
agar mereka yang gugur di medan dinobatkan sebagai syuhada'..
yang mewarisi syurga-syurga-MU Allah..
ALLAHUAKBAR...!!
ESOK EXAM TERAKHIR TAHUN 2 PERUBATAN.. DOAKAN KEJAYAANKU..
Amal Kita Menceritakan Siapa Kita

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Mari kita melihat antara babak-babak menarik dalam kisah hidup Al-Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah taala anhu yang sering ditohmah oleh mereka yang bencikan mereka. Seperti kata Abul Hasan An-Nadwi, beliau bangkit di tengah-tengah ulamak sufi di mana kerjanya mengampu pemerintah ketika itu dan sangat takut pada pemerintah. Artikel penuh boleh didapati di blog akhuna MASRI As-Salafy. Sila klik untuk membacanya..
Oleh : Mufti Perlis - Sahibus Samahah Dr. Asri Zainul Abidin\
Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi”
(lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh Bin Nik Mhd Nor
Alhamdulillah, ana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menulis dan mencoretkan sesuatu walaupun beberapa hari ini terdapat sedikit gangguan dalam blog ana. Namun, ianya tidak lah mematahkan diri ana untuk terus menulis dan menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Terlebih dahulu, ana memohon daripada Allah atas apa yang Allah tidak senangi dan ana memohon maaf kepada para pembaca andai ada perkara yang mungkin antum/na tidak bersetuju/bersekali dengan ana. Apa yang ana tuliskan hanyalah beberapa pendapat ana yang kecil, tidak lari daripada kesalahan. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada ana dan juga semua umat Muslimin.
Berbalik kepada perbincangan topik hari ini, ana secara peribadinya tidaklah pakar dan alim dalam perkara ini. Ana cuma menyampaikan ilmu yang telah dikurniakan kepada ana sepanjang ana bertalaqqi dan mengikuti kelas pengajian di sini. Ramai menyangka para pelajar perubatan tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar agama dengan syeikh arab kerana kesibukan. Ana tidak menjadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk mengambil sedikit masa mempelajari ilmu agama.
Perkataan al-jamaah selalu disebut-sebut oleh mereka yang bergerak dalam haraki adalah berbeza dengan apa yang apa yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah SAW dan seringkali perkataan ini telah di salah fahami oleh sesetengah daripada para dai. Jamaah yang disebut oleh Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah taala adalah jamaah daripada jamaah-jamaah Muslimin yang dibentuk selepas tiadanya khalifah. Dengan erti kata lain, jamaah yang dibentuk adalah kumpulan Islam yang ingin memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Antara kefahaman yang salah tentang konsep "al-jamaah" dalam hadith-hadith Rasulullah SAW adalah kebanyakan mereka mengeksploitasikan perkataan "al-jamaah" bagi memaksa para mad'unya untuk tidak lari daripada kumpulannya, atau menjadikan perkataan "al-jamaah" ini sebagai jalan untuk mempengaruhi mad'unya agar tidak ingkar terhadap setiap arahan yang dikeluarkan jemaahnya. Kita tidak boleh semudah itu menilai hadith-hadith Rasulullah SAW dan menjadikannya hujjah untuk kita mengatakan kepada sesiapa yang keluar daripada ketaatan kepada jemaahnya, maka dia akan mati dalam jahiliyyah dan sebagainya.
Apakah takrif "Al-Jamaah"?
Al-jamaah yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam kebanyakan hadith memiliki 4 maksud yang berbeza namun semuanya seakan-akan sama.
1)Perjalanan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya.
2)As-Sawad Al-A'zhom (Tidak Thabit menurut ramai ulamak)
3)Ahli Ilmu, ahli hadith dan ahli fiqh.
4)Kebenaran/ Al-Haq
Seterusnya, mari kita lihat apakah ulasan para ulamak muktabar tentang maksud disebalik hadith-hadith Rasululullah SAW berkenaan dengan "Al-Jamaah".
MAKSUD 1 :
Perjalanan Yang Ditempuhi
Rasulullah dan Para Sahabatnya
Perkara di atas adalah merujuk kepada beberapa hadith Rasulullah SAW. Antara hadith yang masyhur adalah hadith dari jalan Abdullah Bin 'Amru radhiallah anhuma. Hadith tersebut berbunyi begini :
"..dia bertanya : siapakah Jama'ah yang lepas dari api neraka yang Rasulullah? Baginda menjawab : Apa yang aku dan sahabatku (berjalan) di atasnya.."
(Sahih, Hadith Riwayat At-Tirmizi no.2779 dan dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Hadith As-Sohihah 3/480)
Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin mengetahui apakah yang dilalui oleh para sahabat radhiallahu anhum, mari kita dengar apakah saranan dan nasihat Syeikh Al-Allamah Abu Muzaffar As-Sam'ani. Beliau berkata : "..dengan itu, maka sudah tentu kita mesti mengetahui apakah perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabatnya dan tidak akan mengetahui perkara demikian kecuali dengan cara-cara belajar ilmu-ilmu naqli (yang warid dari Al-Quran dan As-Sunnah). Maka, wajiblah kita merujuk kepadannya.."
Ini jelas menunjukkan bahawa perkataan "Al-Jamaah" dalam hadith yang ditanya oleh sahabat Rasulullaha SAW adalah "Ma Ana Alaihi Wa Ashabi" / Apa yang aku dan para sahabatku berjalan di atasnya. Ini jelas bahawa perjalanan itu mestilah diketahui dengan perantaraan nas Al-Quran dan As-Sunnah juga pelaksanaan para sahabat secara naqli yg sahih, sama ada hadith itu mutawatir atau ahad.
MAKSUD 2 :
As-Sawadul A'Zhom / Kumpulan Yang Terbesar
Maksud kedua perkataan Al-Jamaah ini dapat diterangkan oleh hadith-hadith di bawah ini. Namun, maksud Al-Jamaah dari sudut As-Sawadul A'zhom adalah tidak thabit kecuali ianya hanya disebut dalam hadith-hadith dhaif dan dhaif jiddan (hadith riwayat Ishak Bin Rahawiyyah) sahaja di sisi al-Muhaqqiqin. Tetapi, pengertian ini sering disebut-sebut oleh ulamak, bahkan dijadikan alasan oleh ulamak mutaakkhirin untuk menyokong bilangan yang ramai di negeri masing-masing sebagai Ahlussunnah Wal Jamaah. Berikut adalah hadith-hadith yang diberikan komentar dhaif dan dhaif jiddan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Takhrij Hadith Kitab As-Sunnah :
Dari Abi Umamah :
"..Telah terpecah Bani Israel kepada 71 puak, atau dia berkata : 72 puak dan ummat ini (Ummat Muhammad) berpecah lebih dari itu satu puak lagi (73)..ke semuanya di dalam neraka kecuali As-Sawadul A'zhom..."
(Dhaif, Diriwayatkan Oleh : Ibn 'Asim : As-Sunnah no.68, At-Tabrani : Al-Kabir 8035, Majma' Az-Zawa'id : 7/258, Rujukan : Al-Albani - Takhrij Hadith Kitab As-Sunnah no. 68)
Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan pula dengan As-Sawadul A'zhom dan Al-Jamaah di sisi para ulamak muhaqqiqin.
1) Berkara Al-Imam Barbahari :
"..yang dimaksudkan dengan As-Sawadul A'zhom adalah Al-Haq wa Ahluhu (yakni kebenaran dan ahlinya). Bukan bilangan ramai sepertimana zahir maknanya..."
(Al-Barbahari, Syarhu As-Sunnah m.s 22)
2) Berkata Al-Imam Ibn Athir :
"..yang dimaksudkan dengan As-Sawadul A'zhom ialah sebahagian ramai dari manusia yang berhimpun atas mentaati sultan dan berjalan menurut yang benar..."
(Ibn Athir, An-Nihayat Fi Gharibil Hadith no. 2/419)
3) Berkata Al-Imam At-Tabari :
"..yang betul dari maksud hadith supaya melazimi Al-Jamaah ialah mentaati amir yang telah dipersetujui untuk dilantiknya selaku amir, siapa yang menderhakainya keluarlah ia dari Al-Jamaah.."
(Ibn Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari no 13/37 dab Al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwazi no 6/384-385)
4) Berkata Al-Imam As-Syatibi :
"..yang dimaksudkan dengan As-Sawadul A'zhom adalah orang yang terdahulu dari ummat Muhammad, mereka itu ialah salaf soleh yang terdiri daripada para sahabat, tabiin dan orang-orang yang mengikuti mereka dan berjalan di atas jalan mereka dari kalangan para imam jalan petunjuk dan orang-orang yang mengikuti mereka dari sekelian ummah.."
(As-Syatibi, Al-I'tisom no. 2/261)
MAKSUD 3 :
Ahli Ilmu, Ahli Hadith dan Ahli Fiqh
1) Berkata Al-Imam Bukhari rahimahullah taala anhu :
"..yang dimaksudkan Al-Jamaah yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya umatnya melaziminya adalah ahli ilmu yang mujtahidun, bukan orang-orang awam apalagi yang jahil dan bukan pula ahli bida'ah..."
(Sahih Al-Bukhari 8/156 dan Fathul Bari 13/31)
2) Berkata Abu Isa At-Tirmizi :
"..dan pengertian Al-Jamaah di sisi Ahli Ilmu ialah Ahli Fiqh, Ahli Ilmu dan Ahli Hadith..."
(At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi no 4/467)
3) Berkata Syarf Al-Haq Al-Azhim Abadi :
"..Al-Jamaah ialah ahli Al-Quran, ahli hadith, ahli fiqh dan ahli ilmu yang berhimpun atas dasar mengikut sunnah Rasulullah SAW pada semua keadaan. Mereka tidak mereka-reka secara memesong dan mengubah maksud nas-nas dengan pendapat-pendapat yang rosak..."
(Aunul Ma'bud 12/342)
Pendapat ketiga ini telah disokong dan antara mereka yang berpendapat sama dengan pendapat ketiga ini adalah ulama muktabar yang masyhur Al-Imam Ahmad Bin Hanbali, Al-Imam Ali Madini, Al-Imam Ibnu Taimiyyah, Al-Imam As-Syatibi dan Al-Imam Al-Khatib Al-Baghdadi.
MAKSUD 4 :
Kebenaran / Al-Haq
Apa yang dimaksudkan dengan "Al-Jamaah" dalam hadith-hadith Rasulullah yang meminta kita melaziminya adalah kebenaran atau Al-Haq walaupun kita berada keseorangan tanpa bantuan orang ramai untuk melaksanakan kebenaran tersebut.
1) Berkata Abdullah Ibn Mas'ud radhiallahu anhu :
"..Al-Jamaah adalah perjalanan atau perkara yang selaras dengan Al-Haq/ kebenaran sekalipun kamu seorang diri (yang menjalankan haq itu...)"
Berkata Abu Syamah :
"...sekiranya datang perintah supaya melazimi Al-Jamaah, maka dikehendaki dengannya ialah melazimi kebenaran dan mengikutinya, sekalipun orang yang berpegang dengan Al-Haq itu adalah sedikit bilangannya dan yang menyalahi Al-Haq itu ramai. Kerana sesungguhnya Al-Haq ialah perjalanan yang berada di atasnya oleh Jamaah yang pertama iaitu Nabi SAW dan para sahabatnya dan janganlah kamu mengambil kira dengan bilangan ahli batil yang ramai sama sekali..."
(Abu Syamah, Al-Ba'ith Ala Inkar Al-Bid'a wal Hawadith m.s 22)
Secara kesimpulannya adalah, maksud perkataan Al-Jamaah di sisi para ulamak Ahlussunnah Wal Jamaah adalah :
1) Apa yang Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang berjalan di atasnya.
2)Ahli Al-Quran, Ahli Ilmu, Ahli Hadith, Ahli Fiqh.
3)Kebenaran / Al-Haq.
Demikianlah sedikit perbincangan mengenai maksud Al-Jamaah yang terdapat dalam hadith-hadith dan athar-athar. Semoga Allah mengampuni ana sekiranya tersilap dan tersalah dalam menulis. Dan semoga kita semua mendapat keberkatan dan redha Allah setiap masa. Perbincangan ini telah dikutip melalui kelas-kelas agama secara talaqqi dan nukilan dari buku Hakikat ASWJ.
Wassalam
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh Ibn. Mhd Nor
Dunia kini memperlihatkan kepada kita bahawa manusia tidak mudah untuk bersendirian dalam melaksanakan dakwah. Tanpa ragu-ragu, kita meyakini bahawa dakwah boleh dilaksanakan secara bersendirian. Tanpa keterikatan kepada mana-mana jemaah atau harakah islamiyyah. Namun, bagi mereka yang ingin melakukan perubahan terhadap masyarakat secara total, tidak dapat tidak mereka mestilah menggabungkan diri mereka dalam organisasi Islam atau jemaah dari pada jemaah muslimin atau lebih tepat lagi harakah islamiyyah yang mana pergerakannya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Usaha pembaharuan ini mestilah dilakukan secara inqilabiyyah dan juga total bagi memastikan sesebuah syariat Islam yang diidamkan itu menjadi satu realiti. Pembentukan sesebuah harakah islamiyyah ini perlulah didasari atas beberapa aspek yang penting. Antaranya adalah :
1-Mengenal pasti ruang-ruang dan peluang yang ada bagi sesebuah harakah islamiyyah itu mampu menggerakkan amal islami mereka.
2-Mengenal pasti unsur-unsur yang dapat membantu menggerakkan amal islami mereka.
3-Mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada tersekatnya pembentukan sesebuah harakah islamiyyah itu.
4-Mengenal pasti kemampuan-kemampuan setiap individu yang ingin melaksanakan dan menggerakkan harakah tersebut supaya mereka mampu mempertahankannya walau apapun yang berlaku.
5-Melaksanakan perubahan secara amali dan tidak terlalu berteori.
6-Mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dan menyumbang kepada perubahan masyarakat.
7-Mengenal pasti apakah bentuk dan jenis "jahiliyyah" yang ingin dibasmi sebagai contoh sistem perundangan, budaya dan ideology masyarakat serta yang lebih utama thaghut yang makin melata.
Pembentukan Harakah Islamiyyah
Pembentukan harakah Islamiyyah ini adalah satu daripada marhalah-marhalah dakwah yang perlu dilaksanakan dalam proses memperkukuhkan dakwah agar ianya lebih tersusun dan berorganisasi. Berseorangan dalam berdakwah memungkinkan kita tersungkur dan tanpa bantuan kita akan mudah menyerah kalah begitu sahaja. Pembentukan harakah islamiyyah ini sangat penting dalam membawa masyarakat mengenali semua tuntutan-tuntutan Islam. Kesepaduan semua pemikir islam yang menggabungkan diri atas dasar ukhuwwah islam ini mampu membentuk sebuah harakah islamiyyah yang unggul, menjadi front dan saff kepada masyarakat islam dalam semua isu yang berkaitan dengan islam, mahupun tidak.
Usaha dakwah ini memerlukan kesungguhan para pencintanya yang ingin menggabungkan diri mereka dalam harakah islamiyyah. Mereka juga perlu membulatkan tekad dan keikhlasan mereka serta meyakini bahawa harakah islamiyyah ini dapat membantu usaha mereka merubah masyarakat.
وَمِنْ قَوْمِ مُوسَى أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ
"..dan di antara kaum Musa itu terdapat satu umat yang memberi petunjuk dengan haq dan dengan itulah mereka menjalankan keadilan..."
(Al-A'raf : 159)
Dan dalam ayat lain juga Allah menyebut kepada menceritakan tentang segelintir manusia atau pengikut-pengikut kepada Nabi Isa A.S yang sentiasa membantu dakwah Nabi Isa a.s :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
"..berkata Isa Ibn Maryam kepada pengikut-pengikutnya yang setia (Hawariyyun). Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan Ad-Din) Allah? Para pengikut yang setia itu berkata:..Kamilah penolong-penolong din Allah, lalu segolongan dari bani israel eriman dan segolongan (yang lain) menjadi kafir, maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu menjadikan mereka orang-orang yang menang..."
(Al-Saff : 14)
Berkata Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah taala dalam komentarnya terhadap ayat ini:
يَقُول تَعَالَى آمِرًا عِبَاده الْمُؤْمِنِينَ أَنْ يَكُونُوا أَنْصَار اللَّه فِي جَمِيع أَحْوَالهمْ بِأَقْوَالِهِمْ وَأَفْعَالهمْ وَأَنْفُسهمْ وَأَمْوَالهمْ وَأَنْ يَسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ كَمَا اِسْتَجَابَ الْحَوَارِيُّونَ لِعِيسَى
"..Allah taala berkata sebagai arahan kepada hamba-hamba-NYA yang mukmin supaya menjadi penolong-penolong Allah dalam semua hal ehwal mereka, kata-kata mereka, perlakuan mereka dan jiwa mereka serta harta mereka......"
(Tafsir Ibn Kathir)
Mereka inilah yang telah menjadi kumpulan yang membawa risalah Allah dalam menentang kefasadan dan taghut kaum-kaum mereka ketika itu. Zaman kegemilangan islam ibarat gerhana matahari yang kita kehilangan cahayanya berpuluh-puluh tahun setelah jatuhnya khilafah uthmaniyyah. Tidak dapat tidak, untuk mengembalikan sistem itu, penubuhan harakah islamiyyah akan menjadi titik tolak kepada perubahan dunia dan penerusan kepada risalah Allah yang dipikulkan kepada Rasulullah SAW dan juga para pengikutnya. Pembentukan harakah islamiyyah perlu disokong oleh individu yang ikhlas, dan mampu untuk tampil berhadapan dengan segala macam bentuk kejahilan dan kemungkaran.
Dari ayat-ayat yang telah kita baca di atas tadi, maka, jelaslah bahawa, pergerakan dakwah islam itu tidak dapat tidak mestilah adanya penggabungan diri dalam sesebuah harakah atau organisasi islam. Namun, tidaklah menjadi kesalahan bagi mereka yang ingin bersendirian dan merasakan kuat untuk berdakwah bersendirian. Namun, berdiri, hidup, jatuh dan bangun kita dalam dakwah adalah lebih terasa manisnya apabila kita menggabungkan diri kita dalam organisasi dakwah dan harakah islamiyyah.
Amal Jamai'e
Kerja-kerja dakwah yang lebih berkesan, terperinci, bersistem, ada modus operandinya adalah lebih berjaya jika dilaksanakan secara berjemaah atau amal islaminya dilakukan secara berkelompok. Usaha-usaha dan amal kolektif mestilah didokong oleh satu badan yang kuat dan ahlinya mampu bergandingan antara satu sama lain. Amal jamai'e yang dimaksudkan adalah :
"..Amal/Perkara yang diputuskan oleh tanzhim jemaah yang tersusun berdasarkan manhaj tertentu untuk mencapai matlamat/hadaf tertentu..."
(Amal Jama'ie - Abdullah Abdul Hamid, Jilid 1 hal 9)
Dan di dalam kitab Al-Muntalaq ada disebutkan oleh Ahmad Ar Rashid sebagai seni menyelaras (tansik) tenaga dalam mencapai objektif yang syumul dan menyeluruh dari semua aspek. Namun perlu diperhatikan kepada beberapa titik penting. Amal jama'ie tidak dapat terlaksana sekiranya tiada unsuru-unsur ini :
1)Setiap amal/perkara yang dikeluarkan mestilah melalui perbincangan, penghadaman, pro-kontranya dilumatkan oleh tanzhim.
2)Matlamat : Mendapat keredhaan Allah dengan menegakkan Sistem Islam.
3)Sasaran : 7 Marhalah Dakwah Al-Ikhwanul Muslimin iaitu Pembentukan Individu Muslim, Rumahtangga Muslim dan Masyarakat Islam, Mengislah Pemerintahan, Menubuhkan negara Islam, Kembalikan Khilafah Islam, dan Ustaziatul 'Alam.
4)Wasilah : cara dan methodology sunnah Baginda SAW yang diakui oleh syarak sepertimana yang dituliskan di atas. Setiap cara yang digunakan mestilah didasari oleh syarak, bukan matlamat semata.
5)Fasa : Peringkat yang ditempuh oleh jemaah dan tanzhim yang beransur-ansur/tadarruj dan berperingkat-peringkat. Fasa yang digariskan As-Syahid Al-Banna adalah Fasa Ta'arif, Takwin dan Tanfidz.
SYARAT 'AMAL JAMA'IE
Antara syarat-syarat yang perlu dikenalpasti :
1)Jemaah dan tanzhim yang sangat tersusun, berdisiplin, berperaturan, dan juga mempunyai sistem yang jelas.
2)Amal yang diputuskan telah dipersetujui oleh tanzhim dan jemaah.
3)Kerja-kerja amal yang dilakukan tidak mengganggu kerja-kerja asasi dan mengikut manhaj (Manhaji) seperti menyertai pilihan raya, tetapi tidak mengganggu kerja-kerja tarbawi walau sedikit pun.
4)Ada matlamat tertentu dan tujuan tertentu yang sudah pasti tidak melanggari syarak samada dengan nas syarak, ijtihad, dharurat dan rukhsah.
Di antara dalil dan hujjah yang menguatkan kepada keperluan amal jama'ie adalah seperti berikut :
1)Naqli
2)Qawaid Fiqhiyyah
3)Aqliyyah
4)Waqi' dan keadaan semasa.
1) Dalil Naqli :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"..dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang berjaya.."
(Ali-'Imran : 104)
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa tidak mesti tidak perlu ada segolongan manusia yang menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Perkataan "ummah" di atas seperti mana yang disebut di dalam kitab tafsir Al-tabari membawa maksud "jamaah". Dalam Tafsir Al-manar pula ada menyebut : "..bahawa sebenarnya ummah lebih khusus daripada perkataan jamaah. Ummah ialah satu jamaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan atau wahdah yang padat bagaikan organ-organ yang ada pada diri seseorang..".
Dalam tafsir Ibn Kathir pula disebutkan :
وَالْمَقْصُود مِنْ هَذِهِ الْآيَة أَنْ تَكُون فِرْقَة مِنْ هَذِهِ الْأُمَّة
"..dan dimaksudkan daripada ayat ini hendaklah ada satu firqah/kumpulan daripada ummat ini..."
(Ibn Kathir - Tafsir Ibn Kathir)
Ulamak berbeza pendapat dalam memberikan penafsiran maksud "Al-Jamaah". Namun kehadiran harakah islamiyyah dan jemaah-jemaah yang ada ini adalah kumpulan daripada kumpulan-kumpulan islam lain. Bukannya sepertimana yang disebutkan dalam hadith-hadith Baginda SAW tentang jamaah kerana apa yang dimaksudkan dalam hadith-hadith Baginda SAW adalah Islam itu sendiri. Di harap para pembaca tidak tertukar dengan "jamaah" semasa adanya khalifah dan semasa ketiadaan khalifah. Jamaah yang dimaksudkan oleh penulis adalah jamaah atau kumpulan manusia yang terbentuk secara muasasi (organisasi) dan bertanzhim, tersusun dan mempunyai matlamat tersendiri di masa ketiadaan khalifah Islam. Namun, maksud jamaah pada setiap sisi hadith Baginda SAW adalah berbeza dengan apa yang cuba penulis huraikan. Jamaah yang penulis bawakan adalah kumpulan/kelompok manusia yang berhimpun atas satu fikrah, satu matlamat dan memberikan komitmen jiwa dan diri mereka bagi mencapai matlamat tersebut. Mafhum jamaah yang disebut-sebut Baginda SAW akan dibincangkan oleh penulis pada entri akan datang bagi mencerahkan para pembaca.
2) Qawaid Fiqhiyyah :
Kaedah Fiqh :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "...Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain...."
(Yusuf : 108)
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
"...Sesungguhnya hukum dari sesuatu yang menjadi
penyempurna daripada suatu kewajipan, adalah wajib..."
الحريم له حكم ما هو حريم له
"..sesuatu perkara yang menjadi penjaga terhadap
sesuatu hal itu hukumnya adalah sama dengan yang dijaga.."
الحكم بالوسيلة حكم بالمقاصد
"..hukum bagi wasilah adalah hukum bagi maksud.."
Daripada dalil di atas, jelaslah bahawa membentuk jemaah muslim yang terdiri daripada mereka yang dipercayai, beriman, bermatlamat untuk menegakkan syiar Islam dan melaksanakannya adalah dituntut dan bahkan ada ulamak yang mengatakan wajib berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqh di atas. Kewajipan dakwah ini sukar terlaksana apabila sekiranya tidak terbentuknya satu jemaah yang terpimpin, tersusun dan terperinci perancangannya.
3) Dalil Aqli :
Hakikatnya di zaman ini, bekerja dalam dakwah secara berseorangan memberikan kesan yang lebih kecil dan susah untuk mendapat hasil yang muntijah. Berseorangan juga boleh menyebabkan individu dai berkemungkinan boleh menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya dalam dakwahnya kerana tidak dibantu oleh sesiapa. Apa yang lebih dibimbangi adalah apabila berseorangan melaksanakan dakwah, individu tersebut akan menjadi bahan serangan kerana tiada kekuatan yang mampu menampung dirinya untuk bergerak sekaligus mematikan usaha dakwahnya. Demikian itulah, bergerak secara berjamaah dalam bentuk harakah islamiyyah dapat membutuhkan hasil dan kesan yang lebih besar kepada dakwah. Ini kerana, pelaksanaan secara jama'ie akan lebih memudahkan lagi urusan dakwah, melicinkan kerja dan apa yang lebih penting adalah apabila terdapat kekurangan di satu sudut, para ahli harakah akan menjadi tampungan kepada kekurangan tersebut. Hal ini sekaligus menanamkan rasa kebersamaan dan memudahkan lagi usaha mencapai pembentukan syariat Islam.
4) Waqi' / Keadaan Semasa :
Seluruh dunia memperlihatkan betapa dengkinya musuh-musuh Islam terhadap Islam. Mereka saling bergandingan antara satu sama lain dan mampu membentuk kelompok yang sangat besar walaupun ada kalanya mereka mempunyai ideologi yang berbeza-beza. Namun, atas semangat menentang Islam, mereka mampu bersatu. Begitu juga di Malaysia khususnya, penubuhan-penubuhan badan kebebasan beragama, sister in islam dan seumpamanya berdiri atas kerja sama erat sesama mereka. Jikalau seorang dai yang melaksanakan dakwahnya secara bersendirian, nescaya individu ini mudah akan diratah dan dilanyak begitu sahaja. Oleh itu, keadaan ini memaksa individu dakwah untuk bekerja bersama, dalam satu saff dan barisan yang utuh untuk menentang thaghut ini. Pembentukan harakah islamiyyah adalah solusi yang ideal untuk berhadapan dengan pelbagai permasalahan ummat yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam, amnya di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia. Namun, penulis tidak sesekali beranggapan bahawa bersendirian itu tidak boleh dan tidak syar'ie.
Mari Kita Hayati Bait-Bait Ini
bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran
bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau pun kemenangan
berjuanglah wahai Ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiyyah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan
bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji rabbi
bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati hingga nyata benarnya janji rabbi
selamatlah parti islam melangkah
membimbing ummah ke medan siasah
berpedomankan al-Quran dan Sunnah
suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)
Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh Ibn Nik Mhd Nor
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum semua yang membaca..Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Semoga roh dakwah Baginda yang dirasai hingga ke hari ini terus mekar dan bercambah-cambah dari hari ke hari. Semoga Rasulullah SAW yang kita cintai ini terus menjadi contoh ikutan buat kita para pendakwah yang mengaku memperjuangkan risalah ini.
Terlebih dahulu ana memohon maaf kerana tidak banyak menulis, dan menjuruskan serta lebih banyak mengecilkan skop perbincangan di blog ana kepada siri menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam cbox ana. Subhanallah, sesungguhnya sudah terbazir waktu ana untuk perkara-perkara yang remeh-temeh ini kerana kecilnya minda dan pemikiran ana. Walau apapun, ana cuba untuk menjadikan semua siri jawapan ini suatu yang boleh dikongsi dan diteladani untuk semua. Jikalau tidak semua pun, cukuplah untuk ana sahaja. Mana yang baik itu, ambil sahaja, yang keruh itu tinggal-tinggalkan.
Hamba Tuhan vs "Wakil" Tuhan
Sudah termaktub, Rasulullah SAW lah yang menjadi utusan terakhir Allah, yang memikul tanggungjawab besar membawa risalah tauhid kepada manusia ke seluruhannya, tidak kira bangsa mana sekalipun. Tiada lagi janji Allah bahawa akan wujud extra-khatimul anbiya' / another version of khaatimul anbiya' atau wakil tuhan di muka bumi ini melainkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah pewaris para anbiya', yang tidak dikurniakan wahyu dan kelebihan seperti para anbiya' lain.
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“....Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi...”
(Al-Ahzab : 40)
Namun, setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, muncul para pemuka-pemuka syaitan mendakwa diri mereka Rasul utusan yang membawa seruan agama dan merupakan nabi Allah yang baru yang mana antaranya adalah Musailamah Al-Kazzab. Syaitan ini popular sebaik sahaja kewafatan Baginda SAW. Hal ini tidak menghairankan kerana mereka ini tidak beriman kepada kitab Allah dan Rasulullah SAW walaupun melihatnya. Benarkah? Memang benar kerana sudah jelas lagi terang pernyataan dan deklarasi dari Allah yang ternyata di dalam surah Al-Ahzab di atas. Kemunculan para nabi palsu ini sememangnya sudah dijangka dan sudah pasti akan ada.
Namun, dunia kini tidak popular dengan kehadiran nabi-nabi palsu ini, kerana kehadiran mereka pasti ditentang dan dilawan habis-habisan oleh para golongan agamawan dan cerdikpandai. Apa yang ingin diutarakan dalam artikel ini adalah berkenaan wakil tuhan yang semakin melata kini dan mereka tidak diiktiraf oleh Allah pun sebagai wakil mereka di muka bumi ini melainkan wakil tuhan yang dimaksudkan adalah khalifah Allah. Apakah yang saya maksudkan dengan wakil tuhan ini??
