PAS dan perjuangan saya...

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful...
























"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya…"



(Al Kahfi : 103-104).



Harini muncul seorang pejuang yang seolah-olah menampakkan dirinya sebagai pejuang sejati PAS tetapi tidak bersikap seperti orang PAS..datang secara tiba-tiba menyerang blog saya tanpa usul periksa dan saya di sini tidak menghalalkan sebarang provokasi atau sebarang bentuk politik semasa dimasukkan ke dalam blog saya..saya hanya ingin jadikan perbincangan ilmu hadith, sains dan Palestin sahaja ke dalam blog ini kerana saya bukanlah pemerhati politik, bukan juga ahli dalam politik Malaysia. Setakat menyokong dan membantu perjuangan, memang tidak pernah saya lekakan atau abaikan.


“Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan dia berkewajiban menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang dia ketahui bagi mereka dan melarang mereka dari kejelekan yang dia ketahui bagi mereka.”
(HR. Muslim bab Al Imarah juz 12 nombor 10/4753 dari Amr bin Ash, Nasa’i bab Bai’ah 25/4202 dari Abdurrahman bin Abdi Rabbil Ka’bah, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam As-Sahihah 3/3907 dan 1/241, Ibnu Majah dalam Al Fitan jilid 2 no. 9/3956, Ahmad 2/161 dari Amr bin Ash radliyallahu 'anhu)



Sepengetahun pendek saya, orang-orang dan para pejuang PAS selalunya bersikap menghormati dan sangat-sangat berhati-hati dalam menuturkan sebarang perkataan. Begitu juga dengan ayah saya yang berjuang di dalam JIM dan PAS. Beliau pernah bersama-sama berusrah selama beberapa tahun bersama Ust. Nik Rozi, Ust. Zulkifli Mamat dan orang-orang besar PAS..semasa beliau di Shah Alam dan ketika itu saya masih lagi kecil. Buku-buku harakah Islam tersusun indah di rak-rak buku ayah saya dan ibu saya. Buku-buku ini adalah hasil pemberian tokoh-tokoh PAS yang hatinya suci ini. Sepanjang ayah saya bekerja untuk Islam baik di dalam PAS mahupun JIM, tidak pernah terpacul dari mulutnya kata-kata kesat, cemuhan mahupun kritik-mengkritik sekiranya ada perkara yang beliau tidak sukakannya dalam perjuangan. Peribadinya inilah yang kami sekeluarga contohi. Begitu juga ummi saya, tidak pernah beliau mengutuk mana-mana jemaah selain jemaah JIM-nya. Apatah lagi beliau pernah dihalau ketika berdakwah dan terpaksa menebalkan muka ketika berdakwah kepada orang-orang UMNO di kampung mahupun bandar. Namun tidak pernah terhambur kata-kata nista terhadap para mad'unya yang tidak mahu mendengar dan mengikuti dakwahnya. Sikap mereka berdualah yang telah mendidik saya untuk tidak menghina atau memperkatakan tentang keburukan yang mungkin ada pada mana-mana individu atau perjuangan sesebuah jemaah di Malaysia. Dan saya anggap kelemahan-kelemahan ini sebenarnya kecil dan tidak ada kesan pun terhadap perjuangan PAS, JIM, ABIM, ACCIN dan lain-lain.


Wahai saudaraku yang dikasihi,


Diingatkan di sini kepada penyerang-penyerang saya, adakah anda kecewa kerana perkataan "PAS" tidak dimasukkan ke dalam link saya? Anda begitu marah dan seolah-olah tiada perjuangan PAS di hati saya..inilah sikap taksub yang paling kuat melata di kalangan "pengekor" PAS..Mari kita lihat perjuangan Ust. Nasaruddin Tantawi, Ust. Nasaruddin Mat Isa, Ust. Zulkifli Mamat, Ust. Wan Ismail, Ust. Nik Amar, dan ramai lagi pejuang PAS, mereka tidak taksub dan tidak bersikap jelek terhadap mereka yang berjuang di dalam jemaah lain. Ramai antara anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah-sekolah JIM dan ISMA. Antaranya anak kepada Hussam Musa, anak kepada Ust. Nik Amar yang juga rakan baik saya, anak kepada ramai lagi tokoh-tokoh PAS yang murni dan suci jiwa mereka. Bukan kepada golongan yang taksub dan berdarah muda tapi tidak terpimpin. Anak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga adalah seorang pejuang kepada PAS dan JIM/ISMA.


Bersikaplah dan jadilah seperti bapa-bapa dan ayah-ayah PAS kita, dan jangan jadi "pengekor" sejati yang hanya tahu menyalahkan, menyerang dan membuat tuduhan membuta tuli sahaja..Saya, adalah pejuang dan pengikut PAS yang sejati. Ribuan ringgit duit kami habiskan untuk perjuangan PAS. Anda bagaimana? Kalau duit setakat digunakan untuk membeli laptop atau ke cyber cafe dengan tujuan menjarah orang, ingatlah, duit itu akan menjadi sebahagian daripada bahan api neraka. Hidup dalam tarbiah tiada gunanya kalau tidak diaplikasikan.


Firman ALLAH SWT : ".. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani…"

(al-Hujurat : 12)

Dr. Wahbah al-Zuhaili juga tokoh kontemperer ada menyebut: wala tajassasu bermaksud jangan kami mencari-cari kesalahan dan keburukan kaum Muslimin. Jangan kamu singkap apa yang mereka cuba tutupi dan kamu cuba melihat rahsia-rahsia mereka”. Beliau juga menyebut: “Tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar...

( Al-Zuhaili, Al-Tafsir al-Munir, 255, 263/26, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991)




Saya tidak marah ketika menulis ini, tetapi saya bimbang sikap taksub ini semakin berleluasa. Jadi, saya ingatkan sekali lagi, saya TIDAK MENGHALALKAN sebarang bentuk provokasi, fitnah, tohmahan, celaan, serangan, politik kotor dimasukkan ke dalam blog saya samada dalam komen mahupun dalam cbox saya. Ketahuilah betapa susahnya orang lain membantu perjuangan kita, tetapi kita tidak menghargai mereka. Buangkanlah karat-karat jahiliyyah dalam diri kita yang masih tersisa.

Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "..
Beberapa penyakit yang sering menjangkiti umat kita ialah suka bertindak berlebih-lebihan dan di luar hukum. Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan”

(al-Baqarah : 143 )

Penyakit ini telah menulari pergerakan Islam, sehingga sikap berlebih-lebihan memuji diri sendiri, berlebih-lebihan dalam mengecam lawan-lawannya dan berlebih-lebihan dalam berbagai kegiatan lainnya.Para pemerhati melihat pergerakan Islam moden dewasa ini sangat berlebih-lebihan menilai besar kekuatannya, berlebih-lebihan menilai kelemahan lawannya, terlalu meremehkan berbagai rintangan yang dihadapi dalam perjalananan, terlalu tinggi memuji diri, terlalu rendah menilai lawan, berlebih-lebihan kalau sedang cinta dan begitu pula kalau sedang benci...."
(Di Mana Punca Kelemahan Umat Masa Kini, topik : Terburu-Buru, Al-Qaradhawi)


Dan ada di kalangan rakan saya pula tidak dapat menerima kewujudan jemaah-jemaah lain dalam Malaysia. Mari kita celikkan hati kita yang sudah keras ini dengan membaca buku-buku ini. Ini adalah buku-buku para ulamak Salafi dan pencinta sunnah yang ilmu mereka tinggi-tinggi jika nak dibandingkan dengan kita yang baru setahun jagung dalam perjuangan Islam :








Dr. Al-Qardhawi

Al-Sahwah Al-lslamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-Masyru' Wa Tafarruq Al-Mazmum (buku ni wajib dibaca oleh semua dai'e tidak kira antum jemaah apapun)


Dr. Al-Qardhawi
Di Mana Punca Kelemahan Umat Masa Kini

Dr. Al-Qardhawi
Fiqhud Daulah


As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Majmu'ah Ar-Rasaail

Syeikh Mut'ab Bin Suryan Al-Ashimi
Perbezaan antara Salaf dan Salafi

Dr. Al-Qardhawi
Aulawiyyatul Harakatil Islamiyyah fil Marhalatil Qaadimah

Dr Ibrahim bin 'Amir ar-Ruhaily
Mauqif Ahlus Sunnah wal Jamaah min Ahlil Bida'wal Ahwaa'

Syeikh Muhsin Al-Abbad
Rifqan Ahlus Sunnah Bi Ahlis Sunnah


semoga para pejuang agama Allah tidak lagi mengeringkan hati kita setelah membaca karangan-karangan dan nasihat-nasihat daripada para tokoh-tokoh Islam di atas.


Lagu di atas saya pinjam daripada imeem.com..lagu asal "you raise me up by Groban" yang banyak mengingatkan saya kepada perjuangan ayah dan mak saya yang bermati-matian ketika pilihan raya 1998 sehinggakan ummi saya terjatuh dan luka berdarah!! Darah yang mengalir ini akan menjadi bukti di akhirat kelak yang mana para pejuang Jemaah lain juga membantu para pejuang PAS. Dan kerana berjuang dalam PAS lah nama mak saya tersenarai dalam senarai mereka yang hampir-hampir diletakkan sebaris dengan nama-nama mereka yang di tahan di ISA dan namanya telah diblacklistkan pun di Kementerian Pendidikan. Tak percaya? Cekla di Kementerian Pendidikan. Dan ini adalah pesanan ummi saya sambil menanagis di hadapan saya dengan tangisan yang berderu-deru derainya...pada waktu tu jugalah kepala saya diletakkan di atas riba ummi saya dan pada waktu tu jugalah titsan airmatanya jatuh terkena pipi saya :



"..andai ummi ditangkap,
jangan mengalah dan
teruskan perjuangan
yang dibawa PAS...!!"


Malunya ummi saya dihalau dan diherdik macam binatang oleh orang-orang UMNO semasa berdakwah bersama PAS, ditendang dinding oleh orang-orang UMNO semasa sedang
berceramah di masjid, dilabel dengan pelbagai kata-kata nista, darah yang tertumpah ke bumi Kelantan ketika berjuang bersama PAS dan airmata serta wang tenaga dan kerahan sepenuh hidupnya tidak mampu dibayar oleh sesiapapun yang menggelarkan diri mereka dai'e dan hanyalah Allah jua yang dapat membalas harga semua ini..saya ulangi sekali lagi..
TIADA SIAPA YANG MAMPU MEMBAYAR DARAH YANG MENGALIR DARI TUBUH UMMI SAYA dan maruahnya apabila dihalau macam anjing kerana perjuangan ini..!!.....baik penyerang saya, mahupun sesiapa sahaja..Cukuplah tangisan orang lain untuk menyedarkan kita betapa orang lain juga bekerja untuk Islam, bukan diri kita sahaja..!

Dan buat along, abduh minta maaf kerana malam ni abduh terpaksa menangis untuk ummah yang masih lagi kabur dan tidak mengerti..thanks atas perjuangan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS dan JIM/ISMA..



Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku kiranya kami tidak berjuang di jalan-MU..Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kaumku kerana mereka ini tidak mengetahui..amin..


Dr. Abduh

43 comments:

Anonymous said...

Salam...
Umat Islam ibarat satu bangunan...

Jika rosak salah satu bahagian maka runtuhlah bangunan tersebut...

Bagi ana,
Setiap individu2 muslim mempunyai byk kelebihan2 yg boleh digunakan utk menegakkan ajaran Islam...

Tak usahlah tuduh-menuduh,
Penasihat PAS Gombak sekarang merupakan bekas Presiden JIM yg pertama iaitu Asaari Sungip.

Ust Hasan bertanding di atas tiket PAS pada pilihan raya yg lepas di Johor merupakan ayah kepada salah seorg ahli Karisma JIM yg bertugas di bahagian international iaitu akh Mujahid...

Anak-anak Allahyarham Ust Fadzil Noor iaitu Ust Amar dan Ust Fawaz sedia menerima tawaran kami utk memyampaikan kuliah tafsir di UIA...

Ana sendiri pernah beraya di rumah Ust Fawaz Fadzil Noor...dan meminjam buku2 kepunyaan isteri Allahyarham Ust Fadzil Noor...

Allahyarham Ust Fadzil Noor dan Ust Hadi Awang dulu bergerak di bawah ABIM...

Erm,mcm mane?Haruskah bergaduh sesama Jemaah ?

Kita semua bersaudara...

Utk menebarkan Islam kita harus bijak merangkaikan strategi...

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

betul..ana setuju..cumanya,ana cuba menghilangkan ketaksuban sesetengah individu..pahit maung berjuang dalam gerakan Islam dirasakan seolah-olah tiada sumbangan..sedih pun ada..

Anonymous said...

bersabarlah akhi..

hidup berjuang menempah susah.Nabi Nuh susah payah dalam dakwahnya.950tahun,lama tu.bayangkan..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

tiada yang salah dalam hal ini..PAS juga jiwaku..dan jemaah lain juga di hatiku..begitu manis ku lihat kepelbagaian ini..saling menampung kebocoran yang ada..hendak sahaja hati ini meraung sekuat hati..tapi apakan daya..masih lagi tersisa ketaksuban dalam sesetengah yang mengaku menggerakkan dakwah akan tetapi tokoh-tokohnya sendiri tidak mengenalinya serta tidak redha akan perbuatannya..ana merujuk kepada penyerang hendap..tugas mengislahkan masyarakat pun belum selesai, timbul pula masalah menembak2 mereka yang sudahpun berjuang..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ana sekali lagi tidak menghalalkan siapa yang cuba membuat provokasi di blog ana..

Anonymous said...

saya ada terbaca buku beda salafi dan salaf..

dalam tu ada menyebut fatwa ulamak-ulamak arab saudi mengharuskan kepelbagaian jemaah..menarik buku tersebut..saya beli ketika saya di indon..

Anonymous said...

wooo..panas seyh..kesian akhi abduh kita nih..dah la orang duk suruh dia kahwin2..ramai peminat la katakan..

lepas tu ada org "gila" mana datang buat kacau kat blog nih plak..aku rasa geram tahap superman dah ni..inilah kebodohan yang sudah lama bertapak di jiwa kebanyakan dai di msia neyh..

aku salute keluarga ko abduh..!hebat..teruskan perjuangan..lantakla orang nk kata apa pun..diorg dn keluarga diorg belum tentu berjuang utk agamanya..sekadar semangat kosong mcm tin kosong..

aku malu...aku malu...

membangun bersama Islam..hidup PAS!!!

Anonymous said...

aku lum tgk lagi abduh marah-marah..kalau marah macam kanak-kanak la plak..lawak..hehe..gurau ek..janganla marah abduh..ko ni hebat..kat uia pun ramai dah kenal yang ko buat keje tuk islam..pedulikan soal kecik2 nih..ko boleh pnya..!!

senyum..chak2x..kalau ko tak pernah marah masa kat uia,takkan kat mesir dah berubah angin kot..huhuhu..

jgn pukul aku woi..hehe..

Anonymous said...

prof.dr.zulkifli pakar arsenik - jim dan antara orang pas pusat

dr.danial - JIM dan giat dalam PAS

Prof.Dr.Hatta Sharom - JIM dan kuat dalam PAS

ust.muhaimin kapar - JIM dan kuat PAS

dr.lo' lo' - jim dan orang kuat Muslimat PAS

dr.nik mazian - ex-YDP JIM Kelantan skrg ni exco yg dipercayai tok guru

dr.fatah mahmood - jim dan exco juga yang diberikan kepercayaan kpd pas..dr.fatah diangkat kerana kepercayaan mendalam terhadapnya oleh tok guru..kisahnya sungguh panjang..tanya oghe2 kelate..

shaari sungip - ex-pres jim yang kini berjuang bersama PAS

ust.hasanuddin - JIM tapi ceramah kuat atas pentas PAS

dan ramai lagi..


ABIM PULA :

dr. badrul amin - abim dn bekerja byk tuk PAS walaupun PKR

Anuar Ibrahim - ABIM dalam berjuang byk tuk PAS walaupun PKR

Ust. Fadzil Noor - ABIM dan ex-pres PAS

Ustazah Fauziah - ABIM dan orang kuat Muslmat

Ust. Hadi Awang - ABIM dan pres PAS lagi gitu..

ramai lagi pejuang jemaah lain tapi berjuang utk pas..mrk mati-matian tuk Islam,tapi budak2 hingusan yang semangat muda ni tak anggap jemaah lain tu pembantu..tapi,bg mrk hanya mengganggu dkwh..diorg tk pk yg klau jemaah2 ni tkde,sudah lama berkubur PAS nih..

aku sekadar melaporkan kebenaran tuk budak2 yg taksub tuh..haha..

HIDUP PAS,JIM,ISMA,ABIM,dan lain-lain..HT aku tak sokong..hehe..

Team Banjaria said...

To fastaqim...aih...mcm kenal je(ke silap orang)...awat x sokong HT..bkan depa pejuang khilafah ka?ahaha...

Anonymous said...

mungkin budak2 nih nak orang jemaah lain masuk usrah diorg baru dikira berjuang la kot..

atau ikut semua program tarbiah macam mukhayyam baru dikira berjuang..


aku tahu, orang-orang kampung yang sokong PAS pun ramai yang tak ikut usrah pun..isap rokok tepi jalan pun ramai..tapi, takkan usaha mereka berjuang bersama PAS langsung tak diiktirf..balik-balik soal intima' jugak yang keluar...


ini duk sibuk serang orang-orang jemaah lain..pengikut jemaah sendiri pun ramai yang tak betul..kawan2 aku, pergi ceramah hijau, tapi perangai macam syaitan jugak..kapel2 jugak..berzina pun ada jugak..

aku bukan nak marah pada sapa2..cuma tak suka sikap taksub hitam buta pekat pada satu jemaah saja..mungkin diorg lebih hebat daripada para mufti hai'ah kibar ulamak atau lebih hebat daripada hasan Al-banna atau lebih mulia daripada yusuf qardhawi..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

saya tidak mahu keceluparan berlaku dalam blog saya..

saya adalah penerus perjuangan PAS,JIM,ISMA..sedikit terluka apabila membaca komen..

zaini_jb said...

Salam...
Umat Islam ibarat satu bangunan...

Jika rosak salah satu bahagian maka runtuhlah bangunan tersebut...

Bagi ana,
Setiap individu2 muslim mempunyai byk kelebihan2 yg boleh digunakan utk menegakkan ajaran Islam...

Tak usahlah tuduh-menuduh,
Penasihat PAS Gombak sekarang merupakan bekas Presiden JIM yg pertama iaitu Asaari Sungip.

Ust Hasan bertanding di atas tiket PAS pada pilihan raya yg lepas di Johor merupakan ayah kepada salah seorg ahli Karisma JIM yg bertugas di bahagian international iaitu akh Mujahid...

Anak-anak Allahyarham Ust Fadzil Noor iaitu Ust Amar dan Ust Fawaz sedia menerima tawaran kami utk memyampaikan kuliah tafsir di UIA...

Ana sendiri pernah beraya di rumah Ust Fawaz Fadzil Noor...dan meminjam buku2 kepunyaan isteri Allahyarham Ust Fadzil Noor...

Allahyarham Ust Fadzil Noor dan Ust Hadi Awang dulu bergerak di bawah ABIM...

Erm,mcm mane?Haruskah bergaduh sesama Jemaah ?

Kita semua bersaudara...

Utk menebarkan Islam kita harus bijak merangkaikan strategi...

January 10, 2008 6:57 AM

p/s:erm,napa tak keluar nama ana ye?huhu =)

Anonymous said...

salam...duh..ade org persoalkan ttg ayat dlm surah as-shof...psl jemaah tuh

hmm..yup2...teringat perjuangn yg paling best 1998..walaupon time tuh baru drjh5(baru ke????umo dah 11..huhuu..),tapi..rase bejuang tu sronok..pegi perbarisan mase percalonan tu..menyemarakkan smgt bejuang...hmm..

~thanks to abah n umi sbb didik kite cmni~...walaupon dikah x sehebat abduh...n adek bradik lain..tp,dikah ttp nk idup krn nk juangkan islam ni..

dan dgn nk perjuangkan islam ni,kite mmg x leh pecah belah..x leh nk perasan kite je yg betul..x leh nk syok sndiri.care kite je yg mampu mngubah dunia~..jika benar???ajarkanlah pade yg x betul..bukan kutuk2..bukan hina2..

jika benar kamu pnye cara betul...ajarkan kami...kongsikan cara dgn kami...

kite bejuang kene bersama...naik bersama..usaha bersama...

bile jemaah tu dah buat dakwah skit..jemaah ni dkwh skit...akhirnye ramai la masyarakat yg sedar..bile sume dah sedar..ttg perlunya jadikan islam cara hidup sebenar...barulah senang nk satukan n bntukkan khilafah islam..dan seterusnye jdkan sluruh dunia ni(ustaziatul alam) islam sepenuhnye..


kawan2..bukakkan minda..bukakkan hati~..selami perjuangan syeikh2,dr2 terdahulu..jgn sia2kan usaha mereka..jgn burukkan pejuangan mrka hny kerana sikap kite~.

andai ade dr jemaah lain2 yg tersilap..maafkanlah n nasihatilah~..smoga semuanye same2 dr redha n rahmatnye..

berjuang utk redha Allah~...
maka,tiada gelisah,tiada gundah..

panglimaislam said...

Teruskan perjuangan dengan sabar akhi Abduh.
Ana faham perasaan anta sebab ana rasa benda yang sama. Walaupun blog ana x kena serang macam anta (sbb x penah sentuh langsung bab politik ni-akan sentuh lepas ni), tp ana merasainya dalam masyarakat hari ini.
Mereka masih x faham dan moga2 mereka akan faham.
Apa2pun artikel anta insyaAllah dapat memahamkan sekurang2nya sedikit dari kalangan mereka.

Sedarlah sahabat2 semua,
Setiap jemaah yang ada, tidak lain tidak bukan bermatlamatkan untuk menegakkan Islam, jadi secara tidak langsung masing2 sebenarnya saling menampung antara satu sama lain. Tapi kenapa kita nak menjadi orang yang membocorkannya...

Ya Allah, berikanlah mereka2 ini petunjuk...

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

setiap air mata yang kita titiskan..sesiapa pun tak mampu bayar walaupun dengan darah..walaupun dengan darah..WALAUPUN DENGAN DARAH..

hati yg remuk redam ini Allah sahaja yang tahu..

buat adik ah,terima kasih kerana selalu bagi motivasi..

zaini_jb, ana tak tahu kenapa nick enta tak naik..ana memang dah agak enta yg htnr tp guna anonymous..

dalam blog ana nih, ramai sngat anonymousnya sampai ana pun tak termampu nak jawab bg mereka..semuanya sembunyi2 jer..hehe..

Anonymous said...

bukan pe..HT selalu je salahkan PAS sebab terlibat dalam politik..ini mengikut tulisan ust.nasaruddin tantawi la. beliau adalah tokoh kegemaran budak-budak PAS dan tidak pernah tak mengiyakan beliau..jadi ana pun mengiyakan dalam bab HT ni..tuan guru haji hadi pun duk tak suka dgn HT.ingt dlu masuk harakah time dia kata tkperlu dh yg lain2..hihihi

Team Banjaria said...

hihihihi fastaqim, kelakar la nta nih....skola mane dulu?to nik,sori aaa guna ruang komen ni...ade chemistry aaa dgn insan2 fastaqim nih... =) to fastaqim mai lawat blog ana or add id ym ana... xcalibur_87@yahoo.com .... minat la nak kenalan...

Anonymous said...

innaddina 3indallahil islam~..

berjuang bukan kerna jemaah...
berjuang kerana sygkan ummah..
ummah centric..kan abduh kan?abduh pnah ckp kt dikah..

(hm..u're very best bro la..lenkali bg info n tazkirah byk2 lg kt dikah..coz i wanna be like you..lot of info ttg din..isu semase..fiqh..etc.)

berjuang krn ingin pertegakkan kalimah syahadul haq..

berjuang krn inginkan ksh syg Nya dan redha Nya

berjuang krn ingin hidup sbg pemenang dan mati sbg syuhada'

bjuang krn inginkan cara idup yg berteraskan syariat islam..tidak sekular..

bejuang krn nk menjadikan kejahilan,kemaksiatan tuh PELIK di mata stiap insan (bkn cam skrg..KEBENARAN yg tampak pelik)

brjuang agar stiap manusia islam sepenuhnye...

bjuang agar diri sndiri juge islam sepenuhnye...

~tibe2 tingat study..so,stop sini~

smoga Allah merahmatiMu abgku...

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ust. nasaruddin tantawi + ust. maszlee malik + ust. hasrizal = terbina ummah yang gemilang insyaAllah...

Anonymous said...

abduh,tok sah layan budak2 nih..klau dilayan dak2 nih,smpai bila tk slsai mslh jmaah2 nih..yg penting,teruskan bergerak utk islam..tk payah sibuk2 nk ckp psl intima' la..tapi keje tk jalan..intima' je jalan..ape ke bende la nih..last2,duk serang jemaah org,ahli jemaah sndiri pun buat hal..alahai..nk kene syura dgn diorg..nk kene sembah smua kata-kata diorg..mcm ni,smpai bila pun jmaah2 kt msia tk bgerak..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

subhanallah..ana berlepas diri daripada kata-kata anonymous..bg ana,smua adlh pjuang Islam..

Anonymous said...

susah nak lihat seorang yang sangat berladang dada semacam akhi abduh kita neyh..semoga terus tabah..

Anonymous said...

Al-Baqara [2:30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Anonymous said...

begitulah dr.abduh yang kami kenali..kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...perjuangan beliau di uia juga tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun kot..kami amat berterima kasih atas nasihat2 dan tunjuk dr.abduh yang byk mengubah kekerasan kami..kekerasan yang tak bertempat..

dr.abduh,teruskan usaha..kami menanti kepulangan saudara..isu-isu palestin masih lagi terbantut tanpa dr.abduh di uia ni..

"..berpijaklah di atas tali kebenaran..."

Anonymous said...

melihat situasi ini dan berfikir dalam diam..

Anonymous said...

aiseh..saya kadang2 faham, kadang2 tak? Apa maksud ummah centric tu?

Anonymous said...

sang bertanya sebenarnya orang yang sama je tuh.bertanya sesuatu yang sudah tahu.provoke la tu namanya.


nak tahu lebih lanjut,sila bacala artikel ust.maszlee dan ust.asri.bukan artikel yg tiada kaitan dan provoke2 nih.sikit-sikit kata orang celaru,kekeliruan disengajakan,agen umno dll.


nak tahu lebih lanjut,pi masuk al-ahkam.net..hangpa tau la apa yg diperbincangkan.

wallahua'lam..

