Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Terangilah gelap hitam jalanku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
“....Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian
generasi setelahnya kemudian generasi setelahnya....”
(Sunan Tirmizi, Bab Al-Fitan 'An Rasulillah, no. 2147)
...............................................................
In The Name of Allah The Most Gracious and
The Most Merciful
تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا كِتَابُ اللهِ وَسُنَّتِيْ
“..aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat di belakang keduanya (iaitu) kitab Allah dan Sunnahku...”
(Hadith Riwayat Imam Malik)
Islam pernah menguasai dunia, memacu ekonomi, tamadun dan peradaban, dunia perubatan dan sains, teknologi, dan segala macam bentuk bidang yang baru. Dunia inovasi yang sarat dengan penemuan-penemuan baru yang kian melimpah-ruah ini pernah kita kuasai suatu ketika dahulu. Namun, kita lupa akan semua ini dan seronok melihat orang lain memimpin diri kita, keluarga kita, ekonomi kita, dan segala macam bentuk perkara yang terkait dengan kehidupan. Bagi kita, cukuplah dengan menanggung dan memboroikan perut anak isteri dan keluarga sahaja serta menganggap setiap inci permasalahan yang ada sebagai tiada kena mengena dan tidak menjadi kepentingan pun bagi kita untuk mengetahuinya walaupun sedikit. Dunia Islam digembar-gemburkan dengan pelbagai syubuhat, fitnah, dan segala macam bentuk kerancuan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Ummah terkadang bingung dan ada yang memilih jalan mudah sekaligus membiarkan diri terus dibawa arus fitnah ini. Fitnah yang mengalir deras ini tidak mampu ditanggung oleh mereka yang tidak memahami dan berpegang erat kepada Al-Quran mahupun As-Sunnah. Inilah fitnah yang digambarkan oleh Allah SWT dalam kitab suci-NYA :
(Al-Anfal : 25)
"...Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah(ujian) dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar..."
(Al-Anfal : 28)
Berkata Al-Imam Ibn Kathir rh dalam tafsirnya :
(Tafsir Ibnu Katsir - المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Beku Yang Menjadi-Jadi
Ummah sangat-sangat jauh dari petunjuk sunnah Baginda Rasulullah SAW. Kesannya. mereka akhirnya ditelan kepelbagaian ideology yang sarat dengan buah idea syaitan dan segala bentuk isme-isme yang berpunca daripada kecacatan akal fikiran yang TIDAK bertunjangkan Al-Quran dan sunnah Baginda SAW telah menjadi punca utama kepada kerosakan demi kerosakan yang kian melanda Umat Muhammad SAW. Liberalisme, Sekularisme, Syi'isme, Ahbashisme dan banyak lagi syaitanisme yang kini giat memusuhi agama dan tauhid ini, risalah ini. Allah Taala berfirman :
“.....Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali...."
(An-Nisa': 115)
Terbantutnya dakwah Islam kini tidak lain dan tidak bukan kerana sikap-sikap buruk yang digambarkan oleh penganut mereka sendiri yang tidak meyakinkan para pengikut agama lain. Perpecahan yang kian melata ibarat adat resam yang mulai sebati dalam jiwa ummah ini. Bahkan ianya seakan-akan sudah menjadi darah daging yang memburuk dan membusuk serta bernanah pada hakikatnya walaupun pada zahirnya tampak seolah-olah tenang. Masing-masing dengan ijtihad dan idea-idea masing-masing dengan saling tidak menghormati antara satu sama lain, bahkan lebih buruk lagi, taksub mengkhinzir buta walaupun kebenaran sepatutnya mengatasi lembayung kapalnya. Inilah kejelasan yang harus diperjelaskan kepada mereka yang masih lagi belum jelas-jelas dengan fikrah yang dibawa. Apatah lagi bila menyebut soal manhaj dan permasalahan lain yang terkait dengannya. Kemelaratan sikap ini telah meracuni fikiran para pemuda Islam yang bersemangat yang pada akhirnya mereka akan cabut lari dan meninggalkan agama ini. Jangan salahkan dan menuding jari ke arah orang lain, tapi, tanyalah kepada diri kita, apa yang telah kita lakukan bagi merealisasikan tuntutan Islam serta hak-haknya ; dakwah.
