Maaf Itu Sentiasa Bertapak Di Hati..~




Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



saat ip ditukar dan ana sempat mengambilnya...

ana berterima kasih kepada orang yang telah berjaya menukar IP ana sehingga ana tak dapat menggunakan internet..sebelum itu, ana memohon kepada Allah agar saudara yang terlibat diberikan hidayah oleh Allah..alhamdulillah, ana diberi sedikit ilmu tentang cyber ni (walaupun tak la sehebat rakan-rakan lain)..jadi, ana boleh trace siapa orangnya, alamat di mana, software apa yang diguna, dll...internet, dunia tanpa sempadan..hehe...apapun, ana tidak dapat menggunakan internet selama mana IP ana diguna oleh saudara yang menukarkannya...kelakar rasanya...em, tak mengapalah..dulu, email ana pernah dibuka orang..kelakar juga..ym juga pernah dibuka orang..yang ni pun kelakar juga..ada juga cubaan untuk membuka friendster..aiseh, yang ni betul-betul kelakar..apa la sangat ada dalam friendster tu..kalau setakat gambar-gambar tu, adalah...sekarang ni, ada pulak yang jenis suka tukar IP ana..yang ini paling kelakar..apapun, tak mengapalah, manusia seringkali melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan silap adalah mereka yang bertaubat...manusia boleh jadi baik..dan kadang-kadang boleh jadi kurang baik..bukan jahat ye..kurang baik...


sebelum ini sebuah blog kepunyaan seorang sahabat telah diserang habis-habisan dengan menggunakan IP ana..dan ana tidak tahu, blog mana lagikah "saudara" kita ini akan serang tetapi menggunakan IP ana..ana sangat mengenali siapa yang terlibat ini..mungkin kerana beliau geram dan marah kepada ana kerana pernah berlaku debat/perbincangan antara kami tentang pelbagai masalah termasuklah perkara-perkara melibatkan furu' atau cabang tentang akidah, fiqh dsbgnya..ana cukup benci untuk berdebat, apalagi perdebatan yang boleh memutuskan ukhuwwah sesama muslim..ana sebolehnya tidak mahu berdebat dengan sesiapa atas tajuk-tajuk "manhaj ikhwan / manhaj salafi / isu-isu jemaah" dan selainnya..



ip ditukar lagi..

mengapa saudara ana ini sengaja menukarkan IP ana....mungkin dirasakan kerana kalah dan tidak dapat berhujjah dengan ana, inilah cara yang paling baik untuk saudara kita lakukan...menukarkan IP ana, menyerang blog orang lain dan dengan itu menyebabkan seolah-olah ana yang terlibat menyerang blog orang lain..bijak lagi pandai...apapun, kepada saudara yang menukarkan IP ana, dan mengeksploitasi IP ana, ana tidak marah kepada anda..cuma, malulah dengan title anda sebagai pelajar yang menuntut di universiti tertua dunia..yang bakal memimpin anak-anak bangsa..


SELINGAN

sekadar selingan..tidak cukup dengan duit akaun ana hilang, saudara buat masalah pula dengan ana..betullah kata orang..nak belajar bersabar, datanglah ke mesir..nasib baik ana bukan jenis melatah atau cepat mengamuk...thanks ummi...dulu ana ni senang juga marah-marah..tapi sekarang tak lagi..marah ni, kalau dilayan, bertambah-tambah marah..macam bara api, ditambah pula minyak tanah+api..lagi la menyala-nyala..




nah..ini adalah resit cek balance dalam akaun ana...terima kasih kepada yang mengambilnya...ini merupakan kali ke-2 ana kehilangan wang dalam akaun simpanan ana di mesir..baik akaun simpanan dan akaun semasa..ana tak reti istilah-istilah ni..yang penting, kedua-dua akaun ni dah kosong di ambil orang duitnya...nasib baik duit tiket sempat ana keluarkan...tahun sudah, ana kehilangan LE 2500..tahun ni, pada Allah ana serahkan segalanya...


isu yang paling ketara ditimbulkan adalah isu jemaah dan manhaj..sudah-sudahlah...ana, dengan ini, berterus terang mengatakan ana salafi lagi haraki yang berpegang kepada manhaj nubuwwah, yang amat menyayangi dan menghormati tokoh syeikhul islam ibn taimiyyah rahimahullah taala juga asy-syahid imam hassan albanna rahimahullah taala anhum..mereka adalah antara orang yang amat-amat ana sayangi dan dekat dengan ana..kalau saudara atau mereka yang begitu anti / allergic dengan perkataan salafi / ibn taimiyyah, tinggalkanlah..tak perlu anda berdendam dengan sesiapa kerana Dr. Yusuf Qardhawi sangat menyayangi beliau..kecintaanku terhadap al-ikhwanul muslimin dan para salafiyyin tidak pernah pudar dari hati ana bahkan kecintaan ana membuatkan ana terus istiqamah atas jalan ini..jalan yang Al-Banna janjikan akan bertembung seribu satu kepahitan..jalan yang ditempuh para salaf as-soleh..


dan sekiranya anda juga marah kerana ana tidak mengikut susur galur tarbiah anda, katakanlah kepada dirimu, dan diriku, Allah itu tetap menjadi tujuan bersama..ana dengan ini menyatakan, ana BENCI kepada perpecahan, perbalahan, perdebatan dan apatah lagi perbincangan yang boleh merobek semangat ukhuwwah sesama kita...apapun, kepada saudara yang terlibat, setakat ni, anda seorang sahaja yang marah dengan ana dan bersungguh-sungguh menyerang ana..dan ana tidak marah kepada anda...cuma, berdiskusi itu bagus, kalau ianya membuahkan ukhuwwah..kalau tidak, ana berlepas diri..ana tidak mahu berdebat dan berbincang..dan ana sudah memaafkan anda...


menangislah atas sikap keras kita..~



11 comments:

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

subhanallah, ujian demi ujian yang menimpa nta harap dihadapi dengan tabah...

