0

Akulah WAKIL TUHAN

Mari Kita Hayati Bait-Bait Ini






Mari Kita Hayati Bait-Bait Ini



bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau pun kemenangan

berjuanglah wahai Ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiyyah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji rabbi

bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati hingga nyata benarnya janji rabbi

selamatlah parti islam melangkah
membimbing ummah ke medan siasah
berpedomankan al-Quran dan Sunnah
suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)

Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh Ibn Nik Mhd Nor

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Assalamualaikum semua yang membaca..Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Semoga roh dakwah Baginda yang dirasai hingga ke hari ini terus mekar dan bercambah-cambah dari hari ke hari. Semoga Rasulullah SAW yang kita cintai ini terus menjadi contoh ikutan buat kita para pendakwah yang mengaku memperjuangkan risalah ini.

Terlebih dahulu ana memohon maaf kerana tidak banyak menulis, dan menjuruskan serta lebih banyak mengecilkan skop perbincangan di blog ana kepada siri menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam cbox ana. Subhanallah, sesungguhnya sudah terbazir waktu ana untuk perkara-perkara yang remeh-temeh ini kerana kecilnya minda dan pemikiran ana. Walau apapun, ana cuba untuk menjadikan semua siri jawapan ini suatu yang boleh dikongsi dan diteladani untuk semua. Jikalau tidak semua pun, cukuplah untuk ana sahaja. Mana yang baik itu, ambil sahaja, yang keruh itu tinggal-tinggalkan.

Hamba Tuhan vs "Wakil" Tuhan

Sudah termaktub, Rasulullah SAW lah yang menjadi utusan terakhir Allah, yang memikul tanggungjawab besar membawa risalah tauhid kepada manusia ke seluruhannya, tidak kira bangsa mana sekalipun. Tiada lagi janji Allah bahawa akan wujud extra-khatimul anbiya' / another version of khaatimul anbiya' atau wakil tuhan di muka bumi ini melainkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah pewaris para anbiya', yang tidak dikurniakan wahyu dan kelebihan seperti para anbiya' lain.


مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


“....Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi...”
(Al-Ahzab : 40)

Namun, setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, muncul para pemuka-pemuka syaitan mendakwa diri mereka Rasul utusan yang membawa seruan agama dan merupakan nabi Allah yang baru yang mana antaranya adalah Musailamah Al-Kazzab. Syaitan ini popular sebaik sahaja kewafatan Baginda SAW. Hal ini tidak menghairankan kerana mereka ini tidak beriman kepada kitab Allah dan Rasulullah SAW walaupun melihatnya. Benarkah? Memang benar kerana sudah jelas lagi terang pernyataan dan deklarasi dari Allah yang ternyata di dalam surah Al-Ahzab di atas. Kemunculan para nabi palsu ini sememangnya sudah dijangka dan sudah pasti akan ada.

Namun, dunia kini tidak popular dengan kehadiran nabi-nabi palsu ini, kerana kehadiran mereka pasti ditentang dan dilawan habis-habisan oleh para golongan agamawan dan cerdikpandai. Apa yang ingin diutarakan dalam artikel ini adalah berkenaan wakil tuhan yang semakin melata kini dan mereka tidak diiktiraf oleh Allah pun sebagai wakil mereka di muka bumi ini melainkan wakil tuhan yang dimaksudkan adalah khalifah Allah. Apakah yang saya maksudkan dengan wakil tuhan ini??

Berkata Ibn Abbas radiallahu anhu :
“...Sesungguhnya orang yang selalu berfatwa terhadap manusia dalam setiap permasalahan yang mereka tanyakan adalah seorang yang gila..!”
(I’lamul Muwaqqi’in hal. 63)

Sebenarnya, kehadiran mereka di dunia ini juga sudah dijangka dan tidak hairanlah apabila Baginda SAW menyebutkan orang islam itu ibarat buih di lautan. Terlalu banyak, namun kualititnya tiada. Namun, mereka beriman kepada Allah dan Rasul, juga mengetahui keterbatasan akal mereka, dan tahu pula mereka tiada hak untuk menghukum manusia, namun mereka tetap menjadi sebegitu. Mungkin inilah yang dikatakan, ilmu dicari, amal diletakkan di tepi! Wakil tuhan ini akan sentiasa menjadi penghukum kepada manusia walaupun tiada ilmu. Wakil tuhan ini dengan mudah menyatakan itu dan ini, menghukum itu dan ini, mengeluarkan itu dan ini hasil buah fikirannya yang terbatas.

Kita seringkali berlagak pandai dan gemar menghukum manusia. Kita gemar menghukum manusia atas keterbatasan ilmu kita. Kita suka mengadili manusia mengikut pertimbangan mata kasar kita. Mana tidaknya, lihat sahaja betapa ramai manusia yang suka melihat manusia lain hanya dengan mendengar sesuatu kemudian kita menghukum seseorang itu atas perkara yang kita tidak tahu kesahihannya. Kita suka menilai manusia melalui kata-kata orang, atau pun 1st impression kita terhadap manusia/individu yang kita barangkali tidak kenal atau kenal-kenal begitu sahaja. Kita gemar menghukum manusia atas satu-satu kesalahan yang seseorang lakukan, yang kita tidak tahu pun mungkin individu tersebut sudah pun bertaubat. Kita juga gemar menghukum akidah manusia kafir, fasik dan seumpamanya walaupun kita bukannya seorang mujtahid, apatah lagi seorang Nabi. Artikel ini sesuai dibaca untuk mereka yang sentiasa memfasikkan dan mentakfir Al-Imam Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah taala anhu (sila klik). Tokoh ini seringkali ditohmah dan dicaci serta dihukum oleh para ulamak sufi yang begitu waham ini dan mereka para ulamak sufi ini sangat takut kepada pemerintah di zamannya. Inilah realiti wakil tuhan yang wujud di zamannya. Mentakfir dan menyesatkan para ulamak sedangkan beliau ini sangat berjasa kepada Islam dan sangat berani menentang kekufuran. Mana tidaknya, beliau orang yang paling lantang terhadap pemerintah dan paling berani menegakkan hujjah. Beliau jugalah ulamak yang benar-benar mengusir tentera tartar di zamannya di saat para ulamak sufi yang lain menjadi barua dan pengampu kepada pemerintah.


Dr. Yusuf Qardhawi berkata :
“....Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku....”
(dipetik dari artikel Dr. Asri - Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, Mesir: Dar al-Wafa)


Telah berkata Al-Imam At-Tahawi :
“....Kita tidak mengkafirkan ahlul kiblat kerana satu dosa yang dilakukannya selama dia tidak menghalalkan perbuatan tersebut, dan kita tidak mengatakan perbuatan dosa itu tidak mudarat terhadap keimanan. Kita berharap orang-orang yang berbuat baik dari kalangan mukminin supaya Allah memaafkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam jannah dengan rahmat-Nya, dan kita tidak merasa aman terhadap mereka dari janji Allah dan kita tidak mempersaksikan syurga bagi mereka. Kita mintakan ampun terhadap kesalahan mereka dan kita takut mereka akan mendapat hukuman kerana dosa mereka, namun kita tidak putus asa dari rahmat Allah terhadap mereka. Merasa aman dari ancaman Allah dan putus asa dari rahmat-Nya, keduanya akan memindahkan dari agama Islam sedangkan jalan yang haq berada di antara keduanya bagi ahlul kiblat....”
(Al-'Aqidah Ath-Thahawiyyah Syarhun wa Ta'liq Al-Imam Al-Albani, hal. 60-62)


Kita gemar menghukum seseorang individu dan amalannya walaupun kita tidak mengenalinya.Dan contoh yang paling mudah adalah, kita gemar untuk menilai peribadi seseorang hanya kerana kesalahan-kesalahan kecilnya yang mungkin sudah pun diampuni oleh Allah. Tidak hairanlah terbitnya pepatah "..Do not judge a book by it's cover..!" Kita tidakpun mengenali seseorang individu kemudian kita cepat menghukumnya dengan melihat kepada tulisan-tulisan individu tersebut, tanpa kita melihat kepada perjuangannya dan perngorbanannya untuk agama. Kisah ini pula sesuai dibaca kepada para pengkritik Dr. Maszlee Malik, seorang ilmuwan islam yang begitu banyak masanya dihabiskan untuk Islam. Mana tidaknya, hanya kerana isu jemaah centric yang dilontarkan sebagai pandangannya sahaja menyebabkan dia ditohmah dan dikatakan ejen umno oleh beberapa kerat manusia yang tidak mengenalinya. Begitu jelek perangai manusia ini. Menghukum manusia atas manusia tanpa kita mengenali lebih dekat pengorbanan beliau kepada ummah. Tanya sahajalah kepada para penuntut di matrikulasi uia ceramah-ceramah beliau tidak dibayar, penuh ilmiah, ikhlas memperjuangkan isu-isu agama dan palestin. Namun dicaci hanya kerana isu jemaah centric yang cuba meleraikan kekusutan pertembungan sikap para pendakwah yang mendakwa mereka membawa islam dengan slogan akulah yang paling benar dan paling ikhwan! Mereka lebih gemar menggunakan terma-terma tidak sihat untuk memburuk-burukkan peribadi seseorang. Tidak kurang juga ada yang mengatakan penulisan beliau adalah kesan kepada tidak ada komitmennya beliau terhadap jemaah beliau sendiri sedangkan jika sesiapa bertanya kepada rakan-rakan sejemaah beliau, pasti mereka akan mengatakan Dr.Maszlee Malik ini antara orang yang paling komited dengan jemaah dan lebih dari itu beliau memberikan WALA'NYA kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya. Lihat lah sikap wakil tuhan ini. Merasakan kita senang-senang boleh menghukum individu walaupun kita tidak mengenali dirinya. Sedangkan yang berhak menghukum hanyalah Allah.

Kerana sikap gemar menghukum inilah sahabat Rasulullah SAW, seorang penulis wahyu yang hebat dan agung Saidina Mua'awiyah r.a telah dihukum oleh para penganut syiah sebagai khawarij, pemberontak, punca pecah belah dan pengkhianat Islam malah mereka lebih gemar mentakfir Mu'awiyah. Kerana kejahilan dan niat jahat mereka lah Mu'awiyah r.a yang agung ini telah dikuburkan kemuliaannya, dibuang kemasyhurannya, dibakar jasanya, dihina, dipijak-pijak, dicaci, dimaki dan seumpamanya. Inilah kebodohan manusia yang ada akal yang terbatas namun berlagak sebagai wakil tuhan yang gemar menghukum walapun diri mereka itu sebenarnya jahil lagi hina dan dihinakan!

Abdullah Ibnu al-Mubarak pernah ditanya:
“...Apa kata tuan tentang Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama...?”

Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“....Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Muawiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah s.a.w itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz....”
(Al-Bidayah Wan Nihayah. m/s 139)

Ada juga wakil tuhan yang gemar mentakfir manusia lain. Juga menyatakan manusia lain sebagai sesat sedangkan mereka sendiri jahil, tiada ilmu malah diselubungi oleh makar syaitan. Mengapa tidak, begitu tegar mereka mencerca dakwah Syeikh Muhammad Ibn Abd. Wahhab dan para muridnya. Begitu juga Syeikhul Hadits Nasiruddin Al-Albani yang banyak berjasa mentakhrij, menilai kitab-kitab hadits, dan mentahkik pelbagai kitab-kitab para ulama tidak kurang dimaki, dihina, dihukumkan sebagai manusia terlaknat, apatah lagi dikafirkan oleh mereka yang tidak sukakannya. Inilah sikap para ilmuan masa kini yang tiada ilmu pun. Hanya sekadar mencedok kitab-kitab ulamak sufi yang begitu garang terhadap sunnah-sunnah baginda dan berlembut dengan bida'ah-bida'ah yang kian melata. Biarpun hadith begitu banyak memberikan peringatan, namun, akal mereka lebih mereka utamakan dan lebih mendahului hadith-hadith ini. Inilah manusia yang seringkali menjadi wakil tuhan yang tidak bertauliah. Mereka dengan mudah mengatakan thariq ini betul, thariq ini salah, jalan ini sesat, jalan ini tidak sesat. Nah, mereka ibarat manusia yang mendapat wahyu daripada Tuhan. Salafi Al-Albani salah, Syeikh Muhammad Ibn Abd Wahhab khawarij, pemberontak dan penyebab kepada kejatuhan khilafah uthmaniyyah walhal mereka tidak mengkaji sejarah bagaimana kejatuhan khilafah uthmaniyyah dan apakah faktor utama menyumbang ke arah kejatuhannya. Inilah manusia yang suka mencedok-cedok kebatilan dan menghembus bara dendam dan hasad kepada dakwah Syeikh Muhammad Ibn Abd. Wahhab.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah taala anhu berkata:
“Pengkafiran itu memiliki syarat-syarat dan mawani' yang terkadang mawani' itu hilang pada diri seseorang...”
(Majmu' Fatawa, 12/487)

Begitulah sikap manusia yang seringkali gemar menjadi wakil tuhan yang tidak diiktiraf. Sudahlah tidak berilmu, gemar pula mentakfir, mencemuh, mencerca para ulamak silam yang jasanya begitu besar terhadap dunia Islam. Inilah hakikat yang berlaku kini dan ianya akan terus berlaku sekiranya mereka tidak mahu berubah dan tetap sebegitu.

Semoga tulisan kecil ini menjadi iktibar kepada semua dan juga diriku agar sentiasa berjaga dalam menilai seseorang dan sesuatu perkara agar tidak terjebak ke fenomena ini. Dengan Nama Allah, saya berlepas diri dengan sikap jelek ini dan tidak dapat memaafkan sesiapa yang tidak henti-henti melaung-laungkan persoalan wahhabiyyah.

Wassalam.



Read more
1

Tarbiah Bukan Paksaan Tapi Pendidikan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Oleh : Dr. Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebutkan :

"..dahulu kami berusaha keras memacu laju dakwah ini dan memaksimakan penyebarannya, namun kini, dakwah tersebut yang mendahului kami. Ia bercambah ke seluruh pelusuk dan desa dan memaksa kami menanganinya dengan serius, meskipun untuk itu (merealisasikan) kami harus menghadapi pelbagai persoalan berat yang sangat melelahkan..."

Dakwah dan risalah ini seringkali tidak menjanjikan kemanisan dunia, kerehatan dan keselesaan. Sebagaimana yang dicontohkan oleh para anbia' dan aulia', mereka senantiasa teruji, dan diuji kerana risalah ini. Lihat sahaja Nabi Allah Nuh a.s. Betapa hebat beliau diuji dan ditekan oleh kaumnya serta sanak-saudaranya, namun, beliau tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Pelbagai ranjau dan duri terpaksa beliau hadapi. Bukan sehari dua, tetapi ratusan tahun. 950 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Lihatlah, betapa agungnya dakwah dan risalah ini hingga para pemikulnya sanggup menahan cercaan, makian, ugutan dan sebagainya.


Dakwah dan Kefahaman

Dakwah boleh berlaku di mana sahaja, kepada siapa ianya ditujukan dan ke mana sahaja ianya dihalakan. Dakwah bukanlah satu trend. Bukan juga barang pakai buang. Dakwah dan isinya tetap sama dan tidak berubah dari datangnya Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini meskipun terdapat revolusi dalam method penyampainnya. Kepelbagaian ini adalah perlu diraikan dan dimestikan, sesuai dengan peredaran dan kehendak zaman.

Bagi mereka sudah ataupun baru berjinak dengan alam dakwah, mereka perlu meletakkan kefahaman dalam diri mereka bahawa dakwah bukanlah suatu paksaan atau tekanan. Kefahaman terhadap dakwah perlu jelas bagi setiap pemikulnya. Dakwah bukan seperti menjual barang sebagaimana sesetengah peniaga yang memaksa pengguna untuk membelinya walaupun dengan cara dan jalan yang salah. Kefahaman yang salah tentang konsep dakwah, juga tarbiah hanya menyebabkan manusia akan lebih jauh daripadanya.


Usrah Mendidik, Bukan Memaksa..!

Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad'u yang benar-benar ikhlas berjuang.

Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Kerana usrah yang dibina adalah paksa-oriented. Mahu menjadikan ma'du seolah-olah malaikat kecil. Lengkap tanpa kesalahan dan mengikuti 100% module yang disusun tanpa sebarang bantahan. Mad'u bukan robot yang boleh dipaksa, dan ditaujih sesuka hati oleh naqib atau murabbinya. Benar, arahan merupakan suatu proses dalam tarbiah. Tapi, arahan tidak boleh bertukar menjadi paksaan/tekanan kepada mad'u. Proses pembentukan mad'u atau rijal/kader memerlukan masa. Kita "merekrut" mereka dan memaksa mereka atas nama "amal jama'ie" sedangkan tuntuan sebenar amal jama'ie tidak begitu. Takwin atau pembentukan ma'du mestilah berperingkat, setapak demi setapak dan bertadarruj.

Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad'u lebih matang dan nampak "berusia", murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama'ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-"rela". Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya.


Tarbiah Itu Di Mana-Mana

Seringkali hal ini terjadi dan ianya seakan-akan tampak "benar" walaupun pada hakikatnya ianya sesuatu yang merosakkan lagi batil. Hal apakah yang dimaksudkan? Menghalangi mad'u yang ditarbiah kita untuk menghadiri program-program agama anjuran kumpulan islam lain, atau, membantutkan pengetahuan ma'du dengan menyekat mana-mana perkongsian ilmu atas jenama dan jalur kumpulan islam yang berbeza dengan kita atas nama bimbang. Bimbangkan apa? Bimbang berlakunya "lompat' keahlian atau "terpengaruh" dengan kumpulan islam lain. Hal ini tidak wajar dijadikan alasan. Inilah kekaburan yang seringkali berlaku kepada mereka yang ikhlas membawa Islam, akan tetapi kurang memahaminya secara mendalam.

Lihatlah contoh yang dibentangkan oleh para sahabat dan tabiin. Mereka ini adalah kalangan murabbi pakar yang banyak mentarbiah orang. Sejarah membuktikan, tidak berlakunya penyekatan, atau sentimen "bimbang" seperti di atas, bahkan, merekalah murabbi yang berlumpa-lumba mengiyakan dan menyuruh mad'u mereka supaya mendapatkan kepelbagai pandangan dan pendapat dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang lain. Terdapat banyak kisah yang boleh dicontohi.

Dalam sistem tarbiah, terdapat 2 istilah yang biasa didengari, program umum dan khusus. Program khusus anjuran kumpulan Islam yang kita berikan komitmen kepadanya sememangnya layak menjadi prioriti utama kepada kita, juga program umum. Namun, tidaklah ia sepatutnya menjadi pembatas kepada ma'du kita untuk menambah ilmu mereka dengan menghadiri program-program lain anjuran kumpulan islam lain. Dalam program umum, sekiranya dirasakan baik dan elok, janganlah diberikan tekanan dan sekatan kepada mad'u untuk menghadirinya. Atau dengan beralasan untuk mendisiplinkan mereka dengan amal jama'ie, segala-galanya perlu mendapatkan keizinan murabbi atau isti'zan daripada kumpulannya. Kita telah memahami konsep amal jama'ie secara salah dan songsang. Memang wajar dan tidak salah sekiranya mad'u itu sendiri berupaya untuk mendapat keizinan, atau dengan relanya untuk mendapatkan restu, izin dari murabbinya. Bahkan ia lebih dituntut sekiranya mad'u tersebut mampu melakukannya pada setiap masa, dan setiap perkara yang hendak dilakukan.

Keterikatan yang melampau inilah hal sebenar yang merimaskan para mad'u, hatta menjadikan mereka lembik, lemah dan futur setelah mereka bermujahadah. Hal ini hanya membuahkan krisis dalaman kepada jiwa mad'u. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak sekiranya semua perkara yang hendak dilaksanakan perlu diminta-izinkan, atau perlu mengikut 100% arahan murabbinya. Mad'u bukanlah hak kita atau robot yang wajib mendengar setiap arahan, atau mendapatkan keizinan bagi setiap perkara yang mereka lakukan. Mad'u adalah manusia yang tidak lekang daripada sifat-sifat lemah.

Para murabbi haruslah memahami bahawa tarbiah bukan sekadar menghadiri daurah, tamrin, usrah dan yang seumpama dengan itu. Akan tetapi, tarbiah itu lebih luas dan terbuka konsepnya. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah umum juga tarbiah, menghadiri kelas-kelas agama, tajwid, fardhu ain, comparative religion dan lain-lain juga adalah tarbiah. Masalah yang berlaku adalah ramai di kalangan mad'u ditanam minda mereka dengan "usrah/daurah/tamrin/muktamar/katibah dll.." itu sahajalah yang dikira tarbiah. Skop tarbiah telah disempitkan sesempit-sempitnya atas nama "disiplin". Hal ini tidak wajar sama sekali berlaku dan tidak sepatutnya pun terjadi.

Kesimpulannya, jangan dipaksa mad'u-mad'u kita untuk mengikut semua arahan kita, atau memaksa mereka meminta izin daripada kita dalam semua perkara yang hendak mereka lakukan seperti menghadiri ceramah umum, memenuhi jemputan program umum, hatta dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi hak kepada mereka seperti ingin pulang ke kampung, atau pergi melancong dan bercuti. Sekiranya perkara seperti ini pun diwajibkan ke atas para mad'u, janganlah kita menyesal apabila suatu hari nanti, mereka dengan beraninya meninggalkan tarbiah, dakwah dan merasakan bersendirian itu lebih elok dan baik bagi mereka.


SELINGAN

Faktor-Faktor Kekeringan dan Kelesuan Tarbiah

1)Orientasi Pada Produktiviti

Usrah atau tarbiah yang berorientasikan atau melebihkan produktivitinya sahaja sebenarnya hanyalah melemahkan dan membosankan mad'u. Para mad'u akan lebih tertekan apabila mereka terpaksa memenuhi target-target tertentu yang harus dicapai walaupun ianya tidak menjadi kemampuan bagi diri mereka. Para murabbi seharusnya meneliti kemampuan para mad'unya, dan tidak menilai diri mereka seperti mesin cuci pakaian. Mesin basuh hanya menurut arahan. 20 minit untuk basuh-bilas dan 5 minit untuk proses pengeringan. Dan baju siap untuk dijemur. Tarbiah bukan seperti itu. Ini kerana, hal ini hanya akan melahirkan mad'u jenis terpaksa-oriented.

Hal ini akan membarah apabila mad'u mula merasakan diri mereka "letih", dan tidak mahu lagi memberikan komitmen atau melakukan apa-apa sahaja kerana merasakan diri mereka dilayan semacam robot. Dan ianya akan menjadi lebih parah dan kronik sekiranya sesuatu yang dipikulkan adalah di luar kemampuan mereka dan akhirnya mereka beranggapan bahawa adalah lebih baik mengasingkan diri daripada tarbiah supaya mereka rasa bebas tanpa sebarang ikatan.


2)Lemah Kreativiti

Usrah, atau atas nama apa pun ianya dijelmakan, ianya bukanlah sekadar duduk bersila, berlaga lutut dan kemudian pulang dan ianya berlaku sedemikian sampai bila-bila. Usrah menuntut kepada kepelbagaian dan variasi. Usrah yang muntijah/berjaya hanya mampu dibentuk apabila ianya tidak statik, kaku dan sama setiap masa. Usrah tanpa kreativiti atau kepelbagaian akan membosankan ahlinya, atau lebih teruk lagi murabbi dan pembawanya. Hal ini boleh dilihat dalam 2 aspek utama. Modul dan aktivitinya.


Modul

Usrah yang berkesan adalah usrah yang tidak sempit skop perbincangannya, tidak hanya tertumpu kepada satu-satu masalah sahaja, bahkan ianya lebih meluas dan mencakupi semua perkara, baik siasah, amal islami, isu global dan lain-lain. Perbincangan seputar masalah-masalah agama, sirah, fiqh dan lain-lain juga perlu diperbanyakkan. Namun, hal ini perlu mengikut standard kemampuan mad'u atau perlu dilihat kepada mustawa dan tingkat mana kah kemampuan mad'unya. Janganlah mad'u yang baru sebulan dua mengikut usrah disumbat dengan perkara-perkara besar seperti persoalan harakah islamiyyah, jemaah-jemaah, atau perkara-perkara berat mahupun khilafiyyah yang mereka tidak mampu pun untuk memahaminya.


Aktiviti

Kepelbagaian dari sudut aktiviti juga amat perlu ditekankan. Usrah seharusnya tidak tertumpu hanya dalam bentuk halaqah atau liqa' secara bulatan di rumah-rumah atau tempat-tempat khusus seperti masjid sahaja. Bahkan sepatutnya ia lebih daripada itu. Usrah perlu mendapat nafas dari segi program out doornya seperti keluar bersama-sama mad'u memancing ikan, beriadah atau lebih menarik lagi melancong ke mana-mana tempat bersama-sama. Pengisian usrah tetap berlaku walaupun seakan tiada majlis formal. Hal ini hanya boleh direalisasikan sekiranya murabbi berfikiran kreatif dan sanggup berlapang dada menerima pandangan mad'unya sekiranya mereka mencadangkannya. Namun, hal ini perlu dilihat kepada situasinya juga. Pelbagai tempat dengan pelbagai kerenah dan halangan. Ini kerana terdapat juga larangan-larangan dari pihak berkuasa agar tidak menjalankan sebarang aktiviti islam contohnya dibeberapa negara. Maka, dalam situasi begini, para ahli usrah perlu memikirkan hal lain bagi mewujudkan kepelbagaian dan corak pengurusan usrah itu.

Read more
2

Salafiyyah..Kemuliaan Yang Terkubur..

lihat sikap anti-salafi/"wahhabi" ni..


inilah sikap ahlussunnah sejati..eh, ye ke?


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..



Perkara ini sudah lama dan basi untuk dibincangkan bersama dan ada baiknya bagi ana, untuk membincangkan isu global atau isu-isu Palestin seperti mana yang ana lakukan sebelum-sebelum ini dengan menghantar beberapa artikel bulanan kepada majalah-majalah Mesir...alhamdulillah, kebanyakkan isu yang ana hantarkan adalah seputar masalah Palestine..kesian mereka di sana..mereka di sini duk sibuk isu wahhabi tak wahhabi...

Isu siapa salafi tulen, siapa pula salafi haraki, siapa WAHHABI dan yang seangkatan dengannya sudah muak untuk ana bincangkan. Bagi ana, mereka yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah itu adalah muslim dan saudara ana. Mari kita renungkan kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi hafizhahullah taala :

"...Ada yang mengatakan saya dari kalangan golongan “Salafiyah Takfiriyah (yang mengkafirkan orang sewenang-wenangnya). Saya ingin jelaskan bahawa, bagaimanalah saya dari kalangan mereka sedangkan mereka sendiri mengkafirkan saya? Saya tetap dengan pendirian saya yang menolak konsep takfir tersebut....”

sunnahnya kata-kata mereka ni..

ANA MALAS UNTUK BERDEBAT MACAM BUDAK KECIL...atas dasar ukhuwwah jugalah ana tidak pernah menyerang mana-mana blog yang kuat menghentam syeikh muhammad ibn abd wahhab dan syeikhul islam ibn taimiyyah..biarlah kita berperangai seperti orang-orang ahlussunnah, ada akhlak dan adabnya..


INTRODUCTION

pedagang... :

akhi, walaupun ana x nak tegur pada mulanya, namun atas dasr ukhuwwah dn prjuangan ana memtik jugak huruf kat keyboard ni utk ajak nta pikir satu bende...akhi, nta mengaku nta adlh salafi haraki!!

ana :
sememangnya ana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hidup susah senang dalam harakah islam..ana rasa tak ada masalah bab ni..salafi haraki, juga tidak ada masalah..dan sekurang-kurangnya, ana buat kerja untuk islam, berhabis tenaga dan wang ringgit..anda bagaimana?...mari kita muhasabah..jom..

salafi haraki apa yg nta maksud kan??

ana :
mereka yang memahami manhaj salafussoleh dan bergerak dalam harakah islamiyyah..

klu salafi tg nta katakan adalh pengikut al-bani dan muhmmad bin abd wahab

ana :
kami bukan pengikut..kami penuntut ilmu..tak pula diminta untuk taksub kepada mereka seperti mana musuh-musuh mereka yang tegar memanggil para tullabul ilm sebagai "wahhabi" / "salafi mujassimah" dan sebagainya..sedangkan mereka tahu, memanggil sesuatu yang menyakiti saudara semuslim itu adalah berdosa..mereka tahu dosa, tapi mereka tetap buat..orang yang berdosa dan terus buat dosa ni dalam islam dipanggil.....wallahua'lam..

maaf akhi, mereka bukan salafi

ana :
anta bukan tuhan untuk menentukan..

mereka trllu berberat2 dlm agama

ana :
ye ke..?..itu adalah pendapat mereka..kita tidak boleh memaksa mereka..para sahabat ada yang pandangan mereka berat dan ada juga yang longgar...kalau nak kata berat, kenapa sesetengah anti-wahabi marah kalau kita kata wanita haid boleh masuk masjid...tapi anti-wahabi kata HARAM..DOSA..DAN BODOH bagi sesiapa yang berfatwa sedemikian...nak tengok videonya??..ana tunjuk nanti, satu mesir kecoh..paku dulang paku serpih..mengata orang, dia yang lebih..


hingga nmpk seolah2 islam hanya pada siwak, senteng dan jambang

ana :
ini adalah pandangan sebelah mata sahaja..cuba buka laman dan website mereka...lebih dari itu mereka membincangkannya..kita je tanam dalam mindset kita. wahhabi ni duk main soal2 enteng jer..jadi, jangan la tutup sebelah mata...

tp klu salafi nta adlh salfi ikut zaman salaf

ana :
ana cuba untuk hidup seperti salafussoleh..mereka zaman dulu tak banyak pun buat perkara pelik-pelik mcm zaman kita sekarang ni...ana pun tak pernah dengar zaman salaf dulu ada buat maulud nabi..takpelah..khilaf..ana menghormati pandangan yang kata boleh..

nta ada kat toriq yg betul

ana :
insyaAllah..kita sama-sama di jalan yang benar...sekali lagi, ana bukan pengikut albani, tetapi, thullabul ilm..yang belajar daripada mereka..kami bukan pengikut...sebab kami dilarang taksub pada guru-guru kami sendiri..

salafi albani/salafi muhammad ibn wahhab la yg memberontak kepada khilafah uthmaniah turki

ana :
tuduhan melampau dan ghuluw lagi bughoh..apa kaitan najdi dengan kerajaan uthmaniyyah..? yang ada wahhabiyyah rustumiyyah..tak pasal-pasal kaitkan dengan syeikh muhammad ibn abd wahhab..minta dikaji sejarah...jangan kaji ikut movie yang didownload di internet..semua tu karut marut belaka..

pemberontak dinamakan oleh qanun islam sbg bughah

ana :
orang yang menuduh..lepas tu cedok-cedok kitab ulamak "sufi" yang benci syeikh muhammad ibn abd wahhab lebih bughoh dan teruk...dan berlambak dan bertimbun-timbun dah tulisan yang ditulis oleh anti-wahhabi ni..semuanya tak ilmiah..malas nk layan..

klu mereka katakan syed qutb itu khawarij krana mnntng kerajan mesir, muhammad bin abd wahhab lebih aula dan lebih utama utk dikatakan sbg bughah,khawarij dan wajib diperangi

ana :
ana bukan dari kalangan mereka...MAAF..ana ni dikira gila kalau ikut mereka sebab ana sendiri banyak rujuk kitab syed qutb..takkan ana nak kata beliau adalah khawarij sedangkan beliau adalah orang yang ana sayang..ramai juga yang anti-wahabi ni duk sesatkan albanna, malah lebih teruk mentakfir beliau..enta tak mau serang mereka ke?..ana tak pernah dengar sahabat salafi mengtakfir mereka para ulamak ikhwan..ada ke..? sila bawakan bukti?

ana sedih nak sembang tntg hal ni...tp ni la hakikat

ana :
ana pun sedih..orang kita ni ramai yang belajar setakat ijazah / master...balik-balik duk hentam wahhabi yang amik PhD dan lain-lain..kemudian mula la kata,..dak2 wahhabi ni tak tau usul fiqh, tak tau maqasid syariah..mereka tidak la bodoh sampai maqasid pun tak tau..apapun, tak semestinya PhD tu dah cukup ilmu...tapi dr.asri tekankan soal kesarjanaan..

orang yg mnsabkan mereka salafi sbnrnya langsung x mmhami apa tu salafi

ana :
itu hanya prasangka enta sahaja..kalau di sisi Allah mereka adalah salafi tulen, apa enta nak jawab?..kita bukan hakim..tapi kita duat..rasanya, semua orang ikhwan tau slogan ni..jadi, tak payah la susah-susah mengatakan aku salafi tulin..mereka salafi tak tulen..yang penting, kita dua mengucap kalimah syahadah..malas la nak berdebat di mana Allah...Allah tu bertempat atau tak...istiwa tu mcm mana..Allah ni ada roh ke tak..Allah ni duduk atas kerusi ke..mujassimah ke..takfiriyyah ke..apa ke..tu ana serah pada yang pakar...bukan bidang ana walaupun ana mengaji dan talaqqi..kalau kita dah rasa pakar, ana syorkan, pergi berdebat dengan para tokoh-tokoh Islam yang hebat...bukala kitab-kitab turath yang ada tu..tak mau yang klasik, yang mutakaddim dan mutaakkhirin ni ada banyak..buka dan berdebatlah..janganlah berdebat dengan budak seperti ana ni...


SELINGAN : Pulut Kuning

Perkara yang berlaku di sekeliling ana di Mesir :

1)Budak-budak wahhabi ni duk paksa ikut pandangan dan fatwa ulamak mereka..nilah sikap wahhabi..

ana : mereka ada fatwa mereka tersendiri..dan tak pernah ana dengar dari mulut mereka, siapa yang tak ikut mereka adalah KAFIR..dan, kenapa pula memaksa budak-budak "wahhabi" ikut cakap kita pula??
mereka berfatwa amalan-amalan sekian-sekian adalah bida'ah..itu fatwa mereka..pandangan mereka..biarkanlah mereka berfatwa dan memberikan pandangan begitu..ana tak pernah tengok budak-budak wahhabi ni pergi masjid buat kacau, bertekak sambil pegang parang...yang ana ada nampak dan tengok, anti-wahhabi ni duk jaja kat masjid2 kata wahhabi ni bodoh, tak tau usul fiqh, jahil kaedah fiqh, dan tak boleh solat belakang mereka..gerak-gerakkan jari macam ulat masa tahiyyat..

dan...

kita pula memaksa budak-budak wahhabi ni ikut cakap kita...nak suruh mereka kata fatwa ulamak mereka tentang bida'ahnya sesuatu amalam sebagai tidak bida'ah..kalau paksa untuk ikut, enta ni sama jer...kita baling tahi ke langit, kemudian terkena muka sendiri..tukar sikit..selalunya peribahasa guna meludah ke langit..

2)Budak-budak wahhabi ni suka sangatlah membida'ahkan orang..

ana : ye ke..?..ana tak tahu pula perkara ni..yang ana tahu, mereka membida'ahkan amalan..bukan membida'akan orang..kalau ada pun, itu yang dipanggil ghuluw..anti-wahabi lagi la banyaknya ghuluw sebab mereka yang duk sesatkan budak-budak wahhabi ni..kata wahhabi kafir dan lain-lain..apatah lagi kata ibn taimiyyah akidahnya sesat dan FASIQ..ana berlepas diri daripada golongan anti-wahhabi takfiriyyah ini..

3)budak-budak wahhabi ni tak faham maqasid syariah dan tak tau ilmu usul fiqh..

ana : ishk...bodohnya budak-budak wahhabi ni yer..tau dan reti belajar hadith je yer..tak tau maqasid, tak tau ilmu usul fiqh dll...hehe..bukala mata..pegi tengok budak-budak wahhabi ni duk mengaji kitab2 wahbah zuhaily tentang usul fiqh dan banyak lagi kitab rujukan..enta sorang je ke yang tau USUL FIQH ni?..hebat..

4)budak-budak wahhabi ni tak habis2 duk main isu janggut, isbal dan lain-lain..

ana : ana tengok anti-wahhabi kat mesir ni..ramai..diorg ni tak habis-habis serang wahhabi dalam ceramah dan muhadasah harian...tak lupa juga, mereka ni ramai yang kaki download cerita dan movie kat internet..almaklumlah...cakap pasal janggut dimarahnya dan dikatakan wahhabi..cakap pasal sunnah sikit dikatakan wahhabi...

kan elok kalau tengok movie, isap rokok dll..baru la tak digelari sebagai wahhabi..dalam hati..selamat aku tak jadi wahhabi..sebabnya, wahhabi ni kerja mereka cakap pasal janggut2 dan isbal2 ni..mereka takde la nak tolong download lagu ke, cerita2 movie persis setan2 ni sebab wahhabi haramkan lagu dan movie2 bodoh ni..albani juga mengharamkan lagu-lagu ni...dalam hati, selamat aku dari wahhabi...sebab aku suka dengar lagu-lagu ni..pekena lagu rock best jugak.."..gemuruh jiwa..semangat membara..dari puncak ingin ke angkasa..!!"

p/s : maaflah..ana tak dengar lagu-lagu bodoh mcm kat atas tu...seram dengan fatwa al-albani..takpelah, qardhawi lebih taisir sedikit...bab ni, ana memilih qardhawi tanpa memperlekeh fatwa albani macam anti-albani dan anti-wahhabi..

seperkara lagi, ana tak pernah tengok seorang pun tullabul ilmi yang dipanggil wahhabi ni menghisap rokok...tapi yang anti-wahhabi ni ramai je kaki rokok..maafkan ana bagi mereka yang tidak merokok..yang anti-wahhabi yang tidak merokok ni, berdakwahlah kepada mereka yang anti-wahhabi perokok di kalangan warga melayu mesir ni..ramai..jangan kata tak ramai...ceklah...janganlah duk sibuk-sibuk jaja wahhabi itu dan wahhabi ini...diri masih belum pun terislah...

5)..tengok tu..budak-budak wahhabi ni pakai seluar singkat..apala jumud dan bodoh sangat diorg ni...tak faham maqasid dan tak tau maksud hadith nabi..jahil usul fiqh..tak tau kaedah istinbat hukum..

ana :..wah..alim besarnya kita..tahu semua perkara..sekurang-kurangnya..mereka terselamat daripada terkena tahi unta / himar semasa nak ke masjid, ke kuliah dan lain-lain..apatah lagi mereka terselamat daripada bencana dan ancaman dalam hadith-hadith baginda sebab mereka ada yang berfatwa haram isbal..at least, mereka terlepas ancaman..ada anti-wahhabi kata : "..apa la diorg ni..isbal kalau sombong baru kena ancaman..tak paham hadis betul diorg ni.."

ana : kalau di sisi Allah isbal itu dikira haram, macam mana?..mereka sudah terselamat..kita yang mencela ni belum tentu selamat bab isbal ni sebab suka sangat seret seluar bawah tumit sampai tahi unta dan himar..semua disapu bersih..mcm vacuum...walau macam mana pun, isbal juga termasuk bab khilaf bagi ana...

sekadar perkongsian : Masalah Isbal...ana tetap menganggap dan menghormati mereka yang mengatakan isbal haram mutlak..dan mengatakan isbal haram hanya kerana sombong..dua-dua adalah ikhtilaf..cuba kita renungi info-info dibawah ini...


Dari Said Khudri, bersabda Rasulullah SAW :

“..kain sarungnya seorang mukmin sampai pertengahan betisnya. Dan tidaklah berdosa atau tidak mengapa antara tengah betis dengan kedua mata kaki. Adapun bahagian yang lebih rendah dari itu (iaitu turun sampai menyentuh mata kaki atau bahkan melampauinya), maka tempatnya di neraka....”

hadith di atas dikeluarkan dalam kitab :

Imam Abu Dawud - no. 4093
Imam Ibnu Majah - no. 3573
Imam An-Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra - no. 9715
Imam Ahmad dalam Musnad-nya - 3/5
Imam Malik dalam Al-Muwatta’ - 713
Imam Ath-Tabrani dalam Mu’jamul Ausath - no. 5200


Al-hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani kata :

“...dikecualikan dari isbal pada pakaian secara mutlak adalah pakaian yang dikenakan dengan isbal kerana terpaksa oleh keadaan...sebagai contoh, seperti seorang lelaki yang pada mata kakinya terdapat luka, di mana dia terganggu dengan adanya lalat apabila dia tidak menutupinya dengan kain sarung...sementara dia tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi luka tersebut selain sarungnya (yang dia kenakan secara isbal kerana terpaksa)..dan adanya pengecualian ini telah dimaklumkan oleh Syeikh kami (Al-Hafizh Al-‘Iraqi) dalam kitab Syarah Sunan Tirmizi..beliau berdalilkan tentang hal tersebut dengan adanya izin dari Nabi kepada ‘Abdul Rahman bin ‘Auf untuk memakai gamis yang terbuat dari sutera kerana penyakit gatal yang dideritainya...adapun faktor kesamaan antara dua keadaan tersebut adalah adanya keterpaksaan (darurat) yang menyebabkan diperbolehkannya melanggar sesuatu yang asalnya sudah ada larangan dari Nabi...al ini seperti diperbolehkannya menyingkap aurat untuk proses perubatan (jika keadaannya memang mendesak untuk dilakukannya hal tersebut)...”
(Syarah Kitab Fathul Bari - no 10/257)


KUIH JEMPUT-JEMPUT..lazat untuk di tag..

Buat akhi pedagang..mari kita baca fatwa tokoh-tokoh ni jer..dah cukup dah kot..budak-budak wahhabi ni bodoh..mereka tak tahu nilai fatwa-fatwa ulamak di bawah ni.. :


Dr. Yusuf Qardhawi :

قال الشيخ يوسف القرضاوي في كتابه (فقه الأولويات ) :
فالإمام محمد بن عبد الوهاب في الجزيرة العربية كانت الأولوية عنده للعقيدة، لحماية حمى التوحيد من الشركيات والخرافيات التي لوثت نبعه، وكدرت صفاءه، وألف في ذلك كتبه ورسائله، وقام بحملاته الدعوية والعملية في هدم مظاهر الشرك


".....Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan pelbagai fenomena /gambaran - gambaran syirik...."


Dr. Wahbah Az-Zuhaily


الدكتور السوري وهبة الزحيلي -حفظه الله في كتابه [تأثر الدعوات الإصلاحية الإسلامية بدعوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب]
(كان من أجرأ أصوات الحق ، وأكبر دعاة الإصلاح ، والبناء والجهاد لإعادة تماسك الشخصية الإسلامية وإعادتها لمنهج السلف الصالح: دعوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب في القرن الثاني عشر الهجري (الثامن عشر الميلادي) لتجديد الحياة الإسلامية ، بعد ما شابها في أوساط العامة من خرافات ، وأوهام ، وبدع ، وانحرافات ، فكان ابن عبدالوهاب بحق ، زعيم النهضة الدينية الإصلاحية المنتظر

…dakwah syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab pada kurun ke-12 hijrah adalah antara suara kebenaran yang paling berani dan (beliau) merupakan pendakwah pembaharuan, pembinaan dan merupakan jihad yang paling besar bagi mengembalikan keteguhan pegangan individu muslim terhadap manhaj salaf, untuk memperbaharui kehidupan Islam di kalangan masyarakat awam yang telah pun tercemar dengan khurafat, waham, bida’ah dan penyelewengan…dan beliau dengan kebenaran, dan pembaharu agama yang ditunggu-tunggu..”

Al-Allamah Syeikh Rasyid Redha :

السيد محمد رشيد رضا :

قال في التعريف بكتاب (( صيانة الإنسان )) بعد أن ذكر فشو البدع بسبب ضعف العلم والعمل بالكتاب والسنة ، ونصر الملوك والحكام لأهلها . وتأييد المعممين لها . قال رحمه الله ما نصه :

الشيخ محمد بن عبد الوهاب رحمه الله :

لم يخل قرن من القرون التي كثر فيها البدع من علماء ربانيين ، يجددون لهذه الأمة أمر دينها بالدعوة والتعليم وحسن القدوة ، وعدول ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين ، كما ورد في الأحاديث .ولقد كان الشيخ محمد بن عبد الوهاب النجدي ، من هؤلاء العدول المجددين قام يدعون إلى تجريد التوحيد ، وإخلاص العبادة وحده ، بما شرعه في كتابه وعلى لسان رسوله خاتم النبيين صلى الله عليه وسلم . وترك البدع والمعاصي وإقامة شعائر الإسلام المتروكة وتعظيم حرماته المنتهكة المنهوكة.

Berkata Syeikh Rashid Redha dalam takrif kitabnya (Siyanah Al-Insan) :


"..tidak sunyi daripada satu kurun daripada kurun-kurun yang terdapat di dalamnya bida'ah yang mana ada di kalangan ulamak rabbaniyyin yang akan memperbaharui bagi umat ini urusan agamanya dengan dakwah, pengajaran dan contoh teladan yang baik…mereka adalah orang-orang yang dipercayai yang akan mempertahankan agama daripada penyelewengan golongan yang ekstrim, korup dan para pentakwil yang jahil seperti yang disebut di dalam hadith…dan sesungguhnya Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab An-Najdi adalah dari kalangan mujaddid yang bangun berdakwah dan menyeru kepada permurnian tauhid dan ikhlas ibadah hanya kepada-NYA sahaja seperti mana telah disyariatkan dalam kitab-NYA dan Rasul-NYA penghulu segala nabi (Nabi Muhammad SAW)..Ibn Abdul Wahhab menyeru supaya meninggalkan bida’ah serta maksiat dan menegakkan syiar Islam yang sudah lama ditinggalkan..beliau menyeru supaya menghormati dan meninggikan Islam yang telah dicabul dan dihina.."

"...walaubagaimana pun, 3 kuasa ini yang terdiri daripada pemerintah, kuasa ulamak2 jahat di belakang pemerintah dan kuasa orang awam yang menentang..ketiga-tiga kuasa ini berpakat menentang syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab..senjata terbaik mereka terhadap Muhammad Ibn Abdul Wahhab adalah menyebarkan bahawa Muhammad Ibn Abdul Wahhab membawa ajaran yang bertentangan dengan majoriti umat Islam..”

من هؤلاء المسلمون الذين خالفهم الشيخ محمد بن عبد الوهاب في دعوته ؟

هم أعراب في البوادي شر من أهل الجاهلية يعيشون بالسلب والنهب ويستحلون قتل المسلم وغيره ، لأجل الكسب ، ويتحاكمون إلى طواغيتهم في كل أمر،ويجحدون كثيراً من أمور الإسلام المجمع عليها ، التي لا يسع مسلماً جهلها ، إلى آخر ما قال ، عليه رحمه الله ذى الجلال

Siapakah kalangan mereka yang menentang Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab dalam dakwahnya..?

Jawabnya : "...mereka adalah dari kalangan arab badwi yang lebih buruk daripada (jahat) orang-orang kalangan ahli jahiliyyah dahulu yang hidup hanya merompak..menyerang..dan mereka membenarkan membunuh orang Islam mahupun bukan Islam hanya untuk mencari nafkah hidup...mereka mengambil orang zalim sebagai hakim dalam setiap perkara dan menidakkan dalam banyak hal berkenaan Islam yang sudahpun dipersetujui antara ulama, iaitu hal yang tidak seorang muslim pun boleh mengatakan mereka tidak mengetahunya...

Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya “Halummu nakhruj min al-zhulumat”:


“Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisas, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan Ummah ini daripada kelalaiannya…”

“Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab bagi menjernihkan kembali aqidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam…”

Di dalam kitab “Kaifa naktub al-tarikh al-islami” Syeikh Muhammad Qutb menyatakan bahawa:

“Manusia menyangkakan bahawa Islam ini telah berakhir dengan berakhirnya Daulah Umawiyah, zamannya telah tamat dengan tamatnya zaman Abbasi, dan akhirnya manusia juga menyangkakan bahawa Islam ini telah lenyap dengan lenyapnya zaman Khilafah Uthmaniyah dan jadilah Islam itu sebahagian daripada lagenda sejarah…tetapi semua sangkaan mereka ini tidak benar sama sekali. Islam tidak akan berakhir dalam mana jua keadaan getir yang dihadapinya, walaupun keadaan getir yang melanda tersebut seolah-olah telah menghancurkannya. Ini kerana Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini akan terus kekal di atas muka bumi ini sehingga hari Qiamat…dan di antara penyebab yang dijadikan Allah bagi mengekalkan Islam ini setelah menghadapi suasana getirnya ialah dengan kebangkitan Islam. Benarlah bahawa gerakan utama kepada kebangkitan ini ialah gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya “al-Da’wah al-Islamiyah tastaqbil qarnuha al-khamis ‘asyar” :

