0

La Tahzan...Innallaaha Ma'ana..







إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"....Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..."
(At-Taubah : 40)


Alhamdulillah..kembali tenang setelah mendengar segala penjelasan..terima kasih kepada yang tolong mencarikan lagu ini..dalam ramai-ramai, sorang sahaja yang ingat nama artis dan nasyid di atas..
apapun, thanks sahabat-sahabat ikhwah yang menghabiskan kredit telefon dari Malaysia..jzkk..semoga Allah memberikan hidayah kepada sahabat-sahabat kita yang sudah tersasar...hurm..thanks again to ikhwah..ana sudah mula membaca buku kembali...alhamdulillah..

wassalam..

dr.nik mohd abduh b. nik mhd nor
Fakulti Dakwah Al-Ikhwanul Muslimin

wassalam..
Read more
1

Menyikapi Khilaf Antara Jemaah




Saya membesar dalam keadaan yang menjadikan saya menjauhi Khilaf, tidak
sukakan perpecahan dan bencikan pertelingkahan. Saya telah belajar dan
dididik pada mulanya di kampung saya di tangan Syeikh saya, seorang
ulama' yang mantap iaitu Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq Afifi.

Sewaktu saya belum melewati usia sepuluh tahun, Syeikh telah mengajar
kami untuk menghimpunkan manusia dan tidak memecah-belahkan serta
menyatukan bukannya mengoyakkan. Hendaklah mendekatkan semampu yang
boleh sewaktu berlakunya khilaf tanpa menjejaskan usul aqidah dan
perkara yang diketahui secara darurat daripada agama.

Pernah berlaku pertemuan mereka yang mempunyai haluan Islam iaitu Jamaah
Anshor al-Sunnah al-Muhammadiyah, al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan
al-Ikhwan al-Muslimun. Semuanya menyertai aktiviti sesama mereka. Setiap
mereka mengambil faedah daripada kelebihan yang lain. Mereka mengambil
aqidah daripada jamaah Anshor al-Sunnah, perlakuan berdasarkan Sunnah
dan gambaran Islam daripada al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan mengambil
tentang kesyumulan Islam dan pemikiran tamadunnya daripada al-Ikhwan
al-Muslimun. Oleh itu saya - sehingga kini - terus menyumbangkan wang
untuk membantu jemaah-jemaah ini, saling membantu mereka dan saya juga
dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk mereka.

Saya masih ingat sikap-sikap Syeikh kami dalam hal ini di antaranya:

Pertama:

Beliau telah membentuk dari kalangan anak-anak yang masih
kecil - saya salah seorang daripada mereka - menjadi satu kumpulan yang
kami kongsi kutipan wang padanya untuk membentuk sebuah perpustakaan
sebagai tempat membaca. Beliau dokonginya - semoga Allah membalas
kebaikan beliau - dengan pemberian beliau. Beliau memilih untuk kami apa
yang beliau sukai dan pilih daripada buku-buku aqidah, risalah-risalah
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn al-Qayyim, al-Imam Muhammad
bin Abdul Wahab, buku-buku Sunnah dan risalah-risalah al-Imam as-Syahid
Hasan al-Banna.

Kedua:

Seseorang telah bertanyakan beliau dalam satu majlis tentang
pandangannya terhadap perkumpulan besar yang dizahirkan oleh hasil
aktiviti al-Ikhwan al-Muslimun dan sambutan para pemuda terhadap dakwah
mereka. Soalan itu ditujukan dalam bentuk yang menyakitkan hati,
mengajak kepada kebencian dan dikiaskan dengan cemuhan. Lantas Syeikh
kami menjawab dengan kata-katanya:

"Wahai anakku, sesungguhnya saya berasa takjub melihat berkumpulnya
burung pada satu bangkai yang busuk, maka bagaimakah ketakjuban kita
melihat berkumpulnya manusia pada Islam?"

Ketiga:

Kami pernah bermusafir dari kampung Syansur menuju ke Kaherah.
Bersama kami ada beberapa orang pemuda. Kami menuju ke pejabat Anshor
al-Sunnah di 'Abidin. Kami mendapati Fadhilah al-Syeikh Hamid al-Fiqi -
Ketua Jemaah Anshor al-Sunnah pada waktu itu - sedang menyampaikan
ceramahnya. Kami duduk mendengar kepadanya. Beliau menghamburkan
serangan keras terhadap al-Ustaz Hasan al-Banna, Mursyidul 'Am al-Ikhwan
al-Muslimun kerana beliau tidak mementingkan aqidah. Golongan pemuda
membenci serangan yang mereka tidak biasa mereka dengar ini dan mereka
duduk dalam majlis itu seolah-olah mereka sedang duduk di atas bara api.
Apabila ceramah itu selesai, kami bangun dan bersalam dengan Syeikh
Hamid dalam keadaan berdiri. Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq berkata
kepada al-Syeikh Hamid:

"Sesungguhnya manusia sedang menjauhi Islam sejauh-jauhnya. Biarkanlah
Hasan al-Banna dengan dakwah umumnya kepada mereka sehingga dia dapat
mengarahkan mereka kepada Islam. Apabila mereka telah menuju kepada
Islam maka bolehlah kamu mengajar aqidah dan syariah kepada mereka
mengikut kehendak kamu."

Lantas perasaan para pemuda tenang dengan kata-kata ini.

Sekiranya jemaah-jemaah Islam ini bertemu pada satu matlamat iaitu
berhukumkan syariat Islam dalam seluruh sudut kehidupan, sesungguhnya
permusuhan yang wujud antara mereka dan antara mereka yang ada dalam
satu jemaah akan menghabiskan tenaga mereka dalam pertentangan dalaman
dan menghalang tercapainya matlamat bersama. Inilah penyakit kronik yang
memecahkan kekuatan Islam dan menghalang terlaksananya syariah yang
mulia.

[HALANGAN-HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM oleh Prof. Manna' Khalil al-Qaththan; Maktabah al-Qardhawi 1998]

p/s : copy and paste

Dr. Abduh

"..hidup matiku di atas manhaj ini..Al-Ikhwanul Muslimin..biarpun seribu keperitan mengundang..."
Read more