13

jemputan walimah...

"....This is only a small portion of successes in our life..towards the ultimate success, Jannah.."

(Sahih Abdullah Ibn Dinsuhaimi dalam Friendsternya)

dari kiri : dr. aida (kak ipar)..ummi..abah..along (suka songkok)..
duduk : penulis...kak sue..angah..adik ah(tiada dalam gambar-beraya di jordan)

abg abdullah n the gang..


berdiri dari kiri : iman...abg mat..abg abdullah..kak fatimah..
duduk dari kiri : makcik norhani..dan pakcik dinsuhaimi...keluarga doktor nih..


abg abdullah dan makcik norhani di niagara waterfall..ye ke?


kak sue...


my sis di bawah "kawalan" saya...jangan rapat..!!!!



Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Getar dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

*
Pada awan biru ku melakarkan kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Mungkinkah ada esok
Untuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendita
Seribu tahun kau pasti bisa setia
Ke alam syurga


dijemput ke walimah kakak ana dr. sumayyah dan akhi abdullah...akhi abdullah(23) baru sahaja menamatkan pengajiannya di US dalam bidang mechanical engineering dan sekarang bekerja di KL..dan nik sumayyah(23) MASIH lagi belajar di tahun 3 di uia dalam bidang perubatan...kahwin di usia muda..huhu..semoga mereka mendapat REDHA Allah...~


hari : sabtu
tarikh : 1 Disember 2007
masa : 12.oo tengahari - 6.oo petang
alamat : 908, Kg. Tegayong, 16400, Melor, Kota Bharu, Kelantan..

Kehadiran saudara/i sekalian amat ana hargai..wakil kepada ana yang tak dapat balik pada hari tersebut...

Read more
5

risalah vs ijazah....atau...risalah & ijazah..




aku dan buku-bukuku...


...dalam proses...
Read more
9

ummi..mama..ibu...ratu hatiku...~







Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah....
(HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

ku mencintaimu..
lebih dari apa pun..
meskipun tiada satu orang pun yang tahu..

ku mencintaimu..
sedalam-dalam hatiku..
kerana engkau adalah kekasih abadi ku..

ku tau ku takkan selalu ada untukmu..
di saat kau merindukan diriku..
ku tau ku takkan bisa memberikanmu waktu..
yang panjang dalam hidupku..

yakinlah bahawa engkau adalah cintaku..
yang ku cari selama ini dalam hidupku..
dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku..
yang panjang dalam hidupku..
hidupku..


hargailah kehadiran mereka semasa mereka masih lagi ada..sayangilah mereka dengan penuh kasih sayang..curahkanlah segala tanggungjawab kita pada mereka selagi mereka hidup..
jangan bila mereka hilang, baru kita sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup kita..tunaikanlah hak-hak mereka..jangan kerana kesalahan-kesalahan kecil mereka terhadap kita, kita nafikan mereka..janganlah kerana "tua"nya mereka, kita malu untuk menerima mereka..janganlah kerana "nyanyuk"nya mereka, kita buang mereka di rumah-rumah orang tua..


إِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوْقَ اْلأُمَّهَاتِ...

Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada para ibu…”
(HR. Al-Bukhari no. 5975 dan Muslim no. 593)



ingatlah...tangan-tangan mereka lah yang membesarkan kita...9 bulan, jangka masa yang menyeksakan...melahirkan dengan sepenuh kudrat yang ada..nyawa sebagai galang gantinya...bergadai harta, nyawa demi membesarkan seorang yang bernama anak..namun, akhirnya, cacian yang mereka terima setelah kita dewasa..makian yang terpaksa mereka telan..


..kenapa masih lagi ada yang derhaka kepada mereka?

dr. nik mohd abduh b. nik mhd nor
fakulti perubatan mesir
7.38 am


Read more
3

maaf untuk selamanya..~

salam alayk...

ana memohon maaf atas..

1)tidak menulis buat seketika...my brain dah stuck jap...lebih teruk daripada kesesakan lalu lintas time2 raya..

2)mohon segala silap dan salah dalam sebarang perbincangan ilmu...kiranya ada salah..betulkan lah diri ini..kiranya ada yang benar, ambillah dan sampaikanlah..

3)tidak melayani para netters buat seketika..dan tidak melayani kawan-kawan chatters..eh betul ke istilah nih? disebabkan masalah pening kepala yg amat sangat..bukan migrain.."pening kepala"...pening dengan urusan-urusan study dan lain-lain..

4)dan..tidak sempat menjawab beberapa pertanyaan kawan-kawan..ada masa ana kongsikan insyaAllah..

dr. nik mohd abduh..
wassalam..
Read more
12

tegurlah..~


gambar hiasan...


tadi...

teringat satu puisi...

Telah kubenarkan nama dan diri menjadi sasaran

Kerana cinta, aku berkorban

Telah kurela tohmahan bermaharajalela

Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara

Dengan nada insan terluka

Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa

Semuanya kerana cinta…



ana gembira dengan teguran yg diberikan seorang ukhti tentang masalah menghidupkan ruh dan amalan-amalan seorang dai..walaupun ana tidak pernah mengenali siapa ukhti tersebut, namun, tegurannya sangatlah bermanfaat..di noktah ini ana masih lagi bersama beliau..

dia maksudkan, zaman ini ummah tidak ketinggalan dari segi ilmu..namun, ummah masih ketinggalan dari sudut penghayatan ilmu..ana amatlah menyetujui pandangan ukhti tersebut... ana masih di dalam relung kritikannya..

akan tetapi, penerimaan ana terhadap kritikannya mula goyah..namun, ana cuba menyusun kembali lontaran-lontaran idea yang dikemukan untuk ana fahami maksud secara jelas..kerangka idea yang dibawanya akhirnya lumpuh sama sekali kerana idea asalnya sudah dicemari dengan kritikan terhadap golongan ahli akademik, penulis dan bloggers.


Pandangan Peribadi VS Pengalaman

ukhti dengan mudah "suuzzhon" terhadap mereka yang byk menulis artikel (termasuklah ana dan segelintir bloggers)...ukhti sekaligus menyama-ratakan semua penulis-penulis dan golongan tajdidul ummah serta menganggap mereka ini hanya banyak bercakap dan kurang pula beramal...(semoga Allah memelihara diri ini daripada termasuk ke dalam golongan yang bercakap tapi tak buat..)

ukhti mengatakan mereka ini hanya suka menghabiskan masa membincangkan sesuatu ilmu daripada mengamalkannya...seolah-olah ahli akademik di zaman ini tidak beramal dan tidak menghidupkan ruh-ruh mereka..tidak dinafikan, ramai ahli akademik hanya banyak dan pandai bercakap serta tidak pula mempraktikkannya..namun, tidak boleh dibakul sampahkan ke semuanya kerana ada antara mereka yang betul-betul ikhlas beramal dengan apa yang mereka bincangkan...

ukhti tadi mungkin tidak mengenali lebih ramai ahli akademik dan hidup bersama mereka..jangan mudah membuat andaian kepada mereka kerana hanya Allah sahajalah yang tahu urusan hidup mereka...menyampaikan ilmu juga termasuk dalam proses tarbiah dan menghidupkan ruh..

di sini, ana sekadar membetulkan persepsi salah ukhti tersebut..

1)mengetahui, memahami dan menyampaikan hadith-hadith Nabi adalah tarbiah..
2)menegur seseorang juga adalah tarbiah..(alhamdulillah kerana menegur ana)
3)mendalami ilmu islam adalah tarbiah..
4)bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui juga adalah tarbiah..
5)merapatkan ukhuwwah juga adalah tarbiah...

dan tarbiah tidak hanya tertumpu pada daurah, mukhayyam, usrah dan lain-lain sahaja..


SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM : Syubuhat Haulal Islam

ramai yang menyangka..ruh dapat dihidupkan dengan apa sahaja amalan yang kita rasakan "terkena" dengan selera dan pattern jiwa kita..mungkin mereka lupa, ruh tidak dapat hidup dan makin lumpuh apabila kita melaksanakan sesuatu tanpa dalil, nas dan juga petunjuk sunnah..

ramai yang bertanya dan marah kepada ana.."apa salahnya kita buat sesuatu yang kita rasa tenang..tak kisahlah ada hadith ke tidak..!!!"...ana katakan, buatlah..selagi mana ianya tidak melanggari syarak..tiada siapa yang menghalangnya..bahkan ana galakkan..cuma, apa salahnya kita belajar, memahami dan menghayati sunnah Baginda yang jelas lagi terang..yang ini pun kita sudah tidak punyai masa untuk melaksanakannya..hadith-hadith fi'liey(perbuatan) baginda terlalu banyak untuk kita terokai..tak cukup tangan nak melaksanakan sunnah Baginda SAW..banyak sangat dah..

perkonsian ilmu ana seketika terbantut dek kerana sikapnya yang tidak profesional dalam menilai sesuatu perkara.

dalam satu pertemuan singkat yang dirahsiakan, kami telah berdaurah bersama tokoh-tokoh IM, dan antara saranannya kepada kami adalah mereka mewajibkan kami untuk beramal dengan sesuatu yang benar-benar tulen daripada nas....mereka berkali-kali mengulangi, manhaj dan methodology dakwah yang dibawa sudah agak berbeza daripada awal penubuhan IM..Dr. Yusuf Qardhawi, kalau bukan kerana ikhlasnya beliau, beliau tidak akan menegur beberapa pandangan Syed Qutb yang sedikit mengelirukan dan tidak disengajakan mungkin.. Beliau juga dianggap kebanyakan para aimmah IM sebagai mufti khas bagi IM. Apakah ilmu yang disampaikan Dr. Yusuf Qardhawi tidak diamalkan beliau? Aadakah beliau bersikap lepas diri daripada fasa beramal? Cuba kita soroti, betapa seriusnya as-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam masalah ini. Beliau sendiri menyuruh Sayyid Sabiq menulis satu buku khas berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang kini dipopularkan di dalam silibus-silibus usrah di Malaysia - "Feqhus-sunnah"..Teguran juga diberikan kepada kitab tersebut oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani terhadap darjat hadith yang terkandung di dalam kitab tersebut. Setelah surat teguran dihantar kepada Imam Al-Banna, beliau menerima kritikan Albani dengan hati terbuka, demi memelihara sunnah Baginda SAW. Apakah sikap keterbukaan As-syahid Albanna sebegini kita lupakan?

mungkin para sahabat perlu membaca mutiara nasihat daripada Dr. Salman Audah..apa yang kami nampak, senario tarbiah di malaysia seakan-akan lari daripada apa yang dibawa oleh tokoh-tokoh ini..mereka menasabkan diri kepada IM namun manhaj mereka pula jelas berbeza..

sebenarnya, mereka ini (ahli akademik), ikhlas ingin menyampaikan ilmu mereka..beramal ke tidak mereka, itu mereka dengan Allah SWT..namun, persoalan yang harus kita timbulkan, "apakah kita sudah beramal dengan hadith-hadith yang kita ketahui sedangkan kita dengan megahnya menuding jari ke arah itu dan ini tanda tidak puas hati terhadap orang lain..?" Jangan pula kerana sikap kita yang begitu sempit menyebabkan terbantutnya gerak kerja dakwah mereka.

buat ukhti yg mengkritik para ilmuan, tanyalah diri kita, "apakah pula sumbangan kita untuk ummah dan apakah skop tarbiah yang sebenarnya ukhti fahami..?"

mungkin berbeza pada pandangan kita..namun, ana meraikan pendapat ukhti..

andainya ana tersilap kata...mohon Allah berikan keampunan...sekali lagi..terima kasih atas teguran bermanfaat..semoga Allah tambahkan ilmu, berikan kekuatan pada kita dan berikan kita peluang dan masa utk kita sama-sama beramal dan menghidupkan ruh-ruh kita dengan sunnah-sunnah Baginda SAW..

sesungguhnya ana tidak mengenali penegur ini..dan tidak pernah pula berchatting...semoga Allah memberikan rahmat kepada penegur ini..amin..raikan lah pendapat...juangkanlah persefahaman...

Dr. Nik Mohd Abduh B Nik Mhd Nor
Faculty of Medicine..Egypt..
Read more
0

mencari lailatul qadr...jom..!!






kepada kawan-kawan yang bertanya...terima kasih..di sini ana berikan sedikit pencerahan..sekafar berkongsi ilmu dengan antum je..sekiranya ada sesiapa yang mahu tambah, silakan..jazakumullah khairal jaza'...emailkan pada ana mudah-mudahan ana boleh masukkan dalam blog ana ni.. :)

Hadith Berkaitan Lailatul Qadr :
Bila ?

"...Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan..."
(
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya – hadis no: 2017 (Kitab Solat Tarawih, Bab mencari Lailatul Qadar……))

"...Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir..."
(
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 1165 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Lailatul Qadar……))

Apa nak dibuat ?

1)Qiamullail :

Rujuk Sahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……))

2) A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya:


“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku...."

(Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 3119 (Kitab Doa).)
Tanda-tanda :

1) Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.(Sahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……))


2) Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.(Rujuk Sahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.)

3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik (Rujuk Sahih Muslim – hadis no: 762 (Kitab Solat Musafir, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan……))

Semoga antum berusaha mendapatkan malam yg penuh istimewa ini..

wassalam..



Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor

...~maaf atas kesibukan yg tak dapat dielakkan...bukan sibuk tapi menyibuk..~
Read more
1

maaf...~


salam alaykum..

kepada sahabat-sahabat yang suka berkongsi ilmu...ana mohon maaf..ana tak dapat bersama antum sepanjang 10 malam terakhir ramadhan...

sila tinggalkan message antum dalam YM ana atau pun emailkan apa-apa sahaja yang berkaitan..

sama-samalah kita kejar malam yang penuh berharga ini..anggaplah ini ramadhan terakhir kita semua...~

wassalam..

dr. Nik Mohd Abduh B Nik Mhd Nor...
Read more
0

Eidul Fitri : Memahami Sunnah Rasulullah SAW


HARI RAYA 'EIDUL FITRI


DEFINISI DAN MAKNA HARI RAYA 'EID

Hari Raya ialah semua hari yang didalamnya terdapat sekumpulan orang. Adapun kata al-‘Id merupakan pecahan kata dari: ‘aada ya’uudu, yang memiliki erti: “seakan-akan mereka kembali kepadanya”. Dan ada yang mengatakan, bahawa pecahan katanya dari : al-‘aadah, yang ertinya: “kerana mereka membiasakannya.” Dan bentuk jamaknya: a’yaad. Dikatakan: ‘ayyadal muslimun, ertinya: “mereka menghadiri hari raya mereka.”

Ibnu A’rabi berkata,”Dikatakan al-‘eid itu, ‘eid (hari raya) kerana kegiatan itu berulang setiap tahunnya dengan kegembiraan yang baru...”

(Lisanul ‘Arab 3/319)

Berkata ‘al Allamah Ibnu ‘Abidin, “…Dinamakannya ‘eid (hari raya) itu, kerana pada diri Allah Ta’ala memiliki pelbagai macam kebaikan atau aneka ragam kebaikan yang kembali kepada hamba-hambaNya di setiap harinya. Di antaranya : Berbuka setelah dicegah dari makan, sedekah/zakat fitrah, menyempurnakan ibadah haji dengan Thawaf, ziarah, daging sembelihan dan yang lainnya, kerana kebiasaan yang ada di dalamnya terdapat keceriaan dan kegembiraan serta semangat.

(Lihat Hasyiyah Ibnu ‘Abidin 2/165).

RAHMAT ALLAH BAGI UMAT ISLAM DENGAN DUA HARI RAYA (IEDUL FITRI & ADHA)

Dari Anas Radliallahu 'anhu ia berkata : "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam datang ke Madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya dimana mereka bersenang-senang di dalamnya di masa jahiliyah (yaitu hari Nairuz dan hari Mahrajan -pent. Lihat Aunul Ma'bud 3/485 oleh Ath Thayib Al-Adhim Abadi 3/485) maka beliau bersabda (yang artinya): “Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu iaitu: eidul korban dan eidul Fitri…"

(Hadits Sahih, dikeluarkan oleh Ahmad 3/103,178,235, Abu Daud 1134, An-Nasa'i 3/179 dan Al-Baghawi 1098).

Berkata Syeikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna : "Maksudnya: Kerana hari eidul Fitri dan hari raya Korban ditetapkan dengan syariat Allah Ta'ala, merupakan pilihan Allah untuk mahluk-Nya dan kerana keduanya mengikuti pelaksanaan dua rukun Islam yang agung iaitu Haji dan Puasa, serta didalamnya Allah mengampuni orang-orang yang melaksanakan ibadah haji dan orang-orang yang berpuasa, dan Dia menebarkan rahmat-Nya kepada seluruh mahluk-Nya yang taat. Adapun hari Nairuz dan Mahrajan merupakan pilihan para pembesar pada masa itu. Penyebab ditentukannya hari itu sebagai hari raya buat mereka adalah kerana pada kedua hari itu situasi, suhu udara dan selainnya dari keistimewaan yang akan terserlah. Perbezaan antara dua keistimewaan antara eidul Fitri dan eidul Adha dengan hari Nairuz dan Mahrajan sangat jelas bagi siapa yang mau memperhatikannya".

[Fathur Rabbani 6/119].


TUNTUNAN PARA SALAF DALAM BERTAKBIR DISAAT HARI RAYA

Allah Ta'ala berfirman (yang artinya): “Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangan (puasa Ramadhan) dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, mudah-mudahan kalian mau bersyukur".

Telah terdapat riwayat, “Nabi shalallahu ‘alaihi wassalam pernah keluar pada hari raya Idul Fitri, beliau bertakbir, ketika mendatangi mushalla sampai selesainya solat, apabila solat telah selesai, maka beliau menghentikan takbirnya...”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al Mushannaf, al Muhamili dalam Shalatul ‘Idain dengan sanad sahih tetapi mursal. Riwayat tersebut memiliki syahid (penguat) yang menguatkan riwayat tersebut. Lihat Silsilah al Ahadits ash Sahihah (170). Takbir pada eidul Fitri dimulai pada waktu keluar menunaikan solat eid).

Berkata Al-Muhaddits Syaikh Al Albani: "Dalam hadits ini ada dalil disyari'atkannya melakukan takbir dengan suara jahr (keras) di jalanan ketika menuju mushalla (tempat shalat yakni tanah lapang) sebagaimana yang biasa dilakukan kaum muslimin. Meskipun banyak dari mereka mulai menganggap remeh sunnah ini hingga hampir-hampir sunnah ini sekedar menjadi berita…"

Termasuk yang baik untuk disebutkan dalam kesempatan ini adalah bahwa mengeraskan takbir disini tidak disyari'atkan berkumpul atas satu suara (menyuarakan takbir secara serempak dengan dipimpin seseorang -pent) sebagaimana dilakukan oleh sebagian orang. Demikian pula setiap dzikir yang disyariatkan untuk mengeraskan suara ketika membacanya atau tidak disyariatkan mengeraskan suara, maka tidak dibenarkan berkumpul atas satu suara seperti yang telah disebutkan. Hendaknya kita hati-hati dari perbuatan tersebut, dan hendaklah kita selalu meletakkan di hadapan mata kita bahwa sebaik-baik petunjuk adalah petunjuknya Muhammad shalallahu ‘alaihi wassalam".

Ibnu Umar dahulu apabila pergi keluar pada hari raya eidul Fitri dan eidhul Adha, beliau mengeraskan ucapan takbirnya sampai ke mushalla, kemudian bertakbir sampai imam datang.

(HR Ad Daraquthni dan Ibnu Abi Syaibah dan selain mereka dengan sanad yang shahih. Lihat Irwa ‘ul Ghalil 650).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ditanya tentang waktu takbir pada dua hari raya (Kaum muslimin diperintahkan takbir di kedua hari raya –pent), maka beliau rahimahullah menjawab: "Alhamdulillah, pendapat yang paling benar tentang takbir ini yang jumhur salaf dan para ahli fiqih dari kalangan sahabat serta imam berpegang dengannya adalah: Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari Arafah sampai akhir hari Tasyriq ( tanggal 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan solat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat eid. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat".

[Majmu Al -Fatawa 24/220 dan lihat Subulus Salam 2/71-72]

Aku katakan: Ucapan beliau rahimahullah: "(dilakukan) setelah selesai solat" -secara khusus tidaklah dilandasi dalil. Yang benar, takbir dilakukan pada setiap waktu tanpa pengkhususan. Yang menunjukkan demikian adalah ucapan Imam Bukhari dalam kitab 'Iedain dari "Sahih Bukhari" 2/416: "Bab Takbir pada hari-hari Mina, dan pada keesokan paginya menuju Arafah".

Umar radliallahu 'anhu pernah bertakbir di kubahnya di Mina. Maka orang-orang yang berada di masjid mendengarnya lalu mereka bertakbir dan bertakbir pula orang-orang yang berada di pasar hingga kota Mina gemuruh dengan suara takbir.

Ibnu Umar pernah bertakbir di Mina pada hari-hari itu dan setelah shalat (lima waktu), di tempat tidurnya, di kemah, di majlis dan di tempat berjalannya pada hari-hari itu seluruhnya.

Maimunah pernah bertakbir pada hari kurban, dan para wanita bertakbir di belakang Aban bin Utsman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam hari Tasyriq bersama kaum muda di masjid.

Sepanjang yang aku ketahui, tidak ada hadits nabawi yang sahih tentang lafazh takbir. Yang ada hanyalah tata cara takbir yang di riwayatkan dari sebagian sahabat, semoga Allah meredhai mereka semuanya.

Seperti Ibnu Mas'ud, ia mengucapkan takbir dengan lafadh: "Allahu Akbar Allahu Akbar Laa ilaha illallaha, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamdu". Yang artinya: “Allah Maha Besar Allah Maha Besar, Tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian".

[Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/168 dengan isnad yang sahih]

Sedangkan Ibnu Abbas bertakbir dengan lafadh: "Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, wa lillahil hamdu, Allahu Akbar, wa Ajallu Allahu Akbar 'alaa maa hadanaa". Yang artinya: “Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah lah segala pujian, Allah Maha Besar dan Maha Mulia, Allah Maha Besar atas petunjuk yang diberikannya pada kita".

[Diriwayatkan oleh Al Baihaqi 3/315 dan sanadnya sahih]

Abdurrazzaq -dan dari jalannya Al-Baihaqi dalam As Sunanul Kubra (3/316)- meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Salman Al-Khair radliallahu anhu, ia berkata (yang ertinya): “Agungkanlah Allah dengan mengucapkan: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar kabira.."

Banyak orang awam yang menyelisihi dzikir yang diriwayatkan dari salaf ini dengan dzikir-dzikir lain dan dengan tambahan yang dibuat-buat tanpa ada asalnya. Sehingga Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul Bari (2/536): "Pada masa ini telah diada-adakan suatu tambahan dalam dzikir itu, yang sebenarnya tidak ada asalnya".

Yang lebih tragis lagi pelaksanaan takbir untuk hari raya eidul Fitri khususnya, sebahagian kaum muslimin di negeri-negerinya melakukan dengan cara-cara yang jauh dari sunnah, seperti yang disebutkan di atas dan yang lebih fatal sebagian mereka mengadakan acara takbiran – menurut anggapan mereka – pada malam hari Lebaran sudah mengumandangkan kalimat takbir bahkan dengan cara-cara yang penuh dengan kemaksiatan musik, bercampurnya laki-laki dan wanita serta berjoget-joget dan kemungkaran lainnya – yang sudah dianggap bagian dari syiar Islam. Bahkan mereka menganggap hal itu sunnah dan kewajiban yang harus dilakukan dengan cara yang demikian. Laa haula walaa quwwata illa billah.

SUNNAH MANDI SEBELUM SOLAT EID

Dari Nafi' ia berkata: "Abdullah bin Umar biasa mandi pada hari idul Fitri sebelum pergi ke mushalla tempat berkumpul manusia untuk solat"

(Diriwayatkan Malik 1/177, Asy-Syafi'i 73 dan Abdurrazzaq 5754 dan sanadnya Sahih).

Imam Said Ibnul Musayyib berkata (yang ertinya): “Sunnah eidul Fitri itu ada tiga: berjalan kaki menuju ke musalla (tempat solat), makan sebelum keluar ke musalla dan mandi…"

[Diriwayatkan Al-Firyabi 127/1-2, dengan isnad yang sahih, sebagaimana dalam Irwa'ul Ghalil 2/104].

Mungkin yang beliau maksudkan adalah sunnahnya para sahabat, yakni jalan mereka dan petunjuk mereka. Karena tidak ada hadits yang shahih dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hal demikian. Adapun yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang mandi ini maka haditsnya dhaif (lemah). Ini diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah 1315 dan dalam isnadnya ada rawi bernama Jubarah Ibnul Mughallas dan gurunya, keduanya merupakan rawi yang lemah. Diriwayatkan juga dalam 1316 dan dalam sanadnya ada rawi bernama Yusuf bin Khalid As-Samti, lebih dari satu orang ahli hadits yang menganggapnya dusta (kadzab).

BERPENAMPILAN INDAH DI HARI RAYA IED

Dari Ibnu Umar radhliallahu 'anhuma ia berkata: Umar mengambil sebuah jubah dari sutera tebal yang dijual di pasar, lalu ia datang kepada Rasulullah dan berkata (yang artinya): “Ya Rasulullah, belilah jubah ini agar engkau dapat berdandan dengannya pada hari raya dan saat menerima utusan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Umar: "Ini adalah pakaiannya orang yang tidak mendapat bahagian (di akhirat)". Maka berlalu waktu bersama Umar sepanjang yang Allah inginkan. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengirimkan kepadanya jubah sutera. Umar menerimanya lalu mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ia berkata: "Ya Rasulullah, engkau pernah mengatakan: "Ini adalah pakaiannya orang yang tidak mendapat bahagian", dan engkau telah mengirimkan padaku jubah ini". Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Umar: "Juallah jubah ini atau engkau penuhi kehendakmu dengannya".

[Hadits Riwayat Bukhari 886,948,2104,2169, 3045, 5841,5891 dan 6081. Muslim 2068, Abu Daud 1076. An-Nasaa'i 3/196 dan 198. Ahmad 2/20,39 dan 49]

Berkata Al-Allamah As-Sindi: "..Dari hadits ini diketahui bahwa berdandan (memperelokkan penampilan) pada hari raya merupakan kebiasaan yang ditetapkan di antara mereka, dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengingkarinya, maka diketahui tetapnya kebiasaan ini…".

[Hasyiyah As Sindi 'alan Nasa'i 3/181].

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Ibnu Abi Dunya dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan dengan isnad yang sahih yang sampai kepada Ibnu Umar bahwa Ibnu Umar biasa memakai pakaiannya yang paling bagus pada hari Eidul Fitri dan Eidul Adha".

[Fathul Bari 2/439]

Berkata Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma'ad (1/441): "Nabi memakai pakaiannya yang paling bagus untuk keluar (melaksanakan shalat) pada hari Idul Fithri dan Idul Adha. Beliau memiliki perhiasan yang biasa dipakai pada dua hari raya itu dan pada hari Jum'at. Sekali waktu beliau memakai dua burdah (kain bergaris yang diselimutkan pada badan) yang berwarna hijau, dan terkadang mengenakan burdah berwarna merah

(Lihat Silsilah As-Shahihah 1279),

namun bukan merah murni sebagaimana yang disangka sebagian manusia, karena jika demikian bukan lagi namanya burdah. Tapi yang beliau kenakan adalah kain yang ada garis-garis merah seperti kain bergaris dari Yaman."

