mesir dan aku!

di makam pakcik Hassan

assalamualaikum..

lama sudah tidak menulis..hampir setengah tahun..termasuk harini..sudah 5 hari tidak ke kuliah..sakit perut+pergelangan tangan yang semakin membengkak..pernah aku usaha utk ke klinik atau ke hospital..pernah berada di wad berhari lamanya... bukan tidak pernah cuba utk memberitahu rakan-rakan..tetapi, biarlah sakit ini aku seorang yang menggalasnya...bukan tidak mahu lagi ke hospital, tetapi malas bermain perasaan dengan doktor dan nurse arab..kadang tertanya-tanya mengapa Allah terus-menerus membekalkan ku pelbagai penyakit..bermula dari demam, kemudiannya chest infection..bronchitis..kemudian sembuh dan didatangi pula penyakit lain seperti sakit perut dll..mungkin terlalu banyak dosa yang terus-menerus juga yang aku lakukan..

kepada ikhwah yang ada sms dan email supaya dihidupkan semula penulisan ana..ana mohon maaf pertamanya kerana tidak berkesempatan menulis sebagaimana dahulu..mungkin kesempatan masa yang agak sempit menyebabkan ana tidak menulis lagi..keduanya, ana akan cuba menulis akan tetapi akan lebih terfokus kepada beberapa isu sahaja..

terima kasih juga ikhwah, atas tarbiah yang sangat berkesan dan banyak merubah hidupku selama ini(asbab)..kesan tarbiah ini ibarat kisah seorang penagih yang bertaubat dari ketagihannya..begitulah berkesannya dakwah ini kepada diriku..dakwah ikhwan ini mampu merubah diri kita, jika kita ada keinginan utk bersamanya dan mengenalinya...dulu..sewaktu di uia dan di malaysia..bukan aku tidak pernah merasai tarbiah..tapi mungkin aku yang tidak pernah cuba utk berubah..mesir yang aku kenali sebagai bumi anbiya'..tidak lupa juga bumi firaun (ana rabbukumul a'la) telah banyak memberikan kesan dalam hidupku..tidak lupa juga mesir juga merupakan bumi yang banyak berlakunya fitnah..

mengapa al-ikhwan yang aku pilih?
anda yang bersama dengan mereka mungkin ada jawapannya..!

0 comments: