Abu Muhammad al-Maqdisi, juru cakap gerakan Salafi Jihadi di Jordan kini menjadi buruan para wartawan. Selepas pembebasannya dari penjara setelah berada di dalam tahanan selama 2 tahun(semenjak 2005) telah memeberikan seribu tanda tanya kepada para pengamat politik Timur Tengah, terutamanya mereka yang terlibat dengan isu keselamatan serantau. Sebagai mantan mentor kepada Abu Musab al-Zarqawi, mantan ketua gerakan al-Qaeda di Iraq, dan juga figur yang amat berpengaruh di dalam arus Salafi Jihadi di Jordan, pemikiran beliau mempunyai nilai yang tersendiri di dalam isu jihad dan keselamatan di rantau berkenaan.
Kali pertama beliau muncul di kaca televisyen adalah pada tahun 2005. Wawancara dengan televisyen al-Jazeera itu telah mengejutkan ramai pengikut al-Qaeda apabila Abu Muhammad bukan sekadar tidak menyokong tindakan ahli kumpulan berkenaan membunuh orang awam di Iraq, malah beliau juga menasihati mantan anak muridnya agar kembali ke jalan yang benar. Beliau menyeru agar para pejuang al-Qaeda di Iraq hanya menumpukan usaha mereka menentang tentera penjajah dan menjauhi pertumpahan darah sesama Muslim, samada Syiah mahupun Sunnah. Beliau juga menyifatkan banyak kejadian pengeboman ke atas warga awam, Sunni dan Syiah di Iraq yang dilakukan oleh al-Qaeda sebagai jenayah yang dilarang di dalam Islam.
As-Syaheed Al-Banna
Pembebasan beliau itu telah membuka spekulasi bahawa beliau telah berjaya dipengaruhi oleh pihak kerajaan Jordan untuk meninggalkan perjuangan yang beliau imani selama ini. Walau bagaimanapun, stesyen televisyen al-Jazeera telah berjaya mendapatkan kepastian dari sumber yang paling hampir dengan beliau bahawa tiada apa-apa perjanjian yang berlaku di antara beliau dengan pihak kerajaan Jordan. Sehingga kini sebab pembebasan masih menjadi tanda tanya. Beliau juga enggan ditemui oleh para wartawan untuk memberikan sebarang komen. Pihak kerajaan Jordan juga enggan memebrikan sebarang komen berhubung pembebasan beliau. Di sudut yang lain, pihak Human Rights Watch mengalu-alukan pembebasan tersebut. Mereka mendakwa penahanan beliau adalah tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang serta hak asasi manusia. Beliau tidak pernah melakukan sebarnag jenayah dan tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah melalui penghakiman yang adil untuk dipenjarakan selama dua tahun tersebut.
Sayyed Imam
Syeikh Nasiruddin Al-Albani
Penganalisis politik dari Jordan, Samih al-Mu’ayatah menjangkakan bahawa al-Maqdisi akan membawa perubahan besar selepas ini. Beliau menyifatkan al-Maqdisi sebagai seorang pemimpin, juru cakap dan juga pemikir yang amat berpengaruh di dalam lingkungan arus Salafi Jihadi di Jordan. Apakah beliau akan membuat perubahan besar di dalam arus pemikiran Salafi Jihadi di Jordan sebagaimana mantan pimpinan gerakan Tanzim Jihad ataupun Gamaa Islamiyya di Mesir? Apakah beliau akan mengambil langkah seumpama Sayed Imam, pengasas Tanzem Jihad di Mesir dan juga mantan mentor Abu Ayman al-Zawahiri yang telah berjaya mengembalikan para anggota gerakan tersebut ke jalan yang moderat? Ataupun beliau akan menjadi lebih ekstrim kerana kekecewaan terhadap keadaan di bumi Jordan dan Iraq?
Arus Salafi yang mempunyai pengaruh yang amat meluas di Jordan sekarang ini terbahagi kepada tiga kelompok utama. Kelompok pertama yang amat lunak bersama kerajaan dan lebih dikaitkan dengan mantan anak murid ulama hadis terkemuka Nasirudin al-Albani, iaitu Syeikh Ali al-Halabi. Kelompok kedua merupakan kelompok sederhana dan lebih berbentuk massa. Kelompok ini tidak mempunyai figur kempimpinan tertentu, malah lebih merupakan arus pemikiran sahaja, yang mana kebanyakan ahli gerakan al-Ikhwan al-Muslimun dan juga rakyat awam merupakan pendokongnya. Kelompok ketiga yang lebih minoriti ialah kelompok Salafi Jihadi yang dikenali melalui figur-figur utama mereka seperti Abu Muhammad al-Maqdisi sendiri, Abu Qatadah yang pernah berada di UK, Abu Musab al-Zarqawi dan lain-lain figur veteran perang Afghanistan, Bosnia dan Chechnya.
-Boleh dilayari di : www.maszleemalik.blogspot.com
saya akan terus menyayanginya kerana tidak pernah kami dimarahi dari kecil hingga besar..selembut-lembut wanita yang pernah saya jumpai..segala keperluan dipenuhi walaupun terpaksa bersusah...,kurniakanlah ku ya Allah seseorang sepertinya yang kuat bekerja dan sangat bercita-cita melihat fajar Islam kembali bersinar..
abah dan anak-anak yang suka kekemasan..hehe..menanam dragon fruit di rumah along, penang..
bilakah lagi saya dapat merasakan masakan seorang ibu..di rumah along, penang..
abah dan ummi..[seberang perai-jalan-jalan tgk anak]...
kak aida dan along (aufa)..bukan di KFC..[chicken king+produk bait muslim 1]
pasangan comel molek..yang tak lekang membuatkan saya dan KAMI tak kering gusi..di rumah abah umi..
"dating" yang dibenarkan dalam ISLAM..
produk bait muslim 2..cinta agung selepas kahwin..abg abdullah dan kak sue..
tak terlukis tulusnya kasihmu.. tak terbalas semua jasamu.. redha Allah ada di restumu.. ummi sayang..ku cinta selalu..
oh tuhanku lindungilah dia oh tuhanku kasihilah dia.. hanya doa yang ku persembahkan.. untuk kerana kau lah ummiku..
kasih ummi.. sepanjang masa..tak terkira.. bersinar gemilang..menerangi..
tuhan.. izinkan..aku terlelap dalam pelukannya.. agar ku rasa.. damainya cinta kasih ummi..
sewaktu saya masih lagi mengalami kegemukan..bersama abah, umi dan kakak ipar-kak aida (zaujah along) di Malaysia..
Assalamualaikum.. selama hampir dua bulan saya tidak menulis. Yang ada hanyalah posting-posting yang telah dicopy pastekan dari beberapa laman rakan-rakan. Mengapa? Saya sendiri tiada jawapan yang benar-benar mampu untuk diceritakan..Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2 bulan lebih ini..Ghaza..keperitan dan kesakitan rakyat Palestin..Pilihan raya..Beberapa orang rakan yang baru sahaja menunaikan salah satu daripada tuntutan Islam : Kahwin..Ummi ke Kuwait..Peperiksaan..Pelbagai kisah serta coret-moret kehidupan manusia yang ada pelbagai pattern ragamnya..dan terlalu banyak peristiwa yang merubah hidup saya..merubah segalanya..semua ini adalah nikmat-nikmat Allah yang tersangat besar, dan tidak termampu untuk saya balas melainkan bersyukur dan terus mensyukuri nikmat-nikmat ini..namun, saya harap, nikmat-nikmat yang terus saya hirup ini tidak melupakan saya kepada Allah..hanya mereka yang mengerti sahaja akan dapat memahami bahasa nikmat ini..Teringat saya pada satu kata-kata Allah dalam Al-Quran yang berbunyi :
"...Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur..."
(Saba' : 13)
14 jan - 14 mac..Jangka masa yang banyak memberikan perubahan dalam diri saya..Semoga Allah SWT memelihara diri ini dan terus meredhai setiap apa yang telah saya lakukan..Sedikit coretan dari saya untuk anda..bacalah"..anugerah yang terzalimi dan sejuta harapan.."
Menghadapi Peperiksaan..dan Palestin..
Beberapa usaha telah saya lakukan untuk berhadapan dengan exam dan tahun yang paling maut bagi saya dan juga para pelajar perubatan lain..Saya bukanlah dari kalangan mereka yang istimewa atau mereka yang cerdik-pandai..Tidak juga seorang yang kuat hafalan dan ingatan..Kerana saya seringkali terlupa pada ayat-ayat yang sudah saya hafaz sewaktu di tahfiz dahulu..pendek kata, saya bukanlah dari golongan yang bijak seperti rakan-rakan saya yang lain..menimbang tara kemampuan saya, saya kira, untuk beberapa bulan yang mendatang ini, saya tidak dapat menumpukan perhatian saya kepada penulisan-penulisan saya dalam laman ini..
walaubagaimanapun, saya masih lagi bergiat dan akan terus menulis isu-isu Palestin untuk diserahkan kepada majalah-majalah universiti saya di Mesir ini..saya masih teringatkan pesanan Al-Fadhil Ust. Dr. Maszlee Malik yang saya kira juga antara sifu saya dalam menangani beberapa isu kemanusiaan dan global..beliau banyak merubah cara saya berfikir..sehinggakan saya sempat berkursus selama 2 minggu bersama beliau dan beberapa lagi orang rakan lain di Lubnan bersama Dr. Mohsein..di saat Selatan Lubnan yang masih lagi dalam "perang kecil" : antara Israel Laknatullah dan tentera-tentera Lubnan..Pesannya yang masih segar dalam ingatan saya adalah"..banyak masa yang kita habiskan dengan melihat, menonton dan meratapi kesengsaraan rakyat palestin, tapi kita tidak berusaha ke arah membantu mereka walaupun dengan mendermakan beberapa kupang wang.."..dari kata-kata itulah, saya mula mengkaji dan berjinak-jinak dengan isu-isu kemanusiaan dan juga lebih memberikan fokus terhadap isu Palestin..
Menelaah Buku dan Bertalaqqi
Hari-hari minggu kebiasaannya saya habiskan dengan membaca beberapa kitab kemudian saya rujuk kepada beberapa syeikh yang terdapat di sekitar kawasan perumahan saya..sebelum berpindah ke rumah baru, saya berpeluang belajar kitab-kitab akidah, fiqh, usul fiqh dan lain-lain kerana setiap kali selepas solat maghrib di kawasan rumah lama saya, kebiasaannya akan ada syeikh yang datang dari Al-Azhar Asy-Syarif mengajarkan para tetamu masjid dan kami kitab-kitab muasaroh dan beberapa kitab turath yang lain baik dari kalangan mereka yang berpijak atas manhaj salafi mahupun yang tidak menyukai salafi..namun, saya memilih untuk belajar dengan mereka yang berpegang kepada manhaj salafi ini..ada juga masa yang dihabiskan untuk bertalaqqi bersama syeikh-syeikh yang saya kurang mengenali mereka ini..saya seringkali terdengar dari kebanyakan ustaz azhari mengatakan belajar sendiri ibarat berguru dengan syaitan..oleh sebab itu, saya banyak menghabiskan hari minggu untuk bertalaqqi dengan para syeikh di sini..namun, saya agak tidak boleh menerima pandangan di atas tadi : "...belajar sendiri ibarat belajar dengan syaitan.."Ada kemungkinan ya dan ada kemungkinan tidak..saya juga tidak faham mengapa ada sesetengah mereka yang begitu marah dan cepat menghukum mereka yang berpegang kepada manhaj salafi sebagai mereka yang suka mengambil zahir nas, tidak memahami maqasid syariah, tidak mengetahui selok-belok usul fiqh dan kaedah-keadahnya, juga tidak mahir ilmu ulum hadith, illah, ilmu rijal hadith, jarah wa ta'dil dan lain-lain lagi..saya akui, memang perkara ini terjadi, namun, jangan dibakul sampahkan semuanya hinggakan ternampak mereka seolah-olah jahat, sesat dan lain-lain sedangkan mereka juga lah yang rajin dan giat mengajar anak muda tentang sunnah-sunnah Rasulullah berbanding kita yang banyak menghabiskan masa mengaji kitab, berceramah dan kemudian pulang ke rumah menonton movie-movie yang didownload semasa waktu lapang..apakah mengajar sesuatu yang sunnah lebih BURUK daripada menonton movie?..kanak-kanak di tadika pun mampu berfikir tentangnya...mungkin saya juga termasuk dari kalangan salah seorang yang TIDAK TAHU tentang ilmu-ilmu dan kaedah-kaedah di atas apabila menggunakan penamaan salafi..mungkin..kerana manusia suka menghukum, bukan meneliti, memahami dan mengkaji..
...memang benar dan tepat..kita sangat-sangat perlu memahami sesuatu dalil dan nas-nas syarak berdasarkan kepada 'illah dan maqasid itu sendiri..dan kita tidak boleh hanya menterjemah nas-nas mengikut kehendak kita dan mengikut terjemahan literasi semata-mata...adalah amat penting bagi kita untuk memahami nas-nas Baginda SAW secara kontekstual dan bukannya secara tekstual yang majal sahaja..hakikatnya apabila kita tidak berdiri di atas kaedah-kaedah ini, maka kita akan sentiasa menolak orang lain dan hanya berdiri serta seronok dengan "ijtihad" kita sendiri serta memaksa orang lain untuk menelannya...inilah yang disebut oleh Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitabnyaThariq Ad-Dakwah : Bainal Asolah wa Al-Inhiraf,yang bermaksud, "..Jalan Dakwah : Antara Keaslian dan Penyimpangan.." saya juga kurang menyenangi sesetengah sikap sahabat saya dari kalangan salafi yang begitu cepat dan mudah menghukum sesuatu perkara..yang saya maksudkan adalah dari kalangan mereka yang sangat keras jalurnya dan sangat suka berhujjah tanpa teliti hinggakan saya diberikan beberapa buku dan situs tentang kesesatan Al-Qardhawi, Al-Qardhawi dalam timbangan dan lain-lain lagi buku yang saya kira "gila" dan tidak siuman walaupun ditulis oleh mereka yang tinggi ilmunya...namun, saya amat menyayangi keduanya kerana saya tahu, mereka cuba membawa manusia ke arah satu titik ghayah : MARDHATILLAH..jalur keras ini sebenarnya tidak diajarkan pun oleh para masyayeikh salafi seperti Al-Allamah Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Ibn Aziz Ibn Bazz, Syeikh Utsaimin, Syeikh Abdullah Jibrin dan lain-lain syeikh..hatta sikap mereka juga telah ditegur oleh beberapa syeikh salafi lain seperti mana klip video di bawah ini..:
Dari Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah As-Syeikh
Mempersiapkan Diri
Saya rasa, sudah tiba masanya saya mempersiapkan diri saya untuk memikirkan soal masa depan..mengumpul wang, mempelajari selok-belok tentang hal-hal kekeluargaan dan sebagainya..walaupun seringkali dibincangkan perkara ini bersama ummi, namun, saya masih lagi belum tergerak hati untuk memikirkannya sebelum ini..semoga Allah menemukan saya seorang yang mampu membimbing saya dan mampu membantu saya menggerakkan risalah Rasulullah SAW..hanya mereka yang sabar akan terus melangkah dalam setiap perkara yang dilakukan..kerana sabar itu indah walaupun ianya sukar..dan saya amat meyakini bahawa nikmat selepas bersabar itu sangat-sangat manis..terima kasih Allah atas peluang yang diberikan ini..umur sudah meningkat dan kubur sentiasa menjemput saya..Bait Muslim yang menjadi pilihan di hati..2 bulan ini terus menjadikan saya lebih matang untuk menilai erti hidup..
Menggalas Beban, Menabur Bakti
Pilihan raya baru sahaja habis dan terasa lagi bahangnya..kemenangan besar buat pembangkang merupakan satu perubahan fasa kebangkitan rakyat yang sudah mula bijak berfikir dan matang dalam melakukan sesuatu penilaian..hakikatnya, manusia tidak dapat lari daripada kebenaran..seiring dengan kemenangan pembangkang di beberapa buah negeri, saya juga merasakan diri ini terpanggil untuk terus bersama pembangkang dan berbakti kepada parti PAS dalam usaha mentarbiah manusia, mendidik jiwa manusia mengenali Islam..
selain itu juga, saya akan berusaha sedaya yang termampu untuk berkongsi kelazatan tarbiah bersama rakan-rakan lain yang tidak berpeluang merasai nikmat tarbiah ini dengan lebih dekat kepada mereka, memelihara hubungan dengan mereka dan terus-menerus berkongsi ilmu serta mengajak mereka ke program-program agama insyaAllah..tiada yang lebih bermakna apabila kita melihat perubahan seseorang itu daripada lupa dan lalai daripada mengingati Allah kepada mengabdikan dirinya kepada Allah secara total..tiada sekutu dalam setiap perkara..
Merentasi Pemikiran Beku
Saya bukanlah seorang yang taksub kepada jemaah yang saya ikuti bahkan berkali-kali saya dengar dari pimpinan saya : ..jaga hubungan sesama manusia..jangan mempertikaikan amal islami orang lain..tinggalkan memperkatakan tentang jemaah lain..bawalah amal bukan kerana nama, tapi, kerana Islam itu sendiri menuntut kita berbuat demikian dan banyak lagi saranan dan nasihat yang saya rasa cukup untuk saya faham dan anda semua juga faham..
saya tidak mahu tergolong daripaga golongan mereka yang suka mempertikaikan usaha dan amal islami orang lain, merendahkan-rendahkan kerja-kerja kolektif orang lain, mencanang serta menyebarkan kekurangan-kekurangan yang terdapat pada jemaah lain kepada orang lain, memburuk-burukkan jemaah-jemaah lain dan memaksa orang menyertai jemaah sendiri..saya bukannya ditarbiah begini dan saya tidak pun menerima tarbiah sebegini..yang nyata, berkemungkinan yang ada di kalangan rakan-rakan dakwah hanyalah ketidak puasan hati individu/mereka sendiri kemudian mengekspresikannya dengan cara yang tidak diredhai jemaahnya sendiri..
apabila saya menulis begini, akan ada yang mengatakan saya tidak memahami apa itu Al-Fahmu, At-Tajarrud dan pelbagai lagi..ketahuilah, saya memahami semua ini insyaAllah, akan tetapi, pemahaman saya terhadap rukun-rukun bai'ah ini tidak melunturkan saya untuk menerima semua pejuang islam yang berjemaah selain jemaah saya sebagai ikhwah, ikhwan, dan lain-lain term yang boleh diekspresikan di sini..faham saya tidak membawa kepada saya membenci jemaah lain..faham saya juga tidak mendorong saya untuk memperkatakan sesuatu kelemahan jemaah yang kita nampak kemudian kita sampaikan kepada orang lain agar menampakkan kecacatan tersebut untuk tujuan mengangkat jemaah kita...maaf, saya bukan begitu orangnya..saya ditarbiah dan difahamkan agar menyayangi, menganggap orang lain juga ikhwah, membantu dan bersama mereka di waktu susah mahupun senang dan tidak mempertikaikan methodology yang dibawa biarpun berbeza dengan saya selagi mana ianya tidak tersasar daripada syariat Islam..kembali kepada manhaj nubuwwah, itulah yang lebih selamat..kerana di zaman Nabi SAW, apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak elok mengenai seseorang, Baginda SAW dengan pantas melarangnya..itulah manhaj sebenarnya yang dilalui para sahabat, dan yang hidup selepas mereka serta para pengikut dan pendukung Ikhwanul Muslimin..
