tegurlah..~


gambar hiasan...


tadi...

teringat satu puisi...

Telah kubenarkan nama dan diri menjadi sasaran

Kerana cinta, aku berkorban

Telah kurela tohmahan bermaharajalela

Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara

Dengan nada insan terluka

Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa

Semuanya kerana cinta…



ana gembira dengan teguran yg diberikan seorang ukhti tentang masalah menghidupkan ruh dan amalan-amalan seorang dai..walaupun ana tidak pernah mengenali siapa ukhti tersebut, namun, tegurannya sangatlah bermanfaat..di noktah ini ana masih lagi bersama beliau..

dia maksudkan, zaman ini ummah tidak ketinggalan dari segi ilmu..namun, ummah masih ketinggalan dari sudut penghayatan ilmu..ana amatlah menyetujui pandangan ukhti tersebut... ana masih di dalam relung kritikannya..

akan tetapi, penerimaan ana terhadap kritikannya mula goyah..namun, ana cuba menyusun kembali lontaran-lontaran idea yang dikemukan untuk ana fahami maksud secara jelas..kerangka idea yang dibawanya akhirnya lumpuh sama sekali kerana idea asalnya sudah dicemari dengan kritikan terhadap golongan ahli akademik, penulis dan bloggers.


Pandangan Peribadi VS Pengalaman

ukhti dengan mudah "suuzzhon" terhadap mereka yang byk menulis artikel (termasuklah ana dan segelintir bloggers)...ukhti sekaligus menyama-ratakan semua penulis-penulis dan golongan tajdidul ummah serta menganggap mereka ini hanya banyak bercakap dan kurang pula beramal...(semoga Allah memelihara diri ini daripada termasuk ke dalam golongan yang bercakap tapi tak buat..)

ukhti mengatakan mereka ini hanya suka menghabiskan masa membincangkan sesuatu ilmu daripada mengamalkannya...seolah-olah ahli akademik di zaman ini tidak beramal dan tidak menghidupkan ruh-ruh mereka..tidak dinafikan, ramai ahli akademik hanya banyak dan pandai bercakap serta tidak pula mempraktikkannya..namun, tidak boleh dibakul sampahkan ke semuanya kerana ada antara mereka yang betul-betul ikhlas beramal dengan apa yang mereka bincangkan...

ukhti tadi mungkin tidak mengenali lebih ramai ahli akademik dan hidup bersama mereka..jangan mudah membuat andaian kepada mereka kerana hanya Allah sahajalah yang tahu urusan hidup mereka...menyampaikan ilmu juga termasuk dalam proses tarbiah dan menghidupkan ruh..

di sini, ana sekadar membetulkan persepsi salah ukhti tersebut..

1)mengetahui, memahami dan menyampaikan hadith-hadith Nabi adalah tarbiah..
2)menegur seseorang juga adalah tarbiah..(alhamdulillah kerana menegur ana)
3)mendalami ilmu islam adalah tarbiah..
4)bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui juga adalah tarbiah..
5)merapatkan ukhuwwah juga adalah tarbiah...

dan tarbiah tidak hanya tertumpu pada daurah, mukhayyam, usrah dan lain-lain sahaja..


SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM : Syubuhat Haulal Islam

ramai yang menyangka..ruh dapat dihidupkan dengan apa sahaja amalan yang kita rasakan "terkena" dengan selera dan pattern jiwa kita..mungkin mereka lupa, ruh tidak dapat hidup dan makin lumpuh apabila kita melaksanakan sesuatu tanpa dalil, nas dan juga petunjuk sunnah..

ramai yang bertanya dan marah kepada ana.."apa salahnya kita buat sesuatu yang kita rasa tenang..tak kisahlah ada hadith ke tidak..!!!"...ana katakan, buatlah..selagi mana ianya tidak melanggari syarak..tiada siapa yang menghalangnya..bahkan ana galakkan..cuma, apa salahnya kita belajar, memahami dan menghayati sunnah Baginda yang jelas lagi terang..yang ini pun kita sudah tidak punyai masa untuk melaksanakannya..hadith-hadith fi'liey(perbuatan) baginda terlalu banyak untuk kita terokai..tak cukup tangan nak melaksanakan sunnah Baginda SAW..banyak sangat dah..

perkonsian ilmu ana seketika terbantut dek kerana sikapnya yang tidak profesional dalam menilai sesuatu perkara.

dalam satu pertemuan singkat yang dirahsiakan, kami telah berdaurah bersama tokoh-tokoh IM, dan antara saranannya kepada kami adalah mereka mewajibkan kami untuk beramal dengan sesuatu yang benar-benar tulen daripada nas....mereka berkali-kali mengulangi, manhaj dan methodology dakwah yang dibawa sudah agak berbeza daripada awal penubuhan IM..Dr. Yusuf Qardhawi, kalau bukan kerana ikhlasnya beliau, beliau tidak akan menegur beberapa pandangan Syed Qutb yang sedikit mengelirukan dan tidak disengajakan mungkin.. Beliau juga dianggap kebanyakan para aimmah IM sebagai mufti khas bagi IM. Apakah ilmu yang disampaikan Dr. Yusuf Qardhawi tidak diamalkan beliau? Aadakah beliau bersikap lepas diri daripada fasa beramal? Cuba kita soroti, betapa seriusnya as-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam masalah ini. Beliau sendiri menyuruh Sayyid Sabiq menulis satu buku khas berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang kini dipopularkan di dalam silibus-silibus usrah di Malaysia - "Feqhus-sunnah"..Teguran juga diberikan kepada kitab tersebut oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani terhadap darjat hadith yang terkandung di dalam kitab tersebut. Setelah surat teguran dihantar kepada Imam Al-Banna, beliau menerima kritikan Albani dengan hati terbuka, demi memelihara sunnah Baginda SAW. Apakah sikap keterbukaan As-syahid Albanna sebegini kita lupakan?

mungkin para sahabat perlu membaca mutiara nasihat daripada Dr. Salman Audah..apa yang kami nampak, senario tarbiah di malaysia seakan-akan lari daripada apa yang dibawa oleh tokoh-tokoh ini..mereka menasabkan diri kepada IM namun manhaj mereka pula jelas berbeza..

sebenarnya, mereka ini (ahli akademik), ikhlas ingin menyampaikan ilmu mereka..beramal ke tidak mereka, itu mereka dengan Allah SWT..namun, persoalan yang harus kita timbulkan, "apakah kita sudah beramal dengan hadith-hadith yang kita ketahui sedangkan kita dengan megahnya menuding jari ke arah itu dan ini tanda tidak puas hati terhadap orang lain..?" Jangan pula kerana sikap kita yang begitu sempit menyebabkan terbantutnya gerak kerja dakwah mereka.

buat ukhti yg mengkritik para ilmuan, tanyalah diri kita, "apakah pula sumbangan kita untuk ummah dan apakah skop tarbiah yang sebenarnya ukhti fahami..?"

mungkin berbeza pada pandangan kita..namun, ana meraikan pendapat ukhti..

andainya ana tersilap kata...mohon Allah berikan keampunan...sekali lagi..terima kasih atas teguran bermanfaat..semoga Allah tambahkan ilmu, berikan kekuatan pada kita dan berikan kita peluang dan masa utk kita sama-sama beramal dan menghidupkan ruh-ruh kita dengan sunnah-sunnah Baginda SAW..

sesungguhnya ana tidak mengenali penegur ini..dan tidak pernah pula berchatting...semoga Allah memberikan rahmat kepada penegur ini..amin..raikan lah pendapat...juangkanlah persefahaman...

Dr. Nik Mohd Abduh B Nik Mhd Nor
Faculty of Medicine..Egypt..

12 comments:

Anonymous said...

betul..ramai orang menyangka orang-orang akademik tidak beramal dengan apa mereka katakan..sedangkan diorang ni tak tahu pun kehidupan keseluruhan mereka ini..

yang penting, tarbiah diri kita sebelum mempersoalkan diri orang lain..ye tak akhi? ana setuju dengan enta..

contohnya,macam akhi kita ni..kuat menulis dan berceramah, tapi ana tengok qiam dan puasa sunat akhi tak pernah tinggal..hanya mereka yang duduk sebilik dan hidup dengan dia aje yang tahu..hehe..maaf terbocor rahsia pulak..takpe,berikan galakan pada orang lain juga..hehe..~

siapa yang tidak beramal sebenarnya? pengkritik atau penulis?melihat pada situasi akhi,ana rasa pengkritik tidak beramal sebab setakat ana kenal akhi, akhi ni kuat semayang..kuat pula tahajjudnya..~

uia kuantan..
medic 1st year..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

tidak mengapa..bukan kah teguran itu mematangkan kita?

pandangan seseorang berhak ditolak dan diambil..

jom kita pakat-pakat hidupkan ruh kita..tarbiah diri itu penting..

jangan lupa doa qunut nazilah..para tokoh IM ditangkap..

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ana tidak selamanya betul..wajib dikritik jika salah..kritikan lebih ana sukai daripada pujian yang menyebabkan kita hilang "kewarasan" dalam usaha menjadi seorang mukmin..

pujian melambung mengurangkan ikhlas kita pada-NYA..juga mendorong kita memakai pakaian Allah [takabbur]..nauzubillah..

masing-masing dengan amalan dan niat masing-masing..

teguran adalah tarbiah..

As said...

salam akhi..lama tak menyapa..keep up writing and thanks for the previous articles..
wassalam

Anonymous said...

