Takhtit Islami : Sejauh Mana Kefahaman Kita?

Oleh : Ust Abdullah Zaik


1. Takrif & fungsi


1.Penggunaan sumber, kemampuan dan persekitaran secara optimum untuk mempertingkatkan kemampuan individu muslimdalam segenap aspek yang akan memungkinkannya mampu berperanan secara terbaik untuk mengimarahkan bumi ini dan
mencapai konsep ibadat dalam kehidupan.

2.Ia juga berperanan untuk membangunkan tanzim haraki agar mampu beroperasi sebagai harakah Islamiyah yang mahu menegakkan syariat Allah sebagai anutan dan sistem pemerintahan.

2. Ciri-ciri Penting Perancangan Dakwah

1. Syumuliyah (sumul)
2. Waqaieyyah (realistik)
3. Jamaiyah (kumpulan)
4. Basyariyah (manusia)
5. Aqa’idiyah (akidah)
6. Tarbawiyah
7. Murunah (anjal)
8. Harakiyah

1. Syumuliyah

Takhtit Islami adalah takhtit yang syumul meliputi segenap lapangan hidup yang terdiri dari thaqafah, tarbiah, politik, ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraan dan pengurusan. Ini kerana pembentukan individu Rabbani menuntut kesyumulan yang seperti itu, sama ada pembangunan itu diperingkat individu dan penyiapan individu atau pembangunan harakah Islamiyah dan penyiapannya.

2. Waqi’eyyah

Takhtit Islami merawat manusia sebagai suatu realiti yang hidup. Ia berinteraksi dengan manusia di atas asas ini. Ia mengambil kira faktor-faktor seperti persekitarandan suasana sekeliling.

Berdasarkan kepada sifatnya yang realistik di dalam berinteraksi dan merawat, ia bertindak merubah dari satu realiti kepada satu realiti yang lain sehingga harakah Islamiyah selamat mengarah kepada matlamat yang ingin dicapainya. Ini dilakukan setelah mana mengambil kira semua faktor semasa yang wujud.

Bercita-cita tinggi memang digalakkan dalam Islam. Tetapi ia mestilah dibuat berdasarkan kajian kemampuan dan disusuli dengan langkah-langkah yang realistik. Jika tidak cita-cita yang tinggi tersebut hanya akan tinggal angan-angan sahaja.

3. Jama’iyah

Takhtit Islami hendaklah mempertegaskan konsep ini sama ada dimarhalah berfikir atau dalam persoalan uslub atau diperingkat perlaksanaan. Ia menganggap individu sebagai sebahagian dari harakah Islamiyah yang tidak wujud kecuali melalui harakah Islamiyah[1]

Oleh kerana medan amal itu banyak dan bercabang-cabang, sedangkan kemampuan individu terhad, maka mestilah berlaku gabungan tenaga antara du’ah.

4. Basyariah

Perbezaan antara takhtit Islami dibandingkan dengan lain-lain takhtit ialah ia berinteraksi dengan manusia sebagai alat perubah. Manusia adalah segala-galanya. Kerana itu mengambil kira perasaannya, keinginannya, sensitivitinya, nalurinya, tindakbalasnya, kecenderongannya dan kebiasaannya. Takhtit Islami mengambil kira pengaruh itu semua kepada jiwa dan perlakuan manusia.

Ia berusaha untuk mengarahkan semua aktiviti manusia kepada pengabdiandiri kepada Allah Azza wa Jalla. Dari aspek yang lain, ia cuba mengeksploitasi seluruh keupayaan manusia, berasaskan kepada asas bahawa manusia yang sempurna ialah manusia yang memiliki keupayaan positif biar sekerdil mana sekali pun.

5. Aqa’idiah

Takhtit Islami bertolak dari titk mula aqidah Islamiyah dan ia akan terus berada di dalam ruang aqidah. Ia berkhidmat ke arah memastikan semua usaha mengarah kepada penegakan aqidah. Oleh kerana itu maka neraca syara’lah yang menghukum wasail, uslub, strategi, program dan perancangan.

6. Tarbawiah

Sifat yang menonjol dalam takhtit Islami ialah tarbiah. Ia tidak menangani semua urusan dengan tatacara ilmu pengurusan yang membawa kepada kekeringan jiwa. Sebaliknya ia kekal dalam keseimbangan di antara ta’kid dan tuntutan tarbiah imaniah seperti telus, tenang dan bersih.

7. Muruniah

Takhtit Islami mestilah fleksibel. Ia memahami perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam ruang iktibar maslahah dan dharurah. Dari itu ia mengambil kira suasana, jiwa dan tuntutan keseimbangan yang halus dalam bentuk marhaliah, yang berperingkat dan serasi.

8.Harakiah

Sesungguhnya takhtit Islami mempunyai manhaj haraki yang mampu menghadapi realiti dengan wasail sepadan dengan keperluannya. Ia bergerak mengikut keperluan, dengan berpandukan marhaliah yang berperingkat dan seimbang. Ia tidak jumud dan tidak beku sebaliknya menghadapi setiap suasana dengan harakah yang seimbang, wasail dan asalib yang baru, bertujuan untuk mentakhkikkan matlamat dan mencapai hadaf.

3. Fungsi Perancangan Dakwah

1. Penyuburan dan pengambangan potensi sedia ada.
2. Proses penyediaan kelayakan agar mampu berfungsi secara faham dan optimum.

a. Penyuburan dan pengembangan potensi yang sedia ada
Perancangan dakwah hendaklah mampu melahirkan individu muslim yang mampu memainkan peranannya di dalam kehidupan dan juga mewujudkan harakah Islamiyah yang layak untuk mengambil alih kepimpinan masyarakat dan memimpinnya dalam ruang lingkup aqidah. Menghampiri matlamat ini akan berhasil, bergantung kepada sejauh mana kita mampu untuk melakukan pembangunan pada diri kita untuk melayakkan kita keluar sebagai satu generasi rabbani yang sempurna sifatnya. Ia juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha ke arah itu.