saya tidak mungkin akan bersama mereka yang suka memutuskan tali ukhuwwah sesama jemaah yang ada dan merasakan kita lah yang paling benar, paling ikhwan dan paling sahih di sisi Allah sedangkan kita tidak tahu apakah timbangan serta nilaian Allah terhadap kita sebenarnya...sekiranya anda yakin bahawa anda berada di atas jalan yang benar sekarang dan mampu berdepan dengan Allah dan mengatakan saya lah yang paling benar, maka, saya persilakan anda berbuat demikian..mari kita lihat apakah kita yang berhak menghukum atau Allah sahaja yang berhak menilai manusia di sisinya..saya pasti dan yakin, sekiranya mereka semua ini membaca kitab tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi, mereka akan terbuka minda mereka yang sangat sempit..di sini saya letakkan nama kitab tersebut dan boleh lah dicari di mana-mana toko buku atau kedai yang berhampiran dengan perumahan anda..saya sudah menghadamkannya..anda bagaimana..? Judul buku : Fiqh Perbezaan Pendapat Antara Gerakan-Gerakan Islam Judul asal: As-Sahwah Al-Islamiyah, Bainal Ikhtilafil Masyra' wat Tafarruqil Mazmum Penulis : Dr. Yusuf Qardhawi Penerbit : Robani Press Harga: RM23.80 Tebal : 258 muka surat
saya tidak bersetuju sekiranya kita masih bercakap soal intima', wala' , takhtit dan menghabiskan masa untuk berdaurah sahaja kemudian kita hanya melihat dari jauh maksiat yang melata..di saat kita berseronok dan bergembira, berapa ramai ibu-ibu yang telah mengandungkan bayi "tanpa" bapa, wanita muslimah menjadi pelacur dan ada yang dirogol, anak-anak muda menjadi seakan-akan syaitan dan lain-lain musibah serta fitnah akhir zaman yang berlaku...janganlah kita berasa sangat-sangat selesa dengan musibah-musibah ini...saya juga tidak bersetuju kiranya ada yang suka mempertikaikan mereka yang cuba berdakwah bersendirian walaupun saya memang memilih untuk melaksanakannya secara jama'ie dan secara berkelompok dan dalam ruang harakah islamiyyah..yang paling saya tidak setuju apabila mereka menjustifikasikan beberapa hadith baginda berkenaan jemaah kemudian mengaitkannya dengan jemaahnya sahaja sedangkan yang dimaksudkan dengan jemaah adalah Al-Islam itu sendiri..yang wujud sekarang ini adalah jamaah daripada jamaah-jamaah muslimin..
Memartabatkan Sunnah, Menjauhi Bida'ah..
sekiranya semua jemaah Islam di Malaysia mengakui mereka berada di atas manhaj Ikhwan, maka, mereka tidak akan lari daripada menemukan satu usul daripada usul 20 yang digariskan oleh Asy-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna rahimahullah..rasanya tidak perlu saya tuliskan di sini..
Tajdid, Islah dan Pelaksanaannya..
..saya begitu yakin, ramai antara rakan-rakan saya yang menyokong subtopik ini..dan tidak kurang juga yangallergicdengannya..saya tidak tahu mengapa..akan tetapi, saya akan cuba perbahaskan sedikit sahaja..sebenarnya perkataan tajdid ini telah pun diguna pakai oleh Baginda SAW...ianya merupakan istilah yang digunakan Baginda SAW bagi menyatakan proses-proses pembaharuan dalam urusan umat Islam yang mendukung Islam sebagai Deen yang wajib mereka imani dan pegang bersungguh-sungguh..ruang lingkup tajdid ini perlu difahami secara luas, bukan disempitkan kepada beberapa terjemahan kita sendiri..bukan terhad kepada ruang lingkup yang mencakupi ibadah sahaja, mahupun fiqh sahaja bahkan lebih besar daripada itu..persoalan pemerintahan, ketamadunan, keglobalan dan pelbagai lagi isu-isu yang sebenarnya terkait dengan tajdid dalam agama..usaha-usaha tajdid yang dilakukan oleh para imam terdahulu berbeza-beza mengikut keadaan setempat masa itu..antara contoh yang jelas adalah usaha tajdid 'Umar Ibn Aziz berbeza dengan Al-Imam Ibn Taimiyyah..juga berbeza dengan Imam Ahmad, Imam As-Syafie, Al-Imam Ghazali dan lain-lain lagi mujaddid..namun, tajdid ini wajib dimulai dengan perubahan yang didasari oleh akidah yang benar dan mempunyai ciri-ciri perubahan secara total (inqilabiyyah)..tiada khilaf antara ulama' tentang masalah ini dan mereka para imam, memulakannya dengan akidah yang sahih..hadith berkenaan tajdid ad-deen ini telah disepakati hampir seluruh ulamak akan kesahihannya sehinggakan berkata Al-Imam Suyuti bahawa hadith ini telah dittifaqkan oleh ramai huffaz akan kesahihannya dalam kitabnya Mirqat As-Su'udh dan hampir ijma' ulama' muktabarin membenarkan darjat hadith ini sebagai sahih..hadith yang saya maksudkan adalah begini :
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"...sesungguhnya Allah SWT membangkitkan untuk ummah (Islam) ini pada kepala bagi setiap seratus tahun akan seorang yang memperbaharui baginya akan agamanya.." (Hadith Sahih Riwayat Abu Daud no. 4270 dan dalam Silsilah Ahaadith As-Sohihah no. 559 oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani)
Berkata Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal :"..sesungguhnya Allah menyediakan bagi manusia pada setiap kepala seratus tahun orang yang mengajarkan mereka akan sunnah Rasulullah SAW, dan menafikan pendustaan dari Rasululullah SAW dengan umpamanya menolak hadith-hadith maudhu' dan sebagainya..." (Tahzib At-Tahzib 9/24)
Berikut adalah beberapa ruangan tajdid yang perlu semua kita fahami..
1)Akidah 2)Ibadah 3)Pendidikan 4)Pemerintahan 5)Muamalah 6)Ekonomi 7)Siasah 8)Peradaban 9)Suluk dan pelbagai lagi ruang dan lapangan yang tersedia menunggu usaha-usaha tajdid ini dilakukan..sekiranya usaha-usaha tajdid tidak dilakukan, maka, ummat Islam akan terperuk dan dan terperap dengan mentaliti sempit, fiqh sempit, cara dan budaya hidup yang sempit, dan segala macam perkara yang terkait akan menjadi sempit dan terus lemas..kita hendaklah mengembalikan semula manhaj nubuwwah yang telah pun digariskan oleh Baginda SAW dan diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiien dan juga para salaf as-soleh..usaha tajdid ini perlu dilaksanakan bagi mencapai semula kegemilangan Islam yang telah lama kita dambakan..
Melihat kepada perbincangan ini, mari kita soroti apa yang telah disebutkan oleh Al-Imam Muhammad Ibn Abdul Rauf Al-Munawi dalam kitabnya yang berbunyi :
"...memperbaharui perkara yang telah lenyap dan pudar daripada hukum syariat-syariat dan yang hilang dari ajaran-ajaran As-Sunnah dan yang bersembunyi atau yang kelabu dari ilmu-ilmu yang zahir dan batin.." (Al-Munawi Faidh Al-Qadir 1/10)
saya tinggalkan anda di sini dahulu..semoga Allah merahmati saya, anda dan seluruh umat Islam yang masih memperjuangkan agamanya..yang menentangnya, semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian..amin..
Hari Kebudayaan dan Kesenian ISMA yang julung-julung kalinya diadakan telah berjaya mengumpulkan begitu ramai para doktor dan juga asatizah..Tahniah diucapkan kepada PENGANJUR program atas ketekunan, usaha, kesabaran yang tinggi dan semangat yang tidak pernah malap..Ini keputusan HK2 ISMA 08 :
JUARA : Nablus - Dr. Isa
NAIB JUARA : Ghaza - Dr. Nik
KETIGA : Khaleel - Dr. Rusydi
KEEMPAT : Ramallah - Ust. Firdaus
KELIMA : Jaffa - Ust. Fu'ad
Pada awal hingga akhir pertandingan (pagi-malam), kumpulan Ghaza mendahului setiap acara yang dipertandingkan dan menjarakkan diri dengan kump. Nablus sejauh 72 mata, akan tetapi, kesilapan sendiri mengakibatkan kump. GHAZA jatuh ke tangga ke-2..Nablus mendahului kami dengan kelebihan 8 mata lewat akhir-akhir pertandingan..kesilapannya adalah kerana kami tidak membeli sebarang soalan yang ditawarkan oleh pengajur bagi memperoleh markah bonus..Apapun, bukan kemenangan yang dikejar, tetapi, ukhuwwah yang mekar bersemi itu yang dicari..
Malam HK2 juga diserikan wakil dari ABIM, Ust. Shaheed. Beliau dengan semangatnya melaungkan sajak-sajak Palestin hingga membuatkan sesetengah hadirin menitiskan airmata..Semangat yang ditanam diharap berkekalan hingga pembebasan Al-Quds yang dicita-citakan menjadi kenyataan..
Nasyid : suasana dewan dihangatkan oleh kump. nasyid yang diketuai oleh akhi muawwidz..acapella yang begitu mantap..rasanya, snada pun boleh kalah..
Sejuta harapan yang aku sandarkan Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu Tanpa kasih sayangMu Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu Dekat selalu denganMu Bahagia bersamaMu
Ya Allah Terangilah gelap hitam hatiku Sucikanlah hati ikhlas untukMu Terangilah gelap hitam jalanku Sucikanlah hati ikhlas untukMu
خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم “....Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi setelahnya kemudian generasi setelahnya....” (Sunan Tirmizi, Bab Al-Fitan 'An Rasulillah, no. 2147)
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Menjengah melihat realiti umat Rasulullah SAW kini sedang tenat bagaikan nyawa-nyawa ikan yang menunggu masa mati dimamah musuh-musuh Islam laknatullah membuatkan kita risau dan bimbang apakah ianya akan berterusan sebegini tanpa adanya arus kebangkitan. Masihkah ada lagi sinar yang tersisa untuk kita teruskan risalah yang dibawa Baginda SAW? Pelbagai fenomena tidak sihat dan kurang enak didengar dari kalangan Muslim sendiri adalah sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita yang tidak melaksanakan dakwah dan risalah yang dituntut oleh Allah dan Rasul-NYA. Apabila manusia hilang punca hidup dan tempat bergantungan, maka, pertelingkahan, perbalahan, zina, rogol, pencabulan, rasuah, caci maki sesama Muslim dan pelbagai jenis lagi "perniagaan" yang ditawarkan syaitan laknatullah telah berjaya dilaburkan dengan baik oleh syaitan serta dihadamkan dan di"diet"kan oleh umat Muhammad SAW dan pelanggan utamanya adalah golongan remaja. Perniagaan yang Allah Taala tawarkan tidak pula dirasakan berharga bahkan tidak dipedulikan langsung lantaran telah dilacur oleh "direct selling" syaitan durjana . Fenomena yang semakin hari semakin teruk ini sebenarnya membutuhkan sesuatu menjadi momentum kepada kebangkitan semula generasi pendukung agama Allah seperti mana yang dilalui para sahabat, tabi'en dan juga salafussoleh. Ummah seharusnya bangkit meneruskan risalah dan mengembalikan hak Islam itu pada tempat asalnya. Kebejatan akhlak yang kian meruncing di kalangan remaja amat membimbangkan kita lebih-lebih lagi mereka lah yang sepatutnya menjadi aset dan tunggak negara, serta ummah. Tidak hairanlah mengapa Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna rahimahullah menjadikan para pendukung dakwah dan tulang belakang kepada pergerakan Al-Ikhwan adalah di kalangan remaja dan syabab. Tiada solusi yang terbaik melainkan kita semua kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana yang diseru oleh para sahabat, tabi'en, tabi' tabi'en dan juga salaf as-soleh.
“..aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat di belakang keduanya (iaitu) kitab Allah dan Sunnahku...” (Hadith Riwayat Imam Malik)
Islam pernah menguasai dunia, memacu ekonomi, tamadun dan peradaban, dunia perubatan dan sains, teknologi, dan segala macam bentuk bidang yang baru. Dunia inovasi yang sarat dengan penemuan-penemuan baru yang kian melimpah-ruah ini pernah kita kuasai suatu ketika dahulu. Namun, kita lupa akan semua ini dan seronok melihat orang lain memimpin diri kita, keluarga kita, ekonomi kita, dan segala macam bentuk perkara yang terkait dengan kehidupan. Bagi kita, cukuplah dengan menanggung dan memboroikan perut anak isteri dan keluarga sahaja serta menganggap setiap inci permasalahan yang ada sebagai tiada kena mengena dan tidak menjadi kepentingan pun bagi kita untuk mengetahuinya walaupun sedikit. Dunia Islam digembar-gemburkan dengan pelbagai syubuhat, fitnah, dan segala macam bentuk kerancuan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Ummah terkadang bingung dan ada yang memilih jalan mudah sekaligus membiarkan diri terus dibawa arus fitnah ini. Fitnah yang mengalir deras ini tidak mampu ditanggung oleh mereka yang tidak memahami dan berpegang erat kepada Al-Quran mahupun As-Sunnah. Inilah fitnah yang digambarkan oleh Allah SWT dalam kitab suci-NYA :
"...Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya...." (Al-Anfal : 25)
"...Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah(ujian) dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar..." (Al-Anfal : 28) Berkata Al-Imam Ibn Kathir rh dalam tafsirnya :
"..bahkan sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah SAW adalah didahulukan(diutamakan) melebihi anak-anak, harta, diri seperti mana yang tsabit dalam hadith sahih bahawa Nabi SAW berkata :..dan demi diriku di tangan-Nya, tidak beriman(tidak sempurna) seseorang itu sehinggalah aku dikasihinya lebih daripada dirinya sendiri dan ahli keluarganya serta hartanya..." (Tafsir Ibnu Katsir - المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Beku Yang Menjadi-Jadi
Ummah sangat-sangat jauh dari petunjuk sunnah Baginda Rasulullah SAW. Kesannya. mereka akhirnya ditelan kepelbagaian ideology yang sarat dengan buah idea syaitan dan segala bentuk isme-isme yang berpunca daripada kecacatan akal fikiran yang TIDAK bertunjangkan Al-Quran dan sunnah Baginda SAW telah menjadi punca utama kepada kerosakan demi kerosakan yang kian melanda Umat Muhammad SAW. Liberalisme, Sekularisme, Syi'isme, Ahbashisme dan banyak lagi syaitanisme yang kini giat memusuhi agama dan tauhid ini, risalah ini. Allah Taala berfirman :
“.....Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali...." (An-Nisa': 115) Terbantutnya dakwah Islam kini tidak lain dan tidak bukan kerana sikap-sikap buruk yang digambarkan oleh penganut mereka sendiri yang tidak meyakinkan para pengikut agama lain. Perpecahan yang kian melata ibarat adat resam yang mulai sebati dalam jiwa ummah ini. Bahkan ianya seakan-akan sudah menjadi darah daging yang memburuk dan membusuk serta bernanah pada hakikatnya walaupun pada zahirnya tampak seolah-olah tenang. Masing-masing dengan ijtihad dan idea-idea masing-masing dengan saling tidak menghormati antara satu sama lain, bahkan lebih buruk lagi, taksub mengkhinzir buta walaupun kebenaran sepatutnya mengatasi lembayung kapalnya. Inilah kejelasan yang harus diperjelaskan kepada mereka yang masih lagi belum jelas-jelas dengan fikrah yang dibawa. Apatah lagi bila menyebut soal manhaj dan permasalahan lain yang terkait dengannya. Kemelaratan sikap ini telah meracuni fikiran para pemuda Islam yang bersemangat yang pada akhirnya mereka akan cabut lari dan meninggalkan agama ini. Jangan salahkan dan menuding jari ke arah orang lain, tapi, tanyalah kepada diri kita, apa yang telah kita lakukan bagi merealisasikan tuntutan Islam serta hak-haknya ; dakwah.
Rasulullah SAW Dalam Kenangan Yang Tidak Akan Luput
Di saat manusia melayani kejahilan-kejahilan yang kian melata, Allah Taala menganugerahi ummat ini seorang Nabi Allah dan juga Rasul-Nya yang membawa sinar menerangi kegelapan gerhana tauhid. Kehadirannya membawa rahmat yang tidak terhingga luasnya, menjadikan ummah ini terpandu dengan cahaya keimanan sehingga kehadirannya berjaya memprodukkan sahabat-sahabat yang mampu membuka Rom dan Parsi, Baitul Maqdis dan seumpama dengannya juga sanggup meninggalkan malam pertama bersama isteri untuk bersama ke medan jihad. Cahaya yang telah dihidupkan Rasulullah SAW tidak akan malap sampai bila-bila biarpun masa silih berganti dan nyawa bergalang gadai. Inilah hakikat dakwah yang diseru dan dibawa oleh para sahabat yang mendapat tarbiah secara direct daripada Baginda SAW.
"..Allah Taala menjadikan Muhammad SAW rahmat bagi sekelian alam iaitu mengutuskannya sebagai rahmat kepada kamu semua, dan barang siapa yang menerima rahmat dan mensyukuri nikmat ini berbahagialah dia di dunia dan akhirat dan barangsiapa yang menolaknya dan menentangnya maka rugilah di dunia dan akhirat..." (Tafsir Ibn Kathir- المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Dakwah yang berlangsung selama 23 tahun memulihkan akidah masyarakat arab serta membawa obor Islam ketika itu dibayar dengan pelbagai ujian dan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh para pengikut Nabi SAW. Pengorbanan, pahit, sakit dan jerih itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sedarkah kalian kerana usaha Baginda inilah kita dapat merasai nikmat yang tidak terhingga besarnya ini. Namun, nikmat yang diberikan Allah ini dengan mudah sahaja kita sia-siakan seolah-olah tiada apa yang berlaku sepanjang dakwah Baginda SAW di Makkah dan di Madinah. Semuanya kita bakulsampahkan tanpa sedikit pun rasa sekelumit belas, simpati, terhutang budi kepada usaha-usaha Baginda SAW dan juga para sahabat ini demi menyelamatkan kita semua daripada ancaman(neraka) pasti Allah Taala . Insan memang pelupa, apabila diberikan nikmat, mereka akan lupa untuk menghargainya, dan apabila kesusahan datang bertimpa-timpa, barulah sejadah dan masjid menjadi buruan. Beginilah umat akhir zaman yang menjadi kijang-kijang lembik serta boneka-boneka syaitan yang menari mengikut lenguk serta rentak rock alunan syaitan dalam menelusuri peredaran zaman ini.
Kegemerlapan Islam yang tersuluh kian malap bahkan semakin hari seakan tiada sinar harapan lagi untuk terus bercahaya. Inilah kerosakan yang menghantui umat Islam ketika ini. Maka, benarlah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh rh :
"..Kecemerlangan Islam itu ditutupi oleh kebodohan umatnya sendiri..."
Memang kita telah lama bodoh dan diperbodohkan oleh musuh-musuh Islam. Marah? Marahlah kepada diri kita sendiri atas sikap dan krisis jiwa kita, kejahilan kita, kedangkalan dan kelembapan kita serta kejelekan cara kita berfikir lantaran sering menjadi hamba ideology dan isme-isme terjemahan barat dan ijtihad sendiri yang kita sendiri sebenarnya tak mampu pun berijtihad apatah lagi menjadi mujtahid. Telanlah..telanlah wahai umat Islam. Kehadiran pelbagai ideology syaitan ini akhirnya akan tumbang juga suatu ketika nanti kerana tiada kalimah yang paling tinggi melainkan kalimah Allah Taala. Allah Taala berjanji dalam firman-Nya :
"...Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...." (Al Maidah: 3)
Ibnu Kathir berkata : “...Ini adalah kurniaan Allah Taala yang paling besar terhadap umat ini, di saat Allah telah menyempurnakan agama bagi mereka, maka mereka pun tidak perlukan lagi kepada agama yang lain dan tidak kepada nabi yang lain selain Nabi mereka SAW. Oleh kerana itu, Allah menjadikan beliau sebagai penutup para nabi. Dia telah mengutus beliau kepada bangsa manusia dan jin. Jadi, tidak ada perkara yang halal, selain yang beliau halalkan dan tidak ada perkara yang haram selain yang dia haramkan, serta tidak ada ajaran agama selain yang dia syariatkan....hingga akhir ayat..." (Tafsir Ibnu Katsir - المملكة العربية السعودية وزارة الشؤون الإسلامية والأوقاف والدعوة والإرشاد)
Sungguh tidak dapat disanggah lagi bahawa kebenaran Islam melangkaui kemalapan ideology-ideology barat serta isme-isme syaitan yang kian berleluasa masa kini. Tidak kurang juga ianya mengatasi sikap-sikap para pendukung Islam yang lancang mulutnya menuai benih kebencian sesama muslim, apatah lagi dalam mentakfir sesama muslim. Fitnah menfitnah telah menjadi "sunnah" para juhala' ini yang mengaku berada di atas manhaj Islam sebenar, keaslian yang tiada tolok bandingnya sehingga memperkecil-kecilkan golongan-golongan yang tidak sekapal dengannya. Kebejatan sikap ini perlu disarapkan dan dibuang dengan tanpa belas kasihan kerana perpecahan yang berlaku kini hanya menjadi fitnah dan buah hujjah buat musuh-musuh Islam lagi-lagi untuk melaga-lagakan dunia Islam yang kian malap ini.
Golongan Yang Mendapat Pertolongan الطاءئفة المنصورة
عن ثوبان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك
Dari Tsauban :
Berkata Rasulullah SAW : “...Terus menerus ada sekelompok dari ummatku yang mereka tetap nampak di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang mencerca mereka sampai datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka dalam keadaan seperti itu....” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim, Al-Imarah - Sabda Rasulullah SAW Terus Menerus Ada Sekelompok dari Umatku Yang Tetap Tampak di Atas Kebenaran, no. 3544)
Akan berdiri teguh sekelompok manusia yang akan mempertahankan Islam sedaya mungkin walaupun diserang dengan pelbagai gaya cara dan pattern bidikan oleh musuh-musuh Islam. Mereka ini akan tetap teguh di atas jalan Allah Taala, dan tetap tsabat di atas manhaj Allah ini sehinggalah nyawa dan darah mereka menjadi taruhan dan gadaian. Kelompok inilah yang akan mempertahankan Deen ini daripada dinodai oleh tangan-tangan kotor musuh-musuh Islam yang juga terdiri daripada mereka yang mengucapkan kalimah syahadah.
Dan krisis paling teruk yang jelas tampak adalah di kalangan mereka yang tidak pun faham apa yang mereka bawa dan ikuti dalam kelompok-kelompok jemaah mereka. Pertelingkahan, percakaran dan krisis label melabel kian menjadi-jadi dan virus ini kian membaluti tubuh-tubuh pejuang Islam yang masing-masing mendakwa "paling asli" dan "paling benar" sedangkan pada prinsip jemaahnya apa yang dibawanya adalah salah. Ketaksuban yang teruk melanda pencinta dakwah yang mereka semuanya mendapat tarbiah yang sama, buah fikiran yang sama, buku yang sama, tokoh yang sama walaupun berbeza cara pemahaman dan penghadaman ini sepatutnya tidak berlaku percakaran mahupun perbalahan sehinggakan menjadikan medan blogging sebagai tempat memprovoke atau mencela orang lain. Apakah bertahun-tahun mengikuti usrah, atau pengajian ilmu, daurah, atau yang seumpama dengannya menghasilkan produk caca marba ini yang suka mencaci serta mengeji orang lain. Apakah mereka kira ianya sunnah Baginda SAW dan beliau Rasulullah SAW akan memberikan pujian di saat kata-kata nista dan cacian serta fitnah tersebut ditaburkan? Apakah mereka sedar setiap tutur kata yang mereka hamburkan itu menjadi bahang yang bakal membakar mereka di akhirat kelak. Benarlah juga kata-kata As-Syahid Hassan AL-Banna rh yang ana nukilkan di sini :
“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berat tanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di tengah-tengah kegelapan ini, dan kamu akan disediakan untuk meninggikan agama Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula Negara Islam”.
"....Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik tidaklah sebuah pertubuhan yang menghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang yang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantung umat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, berkumandang mengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikul tanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya.."
Apakah kata-kata Al-Banna ini kita hadam dan kita fahami dengan mendalam? Kerja dakwah kita bukan menghalang orang-orang dakwah lain yang tidak sekapal (sejemaah) dengan kita, akan tetapi kita membantu, menolong, serta kita sepatutnya bersuara nyaring melaungkan risalah Baginda SAW dan membawa obor dan panji Islam serta menjadi barisan hadapan di setiap perjuangan, bukan menjadi jaguh kampung berteriak menyatakan yang itu salah dan yang ini salah dalam masa yang sama kita tidak memperhatikan diri kita apakah kita ini telah melaksanakan apa yang kita cakapkan dan bincangkan, ataupun sama-sama daurahkan.
Ayuh Membentuk Harakah Islamiyyah : Tinggalkan Virus Taksub
Bergerak secara berjemaah/berkumpulan mampu membantu mempercepat proses mengenalkan manusia terhadap Allah. Membentuk sebuah harakah Islamiyyah merupakan cara yang terbaik bagi merealisasikan hasrat ini. Perencanaan perjuangan dan methodology sesebuah gerakan Islam tidak mampu membuahkan produk yang baik sekiranya beberapa keselarasan yang digariskan di bawah tidak berjaya diterapkan. Antara ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah harakah Islamiyyah ialah :
1)Rabbaniyyah
2)Syumuliyyah
3)Inqilabiyyah
4)'Aalamiyyah
Setiap harakah yang terbentuk atas perkara-perkara di atas haruslah mencabut segala bentuk manifestasi yang terlahir daripada keberadaan thaghut yang melata di dunia khususnya dunia Islam kini. Menghidupkan sunnah perjuangan Baginda SAW dan mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah adalah dasar kepada perjuangan sesebuah harakah Islamiyyah selain mewujudkan rasa kecintaan serta ta'abbudiyyah kepada Al-Khaliq. Hakikatnya wahai manusia, Islam itu tidak akan tertegak selagi mana kejahilan manusia terhadap agama ini tidak dilunturkan. Semua ini sebenarnya menuntut kita untuk terus berjuang dan bermujahadah dan bukan lagi sibuk dengan menyatakan keaslian dan ketulenan pergerakan sendiri sehingga menolak usaha gerakan-gerakan Islam lain. Berusahalah membentuk gerakan Islam yang mampu merealisasikan janji-janji Baginda SAW yang menyatakan kebangkitan Islam pada akhir zaman nanti. Bukan berusaha membentuk sebarang permusuhan dengan mana-mana kelompok Islam yang sudah wujud. Ramai di kalangan kita yang masih menyibukkan diri dengan menghabiskan masa berdebat siapa benar siapa salah sedangkan betapa ramainya wanita-wanita kita telah rosak, anak-anak kita telah binasa iman mereka, ibu-ibu yang mengandungkan anak-anak luar nikah, dan bida'ah paling besar iaitu Sistem Perundangan Islam tidak pun tertegak lagi. Sedarkah kita, harakah yang dibentuk bukanlah untuk dijadikan bahan perdebatan, akan tetapi, untuk membawa manusia ke jalan Allah, atas nama apa sekalipun, jika harakah tersebut menepati ciri-ciri di atas, mereka adalah pejuang yang berdiri di jalan Allah. Ingatlah, hanya mereka yang bertakwa paling mulia di sisi Allah SWT. Bukanlah siapa yang paling benar mengikut tafsiran sendiri.
Wahdatul Fikrah, Tarbiyyah, Amal Islami
Keseragaman ini dituntut bagi memudahkan pelaksanaan sistem Allah terlaksana. Penyatuan fikrah, tarbiyyah dan juga amal-amal Islam menjadi aset penting bagi memastikan anasir-anasir dakwah dapat disatukan. Atas nilaian apakah usaha ini mampu dilakukan? Semuanya bergantung kepada matlamat yang sama, cita-cita yang satu, ghayah yang jelas, hadaf yang terpandu serta tidak tersasar walaupun berbeza cara dan pendekatan. Berbeza methodology serta pendekatan tidak melambangkan ummah tidak mampu bersatu. Cuma, janganlah disebabkan berlaku pertindihan ini terus-menerus memaksa kedua-keduanya untuk berundur hingga tiada siapa yang akan membawa risalah ini. Berbeza pendekatan tidak menjadi masalah, namun, sekiranya berlaku perbezaan besar fikrah Islam yang diseru, hal ini hanya akan menyebabkan manusia pening untuk memilih, beriman dengannya dan akhirnya mengambil keputusan menjauhkan diri daripada Islam itu sendiri. Sedarilah, kita semua berada di zon sangat-sangat selesa sedangkan masyarakat di luar sana terus-menerus hanyut dilemaskan oleh thaghut-thaghut yang kian bermaharaja lela.