Erm. Buat saudara anonymous, pada pandangan saya lebih sedap kalau kita tarbiyah diri bersama-sama.. Bukan sekadar mentarbiyah diri sendiri sahaja. =)Orang sekeliling pun perlu diberi perhatian.

P/s: Abduh, url blog ana tu tak betul la. Tu blog lama. Tukar2. Hehe.

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

marilah kita sama-sama tarbiah diri kita...

pengkritik vs penulis?

tiada bezanya..jom pakat-pakat semarakkan baki ramadhan yang tersisa ini..yg baik kita ambil..dan buruk kita tinggal..bertasaamuh kan bagus..

jazakallah atas komen diberi..

rantisi : "i prefer apache.."
ana : "i prefer tank...."

Anonymous said...

tegur menegur dan nasihat menasihati ke arah kebaikan.. :)

Anonymous said...

akhi abduh..seorang yang sangat cekal berjuang, berdakwah dan juga sangat hebat dalam beramal.

dunia dakwah penuh dengan cubaan dan ujian.semoga akhi tabah.

ana sudah lama mengikuti tulisan-tulisan akhi.sebelum ana bertolak ke USA lagi. semasa diperkenalkan dia UIA dulu, beliau sangat aktif dengan usrah dan programnya.kini,keligatannya dan keaktifannya makin terserlah dalam arena dakwah.semoga akhi terus tsabat..

"agar keaktifan tidak sia-sia.."

Anonymous said...

semoga istiqamah di atas jln dakwah..moga hati dan jiwa akh setia pd perjuangan..jgn mudah mengalah dan berputus asa.kuatkan hati..teguhkan lah jiwa di atas jalan Nya.jgn tunduk pada cabaran..jgn mengeluh atas ujian dan dugaan dr Allah.ujian dan cabaran itulah yg akan mematangkan kita.semoga akh tidak jemu dgn perjuangan!!teruskan lah berjuang dgn mata pena.. :) pesanan penaja..slalu2 lah update blog ye..

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

abduh, ingt kat ana lg x?

Masri dr UIA, budak ekonomi.

rilekle shaikh, setiap manusia hanya menilai apa yg mrk lihat.

apa yg berlaku pd enta sbnarnya satu pengajaran pd kita iaitu tanamkanlah sifat sangka baik dgn manusia.

Jgn mudah nk sangka org bukan2, kononnya asyik dgn ilmu tp xberamal.

Sebgmana kita xnak sangkaan buruk ini jatuh pd diri kita, maka gi2 jugalah patut kita lakukan pd saudara2 yg lain.

gi2 juga, ini satu pengajaran utk kita semua, kadang kala kita belajar byk2, tp knp apa yg dipelajari xmemberi kesan. hadith byk dipelajari tp knp apa yg kita belajar xdiamalkan. apakah silapnya pd diri kita. Mari Muhasabah.

gi2 gak pd ukhti yg memberi komentar pd enta itu, tanyalah diri adakah kita beriman bhw Allahlah pembuat syariat dan Nabi Muhammad SAW pembawa syariat, Jika kita kata beriman bhw Allah pemilik syariat maka apa hak kita membuat syariat2 yg baru atas alasan mahu mendpt ketenangan diri. Jika kita mengaku beriman Nabi saw pembawa panji syariat Tuhan, knp dicari petunjuk lain, knp xamal sahaja apa yg Nabi SAW amal dan tinggalkan apa yg nabi saw xamal. mengamalkan ibadat atau apa2 shj elemen syariat yg xdiajar oleh Nabi samalah dgn menjdkan ada Nabi slps Nabi terakhir Muhammad SAW.

Wallahu'alam

Anonymous said...

em,betul kata masri tu.ramai yang tidak sedar akan peri pentingnya ibadah berpandukan nas-nas dan dalil.dan ana nampak yang akhi abduh bawa adalah senada dengan abu usamah.mereka ini adalah antara pencinta sunnah Nabi dan banyak menyampaikan ilmu.banyak pula beramal.

syeikh abduh kita ini sudah banyak menyedarkan orang ramai.termasuk la ana.kami dulu buat sesuatu perkara tanpa dalil,dan alhamdulillah kehadiran golongan salaf dalam IM seperti beliau telah menyedarkan ramai golongan yang bergerak dalam harakah islamiyyah.

dulu kami rasa syok sendiri dengan istilah-istilah yang memeningkan,namun,mereka datang dan merubah serta telah mewarnai dunia baru dakwah.golongan salafi yang bergerak dalam gerakan islam.mereka yang banyak membetulkan kesilapan-kesilapan kecil dalam kebanyakan gerakan dakwah di malaysia ini.

hidup bro..!!

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

ishk..masri!!

keif haalak?
thanks utk komen yg bermakna..teguran lebih ana sukai..kerana ia dapat memperbetul diri kita yg tk tahu kt mane silapnya..

thanks..