Anonymous said...

Abduh, maklumkan dan laporkan kepada pihak bank berkaitan duit lesap. Jangan biarkan begitu saja. Mungkin boleh diorang cadangkan apa2 safety precautions atau tindakakan lanjut. Or have you done it?

Teruskan sikap sabar dan pemaaf mu, semoga Allah bersama. Tapi, segera dan bertindaklah dgn bijak dan hikmah utk menjaga hak.

p/s: abduh pasti 'saudara' itu yang melakukan semua ini?

Allah Yusallim,
Abg. Abdullah

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

sebenarnya...'saudara' tu pun dah mengaku semalam..tapi dia tak mahu pula minta maaf..tak logik sungguh..buat salah tak mau minta maaf..

...dah buat dah report..alhamdulillah...tunggu dan lihat jela sekarang ni apa tindakan bank mesir nih..


jazakallah abg abdullah atas komen..

Anonymous said...

mmg ada software yg boley tukar IP org..kat UK ni sllu je jd camtu..tp,kalau dh sampai guna IP org lps tu buat hal, ni dh mlampau namanya..

tapi kelakar jugak akhi klau org duk nk buka emel enta dll..diorg ni tkde keje kot..tp org femes len citer..kuikui..

Syurahbil bin Abdul Halim said...

Alhamdulillah, i believe what you did was a right thing. Just stick to ur own principle (i mean what you really comprehend about both salafi and haraki). As long as you believe and uphold this principle, I really think that one day those people will somehow accept your ur upholding.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

thanks syurahbil..

insyaAllah..tu blog baru buat ke?

y.mercury said...

quote:"amat menyayangi dan menghormati tokoh syeikhul islam ibn taimiyyah rahimahullah taala juga asy-syahid imam hassan albanna rahimahullah taala anhum..mereka adalah orang yang PALING ana sayangi dan dekat dengan ana"

-laa yukminu ahadukum hatta akuuna ahabba ilaihi min waalidihi wa waladihi wannaasi ajma'in-

berhati2 dlm perkataan, nnt org yg x bertanggungjwb ambik kesempatan.

wslm
(cuak nk komen ni..hehe)

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

jazakallah atas teguran..

Berkata Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

“...Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang PALING HATIKU SAYANGI di kalangan mereka dan PALING dekat kepada pemikiranku..”

(Buku Kaifa Nataamul Ma'a As-Sunnah,m/s.170)

sebenarnya maksud ana begini..PALING kat sini tidak bermaksud PALING mengatasi kecintaan kepada Allah dan Rasul..sudah dimaklumi, cinta dan sayang kita kepada Allah itu tiada tandingan..tidak siumanlah bagi diri ana kiranya ana menyintai mereka yang berjuang di jalan ALLAH tetapi menafikan ketinggian cinta kita kepada yang memahyukan jalan/risalah ini dan Rasulullah yang membawanya.. :)

Dr. Yusuf Qardhawi pun menggunakan bahasa yang cantik..jangan pula ada yang berhujjah dr.yusuf kata "barangkali"..ok, sekiranya benar-benar ibnu taimiyyah paling disayangi dr.yusuf, apakah dr.yusuf telah menyanggahi hadith di atas...TIDAK PULA BERIMAN/sempurna IMAN.. :)

jazakallah atas teguran..mungkin barangkali terlepas pandang..teringat satu kaedah arab yang lebih kurang bunyinya "..perkataan yang sudah terbiasa tidak membawa maksud sedemikian.."

maksudnya, kita selalu guna perkataan tersebut, tetapi, tidak lah bermaksud sedemikian..kita gunakan paling cinta, tetapi tidaklah cinta kita kepada masyayeikh islam mengatasi cinta Allah dan Rasul..

Anonymous said...

kaedah tu ader dlm usul fiqh klau tk silap lah..

laazimul qaul..laisa qaulan..

perkataan yg dh terbiasa...tapi tk bmksud demikian..cmtu kot..ke ana salah ya akhi?

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

mcm kita kata aku PALING TAKUT kat hantu..takkan kita syirik/kufur pula..

paling takut kat sini tak sama paling takut kita pada Allah..takut kita pada hantu, kita lari..takut kita pada Allah, kita mengharap redha dan keampunan,dan kita semakin dekat..

HADITH TERSEBUT DAN KETERANGANNYA :

Kitab Fathul Bari
Syarah Imam Bukhari
No hadith : 14
Bab : Iman - Menyintai Rasul SAW adalah sebahagian dari Iman.

حب الرسول صلى الله عليه وسلم من الإيمان

حدثنا ‏ ‏يعقوب بن إبراهيم ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏ابن علية ‏ ‏عن ‏ ‏عبد العزيز بن صهيب ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏آدم ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏قتادة ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏قال ‏
‏قال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا يؤمن ‏ ‏أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

info hadith :

Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : "...Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia..."

Dikeluarkan Imam Bukhari
Bab Iman - Menyintai Rasul Sebahagian Dari Iman
No : 1/14


Imam Muslim
Bab Iman - Wajib Menyintai Rasulullah Lebih Daripada Ahli Keluarga, Bapa dan Anak
No : 1/70


Imam Nasai'e
Bab Iman - Tanda Iman
No : 8/5028


Ibnu Majah
Dalam Mukaddimahnya
Bab Iman
No : 1/16