sekadar memberitahu..
1)ana tak reti nak tag-tag orang..tak pandai.. :) hehe
2)segan la nak ceritakan macam mana ana ni join usrah..nantilah, bila orang dah panggil "ammu" abduh..masa tu dah jadi pakcik dan golongan veteran dah.. :) tengok bawah, masa tu, dah 12,000 usrah terbentuk hasil tangan kita...baru la boleh nak kongsi-kongsi cerita..sekarang ni, belum cukup untuk menggapai angka tersebut..jadi, malu lah nk bercerita tentang usaha dakwah, bagaimana usrah dll...
3)insyaAllah..segala pengalaman dakwah tu, akan dikongsi seperti member2 dakwah lain yang berkongsi dalam permainan tag diorg ni...tapi bukan sekarang lah..sebab ana kesuntukan masa untuk "tagging" ni..ana lah yang tak cukup masa, antum ana tak tahu..hehe.."..Qadd Madha Ahl An-Naum.."
ana secara peribadinya, tak membangkang..kepada rakan-rakan yang ada men"tag" ana..ana katakan, ana sebenarnya tak reti nak main tag-tag ni..bukan sengaja tak mau tag org lain atau tulis apa-apa tentang ana dan penglibatan dalam usrah...hehe..apapun, ikhwani fillah, apa yang kita tulis dalam permainan tag tu, harap kita dapat kotakan..dan, yang suka men"tag", takpelah..teruskanlah...tak menjadi masalah pun sebenarnya...sekali lagi, ana punyai masa yang kurang untuk itu...dan ana tidak membantah pun..tidak jugak menjadi masalah..teruskanlah..hehe..teringat kata-kata seorang syeikh kepada ana...kita ni banyak sungguh berteori..menulis sana menulis sini..coret sana coret sini...tapi, kita kurang praktikal...hurm...ana memikirkan kembali, apa yang ana sudah buat untuk Islam..apapun, mari ana lontarkan beberapa persoalan untuk kita renungi..
1)berapa non-muslim masuk Islam hasil usaha kita?
2)berapa ramai anak gadis yang pernah kita selamatkan daripada berzina (bukan jadi superman/superhero)..?
3)berapa ramai anak-anak adam ikut usrah hasil kerja tangan kita?
NON-MUSLIM - Al-Hijrah
KAEDAH DAKWAH
pelbagaikanlah kaedah untuk menarik para mad'u...tidak kiralah anda memulakannya dari atas atau dari bawah...memulakannnya daripada golongan atasan atau golongan bawahan..dakwah tidak mengenal darjat dan pangkat...tidak perlulah kita berdebat sesama kita, dakwah wajib dari bawah..dakwah wajib dari atas..berdebat tidak membuahkan apa-apa..tetapi gerak kerja itu sangat penting...siapapun kita, dari mana kita datang, kepada jemaah mana kita wala' kan, bergeraklah...jangan kita menghabiskan masa bercakap-cakap..ana sungguh benci akan manusia yang suka bercakap-cakap..membuang masa menyatakan kita benar...orang lain salah...kita paling a'laa...kita adalah paling ikhwan..sudah-sudahlah wahai para dai, mari kita turun padang...turun melihat betapa ramai manusia yang mati hatinya...mati akhlaknya...rosak dilacur hedonisme..tolonglah wahai ikhwani, salafi, dan para pejuang sekalian, masa untuk kita turun padang...bukan masa untuk kita banyak bercakap...
BLOGGING
budaya blogging...em, ana teringatkan seorang rakan yang ana kenali dulu..beliau sangat "gila" blogging..ana pernah bertanyakan beliau..untuk apa buat blog dan menulis-nulis dalam blog ni...dia kata..ini adalah dakwah..dan mentarbiah orang ramai untuk buat kerja islam...orang baca artikel-artikel kita, diorg terketuk hati dan tersentuh...inilah dakwah..ana tersenyum, sebab dia belum pun solat isyak lagi, tapi waktu subuh sudah hampir..ana kata padanya, cuba enta blogging pada dinding bilik enta, tulis "..solat pada awal waktu itu penting untuk tarbiah diri.."..kemudian ana menegurnya, waktu malam begini bukan untuk menulis blog, tetapi, memblogging hati kita kepada Allah..waktu-waktu beginilah kita meletakkan dahi dan kepala kita di atas tikar sejadah..waktu untuk kita bermunajat pada Allah..nak blogging, carila masa yang sesuai..moralnya, blogging lah, menulislah, asalkan perkara-perkara wajib lain kita jaga..kita berdakwah kepada orang lain, namun tarbiah diri tidak terurus..ana tidak nampak ini adalah kerja dakwah sekiranya kita tidak mengambil berat soal-soal kewajipan yang lain..ana lontarkan untuk anda semua supaya ianya difikirkan dan dihadamkan...teruslah memblogging..jangan lupa wajibat-wajibat anda..