Rasulullah SAW Dalam Kenangan Yang Tidak Akan Luput
Di saat manusia melayani kejahilan-kejahilan yang kian melata, Allah Taala menganugerahi ummat ini seorang Nabi Allah dan juga Rasul-Nya yang membawa sinar menerangi kegelapan gerhana tauhid. Kehadirannya membawa rahmat yang tidak terhingga luasnya, menjadikan ummah ini terpandu dengan cahaya keimanan sehingga kehadirannya berjaya memprodukkan sahabat-sahabat yang mampu membuka Rom dan Parsi, Baitul Maqdis dan seumpama dengannya juga sanggup meninggalkan malam pertama bersama isteri untuk bersama ke medan jihad. Cahaya yang telah dihidupkan Rasulullah SAW tidak akan malap sampai bila-bila biarpun masa silih berganti dan nyawa bergalang gadai. Inilah hakikat dakwah yang diseru dan dibawa oleh para sahabat yang mendapat tarbiah secara direct daripada Baginda SAW.
(Al-Anbiya’:107)
Al-Imam Ibn Kathir ketika memberikan komentar terhadap ayat di atas, beliau menyebutkan :
(Tafsir Ibn Kathir- المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Dakwah yang berlangsung selama 23 tahun memulihkan akidah masyarakat arab serta membawa obor Islam ketika itu dibayar dengan pelbagai ujian dan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh para pengikut Nabi SAW. Pengorbanan, pahit, sakit dan jerih itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sedarkah kalian kerana usaha Baginda inilah kita dapat merasai nikmat yang tidak terhingga besarnya ini. Namun, nikmat yang diberikan Allah ini dengan mudah sahaja kita sia-siakan seolah-olah tiada apa yang berlaku sepanjang dakwah Baginda SAW di Makkah dan di Madinah. Semuanya kita bakulsampahkan tanpa sedikit pun rasa sekelumit belas, simpati, terhutang budi kepada usaha-usaha Baginda SAW dan juga para sahabat ini demi menyelamatkan kita semua daripada ancaman(neraka) pasti Allah Taala . Insan memang pelupa, apabila diberikan nikmat, mereka akan lupa untuk menghargainya, dan apabila kesusahan datang bertimpa-timpa, barulah sejadah dan masjid menjadi buruan. Beginilah umat akhir zaman yang menjadi kijang-kijang lembik serta boneka-boneka syaitan yang menari mengikut lenguk serta rentak rock alunan syaitan dalam menelusuri peredaran zaman ini.
Kegemerlapan Islam yang tersuluh kian malap bahkan semakin hari seakan tiada sinar harapan lagi untuk terus bercahaya. Inilah kerosakan yang menghantui umat Islam ketika ini. Maka, benarlah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh rh :
"..Kecemerlangan Islam itu ditutupi oleh kebodohan umatnya sendiri..."
Memang kita telah lama bodoh dan diperbodohkan oleh musuh-musuh Islam. Marah? Marahlah kepada diri kita sendiri atas sikap dan krisis jiwa kita, kejahilan kita, kedangkalan dan kelembapan kita serta kejelekan cara kita berfikir lantaran sering menjadi hamba ideology dan isme-isme terjemahan barat dan ijtihad sendiri yang kita sendiri sebenarnya tak mampu pun berijtihad apatah lagi menjadi mujtahid. Telanlah..telanlah wahai umat Islam. Kehadiran pelbagai ideology syaitan ini akhirnya akan tumbang juga suatu ketika nanti kerana tiada kalimah yang paling tinggi melainkan kalimah Allah Taala. Allah Taala berjanji dalam firman-Nya :
(Al Maidah: 3)
Ibnu Kathir berkata : “...Ini adalah kurniaan Allah Taala yang paling besar terhadap umat ini, di saat Allah telah menyempurnakan agama bagi mereka, maka mereka pun tidak perlukan lagi kepada agama yang lain dan tidak kepada nabi yang lain selain Nabi mereka SAW. Oleh kerana itu, Allah menjadikan beliau sebagai penutup para nabi. Dia telah mengutus beliau kepada bangsa manusia dan jin. Jadi, tidak ada perkara yang halal, selain yang beliau halalkan dan tidak ada perkara yang haram selain yang dia haramkan, serta tidak ada ajaran agama selain yang dia syariatkan....hingga akhir ayat..."
(Tafsir Ibnu Katsir - المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Sungguh tidak dapat disanggah lagi bahawa kebenaran Islam melangkaui kemalapan ideology-ideology barat serta isme-isme syaitan yang kian berleluasa masa kini. Tidak kurang juga ianya mengatasi sikap-sikap para pendukung Islam yang lancang mulutnya menuai benih kebencian sesama muslim, apatah lagi dalam mentakfir sesama muslim. Fitnah menfitnah telah menjadi "sunnah" para juhala' ini yang mengaku berada di atas manhaj Islam sebenar, keaslian yang tiada tolok bandingnya sehingga memperkecil-kecilkan golongan-golongan yang tidak sekapal dengannya. Kebejatan sikap ini perlu disarapkan dan dibuang dengan tanpa belas kasihan kerana perpecahan yang berlaku kini hanya menjadi fitnah dan buah hujjah buat musuh-musuh Islam lagi-lagi untuk melaga-lagakan dunia Islam yang kian malap ini.
Golongan Yang Mendapat Pertolongan
الطاءئفة المنصورة
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك
Berkata Rasulullah SAW : “...Terus menerus ada sekelompok dari ummatku yang mereka tetap nampak di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang mencerca mereka sampai datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka dalam keadaan seperti itu....”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim, Al-Imarah - Sabda Rasulullah SAW Terus Menerus Ada Sekelompok dari Umatku Yang Tetap Tampak di Atas Kebenaran, no. 3544)
Akan berdiri teguh sekelompok manusia yang akan mempertahankan Islam sedaya mungkin walaupun diserang dengan pelbagai gaya cara dan pattern bidikan oleh musuh-musuh Islam. Mereka ini akan tetap teguh di atas jalan Allah Taala, dan tetap tsabat di atas manhaj Allah ini sehinggalah nyawa dan darah mereka menjadi taruhan dan gadaian. Kelompok inilah yang akan mempertahankan Deen ini daripada dinodai oleh tangan-tangan kotor musuh-musuh Islam yang juga terdiri daripada mereka yang mengucapkan kalimah syahadah.
Dan krisis paling teruk yang jelas tampak adalah di kalangan mereka yang tidak pun faham apa yang mereka bawa dan ikuti dalam kelompok-kelompok jemaah mereka. Pertelingkahan, percakaran dan krisis label melabel kian menjadi-jadi dan virus ini kian membaluti tubuh-tubuh pejuang Islam yang masing-masing mendakwa "paling asli" dan "paling benar" sedangkan pada prinsip jemaahnya apa yang dibawanya adalah salah. Ketaksuban yang teruk melanda pencinta dakwah yang mereka semuanya mendapat tarbiah yang sama, buah fikiran yang sama, buku yang sama, tokoh yang sama walaupun berbeza cara pemahaman dan penghadaman ini sepatutnya tidak berlaku percakaran mahupun perbalahan sehinggakan menjadikan medan blogging sebagai tempat memprovoke atau mencela orang lain. Apakah bertahun-tahun mengikuti usrah, atau pengajian ilmu, daurah, atau yang seumpama dengannya menghasilkan produk caca marba ini yang suka mencaci serta mengeji orang lain. Apakah mereka kira ianya sunnah Baginda SAW dan beliau Rasulullah SAW akan memberikan pujian di saat kata-kata nista dan cacian serta fitnah tersebut ditaburkan? Apakah mereka sedar setiap tutur kata yang mereka hamburkan itu menjadi bahang yang bakal membakar mereka di akhirat kelak. Benarlah juga kata-kata As-Syahid Hassan AL-Banna rh yang ana nukilkan di sini :
“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berat
"....Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik tidaklah sebuah pertubuhan
Apakah kata-kata Al-Banna ini kita hadam dan kita fahami dengan mendalam? Kerja dakwah kita bukan menghalang orang-orang dakwah lain yang tidak sekapal (sejemaah) dengan kita, akan tetapi kita membantu, menolong, serta kita sepatutnya bersuara nyaring melaungkan risalah Baginda SAW dan membawa obor dan panji Islam serta menjadi barisan hadapan di setiap perjuangan, bukan menjadi jaguh kampung berteriak menyatakan yang itu salah dan yang ini salah dalam masa yang sama kita tidak memperhatikan diri kita apakah kita ini telah melaksanakan apa yang kita cakapkan dan bincangkan, ataupun sama-sama daurahkan.
Ayuh Membentuk Harakah Islamiyyah : Tinggalkan Virus Taksub
Bergerak secara berjemaah/berkumpulan mampu membantu mempercepat proses mengenalkan manusia terhadap Allah. Membentuk sebuah harakah Islamiyyah merupakan cara yang terbaik bagi merealisasikan hasrat ini. Perencanaan perjuangan dan methodology sesebuah gerakan Islam tidak mampu membuahkan produk yang baik sekiranya beberapa keselarasan yang digariskan di bawah tidak berjaya diterapkan. Antara ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah harakah Islamiyyah ialah :
1)Rabbaniyyah
2)Syumuliyyah
3)Inqilabiyyah
4)'Aalamiyyah
Setiap harakah yang terbentuk atas perkara-perkara di atas haruslah mencabut segala bentuk manifestasi yang terlahir daripada keberadaan thaghut yang melata di dunia khususnya dunia Islam kini. Menghidupkan sunnah perjuangan Baginda SAW dan mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah adalah dasar kepada perjuangan sesebuah harakah Islamiyyah selain mewujudkan rasa kecintaan serta ta'abbudiyyah kepada Al-Khaliq. Hakikatnya wahai manusia, Islam itu tidak akan tertegak selagi mana kejahilan manusia terhadap agama ini tidak dilunturkan. Semua ini sebenarnya menuntut kita untuk terus berjuang dan bermujahadah dan bukan lagi sibuk dengan menyatakan keaslian dan ketulenan pergerakan sendiri sehingga menolak usaha gerakan-gerakan Islam lain. Berusahalah membentuk gerakan Islam yang mampu merealisasikan janji-janji Baginda SAW yang menyatakan kebangkitan Islam pada akhir zaman nanti. Bukan berusaha membentuk sebarang permusuhan dengan mana-mana kelompok Islam yang sudah wujud. Ramai di kalangan kita yang masih menyibukkan diri dengan menghabiskan masa berdebat siapa benar siapa salah sedangkan betapa ramainya wanita-wanita kita telah rosak, anak-anak kita telah binasa iman mereka, ibu-ibu yang mengandungkan anak-anak luar nikah, dan bida'ah paling besar iaitu Sistem Perundangan Islam tidak pun tertegak lagi. Sedarkah kita, harakah yang dibentuk bukanlah untuk dijadikan bahan perdebatan, akan tetapi, untuk membawa manusia ke jalan Allah, atas nama apa sekalipun, jika harakah tersebut menepati ciri-ciri di atas, mereka adalah pejuang yang berdiri di jalan Allah. Ingatlah, hanya mereka yang bertakwa paling mulia di sisi Allah SWT. Bukanlah siapa yang paling benar mengikut tafsiran sendiri.
Wahdatul Fikrah, Tarbiyyah, Amal Islami
Keseragaman ini dituntut bagi memudahkan pelaksanaan sistem Allah terlaksana. Penyatuan fikrah, tarbiyyah dan juga amal-amal Islam menjadi aset penting bagi memastikan anasir-anasir dakwah dapat disatukan. Atas nilaian apakah usaha ini mampu dilakukan? Semuanya bergantung kepada matlamat yang sama, cita-cita yang satu, ghayah yang jelas, hadaf yang terpandu serta tidak tersasar walaupun berbeza cara dan pendekatan. Berbeza methodology serta pendekatan tidak melambangkan ummah tidak mampu bersatu. Cuma, janganlah disebabkan berlaku pertindihan ini terus-menerus memaksa kedua-keduanya untuk berundur hingga tiada siapa yang akan membawa risalah ini. Berbeza pendekatan tidak menjadi masalah, namun, sekiranya berlaku perbezaan besar fikrah Islam yang diseru, hal ini hanya akan menyebabkan manusia pening untuk memilih, beriman dengannya dan akhirnya mengambil keputusan menjauhkan diri daripada Islam itu sendiri. Sedarilah, kita semua berada di zon sangat-sangat selesa sedangkan masyarakat di luar sana terus-menerus hanyut dilemaskan oleh thaghut-thaghut yang kian bermaharaja lela.
Dr. Nik Mohd Abduh
Fakulti Perubatan Mesir - Zagazig
0 comments:
Post a Comment