Polisi pembangunan ini tercerna dalam program pembangunan keupayaan, kebolehan dan kepakaran serta membuat pelaburan yang sebaik mungkin terhadap keupayaan sseseorang individu. Sesungguhnya program pembangunan keupayaan merupakan satu-satunya jalan unuk mewujudkan individu yang dapat merealisasikan objektif harakah islamiah. Kerana itu proses pembangunan mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Pembersihan jiwa.
  • Membesarkan generasi faham dakwah.
  • Membangun keupayaan dari segi akal, badan, akhlak, seni dan pekerjaan..
  • Mengambil tempat dalam pelbagai lapangan dan berusaha ke arah kematangan dan kesempurnaan di bidang itu.
  • Mewujudkan kesedaran dan meramaikan anasir soleh dalam masyarakat.
  • Menghidupkan suasana kehidupan Islam dan syiar-syiarnya di dalam segenap sendi kehidupan masyarakat.
  • Membina ‘ktifa’ zati dan menyiapkan kawadir takhassusi dan segala keperluan dakwah disegenap bidang dan medan.
  • Membangunkan sumber kekayaan harakah Islamiyah. Anasir itu semua dihasilkan melalui:

*

Tawajjuh kepada Allah dan ikhlas qasad dan amal.

*

Menyumbangkan segala usaha dan sepenuh tenaga.

*

Menyiapkan qudwah untuk tarbiah afrad.

*

Menetapkan matlamat startegik yang menyampaikan kepada tujuan itu.

*

Meletakkan individu sebagai sumber tenaga manusia yang tersembunyi dan aktif pada masa yang sama.

b. Proses penyediaan kelayakan

Sesungguhnya matlamat dakwah untuk mentahkimkan syariat Allah di atas muka bumi memerlukan satu persediaan yang mantap terhadap individu dan harakah Islamiyah keseluruhannya. Persediaan itu dibuat sehinggalah individu dan harakah Islamiyah menjadi asas yang wa’ie, pelaksana yang memiliki ilmu pengetahuan, ketaatan yang tidak membuta tuli, kepimpinan bijaksana yang memilki kesedaran, ketegasan, keazaman, kesediaan, dan keikhlasan. Penyediaan ini menuntut satu usaha yang besar dan tajarrud yang tidak berbelah bagi. Dengan itu sebenarnya proses penyediaan memerlukan kepada:

1. Qiadah yang wa’ie dan bijaksana.
2. Perancangan yang sempurna dan jelas.
3. Qaedah (jundi) yang melaksanakan dengan sedar apa yang dilakukannya.

4. Hadaf Takhtit Islami

Sesungguhnya perancangan dakwah adalah perancangan yang memakmurkan muka bumi, memperbaiki kehidupan dan menegakkan hukum Allah.

a. Memakmurkan muka bumi dan memperbaiki kehidupan:
Ia memestikan:

1. Mengembangkan kebaikan sedia ada.
2. Menghapuskan keburukan yang berlaku dengan memerangi kefasadan, kumpulan yang batil dan parti yang kafir.
3. Mengarahkan kebaikan yang ada ke arah:

*

Meluaskan daerah hubungan dengan qeadah Islamiah yang ada dalam masyarakat.

*

Mewujudkan hubungan baik dengan kelompok Islam lain dalam medan.[2]

*

Kemahiran mengambil faedah dari kebaikan orang lain.[3]

*

Mengajar qaedah (pengikut) seni berinteraksi dengan kehidupan dan masyarakat agar tidak terasing dari realiti dan kehidupan bersama yang diperlukan dalam masyarakat.

b. Persiapan untuk memerintah (daulah)

1. Binaan fikrah-fikrah daulah - bersiap untuk mengambil alih daulah, menjaga daulah dan mengembangkannya.
2. Binaan haraki

* Harakah tanzim: menyiapkan tanzim untuk mengakkan sebuah daulah.
* Harakah mujtama’: mewujudkan arus Islam ke arah menuntut dan mencapai daulah Islamiyah.
* Harakah daulah: menyiapkan unit-unit khusus untuk mengambil kuasa.

3. Mengenali saiz kekuatan musuh, perancangan mereka dan uslub tipu daya mereka.
4. Menyediakan peluang atau merebutnya.
5. Kesinambungan strategi tempatan dengan strategi antarabangsa.

5. Sifat-sifat perancang dakwah

* Taqwa, wara’ dan mempunyai akhlak keimanan yang tinggi.
* Kefakihan terhadap realiti dan jangkaan masa depannya.
* Kedudukan sebagai qiadah.
* Ilmu syara’
* Pengetahuan semasa.
* Memiliki kepakaran yang mampu dicapainya.

Nota Kaki

[1] Amal fardhi dalam gabunagn jemaah maknanya indimaj dalam amal jemaah bukan indimaj jemaah dalam amalnya

[2] Semua pertubuhan yang melaksanakan satu aspek daripada aspek-aspek yang kita perjuangkan, maka kita perlu menyokongnya dari aspek ini.

[3] Manusia terbahagi kepada dua jenis; Pertama: mengambil segala apa yang ia jumpa dan mengeksploitasi segala yang berada disekelilingnya. Kedua: Lilin yang suka memberikan cahaya kepada orang sekitarnya. Kerana itu wajib mengambil berat terhadap golongan kedua kerana ia bermanfaat dan dapat menambahkan kekuatan kepada harakah Islamiah

0 comments: