0

Adakah Kita Golonga Yang Bekerja? Atau Lebih Banyak Bercakap?

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Ini adalah nasihatku buat sekalian dai'e yang memahami dan mengaku beriman di atas manhaj Rasulullah SAW..juga peringatan buat diriku..agar kita semua tidak tenggelam dengan perkara-perkara yang tidak membantu usaha dakwah kita..tarbiah kita..

من اراد ان يسلم من الغيبة فليسد على نفسه باب الظنون فمن سلم من الظن سلم من التجسس ومن سلم من التجسس سلم من الغيبة…
الغيبة تقود الى الحسد والحسد يقود الى النميمة والنميمة تقود الى الكذب



Harap siapa yang membaca tulisan ini..sama-samalah kita istighfar dan jauhi sikap-sikap yang disebutkan di atas tadi..ianya diambil daripada petikan buku Al-Awaiq karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (nama samarannya)..cari sendiri di helaian mana dan tadabbur lah kata-kata di atas...

lihatlah sekeliling anda..apakah usaha dakwah yang telah kita lakukan..adakah hanya dengan mentajmik manusia kemudian kita merasakan cukup dengan apa yang ada? nah...tanya pada diri kita semua apakah sudah kita jadikan masyarakat kita memahami erti kata Islam sebenar? apakah kita seharian sibuk memikirkan bagaimana harus kita ubah masyarakat sekeliling kita?

atau kita hanya sibuk dengan isu-isu yang tidak membantu ummah..atau sibuk dengan perbandingan antara jemaah..atau sibuk menyatakan kitalah yang paling benar dan yang lainlah yang salah...atau sibuk dengan fitnah-fitnah yang timbul..apakah kita selalu memikirkan apakah yang bakal terjadi pada mad'u kita? bagaimanakah masa depan mereka..? begitu juga apakah nasib keluarga kita di malaysia..sejauh mana dakwah kita sampai kepada mereka...apakah keluarga kita telah menikmati nikmat dakwah sebagaimana yang kita nikmati..? nah..kita letakkan gambar ibu kita..ayah kita..adik kita..abang kita..sertai jiran2 tetangga kita..ahlil bait kita..adakah mereka semua telah merasakan nikmat fikrah ini..nikmat tarbiah yang Allah janjikan syurga..mari kita renungkan...sejauh manakah kita telah beriman dengan ayat-ayat Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يؤمرون

"...Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan..."
(At-Tahrim : 6)

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَمَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا
إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


ertinya : "...Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu...."
(Al-Baqarah : 148)

Allah berfirman :


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

ertinya : "...Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa...."
(Ali-Imran : 133)

Allah berfirman pada ayat lain :

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Hujurat: 1)

Rasulullah SAW bersabda :

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“...Janganlah engkau mencela kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria....”
(HR. Muslim no. 4760 dari sahabat Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu)


لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

“Tidak dikatakan sempurna iman setiap orang dari kalian hingga aku lebih dia cintai daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.”
(HR. Al-Bukhari no. 15 dan Muslim no. 44 dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu)


apakah kita memikirkan semua ini...??
persoalan ini wajib ada dalam fikiran kita...kerana dakwah adalah milik Allah...kita wajib melaksanakannya..siapa pun kita..di mana kita berada...seperkara yang perlu diingat..keluarga kita di ghazzah merintih kesakitan...masih wajar lagikah kita berbicara persoalan-persoalan lain?

Mari kita baca beberapa perenggan penting buat semua para dai'e yang cintakan dakwah...siapa sahaja yang membawa seruan Islam, janganlah kita injak-injakkan mereka..


BUKU : ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA
PENULIS : AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

هل نحن قوم عمليون؟

بِـسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَــنِ الرَّحِيـمِ

قد أجبنا في الرسالة السابقة (إلى أي شئ ندعو الناس)عن سؤال يتردد كثيرا علي أفواه كثير من الناس , فهم كانوا يسألون دائما كلما دعاهم داع إلى تشجيع (جماعة الإخوان المسلمون) والي أي شيء تدعو جماعة الإخوان المسلمون؟ وأحسبني أوضحت مبادئ هذه الدعوة بما يجعل الجواب علي هذا السؤال واضحا لا لبس فيه ولا غموض , وأظنني أجملت لهؤلاء السائلين مبادئ هذه الدعوة في الكلمة الأولى ثم فصلتها في الكلمات التي تلتها فلم يبق عذر للذي يريد أن يتعرف حقيقة دعوة الإخوان إجمالا وتفصيلا .

ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dalam risalah “Halatuju Dakwah Kita” saya telah menjawab tentang soalan yang sering dikemukakan oleh ramai pihak. Mereka sering bertanya setiap kali mereka diundang untuk membantu pertubuhan Ikhwan al-Muslimin, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Saya rasa saya telah menjelaskan prinsip-prinsip dakwah ini dalam risalah tersebut sekaligus menjawab segala persoalan tadi dengan cukup jelas, tiada lagi kekeliruan dan salah faham. Bagi pihak yang bertanya tadi, saya telah gariskan prinsip-prinsip dakwah ini dalam tajuk yang pertama kemudian saya huraikan pula secara terperinci dalam tajuk-tajuk berikutnya. Jadi tiada alasan lagi bagi mereka yang mahu mengenali hakikat dakwah Ikhwan al-Muslimin baik secara ringkas mahupun secara mendalam.

سؤال مهم .. وأصناف سائليه

وبقي سؤال آخر يتردد كثيرا علي أفواه الناس كذلك كلما دعاهم داع إلى تشجيع هذه الجماعة , التي تدأب علي العمل ليل نهار لا تبتغي من أحد جزاء ولا شكورا , ولا تعمل إلا لله وحده ولا تعتمد في خطواتها إلا علي تأييده ونصره وما النصر إلا من عند الله , وشعار كل عامل من العاملين : إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب . هذا السؤال الآخر أن يقول لك ذلك الذي تدعوه في استهانة وإعراض غالبا :

Namun masih ada satu soalan lagi yang sering diperkatakan oleh orang ramai setiap kali mereka diajak membantu dakwah ini, dakwah yang sentiasa bekerja siang dan malam tanpa mengharapkan balasan atau sanjungan daripada sesiapa, sebaliknya dakwah ini hanya bekerja kerana Allah sahaja. Dalam setiap langkahnya, dakwah ini hanyamengharapkan bantuan dan dokongan Allah. Hanya daripada Allah sahaja akan tiba segala bantuan. Slogan mereka yang bekerja dalam dakwah ini ialah:

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88) Soalan ini biasanya lahir dalam bentuk sindiran atau rasa curiga daripada mereka yang saudara dakwah.


وهل هذه الجماعة جماعة عملية ؟ وهل أعضاؤها قوم عمليون ؟

Adakah jamaah ini jamaah yang praktikal?
Atau adakah anggota jamaah ini adalah orang-orang yang praktikal juga?

وهذا السائل أحد أصناف من الناس ...
إما شخص متهكم مستهتر لا يعنيه إلا أمر نفسه , ولا يقصد من إلقاء هذا السؤال إلا أن يهزأ بالجماعات والدعوات والمبادئ والمصلحين , لأنه لا يدين بغير مصلحته الشخصية , ولا يهمه من أمر الناس إلا الناحية التي يستغلهم منها لفائدتهم فقط .. أو هو شخص غافل عن نفسه وعن الناس جميعا فلا غاية ولا وسيلة ولا فكر ولا عقيدة ..

Soalannya :

Orang yang bertanya ini mungkin terdiri daripada salah satu kumpulan manusia berikut :

Seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri. Soalan yang dilontarkan ini tidaklah bermaksud melainkan hanya bertujuan memperkecilkan jamaah-jamaah, dakwah-dakwah, prinsip-prinsip dan penggerak perubahan yang ada. Apa yang penting bagi mereka ialah kepentingan peribadinya. Bagi golongan ini isu masyarakat yang penting hanyalah isu yang boleh digunakan untuk kepentingan diri mereka. Orang ini juga mungkin orang yang hidup dalam dunia sendiri, mereka tiada tujuan, tiada wawasan dan tiada pegangan.

وإما شخص مغرم بتشقيق الكلام وتنميق الجمل والعبارات وإرسال الألفاظ فخمة ضخمة ليقول السامعون إنه عالم , وليظن الناس أنه علي شئ وليس هو علي شئ وليلقي في روعك أنه يود العمل ولا يقعده عن مزاولته إلا أنه لا يجد الطريق العملي إليه , وهو يعلم كذب نفسه في هذه الدعوى وإنما يتخذها ستارا يغطي به قصوره وخوره وأنانيته وأثرته ....وإما شخص يحاول تعجيز من يدعوه ليتخذ من عجزه عن الإجابة عذراً للقعود بالعلة
للخمول والمكسلة ، وسبباً للانصراف عن العمل

Orang ini juga mungkin golongan yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan katakata yang berbelit dan cenderung melahirkan ucapan yang hebat-hebat supaya para pendengar akan memuji mereka sebagai orang yang bijak. Mereka mahu masyarakat melihat mereka ini hebat sedangkan mereka sebenarnya tiada memiliki apa-apa. Selain itu mereka juga mahu kamu menyangka mereka ini mahu bekerja. Mereka tidak melaksanakannya kerana mereka belum tahu cara untuk melaksanakannya. Namun mereka sedar mereka sebenarnya membohongi diri mereka sendiri. Apa yang mereka lakukan ini sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan dan keegoan mereka. Orang ini juga mungkin adalah golongan yang mahu melemahkan semangat orang yang menyeru mereka supaya kelemahan pendakwah ini nanti akan menjadi alasan untuk mereka terus berpeluk tubuh, culas dan menjadi sebab untuk tidak beramal.


وآية ذلك عند هؤلاء جميعاً أنك إذا فاجأتهم بالطريق العمليّ , وأوضحت لهم مناهج العمل المثمر , وأخذت بأبصارهم وأسماعهم وعقولهم وأيديهم إلى الطريق المستقيم لوّوا رؤوسهم وحاروا في أمرهم وأسقط في أيديهم , وظهر الاضطراب والتردد في ألفاظهم وحركاتهم وسكناتهم وأخذوا ينتحلون المعاذير ويرجئونك إلى وقت الفراغ ويتخلصون منك بمختلف الوسائل ، ذلك بعد آن يكونوا أمضوك اعتراضاً وأجهدوك نقاشاً ومحاوره ، ورأيتهم بعد ذلك يصدون وهم مستكبرون .

Buktinya, jika anda dapat kemukakan kepada mereka cara untuk beramal dan anda gariskan kepada mereka langkah-langkah yang produktif kemudian apabila anda alihkan mata, telinga, akal dan tangan mereka ke arah jalan yang benar nescaya mereka akan memalingkan wajah mereka, kebingungan, teragak-agak untuk bercakap dan bertindak. Akhirnya mereka akan mencari segala alasan dan cara untuk melarikan diri daripada anda. Itupun setelah mereka kemukakan kepada anda pelbagai kritikan. Setelah mereka berdebat serta berbahas namun akhirnya mereka meninggalkan anda dengan penuh angkuh.


