuti jemaah lain. Sekarang, mari kita lihat, apakah maksud sebenar di sebalik hadith-hadith di atas dan apakah tuntutannya yang sebenar.
Imam Al-Hafidz Mubarakfuri,seorang tokoh hadith dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut : "… dalam hadith ini bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu sudah merupakan sebuah jemaah.." dan dalam riwayat Syeikh Khalid bin Sabi’ di sisi Al-Imam Tibrani menambah : "..apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah… "
( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).
MENCARI-CARI KESALAHAN JEMAAH LAIN DENGAN MENCERITAKAN KEPADA ANAK-ANAK BUAH ATAU MAD'U ATAU MENGHEBOHKANNYA KONONNYA SEBAGAI STAND UNTUK BERADA DI JEMAAHNYA :
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Hanya Rasul-NYA yang maksum dan bersih daripada sebarang kesalahan. Setiap yang salah itu seharusnya diperbetulkan dengan cara yang berhikmah mengikut aturan sunnah Rasulullah SAW. Kepelbagaian jemaah yang lahir daripada kepelbagaian pemikiran dan ijtihad merupakan sesuatu yang murni dan harus dikongsi bersama. Namun, di dalam ketenangan ini, wujud segelintir tokoh-tokoh yang memimpin jemaahnya memperlekeh jemaah lain dengan mengatakan "jemaah fulan kurang tarbiah", "tiada asolah/keaslian dakwah", "manhaj tidak mengikut sunnah", "jemaah itu sesat", "jemaah itu tidak ikhlas", pelbagai lagi labelan yang kita tempelkan pada jemaah-jemaah lain. Kita harus menyedari bahawa jemaah lain juga tidak lari dari kesalahan, juga jemaah kita. Perbezaan methodology dalam berdakwah perlu diraikan. Semakin banyak jemaah Islam, semakin terserlah variasi dakwah itu. Perlu diingat, kepada individu atau tokoh yang suka menyindir-nyindir jemaah lain, mencela jemaah lain dan mencari-cari kesalahan jemaah terhadap firman Allah dan kata-kata para ulama' ini :
Firman ALLAH SWT : ".. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani…"
(al-Hujurat : 12)
Dr. Wahbah al-Zuhaili juga tokoh kontemperer ada menyebut: wala tajassasu bermaksud: jangan kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslimin. Jangan kamu singkap apa yang mereka
( Al-Zuhaili, Al-Tafsir al-Munir, 255, 263/26, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991)
Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w: “…Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka ALLAH akan mencari keaibannya. Sesiapa yang ALLAH cari keaibannya, maka ALLAH akan mendedahnya sekalipun dirumahnya…"
( Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Al-Syaikh Salim ‘Id al-Hilali ketika mensyarahkan hadith-hadith Riyad al-Salihin menyebut: “…Tajassus bermaksud mencari dan menyelidiki keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang hal ini. Sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan dia berusaha menutup dan tidak melakukannya secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahannya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh mungkin…”
( Al-Hilali, Bahjah al-Nazirin, 3/92, Jeddah: Dar Ibn Jauzi 1425H).
Ucapan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata : “….Bahwa seseorang yang menghendaki mencela seorang yang lain dan merendahkannya serta menyampaikan aibnya agar manusia menjauhi orang tersebut, entah disebabkan adanya permusuhan antara keduanya sehingga ia senang menyakitinya atau kerana takut disaingi dalam hal harta atau kepemimpinan atau kerana sebab-sebab tercela lainnya. Maka, tiada lain untuk mencapai maksudnya, kecuali dengan menampakkan celaan terhadap orang tadi dengan alasan din (agama)…Barangsiapa yang ditimpa dengan perihal seperti ini, maka bertakwalah kepada Allah, memohon pertolongan kepadanya dan bersabarlah, karena kesudahan yang baik itu bagi orang yang bertaqwa…”
(Al-Farqu bainan Nashihah wat Ta’yiir hal. 34-38)
Syeikhul Masyayikh dari Madinah, Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr as-Salafy al-Atsary –Hafizahullah- dalam kitab beliau: "…Hendaklah dia menyibukan dirinya dengan mencari ilmu yang bermanfaat dari pada ia sibuk melakukan celaan dan tahziran, dan giat serta bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu tersebut supaya ia mendapat faedah dan memberikan faedah, mendapat manfa’at dan bermanfa’at, maka di antara pintu kebaikan bagi seorang manusia adalah bahwa ia sibuk dengan ilmu, belajar, mengajar, berda’wah dan menulis, apabila ia mampu melakukan hal yang demikian maka hendaknya ia menjadi golongan yang membangun, dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela para ulama dan para penuntut ilmu dari Ahlus Sunnah serta menutup jalan yang menghubungkan untuk mengambil faedah dari mereka sehingga ia menjadi golongan penghancur, orang yang sibuk dengan celaan seperti ini, tentu ia tidak akan meninggalkan sesudahnya ilmu yang dapat memberi manfa’at, serta manusia tidak akan merasa kehilangan atas kepergiannya sebagai seorang ulama yang memberi mereka manfa’at, justeru dengan kepergiannya mereka merasa selamat dari kejahatannya.."
(Rifqan Ahlas Sunnah Bi Ahlis Sunnah)
Jadi, mengapa perlu ada segelintir dai yang ingin mencari kesalahan jemaah lain dan memperbesarkannya? Mengapa harus wujud stand-stand yang kurang cerdik dan melemparkannya pada jemaah-jemaah islam lain yang tidak sekepala dengannya?Mari kita lihat contoh pada ulamak dalam meraikan pendapat dan individu lain dan kita qiaskan individu kepada jemaah yang ada kurangnya dari segi tarbiah atau ada kesalahan-kesalahan kecil dalam jemaahnya.
Berkata Imam Adz-Zahabi ra dalam kitabnya tentang Ibn Khuzaimah ra dan menyebut bahawa : “...Hendaklah diingatkan bahawa pegangan salaf ialah tidak mentakwilkan tanpa dalil sebaliknya beriman dan berpada dengan apa yang datang dari Allah dan rasul dan sekalipun beliau (Imam Ibn Khuzaimah ) salah pada ijtihadnya namun dengan kebenaran iman beliau yang diketahui oleh kita tidaklah kita sampai membid’ahkan beliau dan mencela beliau dan sekiranya setiap yang salah dalam ijtihadnya itu kita hendak bid’ahkan dan mencela dia maka nescayalah sangat sedikit sekali para imam yang terselamat dari celaan kita.......”
(Siyar A’lamun Nubala m/s 374 Jilid 14).
Berkata Imam Adz-Zahabi lagi pada ulasan mengenai berselisih orang pada Imam Al-Ghazalie ra antara pujian dan celaan dengan menyebut : “ Tidaklah berlalu ulama daripada sentiasa berselisih dan bercakap mengenai orang alim pada ijtihadnya dan setiap dari mereka ada yang benar dan ada yang salah dan siapa yang menyalahi ijmak maka salahlah dia dan kepada Allah kembali segala urusan”(Siyar Alamun Nubala m/s 322 Jilid 19).
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).