Dr. Nik Mohd Abduh Fakulti Perubatan Mesir - Zagazig
Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri namamu Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama Kita tidak lagi bersua Hanya tinggal kenangan Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu Seiringan hembusan bayu Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu Meninggalkan kita semua Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan Kubingkaikan kenangan Hingga terkadangku Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh Jalanan berliku akan kita tempuh Imbaslah kenangan semalam jadi azimat Penguat semangat menempuh masa hadapan Harapanku kau kan bahagia selalu
Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri namamu Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh Jalanan berliku akan kita tempuh Imbaslah kenangan semalam jadi azimat Penguat semangat menempuh masa hadapan Harapan ku kau kan bahagia selalu
ni masa 15 feb 2008 : kenduri suhaib & hari jadi beliau...hari yang sama..tapi, ni sempena kenduri kahwin, bukan hari jadi punya majlis...
akhi suhaib selamat melafazkan akad...1 Februari 2008 di Masjid Salam
Ikhwah bergambar bersama pengantin lelaki : suhaib ar-rumy
semua di atas adalah buku-buku yang baru je dibeli lewat petang perkahwinan suhaib ar-rumy..tambah lagi koleksi..alhamdulillah...yg lama2..kat bawah2..hehe..nailul authar, fiqh sunnah versi II ditahkik albani, fiqh mazahih 4, subulassalam, dan lain-lain..
tgh menyantap makanan free walimah suhaib...
semoga suhaib dan uswah berbahagia atas ikatan yang dibina..hidup BAIT MUSLIM!!
يسهل على كثيرين أن يتخيلوا ، ولكن ليس كل خيال يدور بالبال يُستطاع تصوره أقوالاً بالسان ،وإن كثيرين يستطيعون أن يقولوا ولكن قلياً منهم يقدر على حمل أعباء الجهاد والعمل المضني ، ... فأعدوا أنفسكم وأقبلوا عليها بالتربية الصحيحة والأخبار الدقيق ، وامتحنوها بالعمل ، العمل القوي البغيض لديها ، وافطموها عن شهواتها ومألوفاتها وعاداتها
Ramai orang mudah berkhayal tetapi tidak semua khayalan boleh digambarkan dengan lisan. Ramai orang boleh bercakap tetapi sedikit sangat daripada mereka yang sanggup memikul bebanan jihad dan kerja berat…maka persiapkanlah diri kamu, sambutlah tarbiah yang sebenar, pengalaman yang terperinci. Ujilah ia dengan berkerja berat yang tidak disukai. Ceraikan jiwa mereka daripada nafsu syahwat dan hidup kebiasaan
(Hassan Al-Banna – Risalah Muktamar Ke-5)
أيها الإخوان المسلمون وبخاصة المتحمسون المتعجلون منكم .. إن طريقكم هذا مرسومة خطواته موضوعة حدوده، ولست مخالفاً هذه الحدود التي اقتنعت كل الاقتناع بأنها أسلم طريق للوصول – أجل قد تكون طريقاً طويلة ولكن ليس هناك غيرها. إنما تظهر الرجولة بالصبر والمثابرة والجد والعمل الدائب. فمن أراد منكم أن يستعجل ثمرة قبل نضجها أو يقتطف زهرة قبل أوانها، فلست معه في ذلك بحال، وخيرٌ له أن ينصرف عن هذه الدعوة إلى غيرها من الدوات، ومن صبر معي حتى تنمو البذرة وتنبت الشجرة وتصلح الثمرة ويحين القطاف فأجره في ذلك على الله، ولن يفوتنا وإياه أجرُ المحسنين إما النصر والسيادة وإما الشهادة والسعادة.
Wahai Ikhwan al-Muslimin terutama mereka yang bersemangat dan gopoh, dengarlah kata-kata saya yang bergema dari atas pentas dalam perhimpunan agung ini. Segala langkah dan sempadan dalam jalan kamu ini telahpun digariskan. Saya tidak akan melanggar sempadan ini yang saya sendiri yakini sepenuhnya bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke matlamat. Benar, jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Kejantanan akan terserlah melalui keupayaan untuk bersabar, tabah, gigih dan usaha yang berterusan. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada dakwah ini kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagiaan yang abadi.
وعلى هذا فالإخوان المسلمين أعقل وأحزم من أن يتقدموا لمهمة الحكم ونفوس الأمة على هذا الحال، فلابد من فترة تنشر فيها مبادئ الإخوان وتسود ويتعلم فيها الشعب كيف يؤثِرُ المصلحة العامة على المصلحة الخاصة
Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.
(Hassan Al-Banna Muktamar 5)
“Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan Ikhwan Muslimin. Mereka meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran untuk dihafal, tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal wahai akh yang benar…” Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua..."
[Hassan al Banna]
إن منهاج الإخوان المسلمين محدود المراحل واضح الخطوات، فنحن نعلم تمامًا ماذا نريد ونعرف الوسيلة إلى تحقيق هذه الإرادة
Manhaj Ikhwan telah ditentukan marhalah amalnya, telah jelas langkah-langkahnya. Kami mengetahui apa yang kami mahu dan kami tahu apakah wasilah yang boleh mencapai apa yang kami mahu...
buat ummi dan abah.. sekiranya nyawa ini dicabut dahulu..halalkan makan minumku dan ampuni kesalahanku dan redhailah diri ini..
buat teman-teman, sekiranya ada terhutang harta, budi dan jasa..juga pohon dihalalkan.. maafkanlah teman kiranya ada salah dan silap..tersakit hati dan tersalah bicara..
moga kita semua bertemu di syurga nanti...Allahuakbar..!
مراتب العمل المطلوبة من الأخ الصادق
سليم العقيدة
Salimul Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
صحيح العبادة
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
متين الخلق
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
قادرًا على الكسب
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
مثقف الفكر
Mutsaqqaful Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
قوي الجسم
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
مجاهدًا لنفسه
Mujahadan LiNafsihi [Mampu melawan nafsu]
في شؤونهمنظمًا
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
على وقتهحريصًا
Harithan Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
نافعًا لغيره
Naafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
Berkata Rasulullah SAW kpd 'Aisyah :
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَك
“Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya..." (Dikeluarkan oleh Bukhari no.5928 dan Muslim no.2450)
Madrasah
Zagazig Uni - Medic Cenfos - UIA SMKA Melor SMI Aman MTAQ Hira' SRI Aman SRI Hira' Tadika Naim