وإنما مثلهم في ذلك كالذي حدثوا أن رجلاً أعد سيفا قاطعاً ورمحاً نافذاً وعدةً وسلاحاً ، وأخذ كل ليلة ينظر إليها ويتحرق أسفا ً لأنه لا يرى خصما أمامه يُظهر في نزاله براعته ويؤيد بحربه شجاعته ، فأرادت امرأة أن تختبر صدق قوله ، فأيقظته ذات ليلة مع السحر ونادته بلهجة المستغيث : قم أبا فلان فقد طرقتنا الخيل ، فاستيقظ فزعا تعلوه صفرة الجبن وتهز أوصاله رعدة الخوف ، وأخذ يردد في ذهول واضطراب : الخيل.. الخيل.. لا يزيد على ذلك ولا يحاول أن يدفع عن نفسه ، وأصبح الصبح وقد ذهب عقله خوفاً وإشفاقا ، وطار لبه وجلا ورعبا ، وما نازل خصما ولا رأى عدوا ، وذلك كما قال القائل :

وإذا ما خلا الجبان بأرض طلب الطعن وحده والنزالا

Mereka ini ibarat seorang lelaki yang menyiapkan pedang yang tajam, tombak yang berkilauan dan pelbagai senjata lain kemudian setiap malam melihat kesemua senjata ini sambil menunjukkan rasa kesalnya kerana tiada seorang musuh pun di hadapannya untuk dia memperlihatkan kehebatan dan keberaniannya. Lantas isterinya cuba menguji kesungguhannya. Suatu malam si isteri mengejutkan suaminya sambil menjerit meminta tolong: “Bangun, bang kita telah diserang seekor kuda.” Lantas lelaki ini terjaga ketakutan dengan muka yang pucat dan menggigil sambil mulutnya tidak henti-henti menyebut, “kuda, kuda”. Itu sahaja yang dilakukannya tanpa cuba untuk menyelamatkan diri. Menjelang pagi, lelaki ini sudah tidak tentu arah akibat ketakutan. Walaupun dia tidak berhadapan dengan musuh ataupun melihat musuh. Inilah yang diungkapkan oleh seorang penyair:

Apabila si pengecut bersendirian di tengah medan

Dia akan mencabar mengangkat senjata menuntut peperangan.

بل كما قال الله تبارك وتعالى :

(قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنْكُمْ وَالْقَائِلِينَ لإِخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا وَلا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلا قَلِيلاً , أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَى عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ أُولَئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللهُ أَعْمَالَهُمْ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيراً) (الأحزاب:18-19) .

Tepat sepertimana firman Allah:

Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: Marilah bersatu dengan kami, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai

Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amalamal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (Al-Ahzab: 18-19)

وليس لنا مع هذا الألوان من الناس قول وليس لهم عندنا جواب إلا أن نقول لهم : سلام عليكم لا نبتغى الجاهلين . وما لهؤلاء كتبنا ولا إياهم خطبنا . فلقد أملنا فيهم الخير طويلا ، انخدعنا بمعسول دعاويهم وعذب ألفاظهم حينا .. ثم تكشف أمرهم عن وقت أضيع ، ومجهود عقيم ، وتعويق عن الطريق , ورأينا منهم ضروبا وألوانا وأصنافا وأشكالا جعلت النفس لا تركن إليهم ولا تعتمد في شأن من الشؤون مهما كان صغيرا عليهم .

Tiada apa yang ingin kita perkatakan kepada manusia-manusia seperti ini. Kitapun tiada sebarang jawapan untuk diberikan kepada mereka. Cuma untuk mereka kita katakan: Salam sejahtera kepada kamu, kami tidak mahu bersama dengan orang-orang yang jahil. Tulisan kita bukan ditujukan untuk mereka dan ceramah kita juga bukan untuk mereka. Kita telah terlalu lama menaruh harapan pada mereka dan kita telah terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Namun akhirnya sikap sebenar mereka terbongkar juga setelah banyak masa terbuang, banyak tenaga disia-siakan dan kelancaran jalan kita terbantut. Kita mengenali semua golongan ini dengan pelbagai rupa dan gaya mereka. Kini diri ini sudah tidak lagi yakin dengan mereka dan tidak akan mengharapkan mereka dalam apa juga hal walau sekecil mana sekalipun.


وهناك صنف آخر من الناس قليل بعدده كثير بجهده , نادر ولكنه مبارك ميمون ، يسألك هذا السؤال إذا دعوته المشاركة والتشجيع بغيرة وإخلاص، إنه غيور تملأ الغيرة قلبه ، عامل يود لو علم طريق العمل المثمر ليندفع فيها ، مجاهدا ولكنه لا يرى الميدان الذي تظهر فيه بطولته ، خبر الناس ودرس الهيئات وتقلب في الجماعات فلم يرى ما يملأ نفسه ويشبع نهمته ويسكن فؤاده ويقر ثأر شعوره ويرضي يقظة ضميره ، ولو رآه لكان أول الصف ولعد في الميدان بألف ، ولكان في حلبة العاملين سابقا مجليا سائل الغرة ممسوح الجبين .


Walau bagaimanapun ada sekumpulan manusia yang jumlah mereka sedikit tetapi usaha mereka hebat. Kumpulan seperti ini jarang sekali wujud tetapi mereka diberkati dan boleh diharapkan. Mereka akan bertanya soalan ini dengan penuh semangat dan ikhlas kepada anda apabila anda mengajak mereka untuk bersama anda dan membantu anda. Semangat ini mendorong mereka untuk bekerja jika mereka tahu cara bekerja yang boleh membuahkan hasil. Semangat ini akan mendorong mereka untuk bermujahadah Cuma mereka tidak bertemu dengan ruang untuk menampilkan kehebatan sebenar mereka. Mereka bersama dengan masyarakat, mereka mengkaji semua pertubuhan, mereka aktif bersama pelbagai jamaah. Namun mereka masih belum bertemu dengan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak mereka. Sesuatu yang sesuai dengan kemahuan mereka, meyakinkan hati mereka, bertepatan dengan semangat dan jiwa mereka. Jika mereka ini bertemu dengan apa yang dikehendaki sudah tentu mereka akan berada di barisan hadapan. Malah kewujudan mereka ini walaupun seorang di medan sama seumpama seribu orang. Nescaya mereka akan berada bersama mereka yang bekerja mencurahkan segala tenaga dan keringat.


هذا الصنف هو الحلقة المفقودة والضالة المنشودة ، وأنا على ثقة أنه إن وقع في أذنه هذا النداء وتلقى فؤاده هذا النجاء لن يكون إلا أحد الرجلين : إما عامل مع المجدين ، وإما عاطف من المحبين ، ولن يكون غير ذلك أبدا . فهو إن لم يكن للفكرة فلن يكون عليها . ولهذا الصنف نكتب .. وإياه نخاطب ومعه نتفاهم ..وان الله وحده هو الذي يختار جنده وينتخب صفوة العاملين له : (إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ) (القصص:56) , ولعلنا نوفق إلى ما قصدنا إليه .. والله يقول الحق وهو يهدى السبيل .

Kumpulan manusia seperti inilah yang sedang dicari-cari. Saya yakin jika mereka ini terdengar seruan ini dan menerima harapan ini nescaya mereka akan menjadi orang yang akan bekerja bersama mereka yang gigih atau mereka akan menjadi orang yang bersimpati bersama mereka yang mencintai jalan ini. Mereka ini tidak akan beralih kepada yang lain. Sekiranya mereka tidak bersama gagasan ini mereka tidak akan menentang gagasan ini. Tulisan ini kita tujukan kepada kumpulan manusia seperti ini. Kepada mereka inilah kita sampaikan ceramah kita. Kita cuba pupuk persefahaman bersama mereka. Walau bagaimanapun hanya Allah sahaja yang memilih tenteraNya dan memilih mereka yang akan bekerja untukNya.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (Al-Qasas: 56)

Semoga kita dipimpin ke arah yang kita ingini ini dan Allah pasti benar. Dialah yang

memimpin jalan ini.


للغيورين من أبناء الإسلام

Buat Umat Islam Yang Bersemangat Tinggi

لهذا الصنف :الكريم المعادن ، النفيس الجواهر ،العالي الهمة ، النبيل النفس ، الذي يود العمل ويتمناه ، ويقعد بهم عن تحقيق أمنيته قول القائل :

وزهدي في الناس معرفتي بهم
وطول اختباري صاحبا بعد صاحب
فلم ترني الأيام خِـلا تسـرني مبـاديه إلا سـاءنى في العواقـب



Buat manusia seperti ini yang diibarat umpama permata yang berharga, semangat mereka tinggi, jiwa mereka suci, mereka mahu dan sentiasa bersedia untuk bekerja. Cuma mungkin ada sesuatu yang menghalang mereka, seperti kata penyair:

Aku tinggalkan manusia kerana aku mengenali mereka
Telah banyak pengalamanku bersama teman demi teman
Setiap hari, aku gembira menyambut permulaannya
Namun akhirnya aku sedih melihat penghujungnya.


Buat mereka ini kita katakan:


نقول: أنت الآن أمام دعوة جديدة وقوم ناشئين يدعونك إلى العمل معهم والانضمام إليهم والسعي بجوارهم إلى الغاية التي هي أمل كل مسلم ورجاء كل مؤمن ، ومن حقك أن تسأل عن مدي وسائلهم العملية ، ومن واجبك أن تتحرى وتتفقه فيما يدعونك إليه. ولقد أعجبني من صديق دعوته إلى جماعتنا أنه كان يراجعني في كل كلمه ويقف أمام كل عبارة ويناقش كل وسيله حتى إذا اقتنعت نفسه قال كلمته فما زالت مرعية الجانب محققه المعني واضحة الأثر ، وما زال هو العامل المجد إلى الآن وأرجو أن يظل كذلك بحول الله تعالى . ولكنا مع هذا نسوق لمثل هذا الأخ الكريم هذه الملاحظات : -


Anda kini berada di hadapan sebuah dakwah baru bersama manusia yang bangkit mengajak anda supaya bekerja bersama mereka, bergabung bersama mereka, bekerja dalam kumpulan mereka menuju ke matlamat yang menjadi harapan dan impian setiap muslim dan mukmin. Anda berhak untuk bertanya sejauhmana keberkesanan agenda dakwah ini. Malah anda perlu menilai dan memahami apakah yang mereka kemukakan kepada anda ini. Saya kagum dengan seorang teman yang saya pelawa untuk bersama jamaah kita ini, dia membincangkan semua kata-kata saya, dia cuba memahami setiap perkara dan dia membahaskan setiap agenda sehingga setelah dia yakin dia meluahkan kata-katanya yang sehingga kini masih dipelihara dan dikotakannya. Dia sehingga kini masih menjadi orang yang gigih bekerja. Saya berharap semoga dia akan terus demikian dengan izin Allah Taala. Namun bagi orang-orang seperti saudara yang dihormati ini kita kemukakan kepada mereka beberapa perkara :


ألا يرى الأخ معنا أن الأجدر بنا بدل أن نسأل هذا السؤال أن ندخل ضمن الجماعة ونعمل مع العاملين فيها ونلقى بدلونا بين الدلاء ، فان رأينا خيرا ً فذلك , وان كانت الأخرى فطريق الانفصال واضحة ، ولا سيما إذا كان الباب على مصراعيه لمن يدخل أو يخرج وكانت أعمال الجماعة جلية على المكشوف كما يقولون لا خفاء بها ولا سر فيها ؟ ولقد حدثوا أن النحويين اختلفوا فيما بينهم على عدد أبيات ألفية ابن مالك ، فكان هذا الخلاف مثار جدل عنف لم يوصلهم إلى شيء ، حتى تدخل أحد عقلائهم فأحضر نسخة منها وقال : ها هي ذه عدوها واتفقوا ...فكان في ذلك حسم الخلاف .


Tidakkah saudara sependapat dengan kami bahawa daripada kita kemukakan semua soalan ini adalah lebih baik kita terus sertai jamaah ini. Kita bekerja berganding bahu bersama para aktivisnya. Jika kita lihat apa yang dilakukan itu baik kita teruskan. Jika tidak, jalan keluar terbuka luas terutama pintu untuk sesiapa sahaja keluar dan masuk. Seperti yang diperkatakan, semua tindakan jamaah ini nampak jelas. Tiada perkara yang disembunyikan dan tiada perkara yang dirahsiakan? Terdapat suatu kisah di mana suatu ketika ahli-ahli bahasa tidak sependapat tentang jumlah rangkap syair Alfiyah Ibnu Malik. Perselisihan yang timbul ini nampaknya tiada jalan penyelesaian sehinggalah suatu ketika Tindakan pakar tersebut berjaya menyelesaikan masalah mereka.

هذه جماعة الإخوان يا عزيزي في كل مكان تنادى الناس وتفتح لهم قلبها وبابها وناديها ، فهلم فان رأيت ما تحب فعلى بركة الله وان لم تر ذلك فقل كما قال بشار :

إذا أنكرتني بلدة أو نكرتها خرجت مع البازي على سواد

أولاً يرى الأخ معنا أن الجماعات هي الأفراد منضمة ، فإذا كان كل فرد يسأل هذا السؤال فأين الجماعة إذن ؟ هذه خدعة عقلية يقع فيها كثير من الناس ، فأنت إذا شئت أن تعرف الكرسي قلت هو جسم يتركب من مقعد ومسند وأربع أرجل ، ولكن ألست ترى أن هذه خديعة وان ذلك ليس بصحيح ، فهل الجسم غير هذه الثلاثة ؟ وإذا جردت الكرسي من أرجله ومقعده ومسنده فهل يبقى هناك جسم أو أثر يصح أن تطلق عليه صفة الوجود فضلا عن الصفات الأخرى؟


Saudara yang dihormati, inilah pertubuhan Ikhwan al-Muslimin, di mana jua mereka berada mereka mengajak manusia, mereka membuka hati, pintu dan markas mereka kepada semua manusia. Oleh itu marilah bersama-sama kami. Jika anda lihat ada sesuatu yang sesuai dengan anda maka ianya berkat daripada Allah. Namun jika sebaliknya, katakanlah sebagaimana kata Bashar:

“Jika satu kampung tidak mempedulikan aku atau aku tidak mempedulikannya
Nescaya aku akan keluar bersama sang helang ke tengah malam yang gelap gelita.”

Tidakkah saudara sependapat dengan kami bahawa sebuah jamaah bererti gabungan sekumpulan individu, jika semua orang bertanya soalan ini maka di mana letaknya sebuah jamaah? Sebenarnya ini adalah mainan akal yang sering berlaku pada ramai manusia. Jika anda ingin takrifkan sebuah kerusi anda akan katakan ia adalah sebuah struktur yang terdiri daripada tempat duduk, tempat sandar dan empat kaki. Namun tidakkah anda rasakan ini hanyalah mainan akal. Bukankah itu tidak benar kerana bukankah struktur itu mesti terdiri daripada ketiga-tiga elemen tadi. Jika sebuah kerusi dipisahkan daripada kaki, tempat duduk dan tempat sandarnya adakah masih ada lagi struktur tersebut? Adakah masih wujud lagi kerusi tersebut?


كذلك يخدع الناس أنفسهم في قضية الجماعات والأفراد ، فهم يظنون أن الجماعات شيء والأفراد شيء وما الجماعات في الحقيقة إلا أفراد ، وما الأفراد إلا حقائق الجماعات ولبنات بنائها ، فإذا تنافرت هذه اللبنات وأخذ كل فرد يسأل عن الجماعة... فأين الجماعة إذن؟ ومن السائل ومن المسئول؟ وإنما أوقعنا في هذه الورطة ما عودناه من خلق التواكل الذي جعلنا نترك العبء كله لفرد واحد أو يدفعه كل منا على أخيه ففلا يزال مهملا لا يستقر على حال ولا ينهض به أحد ، وها أنا ذا أصارح كل الغيورين من أبناء الإسلام بأن كل جماعة إسلامية في هذا العصر محتاجة أشد الحاجة إلى الفرد العامل المفكر .. إلى العنصر الجريء المنتج . فحرام على ككل منت آنس من نفسه شيئا من هذا أن يتأخر عن النفير دقيقة واحدة .

Demikianlah bagaimana manusia menipu diri mereka sendiri. Mereka merasakan jamaah dan individu adalah dua perkara yang berlainan. Pada hakikatnya jamaah adalah individu itu sendiri dan individu adalah jamaah itu sendiri. Individu menjadi sel-sel yang membina jamaah tersebut. Jika semua sel ini bertaburan dan setiap individu bertanya tentang apa itu jamaah, maka di manakah jamaah itu? Siapakah yang bertanya dan siapakah yang ditanya? Kesilapan ini timbul kerana sikap terlalu berserah menyebabkan kita selalu menyerahkan sesuatu tanggungjawab kepada hanya seseorang atau masing-masing menolak kepada seseorang. Seterusnya orang ini dibiarkan bersendirian tanpa ada sesiapa yang membantunya. Di sini ingin saya tegaskan kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang bersemangat tinggi, mana-mana jamaah Islam di zaman ini amat-amat memerlukan individu-individu yang mahu bekerja dan berfikir. Mereka memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu, diharamkan kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat ini untuk melewatkan diri menyahut seruan ini walaupun sesaat.


أولا يرى ـ أيده الله وأيد به ـ أن عليه أن يدخل إلى الجماعة التي تدعوه فان وجدها عملية كما يحب قرت عينه وفرحت نفسه ، وان لم يجدها كذلك حملها بوضوح شخصيته وقوة تأثيره على ما يجب من وسائل العمل ، فان لم تستقم له كان قد أعذر إلى ربه ونفسه ولعلهم يتقون ؟ و لاسيما إذا كان الذين يوجهون إليه هذه الدعوة قوم يعلمون أن فوق كل ذي علم عليم ، وأن لكل ذي رأى حقا في إبداء رأيه ، وإن المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو أصح الناس رأياً وأنضجهم فكراً وأكبرهم عقلا –أخذ برأي الحباب في بدر وبرأي سلمان في الخندق ، وهم يفرحون بكل من يأخذ بفكرتهم إلى وسائل العمل الصحيح .

Selain itu, tidakkah saudara ini merasakan bahawa dia perlu menyertai mana-mana jamaah yang mengajaknya. Jika dia dapati jamaah tersebut aktif sebagaimana yang sepatutnya dia menerimanya dengan penuh gembira dan lapang dada. Jika apa yang dicari tidak ditemui, dia perlu menggunakan segala kekuatan peribadi dan pengaruhnya untuk mendesak jamaah ini supaya melaksanakan kerja yang wajib tersebut. Jika dia gagal untuk mengubah jamaah ini ia bermakna dia kini mempunyai alasan daripada tuhan dan dirinya sendiri. Mudah-mudahan anggota jamaah ini bertakwa. Langkah ini adalah perlu lebih-lebih lagi jika jamaah yang menyampaikan dakwah kepadanya itu ialah jamaah yang memahami bahawa sentiasa ada orang yang lebih tahu daripada mereka. Jamaah tersebut memahami bahawa setiap orang yang mempunyai pendapat berhak untuk menyuarakan pendapatnya. Malah Nabi s.a.w., seorang yang mempunyai pendapat dan akal yang paling bernas dan matang tidak keberatan untuk menerima pendapat al-Hubab dalam Perang Badar dan pendapat Salman ketika Perang Khandak. Mereka ini sentiasa gembira menerima sesiapa sahaja yang bersedia membawa fikrah mereka ke arah amal yang sahih.


أولا يرى الأخ كذلك أنه إن كان قد جرب مرة أو مرتين أو فوق ذلك فان ذلك لا ييئسه ومن واجبه أن يعاود الكره مرات حتى يظفر بأمنيته ويصادف بغيته ، فانه إن قنط فاته بذلك خير كثير ؟ كالذي حدثوا أن صيادا ظفر بسمكه كبيرة ثم رأى في قاع الماء صدفة ظنها لؤلؤه فترك السمكة وأخذ الصدفة ، فلما رآها ندم على ما فرط منه ثم وقع له حوت صغير وعرضت لؤلؤة ظنها صدفة فأعرض عنها وقنع بحوته ففاته خير كثير . أو كالذي حدثوا أن بطة في غدير رأت في الماء ظلا ظنته سمكه فأخذت تهوى بمنقارها تلتقطه حتى أتعبها ذلك فتركته غاضبة ، ثم عرضت لها سمكة فظنتها ظلا وتركتها ففاتتها الفرصة السانحة وخسرت الأمنية المطلوبة .

هذه ملاحظات نتقدم بها إلى الذين يريدون أن يعملوا للإسلام من أبنائه الغيورين ، وهي جديرة بالنظر فيما نعتقد . وندعوهم بدعوة الإخوان المسلمين ، فعليهم أن يجربوا ولا يتواكلوا ، ويندمجوا فإن وجدوا صالحا شجعوه , وإن وجدوا معوجا أقاموه ، ولاتكن تجربتهم حائلا بينهم وبين التقدم ، ونأمل أن يروا من الإخوان ما تقر به أعينهم أن شاء الله تعالى ، وإنا موجزون بعض ذلك في الكلمات التالية.

Tidakkah saudara ini juga sependapat bahawa walaupun telah sekali atau dua kali atau lebih pengalaman yang dilalui namun itu tidak bermakna dia boleh berputus asa. Dia perlu melakukannya berulang kali sehingga dia beroleh apa yang diidamkannya. Jika dia berputus asa dia sendiri yang akan rugi. Ada diceritakan seorang pemburu berjaya memperolehi seekor ikan yang besar kemudian tiba-tiba dia ternampak cengkerang yang disangkanya mutiara. Lantas dia membuang ikan yang telah ditangkapnya dan mengambil cengkerang itu. Apabila dia melihat isinya dia rasa menyesal kerana mensia-siakan apa yang telah diperolehinya. Setelah itu, dia berjaya pula menangkap seekor ikan kecil. Tiba tiba dia ternampak sebiji mutiara yang disangkanya cengkerang. mutiara itu dan berpada dengan ikan kecil yang telah ditangkapnya. Ini bermakna dia telah kerugian besar sekali lagi. Demikian juga cerita seekor itik di sebuah kolam. Itik ini ternampak bayang-bayang dalam air yang disangkanya seekor ikan. Lalu dia menyudunyudu dengan paruhnya untuk menangkap ikan tersebut hingga akhirnya dia keletihan. Dengan rasa marah dia meninggalkannya. Setelah itu, seekor ikan lalu berhampiran dengannya tetapi dia menyangka ikan itu adalah bayang-bayang. Dia membiarkan sahaja ikan itu berlalu. Jadi ikan ini telah kehilangan peluangnya dan terlepas segala impiannya. Saya kemukakan segala pandangan ini kepada umat Islam yang bersemangat mahu bekerja untuk Islam. Saya rasa semua pandangan ini perlu diberikan perhatian. Saya mengajak mereka untuk memahami dakwah Ikhwan al-Muslimin. Mereka perlu mencuba dan jangan berserah sahaja. Mereka perlu menggabungkan diri bersama. Jika mereka temui sesuatu yang baik mereka perlu berikan sokongan. Jika mereka temui perkara yang menyeleweng mereka perlu perbetulkan. Jangan jadikan pengalaman mereka sebagai penghalang untuk mereka ke hadapan. Kami berharap mereka akan dapat lihat sesuatu yang akan menarik perhatian mereka apabila mereka melihat Ikhwan, dengan izin Allah. Saya akan jelaskan lagi masalah ini dalam tajuk berikutnya.

مؤسسـات ومشـاريع

Institusi Dan Program


يعتقد كثير من إخواننا أن الجماعة العملية هي التي تقوم بعمل المشروعات العامة النافعة وتترك في مقرها أثراً خالداً من المؤسسات المفيدة . وسنجاريهم في هذا المقال ، ونزن "جماعة الإخوان المسلمين " بهذا الميزان ، ولنا في الكلمات التالية إن شاء الله تعالى ميزان آخر ـ نزن به جماعتنا ونقدر به الجهود العملية ـ قد يكون في باب نهضات الأمم أصح تقديراً وأدق تعبيراً من ميزان اليوم ، وكلاً وعد الله الحسنى .

Ramai di kalangan saudara kita yang merasakan jamaah yang aktif ialah jamaah yang melaksanakan program-program umum dan bermanfaat. Program-program yang memberikan kesan yang kekal dalam bentuk institusi-institusi yang berfaedah. Kita akan bincangkan perkara ini dan kita akan nilai pertubuhan Ikhwan al-Muslimin menurut neraca ini. Namun dengan izin Allah kita juga akan bincangkan neraca lain yang kita gunakan untuk menilai jamaah kita. Kita gunakan neraca ini untuk menilai usaha-usaha yang praktikal. Dari aspek tamadun manusia, neraca yang kita gunakan ini sebenarnya lebih betul dan lebih tepat berbanding neraca yang diguna pakai hari ini. Namun Allah tetap janjikan ganjaran yang baik untuk setiap amalan.


