Cinta Seorang Sahabat..


In The Name Of Allah..The Most Gracious and The Most Merciful.




cerita ini adalah cerpen nukilan seorang sahabat saya yang sedang belajar di uia..dengan izinnya saya akan copy pastekan di sini untuk bacaan kalian...bagi saya, cerita ini amat-amat bermakna walaupun ianya tiada kaitan antara hidup dan mati dalam hidup saya...perjalanan cerita ini sungguh menarik..lagu di atas ditujukan kepada watak-watak di dalam cerpen ini..

CINTA SEORANG SAHABAT...

Oleh : masri

Asri menutup mashaf al-qurannya. Sudah lima tahun dia berada di Yarmouk, Jordan, Kenangan-kenangan .lama terus bermain di kotak fikirannya.


********************


“ W.B.T” satu suara menangkap di telinga Humairah. Humairah menoleh ke belakang. Kelihatan seorang pelajar lelaki. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Wajahnya sedikit cengkung. Kelihatan bulu-bulu nipis yang baru tumbuh di dagunya “, tak dengar ke saya beri salam.” “Waalaikumussalam,” jawab Humairah sambil hatinya merungut-rungut di atas kehadiran budak lelaki yang tidak dikenali itu. “Saya pelajar baru di sekolah ni. Boleh awak tolong tunjukkan kelas 5 Agama Sains?” “Awak jalan terus dan belok kiri,” jawab Humairah acuh tak acuh dengan pertanyaan budak lelaki tersebut. “Boleh tak awak bawa saje saya ke kelas tersebut. Saya masih baru. Tak biasa dengan keadaan sekolah ni.” “Isy, bayak songehlah budak ni,” dengus Humairah. “Kalau awak keberatan takpelah. Biar saya pergi cari kelas tu sendiri.”
Humairah terus berlalu pergi meninggalkan budak lelaki tu sendirian. Budak lelaki tersebut hanya memandang sahaja Humairah meninggalkan dia sendirian. Budak lelaki it uterus bergerak mencari kelasnya. Satu persatu kelas dilaluinya. Hatinya beransur lega setelah melihat satu kelas yang tertulis di pintunya 5 Agama Sains. Dia terus melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Dia memeberikan salam dan memperkenalkan dirinya. “Saya Mohd Asri bin Muhammad. Sebelum ini saya bersekolah di sebuah sekolah Tahfiz di Kedah,” Asri memperkenalkan dirinya di hadapan kelas. Kelihatan beberapa pelajar mengangguk-angguk mendengar keterangan Asri tersebut. Kelihatan juga beberapa orang pelajar perempuan yang tersenyum-senyum melihat Asri yang kemalu-maluan ketika memperkenalkan dirinya di hadapan semua pelajar. Asri terus mengambil tempat duduknya. Dia duduk berseorangan. Dia melihat ke belakang. Dia terkejut apabila melihat pelajar perempuan yang ditegurnya ketika baru tiba di sekolah itu duduk di belakangnya. Dia melemparkan senyum kepada pelajar tersebut tetapi senyumannya di balas dengan wajah yang masam mencuka. Kedengaran bunyi loceng yang menandakan sudah masuk waktu rehat. Asri menghampiri Humairah. “Boleh saya tahu nama awak?” “Buat apa,” jawab Humairah dengan kasar. “Aik takkan itupun salah kot. Kalau tak nak bagitahu takpelah.” “Humairah,” jawab Humairah pendek sambil terus berlalu meninggalkan Asri sendirian. Beberapa orang pelajar lelaki menghampiri Asri sambil menghulurkan salam persahabatan. Melalui mereka Asri mula mengenal siapakah Humairah yang sebenarnya.


********************


Humairah bukanlah nama yang asing lagi di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin. Dia seorang pelajar yang pintar. Tetapi malangnya dia berasal dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya adalah seorang pemandu lori. Ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Humairah mempunyai dua orang abang. Yang sulung sudah bekerja di Kuala Lumpur dan tidak pernah menjengukkan mukanya di kampong untuk bertanya khabar tentang keluarganya. Abangnya yang kedua adalah seorang penganggur. Abangnya yang kedua ini memang sudah terkenal di seluruh kampung sebagai seorang kacang hantu. Dia sering menimbulkan masalah di kampungnya. Malah jika berlaku kes-kes kecurian, mengintai anak dara dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul di kampong itu, semua orang tahu itu adalah angkara abang Humairah tersebut. Namun demikian tiada seorangpun yang melaporkan aktiviti-aktiviti negative yang berlaku kerana penduduk kampong berasa kasihan dengan keluarga Humairah yang hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lebih memburukkan keadaan ialah sikap buruk ayah Humairah sendiri. Gajinya sebagai seorang pemandu lori bukanlah tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Tetapi sikapnya yang suka menelan ‘air kencing syaitan’ sering sahaja menyebabkan keluarga Humairah terpaksa mengikat perut. Setiap malam, ayah Humairah akan pulang dalam keadaan mabuk. Di kala itu, seperti biasa ibunya itulah yang menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya. Ibu Humairah di layan seperti seorang binatang. Dimaki, di terajang sesuka hati. Fungsinya hanyalah melayani nafsu rakus bapa Humairah. Humairah adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka. Takdir yang telah menentukan untuk dia lahir di dalam keluarga tersebut. Dia umpama bunga di taman yang tercemar. Dia umpama bidadari syurga di neraka dunia. Bagi Humairah keluarganya adalah seumpama neraka baginya. Saban hari, saban waktu dia melihat perlakuan ayahnya yang menjelikkan mata. Dia melihat dengan dua matanya pabila ibunya dimaki dan diterajang oleh ayahnya.


Saban malam dia melihat ayahnya pulang dalam keadaan terhuyung-hayang. Ketika itu kedengaranlah kata-kata yang tidakpatut dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri aka seorang perempuan yang sepatutnya di layan sebagai seorang insan yang mulia dilayan seperti binatang. Asri terus menutup mashaf Al-Quran yang di bacanya. Dia baru sahaja selesai membaca Surah Luqman. Dia meneliti tafsir yang masih terletak di tangannya. Ketika membaca tafsir Surah Luqman secara tiba-tiba dia teringatkan Humairah. Apakah yang sedang di buat gadis itu di kala malam hari seperti sekarang. Asri membayangkan bagaimana perasaan Humairah apabila melihat ayahnya pulang ke rumah dalam keadaan sudah di kawal oleh ‘air kencing syaitan’. Dia juga membayangkan bagaimana ibu Humairah di terajang oleh lelaki yang tak layak digelar suami. Asri menutup tafsirnya. Dia hampir-hampir menitiskan air matanya pabila membayangkan tentang kehidupan Humairah. Baru kini dia faham kenapa gadis itu tidak pernah tersenyum. Perasaan marahnya terhadap Humairah dia atas kekurang ajarannya bertukar kepada simpati. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana kedaan dirinya jika dia berada di tempat Humairah. Apakah dia akan seperti sekarang? Atau dia juga akan hanyut seperti remaja-remaja lain yang dahagakan kasih saying daripada ibu bapa. Asri bingkas bangun dari sejadahnya. Dia melipat sejadahnya dan bergerak ke dapur untuk menikmati minum petang yang sudah di sediakan oleh ibunya. Selepas habis menikmati makanan yang di sediakan ibunya, Asri terus pergi ke belakang rumahnya dan mencapai basikalnya. Dia ingin berjalan-jalan di kampong yang baru sahaja seminggu dia menjadi penghuni di situ. Asri terus mengayuh basikalnya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling kampungnya itu.Asri terus menayuh basikalnya menuju ke kawasan air terjun di kampungnya. Sudah banyak kali dia mendengar tentang air terjun yang indah itu dari kawan-kawannya. Apabila sudah menghampiri kawasan air terjun itu, bunyi air menghempas di batu semakin jelas. Asri terus turun dari basikalnya.

