1

2 Bulan Yang Menceritakan Segalanya..


sewaktu saya masih lagi mengalami kegemukan..bersama abah, umi dan
kakak ipar-kak aida (zaujah along) di Malaysia..



Assalamualaikum.. selama hampir dua bulan saya tidak menulis. Yang ada hanyalah posting-posting yang telah dicopy pastekan dari beberapa laman rakan-rakan. Mengapa? Saya sendiri tiada jawapan yang benar-benar mampu untuk diceritakan..Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2 bulan lebih ini..Ghaza..keperitan dan kesakitan rakyat Palestin..Pilihan raya..Beberapa orang rakan yang baru sahaja menunaikan salah satu daripada tuntutan Islam : Kahwin..Ummi ke Kuwait..Peperiksaan..Pelbagai kisah serta coret-moret kehidupan manusia yang ada pelbagai pattern ragamnya..dan terlalu banyak peristiwa yang merubah hidup saya..merubah segalanya..semua ini adalah nikmat-nikmat Allah yang tersangat besar, dan tidak termampu untuk saya balas melainkan bersyukur dan terus mensyukuri nikmat-nikmat ini..namun, saya harap, nikmat-nikmat yang terus saya hirup ini tidak melupakan saya kepada Allah..hanya mereka yang mengerti sahaja akan dapat memahami bahasa nikmat ini..Teringat saya pada satu kata-kata Allah dalam Al-Quran yang berbunyi :

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

"...Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur..."

(Saba' : 13)

14 jan - 14 mac..Jangka masa yang banyak memberikan perubahan dalam diri saya..Semoga Allah SWT memelihara diri ini dan terus meredhai setiap apa yang telah saya lakukan..Sedikit coretan dari saya untuk anda..bacalah "..anugerah yang terzalimi dan sejuta harapan.."

Menghadapi Peperiksaan..dan Palestin..

Beberapa usaha telah saya lakukan untuk berhadapan dengan exam dan tahun yang paling maut bagi saya dan juga para pelajar perubatan lain..Saya bukanlah dari kalangan mereka yang istimewa atau mereka yang cerdik-pandai..Tidak juga seorang yang kuat hafalan dan ingatan..Kerana saya seringkali terlupa pada ayat-ayat yang sudah saya hafaz sewaktu di tahfiz dahulu..pendek kata, saya bukanlah dari golongan yang bijak seperti rakan-rakan saya yang lain..menimbang tara kemampuan saya, saya kira, untuk beberapa bulan yang mendatang ini, saya tidak dapat menumpukan perhatian saya kepada penulisan-penulisan saya dalam laman ini..

walaubagaimanapun, saya masih lagi bergiat dan akan terus menulis isu-isu Palestin untuk diserahkan kepada majalah-majalah universiti saya di Mesir ini..saya masih teringatkan pesanan Al-Fadhil Ust. Dr. Maszlee Malik yang saya kira juga antara sifu saya dalam menangani beberapa isu kemanusiaan dan global..beliau banyak merubah cara saya berfikir..sehinggakan saya sempat berkursus selama 2 minggu bersama beliau dan beberapa lagi orang rakan lain di Lubnan bersama Dr. Mohsein..di saat Selatan Lubnan yang masih lagi dalam "perang kecil" : antara Israel Laknatullah dan tentera-tentera Lubnan..Pesannya yang masih segar dalam ingatan saya adalah "..banyak masa yang kita habiskan dengan melihat, menonton dan meratapi kesengsaraan rakyat palestin, tapi kita tidak berusaha ke arah membantu mereka walaupun dengan mendermakan beberapa kupang wang.."..dari kata-kata itulah, saya mula mengkaji dan berjinak-jinak dengan isu-isu kemanusiaan dan juga lebih memberikan fokus terhadap isu Palestin..