Berkata Ibn Abbas radiallahu anhu :
“...Sesungguhnya orang yang selalu berfatwa terhadap manusia dalam setiap permasalahan yang mereka tanyakan adalah seorang yang gila..!”
(I’lamul Muwaqqi’in hal. 63)
Sebenarnya, kehadiran mereka di dunia ini juga sudah dijangka dan tidak hairanlah apabila Baginda SAW menyebutkan orang islam itu ibarat buih di lautan. Terlalu banyak, namun kualititnya tiada. Namun, mereka beriman kepada Allah dan Rasul, juga mengetahui keterbatasan akal mereka, dan tahu pula mereka tiada hak untuk menghukum manusia, namun mereka tetap menjadi sebegitu. Mungkin inilah yang dikatakan, ilmu dicari, amal diletakkan di tepi! Wakil tuhan ini akan sentiasa menjadi penghukum kepada manusia walaupun tiada ilmu. Wakil tuhan ini dengan mudah menyatakan itu dan ini, menghukum itu dan ini, mengeluarkan itu dan ini hasil buah fikirannya yang terbatas.
Kita seringkali berlagak pandai dan gemar menghukum manusia. Kita gemar menghukum manusia atas keterbatasan ilmu kita. Kita suka mengadili manusia mengikut pertimbangan mata kasar kita. Mana tidaknya, lihat sahaja betapa ramai manusia yang suka melihat manusia lain hanya dengan mendengar sesuatu kemudian kita menghukum seseorang itu atas perkara yang kita tidak tahu kesahihannya. Kita suka menilai manusia melalui kata-kata orang, atau pun 1st impression kita terhadap manusia/individu yang kita barangkali tidak kenal atau kenal-kenal begitu sahaja. Kita gemar menghukum manusia atas satu-satu kesalahan yang seseorang lakukan, yang kita tidak tahu pun mungkin individu tersebut sudah pun bertaubat. Kita juga gemar menghukum akidah manusia kafir, fasik dan seumpamanya walaupun kita bukannya seorang mujtahid, apatah lagi seorang Nabi. Artikel ini sesuai dibaca untuk mereka yang sentiasa memfasikkan dan mentakfir Al-Imam Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah taala anhu (sila klik). Tokoh ini seringkali ditohmah dan dicaci serta dihukum oleh para ulamak sufi yang begitu waham ini dan mereka para ulamak sufi ini sangat takut kepada pemerintah di zamannya. Inilah realiti wakil tuhan yang wujud di zamannya. Mentakfir dan menyesatkan para ulamak sedangkan beliau ini sangat berjasa kepada Islam dan sangat berani menentang kekufuran. Mana tidaknya, beliau orang yang paling lantang terhadap pemerintah dan paling berani menegakkan hujjah. Beliau jugalah ulamak yang benar-benar mengusir tentera tartar di zamannya di saat para ulamak sufi yang lain menjadi barua dan pengampu kepada pemerintah.
Dr. Yusuf Qardhawi berkata :
“....Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku....”
(dipetik dari artikel Dr. Asri - Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, Mesir: Dar al-Wafa)
Telah berkata Al-Imam At-Tahawi :
“....Kita tidak mengkafirkan ahlul kiblat kerana satu dosa yang dilakukannya selama dia tidak menghalalkan perbuatan tersebut, dan kita tidak mengatakan perbuatan dosa itu tidak mudarat terhadap keimanan. Kita berharap orang-orang yang berbuat baik dari kalangan mukminin supaya Allah memaafkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam jannah dengan rahmat-Nya, dan kita tidak merasa aman terhadap mereka dari janji Allah dan kita tidak mempersaksikan syurga bagi mereka. Kita mintakan ampun terhadap kesalahan mereka dan kita takut mereka akan mendapat hukuman kerana dosa mereka, namun kita tidak putus asa dari rahmat Allah terhadap mereka. Merasa aman dari ancaman Allah dan putus asa dari rahmat-Nya, keduanya akan memindahkan dari agama Islam sedangkan jalan yang haq berada di antara keduanya bagi ahlul kiblat....”
(Al-'Aqidah Ath-Thahawiyyah Syarhun wa Ta'liq Al-Imam Al-Albani, hal. 60-62)
Kita gemar menghukum seseorang individu dan amalannya walaupun kita tidak mengenalinya.Dan contoh yang paling mudah adalah, kita gemar untuk menilai peribadi seseorang hanya kerana kesalahan-kesalahan kecilnya yang mungkin sudah pun diampuni oleh Allah. Tidak hairanlah terbitnya pepatah "..Do not judge a book by it's cover..!" Kita tidakpun mengenali seseorang individu kemudian kita cepat menghukumnya dengan melihat kepada tulisan-tulisan individu tersebut, tanpa kita melihat kepada perjuangannya dan perngorbanannya untuk agama. Kisah ini pula sesuai dibaca kepada para pengkritik Dr. Maszlee Malik, seorang ilmuwan islam yang begitu banyak masanya dihabiskan untuk Islam. Mana tidaknya, hanya kerana isu jemaah centric yang dilontarkan sebagai pandangannya sahaja menyebabkan dia ditohmah dan dikatakan ejen umno oleh beberapa kerat manusia yang tidak mengenalinya. Begitu jelek perangai manusia ini. Menghukum manusia atas manusia tanpa kita mengenali lebih dekat pengorbanan beliau kepada ummah. Tanya sahajalah kepada para penuntut di matrikulasi uia ceramah-ceramah beliau tidak dibayar, penuh ilmiah, ikhlas memperjuangkan isu-isu agama dan palestin. Namun dicaci hanya kerana isu jemaah centric yang cuba meleraikan kekusutan pertembungan sikap para pendakwah yang mendakwa mereka membawa islam dengan slogan akulah yang paling benar dan paling ikhwan! Mereka lebih gemar menggunakan terma-terma tidak sihat untuk memburuk-burukkan peribadi seseorang. Tidak kurang juga ada yang mengatakan penulisan beliau adalah kesan kepada tidak ada komitmennya beliau terhadap jemaah beliau sendiri sedangkan jika sesiapa bertanya kepada rakan-rakan sejemaah beliau, pasti mereka akan mengatakan Dr.Maszlee Malik ini antara orang yang paling komited dengan jemaah dan lebih dari itu beliau memberikan WALA'NYA kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya. Lihat lah sikap wakil tuhan ini. Merasakan kita senang-senang boleh menghukum individu walaupun kita tidak mengenali dirinya. Sedangkan yang berhak menghukum hanyalah Allah.
Kerana sikap gemar menghukum inilah sahabat Rasulullah SAW, seorang penulis wahyu yang hebat dan agung Saidina Mua'awiyah r.a telah dihukum oleh para penganut syiah sebagai khawarij, pemberontak, punca pecah belah dan pengkhianat Islam malah mereka lebih gemar mentakfir Mu'awiyah. Kerana kejahilan dan niat jahat mereka lah Mu'awiyah r.a yang agung ini telah dikuburkan kemuliaannya, dibuang kemasyhurannya, dibakar jasanya, dihina, dipijak-pijak, dicaci, dimaki dan seumpamanya. Inilah kebodohan manusia yang ada akal yang terbatas namun berlagak sebagai wakil tuhan yang gemar menghukum walapun diri mereka itu sebenarnya jahil lagi hina dan dihinakan!
Abdullah Ibnu al-Mubarak pernah ditanya:
“...Apa kata tuan tentang Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama...?”
Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“....Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Muawiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah s.a.w itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz....”
