mesir - ardhul kinanah yang terukir kisah-kisah dakwah para pejuang Islam..bumi tertubuhnya jemaah al-ikhwanul muslimin..harakah Islamiyyah yang kini masih kembang mekar dan tarbiahnya dapat dirasai oleh setiap mereka yang tidak melepaskan peluang bersama pejuang-pejuang tajdidud din ini..alangkah ruginya mereka yang hanya datang ke sini untuk belajar dan memenuhi tuntutan kerajaan untuk pulang membawa segulung ijazah kemudian bekerja di bawah kerajaan dan kemudian mengenyangkan perut anak isteri semata..
menggerakkan dakwah Al-Ikhwanul Muslimin agak sukar di bumi Mesir ini kerana dikatakan suasana mesir ini masih lagi di tahap darurat..sekatan demi sekatan dikenakan kepada para pejuang al-ikhwanul Muslimin..pernah terjadi di hadapan mata ana sendiri salah seorang pejuang Ikhwan ditangkap semasa membeli buku-buku ikhwan di salah sebuah toko buku...inilah hakikatnya mesir bagi siapa yang mengenalinya..
pernah suatu hari ana berjalan membeli-belah di sebuah pasar berhampiran kawasan yang dipanggil "mahattoh" dalam erti kata lain perhentian teksi, kereta sewa jarak jauh dan macam-macam jenis kenderaan lagi..tatkala ana melintasi salah satu masjid yang tertera di dindingnya kalimah "Al-Islamu Hual Hal"..ana cuba mendekati masjid tersebut dan secara kebetulannya, azan asar berkumandang..menyedari betapa pentingnya menunaikan solat di awal waktu, ana mengambil keputusan untuk solat di masjid tersebut..apa yang menyeronokkan adalah, solat di Mesir jangka masanya adalah berbeza dengan di Malaysia..bacaan imam sangat panjang dan memudahkan kita untuk merasai kekhusyukkan solat..alangkah bagusnya sekiranya ianya dipraktikkan di Malaysia..namun, terlintas di hati ana satu hadith Rasulullah SAW yang ana baca di dalam Kitab Imam Al-Bukhari yang berbunyi demikian :
"..Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (yakni menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana ada di kalangan mereka yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan...."
(HR. Bukhari dan Muslim)
setelah menunaikan solat..ana cuba mengambil masa sedikit menenangkan kekalutan jiwa yang kusut dek terpaksa menghafal terma-terma dan segala macam teori-teori perubatan dengan membaca beberapa muka surat al-quran..setelah setengah jam di masjid tersebut, ana mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun hati ana masih lagi nak "bershopping"..sebaik sahaja melangkah keluar dan melabuhkan punggung di kaki lima masjid, tangan ana disentap dan ditarik oleh seorang anggota Polis yang mukanya nampak seakan-akan marah kepada ana..
pada awalnya, ana menyangkakan dia tersilap orang, namun, kata-kata yang mula-mula keluar daripada mulutnya adalah satu pertanyaan yang menyebabkan banyak adrenaline yang dirembeskan....
"apakah engkau orang Malaysia?"..ana menjawab, "..ya..kenapa?"..polis tadi menarik ana ke tepi dinding dan bertanyakan soalan yang ana tidak jangkakan.."apakah engkau mengikuti Al-Ikhwanul Muslimin..?".."Apakah engkau mengenali Hasan Al-Banna..Umar Telmesani.."...Terkedu ana seketika ketika mendengar soalan tadi..ana pantas menjawab,"..errr...setahu aku, Hasan Al-Banna adalah orang yang bertanggung jawab menyusun doa-doa dan membukukannya dan ianya dipanggil Al-Ma'thurat.."..dia bertanya lagi.."lagi, apa yang engkau tahu tentang dirinya..?"..ana menjawab, "..ana tidak tahu lebih daripada itu.."
kemudian polis tadi mengisyaratkan tangan dan jarinya supaya tidak mendekati masjid itu lagi sambil membunyikan mulutnya "chuk..chuk"..(orang yang belajar di Mesir sahaja yang tahu kot)..kemudian polis tadi melepaskan tanganku yang dipaut erat..terasa seperti mahu menampar sahaja muka polis tadi kerana tidak menghormati "orang luar"..namun, teringat pula Allah meminta hamba-hamba-NYA bersabar pada setiap keadaan..ummi sering mengingatkan supaya bersabar dan tidak pernah ana lihat kesabaran yang sangat hebat melainkan pada ummi yang sudah tentu dihinggapi dengan ujian-ujian menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat..ya Allah, ana cuba untuk mencontohi dirinya..amin..