Sunnahnya makan di hari Ied

Dari Anas Radliallahu anhu, ia berkata (ertinya): “Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pergi (ke tanah lapang) pada hari Iedul Fitri hingga beliau makan beberapa biji kurma…"

[Hadits Riwayat Bukhari 953, Tirmidzi 543, Ibnu Majah 1754 dan Ahmad 3/125, 164, 232]

Berkata Imam Al Muhallab: "Hikmah makan sebelum shalat (Idul Fithri) adalah agar orang tidak menyangka masih diharuskan puasa hingga dilaksankan shalat Id, seolah-olah beliau ingin menutup jalan menuju ke sana"

[Fathul Bari 2/447, lihat di dalam kitab tersebut ucapan penulis tentang hikmah disunahkannya makan kurma].

Dari Buraidah Radliallahu anhu ia berkata (ertinya): “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak keluar pada hari Eidul Fitri hingga beliau makan, sedangkan pada hari Raya Korban beliau tidak makan hingga kembali (dari musalla) lalu beliau makan dari sembelihannya"

[Diriwayatkan Tirmizi 542, Ibnu Majah 1756, Ad-Darimi 1/375 dan Ahmad 5/352 dan isnadnya hasan].

Al-Alamah Asy Syaukani menyatakan [Dalam Nailul Authar 3/357]: "Hikmah mengakhirkan makan pada Idul Adha adalah karena hari itu disyari'atkan menyembelih kurban dan makan dari kurban tersebut, maka bagi orang yang berkurban disyariatkan agar berbukanya (makan) dengan sesuatu dari kurban tersebut. Ini dikatakan oleh Ibnu Qudamah"

[Lihat Al-Mughni 2/371]

Berkata Az-Zain Ibnul Munayyir [Lihat Fathul Bari 2/448] : "Makannya beliau shallallahu 'alaihi wa sallam pada masing-masing Id (Idul Fitri dan Idul Adha) terjadi pada waktu disyariatkan untuk mengeluarkan sedekah khusus dari dua hari raya tersebut, Iaitu mengeluarkan zakat fitri sebelum datang ke musalla dan mengeluarkan zakat korban setelah menyembelihnya…"

PETUNJUK DARI SALAF TENTANG UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ditanya tentang ucapan selamat pada hari raya maka beliau menjawab: "Ucapan pada hari raya, di mana sebagian orang mengatakan kepada yang lain jika bertemu setelah solat Eid: Taqabbalallahu minnaa wa minkum yang ertinya: Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian".

[Majmu Al-Fatawa 24/253]

Berkata Al Hafiz Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: "Dalam Al Mahamiliyat dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair, ia berkata (yang ertinya): Para sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya: Taqabbalallahu minnaa wa minkum (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu)".

Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni (2/259) menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata: "Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka bila kembali dari shalat Id berkata sebagiannya kepada sebagian yang lain: Taqabbalallahu minnaa wa minka.

Imam Ahmad menyatakan : "Isnad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)"

[Lihat Al Jauharun Naqi 3/320. Berkata Suyuthi dalam Al-Hawi: (1/81) : Isnadnya hasan]

KEBOLEHAN DALAM SYARIAT ALLAH SAAT BERHARI-RAYA

Diriwayatkan dari Aisyah radliyalahu 'anha, ia berkata (yang ertinya): “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam masuk menemuiku sedangkan di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi (dalam riwayat lain ada lafaz "dan keduanya bukanlah penyanyi".

(Lihat Syarhu Muslim 6/182 oleh An-Nawawi)

dengan nyanyian Bu'ats. Lalu beliau berbaring (bersandar di atas lengannya) di tempat tidur dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: "Suara syaitan di sisi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam !?" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya berkata: "Biarkan kedua anak perempuan itu". Ketika ia lengah, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar".

Imam Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (4/322) mengatakan: "Bu'ats, adalah hari yang terkenal di antara hari-harinya bangsa Arab. Pada hari itu suku Aus mendapatkan kemenangan yang besar dalam peperangan dengan suku Khazraj. Peperangan antara kedua suku ini berlangsung selama 120 tahun sampai datang Islam. Syair yang didendangkan oleh kedua anak perempuan itu berisi penggambaran (tentang) peperangan dan keberanian serta menyinggung upaya untuk membantu tegaknya perkara agama. Adapun nyanyian yang berisi kekejian, pengakuan berbuat haram dan menampakkan kemungkaran dengan terang-terangan melalui ucapan, adalah termasuk nyanyian yang dilarang. Tidak mungkin nyanyian seperti itu yang didendangkan di hadapan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu dilalaikan untuk mengingkarinya. Sabda beliau: "Ini adalah hari raya kita", beliau mengemukakan alasan dari Aisyah bahwa menampakkan kegembiraan pada dua hari raya merupakan syiar agama ini, dan tidaklah hari raya itu seperti hari-hari lain". Demikian ucapan Imam Al-Baghawi.

Dalam riwayat lain: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): Wahai Abu Bakar, setiap kaum memiliki hari raya, dan ini adalah hari raya kita…".

[Kedua hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari 949, 952, 2097, 3530, 3931. Diriwayatkan juga oleh Muslim 892. Ahmad 6/134 dan Ibnu Majah 1898].

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Dalam hadits ini ada beberapa faedah: Disyariatkan untuk memberikan kelapangan kepada keluarga pada hari-hari raya untuk melakukan berbagai hal yang dapat menyampaikan mereka pada kesenangan jiwa dan istirahatnya tubuh dari beban ibadah. Dan sesungguhnya berpaling dari hal itu lebih utama. Dalam hadits ini juga menunjukkan bahwa menampakkan kegembiraan pada hari-hari raya merupakan syi'ar agama…."

[Fathul Bari 2/443]

Semoga Allah menerima segala amalan baik yang kita lakukan. Semoga sambutan Eidul Fitri kali ini tidak dicemari dengan pelbagai maksiat yang sering dipertontonkan kepada kita dengan lagak-lagak pelakon-pelakon dunia yang ghairah merayakan hari kebesaran ini yang tidak pun mengetahui apakah tujuan Eidul Fitri sebenarnya. Sambutlah Eidul Fitri kali ini diserikan dengan sunnah-sunnah Baginda SAW. Selamat Hari Raya Eidul Fitri..

Wassalam..

Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor..

Fakulti Perubatan Mesir..

2.40 pm..

Read more
0

ceramah...


esok kena sampaikan ceramah sempena 10 malam terakhir ramadhan..semoga Allah permudahkan..

lepas ceramah akan terus ke pulau pinang..uruskan urusan pinjaman adik ah..JPA..thanks to Allah..

lepas ke penang,akan ke KL..visa oh visa ku..~

doakan segalanya berjalan lancar..

wassalam...

dr. nik mohd abduh
1206 am
Read more
0

medicine and us..~



In the name of Allah

Assalamualaikum..

The state of medicine as practiced by Muslim doctors today is truly one that elicits genuine sorrow. Dunya in its unadulterated form has become the goal of the vast majority of Muslim doctors, both in the West and in the traditional Muslim lands. Power, status, and money (in particular) have become the obsession of already practicing physicians and medical school hopefuls alike. So deep has this decay penetrated that the phrase "I'm in it for the money" has become a very reasonable answer to the question of why one should practice medicine. Shame to admit, this hideous intention has rooted so deeply within us all and in particular to the topic, the Muslims doctor. “I choose it for the money that come with it” has become a common reason of why one should practice medicine. The true intentions have finally come forth, no longer veiled by so-called superficial excuses.


Such in a field of which by its very nature demands the highest moral standards . Yet medical students and doctors alike sing in unison the words "show me the money, Hippocrates."


Allah SWT has blessed Muslim Doctors with two great gifts: knowledge and income Nevertheless, we should bear in mind that money is a gift that Allah has distributed to many of his servants, while knowledge, in particular the knowledge of medicine, is a gift Muslim physicians possess exclusively among Muslims. When a Muslim doctor practices medicine in non-Muslim lands, the direct benefit that arises from his knowledge of medicine has become a waste and is lost. What has compensated for this loss, however, is money in excess. The Muslim doctor must realize that he is in fact indebted to the Ummah for withholding the gift of knowledge that Allah SWT has ennobled him with, and thus must (it is his obligation to) make up for this. It could be done either by contributing a significant amounts of sadaqah or by pioneering humanitarian trips to the Muslim countries that lack of medical expertise, which are too many to count.

Every time a Muslim doctor migrates from his homeland in the Muslim Ummah to America, one less Muslim doctor is available to treat those in the traditional Islamic world. Thus established Muslim communities suffer from the lack of adequate medical care while non-Muslims benefit from the technical expertise of the Muslim world's brightest graduates. It is therefore imperative for Muslim doctors to understand that they are constantly in debt to the Muslim Ummah and should thus see it as their duty to pay back to the Ummah through every any possible way. May Allah purify our intentions and create good in this new generation of medical students.

al-faqeer.,.

nik abduh

p/s : thanks to "engineer to be" for the corrections..
Read more
3

wanita ini...~

sukar...memang sukar...

mencari mujahidah yg sanggup mati di jalan Allah...
mulut bisa berbicara..
iman yang menentukan segala-galanya...
mencari wanita sekuat sumayyah dan setabah khadijah memang payah..
payah lagi mencari seperti aisyah...
di mana lagi hendakku cari..?
bidadari syurga sebagai penyeri....
yang mewarisi jannah firdausi..
wahai muslimah, contohilah mereka ini..
perisaikanlah dirimu agar tidak lagi ternodai...~

say : "..not me..and not now..!" - kempen jauhi zina..

dr. nik mohd abduh b nik mhd nor..
faculty of medicine..
Read more
0

virus-virus sikap seorang da'i..


"….Manusia itu bagaikan unta, di antara seratus ekor unta itu


engkau belum tentu menemui seekor yang boleh dijadikan tunggangan…"


(Muttafaqun 'Alaih, dari Ibn Umar)


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada ana untuk mencoret sedikit perkongsian walaupun masa yang tersisa ini agak terhad, di samping menghabiskan cuti 'summer' ini dengan pelbagai program yang agak menarik. Setahun menjalani pengajian di negara orang dan mengikuti fasa-fasa tarbiah, banyak yang telah ana pelajari dan kongsi. Berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman, di sini ana menulis wakalah buat para dai khususnya mereka yang bergelar "ikhwah" dalam jalan dakwah ini. Warkah ini terukir hasil olahan pengalaman ana sepanjang berada dalam suasana dakwah di sekeliling ana.


Terlebih dahulu, biarlah ana mengucapkan tahniah buat para remaja dakwah masa kini yang mempunyai semangat jihad dan dakwah yang begitu tinggi. Semangat juang inilah yang setiap dai harus benamkan dalam hati-hati sanubari mereka. Syabas juga ana lontarkan buat mereka yang bertungkus-lumus membawa panji-panji Islam, dalam rangka memartabatkan Islam sebagai agama Allah sekaligus meneruskan usaha-usaha Baginda SAW.


"Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai deen, maka tidaklah ia diterima…"


(Al-Imraan)


Namun, sekiranya semangat-semangat ini tidak dipandu dengan sunnah dan Al-Quran, maka akan tercicirlah para dai dari landasan yang telah Baginda SAW gariskan. Pada kesempatan ini, suka ana nyatakan di sini, keberkesanan dakwah dan hala tujunya juga tarbiah mendidik manusia sebenarnya, dibayangi oleh sikap para dai. Baik buruk tingkah lakunya, pergaulannya, pegangannya, dan pelbagai lagi akan mewarnai corak dan patern dakwah yang dibawa. Sikap setiap dai haruslah disulami dengan petunjuk sunnah dan Al-Quran agar dakwah ini sampai dan terkesan pada hati-hati setiap manusia.


Wakalah ini bakal mengoreksi krisis-krisis sikap yang melanda segelintir dai kini di mana sikap-sikap ini yang akan menjadi penghalang kepada dakwah itu sendiri dan sekiranya ia tidak dibendung, ini akan menyebabkan dakwah itu lesu lantas karam di tengah lautan masalah ummah. Krisis sikap yang bertakhta di hati segelintir para dai di jalan dakwah ini haruslah diperbaiki dan dirawat dengan segera. Sekiranya tidak dirawat, seruan yang indah ini bertukar kelam dan suram dan hanya akan memakan diri para dai tersebut sekaligus merosakkan dakwah dan seruan mereka.


Antara krisis-krisis sikap yang harus para dai jauhi adalah :


TIDAK MENGAMBIL BERAT PERSOALAN AKIDAH ATAU TAUHID :


Di sini, saya tidak menyeru untuk memberat-beratkan atau melebih-lebihkan perbincangan tauhid, namun, bagi seorang dai, sekurang-sekurangnya mereka wajib mendalami dan memahami ilmu tauhid ini. Dr. Yusuf Qardhawi pernah menyebut ketika dia membahaskan masalah tauhid, beliau dengan tegas mengatakan kita tidak punyai masa untuk membincangkan sangat masalah tauhid secara mendalam, namun, sebagai dai, kita wajib mengetahuinya sebagai bekalan dakwah kita nanti tidak kira kepada muslim atau non-muslim. Sila lihat perbincangan seterusnya di bawah.