Menelaah Buku dan Bertalaqqi

Hari-hari minggu kebiasaannya saya habiskan dengan membaca beberapa kitab kemudian saya rujuk kepada beberapa syeikh yang terdapat di sekitar kawasan perumahan saya..sebelum berpindah ke rumah baru, saya berpeluang belajar kitab-kitab akidah, fiqh, usul fiqh dan lain-lain kerana setiap kali selepas solat maghrib di kawasan rumah lama saya, kebiasaannya akan ada syeikh yang datang dari Al-Azhar Asy-Syarif mengajarkan para tetamu masjid dan kami kitab-kitab muasaroh dan beberapa kitab turath yang lain baik dari kalangan mereka yang berpijak atas manhaj salafi mahupun yang tidak menyukai salafi..namun, saya memilih untuk belajar dengan mereka yang berpegang kepada manhaj salafi ini..ada juga masa yang dihabiskan untuk bertalaqqi bersama syeikh-syeikh yang saya kurang mengenali mereka ini..saya seringkali terdengar dari kebanyakan ustaz azhari mengatakan belajar sendiri ibarat berguru dengan syaitan..oleh sebab itu, saya banyak menghabiskan hari minggu untuk bertalaqqi dengan para syeikh di sini..namun, saya agak tidak boleh menerima pandangan di atas tadi : "...belajar sendiri ibarat belajar dengan syaitan.." Ada kemungkinan ya dan ada kemungkinan tidak..saya juga tidak faham mengapa ada sesetengah mereka yang begitu marah dan cepat menghukum mereka yang berpegang kepada manhaj salafi sebagai mereka yang suka mengambil zahir nas, tidak memahami maqasid syariah, tidak mengetahui selok-belok usul fiqh dan kaedah-keadahnya, juga tidak mahir ilmu ulum hadith, illah, ilmu rijal hadith, jarah wa ta'dil dan lain-lain lagi..saya akui, memang perkara ini terjadi, namun, jangan dibakul sampahkan semuanya hinggakan ternampak mereka seolah-olah jahat, sesat dan lain-lain sedangkan mereka juga lah yang rajin dan giat mengajar anak muda tentang sunnah-sunnah Rasulullah berbanding kita yang banyak menghabiskan masa mengaji kitab, berceramah dan kemudian pulang ke rumah menonton movie-movie yang didownload semasa waktu lapang..apakah mengajar sesuatu yang sunnah lebih BURUK daripada menonton movie?..kanak-kanak di tadika pun mampu berfikir tentangnya...mungkin saya juga termasuk dari kalangan salah seorang yang TIDAK TAHU tentang ilmu-ilmu dan kaedah-kaedah di atas apabila menggunakan penamaan salafi..mungkin..kerana manusia suka menghukum, bukan meneliti, memahami dan mengkaji..

...memang benar dan tepat..kita sangat-sangat perlu memahami sesuatu dalil dan nas-nas syarak berdasarkan kepada 'illah dan maqasid itu sendiri..dan kita tidak boleh hanya menterjemah nas-nas mengikut kehendak kita dan mengikut terjemahan literasi semata-mata...adalah amat penting bagi kita untuk memahami nas-nas Baginda SAW secara kontekstual dan bukannya secara tekstual yang majal sahaja..hakikatnya apabila kita tidak berdiri di atas kaedah-kaedah ini, maka kita akan sentiasa menolak orang lain dan hanya berdiri serta seronok dengan "ijtihad" kita sendiri serta memaksa orang lain untuk menelannya...inilah yang disebut oleh Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya
Thariq Ad-Dakwah : Bainal Asolah wa Al-Inhiraf, yang bermaksud, "..Jalan Dakwah : Antara Keaslian dan Penyimpangan.."

saya juga kurang menyenangi sesetengah sikap sahabat saya dari kalangan salafi yang begitu cepat dan mudah menghukum sesuatu perkara..yang saya maksudkan adalah dari kalangan mereka yang sangat keras jalurnya dan sangat suka berhujjah tanpa teliti hinggakan saya diberikan beberapa buku dan situs tentang kesesatan Al-Qardhawi, Al-Qardhawi dalam timbangan dan lain-lain lagi buku yang saya kira "gila" dan tidak siuman walaupun ditulis oleh mereka yang tinggi ilmunya...namun, saya amat menyayangi keduanya kerana saya tahu, mereka cuba membawa manusia ke arah satu titik ghayah : MARDHATILLAH..jalur keras ini sebenarnya tidak diajarkan pun oleh para masyayeikh salafi seperti Al-Allamah Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Ibn Aziz Ibn Bazz, Syeikh Utsaimin, Syeikh Abdullah Jibrin dan lain-lain syeikh..hatta sikap mereka juga telah ditegur oleh beberapa syeikh salafi lain seperti mana klip video di bawah ini..:

