camar yang luka...




inikah yang kita mahu ulangi?..tatapilah kaabah yang dikelilingi masjid 4 mazhab ini...menangislah atas sikap keras kita....


camar yang luka kakinya...










ku tujukan buat semua kekasihku di jalan dakwah...

الا أن من قبلكم من اهل الكتاب افترقوا على ثنتين و سبعين ملة وان هذه الملة ستفترق
على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون فى النار وواحد فى الجنة وهى الجماعة

Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan umat Islam ini kana berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan dalam neraka serta Cuma satu sahaja dalam syurga iaitu Al-Jamaah.....”

(Hadith Hasan riwayat Abu Daud no. 4597 dan Ahmad, Darimi, Hakim serta Tibrani)



saudaraku.....

jangan buat diri ini menangis lagi di kala ummah terhimpit..
janganlah matikan suasana indah ini di kala masih ramai yang teraba-raba dahagakan tarbiah..
jangan kelamkan ia dengan fahaman-fahaman sempit hasil "ijtihad" sendiri...
ijtihad seorang manusia yang tidak layak pun berijtihad...


jangan saudaraku...jangan...
bahagiakanlah mereka yang masih belum merasai tarbiah ini..dakwah ini..
jangan buat ummah terus menangis kerana sikap kita..
hapuskanlah krisis-krisis hati kita....
raikanlah mereka...
mereka yang sanggup berhabis wang dan tenaga demi ummah ini..


saudaraku..
jauhilah sengketa...raikanlah mereka yang berjuang di atas jalan-NYA..
tidakkan ku sesali seumur hidupku atas dakwah ini...
namun, akan terpalit luka berdarah yang tidak akan sembuh
sekiranya ummah ini masih bertelagah
fahamilah...kita semua adalah ikhwan fillah...!
ku mohon ampunan-MU yang Allah atas luahan hati ini...ya Allah..ku tidak mampu menyambung tulisan ku ini lagi..


saya di tengah-tengah dikepit antara para tabib dan ustaz yang hebat-hebat..terasa kecil diri yang dah memang kecil ni...

dr. nik mohd abduh b nik mhd nor
mesir..

14 comments:

Anonymous said...

betul tu..!!

mari kita raikan semua jemaah kerana jemaah yang ada sekarang adalah platform sahaja untuk berdakwah..

jangan kerana taklid kepada jemaah sendiri kita menutup segala kebaikan jemaah lain..

Jemaah adalah pemudah cara..Allah adalah tujuan..dan ummah adalah sasaran dakwah kita..!! bukan pertelagahan yang menjadi isu utama..teruskan menulis akh supaya ramai yang taksub pada jemaah ni dirungkaikan pemikiran totok diorg..

Anonymous said...

jemaah = islam...

bukan buah fikiran dan hasil ijtihad sendiri yang rata-rata di kalangan orang-orang kita yang tak mampu pun berijtihad..

satukan ummah di bawah payung Al-Quran dan Sunnah..!

kepelbagaian jemaah di Malaysia mesti diraikan dan jangan dirosakkan dengan sikap taksub jemaah sendiri..dan bersatulah wahai kaum muslimin..!!

yang jeleknya, ada sesetengah individu yang menjadikan pentas ceramah untuk memaki hamun orang yang tidak sependapat dengannya..ummah, satukanlah fikrah Islammu sekalipun berbeza jemaah (platform)...

hembusan bayu

Anonymous said...

krisis jemaah sape benar jemaah sape tak asli dah makin menjadi-jadi..

mari kita satukan ummah di bawah payung Al-Quran dan As-Sunnah walaupun berlainan platform atau wajihah..

sokong dr.abduh..!

EIRE..

Anonymous said...

...tersenyumlah wahai pemuda...
sesungguhnya bebanan ini tidak akan tergalas oleh mereka-mereka yang tidak sabar atas jalan-NYA..

kami doakan akhi terus utuh memperjuangkan kesatuan ummah..menyatukan akidah salaf as-soleh...

satukan semua fikrah kepada Al-Quran dan Sunnah walaupun semuanya berada di dalam berbilang jemaah..

penulisan enta banyak menyedarkan kami hakikat kita semua adalah pejuang Allah..dan penyatuan ini takkan bisa dilaksanakan sekiranya ada yang berhati batu..hilangkanlah ketaksuban..leraikanlah ketotokan..

teruskan usaha...akhi mungkin tidak mengenali kami,namun, biarlah Allah temukan kita semua di syurga nanti..amin..!

iium - gombak

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

harap pembaca tidak sekadar membaca..

fahamilah wahai kekasih-kekasihku..