TAKSUB TERHADAP INDIVIDU ATAU JEMAAHNYA DAN MERASAKAN JEMAAHNYA SAHAJA YANG MEMPUNYAI ASOLAH (Keaslian) DAKWAH :
Syeikh Mustafa Masyhur rahimahullah menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `
(Syeikh Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `
"….Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[al-Nur 24: 46-51]
Taksub atau fanatik jemaah atau kumpulan sudah menjadi suatu yang cukup sinonim dalam perbincangan para dai. Sikap atau perasaan individu yang merasakan jemaahnya sahajalah yang betul, menghampiri sunnah , mewarisi asolah Ad-Dakwah (keaslian dakwah) di samping merasakan jemaah Islam lain tidak benar, manhaj salah dan sebagainya telah meracuni pemikiran dan hati para pencinta dakwah kini lebih-lebih lagi mereka yang bergiat dalam jemaah Islam di tanah air. Fenomena ini telah menghilangkan rasa "ukhuwwah" yang sepatutnya ada dalam setiap pencinta dakwah, tidak kiralah mereka berlainan jemaah atau tidak. Taksub kepada jemaah sendiri untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah maksiat sekiranya tidak terlibat dengan jemaah, ia dibolehkan. Namun, sekiranya, kita taksub terhadap jemaah kita dan kemudian merasakan jemaah lain banyak kekurangan, mencari pula kesalahan-kesalahan jemaah lain sambil kita menghebahkannya terhadap mad'u kita adalah virus yang paling merbahaya dan ia amatlah dilarang dalam Islam.
Imam Syafie sendiri sangat melarang sikap taksub dan fanatik terhadap mazhabnya. Apatah lagi kita, sekiranya kita taksub pada jemaah kita atau pimpinan kita, maka ianya adalah bersalahan dengan sunnah Rasululullah, dan tabi' tabi'en. Kata Al-Imam As-syafie : " Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah bertaqlid padaku…"
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93)
Berkata Malik bin Anas rahimahullah :"…Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah…"
(Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32. Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M. )
Al-Imam Malik rahimahullah juga melarang Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dan Khalifah Harun Ar-Rashid (cucunya) yang hendak menjadikan mazhab Maliki dan kitabnya Al-Muwatto' sebagai undang-undang kerajaan Abbasiyah pada waktu itu.
Berkata al-Syafi‘e rahimahullah lagi : "….Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadith yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku..."
(Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3. Al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.)
Berkata Abu Hanifah rahimahullah : "Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu…"
(Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50. )
"….Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.."
(Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.)
Oleh itu, disebabkan jemaah kita bukanlah mazhab atau agama itu sendiri (semata-mata wadah), maka, marilah kita melepaskan diri kita daripada taksub dan fanatik kepada jemaah kita atau jemaah yang kita ikuti, sebaliknya, kita memberikan ketaatan kepada pimpinan selagi setiap arahan yang dikeluarkan tidak bercanggah dengan prinsip dan dogma-dogma Islam. Inikan pula jemaah, bertaqlid kepada mazhab pun para imam mazhab empat melarangnya.
MENGAJAK MANUSIA KE ARAH FIKRAH JEMAAH, BUKAN FIKRAH ISLAM :
Permasalahan di atas juga merupakan hubung kait dengan masalah ketaksuban seseorang kepada jemaahnya. Kekeliruan yang timbul hasil salah faham sesetengah dai menyebabkan mereka tersalah langkah dan niat yang murni pada asalnya untuk menyeru manusia kepada fikrah Islam akhirnya bertukar kepada menyeru manusia kepada memahami jemaah sendiri.
Sepertiman diterangkan sebelum ini, Al-Imam Malik (Mazhab Maliki) melarang Khalifah Jaafar dan cucunya Khalifah Harun Ar-Rasyid yang ingin menjadikan kitabnya dan mazhabnya sebagai perundangan Islam di zaman era Abbasiyyah.
Antara contoh terbaik yang boleh dibuktikan di sini ialah apabila berlakunya perbincangan di kalangan ahli jemaah berkisarkan "kelemahan-kelemahan" jemaah lain, memahami tulisan-tulisan tokoh-tokoh jemaahnya sahaja, membaca tulisan-tulisan tokoh jemaahnya sahaja, mencela dan merendah-rendahkan para ulamak salaf yang tidak sehaluan dengan cara mereka berfikir seperti Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Abd. Aziz Bin Baz, dan lain-lain tokoh. Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah merupakan tokoh hadith yang mendapat jolokon "Muhaddithin kurun ke-20". Beliau juga dianggap sebagai setaraf dengan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalaani yang dikatakan "jarang dilahirkan oleh rahim wanita". Pernah mengarang kitab sebanyak 224 buah. Beliau merupakan muhaddith yang telah banyak berjasa sehinggakan beliau berusaha menyemak semula taraf hadith di dalam kitab Syeikh Sayyid Sabiq, Feqhus Sunnah yang kini menjadi rujukan ribuan ikhwani. Antara karya beliau adalah Al-Irwa Al-Ghaleel, Mu'jam Al-Hadith An-Nabawi sebanyak 40 jilid, Silsilah Hadith Ad-Dhaifah sebanyak 15 jilid dan buku popularnya yang paling laris adalah Sifatus Solat Nabi SAW)
(Dr. Azwira Aziz, Albani dan Methodology Pemahaman Hadith Hukum, Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 2005, Hal : 96-111)
Apa yang lebih berat lagi, mengikut pengalaman kawan rapat ana (jemaah lain), semasa mengikuti pengajian di UIA dahulu, ada segelintir mereka yang taksub mengatakan kepadanya :
"sekiranya kamu tidak berbai'ah kepada jemaah dan pimpinan kami, dakwah kamu terkeluar daripada Islam.." ,
"…sekiranya tidak bersama kami, kamu kufur.." ,
"..sekiranya tak mahu ikut program kami, kamu menyanggahi pimpinan dan Islam.." ,
"..kalau kamu tolong jemaah lain, kamu tidak menolong Islam sebenarnya.."
"..jemaah sekian-sekian adalah bertanzimkan yahudi kerana sorok-sorok.."
dan banyak lagi kata-ata para juhala' yang tidak mengerti hakikat dakwah dan bagaimana meraikan perbezaan pendapat dalam berjemaah. Inilah antara kata-kata yang ana dengar dari luahan hati sahabat ana yang mereka ini ikhlas dalam melaksanakan amal jama'ie, namun, hilang semangatnya apabila direndah-rendahkan ahli tertinggi jemaahnya.
Dan,di bawah ini juga, terdapat pelbagai lagi sikap yang wajib kita hindari demi memelihara keaslian dakwah Rasulullah SAW dan memberikan harapan kepada dakwah Islam untuk terus mekar di atas jalan-NYA ini.
-MELAMPAUI BATAS KEMAMPUAN MAD'U DALAM MELAKSANAKAN TARBIAH HINGGA MENYUSAHKAN MEREKA ATAU TERLALU MENGONGKONG MAD'U KONONNYA INGIN MELAKSANAKAN DISIPLIN AMAL JAMAIE
-MENGAMBIL TAHU SECARA MENDALAM PERIHAL MAD'U
-SUKA MENYINDIR MAD'U ATAU ANAK BUAH KERANA LAMBAT ATAU TIDAK HADIR KE PROGRAM YANG DITENTUKAN NAQIB
-TIDAK PANDAI MENILAI PRIORITI DALAM SESUATU PERKARA
-TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU PERMASALAHAN UMMAH
-SUKA MENGATURKAN PROGRAM UNTUK MAD'U SEDANGKAN KITA TIDAK TURUT SAMA DALAM PROGRAM TERSEBUT
-SIBUK MENJAYAKAN PROGRAM BESAR SEHINGGA LUPA AKAN TERBIAH DIRI
Akhir sekali, ana sebagai penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan dalam artikel ana di atas, ataupun ada yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat seperjuangan tidak kira jemaah yang ana ikuti sekarang mahupun yang selain itu. Sedarilah, kita semua adalah bersaudara. Tidak wujud perbezaan antara kita, dakwah kita, dan manhaj kita, cuma mungkin diperselisihkan cara dan methodology sahaja yang merupakan ijtihad setiap jemaah masing-masing. Ana memohon supaya Allah mengampuni diri ini kiranya ada tersilap dan segala yang terbaik itu dari Allah, dan yang kurang itu adalah tabiat diri ini yang masih lagi merangkak di alam tarbiah dan dakwah. Wallahua'lam.
Dr. Nik Mohd Abduh B Nik Mhd Nor (insyaAllah)
Perubatan Tahun 1,
Faculty of Medicine of