Dari Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah As-Syeikh


Mempersiapkan Diri

Saya rasa, sudah tiba masanya saya mempersiapkan diri saya untuk memikirkan soal masa depan..mengumpul wang, mempelajari selok-belok tentang hal-hal kekeluargaan dan sebagainya..walaupun seringkali dibincangkan perkara ini bersama ummi, namun, saya masih lagi belum tergerak hati untuk memikirkannya sebelum ini..semoga Allah menemukan saya seorang yang mampu membimbing saya dan mampu membantu saya menggerakkan risalah Rasulullah SAW..hanya mereka yang sabar akan terus melangkah dalam setiap perkara yang dilakukan..kerana sabar itu indah walaupun ianya sukar..dan saya amat meyakini bahawa nikmat selepas bersabar itu sangat-sangat manis..terima kasih Allah atas peluang yang diberikan ini..umur sudah meningkat dan kubur sentiasa menjemput saya..Bait Muslim yang menjadi pilihan di hati..2 bulan ini terus menjadikan saya lebih matang untuk menilai erti hidup..

Menggalas Beban, Menabur Bakti

Pilihan raya baru sahaja habis dan terasa lagi bahangnya..kemenangan besar buat pembangkang merupakan satu perubahan fasa kebangkitan rakyat yang sudah mula bijak berfikir dan matang dalam melakukan sesuatu penilaian..hakikatnya, manusia tidak dapat lari daripada kebenaran..seiring dengan kemenangan pembangkang di beberapa buah negeri, saya juga merasakan diri ini terpanggil untuk terus bersama pembangkang dan berbakti kepada parti PAS dalam usaha mentarbiah manusia, mendidik jiwa manusia mengenali Islam..

selain itu juga, saya akan berusaha sedaya yang termampu untuk berkongsi kelazatan tarbiah bersama rakan-rakan lain yang tidak berpeluang merasai nikmat tarbiah ini dengan lebih dekat kepada mereka, memelihara hubungan dengan mereka dan terus-menerus berkongsi ilmu serta mengajak mereka ke program-program agama insyaAllah..tiada yang lebih bermakna apabila kita melihat perubahan seseorang itu daripada lupa dan lalai daripada mengingati Allah kepada mengabdikan dirinya kepada Allah secara total..tiada sekutu dalam setiap perkara..

Merentasi Pemikiran Beku

Saya bukanlah seorang yang taksub kepada jemaah yang saya ikuti bahkan berkali-kali saya dengar dari pimpinan saya : ..jaga hubungan sesama manusia..jangan mempertikaikan amal islami orang lain..tinggalkan memperkatakan tentang jemaah lain..bawalah amal bukan kerana nama, tapi, kerana Islam itu sendiri menuntut kita berbuat demikian dan banyak lagi saranan dan nasihat yang saya rasa cukup untuk saya faham dan anda semua juga faham..

saya tidak mahu tergolong daripaga golongan mereka yang suka mempertikaikan usaha dan amal islami orang lain, merendahkan-rendahkan kerja-kerja kolektif orang lain, mencanang serta menyebarkan kekurangan-kekurangan yang terdapat pada jemaah lain kepada orang lain, memburuk-burukkan jemaah-jemaah lain dan memaksa orang menyertai jemaah sendiri..saya bukannya ditarbiah begini dan saya tidak pun menerima tarbiah sebegini..yang nyata, berkemungkinan yang ada di kalangan rakan-rakan dakwah hanyalah ketidak puasan hati individu/mereka sendiri kemudian mengekspresikannya dengan cara yang tidak diredhai jemaahnya sendiri..

apabila saya menulis begini, akan ada yang mengatakan saya tidak memahami apa itu Al-Fahmu, At-Tajarrud dan pelbagai lagi..ketahuilah, saya memahami semua ini insyaAllah, akan tetapi, pemahaman saya terhadap rukun-rukun bai'ah ini tidak melunturkan saya untuk menerima semua pejuang islam yang berjemaah selain jemaah saya sebagai ikhwah, ikhwan, dan lain-lain term yang boleh diekspresikan di sini..faham saya tidak membawa kepada saya membenci jemaah lain..faham saya juga tidak mendorong saya untuk memperkatakan sesuatu kelemahan jemaah yang kita nampak kemudian kita sampaikan kepada orang lain agar menampakkan kecacatan tersebut untuk tujuan mengangkat jemaah kita...maaf, saya bukan begitu orangnya..saya ditarbiah dan difahamkan agar menyayangi, menganggap orang lain juga ikhwah, membantu dan bersama mereka di waktu susah mahupun senang dan tidak mempertikaikan methodology yang dibawa biarpun berbeza dengan saya selagi mana ianya tidak tersasar daripada syariat Islam..kembali kepada manhaj nubuwwah, itulah yang lebih selamat..kerana di zaman Nabi SAW, apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak elok mengenai seseorang, Baginda SAW dengan pantas melarangnya..itulah manhaj sebenarnya yang dilalui para sahabat, dan yang hidup selepas mereka serta para pengikut dan pendukung Ikhwanul Muslimin..

saya tidak mungkin akan bersama mereka yang suka memutuskan tali ukhuwwah sesama jemaah yang ada dan merasakan kita lah yang paling benar, paling ikhwan dan paling sahih di sisi Allah sedangkan kita tidak tahu apakah timbangan serta nilaian Allah terhadap kita sebenarnya...sekiranya anda yakin bahawa anda berada di atas jalan yang benar sekarang dan mampu berdepan dengan Allah dan mengatakan saya lah yang paling benar, maka, saya persilakan anda berbuat demikian..mari kita lihat apakah kita yang berhak menghukum atau Allah sahaja yang berhak menilai manusia di sisinya..saya pasti dan yakin, sekiranya mereka semua ini membaca kitab tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi, mereka akan terbuka minda mereka yang sangat sempit..di sini saya letakkan nama kitab tersebut dan boleh lah dicari di mana-mana toko buku atau kedai yang berhampiran dengan perumahan anda..saya sudah menghadamkannya..anda bagaimana..?

Judul buku : Fiqh Perbezaan Pendapat Antara Gerakan-Gerakan Islam
Judul asal : As-Sahwah Al-Islamiyah, Bainal Ikhtilafil Masyra' wat Tafarruqil Mazmum
Penulis : Dr. Yusuf Qardhawi
Penerbit : Robani Press
Harga : RM23.80
Tebal : 258 muka surat

saya tidak bersetuju sekiranya kita masih bercakap soal intima', wala' , takhtit dan menghabiskan masa untuk berdaurah sahaja kemudian kita hanya melihat dari jauh maksiat yang melata..di saat kita berseronok dan bergembira, berapa ramai ibu-ibu yang telah mengandungkan bayi "tanpa" bapa, wanita muslimah menjadi pelacur dan ada yang dirogol, anak-anak muda menjadi seakan-akan syaitan dan lain-lain musibah serta fitnah akhir zaman yang berlaku...janganlah kita berasa sangat-sangat selesa dengan musibah-musibah ini...saya juga tidak bersetuju kiranya ada yang suka mempertikaikan mereka yang cuba berdakwah bersendirian walaupun saya memang memilih untuk melaksanakannya secara jama'ie dan secara berkelompok dan dalam ruang harakah islamiyyah..yang paling saya tidak setuju apabila mereka menjustifikasikan beberapa hadith baginda berkenaan jemaah kemudian mengaitkannya dengan jemaahnya sahaja sedangkan yang dimaksudkan dengan jemaah adalah Al-Islam itu sendiri..yang wujud sekarang ini adalah jamaah daripada jamaah-jamaah muslimin..

Memartabatkan Sunnah, Menjauhi Bida'ah..

sekiranya semua jemaah Islam di Malaysia mengakui mereka berada di atas manhaj Ikhwan, maka, mereka tidak akan lari daripada menemukan satu usul daripada usul 20 yang digariskan oleh Asy-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna rahimahullah..rasanya tidak perlu saya tuliskan di sini..

Tajdid, Islah dan Pelaksanaannya..