“…sesungguhnya kami menyatakan bahawa satu-satunya gerakan yang telah membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula aqidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan…yang kami maksudkan ialah gerakan pembaharuan yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Di dalam kitabnya “Mi ‘ah sual ‘an al-Islam”, Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: “Syeikh Muhammad bin Abd Wahab telah mengangkat syiar Tauhid, dan benarlah yang dia telah melakukannya. Dia telah mendapati dirinya berada di dalam suasana yang mana kubur disembah, mereka memohon kepada yang telah mati perkara-perkara yang tidak boleh dipohon kecuali daripada Allah swt…”


Syeikh Ali al-Tantawi di dalam kitabnya “Muhammad bin Abd al-Wahab”:

“…manusia beri’tiqad segala manfaat dan mudharat bergantung kepada Rasul dan para solehin, dengan kubur dan pokok-pokok, mereka memohon daripadanya segala hajat, mereka mengembalikan urusan mereka dikala kesusahan kepadanya, bernazar dan menyembelih kepadanya dan mereka sangat membesarkan orang yang telah mati…Dalam suasana begini, muncullah Muhammad bin Abd Wahab rahimahullah…dan Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka ditaqdirkan bahawa dialah di antara salah seorang yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah sesungguhnya mereka itu diutuskan bagi melakukan tajdid terhadap agama, dan Allah telah menetapkan bahawa di tangannyalah bumi Najd ini telah kembali kepada tauhid yang sahih dan al-din yang benar, dan kembali wujudnya kesatuan selepas daripada perselisihan dan perpaduan selepas daripada perpecahan…”

Syeikh Muhammad Abu Zahrah:

“Munculnya gerakan al-wahabiyah di tengah-tengah bumi sahara arab ini merupakan tindak balas daripada sikap melampau dalam memuliakan tokoh-tokoh tertentu dan mengambil berkat daripada mereka, begitu juga dengan menziarahi mereka dengan tujuan ingin menghampirkan diri (taqarrub) kepada Allah. Ia juga merupakan kesan daripada tersebarnya banyak amalan bid’ah yang bukan daripada agama, yang mana ia berlaku ketika musim-musim tertentu yang ada kaitan dengan agama dan dalam amalan-amalan keduniaan. Maka datanglah gerakan al-wahabiyah untuk menentang semua ini dan menghidupkan kembali mazhab Ibn Taimiyah”.


KONKLUSI : sajak aku adalah wahhabi


نَعَمْ أَنَا وَهَّابِيٌّ

Ya..aku adalah wahhabi..!!

الكاتب: أبو بصير

Oleh : Abu Bashir

رغم نفوري من المسميات المحدثة التي تفرق المسلمين ولا توحدهم .. إلا أني أعلنها صريحة واضحة ـ من غير تعصب ولا تحزب ـ بأني وهابيّ .. وممن يشرفهم حُبُّ الشيخ محمد بن عبد الوهاب ـ رحمه الله ـ وحُبُّ دعوته.


Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yang telah memecahbelahkan kaum muslimin dan tidak menyatupadukan mereka, akan tetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta’sub atau kecenderungan berpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang dimuliakan dengan kecintaan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dan kecintaan kepada seruan dakwah beliau.

إذا كانت الوهابية تعني الدعوة إلى التوحيد .. والعقيدة الصحيحة .. ونبذ الشرك والبراءة منه ومن أهله .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهَّابيّ!

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid.. dan aqidah yang sahih.. serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan dan golongannya.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

إذا كانت الوهابية تعني الدعوة إلى الكتاب والسنة .. والتمسك بغرس وهدي وفهم السلف الصالح .. ونبذ التعصب المذهبي .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!


Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab dan al-Sunnah..serta berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman Salafus Soleh.. dan menghapuskan kefanatikan mazhab.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

إذا كانت الوهابية تعني التمسك بالسنة الثابتة الصحيحة .. ونبذ البدع والخرافات .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yang tsabit lagi sahih.. serta menghapuskan bid’ah dan khurafat.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

إذا كانت الوهابية تعني جهاد الطواغيت الظالمين .. وجهاد الشرك والمشركين .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yang zalim.. juga jihad memerangi syirik dan orang musyrikin.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

إذا كانت الوهابية تعني الوسطية .. من غير جنوحٍ إلى غلوٍّ ولا إرجاء .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ

Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan.. tanpa condong kepada sikap melampau dan berserah.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!

لقد تأملت حال الناقمين الحاقدين على الشيخ ودعوته، فوجدتهم:


Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuh kedengkian terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu

إما كافراً .. أو شيعياً رافضياً .. أو صوفياً مغالياً .. أو مبتدعاً ضالاً .. أو جاهلاً يكرر ما يسمع من دون أن يعلم شيئاً عن الشيخ وعن دعوته

Samada kafir.. ataupun syiah rafidhah.. ataupun ahli sufi yang melampau.. ataupun ahli bid’ah yang sesat.. ataupun mereka yang jahil.. yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka mengenali siapakah Syeikh dan seruan dakwahnya itu.

وهذا طابور خبيث .. خاب وخسر من رضي لنفسه أن يقف فيه .. أو أن يكون من عداد أهله .. أو أن يكثر سوادهم في شيء

Inilah barisan yang buruk.. amat malang dan rugi bagi mereka yang merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini.. ataupun menjadi pesertanya.. ataupun menambahramai bilangannya.

ماذا ينقمون من الشيخ .. وما أكثر الناقمين في هذا الزمان .. فنحن منذ زمن نسمع من الأصناف التي ذُكرت أعلاه .. الشتم والتشهير والطعن .. بالشيخ ودعوته ـ حتى مضت كلمة وهابي ووهابية مسبة وانتقاصاً في عرف كثير من الناس! ـ من دون أن يأتوا ببرهانٍ صغير ثابت يبرر لهم كل هذا الظلم والطعن والشتم .. والحقد؟


Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh.. Alangkah ramainya sekali golongan pendendam pada zaman ini.. Kita telahpun mendengarnya sejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini.. kata nista dan cacian serta tohmahan.. terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga kalimah Wahabi itu menjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan masyarakat! - tanpa ditunjangi kepada hujah (sekalipun yang kecil) yang membenarkan golongan ini mengenai kezaliman, tohmahan dan hinaan serta dendam mereka...?!

ها هي آثار الشيخ ومؤلفاته بين أيدينا .. سهلة المنال لمن يريدها .. كلها تنطق بالحق .. وتدعو إلى الحق .. وتأمر بالحق .. آتونا بنقيصةٍ واحدة معتبرة ـ إن كنتم صادقين ـ أُخذت على الشيخ .. وعلى دعوته .. تبرر لكم هذا الحقد والطعن والتشهير؟!

Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya berada di tangan kita..! mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya.. semuanya berbicara dengan Haq.. menyeru kepada yang Haq.. menyuruh dengan Haq.. Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) - jika kalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh.. dan diadili juga seruan dakwahnya.. yang sudah tentu akan membenarkan segala dendam, nista dan tohmahan kalian...?!

فإن لم تجدوا .. ولن تجدوا .. علمنا أن الذي حملكم على النقمة من الشيخ ودعوته .. هو ما كان عليه من حق لا يرضيكم ولا يرضي طواغيتكم وشياطينكم


Jika kalian tidak menjumpainya.. dan sememangnya kalian tidak akan menemukannya.. kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yang menjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya.. iaitu kerana berdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan kalian dan juga syaitan-syaitan kalian.


فإن قيل: أنظر إلى ظلم وأخطاء بعض من ينتسبون للشيخ ودعوته في هذا الزمان...؟


Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahan mereka yang menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya pada zaman ini...?

أقول: ما يُضير الشيخ ودعوته إذا وجد في زماننا ـ بزعم الانتساب إليه وإلى دعوته ـ من يسيء للشيخ ولدعوته .. فهم يُسيئون لأنفسهم لا لغيرهم .. فالمرء لا يجوز أن يُسأل أو يُحاسَب بجريرة غيره .. ولو جاز ذلك لما سلم رجل على وجه الأرض من المحاسبة والمؤاخذة؟

Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain.. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan dihisab dengan sebab kesalahan orang lain.. jika ianya dibolehkan, maka, tiada siapa pun yang akan selamat di muka bumi ini daripada dakwaan orang lain...?

AKULAH WAHHABI...