BOLA DAN KEGILAANNYA
menonton dan menyokong kelab bola sepak...ana tak berapa suka tengok bola ni..walaupun ana menyukai kelab manchester united..tak tahu menahu pun pasal kelab ni..sokong jela..sebab dulu ada eric cantona the 7..menonton bola, meminati bola, ana pro dan kontranya..ana suka melihat gelagat rakan-rakan yang suka menonton bola dari pukul 2 dan kadang-kadang tu hingga ke pukul 5 pagi..bahagia tengok diorang bergelak sakan...ketawa...em..tapi, di sebalik bahagia tu, tercetus di hati, kalau lah tv tu dapat digantikan dengan sejadah..elok juga..tapi, ana tidak merasakan dakwah itu perlu kepada kekerasan.."wei,apa la tgk bola mlm2 cmni..gi tahajud lagi bagus!!"..Islam bukan begitu..islam itu mendidik..bukan memaksa..ramai dai yang sangat tergesa-gesa melakukan tindakan "dakwah"nya..kita perlu tahu, manusia itu berbeza, punyai hati dan naluri yang berbeza..tidak sama seperti kita...nasibnya juga berbeza...kita mungkin bernasib baik mempunyai peluang mengenali dakwah..tarbiah dan seumpamanya...mereka?
kita tidak boleh menjadikan mereka seperti malaikat yang tunduk dan patuh kepada Allah pada setiap inci arahan-NYA..manusia ada silap dan ada kurangnya...kita tidak mampu untuk menjadikan "Abduh" itu adalah "Al-Albani"...atau fatimah itu "fatimah binti muhammad"...yang hanya kita mampu, menjejaki dan menjadikan mereka contoh untuk kita ikuti..dakwah perlukan kepada berfasa...perlahan-lahan..Allah tidak mengharamkan arak sekali gus...tapi, mendidik manusia meninggalkan sedikit demi sedikit...
الفترة بعد المجاهدة من فساد الابتداء
ayuh, kita punyai masa yang terhad ya ikhwani wa akhawati fillah..jangan kata anda mempunyai masa untuk menonton movie, tetapi tidak mempunyai masa untuk ke program agama..maaf, ana tidak dapat menerima alasan dungu ini..
wassalam...
10 comments:
salam perjuangan...:)
betul2x...ana setuju dgn nta...
tag...tag...tag...
ana pun kena, haha...:P
Salam,
sekadar merapatkan ukhwah dgn 'tag'
harap-harap mcm tu... =)
tak ada masalah tag tu..ok je..tapi ana tak reti..hehehe..maaf sesangat..ramai yang tag ana..cuma tak reti la nak main tag ni..utk pengetahuna ikhwah, ukhuwwah ana dengan akhi zaini lebih daripada adik beradik..hehe..sebab akhi zaini ni seorang yang sangat mujahadah dalam dakwah..inilah yang membuatkan ana begitu sayang pada ikhwah seperti akhi zaini..dan ikhwah yang ikut serta ust emran..mereka semua memang pelik "usaha" dakwah mereka..tak kenal erti penat dan lelah...ada masa sikit, tarbiah..sehinggakan ana sendiri sempat merasainya dulu dia uia..susah nak mencari ikhwah seperti mereka..semoga ana diberi peluang sekali lagi berjumpa mereka di malaysia nanti...
tag tue apa?
Salam,
Terkejut bila anta puji ana mcm tu.Segala-gala puji-pujian hanya kpd Allah S.W.T.
Ana mcm umat Islam yg lain sedang cuba memperbaiki diri sendiri dan org lain.Harap2 berhasil."Soleh Wa Musleh".
Dah baca "Formula Solat Sempurna" oleh Ust Zaharuddin dan "Perbaiki Solat Mu" oleh Imam Ahmad bin Hanbal?
Ana syorkan sesiapa yg membaca 'comment' ni baca buku-buku yg dicadangkan di atas sebab bahasa dan hujah yg digunakan sgt menarik.
Wassalam,
Salam Ukhuwwah dari Malaysia =)
salam perjuangan...
to zaini_jb:
sorry kalau komen ana kt atas ade menyinggung nta...
ktne nk cari buku2 yg nta sebutkan2?
ana try cari online, kalu xjmpe nt kasi ana pinjam kt gombak k?:)
Pembetulan "Betulkan Solat Anda" tajuknya bukan "Perbaiki Solat Mu" oleh Imam Ahmad ibn Hanbal...
to Badrul:
"Perbaiki Solat Mu" cetakan oleh "thinker library" kalau tak silap.Ana beli kat P Pinang...=)
"Formula Solat Sempurna" boleh dicari kat jln TAR dn kedai2 yg jual buku agama.Mudah didapati sebab masih baru buku tu.. =)
buku tu ulas pasal apa ek?boleh ana tahu tak?
Salam,asif lmbt.Ulas ttg cara solat Rasulullah bersumberkan kitab2 para ulama yang muktabar dr dulu sampai skrg.Insya-Allah kalau tak sama mcm Rasulullah tetapi mampu menghampiri cara solat Rasulullah.Wallahu'alam
salam..
akh...
lama ana tak jenguk blog nta..
sumenya menarik..
tapi,
agak sukar utk dibaca...
mungkin font dgn background lbh kurg sama warnanya..
klu nta improve sket, much better..
tu pandangan ana...
maaf klu ana khilaf...
apapun, ana nak puji blog nta byk bg ana fhm byk perkara, especially hal jemaah.. tq..
wslm.
Post a Comment