Anonymous said...

korang niyh..doktor abduh kita ni tak ske klau just baca dan sokong je..die ajak kte smua pikiaq..komenlah sesuatu yang bermanfaat..ha,kan dah tak pasal-pasal aku libas hangpa smua..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ishk..jgn cakap macam tu..

ana raikan semua..

:)

Anonymous said...

Salam...apa kabar Abduh...ingat ana lagi?...kt pernah sekali berkempen utk Palestine d matric UIA..kadang kala ke surau Ansar sekali...ana selalu surf blog anta...ari tue ana terserempak dgn anta d UIA...ana tak ingat tajuk apa talk tue...pasal comparative religion kot anjuran KARISMA...tp anta dah tak ingat muka ana kot...tak pelah ana maafkan...ERM,ana sgt terkilan...trend memandang rendah dan buruk sangke ke atas jemaah lain menjadi-jadi...satu jemaah kata kite kene mule dari asas...satu jemaah lg kate kite hanye perlu tampal aje...ada jemaah pule yg tak patuh arahan...ada jemaah dengan egonye sendiri sb die terime tarbiyah lebih awal lagi...nampaknye masalah hati d kalangan Umat Islam semakin bernanah...Ya Allah berikanlah kami hidayah =)

-ezzani iswan-

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

oh ye ke..ana lupa...minta maaf..

ada blog ke?boleh ana add kan dalam blog ana..

semoga akhi juga istiqamah dalam dakwah akhi..amin..

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

tulisan akhi abduh sering menyentuh jiwa,

menginatkan diri spy muhasabah sama ada diri ini juga dirasuki virus2 yg sama.

cara terbaik membaca ialah membandingkan apa yg ditulis dgn apa yg kita buat, bkn menuding tulisan itu kpd org2 lain//

wallahu'alam

wslm wbt

Anonymous said...

ha..kalau nak tahu..akhiy kite niyh cepat sangat lupa nama orang..kuikui..~
takdeler..gurau jer..satukan fikrah islam..!islam tiada dua..

bersabarlah atas ujian yang menimpa..well,ana nak tgk jugek cmne akhi kita niyh marah..kelakar kalau die marah..tak percaya?tanya kawan-kawan dia..hahaha.~ susah nk tgk akhiy kte ni marah..marah sket nk tgk..!

kekalkan senyuman akhiy yg selalu kami tatap..nasihat akhiy akan kami laksanakan..

buat kalian,maaf jika aku penah terjebak dalam perdebatan dan pertikaian tentang jemaah2 niyh..insaf..sob..sob..~

thanks akhiy..ur hidden article given to us has opened our minds up..

budak insaf..

Anonymous said...

betul tu abu usamah..

masa makin mencemburui kita..mari kita sama-sama berada di atas manhaj salafus soleh..manhaj ahlul hadith..jangan jadikan "jemaah" kita sebagai Deen..tapi,jadikan Islam sebagai Ad-Deen..satukan fikrah islam...jgn kerana "ideologi" kita, kita membelakangi hadith-hadith baginda SAW..semuanya kita sapu benar walaupun bertentangan dengan syarak..

perbaiki setiap kesilapan dalam jemaah kita..jadikan jemaah sebagai platform dakwah..bukan jadikannya sebagai hidup mati lalu meninggalkan sunnah..

thnks akhi abduh...

Anonymous said...

ramai orang salah faham dan menjustifikasikan hadith al-jamaah kepada jemaah sendiri.hal ini sudah berkali-kali akh kita tegur tapi masih lagi ada yang degil dan jahil.kononnya jemaah akulah yang paling sahih kerana paling tua.tapi perkara-perkara bida'ah tetap juga sesetengah mereka buat.

mari kita bersatu atas manhaj salaf,yang meraikan semua "jemaah" atau NGO di malaysia.masuklah jemaah di malaysia,tapi,jangan tinggalkan manhaj salaf.