انتشرت فكرة الإخوان المسلمين فيما يزيد علي خمسين بلداً من بلدان القطر المصري وقامت في كل بلد من هذه البلدان تقريباً بمشروع نافع أو مؤسسة مفيدة ، فأنت تراها في الإسماعيلية قد أسست مسجد الإخوان المسلمين ونادي الإخوان المسلمين وأنشأت معهد حراء الإسلامي لتعليم البنين ومدرسة أم المؤمنين ..


Fikrah atau gagasan Ikhwan al-Muslimin telah tersebar ke lebih lima puluh daerah di Mesir. Di setiap daerah ini telah dilancarkan beberapa program yang bermanfaat dan ada ditubuhkan beberapa institusi penting. Di Ismailiah sebuah masjid Ikhwan al-Muslimin dan sebuah kelab Ikhwan al-Muslimin telah ditubuhkan. Sebuah Maahad Hira’ Islami untuk pelajar lelaki dan sebuah Madrasah Ummahat al-Mukminin untuk pelajar perempuan juga telah turut dibina.


وفي شبراخيت قد أسست كذلك مسجد الإخوان ونادي الإخوان ومعهد حراء ، وأقامت بجوار هذه العمارة الفخمة داراً للصناعة يتعلم فيها طلبه المعهد الذين لا يستطيعون إتمام التعليم وتريد الجمعية أن تهيئ لهم سبيل الحياة العملية بتخريجهم صناعاً مثقفين وعمالاً مهذبين ..


Di Syubrakhit sebuah masjid Ikhwan, sebuah kelab Ikhwan dan Maahad Hira’ telah berjaya dibina. Di sebelah bangunan yang besar ini dibina pula sebuah bengkel kerja untuk pelajar sekolah yang tidak mampu meneruskan pengajian mereka. Ikhwan mahu memberikan mereka kemahiran hidup supaya apabila mereka keluar mereka akan menjadi seorang pekerja yang mahir dan terlatih.

وفي محمودية البحيرة قامت بمثل ذلك ، فأنشأت منسجاً للنسيج والسجاد إلى جوار معهد تحفيظ القرآن بدار نادي الإخوان المسلمين الرحيب .. وفي المنزلة دقهلية معهد لتحفيظ القرآن ظهرت ثمرته رغم قصر المدة ، وها هو يقدم لنا حفاظاً متقنين في هذه الفترة الوجيزة التي أنشئ فيها ..وقل مثل ذلك أو بعضه ـ ولا لزوم للتكرار ـ في كل شعبة من شعب الإخوان المسلمين المنتشرة في أنحاء القطر المصري من إدفو إلى الإسكندرية .. وفي كثير من جمعيات الإخوان المسلمين تجد لجاناً تطوعت للمصالحات بين الأفراد والأسر المتخاصمة , يجري الله علي يديها خيراً كثيراً ويحل بها من المشاكل ما شغل القضاء مدة طويلة ..

Begitu juga di Mahmudiyah, al-Buhairah, sebuah bengkel tenun untuk menenun kain dan permaidani telah dibina bersebelahan dengan Maahad Tahfiz al-Quran di Kelab Ikhwan al-Muslimin. Di al-Manzilah, Daqahliyah (***355) sebuah Maahad Tahfiz al-Quran telah berjaya dibina dan kini telah mengeluarkan hasilnya walaupun masih baru. Dalam tempoh yang singkat maahad ini kini telah berjaya melahirkan beberapa orang penghafal al-Quran. Demikianlah juga dengan setiap cawangan Ikhwan al-Muslimin di seluruh Mesir dari Edfu hingga ke Iskandariah.

Masing-masing mempunyai pencapaian yang sama atau hamper sama. Kebanyakan cawangan Ikhwan al-Muslimin mempunyai sebuah unit khas yang secara sukarela memberi khidmat memulihkan hubungan individu atau keluarga yang bermasalah. Dengan izin Allah, banyak masalah telah dapat diselesaikan walaupun masalah yang sama telah sekian lama cuba diselesaikan oleh pihak mahkamah.


وفي كثير منها لجان للصدقات تتفقد البائسين والمعوزين في المواسم والأعياد وغيرها , وتحاول بذلك القيام بواجب رعاية هؤلاء من جهة ورد غائلة ذئاب المبشّرين عنهم من ناحية أخريوفي كثير منها لجان للوعظ والتذكير في المجتمعات التي لا يظن أن تكون مجامع وعظ كالمقاهي والأندية العامة وحفلات الأفراح والتعزية ونحوها .. ..


Kebanyakan cawangan Ikhwan al-Muslimin juga mempunyai unit yang memberikan sumbangan derma kepada mereka yang bermasalah dan memerlukan bantuan ketika musim perayaan atau hari-hari tertentu. Dari satu segi unit ini berusaha memenuhi keperluan golongan-golongan tersebut. Dalam masa yang sama unit ini juga akan berusaha menangkis dakyah kristian yang ditujukan kepada golongan ini. Selain itu, wujud di kebanyakan cawangan Ikhwan unit-unit yang akan memberikan nasihat dan ceramah di tempat-tempat awam yang biasanya bukan tempat berceramah seperti di kedai kopi, dewan sukan, majlis perkahwinan, majlis kematian atau sebagainya.

وفي كثير منها ولا سيما في النواحي القروية لجان تطوعت للإشراف علي المرافق العامة في القرية من ترميم المساجد وتنظيف الشوارع وإضاءة الطرقات والسعي في إيجاد المشافي المتنقلة ، وما إلى ذلك من كل ما يعود علي القرية بفائدة في دينها ودنياها ..


Kebanyakan cawangan terutama di kawasan kampung juga mempunyai unit yang secara sukarela menyelia kemudahan awam di kampung seperti membaik pulih masjid, membersihkan jalan, memasang lampu jalan, mewujudkan klinik bergerak dan apa sahaja kemudahan yang dapat memberi keselesaan dari aspek agama dan dunia penduduk kampung.

وفي كثير منها لجان لمحاربة العادات الفاسدة والجهالات المنتشرة في البيئات البعيدة عن مناهل العلم كالزار ونحوه ، وإلي جانبها لجان لإحياء السنن والفرائض التي نسيها الناس بالعمل لا بالقول : كجمع زكاة الحبوب في مخزن خاص وتوزيعها بمعرفة الجماعة علي المستحقين بدون محاباة ولا تحيز ، كما فعلت ذلك دائرة الإخوان ببرمبال القديمة مثلاً..

Kebanyakan cawangan Ikhwan juga mempunyai unit mencegah adat-adat songsang yang sering diamalkan di kawasan yang jauh daripada budaya ilmu seperti di al-Zar dan kawasan seumpama dengannya. Di samping itu wujud unit yang berperanan menghidupkan sunnah dan amalan wajib yang hanya diperkatakan tetapi pengamalannya sering diabaikan oleh masyarakat contohnya amalan seperti mengumpul dan menyimpan kutipan zakat bijirin dalam gedung yang khusus dan diagihkan melalui pengetahuan cawangan Ikhwan kepada mereka yang layak menerimanya tanpa dicemari amalan pilih kasih atau kronisme.



وفي القاهرة أنشئت "جريدة الإخوان المسلمين " الأسبوعية ، ولم تمض فترة وجيزة قليلة حتى وجدت إلى جانبها "مطبعة الإخوان المسلمين " وكل ذلك في وقت لم يتجاوز عاماً ولقد كان لجماعة الإخوان المسلمين في حركة التبشير الأخيرة بل في كل وقت عمل جليل في دفع خطر التبشير عن المستضعفين والفقراء وأبناء الأمة ، فبيوت الإخوان لإيوائهم ، ودور صناعاتهم مستعدة لتعليمهم ، ومدارسهم ترحب قبولهم ولجانهم تحذر الناس من شرور هؤلاءالمضللين الذين يخادعون الناس عن عقائدهم ويستغلون الفقر والمرض في إضلالهم وإذلالهم ...


Contohnya apa yang dilakukan oleh cawangan Ikhwan di Rambal al-Qadimah. Di Kaherah, “Akhbar Ikhwan al-Muslimin” sebuah akhbar mingguan telah diterbitkan. Tidak lama kemudian muncul pula kilang percetakan Ikhwan al-Muslimin. Semua ini berlaku dalam tempoh tidak sampai setahun. Pertubuhan Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam

berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama. Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan Ikhwan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit Ikhwan mengingatkan orang ramai berkenaan ancaman gerakan kristianisasi ini. Gerakan ini menggugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan keadaan kemiskinan dan penyakit yang melanda untuk menyesatkan orang ramai.


تلك بعض آثار جماعة الإخوان المسلمين العملية ، ولا أذكر لك الدروس والمحاضرات والخطب والمقالات والوفود والرحلات والمجامع والزيارات ، فلعل هذه في عرف الناس وسائل قولية ، وقد قلنا حتى مللنا القول وتكلمنا حتى سئمنا الكلام ولم يبق إلا أن نعمل .


Ini adalah peranan yang telah dimainkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Ini tidak termasuk kelas-kelas pengajian, ceramah, khutbah, penulisan rencana, perutusan, lawatan, perhimpunan dan ziarah. Mungkin menurut masyarakat semua tindakan ini dalam bentuk percakapan. Kami sudah terlalu banyak bercakap. Kami telah banyak berbicara sehingga rasa jemu untuk berbicara. Apa yang perlu kami lakukan kini ialah bekerja secara praktikal.

ولعلك تعجب حين تعلم أن جماعة الإخوان المسلمين التي قامت بهذه الأعمال العظيمة لم تأخذ إعانة حكومية مرة من المرات ، ولم تستعن بمال هيئة من الهيئات اللهم إلا خمسمائة جنيه تبرعت بها شركة قناة السويس للجماعة بمناسبة عمارة المسجد والمدرسة بالإسماعيلية .

Mungkin anda akan merasa hairan jika anda tahu bahawa pertubuhan Ikhwan al- Muslimin yang melakukan segala program yang hebat ini tidak pernah menerima bantuan kerajaan walaupun sekali. Pertubuhan ini juga tidak pernah meminta bantuan mana-mana pertubuhan selain 500 pound yang pernah diterima daripada Syarikat Suez Canal. Bantuan ini dihulurkan sempena pembinaan sebuah masjid dan sebuah sekolah di Ismailiah.

وإن الناس ليتقولون كثيراً ، وليظنون وبعض الظن إثم ، ولينطقون بما ليس لهم به علم ، وما علينا في ذلك من بأس . وحسبنا أن يعلم الله أن ذلك بتوفيقه وأنها أموال الإخوان الخاصة أنفقت بإخلاص فأثمرت وبوركت وآتت أكلها كل حين بإذن ربها وحسبنا أن نقول لهم في عبارة صريحة واضحة نتحدى بها كل إنسان وكل هيئة وكل شخص كائناً من كان : أن جماعة الإخوان المسلمين لم تستعن في مشروعاتها بغير أعضائها ، وهي بذلك جد فخورة تجد لذة التضحية ونشوة الفرح بالإنفاق في سبيل الله .

Mungkin banyak pihak yang akan memperkatakannya. Ramai yang akan bersikap prasangka (sebahagian prasangka itu adalah dosa). Ramai yang akan memperkatakan apa yang mereka tidak tahu. Semua itu tidak kami hiraukan, apa yang penting bagi kami ialah Allah tahu apa yang berlaku itu semuanya adalah hasil hidayahNya. Allah tahu wang-wang itu adalah wang anggota Ikhwan sendiri. Sumbangan ini diberikan secara ikhlas atas sebab itu ia berkembang, diberkati dan membuahkan hasil apabila diizinkan Allah. Terus-terang kita katakan kepada semua orang, semua pertubuhan dan semua individu walau siapapun mereka, pertubuhan Ikhwan al-Muslimin tidak pernah meminta bantuan sesiapa pun selain daripada ahlinya sahaja dalam melaksanakan programnya. Ikhwan boleh berbangga kerana dapat menikmati erti pengorbanan ini. Malah Ikhwan bergembira kerana mampu member sumbangan demi Allah.

