mesir dan aku 2


abu ammar "pengarang al-muntalaq" - muhd ahmad ar-rasyid ketika hari solat jenazah syeikh hasan bashir


bismillah..
beberapa persoalan yang sering menerpa di kepalaku dan sering diajukan rakan..

kenapa tidak lagi berpersatuan?

dulu di uia, aku sering berpersatuan..bermacam persatuan aku masuk dan bergiat aktif di dalamnya..FRC dan macam-macam lagi..kenapa kini aku tidak lagi aktif dalam persatuan berbentuk mahasiswa melayu / seumpamanya..mungkin aku telah tawar hati utk bersama kerana aku inginkan sesuatu yang lebih jelas..dan nampak penghujungnya walaupun ia sangat lambat bagiku..aku lebih menginginkan tarbiyyh yang ada kelansungannya..biar di mana aku dicampakkan, aku tetap berpeluang menerimanya..aku lebih seronok bersama lingkungan dakwah yang tidaklah semegah manapun..hidup bersalutkan ukhuwwah islamiyyah..sungguh indah dan manis..biarpun digelari "orang-orang tarbiah" yang tiada masa depan..aku tidak pedulikan semua itu..yang aku tahu, dakwah dan sibghah inilah yang aku yakini dan akan aku mati bersamanya...aku tidak pernah merasakan manisnya dakwah semanis yang apa aku rasakan kini..jatuhku sentiasa bersambut..lemahku sentiasa berpaut..futurku sentiasa terubat..marahku sering dilentur..nafsuku sering disekat..oleh mereka..ya, merekalah yang sering mengingatkanku..mengingatkanku pada yang menjaga sibghah ini..Yang Maha Esa..!!

pahit..jerih..susah dan sakit bersama mereka akan aku wariskan juga kepada anak-anakku nanti..teringatkan kata-kata Al-Banna kepada isteri beliau :
"Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti kita di syurga.Allah tidak akan mensia-siakan hidup kita di dunia..''

kamu adalah pelambat kebangkitan islam..!!

..ya, aku tahu dakwah dan jalan ini sungguh panjang..aku tidak akan sesekali berpatah menoleh kebelakang..tadarruj dalam dakwah itu suatu kemestian..isti'jal dalam mencapai ghayah, adalah permulaan yang membahayakan..al-fatratu ba'dal mujaahadah min fasaadil ibtida'..aku tidak mahu memulai dakwah ini dengan permulaan yang tidak jelas..dan kabur..kisah khabbab bin al-'arat sudah cukup utk ku jadikan pegangan..biarpun Islam lambat bangkit..namun aku tahu, jalan inilah yang telah Rasulullah SAW wariskan..biarpun ramai yang mengatakan kerana tarbiah inilah islam lambat bangkit...aku tidak peduli semua itu..yang pasti, Islam akan naik jua...cepat atau lambat..biar Allah sahajalah yang menentukannya..apa yang penting, sumbangan kita yang harus kita pertanyakan pada diri..Allah sesekali tidak akan bertanya tentang hasil..tetapi, tentang usaha yang kita telah laksanakan...

فعن الشعبي قال: دخل خباب بن الأرت رضي الله عنه على عمر بن الخطاب رضي الله عنه فأجلسه على متكئه وقال: ما على الأرض أحد أحق بهذا المجلس من هذا إلا رجل واحد، قال له خباب من هو يا أمير المؤمنين؟ قال بلال، فقال خباب: ما هو بأحق مني، إن بلالاً كان له في المشركين من يمنعه الله به، ولم يكن لي أحد يمنعني، فلقد رأيتني يوماً أخذوني فأوقدوا لي ناراً ثم سلقوني فيها، ثم وضع رجل رجله على صدري، فما اتّقيت الأرض إلا بظهري، قال: ثم كشف عن ظهره فإذا هو قد برص.

و عنه رضي الله تعالى عنه: شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة ، قلنا له : ألا تستنصر لنا ، ألا تدعو الله لنا ؟ قال : ( كان الرجل فيمن قبلكم يحفر له في الأرض ، فيجعل فيه ، فيجاء بالمنشار فيوضع على رأسه فيشق باثنتين ، وما يصده ذلك عن دينه . ويمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه من عظم أو عصب ، وما يصده ذلك عن دينه ، والله ليتمن هذا الأمر ، حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت ، لا يخاف إلا الله ، أو الذئب على غنمه ، ولكنكم تستعجلون ) رواه البخاري.

apakah sikap kita setelah memahami dakwah?

aku tidak menafikan amalan baik orang lain yang bekerja utk islam..mereka juga ada cara tersendiri utk melaksanakan islam..bagi mereka yang ingin berpersatuan, nah, silakan berpersatuan..bagi mereka yang ingin berjamaah, nah, silakan juga...bagi mereka pahala di sisi Allah..semakin kita beramal dan faham,sepatutnya semakin kita tahu apa itu tawadhuk..semakin kita cuba utk menutupi kesalahan saudara-saudara kita...semakin itulah juga kita cuba utk bersilaturrahmi..semakin itulah juga kita cuba utk menenangkan hati kita daripada menaburi fitnah dan menjadi penyala api sengketa...semakin kita memahami apa itu tarbiah, semakin tidak lupa kita pada orang tua..semakin hormat kita pada mereka yang telah memberikan ilmu kepada kita walaupun sebaris ayat..semakin kita merasakan jahilnya kita terhadap islam..semakin mengurangkan ujub dalam diri kita..

semakin kita mengenali dakwah..semakin itulah kita dekat dengan Penciptanya...

قوله تعالى : صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً

jazakumullah kepada semua ikhwah yang sering mengingatkan betapa jauhnya jalan kita..dan betapa peritnya berada di dalamnya..ya, aku tidak akan berpaling lagi...!!

taadud jemaah itu haram hukumnya?
anda ada jawapannya dan daku juga ada jawapan utknya..yang pasti, kebenaran itu adalah hak milik mutlak Allah yang tiada siapa boleh mempertikainya..

sekian..
wassalam..

0 comments: