فضل الجهاد والخروج في سبيل الله



Mahmoud Zahar



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

‏ ‏و حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏عمارة وهو ابن القعقاع ‏ ‏عن ‏ ‏أبي زرعة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال :

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏تضمن ‏ ‏الله لمن خرج في سبيله لا يخرجه إلا جهادا في سبيلي وإيمانا بي وتصديقا برسلي فهو علي ضامن أن أدخله الجنة أو أرجعه إلى مسكنه الذي خرج منه نائلا ما نال من أجر أو غنيمة والذي نفس ‏ ‏محمد ‏ ‏بيده ما من ‏ ‏كلم ‏ ‏يكلم ‏ ‏في سبيل الله إلا جاء يوم القيامة كهيئته حين ‏ ‏كلم ‏ ‏لونه لون دم وريحه مسك والذي نفس ‏ ‏محمد ‏ ‏بيده لولا أن يشق على المسلمين ما قعدت ‏ ‏خلاف ‏ ‏سرية ‏ ‏تغزو في سبيل الله أبدا ولكن لا أجد سعة فأحملهم ‏ ‏ولا يجدون سعة ‏ ‏ويشق عليهم أن يتخلفوا عني والذي نفس ‏ ‏محمد ‏ ‏بيده لوددت أني ‏ ‏أغزو في سبيل الله فأقتل ثم ‏ ‏أغزو فأقتل ثم ‏ ‏أغزو فأقتل


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

"...Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi..."

(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Berjihad dan Keluar Di Jalan Allah - no. 3484)

saya tidak tahu bagaimana hendak saya mulakan coretan saya kali ini..saya cuba mencari-cari di mana sumber berita yang benar-benar sahih boleh saya perolehi..Saya tahu, inilah hadiah bagi mereka yang berjuang di jalan-NYA..Di bayar dengan syurga Allah dan redha-NYA..Hampir setengah jam saya mencari sumber yang boleh dipercayai untuk memastikan kesahihan berita yang sampai kepada saya..saya cuba menghubungi seorang ikhwah arab di Lubnan namun mungkin kerana mungkin masalah network coverage di sana, saya tidak dapat menghubungi beliau. Akhirnya, setelah berusaha mencarinya, satu link diberikan kepada saya : Lihatlah..

Anak Bekas Menteri Luar Palestin (Mahmoud Zahar) , Hosam Zahar, 24 tahun, syahid dibunuh oleh rejim Zionist yang berhati syaitan ini. Hati ini tidak boleh bersabar lagi, tidak mungkin. Tidak mungkin bersabar lagi!! Seorang demi seorang gugur syahid dan dibunuh. Maka, ikhwani, apakah yang telah kita lakukan untuk ikhwah-ikhwah kita di sana? Jihad ini tidak akan berhenti sampai bila-bila. Yakinilah janji Allah wahai saudaraku..Inilah suatu yang pasti...Hidup mulia atau mati syahid..Itu sahajalah jalan-NYA..Saya difahamkan, ini merupakan anak yang ke-2 yang telah gugur syahid..tahniah buat ayahanda Mahmoud Zahar..


3 comments:

Ahmed Al-Sabbagh said...

very good

nice post

happy to see your blog

ahmed

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

jazakallah akhi fillah..

happy too..

May Allah bless you..

Anonymous said...

menangisinya tak ada guna..yg penting,kita usahakan jihad supaya Palestin segera capai kemenangan..