Tiba-tiba dia terlihat sekujur tubuh sedang duduk di bawah pokok berhampiran dengan kawasan jeram tersebut. Dari kelibat tubuh itu Asri tahu dia seorang gadis. Asri terus pergi nsane gadis tersebut kerana dia menyangka gadis tersebut mungkin memerlukan pertolongan, jika tidak masakan ada seorang gadis sanggup duduk di kawasan yang sunyi seumpama itu seorang diri. Asri semakin menghampiri gadis tersebut. Dia pun melemparkan ucapan salam kepada gadis tersebut. “.” “Waalaikumussalam,” jawab gadis itu sambil memalingkan wajahnya ke arah Asri. Asri terkejut apabila mendapati bahawa gadis tersebut adalah Humairah. Begitu jua Humairah, dia juga terkejut kerana tidak sangka dengan kehadiran Asri di situ. Sebenarnya Humairah bukanlah berseorangan di situ. Tidak jauh dari situ kelihatan dua orangkanak-kanak sedang bermain-main dengan air di jeram tersebut. Humairah hanya menemani mereka ke situ. Asri terus membuka kata. “Apa khabar?” Humairah tidak menjawab sebaliknya terus memalingkan wajahnya ke arah yang lain. Humairah terus memandang kanak-kanak tersebutbermain tanpa mempedulikan soalan Asri tadi. Asri terus menanti jawapan dari Humairah. Dia cuba bertanya lagi. “Boleh tak kita jadi kawan?” Kali ini Humairah mengalihkan pandangannya kea rah Asri tetapi seprti tadi dia hanya membisu seribu bahasa. Tiada jawapan diberikan. Melihatkan keadaan Humairah yang tidak senang dengan kehadirannya Asri terus membuka langkah untuk pergi dari situ.



Tetapi suara yang dinantikan-nantikannya mematikan langkah Asri. “Kenapa awak nak berkawan dengan saya sedangkan orang lain menjauhkan diri dari saya?” “Kenapa, salahkah saya mahu menjadi kawan awak?” soal Asri pula. Humairah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu menjawab soalan Asri tadi. Sebenarnya dia bukan tidak suka berkawan dengan Asri. Cuma dia merasakan dirinya terasing. Dia tidak pernah dipinggirkan oleh kawan-kawannya tetapi sikapnya itulah yang membuatkan dia sering terasing. Humairah bukanlah seorang yang peramah, apa lagi mahu berkawan dengan ramai orang. Tapi itu semua bukanlah kehendaknya. Ada satu rahsia yang menyebabkan dia tidak mahu bercampur dengan rakan-rakannya. Rahsia yang tidak diketahui sesiapa. Sesuatu yang dia sorokkan dan tidak pernah diberitahu kepada sesiapapun. Humairah seperti mahu menitiskan matanya apabila mengenangkan malam hitam itu.


********************


Ketika itu ibu Humairah tiada di rumah. Ayahnya pulang dalam keadaan mabuk. Seperti biasa dia akan mencari isterinya untuk memuaskan nafsunya. Ayahnya memandang nsane bilik Humairah. Tiba-tiba sahaja nafsunya terasa bergolak. Dia terus menolak pintu bilik Humairah. Dia melihat anak gadisnya sedang lena tidur di atas katil. Dia terus menerpa kearah Humairah. Ketika itu nafsunya tidak dapat dikawal lagi. Puas Humairah merayu supaya dilepaskan. Tetapi bila nafsu sudah bertakhta semuanya tidak dihiraukan lagi. Tangisan Humairah tidak dihiraukan oleh ayahnya. Apa yang ayahnya tahu nafsunya mesti dipuasakan. Berkecailah mahkota kegadisan di tangan seorang insane yang sepatutnya menjadi pelindung. Malam itu menjadi malam jahanam untuk Humairah. Kesuciannya di ragut oleh seorang insan yang bergelar bapa. Inilah yang menyebabkan Humairah berubah. Dia tidak mahu lagi bercampur dengan kawan-kawannya kerana pada pandangannya dia sudah kotor. Bagi Humairah dirinya adalah makhluk yang kotor. Tiada siapa yang tahu kisah hitamnya itu. Tiada siapa yang mahu menjadi pendengar kepada kisah hitamnya.