(Al-Bidayah Wan Nihayah. m/s 139)
Ada juga wakil tuhan yang gemar mentakfir manusia lain. Juga menyatakan manusia lain sebagai sesat sedangkan mereka sendiri jahil, tiada ilmu malah diselubungi oleh makar syaitan. Mengapa tidak, begitu tegar mereka mencerca dakwah Syeikh Muhammad Ibn Abd. Wahhab dan para muridnya. Begitu juga Syeikhul Hadits Nasiruddin Al-Albani yang banyak berjasa mentakhrij, menilai kitab-kitab hadits, dan mentahkik pelbagai kitab-kitab para ulama tidak kurang dimaki, dihina, dihukumkan sebagai manusia terlaknat, apatah lagi dikafirkan oleh mereka yang tidak sukakannya. Inilah sikap para ilmuan masa kini yang tiada ilmu pun. Hanya sekadar mencedok kitab-kitab ulamak sufi yang begitu garang terhadap sunnah-sunnah baginda dan berlembut dengan bida'ah-bida'ah yang kian melata. Biarpun hadith begitu banyak memberikan peringatan, namun, akal mereka lebih mereka utamakan dan lebih mendahului hadith-hadith ini. Inilah manusia yang seringkali menjadi wakil tuhan yang tidak bertauliah. Mereka dengan mudah mengatakan thariq ini betul, thariq ini salah, jalan ini sesat, jalan ini tidak sesat. Nah, mereka ibarat manusia yang mendapat wahyu daripada Tuhan. Salafi Al-Albani salah, Syeikh Muhammad Ibn Abd Wahhab khawarij, pemberontak dan penyebab kepada kejatuhan khilafah uthmaniyyah walhal mereka tidak mengkaji sejarah bagaimana kejatuhan khilafah uthmaniyyah dan apakah faktor utama menyumbang ke arah kejatuhannya. Inilah manusia yang suka mencedok-cedok kebatilan dan menghembus bara dendam dan hasad kepada dakwah Syeikh Muhammad Ibn Abd. Wahhab.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah taala anhu berkata:
“Pengkafiran itu memiliki syarat-syarat dan mawani' yang terkadang mawani' itu hilang pada diri seseorang...”
(Majmu' Fatawa, 12/487)
Begitulah sikap manusia yang seringkali gemar menjadi wakil tuhan yang tidak diiktiraf. Sudahlah tidak berilmu, gemar pula mentakfir, mencemuh, mencerca para ulamak silam yang jasanya begitu besar terhadap dunia Islam. Inilah hakikat yang berlaku kini dan ianya akan terus berlaku sekiranya mereka tidak mahu berubah dan tetap sebegitu.
Semoga tulisan kecil ini menjadi iktibar kepada semua dan juga diriku agar sentiasa berjaga dalam menilai seseorang dan sesuatu perkara agar tidak terjebak ke fenomena ini. Dengan Nama Allah, saya berlepas diri dengan sikap jelek ini dan tidak dapat memaafkan sesiapa yang tidak henti-henti melaung-laungkan persoalan wahhabiyyah.
Wassalam.
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebutkan :
"..dahulu kami berusaha keras memacu laju dakwah ini dan memaksimakan penyebarannya, namun kini, dakwah tersebut yang mendahului kami. Ia bercambah ke seluruh pelusuk dan desa dan memaksa kami menanganinya dengan serius, meskipun untuk itu (merealisasikan) kami harus menghadapi pelbagai persoalan berat yang sangat melelahkan..."
Dakwah dan risalah ini seringkali tidak menjanjikan kemanisan dunia, kerehatan dan keselesaan. Sebagaimana yang dicontohkan oleh para anbia' dan aulia', mereka senantiasa teruji, dan diuji kerana risalah ini. Lihat sahaja Nabi Allah Nuh a.s. Betapa hebat beliau diuji dan ditekan oleh kaumnya serta sanak-saudaranya, namun, beliau tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Pelbagai ranjau dan duri terpaksa beliau hadapi. Bukan sehari dua, tetapi ratusan tahun. 950 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Lihatlah, betapa agungnya dakwah dan risalah ini hingga para pemikulnya sanggup menahan cercaan, makian, ugutan dan sebagainya.
Dakwah dan Kefahaman
Dakwah boleh berlaku di mana sahaja, kepada siapa ianya ditujukan dan ke mana sahaja ianya dihalakan. Dakwah bukanlah satu trend. Bukan juga barang pakai buang. Dakwah dan isinya tetap sama dan tidak berubah dari datangnya Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini meskipun terdapat revolusi dalam method penyampainnya. Kepelbagaian ini adalah perlu diraikan dan dimestikan, sesuai dengan peredaran dan kehendak zaman.
Bagi mereka sudah ataupun baru berjinak dengan alam dakwah, mereka perlu meletakkan kefahaman dalam diri mereka bahawa dakwah bukanlah suatu paksaan atau tekanan. Kefahaman terhadap dakwah perlu jelas bagi setiap pemikulnya. Dakwah bukan seperti menjual barang sebagaimana sesetengah peniaga yang memaksa pengguna untuk membelinya walaupun dengan cara dan jalan yang salah. Kefahaman yang salah tentang konsep dakwah, juga tarbiah hanya menyebabkan manusia akan lebih jauh daripadanya.
Usrah Mendidik, Bukan Memaksa..!
Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad'u yang benar-benar ikhlas berjuang.
Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Kerana usrah yang dibina adalah paksa-oriented. Mahu menjadikan ma'du seolah-olah malaikat kecil. Lengkap tanpa kesalahan dan mengikuti 100% module yang disusun tanpa sebarang bantahan. Mad'u bukan robot yang boleh dipaksa, dan ditaujih sesuka hati oleh naqib atau murabbinya. Benar, arahan merupakan suatu proses dalam tarbiah. Tapi, arahan tidak boleh bertukar menjadi paksaan/tekanan kepada mad'u. Proses pembentukan mad'u atau rijal/kader memerlukan masa. Kita "merekrut" mereka dan memaksa mereka atas nama "amal jama'ie" sedangkan tuntuan sebenar amal jama'ie tidak begitu. Takwin atau pembentukan ma'du mestilah berperingkat, setapak demi setapak dan bertadarruj.
Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad'u lebih matang dan nampak "berusia", murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama'ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-"rela". Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya.
Tarbiah Itu Di Mana-Mana
Seringkali hal ini terjadi dan ianya seakan-akan tampak "benar" walaupun pada hakikatnya ianya sesuatu yang merosakkan lagi batil. Hal apakah yang dimaksudkan? Menghalangi mad'u yang ditarbiah kita untuk menghadiri program-program agama anjuran kumpulan islam lain, atau, membantutkan pengetahuan ma'du dengan menyekat mana-mana perkongsian ilmu atas jenama dan jalur kumpulan islam yang berbeza dengan kita atas nama bimbang. Bimbangkan apa? Bimbang berlakunya "lompat' keahlian atau "terpengaruh" dengan kumpulan islam lain. Hal ini tidak wajar dijadikan alasan. Inilah kekaburan yang seringkali berlaku kepada mereka yang ikhlas membawa Islam, akan tetapi kurang memahaminya secara mendalam.
Lihatlah contoh yang dibentangkan oleh para sahabat dan tabiin. Mereka ini adalah kalangan murabbi pakar yang banyak mentarbiah orang. Sejarah membuktikan, tidak berlakunya penyekatan, atau sentimen "bimbang" seperti di atas, bahkan, merekalah murabbi yang berlumpa-lumba mengiyakan dan menyuruh mad'u mereka supaya mendapatkan kepelbagai pandangan dan pendapat dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang lain. Terdapat banyak kisah yang boleh dicontohi.
Dalam sistem tarbiah, terdapat 2 istilah yang biasa didengari, program umum dan khusus. Program khusus anjuran kumpulan Islam yang kita berikan komitmen kepadanya sememangnya layak menjadi prioriti utama kepada kita, juga program umum. Namun, tidaklah ia sepatutnya menjadi pembatas kepada ma'du kita untuk menambah ilmu mereka dengan menghadiri program-program lain anjuran kumpulan islam lain. Dalam program umum, sekiranya dirasakan baik dan elok, janganlah diberikan tekanan dan sekatan kepada mad'u untuk menghadirinya. Atau dengan beralasan untuk mendisiplinkan mereka dengan amal jama'ie, segala-galanya perlu mendapatkan keizinan murabbi atau isti'zan daripada kumpulannya. Kita telah memahami konsep amal jama'ie secara salah dan songsang. Memang wajar dan tidak salah sekiranya mad'u itu sendiri berupaya untuk mendapat keizinan, atau dengan relanya untuk mendapatkan restu, izin dari murabbinya. Bahkan ia lebih dituntut sekiranya mad'u tersebut mampu melakukannya pada setiap masa, dan setiap perkara yang hendak dilakukan.
Keterikatan yang melampau inilah hal sebenar yang merimaskan para mad'u, hatta menjadikan mereka lembik, lemah dan futur setelah mereka bermujahadah. Hal ini hanya membuahkan krisis dalaman kepada jiwa mad'u. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak sekiranya semua perkara yang hendak dilaksanakan perlu diminta-izinkan, atau perlu mengikut 100% arahan murabbinya. Mad'u bukanlah hak kita atau robot yang wajib mendengar setiap arahan, atau mendapatkan keizinan bagi setiap perkara yang mereka lakukan. Mad'u adalah manusia yang tidak lekang daripada sifat-sifat lemah.
Para murabbi haruslah memahami bahawa tarbiah bukan sekadar menghadiri daurah, tamrin, usrah dan yang seumpama dengan itu. Akan tetapi, tarbiah itu lebih luas dan terbuka konsepnya. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah umum juga tarbiah, menghadiri kelas-kelas agama, tajwid, fardhu ain, comparative religion dan lain-lain juga adalah tarbiah. Masalah yang berlaku adalah ramai di kalangan mad'u ditanam minda mereka dengan "usrah/daurah/tamrin/muktamar/katibah dll.." itu sahajalah yang dikira tarbiah. Skop tarbiah telah disempitkan sesempit-sempitnya atas nama "disiplin". Hal ini tidak wajar sama sekali berlaku dan tidak sepatutnya pun terjadi.
Kesimpulannya, jangan dipaksa mad'u-mad'u kita untuk mengikut semua arahan kita, atau memaksa mereka meminta izin daripada kita dalam semua perkara yang hendak mereka lakukan seperti menghadiri ceramah umum, memenuhi jemputan program umum, hatta dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi hak kepada mereka seperti ingin pulang ke kampung, atau pergi melancong dan bercuti. Sekiranya perkara seperti ini pun diwajibkan ke atas para mad'u, janganlah kita menyesal apabila suatu hari nanti, mereka dengan beraninya meninggalkan tarbiah, dakwah dan merasakan bersendirian itu lebih elok dan baik bagi mereka.
SELINGAN
Faktor-Faktor Kekeringan dan Kelesuan Tarbiah
1)Orientasi Pada Produktiviti
Usrah atau tarbiah yang berorientasikan atau melebihkan produktivitinya sahaja sebenarnya hanyalah melemahkan dan membosankan mad'u. Para mad'u akan lebih tertekan apabila mereka terpaksa memenuhi target-target tertentu yang harus dicapai walaupun ianya tidak menjadi kemampuan bagi diri mereka. Para murabbi seharusnya meneliti kemampuan para mad'unya, dan tidak menilai diri mereka seperti mesin cuci pakaian. Mesin basuh hanya menurut arahan. 20 minit untuk basuh-bilas dan 5 minit untuk proses pengeringan. Dan baju siap untuk dijemur. Tarbiah bukan seperti itu. Ini kerana, hal ini hanya akan melahirkan mad'u jenis terpaksa-oriented.
Hal ini akan membarah apabila mad'u mula merasakan diri mereka "letih", dan tidak mahu lagi memberikan komitmen atau melakukan apa-apa sahaja kerana merasakan diri mereka dilayan semacam robot. Dan ianya akan menjadi lebih parah dan kronik sekiranya sesuatu yang dipikulkan adalah di luar kemampuan mereka dan akhirnya mereka beranggapan bahawa adalah lebih baik mengasingkan diri daripada tarbiah supaya mereka rasa bebas tanpa sebarang ikatan.
2)Lemah Kreativiti
Usrah, atau atas nama apa pun ianya dijelmakan, ianya bukanlah sekadar duduk bersila, berlaga lutut dan kemudian pulang dan ianya berlaku sedemikian sampai bila-bila. Usrah menuntut kepada kepelbagaian dan variasi. Usrah yang muntijah/berjaya hanya mampu dibentuk apabila ianya tidak statik, kaku dan sama setiap masa. Usrah tanpa kreativiti atau kepelbagaian akan membosankan ahlinya, atau lebih teruk lagi murabbi dan pembawanya. Hal ini boleh dilihat dalam 2 aspek utama. Modul dan aktivitinya.
Modul
Usrah yang berkesan adalah usrah yang tidak sempit skop perbincangannya, tidak hanya tertumpu kepada satu-satu masalah sahaja, bahkan ianya lebih meluas dan mencakupi semua perkara, baik siasah, amal islami, isu global dan lain-lain. Perbincangan seputar masalah-masalah agama, sirah, fiqh dan lain-lain juga perlu diperbanyakkan. Namun, hal ini perlu mengikut standard kemampuan mad'u atau perlu dilihat kepada mustawa dan tingkat mana kah kemampuan mad'unya. Janganlah mad'u yang baru sebulan dua mengikut usrah disumbat dengan perkara-perkara besar seperti persoalan harakah islamiyyah, jemaah-jemaah, atau perkara-perkara berat mahupun khilafiyyah yang mereka tidak mampu pun untuk memahaminya.
Aktiviti
Kepelbagaian dari sudut aktiviti juga amat perlu ditekankan. Usrah seharusnya tidak tertumpu hanya dalam bentuk halaqah atau liqa' secara bulatan di rumah-rumah atau tempat-tempat khusus seperti masjid sahaja. Bahkan sepatutnya ia lebih daripada itu. Usrah perlu mendapat nafas dari segi program out doornya seperti keluar bersama-sama mad'u memancing ikan, beriadah atau lebih menarik lagi melancong ke mana-mana tempat bersama-sama. Pengisian usrah tetap berlaku walaupun seakan tiada majlis formal. Hal ini hanya boleh direalisasikan sekiranya murabbi berfikiran kreatif dan sanggup berlapang dada menerima pandangan mad'unya sekiranya mereka mencadangkannya. Namun, hal ini perlu dilihat kepada situasinya juga. Pelbagai tempat dengan pelbagai kerenah dan halangan. Ini kerana terdapat juga larangan-larangan dari pihak berkuasa agar tidak menjalankan sebarang aktiviti islam contohnya dibeberapa negara. Maka, dalam situasi begini, para ahli usrah perlu memikirkan hal lain bagi mewujudkan kepelbagaian dan corak pengurusan usrah itu.

قال الشيخ يوسف القرضاوي في كتابه (فقه الأولويات ) :
فالإمام محمد بن عبد الوهاب في الجزيرة العربية كانت الأولوية عنده للعقيدة، لحماية حمى التوحيد من الشركيات والخرافيات التي لوثت نبعه، وكدرت صفاءه، وألف في ذلك كتبه ورسائله، وقام بحملاته الدعوية والعملية في هدم مظاهر الشرك
السيد محمد رشيد رضا :
قال في التعريف بكتاب (( صيانة الإنسان )) بعد أن ذكر فشو البدع بسبب ضعف العلم والعمل بالكتاب والسنة ، ونصر الملوك والحكام لأهلها . وتأييد المعممين لها . قال رحمه الله ما نصه :
الشيخ محمد بن عبد الوهاب رحمه الله :
لم يخل قرن من القرون التي كثر فيها البدع من علماء ربانيين ، يجددون لهذه الأمة أمر دينها بالدعوة والتعليم وحسن القدوة ، وعدول ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين ، كما ورد في الأحاديث .ولقد كان الشيخ محمد بن عبد الوهاب النجدي ، من هؤلاء العدول المجددين قام يدعون إلى تجريد التوحيد ، وإخلاص العبادة وحده ، بما شرعه في كتابه وعلى لسان رسوله خاتم النبيين صلى الله عليه وسلم . وترك البدع والمعاصي وإقامة شعائر الإسلام المتروكة وتعظيم حرماته المنتهكة المنهوكة.
من هؤلاء المسلمون الذين خالفهم الشيخ محمد بن عبد الوهاب في دعوته ؟
هم أعراب في البوادي شر من أهل الجاهلية يعيشون بالسلب والنهب ويستحلون قتل المسلم وغيره ، لأجل الكسب ، ويتحاكمون إلى طواغيتهم في كل أمر،ويجحدون كثيراً من أمور الإسلام المجمع عليها ، التي لا يسع مسلماً جهلها ، إلى آخر ما قال ، عليه رحمه الله ذى الجلال
Siapakah kalangan mereka yang menentang Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab dalam dakwahnya..?
KONKLUSI : sajak aku adalah wahhabi
KALAU AKHI PEDAGANG MAHU BERDEBAT, PERGI LAH JUMPA DR.YUSUF QARDHAWI, DR.WAHBAH ZUHAILY YANG MEREKA INI DIANGGAP MUJTAHID ABAD INI...TAK PAYAH LA BERDEBAT DENGAN BUDAK-BUDAK SALAFI MCM ANA NI..BUDAK-BUDAK JE..APAPUN, ANA SALAFI HARAKI..IKUT IKHWAN..MALAS NAK PANJANGKAN LAGI APA PULAK TERM SALAFI HARAKI NI...PANJANG CERITA JADINYA NANTI..
يسهل على كثيرين أن يتخيلوا ، ولكن ليس كل خيال يدور بالبال يُستطاع تصوره أقوالاً بالسان ،وإن كثيرين يستطيعون أن يقولوا ولكن قلياً منهم يقدر على حمل أعباء الجهاد والعمل المضني ، ... فأعدوا أنفسكم وأقبلوا عليها بالتربية الصحيحة والأخبار الدقيق ، وامتحنوها بالعمل ، العمل القوي البغيض لديها ، وافطموها عن شهواتها ومألوفاتها وعاداتها
Ramai orang mudah berkhayal tetapi tidak semua khayalan boleh digambarkan dengan lisan. Ramai orang boleh bercakap tetapi sedikit sangat daripada mereka yang sanggup memikul bebanan jihad dan kerja berat…maka persiapkanlah diri kamu, sambutlah tarbiah yang sebenar, pengalaman yang terperinci. Ujilah ia dengan berkerja berat yang tidak disukai. Ceraikan jiwa mereka daripada nafsu syahwat dan hidup kebiasaan
(Hassan Al-Banna – Risalah Muktamar Ke-5)
أيها الإخوان المسلمون وبخاصة المتحمسون المتعجلون منكم .. إن طريقكم هذا مرسومة خطواته موضوعة حدوده، ولست مخالفاً هذه الحدود التي اقتنعت كل الاقتناع بأنها أسلم طريق للوصول – أجل قد تكون طريقاً طويلة ولكن ليس هناك غيرها. إنما تظهر الرجولة بالصبر والمثابرة والجد والعمل الدائب. فمن أراد منكم أن يستعجل ثمرة قبل نضجها أو يقتطف زهرة قبل أوانها، فلست معه في ذلك بحال، وخيرٌ له أن ينصرف عن هذه الدعوة إلى غيرها من الدوات، ومن صبر معي حتى تنمو البذرة وتنبت الشجرة وتصلح الثمرة ويحين القطاف فأجره في ذلك على الله، ولن يفوتنا وإياه أجرُ المحسنين إما النصر والسيادة وإما الشهادة والسعادة.
Wahai Ikhwan al-Muslimin terutama mereka yang bersemangat dan gopoh, dengarlah kata-kata saya yang bergema dari atas pentas dalam perhimpunan agung ini. Segala langkah dan sempadan dalam jalan kamu ini telahpun digariskan. Saya tidak akan melanggar sempadan ini yang saya sendiri yakini sepenuhnya bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke matlamat. Benar, jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Kejantanan akan terserlah melalui keupayaan untuk bersabar, tabah, gigih dan usaha yang berterusan. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada dakwah ini kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagiaan yang abadi.
وعلى هذا فالإخوان المسلمين أعقل وأحزم من أن يتقدموا لمهمة الحكم ونفوس الأمة على هذا الحال، فلابد من فترة تنشر فيها مبادئ الإخوان وتسود ويتعلم فيها الشعب كيف يؤثِرُ المصلحة العامة على المصلحة الخاصة
Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.
(Hassan Al-Banna Muktamar 5)
“Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan Ikhwan Muslimin. Mereka meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran untuk dihafal, tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal wahai akh yang benar…” Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua..."
إن منهاج الإخوان المسلمين محدود المراحل واضح الخطوات، فنحن نعلم تمامًا ماذا نريد ونعرف الوسيلة إلى تحقيق هذه الإرادة
Manhaj Ikhwan telah ditentukan marhalah amalnya, telah jelas langkah-langkahnya. Kami mengetahui apa yang kami mahu dan kami tahu apakah wasilah yang boleh mencapai apa yang kami mahu...
buat ummi dan abah..
sekiranya nyawa ini dicabut dahulu..halalkan makan minumku dan ampuni kesalahanku dan redhailah diri ini..
buat teman-teman, sekiranya ada terhutang harta, budi dan jasa..juga pohon dihalalkan..
maafkanlah teman kiranya ada salah dan silap..tersakit hati dan tersalah bicara..
moga kita semua bertemu di syurga nanti...Allahuakbar..!
مراتب العمل المطلوبة من الأخ الصادق
سليم العقيدة
Salimul Aqidah
[Aqidah yang sejahtera]
صحيح العبادة
Sohihul Ibadah
[Ibadah yang Benar]
Matinul Khuluq
[Akhlak yang unggul]
قادرًا على الكسب
Qadiran Ala Kasbi
[Mampu berdikari]
Mutsaqqaful Fikri
[Fikiran yang berpengetahuan]
Qawiyyul Jism
[Kuat tubuh badan]
Mujahadan LiNafsihi
[Mampu melawan nafsu]
Munazzamun fi Syu’unihi
[Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
Harithan Ala Waqtihi
[Menjaga Waktu]
Naafi’un Ligharihi
[Bermanfaat kepada orang lain]
Berkata Rasulullah SAW kpd 'Aisyah :
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَك
“Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya..."
(Dikeluarkan oleh Bukhari no.5928 dan Muslim no.2450)
Zagazig Uni - Medic
Cenfos - UIA
SMKA Melor
SMI Aman
MTAQ Hira'
SRI Aman
SRI Hira'
Tadika Naim
Copyright 2009 Dr Abduh | Theme designed by BloggerThemes