..saya begitu yakin, ramai antara rakan-rakan saya yang menyokong subtopik ini..dan tidak kurang juga yang
allergic dengannya..saya tidak tahu mengapa..akan tetapi, saya akan cuba perbahaskan sedikit sahaja..sebenarnya perkataan tajdid ini telah pun diguna pakai oleh Baginda SAW...ianya merupakan istilah yang digunakan Baginda SAW bagi menyatakan proses-proses pembaharuan dalam urusan umat Islam yang mendukung Islam sebagai Deen yang wajib mereka imani dan pegang bersungguh-sungguh..ruang lingkup tajdid ini perlu difahami secara luas, bukan disempitkan kepada beberapa terjemahan kita sendiri..bukan terhad kepada ruang lingkup yang mencakupi ibadah sahaja, mahupun fiqh sahaja bahkan lebih besar daripada itu..persoalan pemerintahan, ketamadunan, keglobalan dan pelbagai lagi isu-isu yang sebenarnya terkait dengan tajdid dalam agama..usaha-usaha tajdid yang dilakukan oleh para imam terdahulu berbeza-beza mengikut keadaan setempat masa itu..antara contoh yang jelas adalah usaha tajdid 'Umar Ibn Aziz berbeza dengan Al-Imam Ibn Taimiyyah..juga berbeza dengan Imam Ahmad, Imam As-Syafie, Al-Imam Ghazali dan lain-lain lagi mujaddid..namun, tajdid ini wajib dimulai dengan perubahan yang didasari oleh akidah yang benar dan mempunyai ciri-ciri perubahan secara total (inqilabiyyah)..tiada khilaf antara ulama' tentang masalah ini dan mereka para imam, memulakannya dengan akidah yang sahih..hadith berkenaan tajdid ad-deen ini telah disepakati hampir seluruh ulamak akan kesahihannya sehinggakan berkata Al-Imam Suyuti bahawa hadith ini telah dittifaqkan oleh ramai huffaz akan kesahihannya dalam kitabnya Mirqat As-Su'udh dan hampir ijma' ulama' muktabarin membenarkan darjat hadith ini sebagai sahih..hadith yang saya maksudkan adalah begini :

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"...sesungguhnya Allah SWT membangkitkan untuk ummah (Islam) ini pada kepala bagi setiap seratus tahun akan seorang yang memperbaharui baginya akan agamanya.."
(Hadith Sahih Riwayat Abu Daud no. 4270 dan dalam Silsilah Ahaadith As-Sohihah no. 559 oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani)

Berkata Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal : "..sesungguhnya Allah menyediakan bagi manusia pada setiap kepala seratus tahun orang yang mengajarkan mereka akan sunnah Rasulullah SAW, dan menafikan pendustaan dari Rasululullah SAW dengan umpamanya menolak hadith-hadith maudhu' dan sebagainya..."
(Tahzib At-Tahzib 9/24)

Berikut adalah beberapa ruangan tajdid yang perlu semua kita fahami..

1)Akidah
2)Ibadah
3)Pendidikan
4)Pemerintahan
5)Muamalah
6)Ekonomi
7)Siasah
8)Peradaban
9)Suluk

dan pelbagai lagi ruang dan lapangan yang tersedia menunggu usaha-usaha tajdid ini dilakukan..sekiranya usaha-usaha tajdid tidak dilakukan, maka, ummat Islam akan terperuk dan dan terperap dengan mentaliti sempit, fiqh sempit, cara dan budaya hidup yang sempit, dan segala macam perkara yang terkait akan menjadi sempit dan terus lemas..kita hendaklah mengembalikan semula manhaj nubuwwah yang telah pun digariskan oleh Baginda SAW dan diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiien dan juga para salaf as-soleh..usaha tajdid ini perlu dilaksanakan bagi mencapai semula kegemilangan Islam yang telah lama kita dambakan..

Melihat kepada perbincangan ini, mari kita soroti apa yang telah disebutkan oleh Al-Imam Muhammad Ibn Abdul Rauf Al-Munawi dalam kitabnya yang berbunyi :

"...memperbaharui perkara yang telah lenyap dan pudar daripada hukum syariat-syariat dan yang hilang dari ajaran-ajaran As-Sunnah dan yang bersembunyi atau yang kelabu dari ilmu-ilmu yang zahir dan batin.."
(Al-Munawi Faidh Al-Qadir 1/10)

saya tinggalkan anda di sini dahulu..semoga Allah merahmati saya, anda dan seluruh umat Islam yang masih memperjuangkan agamanya..yang menentangnya, semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian..amin..

bersambung...insyaAllah..


Read more