baitul muslim..satu keperluan?







bersediakah anda?
ana setuju..antum..?

p/s : ana sebenarnya tak suka menulis blog macam buat diari..tapi harini lain sket..tetiba mai mood nak tulis blog macam diari..

gambar di atas adalah hiasan semata-mata..percubaan belajar menggunakan adobephotoshop yg paling baru..kenapa la ana ni tak reti nak buat ek?jangan komen gambar di atas...small part daripada banner yg dibuat khas utk kak sue dan abg abdullah...gantung banner tu akak..jgn tak gantung...


kembali kepada topik :


أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ

Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isetri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya....
(HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syeikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’us Sahih 3/57)

semalam ramai bertanya kenapa ana menulis tajuk ni..harini ana jawabkan..

pertama - sebab abang ana dan akak ipar ana kahwin melalui bait muslim..alhamdulillah, setakat ni, perkahwinan mereka tiada masalah dan membuatkan kitorang adik beradik cemburu habis..em, bercinta selepas kahwin, memang menyeronokkan..diorang la yang cakap..ana - no komen..makan sepinggan dan minum segelas...sape pun tak jeles..! umi abah pun boleh jadi jeles camni..

kedua - sebab akak ana nak kahwin dah..so, jadi contoh pada adik beradik lain..tiada dating-dating, tiada sunting-sunting..tiada jeling-jeling...nak kahwin, cakap kat umi abah..senang..gitu..dapat greenlight..jalan la..

utk masri pula, sahabat baik ana di uia, betul apa yang akhi katakan..ana bersetuju...

dan bagi pihak "humaira" pula, ana juga bersetuju...

cuma..kuncinya di sini...pilih lah wanita yang kita kenali kesolehahan dia..samada melalui sahabat..gurunya...atau keluarganya..insyaAllah dia adalah "masa depan" kita yang bakal membantu kita atas urusan akhirat kelak..

Rasulullah SAW bersabda :

لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَاناً ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِيْنُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الآخِرَةِ

....Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat....
(HR. Ibnu Majah no. 1856, disahihkan Asy-Syeikh Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Ibnu Majah no. 1505)

kita lihat contoh mudah..ketika Rasulullah SAW meminang Hafsah, beliau meminta melalui Umar Al-Khattab r.a..hadisnya berbunyi begini..ana tidak sempat semak di dalam kitab-kitab hadis lain..

berkata Umar Al-Khattab r.a :"..nabi SAW meminang
Hafsah kepadaku, lalu aku nikahkan beliau..."
(Sahih Al-Bukhari,ms 95 ,no.4728)

cuma, tidak semestinya melalui baitul muslim sahaja yang berkat..dengan cara lain pun, insyaAllah berkat juga dengan syarat, mengikut lunas-lunas Islam..tapi ana.MEMILIH UNTUK menggunakan jalan Baitul Muslim(belum cuba dan tak pernah cuba pun) untuk lebih memudahkan urusan...

DAN, yang paling bagus adalah wanita yang berani menampilkan diri untuk mendapatkan suami yang soleh..mari kita lihat satu kisah dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Muslim..kisah ini diriwayatkan dari jalan Sahl Ibn Saad dan ramai lagi perawi Hadis di mana telah datangnya seorang wanita kepada Rasulullah SAW, kemudian dia datang menyerahkan diri beliau kepada baginda untuk diperisterikan. Kemudian, telah datang seorang sahabat Rasulullah SAW meminta daripada Baginda SAW untuk mengahwinkan beliau dengan wanita tadi..Kemudian, Rasulullah menginzinkan sahabat tadi untuk dinikahkan kepada wanita tadi..kemudian Rasulullah menikahkan mereka..
(Sahih Al-Bukhari, ms 454, bab Kelebihan Al-Qur:an dan Sahih Muslim, Bab Nikah - 4/143)

lihat..beraninya wanita ini..so..kita semua di tahap mana ye?hehe...jangan pula kita "menggatal"..itu memang dilarang syarak..menggatal dalam erti kata mengorat sana sini..

teringat ana kisah Bagaimana Saidina Umar mahu mencarikan jodoh buat anaknya 'asim..kalau siapa nak tahu ceritanya, sila la buka buku sirah..ana tak pasti samada ِImam Al-Bukhari ada menyebut kisah ini atau tidak..tak sempat pula nak check...nanti bila diceritakan kat sini, makin ramai yang nak kahwin cepat...hehehe...sebabnya, wanita yang dicadangkan Umar r.a adalah seorang yang sangat.........
jeng-jeng...

salah satu kata-kata masyhur wanita itu adalah :

"..ان كان امير المؤمنين لا يرى فرب امير المؤمنين يرى.."

"sekiranya amirul mukminin tidak nampak, maka Rabb kepada Amirul Mukminin nampak.."

kata-kata umar ibn Al-Khattab setelah mendengar kata-kata perempuan tadi, beliau berjumpa dengan 'asim dan berkata :

" .. اذهب الى بيت فلان وتزوج بهذه البنت...اني ارجو الله ان يخرج من صلبها ا "

"wahai 'aasim..pergi ke rumah si fulan dan kahwinilah ana perempuan ini..aku mengharapkan Allah mengeluarkan daripada sulbi perempuan ini seorang yang bakal memimpin orang-orang Arab dan orang-orang 'Ajam.."

daripada hasil perkahwinan mereka ini, maka lahirlah seorang wanita bernama Laila..dan daripada Laila lahirlah Khalifah ke-5 hasil perkongsian hidupnya dengan seorang gabenor yang bernama Abdul Aziz. Dan dari perkahwinan ini, maka lahirlah dari keturunan ini seorang mujaddid bernama Umar Abdul Aziz...hebat..!!


أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنَسَائِهِمْ

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.....
(HR. Ahmad 2/527, At-Tirmidzi no. 1172. Dihasankan oleh Asy-Syeikh Muqbil rahimahullahu dalam As-Sahihul Musnad, 2/336-337)

kesimpulannya..baitul muslim pun baik...cari sendiri pun baik..tapi,kena ikut cara Islam..ana prefer Baitul Muslim..tak payah susah-susah nak cari..tapi, jangan disempitkan pula fungsi baitul muslim itu sendiri..dan jangan dijadikan jalan bait muslim sahaja yang betul dan jalan lain salah..jangan sesekali..ok kawan-kawan?..harini ana menulis dalam keadaan sedikit santai..maaf sekiranya ada yang tidak suka...


p/s : to masri - bila kita dapat jumpa lagi ye? rindu nak jumpa enta..thanks atas ilmu-ilmu sebelum ini..

wassalam..

dr. nik mohd abduh b nik mhd nor..
mesir...
10.01 pm (tapi ni dah kira ngantuk sebab subuh 4.40am)

20 comments:

Anonymous said...

setuju..itu lebih baik dan diredhai oleh Allah..insyaAllah..

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt,
humaira kalau nikah xikut baitul muslim kurang baik n kurang di redhai Allah ke?

Anonymous said...

bukan itu yg ana maksudkan.itu langkah yg lebih baik drpd dok bercintan cintun ni.terpulang pd individu..itu pandangan ana..mungkin pandangan akhi plak lain :) ana cuma nyatakan dr sudut kita seorang yg berada dalam tarbiyyah dan medan da'wah.bg ana..biarlah zauj/zaujah kita nanti turut sama berada dalam tarbiyyah dan sama2 berjuang dalam menyebarkn risalah AGUNG.itu hanya sekadar pandangan.wallahu 'alam..

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

apabila xmemilih jalan baitul muslim bkanlah bermakna memiliah jalan yg xsyari'e.

seorg wanita meminta utk berkahwin secara direct dgnnabi saw tanpa perantara, dan berbagai2 jalan yg syari'e yg ada di ajar oleh Rasulullah saw, bukan terhad kpd konsep spt baitul muslim sahaja.

maka utk menyatakan baitul muslim lebih diredhai, siapalah kita?

jalan utk mencari calon yg islam gariskan amat luas, jgn disempitkan apa yg luas itu.

wslm wbt

Anonymous said...

memilih jalan bait muslim mungkin lebih selamat..tp,tidak semestinya xsyarie guna cara lain..mana2 pun boleh.cuma ana prefer bait muslim.wallahu 'alam..

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt
hehe abduh, ana tau kisah pmpuan2.

kisah sorg ibu dgn anak pmpuan. si ibu suh anak cmpurkan susu kambing@lembu (xingt) dgn air spy nampak byk. pas2 ibu ckp amirul mukminin xnampak. wkt2 amirul mukminin terdgr perbualan si ibu n si anak. si anak jwb walau amirulmukminin xnampak tp Allah nampak.

hehe betul xdr abduh, xnak bg den hadiahke sbb telah menyudahkan cerita yang enta jdkan misteri tu.

humaira,

ana cadangkan enta baca beberapa buku yg ada skit2 hurai bab ini. antara buku yg popular dr indon ialah 'di jalan dakwah aku menikah'. ok buku ni santai skit cara dia sampaikan

konsep baitul muslim mmg ada n dipraktiskan zaman nabi saw. cuma xdle namanya baitulmuslim. apa ada pada nama kan? dan selain drpd konsep sebegitu ada byk lg cara2 yg dilakukan zaman nabi saw yg mendapat endorsement drpd nabi saw sndiri ataupun paling kurg melalui sunnah taqriri baginda saw.

nk cite cni pnjg, sng cite alau kita g direct kt org yg kita suka n ajak dia kahwin pun adalah salah satu cara yg di endorse oleh nabi saw sebgmana sorg pmpuan yg g ajak nabi kahwin.

gi2 gak style org2 tua kita carikan jodoh pun ada zaman nabi, style ustaz2 carikan jodoh pun ada zaman nabi, style kta cari sendiri pun ada zaman nabi, hatta cite org kapir nk kawin org islam pun ada zaman nabi. smpkan pmpuan tu jdkan pengislaman sbg maharnya! sapeye pmpuan tu abduh, ana lupa, tp yg ana ingt laki yg dia kahwini tu abu talhah ke? xbrape ingatle.

so islam fleksibel dalam hal ini.

dan bila nak praktis style manapun ikutlah sunnah nabi, kalau g approach direct, jgnle g ajak dia dating lak, kalau ibu bapa carik, jgnle g paksa anak2, kalau ustaz carik, jgnle paksa si murid, kalau naqib cari, gnle main sorok2 xnak bg kenal dgn pasangan, suh setuju dulu, bile stuju baru nk tunjuk pic n bwk jumpa si polan yg nk jd pasangan tu. kan ke haru biru bile xikut sunnah nabi. lawa mana style nk mencari jodoh, bile xikut sunnah nabi, kelam kabutle.

sbb ada dulu ana terbaca cite bdak2 yg ikut usrah n murabbi dior uruskan le isu jodoh. punyele dasat, wkt dia tanya pmpuan2 setuju xnak kwin dgn si polan, pmpuan2 mintakle gambar sbb nak taule sape plak yg nak kawin dgn aku ni. tp si org tgh ni xnak bg gambar atau bgtau sape laki2, sbb alasannya dia kata takut kalau pmpuan u tolak, jatuhle air muka laki2. aduh! sudah menyimpang jauh dr sunnah nabi cara begini.

apatah lg cara dating sana sini, mmg 1000 km jauh dr sunnah nabi saw.

bila ikut sunnah nabi, kita akan nampak begitu fleksiblenya islam, bg keluasan camne cara nk cari pasangan. dlm masa yg sama xterlalu bg kebebasan smp sblm kawin mcm dah kawin, dan xjugak menjd terlalu jumud smp xleh nk jmpa pasangan, tgk dia, bekenalan.

wal

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...
This comment has been removed by the author.
nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

mari kita lihat pula, siapakah abu thalhah di sisi Rasulullah SAW..

Hadis pertama :

Anas bin Malik berkata:
"Abu Thalhah adalah seorang sahabat Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah berupa pohon kurma. Hartanya yang paling dia senangi adalah taman Bairuha’ yang letaknya menghadap ke masjid. Rasulullah SAW biasa memasuki taman itu dan meminum airnya yang bagus..."

Anas berkata: bahAwa ketika turun firman Allah yang berbunyi: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai..."

Abu Thalhah berusaha menemui Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman: ‘Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai...’ Harta yang paling aku cintai adalah taman Bairuha’ dan aku ingin menyedekahkannya untuk Allah dengan harapan aku BOLEH memperoleh kebajikan-Nya dan menjadi simpanan di sisi Allah. Lakukanlah sesuatu, wahai Rasulullah, terhadap taman itu sesuai dengan yang dirEdhai Allah..."

Rasulullah SAW berkata: "Wah, harta itu banyak mengalirkan pahala kepada pemiliknya atau banyak menghasilkan untung...." (Abdullah ragu): "Dan aku telah mendengar dan Faham apa yang baru kamu katakan. Menurutku, sebaiknya kamu berikan saja kepada anggota keluargamu yang terdekat...." Abu Thalhah berkata: "...Akan aku laksanakan, wahai Rasulullah...." Lalu Abu Thalhah membahagikan harta yang paling dicintainya itu kepada kaum kerabatnya yang terdekat, dan juga kepada keponakannya...."
(HR Bukhari dan Muslim)

hadis kedua :

Anas r.a. berkata: "Ketika terjadi Perang Uhud, banyak pasukan Islam yang lari meninggalkan Nabi saw. Tetapi, Abu Thalhah tetap bersama Nabi SAW dan dia melindungi nabi SAW dengan sebuah pedang miliknya. Abu Thalhah terkenal sebagai seseorang yang mahir dalam urusan memanah dan juga sangat berani. Pada waktu itu Abu Thalhah membawa dua atau tiga busur sekaligus. Namun sayang dia kehabisan anak panah. Untungnya pada saat itu, ada yang memberinya anak-anak panah. Sementara itu Nabi SAW melihat ke luar untuk melihat keadaan pasukannya yang sudah kacau bilau. Lalu Abu Thalhah berkata: ‘Wahai Nabiyullah, demi bapa dan ibuku, jangan engkau lakukan itu. Saya tidak ingin engkau menjadi sasaran anak panah musuh, biar leher saya saja yang terkena, asal jangan leher engkau …’ Pedang sempat jatuh dari kedua tangan Abu Thalhah dua atau tiga kali...."
(HR Bukhari dan Muslim)

lihat, inilah didikan Rasulullah SAW dan juga hasil kerja keras isterinya Ummu Sulaim menjadikan beliau seorang mukmin sejati..

kita bagaimana?mahukah kita isteri yang suka berfoya-foya? atau isteri yang jenis tidak membantu dakwah suami..? atau yang jenis banyak bercakap pasal Islam, tapi kurang pula amalannya...

fikir-fikirkan...

"..ku menanti ummu sulaim ke-2.." dr.nik abduh..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

kepada sahabiah sekelian..

contohilah ummu sulaim...ok?

:)

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ye masri..benar tentang kisah tersebut..

ada 2 kisah yg dijadikan contoh di sini..:

1)abu thalhah jadikan pengIslamannya sebagai mahar perkahwinan dengan UMMU SULAIM..kisah ini sangat famous dan dinukilkan dalam banyak kitab sirah..

nama beliau adalah : Rumaisha’, Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar al-Anshariyyah al-Khazrajiyyah..

kisahnya begini akhi..sila betulkan sekiranya silap :

apabila lamaran ditawarkan oleh Abu Thalhah kepada Ummu Sulaim, Ummu Sulaim pun menolak dengan berkata: “Sesungguhnya tidak boleh bagiku menikah dengan orang musyrik. Ketahuilah wahai Abu Thalhah bahwa tuhan-tuhan kalian adalah hasil pahatan orang dari keluarga fulan, dan sesungguhnya seandainya kalian mau membakarnya maka akan terbakarlah tuhan kalian...."