ولعلك تعجب كذلك إذا علمت أن الاشتراك المالي في جماعة الإخوان المسلمين اختياري لا إجباري ،وأن العضو الذي يتخلف عن دفع الاشتراك لا ينقض ذلك من حقوق أخوّته شيئاً ، ومع أن هذا نص صريح في القانون الأساسي للجماعة فان الإخوان ـ جزاهم الله خيرا ـ يبادرون إلى التضحية في سبيل الله إذا دعاهم إليها داعي الواجب ويأتون في ذلك بالعجب العاجب ،وأسمع أحدثك . في بناء مسجد الإسماعيلية ، دعاهم رئيسهم إلى التبرع فقام أحد الأعضاء الصناع وتبرع بجنيه ونصف بعد ثلاثة أيام ، هو صانع فقير أنى له بهذا المبلغ ؟ أراد أن يقترض فأبت نفسه وخشي الممالطة ..


Mungkin lebih mengejutkan lagi jika anda tahu bahawa yuran di dalam pertubuhan Ikhwan al-Muslimin hanya dikutip secara sukarela bukannya wajib. Ahli yang gagal membayar yuran mereka tidak akan ditarik balik hak ukhuwwah mereka sedikitpun. Walaupun pada hakikatnya soal yuran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan Ikhwan. Malah anggota-anggota Ikhwan, moga Allah membalas jasa baik mereka, telah mengambil inisiatif untuk berkorban di jalan Allah jika mereka diseru berbuat demikian dan mereka bersedia memberikan sesuatu yang di luar dugaan. Saya ingin ceritakan kepada anda kisah pembinaan masjid Ismailiah. Suatu ketika pemimpin Ikhwan menyeru anggota-anggota Ikhwan supaya memberi sumbangan lalu selepas tiga hari salah seorang anggota yang bekerja sebagai tukang telah memberikan satu setengah pound sedangkan dia seorang tukang yang miskin. Dari mana dia memperolehi jumlah ini? Dia cuba untuk berhutang tetapi dia belum bersedia kerana takut tidak mampu membayarnya.



حاول الحصول على هذا المبلغ من غير هذا الباب فلم يجد السبيل ميسرة..لم يبق أمامه إذا إلا أن يبيع دراجته التي يركبها من محل عمله ومن محل عمله إلى منزله وبينهما ستة كيلو مترات ! وفعلاً أنفذ الفكرة وأحضر المبلغ في نهاية الموعد تماماً فجمع بين الوفاء بموعده والقيام بتبرعه..
ولاحظ رئيس الإخوان أنه صار يتأخر عن درس العشاء ولا يدركه إلا بشق النفس ، وسأله عن ذلك فلم يجب ، فأجاب عنه صديق عرف سره وأخبر الرئيس أنه باع عجلته ليفي بتبرعه وأصبح يعود علي رجليه فيتأخر عن الدرس ، وأكبر الرئيس والإخوان هذه الهمة وحيوا فيه هذه الأريحية وأقروا تبرعه كما هو واكتتبوا له في دراجة جديدة خير من دراجته لتكون عنده ذكرى الإعجاب بهذا الوفاء .


Lalu dia cuba memperolehi jumlah tersebut melalui cara lain tetapi tiada cara yang mudah. Akhirnya dia hanya ada satu sahaja pilihan iaitu dia menjual basikal yang digunakan untuk pergi dari rumah ke tempat kerjanya dan dari tempat kerja ke rumahnya yang terletak sejauh enam kilometer. Dia melaksanakan idea tersebut dan kemudian dia menyerahkan jumlah tersebut pada hari terakhir yang dijanjikan. Dengan ini dia telah memberikan sumbangannya dan menunaikan apa yang dijanjikannya. Suatu ketika pemimpin Ikhwan menyedari dia selalu lewat menghadiri pengajian Isyak dan setiap kali tiba dia kelihatan kepenatan. Pemimpin itu bertanya mengenainya tetapi dia tidak menjawabnya. Namun seorang sahabat yang mengetahui rahsianya menjawab bagi pihaknya dan memberitahu pemimpin tadi bahawa dia telah menjual basikalnya sematamata

untuk memberikan sumbangannya. Oleh itu dia terpaksa berlari ke tempat perjumpaan dan lewat menghadiri pengajian. Ketua dan semua Ikhwan bertakbir kagum dengan sikap menarik yang ditunjukkan itu. Mereka setuju menerima sumbangannya tetapi mereka juga telah bersetuju untuk mengumpul wang bagi membelikannya sebuah basikal baru yang lebih baik. Mudah mudahan basikal baru ini akan menjadi bukti kesetiaannya.


بمثل هذه النفوس التي تمتُّ بصلة إلى نفوس السابقين الأولين من رجال الإسلام الغرّ الميامين نهضت فكرة الإخوان المسلمين ، ونجحت مؤسساتهم وتمت مشروعاتهم .

Sikap ini sama seperti sikap generasi Islam yang pertama dan inilah yang menjadi landasan kepada gagasan Ikhwan al-Muslimin. Dengan sentimen inilah segala institusi dan program mereka akan berjaya. Mereka adalah orang-orang yang miskin tetapi mereka berjiwa mulia.

إنهم فقراء ولكنهم كرماء ، إنهم قليلو المال ولكنهم أسخياء النفوس ، فهم يجودون بالكثير من هذا القليل فيكون كثيراً وتباركه نعمة الله فيأتي بالخير العميم .ولعلي بهذه الناحية قد كشفت ناحية غمضت علي بعض الذين رأوا جهود الإخوان فلم يجدوا يجدوا لنجاحهم سراً إلا أن يتهموهم باستجداء الهيئات وخدمة المصالح والأغراض ، وهم والحمد لله من ذلك براء .


Mereka tidak mempunyai banyak harta tetapi mereka mempunyai jiwa yang kaya. Mereka memberikan pengorbanan yang besar melalui harta yang sedikit menjadikan harta ini menjadi besar dan diberkati dengan nikmat Allah seterusnya membawa kebaikan kepada seluruh manusia. Mungkin aspek ini mendedahkan kekeliruan sesetengah pihak yang melihat kegigihan Ikhwan tetapi mereka tidak mengetahui rahsia di sebalik kejayaan Ikhwan. Akhirnya mereka menuduh Ikhwan meminta bantuan pertubuhan-pertubuhan lain atau Ikhwan bekerja untuk kepentingan sesuatu pihak. Namun segala puji bagi Allah, Ikhwan tidak sedemikian.

وأما بعد ، فهي صفحة من صفحات جهاد الإخوان المسلمين العملي نتقدم بها إلى الذين يريدون أن يزِنوا الجماعة بميزان المؤسسات والمشروعات . والإخوان دائبون في أن تصبح هذه الصفحة صفحات يتألف منها إن شاء الله تبارك وتعالى كتاب من أعمال الخير البريئة النزيهة الخالصة لوجه الله تبارك وتعالى . ولعلهم بذلك يفكرون في تشجيع هذه الجماعة الماضية قدما إلى غايتها تعتمد على ربها وتثق بصدق وعده وهناك صفحه أخرى سنتحدث عنها إن شاء الله .

Ini adalah catatan kegigihan Ikhwan al-Muslimin di medan kerja yang kita paparkan buat mereka yang mahu menilai jamaah ini menurut nilai institusi dan program. Ikhwan sentiasa akan memastikan lembaran ini akan terus mencatatkan dengan izin Allah segala amalan baik, yang tulus, suci dan ikhlas kerana Allah Taala. Semoga dengan segala catatan ini mereka akan terfikir untuk menyokong jamaah yang sedang mara melangkah ke arah matlamatnya ini. Melangkah dengan hanya mengharapkan tuhannya dan yakin dengan janjiNya. Masih ada catatan lain yang akan kita bicarakan di masa hadapan, dengan izin Allah.





Read more
0

Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar Tentang Ghazah

mayat-kanak2


Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke 3. Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya. “Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna). Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka. Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulamak besar Al-Azhar dan Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen.




ibu-4-anak-dibom



Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang



KENYATAAN UMUM :



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.



Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.



PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).



bush_israel_thumbnail



KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82).



Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.



82px-oldwoman_cry_baby_nakba



KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).



ismail-haneah-01




Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.




93px-mother_baby_nakba




KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).



KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.



Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).



Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).



Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).




copy-of-sy-al-birri-us-halim1




Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk.


Ditandatangani oleh :

1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary


Diterjemahkan oleh :


ust_halim_small21


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,

Blog INI JALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Read more
0

هل نحن قوم عمليون؟

Menjadi Golongan Bekerja, Bukan Banyak Cakapnya


ادْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ


Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125)


“…Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk ‘aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai….”
(Pak Hassan)


Tajarrud Kita : Hanyalah Pada Islam, Bukan Pada Kelompok Tertentu


Setiap dai yang mengakui bahawa dia adalah pewaris kepada risalah yang ditinggalkan Rasulullah, mereka wajib ada fikrah yang jelas, tidak bercampur-baur dengan unsur jahiliyyah. Dakwah kita tidak beriman kepada individu tertentu. Dakwah kita juga tidak beriman kepada kelompok-kelompok tertentu. Sekiranya kelompok atau individu tersebut melakukan kesalahan yang fatal, maka wajiblah bagi kita meninggalkannya kerana tajarrud kita hanyalah pada Islam. Tajarrud kita bukanlah menafikan kebaikan yang ada pada gerakan Islam lain. Selagi mana gerakan Islam lain membawa cebisan risalah nubuwwah dan bertepatan dengan sunnah, maka wajiblah kita mengiktiraf mereka. Dakwah kita juga tidak boleh menjadi penghalang kepada gerakan dakwah lain sebagaimana Al-Ikhwanul Muslimun tidak berhak dan tidak boleh menafikan kewujudan serta usaha-usaha dakwah yang dibawa oleh Jamaat Islami, Tabligh atau sebagainya kerana kebenaran itu hanyalah pada Allah dan Rasul-Nya. Jangan pula kerana kita merasakan diri kita sahaja yang betul, kemudian kita menolak segala kebaikan yang dibawa oleh orang lain. Kita memahami manhaj dakwah yang berbeza atas rahmat Allah, bukan kerana takabbur, atau ego masing-masing yang ingin menegakkan bendera sendiri. Dalam masalah fiqhiyyah sekalipun, sudah pasti akan adanya perbezaan pendapat dalam memahami ayat-ayat Allah. Tidak mungkin kita memaksa mereka yang bermazhab Maliki untuk tunduk dan patuh kepada mereka yang bermazhab Syafi’e semata-mata hanya atas isu “kesatuan”. Tidak mungkin wujud kesatuan ini melainkan adanya khalifah yang memerintah bumi Allah. Namun, usaha-usaha untuk ke arah menyatukan semua ini haruslah dijalankan. Selagi mana ruang perbezaan itu dapat dikecilkan, selagi itulah kita wajib berusaha ke arah itu. Dalam masalah dakwah pula, sudah pastinya wujud pelbagai ijtihad, pendapat, dan pemahaman mereka yang berbeza dalam memahami manhaj taghyir yang dibawa Rasulullah SAW.

Sebab itulah ianya dinamakan “Fiqh Ad-Dakwah”. Wujudnya mazhab-mazhab dakwah sebagaimana seruan Islah Syeikh Muhammad Ibn Abd.Wahhab, Syeikh Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Jamaluddin Al-Afghani, Pak Hassan, Pak Maududi menunjukkan bahawa kepelbagaian ini merupakan satu rahmat dari Allah kepada penyeru dakwah-Nya. Kita tidak berhak memaksa para pengikut ikhwani untuk tunduk patuh menyerahkan diri mereka kepada para pengikut tabligh sedangkan methodology serta pembawakan mereka adalah jauh berbeza. Prinsip dakwah keduanya besar kemungkinan ada persamaannya, namun, wasilah, cara, indhibat, methodology, kerja-kerja kolektif,takhtit, qawaid amal mussasi yang mereka perjuangkan pastinya wujud perbezaan. Sekiranya kita memaksa para ikhwani untuk tunduk dengan alasan “kesatuan” namun, kerja-kerja dakwah yang mereka fahami tidak selari dengan apa yang difahami para pengikut tabligh menyebabkan mereka lebih banyak berdiam tanpa melaksanakan amal dakwah, maka kesatuan ini merupakan suatu kebatilan yang sangat nyata. Kita juga tidak boleh menggadaikan nilai ukhuwwah sesama muslim walaupun individu yang kita kenali ini baru sahaja kita jumpa beberapa saat yang lalu. Kita juga tidak boleh menegakkan bendera kita masing-masing semata-mata cintanya kita kepadanya namun kita menggadaikan hak-hak yang sepatutnya kita tunaikan sebagai seorang muslim. Hak ukhuwwah adalah lebih dahulu perlu diutamakan berbanding perkara-perkara lain. Berukhuwwahlah dan hiduplah kita sebagai seorang Muslim yang faham, bukan seorang penganut semata.


Kesalahan Individu Bukanlah Kesalahan Tanzhim

Ini merupakan isu yang harus diperhatikan oleh setiap dai. Baik mereka yang baru berkenal-kenalan dengan dakwah, mahupun mereka yang sudahpun lama dalam tarbiah. Generalisasi adalah penyakit paling merbahaya bagi seorang yang memahami apa itu dakwah dan gerakan. Kita mengambil beberapa kesalahan individu yang dilakukan, kemudian kita menghukum kesalahan tersebut secara pukul rata tanpa kita melihat kepada prinsip dan pendirian gerakan yang dia ikuti. Contohnya, kita lihat kesalahan individu tersebut secara jelas, kemudian kita mengatakan, “inilah contoh kesilapan yang dibawa oleh gerakannya”. Sikap memukul rata tanpa sebarang pertimbangan menyebabkan kita terburu-buru dalam membuat kenyataan dan akhirnya ia mengundang fitnah dan tuduhan kepada mereka yang mendengarnya. Apatah lagi yang mendengarnya tidak tahu menahu akan isu sebenar yang berlaku.


Penyakit Menerima Tanpa Bertanya


Allah SWT telah menyarankan kita agar meneliti setiap pertuturan dan perkhabaran yang disampaikan oleh sesiapa sahaja, tidak kiralah individu tersebut “bersih” di mata kita atau tidak kerana Allah sahaja yang tahu siapa hamba-Nya yang bertakwa, beriman, dan muslim. Sikap menerima bulat-bulat apa sahaja yang disampaikan oleh pembawa berita kemudian tidak menyemaknya terlebih dahulu kerapkali mengundang bencana dan fitnah. Lihat sahajalah apa yang telah berlaku di zaman Saidina Ali dan Muawiyah. Perkhabaran tentang keburukan Saidina Ali, atau Saidina Muawiyah menyebabkan ada antara muslimin ketika itu menganggap Ali pemecah belah agama dan Muawiyah pula sekian-sekian. Tanggapan yang timbul tanpa sebarang penyelidikan, bertanya, dan seumpamanya hanyalah mengundang perpecahan yang tidak sihat.

Penyakit menerima tanpa bertanya sudah sebati dengan jiwa kita. Kita seringkali tidak cermat dalam menuturkan serta membuat kesimpulan awal pada setiap apa yang kita dengari daripada beberapa pihak. Kita seringkali tidak cuba untuk bertanya kepada diri yang terlibat apakah perkhabaran yang dibawa ada kebenarannya, sahih sumbernya, siapa pula yang membawa berita tersebut. Kita gemar menjadi penghukum. Biar dari siapa pun kita mendengarnya, berusahalah sebaik mungkin untuk melaksanakan “selidikan” / “tabayun” supaya apa yang kita dengar itu mendapat hak yang sepatutnya. Jangan pula kita menjadi pemula kepada rantaian fitnah yang berlaku dan kemudian ianya membengkak dan bernanah, baru kita menyesal atas apa yang telah kita lakukan.

يآ أَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا إِنْ جآءَكُمْ فاَسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوْا أَنْ تُصِيْبُوْا قَوْماً بِجَهاَلَةٍ
فَتُصْبِحُوْا عَلَى ماَ فَعَلْتُمْ ناَدِمِيْنَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kalian tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kalian menyesal dengan perbuatan itu.” (Al-Hujurat: 6)

Penjelasan Ayat

Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah berkata: “(Ayat ini) termasuk adab yang sepantasnya diamalkan bagi orang yang berakal. Yakni apabila ada seorang yang fasiq mengkhabarkan suatu berita agar memastikan (kebenaran) beritanya (terlebih dahulu), jangan begitu saja mengambilnya. Sebab yang demikian ini boleh menyebabkan bahaya besar dan menjatuhkan ke dalam dosa. Kerana apabila beritanya disejajarkan dengan kedudukan berita seorang yang adil dan jujur, lalu menghukuminya berdasarkan konsekuensi (riwayat seorang adil), maka akan terjadi kerugian jiwa dan harta tanpa hak dengan sebab berita tersebut sehingga menyebabkan penyesalan. Yang wajib dalam menanggapi berita seorang yang fasiq adalah meneliti dan mencari kejelasan. Apabila ada penguat yang menunjukkan kebenarannya, maka diamalkan dan dibenarkan. Dan apabila (ada penguat) yang menunjukkan kedustaan, maka didustakan dan tidak diamalkan. Maka di dalamnya terdapat dalil tentang diterimanya berita seorang yang jujur dan berita pendusta adalah tertolak, sedangkan berita seorang yang fasiq disikapi tawaqquf sebagaimana yang telah kita jelaskan. Oleh karenanya, para ulama salaf menerima banyak riwayat dari Khawarij yang dikenal kejujurannya, walaupun mereka termasuk orang-orang yang fasiq....”
(Taisir Al-Karim Ar-Rahman hal. 800) - Majalah As-Syariah


Keluar Dari Fitnah

Sebagai seorang yang memahami dakwah, tidak seharusnya kita terus menyibukkan diri kita dengan sesuatu perkara yang tidak membantu dakwah kita. Kita sering terjerumus dan seronok dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita melihat kepada diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk dakwah dan Islam khususnya. Kita seringkali dibuai isu-isu semasa, kemudian kita marah atas apa yang berlaku, tetapi kita tidak pula melakukan apa-apa untuk Islam.

Sebagaimana juga mereka yang tidak memahami apa itu dakwah, kemudian cuba untuk bertutur tentangnya. Kita tidak pernah cuba untuk melaksanakannya kemudian kita pula bising tentangnya. Inilah hakikat manusia. Diri ini tidak terlepas daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas.

  • ‘Umar bin Abdul ‘Aziz rahimahullahu berkata:
...Barangsiapa beranggapan perkataannya merupakan bagian dari perbuatannya (niscaya) menjadi sedikit perkataannya, kecuali dalam perkara yang bermanfaat baginya....

  • ‘Umar bin Qais Al-Mula’i rahimahullahu berkata:
Seseorang melewati Luqman (Al-Hakim) di saat manusia berkerumun di sisinya. Orang tersebut berkata kepada Luqman: “Bukankah engkau dahulu budak bani Fulan?
Luqman menjawab: “Benar.”

Orang itu berkata lagi, “Engkau yang dulu menggembala (ternak) di sekitar gunung ini dan itu?
Luqman menjawab: “Benar.”

Orang itu bertanya lagi: “Lalu apa yang menyebabkanmu meraih kedudukan sebagaimana yang aku lihat ini?
Luqman menjawab: “Selalu jujur dalam berucap dan banyak berdiam dari perkara-perkara yang tiada berfaedah bagi diriku.”

  • Abu ‘Ubaidah meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu bahwasanya beliau berkata:

....Termasuk tanda-tanda berpalingnya Allah Subhanahu wa Ta'ala dari seorang hamba adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kesibukannya dalam perkara-perkara yang tidak berguna bagi dirinya.”

  • Sahl At-Tustari rahimahullahu berkata:
Barangsiapa (suka) berbicara mengenai permasalahan yang tidak ada manfaatnya niscaya diharamkan baginya kejujuran.

  • Ma’ruf rahimahullahu berkata:
Pembicaraan seorang hamba tentang masalah-masalah yang tidak ada faedahnya merupakan kehinaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala (untuknya).(Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 1/290-294)
http://asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=588


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama melihat kepada diri kita, sejauh manakah ilmu dakwah yang telah kita kuasai. Sejauh manakah pelaksanaan dakwah yang telah kita lakukan. Banyak manakah pergantungan kita kepada Allah. Berapa banyakkah titisan air mata yang telah kita habiskan untuk jalan dakwah. Jangan pula kita menyibukkan diri kita dengan isu-isu yang tidak membantu ummah kerana Demi Masa, Manusia itu sentiasa dalam kerugian…


Read more
0

Takhtit Islami : Sejauh Mana Kefahaman Kita?

Oleh : Ust Abdullah Zaik


1. Takrif & fungsi


1.Penggunaan sumber, kemampuan dan persekitaran secara optimum untuk mempertingkatkan kemampuan individu muslimdalam segenap aspek yang akan memungkinkannya mampu berperanan secara terbaik untuk mengimarahkan bumi ini dan
mencapai konsep ibadat dalam kehidupan.

2.Ia juga berperanan untuk membangunkan tanzim haraki agar mampu beroperasi sebagai harakah Islamiyah yang mahu menegakkan syariat Allah sebagai anutan dan sistem pemerintahan.

2. Ciri-ciri Penting Perancangan Dakwah

1. Syumuliyah (sumul)
2. Waqaieyyah (realistik)
3. Jamaiyah (kumpulan)
4. Basyariyah (manusia)
5. Aqa’idiyah (akidah)
6. Tarbawiyah
7. Murunah (anjal)
8. Harakiyah

1. Syumuliyah

Takhtit Islami adalah takhtit yang syumul meliputi segenap lapangan hidup yang terdiri dari thaqafah, tarbiah, politik, ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraan dan pengurusan. Ini kerana pembentukan individu Rabbani menuntut kesyumulan yang seperti itu, sama ada pembangunan itu diperingkat individu dan penyiapan individu atau pembangunan harakah Islamiyah dan penyiapannya.

2. Waqi’eyyah

Takhtit Islami merawat manusia sebagai suatu realiti yang hidup. Ia berinteraksi dengan manusia di atas asas ini. Ia mengambil kira faktor-faktor seperti persekitarandan suasana sekeliling.

Berdasarkan kepada sifatnya yang realistik di dalam berinteraksi dan merawat, ia bertindak merubah dari satu realiti kepada satu realiti yang lain sehingga harakah Islamiyah selamat mengarah kepada matlamat yang ingin dicapainya. Ini dilakukan setelah mana mengambil kira semua faktor semasa yang wujud.

Bercita-cita tinggi memang digalakkan dalam Islam. Tetapi ia mestilah dibuat berdasarkan kajian kemampuan dan disusuli dengan langkah-langkah yang realistik. Jika tidak cita-cita yang tinggi tersebut hanya akan tinggal angan-angan sahaja.

3. Jama’iyah

Takhtit Islami hendaklah mempertegaskan konsep ini sama ada dimarhalah berfikir atau dalam persoalan uslub atau diperingkat perlaksanaan. Ia menganggap individu sebagai sebahagian dari harakah Islamiyah yang tidak wujud kecuali melalui harakah Islamiyah[1]

Oleh kerana medan amal itu banyak dan bercabang-cabang, sedangkan kemampuan individu terhad, maka mestilah berlaku gabungan tenaga antara du’ah.

4. Basyariah

Perbezaan antara takhtit Islami dibandingkan dengan lain-lain takhtit ialah ia berinteraksi dengan manusia sebagai alat perubah. Manusia adalah segala-galanya. Kerana itu mengambil kira perasaannya, keinginannya, sensitivitinya, nalurinya, tindakbalasnya, kecenderongannya dan kebiasaannya. Takhtit Islami mengambil kira pengaruh itu semua kepada jiwa dan perlakuan manusia.

Ia berusaha untuk mengarahkan semua aktiviti manusia kepada pengabdiandiri kepada Allah Azza wa Jalla. Dari aspek yang lain, ia cuba mengeksploitasi seluruh keupayaan manusia, berasaskan kepada asas bahawa manusia yang sempurna ialah manusia yang memiliki keupayaan positif biar sekerdil mana sekali pun.

5. Aqa’idiah

Takhtit Islami bertolak dari titk mula aqidah Islamiyah dan ia akan terus berada di dalam ruang aqidah. Ia berkhidmat ke arah memastikan semua usaha mengarah kepada penegakan aqidah. Oleh kerana itu maka neraca syara’lah yang menghukum wasail, uslub, strategi, program dan perancangan.

6. Tarbawiah

Sifat yang menonjol dalam takhtit Islami ialah tarbiah. Ia tidak menangani semua urusan dengan tatacara ilmu pengurusan yang membawa kepada kekeringan jiwa. Sebaliknya ia kekal dalam keseimbangan di antara ta’kid dan tuntutan tarbiah imaniah seperti telus, tenang dan bersih.

7. Muruniah

Takhtit Islami mestilah fleksibel. Ia memahami perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam ruang iktibar maslahah dan dharurah. Dari itu ia mengambil kira suasana, jiwa dan tuntutan keseimbangan yang halus dalam bentuk marhaliah, yang berperingkat dan serasi.

8.Harakiah

Sesungguhnya takhtit Islami mempunyai manhaj haraki yang mampu menghadapi realiti dengan wasail sepadan dengan keperluannya. Ia bergerak mengikut keperluan, dengan berpandukan marhaliah yang berperingkat dan seimbang. Ia tidak jumud dan tidak beku sebaliknya menghadapi setiap suasana dengan harakah yang seimbang, wasail dan asalib yang baru, bertujuan untuk mentakhkikkan matlamat dan mencapai hadaf.

3. Fungsi Perancangan Dakwah

1. Penyuburan dan pengambangan potensi sedia ada.
2. Proses penyediaan kelayakan agar mampu berfungsi secara faham dan optimum.

a. Penyuburan dan pengembangan potensi yang sedia ada
Perancangan dakwah hendaklah mampu melahirkan individu muslim yang mampu memainkan peranannya di dalam kehidupan dan juga mewujudkan harakah Islamiyah yang layak untuk mengambil alih kepimpinan masyarakat dan memimpinnya dalam ruang lingkup aqidah. Menghampiri matlamat ini akan berhasil, bergantung kepada sejauh mana kita mampu untuk melakukan pembangunan pada diri kita untuk melayakkan kita keluar sebagai satu generasi rabbani yang sempurna sifatnya. Ia juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha ke arah itu.

Polisi pembangunan ini tercerna dalam program pembangunan keupayaan, kebolehan dan kepakaran serta membuat pelaburan yang sebaik mungkin terhadap keupayaan sseseorang individu. Sesungguhnya program pembangunan keupayaan merupakan satu-satunya jalan unuk mewujudkan individu yang dapat merealisasikan objektif harakah islamiah. Kerana itu proses pembangunan mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Pembersihan jiwa.
  • Membesarkan generasi faham dakwah.
  • Membangun keupayaan dari segi akal, badan, akhlak, seni dan pekerjaan..
  • Mengambil tempat dalam pelbagai lapangan dan berusaha ke arah kematangan dan kesempurnaan di bidang itu.
  • Mewujudkan kesedaran dan meramaikan anasir soleh dalam masyarakat.
  • Menghidupkan suasana kehidupan Islam dan syiar-syiarnya di dalam segenap sendi kehidupan masyarakat.
  • Membina ‘ktifa’ zati dan menyiapkan kawadir takhassusi dan segala keperluan dakwah disegenap bidang dan medan.
  • Membangunkan sumber kekayaan harakah Islamiyah. Anasir itu semua dihasilkan melalui:

*

Tawajjuh kepada Allah dan ikhlas qasad dan amal.

*

Menyumbangkan segala usaha dan sepenuh tenaga.

*

Menyiapkan qudwah untuk tarbiah afrad.

*

Menetapkan matlamat startegik yang menyampaikan kepada tujuan itu.

*

Meletakkan individu sebagai sumber tenaga manusia yang tersembunyi dan aktif pada masa yang sama.

b. Proses penyediaan kelayakan

Sesungguhnya matlamat dakwah untuk mentahkimkan syariat Allah di atas muka bumi memerlukan satu persediaan yang mantap terhadap individu dan harakah Islamiyah keseluruhannya. Persediaan itu dibuat sehinggalah individu dan harakah Islamiyah menjadi asas yang wa’ie, pelaksana yang memiliki ilmu pengetahuan, ketaatan yang tidak membuta tuli, kepimpinan bijaksana yang memilki kesedaran, ketegasan, keazaman, kesediaan, dan keikhlasan. Penyediaan ini menuntut satu usaha yang besar dan tajarrud yang tidak berbelah bagi. Dengan itu sebenarnya proses penyediaan memerlukan kepada:

1. Qiadah yang wa’ie dan bijaksana.
2. Perancangan yang sempurna dan jelas.
3. Qaedah (jundi) yang melaksanakan dengan sedar apa yang dilakukannya.

4. Hadaf Takhtit Islami

Sesungguhnya perancangan dakwah adalah perancangan yang memakmurkan muka bumi, memperbaiki kehidupan dan menegakkan hukum Allah.

a. Memakmurkan muka bumi dan memperbaiki kehidupan:
Ia memestikan:

1. Mengembangkan kebaikan sedia ada.
2. Menghapuskan keburukan yang berlaku dengan memerangi kefasadan, kumpulan yang batil dan parti yang kafir.
3. Mengarahkan kebaikan yang ada ke arah:

*

Meluaskan daerah hubungan dengan qeadah Islamiah yang ada dalam masyarakat.

*

Mewujudkan hubungan baik dengan kelompok Islam lain dalam medan.[2]

*

Kemahiran mengambil faedah dari kebaikan orang lain.[3]

*

Mengajar qaedah (pengikut) seni berinteraksi dengan kehidupan dan masyarakat agar tidak terasing dari realiti dan kehidupan bersama yang diperlukan dalam masyarakat.

b. Persiapan untuk memerintah (daulah)

1. Binaan fikrah-fikrah daulah - bersiap untuk mengambil alih daulah, menjaga daulah dan mengembangkannya.
2. Binaan haraki

* Harakah tanzim: menyiapkan tanzim untuk mengakkan sebuah daulah.
* Harakah mujtama’: mewujudkan arus Islam ke arah menuntut dan mencapai daulah Islamiyah.
* Harakah daulah: menyiapkan unit-unit khusus untuk mengambil kuasa.

3. Mengenali saiz kekuatan musuh, perancangan mereka dan uslub tipu daya mereka.
4. Menyediakan peluang atau merebutnya.
5. Kesinambungan strategi tempatan dengan strategi antarabangsa.

5. Sifat-sifat perancang dakwah

* Taqwa, wara’ dan mempunyai akhlak keimanan yang tinggi.
* Kefakihan terhadap realiti dan jangkaan masa depannya.
* Kedudukan sebagai qiadah.
* Ilmu syara’
* Pengetahuan semasa.
* Memiliki kepakaran yang mampu dicapainya.

Nota Kaki

[1] Amal fardhi dalam gabunagn jemaah maknanya indimaj dalam amal jemaah bukan indimaj jemaah dalam amalnya

[2] Semua pertubuhan yang melaksanakan satu aspek daripada aspek-aspek yang kita perjuangkan, maka kita perlu menyokongnya dari aspek ini.

[3] Manusia terbahagi kepada dua jenis; Pertama: mengambil segala apa yang ia jumpa dan mengeksploitasi segala yang berada disekelilingnya. Kedua: Lilin yang suka memberikan cahaya kepada orang sekitarnya. Kerana itu wajib mengambil berat terhadap golongan kedua kerana ia bermanfaat dan dapat menambahkan kekuatan kepada harakah Islamiah
Read more
0

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja

Dakwah dan Kita..Muhasabah Buat Semua Da'i :
Nukilan : Ikhwah Jepun
Sumber : Dr.Qamarussalam's blog.
  • Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
    Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
    Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
    Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
    Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
    Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
    -yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
    Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
  • -yang cepat mengalah,
  • -yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
    -yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
    -yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
  • Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
    Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
    Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
    Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
    Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
  • Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
    Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
    Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
  • Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
    Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
  • Cuma tanpa pencerahan,
    Tanpa tarbiyyah,
    Tanpa dakwah
    Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
  • Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
    Berbahagialah seadanya.
  • Saya menghitung diri.
    Terlalu kerap menuturkan.
    “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
    Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
    Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
    “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Read more
1

Kepentingan Tarbiyyah Takwiniyyah Dalam Da'wah Islamiyyah



"...Dan hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan ma’ruf (yang baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang..." (QS. Ali Imran:104)

Masalah Umat Islam

Pada saat ini masalah umat Islam berada pada tingkat yang paling parah. jika dilihat dari peringkat perjuangan Islam. Hal ini berlaku kerana wujudnya krisis kepimpinan yang ketara, dengan hilangnya sistem pemerintahan khilafah. Kaum muslimin menjadi sasaran musuh-musuh Allah yang cuba untuk menghancurkan peradaban dan kebudayaan Islam.

Lebih menakutkan keadaan, sebahagian besar daripada kaum muslimin sama sekali tidak menyedari hakikat ini. Mereka merasa tenang dengan keadaan ini dan merasakan telah cukup berjuang untuk Islam. Kebanyakannya masih tenggelam dengan kerehatan dan berpuas dengan kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi dari musuh-musuh Allah. Tanpa disedari, timbul satu lagi bentuk penjajahan iaitu penyerangan pemikiran (ghazwul fikri) dan pemurtadan umat, yang sedang berjalan dengan licin dan kencang. Kenyataan yang harus diterima di dalam hal ini walaupun pahit ialah pengetahuan kaum muslimin tentang Islam menjadi semakin lemah semakin hari.

Pada sisi lain pula kepatuhan dan ikutan terhadap kaum kafir akan melemahkan umat Islam. Sememangnya, kini sebahagian besar dari negeri-negeri Islam telah bebas dari penjajahan, tetapi pemikiran dan ideologi negeri-negeri itu masih berkiblat kepada musuh-musuh Allah. Kapitalisme masih menentukan sistem ekonomi umat Islam. nasionalisme membentuk politik yang mereka bangga-banggakan. Segala pemikiran dan ideologi jahiliyah itu, disebut sebagai sistem yang bersumber dari nenek-moyang mereka. Kelemahan lain yang didapati ialah kebanyakan pemimpin negeri-negeri muslim bukanlah orang yang mempunyai iltizam terhadap Islam. Bahkan kadangkala di antara mereka terdapat musuh dakwah dan umat Islam. Tiada yang berniat untuk menegakkan atau membela sistem Islam. Masing-masing mempunyai kepentingan, negeri-negeri muslim tenggelam dalam kancah pertikaian dan saling bermusuhan. Akhirnya umat Islam menjadi makanan enak kepada musuh-musuh Islam.

Takwiniyah - Jalan Penyelesaian

Dalam keadaan seperti ini, Allah menghendaki kaum Muslimin kembali kepada Islam yang sebenar, beriman dengan iman yang istiqamah, bertaqwa dengan sebenarnya, serta menyiapkan diri untuk mati di jalan Islam (husnul khatimah).

“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (Islam) kepada Allah”. (QS 3:102)

Inilah perintah Allah bagi setiap individu muslim. Mereka harus mempertahankan keperibadian Islam pada diri mereka. Untuk itu, mereka harus mengislamisasi kembali diri dan keluarga mereka menuju kepada terbentuknya masyarakat Islam.