********************


“Awak tak jawab soalan saya lagi Humairah, atau mungkin awak tak sudi berkawan dengan saya.” “Bukan begitu Asri. Saya tak kata saya tidak mahu menjadi kawan awak. Tetapi ada sesuatu yang mesti awak tahu. Perkara ini sudah saya sorokkan sekian lama. Entah kenapa saya begitu memperacayai awak. Saya harap awak tidak terkejut dengan apa yang hendak saya ceritakan. Dan selepas mendengarnya mungkin awak tidak mahu berkawan dengan saya lagi,”kata Humairah. “Beritahu saja apa yang ingin awak ceritakan.” Humairah menceritakan satu persatu kisah hidupnya hinggalah kepada hitam yang tercatat di dalam diari hidupnya. Wajah Asri berubah bila mendengar tentang sejarah hitamnya yang diceritakan sendiri oleh Humairah. “Sekarang terpulag kepada awak sama ada hendak berkawan dengan saya. Cuma satu yang saya harapkan. Saya mahu awak simpan kisah ini. Anggap sahaja yang awak tidak tahu apa-apa. Asri terus membisu. Dia memandang ke wajah Humairah. Satu perasaan simpati timbul di wajahnya. “Humairah, maafkan saya. Saya tak sangka begitu sekali kisah hidup awak.” “Akhirnya saya menemui jua insan yang mahu mendengar luahan hati saya. Sebelum ini saya tidak percayakan sesiapa. Saya melihat seolah-olah seluruh manusia di sekeliling saya memandang hina kepada saya. Seolah-olah semua manusia mencaci-caci saya di atas apa yang berlaku. “Awak tak berdosa Humairah. Saya tak tahu apa yang patut saya buat. Cuma saya mohon satu, saya harap awak dapat terima saya sebagai sahabat awak. Saya tak kisah tentang sejarah hidup awak.” Humairah menundukkan mukanya. Air matanya hampir menitis. “Saya rasa lebih baik jika saya pulang sekarang. Lagipun, hari dah lewat ni. .” “Waalaikumussalam,” jawab Humairah lembut.


********************


Sudah tiga hari Humairah tidak hadir ke sekolah. Dari apa yang Asri tahu, Humairah telah dimasukkan ke hospital pada malam selepas mereka berbua-bual di kawasan air terjun tersebut. Asri sudah dapat menjangka apa yang berlaku. Selepas pulang dari sekolah dia terus bergegas ke hospital.Setibanya di hospital, Humairah masih berada di dalam bilik pembedahan. Lima belas minit kemudian seorang wanita bertudung litup keluar dari bilik pembedahan. Dari pakaiannya Asri tahu dia adalah seorang doktor. Asri hanya mengangguk-angguk perlahan mendengar kata-kata doktor tersebut. Asri menoleh ke dalam bilik tersebut. Dia melihat Humairah masih terbaring. Humairah lekihatan terlalu letih. Namun di dalam keletihan itu dia masih mampu melemparkan senyuman kea rah Asri. Di sebelahnya kelihatan seorang bayi. Setelah meminta kebenaran doktor tersebut, asri terus masuk ke dalam bilik itu. Dia menghampiri Humairah. Selepas itu dia pergi pula ke arah bayi tersebut.Asri mengangkat bayi itu perlahan-lahan. Dia mendekat bibirnya ke telinga kanan bayi tersebut. Kalimah-kalimah suci didengarkan di telinga bayi tersebut. Humairah hanya memerhati sahaja. Asri bergerak kea rah Humairah. “Siapa nama anak awak ni?” soal Asri. “Muaz. Muaz bin Abdullah,” jawab Humairah pendek.


********************


Humairah memandang ke arah Asri. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Asri bertolak ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran. Humairah tidak mahu berlengah lagi. Segala isi hatinya mesti dicurahkan sebelum semuanya terlewat. “Terpulang pada awak sama ada mahu menerima saya atau tidak.” “Siapa kata saya tidak mahu menerima awak. Hati saya sudah saya serahkan kepada awak Humairah.” “Awak sanggup menjadi bapa kepada Muaz. Awak sanggup mempunyai anak yang berbinkan Abdullah.” “Awak tak percayakan saya Humairah? Jika saya snggup menerima awak, kenapa saya perlu menolak untuk menjadi ayah kepada Muaz.” Humairah terharu mendengar kata-kata Muaz. Seminnngu kemudian mereka pun disatukan di dalam majlis yang sederhana .


*******************


Asri tersedar daripada lamunannya. Dia segera memeriksa barang-barangnya. Sebentar lagi teksi yang akan menghantarnya ke lapangan terbang akan tiba. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air. Wajah Humairah dan Muaz mula terbayang di mata Asri.


sumber :


akhi masri - econs,uia.
http://the-authenthic.blogspot.com/
muslim87@yahoo.com



2 comments:

Anonymous said...

..nice story..
byk pengajaran yg daapt..

zaini_jb said...

Salam

Sadis cerita ni
Kesian...