Abu Thalhah merasa sesak dadanya lepas dengar kata-kata Ummu Sulaim, kemudian dia berpaling mukanya sedangkan dirinya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah dia lihat dan dia dengar. Akan tetapi cintanya yang tulus mendorong dia kembali pada hari berikutnya dengan membawa mahar yang lebih banyak, roti maupun susu dengan harapan Ummu Sulaim akan luluh dan menerimanya.

Akan tetapi Ummu Sulaim adalah seorang da`iyah yang cerdik walaupun dibentangkan dihadapannya harta, kedudukan dan laki-laki yang masih muda (abu thalhah), dia merasakan bahawa keterikatan hatinya dengan Islam lebih kuat dari pada seluruh kenikmatan dunia.

Beliau berkata dengan sopan: “Orang seperti anda memang tidak mungkin ditolak, wahai Abu Thalhah, ini kerana engkau adalah orang kafir sedangkan saya adalah seorang muslimah sehingga tidak baik bagiku menerima lamaranmu...”

Abu Thalhah bertanya: “lantas apa yang anda inginkan?”, beliau balik bertanya: “Apa yang saya inginkan?”. Abu Thalhah bertanya: “apakah anda menginginkan emas atau perak....?”. Ummu Sulaim berkata: “Sesungguhnya aku tidak menginginkan emas ataupun perak akan tetapi saya menginginkan agar anda masuk Islam....”.

“Kepada siapa saya harus datang untuk masuk Islam?”, tanya Abu Thalhah. Beliau berkata: “Datanglah kepada Rasulullah untuk itu!”. Maka pergilah Abu Thalhah untuk menemui Nabi yang tatkala itu sedang duduk-duduk bersama para sahabat. Demi melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah bersabda:

“Telah datang kepada kaliaan Abu Thalhah sedang sudah tampak cahaya Islam dikedua matanya”.

Selanjutnya Abu Thalhah menceritakan kepada Nabi tentang apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim, maka da menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keislamannya.

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Ummu sulaim berkata:
“Demi Allah! orang yang seperti anda tidak mungkin untuk ditolak, hanya kerana engkau adalah orang kafir sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mahu masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta yang selain dari itu....”.

Sesungguhnya ungkapan tersebut mampu menyentuh perasaan yang paling dalam dan mengisi hati Abu Thalhah, dia bukanlah seorang wanita yang suka bermain-main dengan rayuan-rayuan kemewahan, sesungguhnya dia adalah wanita cerdas, dan apakah dia akan mendapatkan yang lebih baik darinya untuk diperisteri, atau ibu bagi anak-anaknya...?”

Tanpa terasa lisan Abu Thalhah mengulang-ulang: “Aku berada di atas apa yang kamu yakini, aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi Muhammad adalah utusan Allah”.

Ummu Sulaim lalu menoleh kepada puteranya, Anas dan beliau berkata dengan suka cita kerana hidayah Allah yang diberikan kepada Abu Thalhah melalui tangannya: “Wahai Anas! Nikahkanlah aku dengan Abu thalhah”. Kemudian beliau pun dinikahkan dengan Islam sebagai mahar..

beberapa sumber :
1)Dari Tsabit al-Banani, dari Anas, dia berkata: "Abu Thalhah meminang/melamar Ummu Sulaim. Ummu Sulaim berkata: ‘Demi Allah, orang seperti kamu ini, wahai Abu Thalhah, tidak mungkin ditolak. Cuma sayangnya kamu masih kafir, sementara aku adalah wanita muslimah. Tidak halal bagiku kawin denganmu. Tetapi jika kamu mau masuk Islam, maka itulah maskawinku, dan aku tidak akan meminta yang lain lagi kepadamu (padahal Abu Thalhah adalah orang Anshar yang paling kaya karena kebun kurmanya di Madinah).Akhirnya dia masuk Islam dan itulah yang dia jadikan mahar untuk mengawini Ummu Sulaim." Tsabit al-Banani berkata: "Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim."
(HR an-Nasa’i)

2)Rasulullah saw. bersabda: "Aku masuk ke dalam syurga, lalu aku mendengar suara langkah orang berjalan. Aku bertanya: ‘Siapa itu?’ Mereka (para malaikat) menjawab: ‘Dia adalah al-Ghumaisa (wanita yang mudah menangis) puteri Milhan...."
(HR Muslim)

Jabir bin Abdullah mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Diperlihatkan kepadaku surga, lalu aku melihat isterinya Abu Thalhah..."
(HR Muslim)

alangkah tersentuh ana membaca kisah Ummu Sulaim dan Abu Thalhah..sesungguhnya diri ini mencari Isteri yang sifatnya teguh seperti Ummu Sulaim, menyokong kerja-kerja dakwah seperti khadijah..biarlah diri ini tidak sempurna mana pun, asalkan masa depan yang terbentuk lebih mewarnai suasana dakwah itu sendiri..


kisah ummu sulaim ini ana petik daripada kitab sahih imam bukhari dan imam muslim..dari hadis riwayat Anas B. Malik..

2)kisah kedua adalah kisah akhi shah kirit yang nak masuk islam PADA AWALNYA kerana wanita muslimah..kisah selanjutnya,sila dapatkan CD beliau..hehe..

.................

anta telah menjawab rahsia kisah Umar R.A..jadi,sebagai hadiahnya,tunggu ana balik dan ana belanja makan...tapi tak leh nak janji la..ntah bila dapat jumpa ye..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

Ibnu Abdil Barr mengatakan bahwa para ahli sirah berbeza pendapat mengenai nama Ummu Sulaim yang sebenarnya, apakah namanya Sahlah, Rumailah, Rumaitsah, Unaifah, ataukah Mulaikah? Akan tetapi, yang jelas julukannya ialah Rumaisha' atau Ghumaisha'...
(sila antum lihat : (Lihat Kamus Kontemporer hal 992, 1360)

Ia termasuk salah satu wanita penghuni Jannah, sebagaimana tersirat dalam hadis : Dari Jabir R.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "...Ketika aku masuk Jannah, tiba-tiba aku melihat di sana ada Rumaisha', isteri Abu Thalhah." (HR. Al-Bukhari)

Dalam hadis Anas R.a dikatakan, bahawa ketika masuk Jannah, Nabi SAW mendengar suara terompah seseorang... "..Suara siapa ini?" tanya beliau. Kata para malaikat, "...Itu adalah suara Ghumaisha' binti Milhan, ibunda Anas bin Malik..." (HR. Muslim no 3403; Muslim no 4494)

utk memudahkan pembacaan, sila semak kitab hadis yang sahih bukhari dan muslim..

Menurut az-zahabi, Ummu Sulaim meriwayatkan 14 hadits dari RAW. Satu di antaranya muttafaqun 'alaih, satu hadis yang khusus diriwayatkan oleh Al-Bukhari, dan dua hadis oleh Imam Muslim.

Ummu Sulaim wafat pada masa kekhalifahan Utsman bin Affan R.a. Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam Firdaus yang tertinggi, beserta para Nabi, Siddiqin, Syuhada', dan Solihin...

wahai muslimah semua...jadilah seperti ummu sulaim...

Anonymous said...

patutnya ko memang layak guna baitul muslim.ramai sngat suka kat ko..ahaha..~

Anonymous said...

Assalammualaikum...kepada humaira tak usah penat berhujah...buat penat anti je...kepada hamba Allah yg rajin membalas hujah2 humaira'...ingatlah meskipun kite selalu ke kuliah2 agama dan bertalaqi dengan guru2 yg arif...tak bermakne kite boleh memandang rendah sahabat2 yg mengikuti usrah...ana kagum dengan sahabat2 yg mengikuti usrah...rajin berpuase, rajin qiyam ,rajin membace quran,dan berakhlaq mulie...ramai d kalangan umat Islam d Malaysia yg berilmu tapi cume segelintir sahaje yg beramal dengannye.Dikalangan sahabat2 yg mengikuti usrah kebanyakkannya mempunyai ilmu agama Islam yg sgt baik dalam waktu yg same mengamalkan apa yg d pelajari...

Imam As-Syafie pernah menegur ketike di zamannya "Kamu semua terlalu sibuk dengan masalah fiqh sehingga melupakan Al-Quran" rujuk Kitab Riwayat Imam Syafie oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Semaklah diri kita sejauh mana kite telah mengamalkan Sunnah Rasulullah...Qiyam???Berpuasa???Tilawah Quran???Senyum???Solat Witir???Solat Fajar???Menangis ketike solat???Menjauhi persengketaan???

Adakah salah jike kite berdoa selain dari doa yg ma'thurat...???Jika selepas tahiyyat akhir sebelum salam kite di benarkan berdoa dengan doa yg direka dlm b arab...inikan pula di luar solat... =)

Fikir2 kan =)...

Anonymous said...

sambungan,
aslm wbt,
Sheikh Sayyid Sabiq,
Sheikh Muhammad Al-Ghazali,
Sheikh Dr Qardhawi, dan

dan yg tak mampu ana nyatakn d sini...

mereke semue mengingkuti Usrah...
Alhamdulillah,dengan tarbiyah yg d peroleh mereke menjadi manusie yg disegani oleh musuh2 Islam...

fikir2 kan... siapalah kita :)

Anonymous said...

correction

Imam As-Syafie pernah menegur ketike di zamannya "Kamu semua terlalu sibuk dengan masalah fiqh sehingga melupakan Al-Quran" rujuk Kitab Riwayat Hidup Imam Syafie oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

manusia xbernama,

ada sesiapa di sini yang menghina sistem usrahke?

ada sesiapa di sini diskus bab doa dlm al-ma'thuratke?

rasanya di sini diskus bab baitul muslim.

peace dr abduh:- jauhi sengketa.

wslm wbt

Anonymous said...

Minta maaf Masri :)

Anonymous said...

ehe..hot jugak ye..kuikuii

duh..dikah copy cite talhah letak kat blog ye..ekek

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

anonymous...

saya tidak berhasrat untuk menjadikan blog saya tempat bertempur pandangan..

saya tidak teragak-agak untuk memadamkan sebarang unsur pergaduhan di dalam blog ini..

beginilah,baik yang mengikuti usrah atau tidak..semuanya atas nilaian Allah..

DIA yang berhak mempersoalkan tentang diri kita menangis ke tak dalam solat..hanya DIA yang tahu tentang kita..ok?

saya lebih suka orang memperbetulkan artikel saya sekiranya ada kesilapan dari segi pembacaan saya..dan dari segi rujukan yang saya letakkan..penat lelah saya ke perpustakaan utk mencari rujukan dan bertalaqqi hanya sia-sia sekiranya perbincangan tidak berbalik kepada apa yang saya tuliskan..

senyum-senyumlah semua...
wassalam

dr.abduh

suhailsufian said...

Salam,
Alhamdulillah sebuah post yg berani melawan arus liberal dan sukular yg kuat zamana kini.

Sedikit perkongsian pengalaman stand ana mengikut bait muslim sehingga ke hari ini, alhamdulillah tiada penyesalan.

Memang peringkat awal sgt gharib tetapi jika proses bait muslim ini diperhalusi ana berani cabar mereka yg mampu berikan kepada ana cara yg lbh baik.

Bukan berniat mengatakan yg lain tidak baik, ijtihad ana ia lebih baik dari yg baik. Wallahu a'alam

http://suatuharinanti.wordpress.com/2008/07/03/bermulanya-sebuah-kisah-cinta…/