Umat Islam mesti bangun semula dan sedar akan peranannya sebagai penyelamat ummah dan dunia, serta membangunkan peradaban positif. Mereka harus bangun dari tidur nyenyak dan melepaskan diri dari tilam empuk, tegak dan bangkit, kembali pada bimbingan dan pimpinan Allah. Untuk itu Allah mengisyaratkan:

“Dan berperanglah kamu semua dengan tali (Din) Allah dan jangan saling bercerai-berai, ingatlah nikmat Allah yang diberikanNya kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan kemudian Allah menjinakkan di antara hati kamu, maka jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan padahal kamu berada di pinggir jurang neraka maka Allah selamatkan kamu daripadanya. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya agar kamu mendapat petunjuk” (QS 3:103)


Ayat ini jelas mewajibkan kaum muslimin untuk:

1. Berpegang teguh pada satu ikatan (hablullah)
2. Bersatupadu, tidak bercerai-berai atau berpecah-belah
3. Sentiasa mengingat nikmat Allah yang telah menyatukan hati mereka dalam ikatan aqidah islamiyah
4. Menyuburkan ukhuwah islamiyah

Inilah jalan yang boleh menyelamatkan kaum muslimin dari kehancuran yang dinanti-nanti dan dirancangkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk mencapai usaha di atas, Allah mewajibkan pembentukan suatu gerakan dakwah yang mampu mengajak manusia pada kebaikan, menyuruh mereka melakukan ma’ruf dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar. Mereka harus memulakan usaha ini, membentuk umat yang memiliki kualiti tinggi dalam menegakkan Islam.

Dalam pembentukan umat dakwah ini, takwin memainkan peranan yang penting. Umat Islam mesti kembali mendidik suatu generasi yang mampu menampilkan islam dalam bentuk yang sebenarnya sebagaimana yang telah timbul pada zaman sahabah. Dasar dan jalannya ialah:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan yang menyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung” (QS 3:104)

Rujukan utama dalam melaksanakan ini ialah Rasulullah saw. Dalam perjalanan hidup Rasul dan para sahabat ridwanullahu alaihim, Allah telah menggambarkan suatu manhaj yang jelas dan cemerlang untuk membangun kembali umat ini. Dengan cara pembinaan yang dibuktikan oleh Rasulullah, nyatalah bahawa bentuk pembinaan (takwiniyah) harus merupakan tarbiyah islamiyah harakiyah (pendidikan Islam berbentuk gerakan). Hal ini lahir dan amat diperlukan tuntutan dari realiti umat yang kita hadapi sekarang mempuyai persamaan dengan keadaan di masa Rasul. Di samping itu, watak khas dari semua kitabullah adalah tarbiyah Rabbaniyah. Firman Allah:

“Tetapi jadilah kamu orang-orang yang Rabbani, oleh sebab kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu sentiasa mempelajari Al-Kitab”.(QS3:79)

Maka Al Quran menjadi sumber utama dalam takwiniyah. Setiap ayatnya menuntut untuk membangun generasi baru peradaban Islam. Bukankah ia membentuk peribadi-peribadi terbaik dan umat terbaik (khairu ummah)? Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran”(HR Bukhari dan Muslim).


Tarbiyah Harakiyah Nabawiyah

Tarbiyah harakiyah merupakan salah satu fungsi kitabullah Al-Quran. Di samping ia sebagai kitabusyari’ah yang berisi hukum, peraturan dan undang-undang Ilahi, Al-Quran adalah pembimbing muslim untuk menempuh kehidupan yang sesuai dengan kehendak Allah. Di dalam kitab ini, terdapat pengarahan Rabbani yang memiliki pengaruh yang mendalam pada hati setiap muslim yang membacanya.

Tidak ramai orang yang dapat memerhatikan betapa tingginya nilai tarbiyah ilahiyah ketika turunnya ayat-ayat Al-Quran pada Nabi Muhammad saw. Terdapat di dalamnya rahsia besar yang mampu menghasilkan dakwah beliau. Sebagai Nabi, rasulullah adalah murabbi (pendidik) yang paling utama bagi umatnya. Generasi pertama ini, iaitu generasi sahabat ridwanullahu alaihim, telah mendapatkan bimbingan Ilahi ini. Tidaklah menghairankan jika

Rasulullah sendiri memberi penegasan:

“Sebaik-baik zaman adalah zamanku, kemudian yang berikutnya, kemudian yang berikutnya.” (Hadis Sahih)

Dari bimbingan pendidik utama ini lahirlah peribadi-peribadi unggul, tidak pernah ada dalam sejarah seperti mereka. Peribadi yang dibentuk Al-Quran, atau dengan istilah Sayyid Qutb “Jailul Quran al’farid” (generasi Qurani yang unik).

Apa yang menjadi pertanyaan kini ialah, “Bagaimana generasi unik ini dibentuk? Apakah pola pembentukannya dapat diulangi kembali sehingga mereka yang mengikuti pola ini juga dapat melahirkan generasi yang unik pula?” Pertanyaan ini merupakan suatu tajuk perbahasan yang menarik tetapi ulama Islam jarang sekali menyedari hakikat ini apatah lagi untuk menggunakannya. Hanya mereka yang menyelami dunia harakiyah islamiyah yang tertarik melakukan pembahasan terhadap masalah ini.


Intipati Takwiniyah

Tarbiyah yang dilakukan Allah terhadap rasulNya atau yang diwujudkan Rasulullah terhadap para sahabat adalah apa yang dikatakan sebagai tarbiyah takwiniyah. Istilah takwiniyah memang kerapkali muncul pada waktu kebelakangan ini. Intipati dari pembinaan nabi terhadap para sahabat jelas merupakan proses takwin. Tarbiyah takwiniyah adalah daya yang membentuk atau menjadikan kader yang mampu memikul tugas dan amanah dakwah dalam rangka menegakkan Din (Iqamatud din). Ia memiliki sasaran yang sangat jelas:

1. Terbentuknya syaksiyah Islamiyah yang menjadi teladan bagi manusia

2. Terbentuknya syaksiyah Da’iyah yang mampu menyeru manusia ke jalan Islam.


Sasaran Pembinaan Dakwah

Pemahaman terhadap Usul dinul Islam menjadi modal bagi kefahaman terhadap kesempurnaan Islam. Dalam pembinaan, langkah pertama adalah membentuk tasawwur (gambaran) dalam setiap mad’u. Tasawur itu seharusnya mencapai tiga kriteria:

1. Jelas, ertinya tidak ghumudh (samar). Islam yang disajikan dapat di faham dengan mudah, tidak berbelit atau sukar untuk difahami. Bila Islam itu diibaratkan sebagai sebuah rumah, maka harus jelas dasarnya. Ertinya, setiap bahagian Islam harus difahami dengan jelas fungsinya sehingga mempunyai kefahaman yang mantap dan jitu serta tidak meragukan lagi.

2. Benar dalam erti kata tidak salah, keliru atau menyimpang, seperti Islam yang difahami oleh salafus soleh, bukan Islam hasil daripada perancangan setengah ulama yang datang waktu kebelakangan ini terutama mereka yang belajar pada orientalis kuffar. Kebenaran bergantung pada sumber pengambilannya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya serta pendapat ulam-ulama yang mu’tabar. Jalan yang benar untuk memahami keduanya adalah jalan yang telah dilalui Ahlus Sunnah wal jamaah.

3. Menyeluruh (syumul) dalam erti kata tidak berpecah. Islam yang disajikan harus merupakan Islam yang utuh bukan sebahagiannya sahaja. Tidak dibenarkan percampuran di antara haq dengan batil. Sesungguhnya membentangkan sebahagian dengan percampuran dengan suatu pendapat yang lain adalah pengkhianatan terhadap Allah dan RasulNya.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya (syaitan) itu musuh y ang nyata bagimu” (QS 2:208)


Membentuk Peribadi Muslim

Setelah memiliki tasawur dengan tiga kriteria ini maka langkah berikutnya ialah mad’u hendaklah berinteraksi dengan Islam, baik dengan teori-teori Islam ataupun makna yang terkandung dalam teori-teori tersebut. Interaksi ini wujud dalam empat bentuk:

1. Interaksi Islam dengan hati akan membentuk aqidah, keyakinan mu’min yang dipenuhi dengan iman.,dan kemampuan bersikap ikhlas kerana Allah. Ini termasuk mengingkari segala bentuk keganasan dan penghambaan manusia atas manusia, kemudian menegakkan pengabdian kepada Allah Yang Esa dengan dilandasi iman yang suci dan mantap.

2. Interaksi Islam dengan akal akan membentuk fikrah atau cara berfikir (ideologi) secara Islam. Fenomenanya mampu menjadikan Kitab Allah sebagai pembentuk fikrah. Ini termasuk juga unsur zikir, tafakkur dan tazakkur sekaligus. Dengan demikian ia berupaya memecahkan masalah hidup manusia, diri maupun masyarakatnya, dengan hidayah Allah.

3. Interaksi islam dengan perasaan akan membentuk selera Islami. Fenomenanya ialah menyenangi hal-hal yang mendekatkan manusia kepada Allah dan membenci segala hal yang menjauhkan mereka dari Penciptanya. Ia mengambil berat terhadap nasib kaum muslimin dimanapun mereka berada.

4. Interaksi Islam dengan perbuatan akan melahirkan akhlak yang mulia. Ia berupaya menjadikan dirinya bertingkahlaku dan berbudaya qur’ani. Fenomenanya terbukti dalam amal dan aktiviti seharian.

Keempat interaksi itulah yang membentuk peribadi seorang muslim. Bila islam telah sebati dalam dirinya, segala kegiatannya menjadi Islami

“Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya selain dari Allah. Dan Kami hanya mengabdi kepadaNya” (QS 2:138)

Sesungguhnya islam hanya boleh diwujudkan dalam suasana Islami. Lantaran itu, proses takwin hanya boleh berjalan dalam kehidupan yang Islami. hubungan antara murabbi dengan mutarabbi, atau antara para murabbi itu sendiri mesti dijiwai dengan Islam.


Membentuk Peribadi Da’i

Keunggulan takwiniyah terletak pada kemampuannya menyiapkan kader yang bersedia berkhidmat untuk ketinggian Islam. Selama kurang lebih tiga belas tahun lamanya, madrasah Rasulullah hanya melahirkan sekitar lebih 300 rijal. Ini menunjukkan bahawa dalam proses takwin, kualiti dan bukan kuantiti dititikberatkan.

Peribadi-peribadi Islami yang terbentuk dengan program pembinaan di atas perlu ditingkatkan menjadi peribadi seorang da’i. Tentu sahaja dengan meningkatkan keadaan rohani, aqli dan suluki akan melahirkan seorang murabbi. Dalam pada itu, mad’u pun dilibatkan dalam harakah Islamiyah.

Penglibatan mad’u dalam harakah (pergerakan) dimulai dengan memberikan kesedaran terhadap suasana dunia Islam dan sebab-sebabnya. Ini terlaksana dengan menyampaikan gambaran usaha dan perancangan musuh menghancurkan islam wal muslimin. Kemudian mulailah diperkenalkan pada fiqhud-dakwah. Sedikit demi sedikit mad’u akan memahami penyelesaian cara islami terhadap pelbagai masalah yang dihadapi umat. Di samping itu, mad’u perlu memahami Tabiat Ma’rakah (pertembungan) antara haq dan batil. Sasaran yang hendak dicapai adalah kesediaan dan persiapan untuk berjihad di jalan Allah dengan jihad yang bermanhaj.

“Maka janganlah kamu taat kepada orang-orang kafir itu, dan berjihadlah terhadap mereka dengan jihad yang sebenar-benarrnya” (QS 25:52)

Dengan takwiniyah ini, diharapkan para mad’u akan dapat lahir sebagai murabbi yang dinamik. Mereka boleh menjadi syaksiyah mustaqimah (Peribadi beristiqamah) di tengah-tengah umat ataupun syaksiyah da’iyah yang menjadi teladan umat serta sumber pemikiran Islami.

Di samping para du’at, takwin juga menghasilkan orang-orang yang beriltizam dengan harakah dalam pelbagai disiplin ilmu yang diperlukan untuk membangun masyarakat Islam. Gerakan dakwah memerlukan agar potensinya menjadi kekuatan umat.

Apabila bilangan kader Islam ini telah mencukupi, maka jalan menuju terbentuknya kembali masyarakat islam terbentang luas di hadapan kita. Kewajipan kita untuk merelisasikan cita-cita mulia ini, kita doakan agar Allah memberi pertolongan sebagaimana yang telah dijanjikanNya untuk menolong siapa yang menolong (Din)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa......

Read more