Anonymous said...

aku dah baca semua artikel ust.mazli,ust.nasaruddin,ust.hasrizal..smuanya boleh disatukan.kita je yg tk nmpk.sorang duk sokong ust.mazli,sorg duk sokong ust.nasarudin,sorg duk sokong ust.hsrizal.idea ust.mazli tu dh comel dh,tp,org yg bc tk fhm..stkat yg aku bc dn tgk vcd,ust.mazli tkde la plk duk hina amal jamaie.yg ust.mazli sarankn,amal tajammu'ie.pakat2 buat keje tuk islam.bukan buat keje tuk parti/jemaah masing2 je.yg jemaah lain,tak mau iktiraf.susah..ust.mazli suh kita tasaamuh,takaaful,ta'aawun..smua ta'a la senang citer..yg bek2 je la..aku knal ust.mazli cmne time dia ada kt matrik dlu..aku gi jgk kuliah dia wlupun aku ni ijau.

ust.mazli ckp atas praktikal..
ust.nasa atas teori..
ust.hasrizal teori+prktikal sket2..

yg penting,diorg tkde gaduh2..kita je yg duk sibuk2 caci caca marba tokoh2 ni...

Anonymous said...

udah2 ler..

sapa yg tak puas hati..pegi masuk al-ahkam.net..kat sne ada pro contranya..yg mana perkara ni dibahaskn secara ilmiah oleh para ulamak2 hadith dan fiqh malaysia..dan ramai yg menyokong ust.maszley sbb mrk kenal siapa ust.maszley dn niat ust.maszley ajak semua bersatu..bukan bpecah..tajammuie..

Anonymous said...

Syeikh Kabir Yusuf Al-Qardhawi pernah mengatakan bahawa bidaah terbesar umat Islam pada hari ini adalah tidak tertegaknya walau satupun negara Islam yang benar2 berteraskan pada syariat Islam yang syumul, bukannya perpecahan yang melibatkan perkara furu' seperti mana yang di alami oleh umat Islam pada hari ini.

Andai kata semua jemaah Islam bersatu...Insya ALLAH akan wujudnya negara Islam yang benar2 memperjuangkan syariat ALLAH di muka bumi ini.

contoh sudah terang lagi bersulu, bumi afghanistan yang di serang soviet union dapat mengekalkan kemerdekaan mereka bila mana masing2 bersatu hati terhadap misi mereka dan menggelar diri mereka mujahidin...

tetapi apabila mereka berpecah kepada Taliban dan Pakatan Utara...lihatlah sekarang, lihatlah pada hari ini...apa sudah terjadi...

bersatulah...bersatulah...dalam satu soff untuk berjuang di jalan ALLAH. ALLAHU AKHBAR !!

Anonymous said...

Abduh...jangan gusar jgn marah2 dan terus berjuang. Isbir ya akhi, Innallaha ma'a As-Sobirin.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ana bersabar dah ni pun..kalau ana tgk kepada sesetengah blog,ada aje yg guna perkataan caci maki ni..bg ana,setiap manusia ada kurang dan lebihnya..jadi,ana meraikan semuanya..alhamdulillah,ana masih belum dan tidak akan menggunakan perkataan cacian dan makian..yang nampak "over" sket.."buta hati"..tapi ana tgk kpd tulisn2 para aimmah,mereka menggunakan term ini..itu yg ana terikut2 sket tuh..hehehe..


anwar..i miss uia so much..dan bilik kita di umar al-khattab..

Anonymous said...

apa yg nak dihairankan oleh terma yang dr.abduh gunakan..Allah pun menggunakan "buta" "pekak" "bisu" "hati sakit" "fasad" "bodoh" "jahil" dan lain-lain dalam al-quran..akhi abduh dah buat yang benar dan betul pun..ok dah..tak ada yang "over"nya

uia in coming

Anonymous said...

makalah doktor abduh snts mmbuatkan aku menangis sndrian..jazakallah akh..teruskan lg mnulis..trus dkwh walau apapun rintangnnya!!

Anonymous said...

Some person dont have their answer.. so tak heran akan cuba teknik terjah kasar,, alhamdulilah bila tengok ramai yang bagi komen positif.. kesimpulannya jelas.. Bila ada memahami Islam dengan sebenar-benarnya.. Insyaallah ada akan berusaha memperjuangkan Islam..

