Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu untuk ku lafazkan
Aku merinduimu....
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada di sisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu.....
Ayah ibu dari jauh ku pohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu ku ingat selalu
Tersemat dikalbu ....
Oh tuhan .....
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan redha Mu
Moga ku jejaki Tempat yang dituju.....
.........................................................................................
di kesempatan ini..saya memohon rakan-rakan mendoakan ummi saya yang akan ke Kuwait dalam beberapa hari sahaja lagi...semoga ummi dan perjuangannya terus utuh..ummi akan berada di Kuwait selama sebulan dan akan menghadiri beberapa siri daurah dan lain-lainnya...
saya ada bertanya kepada ummi, "tak boleh ke singgah mesir..?"
ummi jawab, "..belajar la bagi habis dulu..lepas tu bawa ummi abah ke sana.."
memang terkena peluru ummi atas dahi saya..ummi..ummi..syukur dapat seorang ibu yang sentiasa mengingatkan dan suka buatkan susu untuk saya tiap-tiap malam waktu di rumah dulu..sekarang tidak lagi...jauhnya..benua memisahkan kita.. :)
kepada anak-anak muda..sayangilah ibu anda..jangan tangisi pemergian mereka dengan dosa-dosa kita..tapi, bekalkanlah doa-doa buat mereka..seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya dengan perit dan jerih..namun, mampukah 10 orang anak tadi menjaga hanya seorang ibu..hatinya..perasaannya?..biarlah bagaimana mereka sekalipun..ibu adalah tetap ibu...
tahniah buat safwan dan afrah..em..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..safwan, pemuda yang banyak menghabiskan masa dan jiwanya untuk Palestine walaupun di usia yang sangat muda..tahniah dari ana buat antuma berdua...
diambil dari : http://epilogpejuang.blogspot.com/
عن أبي موسى :
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن مثل ما بعثني الله به عز وجل من الهدى والعلم كمثل غيث أصاب أرضا فكانت منها طائفة طيبة قبلت الماء فأنبتت الكلأ والعشب الكثير وكان منها أجادب أمسكت الماء فنفع الله بها الناس فشربوا منها وسقوا ورعوا وأصاب طائفة منها أخرى إنما هي قيعان لا تمسك ماء ولا تنبت كلأ فذلك مثل من فقه في دين الله ونفعه بما بعثني الله به فعلم وعلم ومثل من لم يرفع بذلك رأسا ولم يقبل هدى الله الذي أرسلت به
Hadis
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "...Perumpamaan Allah Azza Wa Jalla mengutusku menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti titisan hujan yang telah membasahi bumi. Manakala bumi tersebut sebahagian tanahnya ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rumput dan sebahagian lagi berupa tanah-tanah keras yang dapat menahan air, lalu Allah memberi manfaat kepada manusia sehingga mereka dapat meneguk air, memberi minum dan menggembala ternaknya di tempat itu. Ada juga titisan air hujan tersebut jatuh di tanah yang lain, iaitu tanah gersang yang sama sekali tidak dapat menahan air dan tidak dapat menumbuhkan rumput rampai. Manakala itu semua adalah perumpamaan orang yang bijak pandai tentang agama Allah dan memanfaatkannya setelah aku diutus oleh Allah. Maka baginda tahu dan mahu mengajar apa yang diketahuinya dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mahu menerima petunjuk Allah yang kerana-Nya aku diutuskan..."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Bab Menerangkan Contoh-Contoh Nabi SAW Menunjukkan Petunjuk dan Ilmu-بيان مثل ما بعث به النبي صلى الله عليه وسلم من- no. 4232)
saya terpaksa tinggalkan meja ini buat seketika untuk bertarung dengan exam..terpaksa melihatnya dari jarak beberapa meter....2 hari, kelmarin dan semalam..dan esok lusa, lagi 2 hari..semoga Allah memberkati usaha saya, sahabat-sahabat yang juga sedang berhadapan dengan exam..saya mula merinduinya..meja yang menyimpan seribu satu duka ketika menulis..kecil-kecil bilik Mesir, mudah-mudahan besar jasanya kepada ummah..ya Allah, permudahkan perjalanan hidup ini setelah ENGKAU yang menghamparkannya buatku..amin..
sekali lagi, saya tak dapat menulis apa-apa buat masa ini..semoga Allah memberikan kelapangan buat saya..doakan saya, ikhwah...
inilah biri-biri dan kambing yang saya tatap tiap-tiap pagi sebelum ke kuliah..di ambil dari tingkap bilik saya...namun, kelibat gerombolan ini sudah hilang..saya tidak tahu ke mana mereka pergi selama beberapa hari ini..rindu juga pada kambing-kambing dan biri-biri ini yang banyak mengingatkan saya kepada dakwah dan ragam manusia..di mana sahaja, gerombolan ini bersama..begitu juga kita...segalanya sangat indah sekiranya di lakukan secara berjemaah..sangat menyeronokkan..
muzakarah bersama para doktor dari serata Mesir..perbincangan dan perkongsian ini diharapkan membuahkan sesuatu yang cukup bermakna buat masa depan dunia perubatan Islam..terima kasih juga diucapkan kepada para senior(hakikatnya sama je umur) yang sanggup datang ke rumah kami yang tak berapa cantik ni..rumah yang telah saya dan rakan-rakan "renovate"kan yang pada asalnya ditinggalkan oleh orang arab mesir yang sesiapa tengok pun tak mahu duduk..terima kasih atas ketabahan ahlil bait rumah saya ini kerana bertungkus mengecat dan menghiasnya..nasib baik semuanya ada biasiswa..dapatla beli barang-barang sikit..
سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل قال إيمان بالله قال ثم ماذا قال الجهاد في سبيل الله قال ثم ماذا قال حج مبرور
Hadis
Rasulullah s.a.w pernah ditanya: "...Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Bab Beriman Kepada Allah Adalah Perkara Paling Utama - بيان كون الإيمان بالله تعالى أفضل الأعمال - no. 118)
akhirnya, saya tinggalkan coretan ini untuk ikhwah yang membacanya agar memahami kenapa saya tidak menulis beberapa hari ni..saya juga minta maaf sebab beralih selera dan corak daripada penulisan ala-ala formal kepada santai..betul ke bahasa saya ni?..lupakan..maaf andai ada tersalah..semoga Allah merahmati ikhwah..kepada sahabat yang berjuang tidak kira dalam PAS, ABIM, ISMA, JIM, HALUAN, PERKIM dan lain-lain, ketahuilah, saya amat menyayangi kalian dan perjuangan kalian..teruskan..semoga daulah dan ustaziatul 'alam yang didamba menjadi satu realiti..ingatlah janji-NYA sentiasa benar...harap kita semua bertemu di syurga...amin, ya Rabb..
inilah hari dan waktu paling yang menyerabutkan dalam hidup saya....hidup yang tidak terurus setelah beberapa hari berdepan dengan final exam 2007..berjalan dan mengembara je kerja kami..semoga kembara ini penuh hikmahnya..semoga Allah menjadikan kami para doktor yang berakhlak dan mampu memimpin serta memacu ummah suatu hari nanti..amin ya Rabb..
Amin..
Wassalam..
Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
Madrasah Al-Banna
4 comments:
waaaaa...rindu umi..umi kt kuwait sebulan~..cmne nk contact nih..mntak2 umi bli sim card saner...
umiiii..smga slmt pergi dn pulang...x leh ke dikah gi kuwait????waaaaa
umi...tgk muke umi je blh tenang...dgn nsht umi je blh tenang~..rindunyerrrrrrr
abduh...haha..tingat zmn2 dok dkat ngn umi dulu~
rindu gk halaqah fmly kite evry friday~
moga-moga kita semua dapat duduk bersama semula..lamanya belajar...
adik ah..takleh gi kuwait..duk senyap2 kat jordan..jgn duk nyibuk ikut ummi..hehe..
Kita sama punya cita.....
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa
Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya
Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman
Jangan lupa memohon padanya
Tawakal bordoa sentiasa
Dialah penentu segala.....
Apa dikurnia ada hikmahnya
Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabar akan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya...
all da best for ur exm!!
jazakallah..sama-samalah mengejar cita-cita..
"insyaAllah,hanya yang bersabar akan terus melangkah.."
Post a Comment