Seorang dai sepatutnya mengambil pendekatan yang paling idealistic iaitu mencontohi sikap dan tindakan baginda Rasulullah SAW. Dakwah Baginda SAW yang dimulai dengan memperkenalkan tauhid serta membersihkan akidah-akidah sesat anutan masyarakat Jahiliyyah arab ketika itu haruslah menjadi pedoman setiap para dai. Apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini sangatlah idealistic dan dengan dakwah selama 13 tahun inilah, Rasulullah SAW berjaya melahirkan ratusan sahabat yang mantap imannya biarpun diuji dengan pelbagai halangan dan seksaan. Sekiranya seorang yang bergelar dai tidak mencontohi sikap Rasulullah SAW ini, maka, dakwah yang diseru hanya akan sia-sia. Sikap tidak mengutamakan dakwah tauhid kepada masyarakat wajib dihindari dan ditinggalkan oleh para dai khususnya mereka yang mengelari diri mereka sebagai 'ikhwah' fil Islam. Sikap ini jelas terpancar apabila mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan perbincangan harakiyyah dan tidak mendalami perkara-perkara tauhid. Segelintir dai kini merasakan cukuplah dengan mengetahui Allah itu wujud. Tidak punyai masa untuk mengetahui tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' Wa As-Sifat. Mereka juga lupa suatu masa nanti, dakwah mereka bukan terbatas kepada golongan Muslim sahaja, namun, ia lebih luas. Pelbagai masyarakat dengan pelbagai fahaman dan pemikiran. Cuba para pembaca bayangkan, sekiranya tiba satu masa nanti, anda akan berdepan dengan golongan non-Muslim yang jauh lebih hebat mengetahui tentang Islam. Golongan-golongan missionaries yang kini kuat menjalankan dakyah-dakyah mereka akan dengan mudah meratah anda sekiranya anda tidak benar-benar memahami tauhid(akidah) kita.


Budaya hedonism kini juga memungkinkan anda tewas di tangan-tangan syaitan. Tugas menyesatkan akidah ummah adalah tugas utama syaitan dan tugas ini akan berjalan dengan mudah sekiranya kita para dai, tidak mengambil endah peri pentingnya mendalami tauhid ini.


Tugas menyedarkan manusia akan tauhid kepada Allah adalah perkara yang harus diambil berat. Kita juga para dai sepatutnya mewajibkan diri untuk memahami apa itu tauhid dan akidah kita. Kita wajib mendalami ilmu tauhid dan menjadikan ia sebagai teras kepada dakwah kita. Namun, sikap para dai kebelakangan ini yang tidak mengambil berat tentang tauhid ini menyebabkan rapuhnya gagasan dakwah mereka. Mereka lebih suka berlepas tangan dan mengatakan sesiapa yang terlalu banyak membincangkan persoalan tauhid sebagai mereka yang tidak memahami prioriti ummah.dan suka kepada perkara remeh-temeh. Berkata Syeikh Abu 'Utsman As-Sobuni (499H) rahimahullah :


"….Ciri-ciri ahlul bid'ah adalah sangat jelas dan yang paling jelas adalah sikap mereka yang secara terang-terang memusuhi dan menghina Ahlus Sunnah dan Ahli 'Athar serta menuduh mereka dengan tuduhan yang buruk seperti Hasyawiyyah (orang yang mementingkan perkara-perkara remeh), Al-Jahalah (orang yang jahil), dan Al-Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk)…"


(Ismail Ibn Abd. Rahman Ibn Ahmad, Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith, oleh Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyyah Wahhabiyyah, cetakan : Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, 2003, Hal : 25)


Dan paling menyedihkan lagi apabila perbincangan berkenaan "harakiyyah" dianggap adalah lebih aula bagi mereka berbanding perkara-perkara tauhid. Ini jelas terbukti apabila sesetengah mereka ditanya tentang masalah tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa As-Sifat, mereka dengan jelas tidak mengetahuinya bahkan ada yang mengatakannya sesat dan tidak penting. Ada juga antara mereka yang berpegang kuat terhadap sifat-sifat 20 yang kini kian diperkembangkan oleh kebanyakan golongan sufi/asyairah kilabiyah di mana mereka menolak terus methodology mempelajari akidah seperti mana yang telah dibentangkan oleh Al-Imam Ibnu Taimiyyah rh. Maksud ana adalah sifat 20 yang diajarkan dengan pelbagai kelebihan-kelebihan yang tidak ada pun di dalam hadith-hadith Baginda SAW. Bukan sifat 20 yang sepatutnya bersih daripada sebarang tafsiran nafsu para kebanyakan ulamak sufi yang menyeleweng. Namun, boleh dikatakan di sini, ramai ulamak sufi yang bersih dan mereka ahlussunnah wal jamaah. Mereka adalah suci daripada dosa pencemaran tauhid ini. Yang tidak suci hanyalah mereka yang mengajarkan sifat 20 dengan fadhail-fadhail yang pelik. Sebut sekian-sekian dan kamu akan dapat sekian-sekian balasan.



Dalam hal lain pula, apabila ditanyakan teori-teori tarbiah berkaitan dengan akidah hasil nukilan para tokoh haraki mereka, mereka dengan pantas menjawab dengan begitu yakin. Bukanlah tidak bagus mengetahui teori-teori dakwah ini, akan tetapi, kita hendaklah menjadikan kitab-kitab akidah karangan tokoh-tokoh Islam muktabar sebagai rujukan utama dan awal yakni sekitar tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa As-Sifat . Berkata Al-Imam Syeikh Ibn Baz, ada juga para ulamak menjadikan tauhid ini kepada dua, iaitu tauhid Asma’ Wa Sifat digabungkan dengan tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Kita hendaklah merasakan, betapa peri pentingnya memahami dan mendalami ilmu tauhid supaya ia menjadi benteng dan juga bekalan buat diri kita apabila berhadapan dengan mad'u majmuk (tidak kira muslim atau non-muslim)...


Pembahagian tauhid :


1. Tauhid Rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah.
3. Tauhid Asma' wa Sifat.

1)Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mengurus kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut.

2)Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt Dialah yang berhak disembah dengan haq, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut Tiada yang dapat menyerupainya dalam segala hal.


3)Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Lalu menetapkan itu semua untuk Allah swt tanpa 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (meniadakan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (menyerupakan), sesuai dengan firman Allah swt :-

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. " (Al-Ikhlas: 1-4).


Kemunculan methode pembelajaran akidah sifat 20 ini telah dimulakan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau pada awalnya dikatakan telah menetapkan tujuh ada 7 sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, tangan Allah, kursi Allah, wajah Allah dan lain-lain.


Tahap pertama, ketika rnemeluk mazhab Mu'tazilah selama empat puluh tahun. di bawah asuhan ayah tirinya yang merupakan seorang tokoh Mu'tazilah bernama Abu Ali Al-Juba'i. Kemudlan beliau keluar, dan secara tegas menyatakan bahwa madzhab Mu'tazilah adalah sesat. Beliau sangat keras melakukan bantahan terhadap Mu'tazilah.

Ketika mengikuti pemahaman Abu Muhammad Abdullah bin Sa'id bin Kullab, sebuah pemahaman yang bukan merupakan Mu'tazilah murni, tetapi juga bukan Sunnah murni. Di tangan Abul Hasan Al-Asy'ari inilah, mazhab Kullabiyah berkembang, sehingga kemudian
lebih dikenali dengan aliran Asy'ariyah. Ketika memeluk mazhab Ahlu Sunnah wal Jama'ah yakni setelah beliau meninggalkan mazhab Asy'ariyah atau Kullabiyah. Beliau mengikuti mazhab Imam Ahmad bin Hambal dan mazhab para imam sebelumnya. Hal itu telah dinyatakan oleh Imam Abu Al Hasan sendiri dalam kitabnya yang beliau tulis pada akhir-akhir perjalanan hidupnya, iaitu kitab Al-Ibanah 'an Usul Ad Diyaniah.

Kesimpulannya, Abu Al Hasan Al Asy'ari pada akhir hayatnya mengikuti mazhab Ahlus-sunnah wal Hadits dengan menetapkan sifat-sifat Allah, yang telah Allah tetapkan sendiri bagi diriNya dalam Al Qur'an, atau telah ditetapkan oleh Rasulullah dalam hadith-hadithnya: tanpa
tahrif, tanpa ta'thil, tanpa rakyif dan tanpa tamtsil.


(Al-Qawaid Al Mutsla Fi Sifatillah wa Asma'ihi Al-Husna, Karya Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin, Pentahqiq : Asyraf bin Abdul Maqshud bin Abdul Rahim, Maktabah As Sunnah, Bab Khatimah)

Kemudiannya kaedah mempelajari akidah ini telah diperluaskan oleh Syeikh Abul Mansur Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat dan ianya telah tetap. Di dalamnya termasuklah penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat. Imam Abul Hasan Al-Asy'ari tidak menetapkan pun sifat ini kepada 20 seperti yang yang disalah fahami orang-orang zaman ini. Ana tidak mencela mempelajari sifat 20 ini, namun, dalam mendalami ilmu ini, perlu diperhatikan siapakah mereka yang mengajarkannya. Dan apa yang membimbangkan, kaedah memahami akidah ini telah diselewengkan oleh sesetengah mereka yang mendakwa tahu dan pakar tentang sifat 20 ini dan terkadang ilmu yang telah sampai kepada kita berbelit dan memeningkan dan yang menyedihkan, ianya pula bukannya berkaitan pun ilmu sifat 20 itu sendiri, bahkan, ilmu yang ditokok tambah oleh golongan-golongan yang mengaku berakidahkan akidah imam Asy'ari. Al-Imam Asya'ari tidak bersalah dalam hal ini. Beliau adalah ulamak sunnah sejati. Namun, ada segelintir yang kotor telah memakai namanya agar nampak baik pencemaran mereka. Pernah sewaktu ana muda dahulu, kami diajarkan tafsir-tafsir mimpi nama-nama Allah dan sifat-sifat 20. Sekiranya sifat Allah begini, untuk mendapatkan kebaikan, buatlah begini-begini. Dan hal ini amatlah menyedihkan. Tidak sama sekali tertulis di mana-mana kitab hadith pun tentang kelebihan-kelebihan pelik yang diajarkan di dalam silibus usrah sesetengah kumpulan. Bukan semua. Ini mungkin salah si naqibnya, bukan penggubal silibusnya. Sekali lagi ana TIDAK MENCELA mereka yang mempelajari ilmu ini, namun, perlu kita sedar, adalah lebih terpandu sekiranya kita memilih untuk memahami akidah dengan menggunakan kaedah yang dipelopori oleh Imam Ibnu Taimiyyah (Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat) adalah lebih mudah dan lebih disenangi. Hujjatul Islam , al-Imam al-Ghazali rh yang mengemukakan teori Sifat 20 ini sendiri ( selepas menggabungkan sifat-sifat menurut pandangan al-Imam Abul Hassan al-‘Asya’ari rh dengan sifat-sifat dikemukakan pula oleh al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh ) dan tidak beriltizam atau berpegang terus kepada methode ini sahaja.


Perbahasan ini telahpun dinukilkan oleh Al-Imam Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya' Ulumuddin di bawab tajuk "AQIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH . Beliau sendiri tidaklah membahaskan permasalahan Tauhid tersebut secara teori Sifat 20 .


Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- “….walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah

Bagi al-Qaradhawi, tidak dipertikaikan, bahawa ulama'-ulama' yang melakukan takwil merupakan mereka yang tidak diragukan keikhlasan dan nasihat mereka, kerana Allah dan Rasulnya.,Mereka beriman dengan sifat Allah yang Maha Sempurna dan Suci dari segala kekurangan. Mereka beriman dengan Nabi-Nabi, Hari Akhirat dan al-Quran sebagai firman Allah yang tidak ada kebatilan. Oleh itu, berdasarkan ilmu, jtihad dan pemahaman mereka terdapat bidang aqidah, maka tidak pelik mereka berbeza pandangan tentang hal itu.


Syiekh Faizal al-Maulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah kita ketika ditanya mengenai pandang al-Qardhawi terhadap Asya’irah, beliau mengatakan :

أمّا أستاذنا الشيخ يوسف القرضاوي فهو كما نعلم على عقيدة السلف التي تقوم على الإيمان بصفات الله التي وصف بها نفسه بغير تأويل ولا تعطيل. وهو لا ينكر عقيدة الأشاعرة، بل يعتبرها صحيحة مقبولة إن شاء الله، لكن عقيدة السلف أصحّ منها


"Bagi Ustaz kami, al-Syeikh al-Qardhawi dia sebagaimana yang kami tahu berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri diatas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana dia mensifatkan dirinya, tanpa Takwil dan Ta'thil. Dia tidak menginkari Aqidah Asyaerah, bahkan aqidahnya masih dianggap sahih diterima Allah, Insya-Allah. Akan tetapi aqidah salaf bagi beliau adalah lebih benar…


Mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW pesan kepada kita semua :


Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah….”

(Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937).

Mari kita lihat komentar para ulamak Mazhab dalam mempelajari ilmu sifat 20 dengan pelbagai gaya kelebihan yang tiada dalam nas dan yang secara salahnya difahami oleh golongan-golongan agama kini dan juga pandangan mereka terhadap Ahlul Kalam yang seringkali dijadikan rujukan sesetengah kita. Ana hanya memetik daripada Imam Syafie dan Maliki dan beberapa imam lain sahaja kerana kebanyakannya para dai di Malaysia, mereka mengatakan diri mereka bermazhab fiqh Maliki dan Syafie namun dari segi akidah mereka tidak pula selari dengan tokoh-tokoh Mazhab ini :


1)Berkata Al-Imam As-Syafie tentang Ahlul Kalam. Berkata Imam Syafie, ..Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya..."
(riwayat Imam Al-Baihaqi dalam Manaqib Syafie ms. 462 Jilid 1)

2)
Kata Dr.
Yusuf al-Qaradawi
: Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka....
(Al-Qaradawi, Thaqafah al-Daiyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991)


3)Berkata Imam Malik (meninggal 179 H) rahimahullah : "..jagalah diri kamu daripada perkara-perkara bid'ah. Ditanyakan kepada Imam Malik : Wahai Abu Abdillah (gelaran Imam Malik) apakah perkara bid'ah itu? Beliau menjawab : Ahli Bid'ah ialah orang yang bercakap secara mendalam mengenai nama-namanya,sifat-sifat-NYA,qudrat-NYA. Mereka tidak bersikap diam terhadap apa yang telah diam mengenainya oleh para sahabat dan pengikut-pengikut mereka dengan baik..."
(Siyar A'lamin Nubala' 8/48-133, Tahzib at Tahzib)

4)Berkata Imam Mas'ud Al-Baghawi : "..dan telah sepakat di kalangan ulamak salaf dari Ahlussunnah wal Jamaah dalam melarang berbahas dan berbalahan mengenai sifat-sifat Allah (Sifat 20 yang terhad) dan mencegah daripada memasuki ke dalam perbicaraan ilmu kalamdan mempelajarinya.."
(Siyar A'lam Nubala' 19/439 Thobaqat As-Syafieyyah 7/75-80
dan Imam Al-Baghawi syarhussunnah 1/216)


5)Berkata Imam Nawawi (meninggal 679H) : "..sesungguhnya imam kita As-Syafie adalah bersangatan dari segi mengHARAMkan usaha menyibukkan diri dengan mempelajari ilmu kalam. Beliau cukup banyak bercakap hal mengharamkan ilmu kalam ini. Beliau memberatkan dendaan ke atas orang yang mempelajarinya serta mengganggap sangat KEJI perbuatan itu dan BESAR DOSA padanya. Antaranya ialah : "..bahawasanya seorang hamba itu mati bertemu Allah dengan segala dosanya yang selain dari syirik adalah LEBIH BAIK daripada dia mati bertemu Allah dalam keadaan dia berpegang walaupun SEDIKIT daripada ajaran ilmu KALAM..." Memang banyak perkataan-perkataan Imam Syafie yang mengharamkan ilmu-ilmu kalam seumpama yang tersebut itu.."
(Imam Nawawi - Al-Majmu' 1/48)

6)Berkata Imam Syafie lagi : "..hukuman aku ke atas ahli kalam ialah bahawa dipukul mereka dengan pelepah tamar dan dimuatkan mereka ke atas unta dan diarakkan mereka di tengah-tengah orang ramai serta dikatakan : Inilah balasan orang yang meninggalkan Al-Kitab dan As-Sunnah serta mengambil ilmu kalam sebagai cara perbahasan tauhid di sisi mutakallimin.."
(Hilyah Al-Auliya' 9/116, Syarhussunnah 1/218)

7)Imam Malik kata lagi : "..tidak harus menerima saksi ahlul bid'ah dan al-ahwak(ahli-ahli hawa).."

berkata imam Khuwiz Mindad (ulamak maliki - murid al-abhari kurun 4) : "...ahli hawa di sisi imam malik dan sekelian sahabat kami ialah AHLUL KALAM, kerana tiap-tiap ahli kalam ialah sebahagian dari ahli hawa dan ahli bid'ah samada kumpulan Asya'irah atau bukan Asya'irah.."
(Ad-Dibaj Al-Mazhab 2/229)


8) "Aku berkata: Dan sesungguhnya para imam r.h telah menyebutkan di dalam tulisan-tulisan mereka ketika menolak golongan-golongan yang menafikan beberapa sifat (Allah) dari kalangan al-Jahmiyah, Muktazilah, Asya'irah dllnya dengan beberapa perkataan sahabat dan tabi'in. Yang demikian itu, al-Hafiz al-Zahabi telah meriwayatkan di dalam kitab al-Uluw dan selainnya dengan sanad yang sahih dari Ummu Salmah isteri Nabi s.a.w., bahawasanya dia (Ummu Salmah) berkata mengenai firman Allah Taala: "Allah yang Maha Pemurah (al-Rahman) bersemayam di atas Arasy", katanya: "Bersemayam itu adalah maklum, kaifiyat adalah tidak tergambar oleh fikiran, berikrar dengannya adalah keimanan dan mengingkarinya adalah kufur...."
(Lihat: Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Aali Syeikh, hal. 463, Maktabah Darus Salam- Riyadh)


Mereka lebih banyak membincangkan teori-teori dakwah rekaan tangan-tangan sendiri melebihi apa yang digariskan oleh Rasululullah SAW dan ternyata tidak pernah pun Rasulullah SAW gunakan sepanjang dakwah Baginda di Makkah dan di Madinah. Namun, apa yang sudah jelas dihamparkan Rasulullah SAW tidak pula diambil dan diteladani. Kita juga tidak mengambil kira bagaimanakah akidah yang dianuti oleh para imam mazhab dan para imam muktabar yang lain. Kita lebih senang berpuas hati dengan terma-terma atau istilah yang diolah oleh pemikiran-pemikiran kita sendiri. Kita juga tidak punyai masa untuk mengkaji secara ilmiah akidah para salafussoleh yang mana mereka inilah yang diberikan pujian dan jaminan oleh Rasulullah SAW sendiri.


Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien)…


(Hadith sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5)


Mereka lebih senang dengan istilah-istilah tauhid karangan dan nukilan tokoh-tokoh haraki mereka berbanding merujuk kepada kitab-kitab tauhid yang muktabar seperti Akidah Tahawiyah ( Imam Tahawi rha) ataupun Akidah Wasatiah (Syeikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyyah rha). Adakah sikap ini wajar ada pada seorang dai yang kononnya mendakwa diri mereka dan jemaah mereka adalah jemaah yang betul?


Apa yang lebih menyedihkan kita, apabila, ada segelintir yang mengelarkan diri mereka sebagai 'ikhwah' yang dengan bangganya menyatakan akidahnya sudah cukup mantap, namun, masih lagi percaya kepada perkara-perkara tahyulan, tangkal, makrifat-makrifat, martabat 7, badi, sial dan juga perkara-perkara khurafat yang sepatutnya kita semua hindari. Perkara-perkara ini dengan jelasnya telah diterangkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 di mana semua pendukung Ikhwanul Muslimin dan juga semua Muslim wajib meninggalkan perkara-perkara sesat yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Sekiranya kita adalah 'ikhwah' dan menasabkan diri pula kepada Ikhwanul Muslimin, maka sepatutnya, tidak terjadi perkara-perkara sebegini.




TERLALU MEMBERATKAN PERBINCANGAN HARAKIYYAH, MELEBIH-LEBIHKAN TUMPUAN TERHADAP BUKU-BUKU HARAKI SAHAJA BERBANDING KITAB-KITAB PARA ULAMA TERDAHULU:


Hal ini telah ana perbincangkan dengan kebanyakan rakan sedakwah ana. Sepanjang keberadaan ana di luar Negara dan dalam Negara sendiri, dapat dilihat, kebanyakan dai atau naqib terlalu memberat-beratkan mad'unya dengan perbincangan dari buku-buku haraki daripada membincangkan permasalahan yang jelas lagi terang dalam Islam. Mereka apabila ditanya tentang perkara-perkara yang menyentuh ibadah, mereka akan menjawab ini "khilaf" dan mereka akan terus meninggalkan perbincangan itu. Inilah yang terjadi di mana-mana pun. Apabila ditanya di mana "khilafnya", mereka tidak pula tahu untuk menjawabnya. Adakah sikap ini harus ada pada dai? Fenomena ini haruslah ditangani sekiranya kita semua ingin merealisasikan tujuan dakwah kita dan ingin melihat dakwah ini terus mekar beroperasi dan berjalan. Perkara ini jelas akan memusnahkan dakwah itu sendiri kerana apabila seseorang individu yang bergelar dai mempunyai ilmu yang kurang tidak kiralah dari segi harakinya, fiqhnya, hadithnya dan lain-lain, mereka akan tumbang di tangan musuh-musuh Islam dengan sekelip mata sahaja. Adalah tidak cukup untuk kita menghabiskan masa kita menelaah hanya buku-buku haraki sahaja sedangkan kita sendiri tidak cukup memahami apa itu Islam dan permasalah-permasalah di dalamnya seperti fiqhnya, akidahnya, dan keaslian seerah Nabawinya dan seumpama dengan itu. Fenomena memberat-beratkan bahan bacaan harakiyyah yang terlalu banyak membincangkan persoalan gerakan sesuatu jemaah, kenegaraan dan ianya menjadikan mereka lantas lupa apakah mereka punyai masa untuk memperbetulkan diri mereka dari segi ibadahnya betul atau tidak, akidahnya sahih atau tersasar, seerah Nabi adakah yang kita imani sekarang benar-benar diimani oleh para salafussoleh terdahulu atau hanya kita sekadar tertipu dengan kisah-kisah Israeliyyat dan nukilan syiah yang merosakkan seerah Rasulullah SAW kemudian lantas kita mempersembahkan kepada para mad'u kita tanpa kita sedari kita telah melakukan jenayah terhadap seerah Nabi SAW dan tanpa kajian yang lebih mendalam. Mungkin bagi para dai perkara ini kecil, namun, sedarilah, seerah dan sejarah lah yang mencorakkan masa depan ummah. Kesahihan seerah perlu dikaji, ditelaah dan difahami agar jalan dakwah yang kita bawa adalah benar dan tepat mengikut kehendak dan methodology dakwah Baginda Rasulullah SAW. Ana melihat fenomena yang tidak sihat terkadang berlaku di kalangan pejuang dakwah di mana mereka dengan tegar menceritakan kisah-kisah Israeliyyat kepada para mad'u mereka. Dan lebih memburukkan lagi apabila mereka tidak mengetahui kisah yang dipersembahkan kepada mad'u untuk dihadam merupakan agenda-agenda Syiah yang sudah lama berdendam dengan para salafussoleh. Para dai atau naqib perlu bersikap mengkaji, meneliti dan membuat sebarang rujukan terhadap kitab-kitab muktabar sebelum membentangkannya kepada para mad'u.


Berkata Syeikh Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, "apabila kita mengkaji as-Seerah dari Al-Quran, maka, kita juga merujuk kitab-kitab tafsir yang menceritakan asbab an-Nuzul dengan sanad sahih (silsilah para perawi) yag bersambung seperti Tafsir At-Tabari serta mengkaji sanad tersebut…"


(Fi Usul Tarikh Al-'Arab Al-Islami, cetakan : Darul Qalam, Syria)


Daurah-daurah atau mukhayyam yang banyak disumbatkan dengan perbincangan haraki hanya menyebabkan para mad'u hanya tahu membincangkan persoalan itu sahaja. Apabila mereka bertanya pula kepada naqibnya tentang perkara fiqhiyyah, dengan mudah naqib-naqib mereka menjawab: "…itu masalah khilaf!…tidak perlu membincangkannya.." dan lain-lain untuk mengelakkan perbincangan sedemikian kerana sebenarnya mereka sendiri tidak tahu disebabkan terlalu sibuk menelaah buku haraki sahaja. Ada segelintir yang yang memberikan alasan bahawa membincangkan masalah fiqh akan memecah-belahkan mad'unya. Membincangkan perkara-perkara khilaf tidaklah menjadi masalah bagi dai kerana apabila bergelar DAI, mereka sememangnya secara automatiknya pandai memahami adab-adab dalam membincangkannya yakni ukhuwwah sesama dai.


Kebanyakan mereka ini tahu dan HAFAL 10 sifat Muslim yang digariskan As-Syahid Imam Al-Banna namun tidak pula beramal dengan sifat-sifat Muslim tersebut. Antara Muwasofat yang disebut Al-Imam Al-Banna adalah : Sejahtera 'akidah, sahih 'ibadah, akhlak yang mapan, mujahid terhadap nafsunya, bermanfaat kepada orang lain, mampu berdikari, tersusun urusannya, menepati waktu dan lain-lain.


Rasulullah SAW bersabda,Seawal-awal ibadah seorang hamba yang akan dihisab pada hari pengadilan adalah solat. Jika baik solatnya, segala ibadah akan baik pula. Jika buruk solatnya, segala ibadah akan buruk pula...”


(Diriwayatkan oleh At-Tabarani)


Kerana terlalu menumpukan perhatian terhadap perbincangan haraki, kita tidak punyai masa membincangkan permasalah fiqh, atau memerhatikan ibadah harian kita samada benar mengikut Sunnah Rasulullah SAW atau tidak. Kita hanya sekadar berpuas hati dengan "menunaikan" solat 5 kali sehari tanpa kita ketahui bagaimana cara sebenar Rasululullah SAW lakukan.


"..solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat…"


(Sahih – dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari hadis Malik Bin Hawarith r.a, Talkish al-Habir Fi-Takhrij Ahadith Ar-Raf'ii Al-Kabiir , no : 284 (Kitab As-Solat, Bab Azan)


Kita juga tidak punyai masa untuk mengkaji tentang hadis-hadis atau menghafal satu dua hadith Rasulullah SAW kerana bagi kita membaca buku harakiyyah adalah lebih penting. Yang lebih menyedihkan lagi apabila ada segelintir kita yang tidak benar-benar mendalami ilmu hadith lantas mereka memperkatakan tentang sesuatu hadith tanpa mengetahui ianya sahih atau dhaif, atau lebih berat lagi di tahap maudhu'. Kita dengan bangganya kadang-kadang membacakan hadith-hadith maudhu' kemudiannya menyandarkan kepara Rasulullah SAW dengan sengaja. Ana katakan di sini "dengan sengaja" kerana kita sememangnya sengaja melebih-lebihkan kitab-kitab haraki penuh dan sarat dengan gaya bahasa yang berbunga-bunga sehingga menimbulkan kepeningan mad'u berbanding mengambil dua tiga minit masa untuk menumpukan bacaan terhadap kitab-kitab hadith dan menyemak martabat hadith yang hendak kita sampaikan kepada mad'u. Inilah kesilapan besar para dai kita yang seharusnya ditangani segera. Niat kita sangatlah mulia, namun, sekiranya kita tidak mengambil berat perkara ini, akan rosaklah dakwah dan kehebatan ilmu Islam itu sendiri. Selalunya, sesi tazkirah kendalian kita juga tidak tertumpu pada kesahihan fakta dan bagi kita, cukuplah dengan "redha" para pendengar atau mad'u kita.


Ingatlah betapa beratnya kita menyandarkan sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan Rasulullah SAW.


"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya…"


(Al Kahfi : 103-104).



Rasulullah SAW juga bersabda : "..sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.."


(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka - hadis ini adalah mutawatir (sila lihat Ibnu As-Salah, 'Ulumul Hadith, ms 239, cetakan : Darul Fikr Al-Muassasah, Beirut)



"..Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku, maka dia masuk neraka.."


(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani (meninggal 825 H) sewaktu mengulas hadith ini berkata :


"..ianya merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi SAW dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda SAW. Maksudnya ; jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku) (rujukan : Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Fathul Bari, jilid 1, ms 270, cetakan : Darul Fikr, Beirut)



Sikap tidak mementingkan kesahihan sesuatu hadith dan dengan mudah menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi SAW adalah jenayah yang paling besar. Antara perkara yang sangat jelas berlaku apabila ada segelintir dai yang menganjurkan program Malam Nisfu Syaaban dan mengajak pula para mad'unya melakukan ibadah-ibadah rekaannya dan setengahnya mewajibkan mad'unya dengan alasan untuk mentarbiah hati. Dibimbangi kita meniru gaya para tokoh sufi yang banyak mereka-reka hadith palsu demi mentarbiah hati. Di sini kita lihat ulasan tokoh umat Islam kini, Dr. Yusuf Qardhawi (tokoh salafi kontemperer) dalam membicarakan hal ini. Beliau sendiri tokoh yang mendapat tarbiah dalam Ikhwanul Muslimin. Kata Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi :


"tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada malam Nisfu Syaaban dan menghidupkannya, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri ; orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas Maghrib di masjid. Mereka membacakan surah Yasin dan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membacakan doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu doa yang panjang yang menyanggahi nusus (Al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentangan maknanya, perhimpunan (malam nisfu syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bida'ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikuti salaf, segala keburukan itu ialah bida'ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bida'ah dan setiap yang bida'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka…"


(Dr. Yusuf Al-Qardhawi, jilid 1, ms 382-383, cetakan : Dar Ulin Nuha, Beirut)



Ada juga segelintir dai yang dengan mudah menyampaikan hadis palsu atau maudhu' kepada dai dengan niat menjalani proses-proses melahirkan pemuda-pemuda Islam melalui pentarbiahan hati dan jiwa mad'unya kemudian ada juga yang mewajibkan mad'unya melaksanakan ibadah-ibadah yang tertolak dari segi sunnahnya juga demi tarbiah hati. Salah satu hadith yang selalu meniti di bibir para dai bagi menggalakkan mad'unya mentarbiah diri adalah :


"Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.."


(Hadith ini palsu dan batil – Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Manar Al-Munif fi Al-Shalih wa Ad-Dhaif, ms. 95, cetakan : Maktab Al-Matbu'at Al-Islamiyyah, Halab, Syria)


p/s : Hadis ini direka oleh Ibnu Jahdam (meninggal 414H) merupakan guru sufi di Mekkah dan dikatakan mereka-reka hadith solat Sunat Raghaib.


(Al-Imam Az-Zahabi, Miza Al-I'tidal fi Naqd Ar-Rijal 5, ms.173, cetakan : Darul Kutub Al-'Ilmiyyah, Beirut)


Inilah yang akan terjadi hasil dakwah yang tidak diteliti terlebih dahulu sumber hadith yang ingin disampaikan kepada anak-anak buah atau mad'u. Yang amat kita bimbangi adalah, berlakunya rangkaian dai yang mengimani hadith-hadith maudhu' yang dipercayai disampaikan oleh naqib atau naqibahnya dan berterusan penyebaran hadith-hadith maudhu'. Sikap sambil lewa ini telah dikritik oleh seorang tokoh hadith Al-Azhar iaitu Syeikh Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah di mana beliau telah berkata :


"..masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat mahupun dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah redha orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebihan, pelik, ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang daripada berceramah, memberi nasihat dan member tazkirah…"


(Dr. Abu Syahbah, Al-Wasit Fil 'Ulum wa Al-Mustalah Al-Hadith, ms 322, cetakan : Darul Fikr Al-'Arabi, Kaherah)



Adakah kita ingin melihat "Islam Palsu" gah dan kita berbangga dengannya seolah-olah sudah berjayalah dakwah kita, dan sudah berjayalah juga kita mentarbiah para mad'u kita sedangkan apa yang kita bawakan tersangatlah bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Ini merupakan antara hadith-hadith maudhu' popular dan yang tidak tsabit dari Rasulullah SAW yang sering meniti di bibir segelintir naqib usrah yang kononnya menggalakkan mereka untuk mentarbiah diri :


1. "…bekerjalah untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya .."


(Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Ad-Dha'ifah no. 8: tidak sah dari Nabi SAW)


2. "..barangsiapa yang tidur selepas asar maka akan terganggulah akalnya. Maka, janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.."


(Ibnu Al-Jauzi, Al-Maudhu'aat, As-Sayuthi, Al-La'ali Al-Masnu'ah dan Imam Az-Zahabi, Tartib Al-Maudhu'aat)


3. "…ikhtilaf di kalangan ummahku adalah rahmat…"


(Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Ad-Dha'ifah no. 11: tiada asalnya, Al-Asrar Marfu'ah no. 506, Tatrih As-Syari'ah no. 2/402)

Syeikh Nasiruddin Al-Albani -rahimahullah- berkata, "Hadits ini tak ada asalnya. Para ahli hadits telah mengerahkan tenaga untuk mendapatkan sanadnya, namun tak mampu". Dari segi makna, hadith juga batil.

Abu Muhammad Ibnu Hazm -rahimahullah- berkata, "...Ini merupakan ucapan yang paling batil, kerana andaikan ikhtilaf (perselisihan) itu rahmat, maka kesepakatan adalah kemurkaan. Kerana, di sana tak ada sesuatu, kecuali kesepakatan, dan perselihan tak ada, kecuali rahmat atau kemurkaan".

Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : “Adapun hadith yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat” adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.”

(Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61 dan 5/64).

Al Qashimy mengomentari (sanad dan matan) hadith ini : “Sebahagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadith ini tidak dikenal kesahihan sanadnya. At Tibrani dan Al Baihaqi meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhal dengan sanad yang lemah dari Ibnu ‘Abbas secara marfu’.

(Mahasinut Ta’wil 4/928 )

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata : “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadith juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran).”

(Tafsir Ibnu Katsir 1/367).


p/s : hadith ini sangat popular meniti di bibir pada dai...



Dan banyak lagi hadith-hadith yang seringkali dijadikan rujukan dan pedoman para naqib. Nasihat ana buat diri ana dan sahabat lain, jauhilah hadith-hadith ini dan buatlah kajian sedikit sebanyak sebelum menyampaikannya kepada para mad'u atau anak-anak buat usrah. Niat sudah murni, namun, jalannya wajib diperbaiki.



MENAFSIRKAN SESUATU NAS (AL-QURAN DAN HADITH) MENGIKUT KEHENDAK MASING-MASING DAN AKAL MASING-MASING :


Hal ini amatlah dibimbangi kerana ianya kian menular di kalangan mereka yang bergelar "naqib" atau "naqibah" yang mengendalikan usrah. (Ana juga pernah seperti ini sewaktu menuntut di UIA dahulu. Semoga Allah mengampuni diri ana). Kita semua bimbang kerana ianya adalah perkara yang sangat berat dan tidak boleh diambil enteng. Setiap dai seharusnya memiliki sikap mengkaji, meneliti, memahami dan memperhalusi setiap tafsiran-tafsiran yang dibuat terhadap nas-nas Hadith dan Quran. Sewajarnya, para naqib atau naqibah membuat kajian terlebih dahulu dengan merujuk tafsir yang sedia ada seperti Tafsir Ibnu Kathir oleh Syeikh Al-Imam Ibnu Kathir dan Tafsir Al-Qurtubi dan Tafsir At-Tabari sebelum menyampaikan tafsir sesuatu ayat Al-Quran itu. Ini kerana dibimbangi kita tersalah tafsir dan menyebabkan larinya maksud sebenar nas-nas Al-Quran mahupun Hadith tersebut. Sepatutnya para naqib yang mengedalikan usrah atau liqa' mementingkan sumber dan penelitian fakta sebelum menyampaikannya kepada para mad'unya atau anak-anak buahnya. Sikap Al-Imam Ibnu Kathir haruslah dicontohi oleh setiap dai apabila beliau mengambil riwayat-riwayat sahih sebelum memuatkannya di dalam tafsirnya. Antara buku yang menjadi rujukan beliau sebelum sesuatu tafsir itu dimuatkan adalah buku karangan Syeikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyyah iaitu Muqaddimah fi Usul At-Tafsir. Lihatlah betapa teliti Al-Imam Ibnu Kathir dalam mempersembahkan tafsirnya sedangkan kita yang tidak mempunyai ilmu ini malas dan berat tangan untuk merujuk kitab-kitab yang sudahpun sedia ada. Membazirkah masa kita merujuk kitab-kitab tafsir Al-Azim di atas? Kita dengan mudah membuka ayat sekian-sekian, dan menafsirkannya sendiri berbekalkan sedikit sebanyak ilmu Bahasa Arab yang kita ada. Sikap ini tidak wajar ada pada setiap dai lebih-lebih mereka yang memimpin usrah mahupun liqa'. Menghidupkan budaya "Research " perlu ada pada setiap dai yang bergelar naqib. Kurangnya methodology of research inilah yang akan membuatkan kita semua menyimpang dari dakwah Nabi SAW yang sebenar. Sikap suka menggunakan akal sendiri dalam menilai ayat Al-Quran dikritik oleh ramai tokoh dan para imam muktabar.



Hal ini ditegur berkali-kali oleh Allah dalam firman-NYA : "Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).."


(Al An’am : 116)



Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah SAW bersabda, :“…Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.”


(Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).



Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata : Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akal). Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah, mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya, akhirnya mereka bercakap dengan ra`yu mereka, maka dengan itu mereka tersesat dan lagi menyesatkan (orang lain)


(Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni ra dalam Sunan dan Al-Lalikai r.a dalam Syarhu Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah).



TERLALU MERUJUK KEPADA "TAFSIR" FI ZHILAL AL-QURAN :


Syed Qutb tidak bersalah dalam hal ini. Yang bersalah adalah kita yang hanya berpegang pada kitabnya sahaja semata-mata dia adalah seorang ahli Ikhwanul Muslimin. Kitab As-Syahid Syed Qutb ini merupakan kitab agung yang menjadi rujukan para dai masa kini lebih-lebih lagi mereka yang mengendalikan usrah atau liqa'. Tidak dinafikan, Syed Qutb merupakan tokoh Ikhwanul Muslimin yang sangat hebat dan boleh dikatakan jasa beliau sangatlah besar buat Islam. Kitabnya fi zhilal sememangnya menjadi rujukan ummat Islam. Syed Qutb yang mati di tali gantung sebagai syuhada' amatlah sukar dicari di zaman ini. Dan beliau merupakan tokoh agung yang amat ana cintai. Pelbagai tajuk buku karangan beliau telah ana beli dan terdapat pelbagai ilmu yang telah ana perolehi daripada kitab-kitabnya. Namun, sikap segelintir dai kini yang tidak mahu langsung merujuk kepada kitab tafsir Al-Azim tafsir Ibn Kathir yang diiktiraf oleh para ulama salaf dan adalah sumber tafsir yang paling agung dulu dan kini. Tidak salah kita menggunakan kitab Fi Zhilal dalam perbincangan usrah atau liqa', namun harus diperhati di sini, bahawa Syed Qutb tidak pun pernah memanggilnya sebagai "tafsir". Kitabnya ini juga ditulis sewaktu beliau di dalam penjara dan kita fahami bahawa dalam keadaan sumber yang kurang dan bahan rujukan yang terlalu terhad, memungkinkan beliau melakukan kesilapan-kesilapan kecil dalam kitabnya. Kesilapan-kesilapan ini telah pun diperbetulkan oleh Dr.Yusuf Al-Qardhawi. Apakah kita tahu akan hal tersebut? Syed Qutb tidak pernah mengarahkan para Ikhwanul Muslimin untuk mengikuti/mereferensi kitabnya secara total, namun, apa yang menyedihkan, kita ketika membentangkan tafsir Al-Quran, kita hanya memetik tafsiran ayat-ayat Al-Quran dari kitab Fi Zhilal sahaja dan tidak pula mengambil walaupun sedikit daripada rujukan kitab tafsir Ibnu Kathir atau kitab-kitab tafsir lain. Sifirnya mudah, hanya kerana beliau adalah anggota Ikhwanul Muslimin yang ana juga berada di dalamnya. Sikap ini tidak harus dibiarkan membaluti diri kita kerana, kita tidak tahu di mana silapnya tafsiran Syed Qutb yang mana beliau hanya sempat membuat revisi terhadap kitabnya hingga juzuk 14 sahaja. Sekiranya kita tidak membaca kitab karangan Dr.Yusuf Qardhawi yang telah membetulkannya, maka, dibimbangi kita telah memetik kesalahan-kesalahan dalam fi Zhilal walaupun ianya kecil. Namun, perlu kita semua fahami, Syed Qutb yang kita semua sayangi dan juga menjadi tokoh kesayangan ana tidak lah maksum sebagaimana Baginda SAW. Semoga Syed Qutb mendapat tempat yang paling tinggi bersama para syuhada' kelak di syurga dan sama-sama kita doakan kita menuruti jalannnya juga. Bagi ana, kitab Fi Zhilalil Quran adalah sebuah tafsir agung yang harus diperhebatkan perbincangan di dalamnya oleh Syed Qutb dan diketengahkan kepada masyarakat.




MELAYANI IKHWAH JEMAAH LAIN DENGAN LAYANAN KELAS KEDUA/ MENGAMALKAN SIKAP DOUBLE STANDARD / MEMILIH BULU :


Hal ini seolah-olah sudah sebati dalam jiwa segelintir dai masa kini. Di Malaysia, terlalu banyak jemaah yang mengklaimkan jemaah mereka sebagai jemaah Islam, yang sebenar-benarnya mengikuti jalan Rasululullah SAW, yang hampir dengan sunnah, dan ada juga yang mengatakan jemaah "kita" adalah benar dan yang lain salah, jemaah "kita" sahaja yang cukup tarbiah dan jemaah lain tidak, jemaah "kita" yang punyai keaslian(asolah Ad-Dakwah) dan yang lain tidak, dan seterusnya. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan ahli-ahli jemaah yang memberikan wala' dan intima'nya kepada jemaahnya sahaja. Memberikan wala' kepada kepimpinan Islam adalah wajib, namun harus diingat kepada siapa kita memberikan wala' kita.

"..wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (pemimpin yang berkuasa) dari kalangan kamu…"


(An-Nisa' : 45)



Namun sikap kita yang terlalu taksub kepada jemaah kita menyebabkan kita tidak merasakan ahli jemaah selain jemaah kita sebagai "ikhwah/ikhwan" Muslimin juga. Hal ini seringkali menghantui para dai kini dan ianya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Contoh yang saya berikan ini sangatlah sinonim dengan sikap mereka kini iaitu, para dai kini tidak merasakan usaha kolektif jemaah lain sebagai usaha "ikhwah". Terkadang, apabila berada di mana-mana atau di majlis-majlis, mereka akan mengutamakan dan mengangkat ahli jemaah "kita" berbanding ahli jemaah lain dan melayan mereka dengan layanan kelas kedua. Krisis hati seperti merasakan jalan yang kita tempuhi adalah lebih benar, lebih tepat, dan kita menganggap jalan yang ditempuhi oleh jemaah lain dan ikhwah lain silap, tersasar dan tidak benar sehinggakan tidah merasakan usaha dakwah jemaah lain adalah 'islamic' pada pandangannya adalah krisis yang sangat parah. Apakah kita Nabi untuk menjadikan ilmu cetek kita sebagai kayu ukur untuk menentukan jemaah mana kurang jemaah mana lebih?



Kita sebagai dai sepatutnya bersikap lebih terbuka, meraikan pendapat orang lain, mengutamakan orang lain sekiranya dia layak dalam sesuatu hal dan kita sepatutnya tidak merasakan "ikhwah" jemaah lain sebagai orang asing atau bukan "ikhwah" kita. Sebagai dai, kita wajib merasakan sesiapa sahaja yang berada di jalan dakwah yang benar, walaupun berlainan jemaah sebagai "ikhwah" kita melainkan jemaahnya sememangnya secara terang-terangan sesat seperti ayah Pin dan Nabi palsu si Kahar. Kita memahami bahawa di dalam tarbiah, terdapat arahab-arahan yang perlu kita patuhi dan ikuti. Terdapat peringkat-peringkat dan marhalah yang perlu diikuti. Namun, kita juga tidak harus memilih bulu dalam mengikuti fasa-fasa tarbiah atau pengajian ilmu sekiranya dijemput jemaah lain. Tidak wujud di zaman Nabi SAW sahabat memilih-milih majlis ilmu untuk dihadiri. Sedangkan mereka pula berebut-rebut untuk ke majlis ilmu Rasulullah SAW untuk meriwayatkan hadith dan contoh ini boleh dilihat apabila Abu Hurairah r.a yang sempat bersama Rasulullah SAW selama 4 tahun sahaja bersungguh-sungguh mendapatkan hadith daripada sahabat-sahabat Nabi SAW. Tidak pula pernah berlaku di zaman sahabat Nabi SAW dan khulafa' Rashidin mereka memaksa-maksa orang yang baru memeluk Islam untuk pergi ke majlisnya dan dilarang menghadiri majlis orang lain. Pernah berlaku di kalangan rakan-rakan dakwah di mana mereka tidak mahu pergi ke majlis anjuran jemaah sekian-sekian kerana bukan anjuran jemaahnya walaupun mendapat jemputan dan majlis tersebut penuh dan sarat dengan suasana ilmu. Inilah "kebodohan" yang tidak harus kita pakai dan warisi sepanjang kita berjuang di jalan dakwah ini. Sikap memilih "ikhwah", program anjuran jemaah sendiri sahaja dan merasakan ikhwah jemaah lain bukan ikhwah kita hanya akan menyebabkan lebih banyak berlakunya perselisihan dalam usaha membentuk masyarakat Muslim. Sikap "ikhwah kita" dan "bukan ikhwah" haruslah dibuang dari diri setiap dai. Tirulah gaya dan method para sahabat seperti Ibnu Umar dan juga Ibnu Abbas. Mereka saling menasihati dan memberikan galakan untuk berjumpa dengan sahabat lain selain merujuk kepada diri mereka sahaja.


Firman Allah SWT : "..sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara…maka damaikanlah antara saudara-saudara kamu…"


Firman Allah SWT : "..sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah orang-orang yang bertaqwa.."


Sekiranya seorang dai itu mengimani ayat di atas dan diteliti dengan lebih mendalam, tidak terjadi sikap double standard dalam melayani ahli-ahli jemaah-jemaah Islam. Malah, yang berhak menentukan siapa yang paling mulia, yang berhak dilayan lebih hanyalah Allah jua.


Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan dia berkewajiban menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang dia ketahui bagi mereka dan melarang mereka dari kejelekan yang dia ketahui bagi mereka. (HR. Muslim bab Al Imarah juz 12 nombor 10/4753 dari Amr bin Ash, Nasa’i bab Bai’ah 25/4202 dari Abdurrahman bin Abdi Rabbil Ka’bah, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam As-Sahihah 3/3907 dan 1/241, Ibnu Majah dalam Al Fitan jilid 2 no. 9/3956, Ahmad 2/161 dari Amr bin Ash radliyallahu 'anhu)



Tidak kira siapa yang melaksanakan amar makruf, nahi mungkar, walaupun pelbagai latar belakang jemaah, selagi mereka benar dan mengikut sunnah Rasululullah SAW, maka, mereka adalah "ikhwah" dan janganlah kita melayani mereka dengan layanan kelas kedua berbanding ikhwah yang menyertai atau menganggotai jemaah kita. Sedarilah, jemaah kita hanyalah wadah atau platform atau pemudah cara untuk kita bergerak dalam dakwah. Janganlah kita mati kerana "jemaah" kita. Matilah dalam Islam dan ukhuwwah sesama dai haruslah diraikan.



MENGUTAMAKAN KUANTITI BERBANDING KUALITI :


Hal ini seringkali terjadi di kalangan para dai khususnya di Malaysia.


Al-Ustaz Fathi Yakan (tokoh kontemperer salafi) yang merupakan tokoh Ikhwanul Muslimin berkata : "…pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.


Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah..."


(Ihzaruu AIDS Al-Haraki Bahaya Aids Haraki Dalam Harakah Islamiah : Suatu Peringatan Dari Ustaz Fathi Yakan, per. 2 Mengenal Virus Merbahaya, Muktamar Agung PAS 1997 ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )



Semangat juang yang tinggi ingin melihat manusia keseluruhannya beriman kepada Allah amatlah dialu-alukan. Namun, apakah kita lupa akan firman Allah SWT yang berbunyi :


"..betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…"


(Al-Baqarah : 249)




BEREBUT MAD' U ATAU ANAK BUAH YANG SUDAH PUN MENDAPAT TARBIAH DARIPADA JEMAAH ISLAM LAIN.


"Eh,hari ni kita berjaya tarik budak tu join jemaah kita! Dia dah tinggalkan jemaah dia dah..!" , "..ana risau kalau-kalau dia masuk jemaah selain kita..takut salah tarbiah.."...Inilah kata-kata yang sering bermain dan terngiang-ngiang di telinga ana sepanjang berada di jalan dakwah ini. Pelbagai ragam manusia. Masalah ini seringkali dilihat berlegar di kampus-kampus pengajian terutamanya di Malaysia. Ana sendiri sewaktu berada di UIA, seringkali berhadapan dengan krisis ini, di mana pergelutan antara dua jemaah atau lebih yang berebut-rebut mad'u hinggakan terkadang berlaku perselisihan antara jemaah-jemaah tadi. Niat yang murni untuk membawa dan menyampaikan mesej Islam seharusnya mengikut aturan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Sekiranya kita renung kembali dan soroti seerah Nabi SAW, tidak pernah berlaku di zaman Nabi SAW perebutan mad'u di kalangan sahabat Nabi SAW. Ana percaya semuanya mempunyai niat yang murni untuk menyampaikan dakwah Islam, namun, kedangkalan para naqib yang mengacau mad'u jemaah lain, suka bermain tarik tali dan menghasut mad'u meninggalkan jemaah lain supaya menyertai jemaahnya adalah sikap negatif yang paling serius. Sikap "bodoh" ini hanya akan mematikan pergerakan jemaah Islam lain dan hanya akan meninggalkan kesan buruk terhadap dakwah. Ramai antara kita yang lupa bahawa di luar sana, masih lagi ramai yang tidak mendapat peluang mengecapi nikmat dakwah ini. Jadi, mengapa harus terjadi perebutan mad'u yang terkadang itu sudah pun mendapat tarbiah daripada jemaah lain dan masih mengikuti fasa-fasa tarbiahnya. Mengapa harus dikacau mad'u-mad'u yang sudah diberikan tarbiah? Dan mengapa kita tidak berebut atau berlumba-lumba mendapatkan mat rempit, minah jalanan, bohsia dan bohjan di luar sana. Apa yang menyedihkan ana, apabila wujudnya pertelingkahan antara anak dan kedua ibubapanya yang berlatar belakangkan jemaah yang berbeza yang pada awalnya anaknya berada di dalam jemaahnya, namun, setelah berlaku perebutan dan transformasi ke jemaah lain, berlaku perselisihan antara mereka. Sikap tidak matang ini hanya akan merugikan ummah dan menguntungkan para musuh Islam.



MENYALAH TAFSIRKAN MAKSUD HADITH DEMI KEPENTINGAN JEMAAH SENDIRI :


Hadith merupakan sumber kedua dalam menentukan sesuatu hokum di dalam Islam. Memanipulasi hadith mengikut hawa nafsu dan demi kepentingan jemaah sendiri adalah jenayah yang sangat besar dalam Islam. Kaedah mengambil sesuatu hadith kemudiannya menjadikannya alasan demi kepentingan jemaahnya adalah menyerupai kaedah orang-orang Yahudi yang menjadikan kitab Talmut sebagai panduan mereka dalam menentukan sesuatu hal.


Ini antara hadith-hadith yang seringkali diberikan maksud yang salah oleh segelintir pendokong jemaah sendiri :


1. Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah


(Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).



2. “Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (dari Huzaifah al-yamani ra hadith - Sahih riwayat Bukhari dan Muslim) diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut : Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah

(hadith sahih riwayat Muslim)


Kebiasaannya, kesemua hadith di atas telah disalah gunakan oleh sebahagian mereka yang taassub terhadap jemaah "anutan" mereka. Mereka dilihat seringkali menggunakan hadith-hadith ini ketika, memberikan wala' kepada jemaahnya dan menjadikan hadith di atas sebagai sasaran kepada mereka yang keluar daripada jemaah mereka untuk mengikuti jemaah lain. Sekarang, mari kita lihat, apakah maksud sebenar di sebalik hadith-hadith di atas dan apakah tuntutannya yang sebenar.



Imam Al-Hafidz Mubarakfuri,seorang tokoh hadith dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut : "… dalam hadith ini bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu sudah merupakan sebuah jemaah.." dan dalam riwayat Syeikh Khalid bin Sabi’ di sisi Al-Imam Tibrani menambah : "..apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah"


( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).



MENCARI-CARI KESALAHAN JEMAAH LAIN DENGAN MENCERITAKAN KEPADA ANAK-ANAK BUAH ATAU MAD'U ATAU MENGHEBOHKANNYA KONONNYA SEBAGAI STAND UNTUK BERADA DI JEMAAHNYA :


Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Hanya Rasul-NYA yang maksum dan bersih daripada sebarang kesalahan. Setiap yang salah itu seharusnya diperbetulkan dengan cara yang berhikmah mengikut aturan sunnah Rasulullah SAW. Kepelbagaian jemaah yang lahir daripada kepelbagaian pemikiran dan ijtihad merupakan sesuatu yang murni dan harus dikongsi bersama. Namun, di dalam ketenangan ini, wujud segelintir tokoh-tokoh yang memimpin jemaahnya memperlekeh jemaah lain dengan mengatakan "jemaah fulan kurang tarbiah", "tiada asolah/keaslian dakwah", "manhaj tidak mengikut sunnah", "jemaah itu sesat", "jemaah itu tidak ikhlas", pelbagai lagi labelan yang kita tempelkan pada jemaah-jemaah lain. Kita harus menyedari bahawa jemaah lain juga tidak lari dari kesalahan, juga jemaah kita. Perbezaan methodology dalam berdakwah perlu diraikan. Semakin banyak jemaah Islam, semakin terserlah variasi dakwah itu. Perlu diingat, kepada individu atau tokoh yang suka menyindir-nyindir jemaah lain, mencela jemaah lain dan mencari-cari kesalahan jemaah terhadap firman Allah dan kata-kata para ulama' ini :


Firman ALLAH SWT : ".. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani…"


(al-Hujurat : 12)



Dr. Wahbah al-Zuhaili juga tokoh kontemperer ada menyebut: wala tajassasu bermaksud: jangan kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslimin. Jangan kamu singkap apa yang mereka cuba tutupi dan kamu cuba melihat rahsia-rahsia mereka”. Beliau juga menyebut: “Tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar...”


( Al-Zuhaili, Al-Tafsir al-Munir, 255, 263/26, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991)



Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w: “…Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka ALLAH akan mencari keaibannya. Sesiapa yang ALLAH cari keaibannya, maka ALLAH akan mendedahnya sekalipun dirumahnya…"


( Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad)



Al-Syaikh Salim ‘Id al-Hilali ketika mensyarahkan hadith-hadith Riyad al-Salihin menyebut: “…Tajassus bermaksud mencari dan menyelidiki keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang hal ini. Sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan dia berusaha menutup dan tidak melakukannya secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahannya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh mungkin…”


( Al-Hilali, Bahjah al-Nazirin, 3/92, Jeddah: Dar Ibn Jauzi 1425H).



Ucapan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata : “….Bahwa seseorang yang menghendaki mencela seorang yang lain dan merendahkannya serta menyampaikan aibnya agar manusia menjauhi orang tersebut, entah disebabkan adanya permusuhan antara keduanya sehingga ia senang menyakitinya atau kerana takut disaingi dalam hal harta atau kepemimpinan atau kerana sebab-sebab tercela lainnya. Maka, tiada lain untuk mencapai maksudnya, kecuali dengan menampakkan celaan terhadap orang tadi dengan alasan din (agama)…Barangsiapa yang ditimpa dengan perihal seperti ini, maka bertakwalah kepada Allah, memohon pertolongan kepadanya dan bersabarlah, karena kesudahan yang baik itu bagi orang yang bertaqwa…”


(Al-Farqu bainan Nashihah wat Ta’yiir hal. 34-38)


Syeikhul Masyayikh dari Madinah, Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr as-Salafy al-Atsary –Hafizahullah- dalam kitab beliau: "…Hendaklah dia menyibukan dirinya dengan mencari ilmu yang bermanfaat dari pada ia sibuk melakukan celaan dan tahziran, dan giat serta bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu tersebut supaya ia mendapat faedah dan memberikan faedah, mendapat manfa’at dan bermanfa’at, maka di antara pintu kebaikan bagi seorang manusia adalah bahwa ia sibuk dengan ilmu, belajar, mengajar, berda’wah dan menulis, apabila ia mampu melakukan hal yang demikian maka hendaknya ia menjadi golongan yang membangun, dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela para ulama dan para penuntut ilmu dari Ahlus Sunnah serta menutup jalan yang menghubungkan untuk mengambil faedah dari mereka sehingga ia menjadi golongan penghancur, orang yang sibuk dengan celaan seperti ini, tentu ia tidak akan meninggalkan sesudahnya ilmu yang dapat memberi manfa’at, serta manusia tidak akan merasa kehilangan atas kepergiannya sebagai seorang ulama yang memberi mereka manfa’at, justeru dengan kepergiannya mereka merasa selamat dari kejahatannya.."


(Rifqan Ahlas Sunnah Bi Ahlis Sunnah)

Jadi, mengapa perlu ada segelintir dai yang ingin mencari kesalahan jemaah lain dan memperbesarkannya? Mengapa harus wujud stand-stand yang kurang cerdik dan melemparkannya pada jemaah-jemaah islam lain yang tidak sekepala dengannya?Mari kita lihat contoh pada ulamak dalam meraikan pendapat dan individu lain dan kita qiaskan individu kepada jemaah yang ada kurangnya dari segi tarbiah atau ada kesalahan-kesalahan kecil dalam jemaahnya.

Berkata Imam Adz-Zahabi ra dalam kitabnya tentang Ibn Khuzaimah ra dan menyebut bahawa : “...Hendaklah diingatkan bahawa pegangan salaf ialah tidak mentakwilkan tanpa dalil sebaliknya beriman dan berpada dengan apa yang datang dari Allah dan rasul dan sekalipun beliau (Imam Ibn Khuzaimah ) salah pada ijtihadnya namun dengan kebenaran iman beliau yang diketahui oleh kita tidaklah kita sampai membid’ahkan beliau dan mencela beliau dan sekiranya setiap yang salah dalam ijtihadnya itu kita hendak bid’ahkan dan mencela dia maka nescayalah sangat sedikit sekali para imam yang terselamat dari celaan kita.......”

(Siyar A’lamun Nubala m/s 374 Jilid 14).

Berkata Imam Adz-Zahabi lagi pada ulasan mengenai berselisih orang pada Imam Al-Ghazalie ra antara pujian dan celaan dengan menyebut : “ Tidaklah berlalu ulama daripada sentiasa berselisih dan bercakap mengenai orang alim pada ijtihadnya dan setiap dari mereka ada yang benar dan ada yang salah dan siapa yang menyalahi ijmak maka salahlah dia dan kepada Allah kembali segala urusan”

(Siyar Alamun Nubala m/s 322 Jilid 19).


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).



TAKSUB TERHADAP INDIVIDU ATAU JEMAAHNYA DAN MERASAKAN JEMAAHNYA SAHAJA YANG MEMPUNYAI ASOLAH (Keaslian) DAKWAH :



Syeikh Mustafa Masyhur rahimahullah menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran. Sekecil-kecil penyelewengan dari asolah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama.



(Syeikh Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriq Ad-Dakwahsyeikh Ustaz Fathi Yakan, Ihzaruu AIDS Al-Haraki Bahaya Aids Haraki Dalam Harakah Islamiah : Suatu Peringatan, perkara 2 Mengenal Virus Merbahaya, Muktamar Agung PAS 1997 ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )



"….Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.



[al-Nur 24: 46-51]



Taksub atau fanatik jemaah atau kumpulan sudah menjadi suatu yang cukup sinonim dalam perbincangan para dai. Sikap atau perasaan individu yang merasakan jemaahnya sahajalah yang betul, menghampiri sunnah , mewarisi asolah Ad-Dakwah (keaslian dakwah) di samping merasakan jemaah Islam lain tidak benar, manhaj salah dan sebagainya telah meracuni pemikiran dan hati para pencinta dakwah kini lebih-lebih lagi mereka yang bergiat dalam jemaah Islam di tanah air. Fenomena ini telah menghilangkan rasa "ukhuwwah" yang sepatutnya ada dalam setiap pencinta dakwah, tidak kiralah mereka berlainan jemaah atau tidak. Taksub kepada jemaah sendiri untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah maksiat sekiranya tidak terlibat dengan jemaah, ia dibolehkan. Namun, sekiranya, kita taksub terhadap jemaah kita dan kemudian merasakan jemaah lain banyak kekurangan, mencari pula kesalahan-kesalahan jemaah lain sambil kita menghebahkannya terhadap mad'u kita adalah virus yang paling merbahaya dan ia amatlah dilarang dalam Islam.





Imam Syafie sendiri sangat melarang sikap taksub dan fanatik terhadap mazhabnya. Apatah lagi kita, sekiranya kita taksub pada jemaah kita atau pimpinan kita, maka ianya adalah bersalahan dengan sunnah Rasululullah, dan tabi' tabi'en. Kata Al-Imam As-syafie : " Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah bertaqlid padaku…"



(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93)





Berkata Malik bin Anas rahimahullah :"…Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah…"



(Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32. Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M. )





Al-Imam Malik rahimahullah juga melarang Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dan Khalifah Harun Ar-Rashid (cucunya) yang hendak menjadikan mazhab Maliki dan kitabnya Al-Muwatto' sebagai undang-undang kerajaan Abbasiyah pada waktu itu.



Berkata al-Syafi‘e rahimahullah lagi : "….Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadith yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku..."



(Riwayat Ibn Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3. Al-Imam Ibn Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.)





Berkata Abu Hanifah rahimahullah : "Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu…"



(Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50. )





"….Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.."



(Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.)





Oleh itu, disebabkan jemaah kita bukanlah mazhab atau agama itu sendiri (semata-mata wadah), maka, marilah kita melepaskan diri kita daripada taksub dan fanatik kepada jemaah kita atau jemaah yang kita ikuti, sebaliknya, kita memberikan ketaatan kepada pimpinan selagi setiap arahan yang dikeluarkan tidak bercanggah dengan prinsip dan dogma-dogma Islam. Inikan pula jemaah, bertaqlid kepada mazhab pun para imam mazhab empat melarangnya.







MENGAJAK MANUSIA KE ARAH FIKRAH JEMAAH, BUKAN FIKRAH ISLAM :



Permasalahan di atas juga merupakan hubung kait dengan masalah ketaksuban seseorang kepada jemaahnya. Kekeliruan yang timbul hasil salah faham sesetengah dai menyebabkan mereka tersalah langkah dan niat yang murni pada asalnya untuk menyeru manusia kepada fikrah Islam akhirnya bertukar kepada menyeru manusia kepada memahami jemaah sendiri.





Sepertiman diterangkan sebelum ini, Al-Imam Malik (Mazhab Maliki) melarang Khalifah Jaafar dan cucunya Khalifah Harun Ar-Rasyid yang ingin menjadikan kitabnya dan mazhabnya sebagai perundangan Islam di zaman era Abbasiyyah.





Antara contoh terbaik yang boleh dibuktikan di sini ialah apabila berlakunya perbincangan di kalangan ahli jemaah berkisarkan "kelemahan-kelemahan" jemaah lain, memahami tulisan-tulisan tokoh-tokoh jemaahnya sahaja, membaca tulisan-tulisan tokoh jemaahnya sahaja, mencela dan merendah-rendahkan para ulamak salaf yang tidak sehaluan dengan cara mereka berfikir seperti Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Abd. Aziz Bin Baz, dan lain-lain tokoh. Syeikh Nasiruddin Al-Albani rahimahullah merupakan tokoh hadith yang mendapat jolokon "Muhaddithin kurun ke-20". Beliau juga dianggap sebagai setaraf dengan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalaani yang dikatakan "jarang dilahirkan oleh rahim wanita". Pernah mengarang kitab sebanyak 224 buah. Beliau merupakan muhaddith yang telah banyak berjasa sehinggakan beliau berusaha menyemak semula taraf hadith di dalam kitab Syeikh Sayyid Sabiq, Feqhus Sunnah yang kini menjadi rujukan ribuan ikhwani. Antara karya beliau adalah Al-Irwa Al-Ghaleel, Mu'jam Al-Hadith An-Nabawi sebanyak 40 jilid, Silsilah Hadith Ad-Dhaifah sebanyak 15 jilid dan buku popularnya yang paling laris adalah Sifatus Solat Nabi SAW)



(Dr. Azwira Aziz, Albani dan Methodology Pemahaman Hadith Hukum, Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 2005, Hal : 96-111)





Ada juga segelintir mereka yang menyuruh ahli jemaah lain meninggalkan jemaah yang sudah pun dia ikuti siri-siri tarbiahnya, ada juga yang sering memarahi mad'u sekiranya tidak melaksanakan arahan pimpinan jemaah sedangkan mad'u tersebut mempunyai prioriti lain pada waktu itu. Selain itu juga, berlakunya juga pemboikotan tokoh jemaah lain yang datang untuk memberikan ceramah kerana dirasakan tokoh tersebut bukanlah daripada jemaah yang "dianuti"nya.





Apa yang lebih berat lagi, mengikut pengalaman kawan rapat ana (jemaah lain), semasa mengikuti pengajian di UIA dahulu, ada segelintir mereka yang taksub mengatakan kepadanya :

"sekiranya kamu tidak berbai'ah kepada jemaah dan pimpinan kami, dakwah kamu terkeluar daripada Islam.." ,

"…sekiranya tidak bersama kami, kamu kufur.." ,

"..sekiranya tak mahu ikut program kami, kamu menyanggahi pimpinan dan Islam.." ,

"..kalau kamu tolong jemaah lain, kamu tidak menolong Islam sebenarnya.."

"..jemaah sekian-sekian adalah bertanzimkan yahudi kerana sorok-sorok.."

dan banyak lagi kata-ata para juhala' yang tidak mengerti hakikat dakwah dan bagaimana meraikan perbezaan pendapat dalam berjemaah. Inilah antara kata-kata yang ana dengar dari luahan hati sahabat ana yang mereka ini ikhlas dalam melaksanakan amal jama'ie, namun, hilang semangatnya apabila direndah-rendahkan ahli tertinggi jemaahnya.





Dan,di bawah ini juga, terdapat pelbagai lagi sikap yang wajib kita hindari demi memelihara keaslian dakwah Rasulullah SAW dan memberikan harapan kepada dakwah Islam untuk terus mekar di atas jalan-NYA ini.





-MELAMPAUI BATAS KEMAMPUAN MAD'U DALAM MELAKSANAKAN TARBIAH HINGGA MENYUSAHKAN MEREKA ATAU TERLALU MENGONGKONG MAD'U KONONNYA INGIN MELAKSANAKAN DISIPLIN AMAL JAMAIE





-MENGAMBIL TAHU SECARA MENDALAM PERIHAL MAD'U PARA PERKARA YANG TIDAK PATUT DIAMBIL TAHU





-SUKA MENYINDIR MAD'U ATAU ANAK BUAH KERANA LAMBAT ATAU TIDAK HADIR KE PROGRAM YANG DITENTUKAN NAQIB





-TIDAK PANDAI MENILAI PRIORITI DALAM SESUATU PERKARA





-TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU PERMASALAHAN UMMAH





-SUKA MENGATURKAN PROGRAM UNTUK MAD'U SEDANGKAN KITA TIDAK TURUT SAMA DALAM PROGRAM TERSEBUT





-SIBUK MENJAYAKAN PROGRAM BESAR SEHINGGA LUPA AKAN TERBIAH DIRI





Akhir sekali, ana sebagai penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan dalam artikel ana di atas, ataupun ada yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat seperjuangan tidak kira jemaah yang ana ikuti sekarang mahupun yang selain itu. Sedarilah, kita semua adalah bersaudara. Tidak wujud perbezaan antara kita, dakwah kita, dan manhaj kita, cuma mungkin diperselisihkan cara dan methodology sahaja yang merupakan ijtihad setiap jemaah masing-masing. Ana memohon supaya Allah mengampuni diri ini kiranya ada tersilap dan segala yang terbaik itu dari Allah, dan yang kurang itu adalah tabiat diri ini yang masih lagi merangkak di alam tarbiah dan dakwah. Wallahua'lam.



Dr. Nik Mohd Abduh B Nik Mhd Nor (insyaAllah)



Perubatan Tahun 1,



Faculty of Medicine of Zagazig University, Egypt



2.58 a.m



Read more