[kesabaran para anbiya' dan rasul dan sahabat Rasulullah sudah tentu tiada tandingannya]
dakwah dan risalah...
teringat ana akan satu hadis Rasulullah SAW :
"..Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan dia berkewajipan menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang dia ketahui bagi mereka dan melarang mereka dari kejelekan yang dia ketahui bagi mereka....”
(HR. Muslim bab Al Imarah juz 12 nombor 10/4753 dari Amr bin Ash, Nasa’i bab Bai’ah 25/4202 dari Abdurrahman bin Abdi Rabbil Ka’bah, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam As-Sahihah 3/3907 dan 1/241, Ibnu Majah dalam Al Fitan jilid 2 no. 9/3956, Ahmad 2/161 dari Amr bin As r.a)
..ijazah dan risalah..dua perkara yang sering menghantui mereka yang bergelar dai dan sekiranya tidak difahami secara jelas, memungkinkan ia menjadi dilema kepada diri..bagi mereka yang hanya memikirkan soal akademik sahaja dan tidak mahu memikul risalah, mereka tidak pantas untuk memikirkan soal dakwah, tarbiah dan sebagainya..namun bagi diri ini yang dibesarkan dalam suasana keluarga dakwah..tidak dapat tidak, ana perlu mewajibkan diri untuk memikul tanggungjawab dakwah ini..melakukan dua perkara dalam satu masa amatlah menyukarkan melainkan mereka yang berkebolehan dalam melakukannnya secara serentak...namun, dilahirkan sebagai insan yang sentiasa ada kurangnya, memungkinkan ana terkadang mengeluh..merintih..berdialog dan bermonolog kepada diri sendiri mengapa harus aku terjun dalam relung dakwah ini..mengapa beban dakwah ini tidak dipikulkan pada orang lain walaupun pada hakikatnya kita semua wajib berdakwah..
perjalanan yang panjang memakan masa selama 2 jam lebih semata-mata untuk menghadiri usrah/liqa' bersama sahabat pada awalnya dirasakan menyusahkan dan membebankan..namun, apabila melihat kejernihan wajah-wajah mereka yang berjuang bersama, terasa tenang sedikit hati ini..pertemuan yang banyak menjurus kepada perbincangan soal agama, dakwah, tarbiah dan masalah peribadi(sekiranya ada) serta hal isu semasa menjadikan diri ini lebih rapat dengan mereka..perjalanan yang jauh, lama dan panas terasa seperti dekat, tenang dan nyaman sekali..
setelah lama melazimi pelbagai program dan fasa-fasa tarbiah bersama mereka, diri ini merasakan cukup bahagia...di kala lain pula, walaupun mendapat kritikan hebat daripada kawan-kawan sendiri yang tidak mahu mengikut usrah dan program, diri ini masih lagi tetap menyayangi tarbiah ini, dan saat-saat manis di dalam dakwah ini tidak akan ana lupakan sehingga mati..tidak akan ana tinggalkan jalan ini walaupun mendapat pelbagai ujian..
di malamnya pula pada setiap hari, kesempatan ruang masa yang ada akan ana manfaatkan dengan mendengar ceramah-ceramah para masyayeikh salafi serta mempelajari kitab-kitab fiqh, akidah, perbandingan mazhab dan lain-lain lagi..perkongsian ilmu bersama amat bermakna buat diri ana..mempelajari mustalah hadith adalah perkara yang paling menyeronokkan..
....kesibukan mempelajari ilmu dakwah tidak menjadikan diri ini lalai untuk belajar perubatan yang sememangnya menjadi aim utama ana ke sini..namun, pada Allah jualah ana serahkan segala urusan..
teringat akan kata-kata ummi.."..abduh, ummi nak salah seorang anak ummi jadi ulama' seperti hebatnya dr. yusuf qardhawi dan syeikh nasiruddin al-albani rahimahullah..tapi, takdir meletakkan abduh untuk berada di dalam bidang perubatan..namun, ummi harap, ianya tidak menjadi batu penghalang kepada abduh untuk berdakwah, belajar ilmu dan menjadi doktor serta ulamak suatu hari nanti...ye sayang..?"
kata-kata ini menyebabkan berjurainya airmata ini..sayangnya ummi pada ilmu agama dan tarbiah..namun, ana masih lagi ditakuk ini..kejahilan ilmu menghantui diri ini walaupun sudah berkesempatan menghafaz beberapa hadith-hadith Baginda SAW di masa terluang dan mempelajari ilmu agama dengan ustaz-ustaz...ummi, andai diri ini mati dahulu dan tidak sempat mengotakan janjimu, anggaplah abduh telah berusaha ke arah itu dan ingin menjadi anak yang soleh seperti mana ummi mahukan..
jerit perih berada di atas manhaj ini...
namun, tatkala kejernihan dan kedamaian ini mekar dan mula bercambah..muncul pemuka-pemuka yang bencikan dakwah datang dan mencela para pendokong dakwah ini..namunhati ini tetap teguh berpayung di bawah manhaj yang satu dan di jalan dakwah ini..semasa ana dan sahabat seperjuangan mendapat kritikan hebat mereka yang tidak mahu mengikut tarbiah Ikhwanul Muslimin dan Salafy, teringat ana pada satu kata-kata yang pernah ana baca di satu laman blog yang ana akan copy paste kan di sini yang berbunyi..
Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr as-Salafy al-Atsary –Hafizahullah- dalam kitab beliau: "…Hendaklah dia menyibukan dirinya dengan mencari ilmu yang bermanfaat dari pada ia sibuk melakukan celaan dan tahziran, dan giat serta bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu tersebut supaya ia mendapat faedah dan memberikan faedah, mendapat manfa’at dan bermanfa’at, maka di antara pintu kebaikan bagi seorang manusia adalah bahwa ia sibuk dengan ilmu, belajar, mengajar, berda’wah dan menulis, apabila ia mampu melakukan hal yang demikian maka hendaknya ia menjadi golongan yang membangun, dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela para ulama dan para penuntut ilmu dari Ahlus Sunnah serta menutup jalan yang menghubungkan untuk mengambil faedah dari mereka sehingga ia menjadi golongan penghancur, orang yang sibuk dengan celaan seperti ini, tentu ia tidak akan meninggalkan sesudahnya ilmu yang dapat memberi manfa’at, serta manusia tidak akan merasa kehilangan atas kepergiannya sebagai seorang ulama yang memberi mereka manfa’at, justeru dengan kepergiannya mereka merasa selamat dari kejahatannya.."
kemelut jiwa yang melanda diri ini diredakan dengan kata-kata Al-Imam Abdul Muhsin 'Abbad yang penuh motivasi ini..ana tahu, jalan yang ditempuh ini memang sukar dan payah..lebih-lebih lagi ramai musuh yang tidak sukakan dakwah ini..menjadi seorang thullabul ilmi memang menjadikan diri ini sudah terbiasa dengan panahan-panahan pemuka-pemuka anti-dakwah Ikhwanul Muslimin dan Salafy..biarlah diri ini dengan manhaj dan dakwah ini..biar apapun ujian yang terpaksa ana telan, namun, Allah tetap di hati..tidak akan pudar walaupun usia muda ana makin dimamah..
ana punyai ramai sahabat yang selalu mengkritik ikhwanul muslimin...tidak kurang juga yang mengkritik salafy..namun, ana katakan di sini, ana tetap dengan manhaj dan pegangan ana..apa yang kurang itu SEKIRANYA ADA, janganlah diperbesarkan hingga menampakkan usaha baik mereka seolah-olah kecil dan tidak bermanfaat..teringat ana akan satu ceramah yang disampaikan oleh seorang tokoh agama dan mufti yang membawa arus tajdid di Malaysia di mana beliau sangat cekal dan teguh mempertahankan al-Ikhwanul Muslimin walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan-rakannya..
biarlah diri ini menjadi tikaman lidah-lidah sumbing mereka..ketahuilah sahabat-sahabatku, ana bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa untuk berdebat..bukan juga mujtahid..dan bukan juga seorang yang ma'sum...segala ilmu yang dikongsikan diharap ada manfaat dan sahamnya di akhirat kelak..walaupun ujian dalam dakwah ini tidak henti-henti dan bertali arus, namun, jiwa dan semangat ini tidak akan ana lontarkan sehingga tercabut nyawa dari tubuh ini..