Bila abduh sebut pasal mak... teringgat kisah dengan mak ana.. mak ana bukanlah dari golongan yang berlatar belakangkan pejuang Islam.. bahkan beliau pernah menjadi SU bagi UMNO parlimen..

Alhamdulilah dia sedar dari kesilapan itu dan keluar dari UMNO..

Selepas SPM pada tahun 2004, ana berdepan dengan perkara yang sama iaitu soal JIM dan PAS.. mana satu nak ikut?

Tergerak di hati utk bertanya pada mak.. Apa jawapan mak.. "Takde masalah dengan kedua-duanya, orang yang faham dengan Islam akan menyokong PAS, dan jika JIM mengumpul dan mendidik manusia kearah ISLAM, maka insyallah ia akan menjadi pembekal seperti kilang yng mengeluar pejuangn Islam dan seterusnya mengerakan PAS.."

Jawapan ni cukup simple, dari mereka yang tak punya sebarang asas tentang usrah atau pun harakah islamiah..

Kita yang dah besar panjang, dah baca pelbagai buku, berusrah siang dan malam, bertamrim pagi ke petang, kenapa sukar utk memahami semua ini.

Pada merka yang taksub pada PAS dan JIM.. U all mesti sedar.. bukan nama yang kita perjuang.. tetapi matlamat perjuangan itu kita usahakan..

Tiada yang sempurna maka kita perlu saling melengkapi,mcm suami isteri.. Sebut kawin boleh je faham, tapi nak aplikasi dalam kehidupan bukan main susah..

To Abduh.. Dont Angry-Angry hehe..
Teringat masa form 5 dulu.. muka abduh yang sering kemerah-merahan.. kami gelarkan ia.. Humaira Yng Tua.. hehehe..

Semua ini Sunnah Perjuangan..
Persoalan ni perlu di jawab demi masa depan yang lebih baik..

Mintak diri..
HYD

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

dlu dah tua dah zaim..sekarang ni makin tua dan makin hitam..hehe..takleh panggil humaira' dah..kene panggil yg "hitam" plak..eh?dah hitam ek?

jazakallah zaim..ana sentiasa bersama enta dalam perjuangan..teringat usrah bersama di skolah dlu..

ok zaim..ana nak exam..doakan ana..
kita kilang pengeluar insyaAllah..

wassalam

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

zaim,mak dan ayah akhi zaim memang sangat kuat dan tabah dalam dakwah..kalau tidak,masakan anaknya begitu hebat..ye tak?

zaim,orang yg berhijrah dari UMNO kadang-kadang adalah lebih baik daripada mereka yg lahir2 sudah berada dalam lingkungan perjuangan..mereka sedar akan kesilapan mereka,tapi kita?syabas utk keluarga zaim yg bertungkus lumus utk islam..

membangun bersama islam..

Anonymous said...

betul2..mereka yg berhijrah tu lebih pahamm..
diorg lebih tahu kenapa diorg pilih jalan yg diorg baru join tuh..

ape2 la..

tgk korg dulu...ukhuwah best jer..

smga terus kekal...

yup...zaim pon x kurg hebat dakwahnye n gerakannye..tgk time kt matrik...malu ade..segan pon ade~..

Anonymous said...

semoga lebih ramai yg terbuka akalnye dan hatinye~...

dik ah pnah kene serang gk..hmm..rase cam nk nangehs time tuh (serius) bukan sbb kene marah..tp sbb sedey dgn kefahaman die tuh..

hrp die dah berubah

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ana sangat suka sekiranya para dai semuanya dapat bertolak ansur..tidak umpat mengumpat..tidak mencari-cari kesalahan orang lain..tidak memandang rendah usaha dan kerja dakwah orang lain..


setiap titis peluh yang mengalir itu menjadi bukti di hadapan Allah nanti..sesiapa pun berhak berkata yang dia dalam jemaah yang benar..tapi,tiada siapa yang berhak mengatakan dirinya adalah paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah..


untuk para ikhwani, syabas atas usaha dakwah kalian..tidak kira kalian dari jemaah mana sekalipun..kalian adalah ikhwah kami dan kami juga adalah saudara kalian..


pergaduhan antara individu dai hanyalah menampakkan lagi ketidak matangan mereka dalam dakwah..

wassalam

Anonymous said...

ramai antra mrk guna teknik jarah..tpi ta'dil tak guna..jarah je retinye..


akhi jgn risau, dibelakang, ramai yang akan membantu perjuangan akhi..bersabarlah atas sgala ksulitn yg dhdpi..yang dtg serang tu mngkin yg tk fhm apa itu tntutan dkwah..

ganbatte to dr.akhi abduh..