KALAU AKHI PEDAGANG MAHU BERDEBAT, PERGI LAH JUMPA DR.YUSUF QARDHAWI, DR.WAHBAH ZUHAILY YANG MEREKA INI DIANGGAP MUJTAHID ABAD INI...TAK PAYAH LA BERDEBAT DENGAN BUDAK-BUDAK SALAFI MCM ANA NI..BUDAK-BUDAK JE..APAPUN, ANA SALAFI HARAKI..IKUT IKHWAN..MALAS NAK PANJANGKAN LAGI APA PULAK TERM SALAFI HARAKI NI...PANJANG CERITA JADINYA NANTI..



ANA MERAIKAN SEMUA PENDAPAT...cuma, ana akan memilih apa yang benar di sisi Ahlussunnah wal Jamaah...tolonglah wahai ikhwani fillah, ana tidak mahu berdebat..ana tidak mahu berdebat atas perkara yang boleh merosakkan ukhuwwah sesama kita...

wassalam..



Read more
0

Lagu Tema PAS

Ghuraba'


Merenung Masa Depan Ummah


Mari kita sama-sama hayati lagu tema PAS ini..

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau pun kemenangan

berjuanglah wahai Ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiyyah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji rabbi

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau pun kemenangan

berjuanglah wahai Ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiyyah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji rabbi

selamatlah parti islam melangkah
membimbing ummah ke medan siasah
berpedomankan al-Quran dan Sunnah
suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)


...................................
ana sukakan lagu ini kerana mesejnya yang sangat mendalam..semoga parti islam semalaysia terus kukuh dan terus memimpin masyarakat malaysia..harini dan yang akan mendatang....Allahuakbar..!!

Read more
3

Aiyya..!!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

semalam..ada sahabat ana berikan satu message yang menarik untuk orang lain..tapi bukan untuk ana..messagenya berbunyi lebih kurang begini... :

akhuna :

"..dah lama tak tengok anta tulis entri tentang perkahwinan, isu cinta dan yang sewaktu dengannya..bila lagi nak tulis..ana ada baca bab ikhtilat, fiqh of love dan lain-lain..tapi itu dah lama..."

ana terpaksa jawab kat sini :

blog ni bukannya blog pasal orang kahwin atau pasal cinta-cinta ni..hehe..tapi sekiranya diperlukan untuk menulis tentang isu tersebut, ana akan cuba ambil masa untuk menulisnya...tapi, bukan sekarang..nanti-nanti lah..kalau nak lebih tahu tentang masalah remaja dan persoalan berkaitan, sila layari blog akhuna abu saif...

wassalam..
Read more
11

Maaf Itu Sentiasa Bertapak Di Hati..~




Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



saat ip ditukar dan ana sempat mengambilnya...

ana berterima kasih kepada orang yang telah berjaya menukar IP ana sehingga ana tak dapat menggunakan internet..sebelum itu, ana memohon kepada Allah agar saudara yang terlibat diberikan hidayah oleh Allah..alhamdulillah, ana diberi sedikit ilmu tentang cyber ni (walaupun tak la sehebat rakan-rakan lain)..jadi, ana boleh trace siapa orangnya, alamat di mana, software apa yang diguna, dll...internet, dunia tanpa sempadan..hehe...apapun, ana tidak dapat menggunakan internet selama mana IP ana diguna oleh saudara yang menukarkannya...kelakar rasanya...em, tak mengapalah..dulu, email ana pernah dibuka orang..kelakar juga..ym juga pernah dibuka orang..yang ni pun kelakar juga..ada juga cubaan untuk membuka friendster..aiseh, yang ni betul-betul kelakar..apa la sangat ada dalam friendster tu..kalau setakat gambar-gambar tu, adalah...sekarang ni, ada pulak yang jenis suka tukar IP ana..yang ini paling kelakar..apapun, tak mengapalah, manusia seringkali melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan silap adalah mereka yang bertaubat...manusia boleh jadi baik..dan kadang-kadang boleh jadi kurang baik..bukan jahat ye..kurang baik...


sebelum ini sebuah blog kepunyaan seorang sahabat telah diserang habis-habisan dengan menggunakan IP ana..dan ana tidak tahu, blog mana lagikah "saudara" kita ini akan serang tetapi menggunakan IP ana..ana sangat mengenali siapa yang terlibat ini..mungkin kerana beliau geram dan marah kepada ana kerana pernah berlaku debat/perbincangan antara kami tentang pelbagai masalah termasuklah perkara-perkara melibatkan furu' atau cabang tentang akidah, fiqh dsbgnya..ana cukup benci untuk berdebat, apalagi perdebatan yang boleh memutuskan ukhuwwah sesama muslim..ana sebolehnya tidak mahu berdebat dengan sesiapa atas tajuk-tajuk "manhaj ikhwan / manhaj salafi / isu-isu jemaah" dan selainnya..



ip ditukar lagi..

mengapa saudara ana ini sengaja menukarkan IP ana....mungkin dirasakan kerana kalah dan tidak dapat berhujjah dengan ana, inilah cara yang paling baik untuk saudara kita lakukan...menukarkan IP ana, menyerang blog orang lain dan dengan itu menyebabkan seolah-olah ana yang terlibat menyerang blog orang lain..bijak lagi pandai...apapun, kepada saudara yang menukarkan IP ana, dan mengeksploitasi IP ana, ana tidak marah kepada anda..cuma, malulah dengan title anda sebagai pelajar yang menuntut di universiti tertua dunia..yang bakal memimpin anak-anak bangsa..


SELINGAN

sekadar selingan..tidak cukup dengan duit akaun ana hilang, saudara buat masalah pula dengan ana..betullah kata orang..nak belajar bersabar, datanglah ke mesir..nasib baik ana bukan jenis melatah atau cepat mengamuk...thanks ummi...dulu ana ni senang juga marah-marah..tapi sekarang tak lagi..marah ni, kalau dilayan, bertambah-tambah marah..macam bara api, ditambah pula minyak tanah+api..lagi la menyala-nyala..




nah..ini adalah resit cek balance dalam akaun ana...terima kasih kepada yang mengambilnya...ini merupakan kali ke-2 ana kehilangan wang dalam akaun simpanan ana di mesir..baik akaun simpanan dan akaun semasa..ana tak reti istilah-istilah ni..yang penting, kedua-dua akaun ni dah kosong di ambil orang duitnya...nasib baik duit tiket sempat ana keluarkan...tahun sudah, ana kehilangan LE 2500..tahun ni, pada Allah ana serahkan segalanya...


isu yang paling ketara ditimbulkan adalah isu jemaah dan manhaj..sudah-sudahlah...ana, dengan ini, berterus terang mengatakan ana salafi lagi haraki yang berpegang kepada manhaj nubuwwah, yang amat menyayangi dan menghormati tokoh syeikhul islam ibn taimiyyah rahimahullah taala juga asy-syahid imam hassan albanna rahimahullah taala anhum..mereka adalah antara orang yang amat-amat ana sayangi dan dekat dengan ana..kalau saudara atau mereka yang begitu anti / allergic dengan perkataan salafi / ibn taimiyyah, tinggalkanlah..tak perlu anda berdendam dengan sesiapa kerana Dr. Yusuf Qardhawi sangat menyayangi beliau..kecintaanku terhadap al-ikhwanul muslimin dan para salafiyyin tidak pernah pudar dari hati ana bahkan kecintaan ana membuatkan ana terus istiqamah atas jalan ini..jalan yang Al-Banna janjikan akan bertembung seribu satu kepahitan..jalan yang ditempuh para salaf as-soleh..


dan sekiranya anda juga marah kerana ana tidak mengikut susur galur tarbiah anda, katakanlah kepada dirimu, dan diriku, Allah itu tetap menjadi tujuan bersama..ana dengan ini menyatakan, ana BENCI kepada perpecahan, perbalahan, perdebatan dan apatah lagi perbincangan yang boleh merobek semangat ukhuwwah sesama kita...apapun, kepada saudara yang terlibat, setakat ni, anda seorang sahaja yang marah dengan ana dan bersungguh-sungguh menyerang ana..dan ana tidak marah kepada anda...cuma, berdiskusi itu bagus, kalau ianya membuahkan ukhuwwah..kalau tidak, ana berlepas diri..ana tidak mahu berdebat dan berbincang..dan ana sudah memaafkan anda...


menangislah atas sikap keras kita..~



Read more