ana menulis wakalah ini, sekadar mengadu pada-NYA yang mengetahui betapa susahnya bekerja dalam dakwah ini..teringat pada huraian kitab Fi Zhilalil Quran ketika syed qutb rahimahullah mengomentar surah Nuh sekiranya ana tidak tersilap..beliau dengan tegas menyatakan sekiranya seluruh alam ini bersatu untuk menentang dakwah seorang dai yang ikhlas di jalan-NYA, sekalipun seluruh semesta ini akan luluh dan hancur, dai dan jiwanya tetap teguh di atas jalan-NYA ini..
akhir sekali..marilah kita soroti di mana janji Allah bagi mereka yang berjihad dan istiqamah di jalan ini...ini adalah hadith riwayat Imam Bukhari di dalam sahih Bukharinya :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
".... من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة جاهد في سبيل الله أو جلس في أرضه التي ولد فيها فقالوا يا رسول الله أفلا نبشر الناس قال إن في الجنة مائة درجة أعدها الله للمجاهدين في سبيل الله ما بين الدرجتين كما بين السماء والأرض فإذا سألتم الله فاسألوه الفردوس فإنه أوسط الجنة وأعلى الجنة أراه فوقه عرش
(HR. Al-Bukhari , Bab Jihad ; Darjat Mujahidin. no )
Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Faculty of Medicine..Egypt..
2349 pm
5 comments:
Jalan itu..
Kutelusuri dengan ketabahan dan kesabaran..
Kutempuhi dalam redha dengan ketentuanNya..
Jalan itu..
Dihiasi dengan duri yang menusuk..
Dipenuhi dengan dugaan, cabaran juga ujian..
Jalan itu..
Dilihat orang sebagai perjalanan yang sukar..
Digelar orang kehidupan yang membosankan..
Tapi aku..
Berasa bersyukur kerana berada di jalan itu..
Berasa 'izzah terpilih untuk menempuhi jalan itu..
Biarpun kutahu dan kuakui..
Betapa beratnya beban yang harus kutanggung apabila berada di jalan itu..
Begitu banyaknya onak yang harus aku tempuhi..
Namun aku.. Perlu cekal dan punyai kekuatan..
Tanpa berputus asa dan mempersoal..
Jika aku..
Ingin mengecapi kemanisan di penghujung jalan itu..
Yang telah tercatit di dalam kitab suci Tuhan..
Yang menjadi janji Tuhan istimewa buat peneroka jalan itu..
Itulah JALAN PERJUANGAN..
Perjuangan suci menyambung perjuangan Nabi saw yang tercinta...
teguhkan langkahku...ya Rabb
akhi abduh..yang tak pernah luntur semangat dakwahnya walaupun dimana pun dia berada..
semoga diberikan kekuatan..ditambahkan keimanan..
ana mengenali beliau dari kampus uia lagi..sememangnya seorang yang tabah berjuang..dan kuat menitiskan airmata di kala malam..tangisan yang dicurahkan untuk Allah dan perjuangan..bukan memuji,tapi memberi motivasi..
perjuangkanlah sunnah Baginda..dan tetaplah di atas jalan Allah..
bersabarlah dalam berjuang..sekiranya anta mahu berjaya,sabar adalah kuncinya..
semoga anta terus istiqamah di jalan ini..
anta sangat kami kagumi..
wassalam..
activate your hafazan..then you will get used of it..mehnah dan cabaran adalah lumrah dalam hidup..dan juga dakwah..
apapun,akhi abduh,semoga tabah dalam dakwah..berjuanglah selagi nyawa tersisa..jgn tinggalkan tahajjud yg sudah menjadi kebiasaan enta tu ye..itu kunci keperibadian dai yg mukmin..
doktor mumbai (tiru gaya enta)
semoga kita smua berjaya dalam hidup..
tiada istilah risalah vs ijazah..
tapi..say yes to : ijazah dan risalah..!!
kalau Baginda Nuh a.s boleh berdakwah selama 950 tahun dengan makian, cacian dan celaan, apakah kita yg ingin mengalah sedangkan kita baru beberapa bulan atau tahun berdakwah..itu pun masih sedikit dan banyak mempersoalkannya..
fikir-fikirkan lah..
sebelum tu, doakan ana jadi seorang doktor+anak yg soleh..~
Post a Comment